Tuesday, December 04, 2012

Ulama UMNO, Tak Sebaris Pemimpin -UMNO P.Pg


KL - Demi memartabatkan agama Islam di negara ini, Umno Pulau Pinang mencadangkan para ulama Umno diangkat kedudukan mereka sebaris jawatan presiden dan timbalan presiden. Timbalan Ketua Umno Tanjong, Mohd Shaharudin Mohd Hassan Tajudin berkata, pengiktirafan tersebut akan memberi nilai tambah terhadap parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

"Ulama orang penting. Berilah tempat terbaik demi melihat parti kita lebih teratur.

"Ia secara tidak langsung menjadi tunjang untuk mereka memantau pergerakan parti," katanya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung Umno, hari ini.

Selain itu, Mohd Shaharudin turut membawa tujuh lagi cadangan termasuk pengukuhan Islam sebagai sebagai agama persekutuan di negara ini, memasukkan kefahaman mengenai syiah, ajaran sesat pluralisme dan LGBT dalam silibus pendidikan pelajar tingkatan empat hingga enam, dan pendidikan ulul albab diperluaskan ke pondok-pondok dan universiti tempatan.(SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Umno Pulau Pinang mencadangkan, para ulama Umno diangkat kedudukan mereka sebaris jawatan presiden dan timbalan presiden. Katanya, ulama orang penting. Berilah tempat terbaik demi melihat parti itu lebih teratur. Ia secara tidak langsung menjadi tunjang untuk mereka memantau pergerakan parti.

Kesian UMNO, rupanya mereka masih belum sedar, ulamanya  tidak diangkat kedudukan mereka sebaris jawatan presiden aau timbalan presiden, bukan orang penting dan tiada tempat terbaik. Begitulah kedudukan ulama dalam parti  asobiah sempit, tidak meletak ulamak atau hukum Islam sebagai kuasa tertinggi dan penentu.

Maka jadilah kuasa agama terleetak di buwah telunjuk kaki kuasa pemimpin politik. Ulama dalam UMNO tiada kuasa sangat. Jadi tidak hairan, bila mata ulama terkelip-kelip melihat kerajaan Malayisa pun main judi, bisnes arak, nombor ekor, TOTO dan lain-lain sejenis dengannya. Asal dapat duit, tidak peduli halal-haram. Yang sangat dijaga hanya haiwan sembelihan 'halal' sahaja. Tengok tv gambar-gambar haram tak apa-apa.

Rakyat Melayu/Islam perlu sedar ini, agama bukan buat masjid sahaja, perlu pendidikan Islam, ekonomi Islam, hiburan Islam, sukan Islam dan paling peting sekali ialah perleembagaan Islam yang akan mengIslamkan semuanya Supaya pencuri-pencuri wang dalam laci pemerintah itu dipotong tangannya. Penyebar-penyebar atau pentarbiah 'zina mata' di tv, perlu disingkir dan dibersihkaan.

Sudah setengah abad UMNO dibiarkan memeritah, KeIslaman negara bukan makin baik, tetapi makin teruk ada!!.Mata puak-puak UMNO  hanya melihat Islam dari sudut sempit hanya pada masjid (yang fungsi-fungsinya tidak dilaksanakan sepenuhnya) sahaja. Sedarlah wahai Melayu/Islam, tukarlah dengan Melayu/Islam yang lain pula memerintah! Pilihlh PAS, PKR dan teman-temannya. Cuba yang baru pula. Lihat contohnya, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, walaupun baru beberapa tahun memerintah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails