Saturday, November 22, 2014

Jokowi Sekolahkan Anak Ke S'pura

Tak cuma Jokowi, pemimpin ASEAN pun sekolahkan anak ke Singapura Presiden Jokowi hadiri wisuda Kaesang di Singapura. 
 
Singapura mempunyai salah satu sistem pendidikan yang terbaik di Asia Tenggara, bahkan dunia. Jangan heran bila para pemimpin kawasan menyekolahkan putera-puteri mereka di Negeri Singa tersebut.

Presiden Joko Widodo termasuk yang percaya pada kualiti pendidikan di Singapura. Seluruh anaknya dihantar ke sekolah menengah asrama di sana selepas lulus SD (sekolah rendah). Putera bongsunya, Kaesang Pangarep (19 tahun) Jumaat (21/11) baru saja menamatkan SMA di Anglo-Chinese School International (ASCI).

Jokowi punya alasan sendiri mengapa anak-anaknya harus sekolah di Singapura, walaupun untuk lanjut kuliah tidak ditambat di sana. Saya hantar mereka ke luar negeri supaya belajar mandiri, ungkap mantan Gubernur DKI Jakarta ini.

Laman the Strait Times mendedahkan, selain Kaesang, ada beberapa anak petinggi kawasan yang belum lama menempuh sekolah menengah di Singapura. Misalnya Nguyen Minh An, putera Mantan Presiden Vietnam Nguyen Minh Triet.

Presiden ke-6 Susilo Bambang Yudhoyono juga tercatat menyekolahkan kedua anaknya di negara bandar tersebut. Agus Harimurti Yudhoyono dan Edhie Baskoro (Ibas) merupakan alumni Next.


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Jadi tidak hairanlah, jika anak pemimpin Islam di negara umat Islam tidak faham dan yakin dengan perjuangan Islam. Maka generasi di negaranya sendiri ikut acuan pemimpinnya yang tidak Islamik dalam kehidupan. (IH)

Ini, Wiski & Vodka Halal. Mula Dijual Di Eropah..

ArKay Beverages
Minuman vodka dan whiskey halal yang dijual syarikat ArKay Beverages

Selepas melancarkan barisan produk minuman keras halal tanpa alkohol, syarikat ArKay Beverages kini mengembangkan lagi perniagaannya dengan mencipta minuman vodka dan wiski halal.

Dua produk tersebut dijangka bakal menembusi pasaran Eropah tahun hadapan.

Produk-produk Arkay sebelum ini berjaya menarik minat penggemar yang rata-ratanya adalah orang Islam, wanita mengandung dan pemandu tegar yang merupakan golongan yang tidak boleh mengambil minuman beralkohol.

Menurut presiden Arkay, Sylvie Grattagliano, wiski dan vodka halal akan mula dijual pada tahun 2015 di negara-negara seperti Itali, Sepanyol, Jerman, Belanda, England serta negara yang mempunyai populasi orang Islam teramai di Eropah Barat iaitu Perancis.

Selain vodka dan wiski, Arkay akan turut mengeluarkan minuman keras halal tanpa alkohol jenis brandi, gin, amaretto dan blue curacao. Jenama ArKay buat masa ini boleh didapati di Amerika Syarikat, Australia, Mexico serta mula mendapat tempat di sekitar Eropah.

Kebanyakan penggemar jenama Arkay berkata, mereka membeli produk ini kerana rasanya yang menarik dan tidak membahayakan kesihatan seperti pengambilan minuman keras.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau berada di pasaran Malaysia, perlukah mendapat kebenaran 'halal' dari pihak Malaysia? (IH)

Hakim Syarie Bebas Tuduhan Khalwat

ADAM (kanan) dan Nurul Izani tersenyum semasa keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah, George Town semalam selepas mereka dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan khalwat pada empat tahun lepas.

GEORGE TOWN – Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam melepas dan membebaskan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Adam Tumiran dan pasangan, Nurul Izani Mat Isa daripada tuduhan khalwat yang didakwa dilakukan empat tahun lalu selepas mendapati mereka adalah suami isteri.

Hakim Syarie, Zaim Md. Yudin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pem­belaan berjaya menimbulkan ke­raguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Tidak ada keraguan terhadap dokumen pernikahan yang dikemukakan tertuduh dan ia boleh diterima di mahkamah ini. Dokumen yang dikemukakan adalah lengkap dan diakui oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Johor Bahru.

“Pihak pendakwaan juga gagal membawa dua orang saksi dari Jabatan Agama Islam Daerah Songkhla, Thailand bagi membuktikan dakwaan bahawa sijil nikah atas nama kedua-dua tertuduh yang dikeluarkan oleh jabatan agama itu adalah mencurigakan dan berkemungkinan telah berlaku pemalsuan atau penundaan tarikh.

“Oleh itu, mahkamah dengan ini memerintahkan kedua-dua tertuduh dilepas dan dibebaskan,” katanya. (Kosmo!)

Hikmah Sujud Dalam Solat


TERFIKIRKAH kita setelah saban usia kita mendirikan solat berserta syarat rukunnya, apakah rukun solat yang paling disukai oleh Allah SWT ? 

Dengan menyelami, memahami, menjiwai, menghayati setiap detik ibadah atau solat yang dikerjakan, barulah kita akan mendapat kemanisan dan faedah darinya. Barulah ibadah kita itu dapat mendinding dan mencegah diri kita dari dosa atau noda. 

Firman Allah SWT yang bermaksud:
  • ” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45) 
Segala rukun di dalam solat yang melibatkan qalbi (naluri), qauli (lisan) dan fi’li (perbuatan) mempunyai pengertian, maksud yang amat mendalam sekali di sisi Allah SWT. Segala pergerakan di dalam solat sebenarnya sarat dengan hikmah dan pendidikan dari Allah SWT.  

Maka amalan atau rukun yang paling disukai oleh Allah ialah rukun sujud. Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina diri” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa..
  • “Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”. 
Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
  • “Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah (sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani). 

Darihal Sujud

Semasa malaikat-malaikat disuruh sujud kepada Nabi Allah Adam semua malaikat sujud. Tetapi apabila mereka bangun mengangkat kepala didapati malaikat yang bernama Azazil tidak sujud. Maka Allah SWT menjadi murka dan melaknat ke atasnya, jadilah ia Iblis.  
  1. Sujud pertama taat perintah Allah.
  2. Sujud kedua syukur sebagai hamba kepada Allah.
Semasa Nabi Muhammad SAW Israk dan Mikraj ketika sampai di langit ketiga rupanya malaikat-malaikat di sana sememangnya sujud selama-lamanya. Tetapi setelah Nabi sampai, mereka dikehendaki mengangkat kepala sebagai tanda hormat. 

Apabila Nabi SAW memberi salam kepada para malaikat, semua malaikat itu bangun dari sujud kerana menjawab salam dan berkenalan dengan melihat wajah Nabi Muhammad SAW. Kemudian mereka sujud semula. 

Telah bersabda Rasulullah SAW, bumi seluruhannya adalah masjid melainkan tempat perkuburan dan tempat mandi. 
  • “Telah dijadikan untuk kita bumi seluruhnya adalah masjid. Maka jangan anda sapu pasir pada tempat sujud kerana rahmat Allah berada di hadapan. Dan berdebu muka ku untuk Allah yang maha Mulia lagi maha Tinggi sebab pasir, kerana itulah puncak ibadah kepada Allah Taala. Tidak dikira bersolat bagi mereka yang tidak sampai atau kena hidungnya ke bumi (tanah) seperti juga dahinya”.
Firman Allah SWT yang bermaksud: 
  • ”Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).
Di dalam perlakuan sujud itu ada simbolik dan hikmah yang harus fahami dan hayati. Iaitu bersama terancap dan ratanya tujuh anggota badan kita dengan bumi. Pergerakan yang sepenuh jiwa, sepenuh rasa hina dan mengharap kepada Allah SWT. Penyerahan secara total seorang hamba terhadap Penciptanya dalam menerima serta mematuhi segala perintah dan larangan dari-Nya. 

Jangan sampai berlaku, hanya di dalam solat sahaja kita sujud tetapi di dalam kehidupan seharian kita bersifat tidak tunduk, tidak taat dan tidak menyerah secara total kepada peraturan dan sistem Allah yang Maha Sempurna. Setiap melakukan rukun sujud ketika solat sentiasalah membaharui ingatan kepada Allah SWT (Al-Khaliq). Manakala tunduk meletakkan dahi ketika sujud hendaklah merasakan bahawa ia sedang menghina diri kepada suatu Zat Allah Yang Maha Agung.

Apabila merasa kehebatan Allah Yang Maha Agung maka ketika itu juga perlu merasai diri itu amat kecil dan terlalu kerdil di hadapan Zat Yang Maha Agung. Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini atau meletakkan seluruh dirinya di atas tanah. 

Dengan sujud itu bererti telah mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu. 

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa mengingati mati. Apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah solatnya itu sebagai solat penghabisan tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat. Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah.

Ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”. 

Sujud bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah SWT tetapi dari sudut perubatan pun ada hikmahnya. Antara hikmah sujud menurut keterangan perubatan ialah:

1. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud.
9. Gerakan otot-otot ini menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelancaran darah.
10. Bagi wanita gerakan otot ini menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi.
11.  Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal .
12.  Mengurangkan kegemukan.
13.  Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14.  Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
15.  Memberi dorongan untuk mudah tidur.

Selain itu kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain. Juga menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti. Terutama ketika sujud waktu solat Subuh. (IH).

Rizalman Nafi Dakwaan Serangan Seksual, Pecah Rumah


Rizalman berlari ke arah teksi yang sedang menunggu di luar mahkamah di Wellington. -AFP


WELLINGTON: Bekas diplomat Malaysia di New Zealand yang dituduh melakukan serangan seksual menafikan pertuduhan terhadapnya dan minta dibicarakan ketika hadir di mahkamah, Jumaat.

Rizalman Muhammad Ismail, 38, telah diekstradisi ke New Zealand pada bulan lepas selepas meninggalkan negara ini di bawah kekebalan diplomatik, ketika pertama kali didakwa pada bulan Mei.

Semasa pendengaran terbaharunya di mahkamah, bekas pegawai waran II itu menafikan tuduhan pecah rumah dan melakukan serangan dengan niat untuk melakukan perlanggaran seksual dan seterusnya akan hadir semula di mahkamah pada Februari.

Dalam penampilannya di mahkamah sebelum ini, Rizalman berada di bawah jaminan di satu alamat yang tidak didedahkan tetapi terpaksa menyerahkan pasportnya dan berada di bawah perintah berkurung pada waktu malam.

Dia dituduh mengancam dan cuba merogol seorang wanita berusia 21 tahun di rumahnya di pinggir bandar Wellington, lokasi di mana letaknya Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

Rizalman, yang merupakan seorang atase pertahanan di suruhanjaya tinggi, berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika didapati bersalah. (mStar)

Friday, November 21, 2014

Indonesia: Demo Minyak Naik (BBM), Jokowi Dituntut Mundur.

Katakan Jokowi Bego, HMI dan KAMMI Tuntut Jokowi Mundur
Katakan Jokowi Bego, HMI dan KAMMI Tuntut Jokowi Mundur

Jokowi bego, Jokowi bego, Jokowi bego..
Jakarta: Ratusan mahasiswa dari Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI) dan Himpunan Mahasiswa Islam Indonesia (HMI), kembali melakukan aksi tunjuk perasan dan demontrasi menolak kenaikan harga Bahan Bakar Minyak (BBM) di depan Istana Negara, Jalan Merdeka Utara, Gambir, Jakarta Pusat, Jumat (21/11).

Pantau di lapangan tampak ratusan mahasiswa berkerumun di satu unit kereta komando. Para pelajar masing-masing membawa bendera organisasi sambil meneriakkan yel-yel dan orasi.

"Jokowi bego, Jokowi bego, Jokowi bego," teriak para mahasiswa di depan Istana. Aksi ratusan mahasiswa itu juga menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Merdeka Utara.

Ratusan polis kelihatan melakukan keselamatan di sekitar istana negara dan menetapkan arus lalu lintas. Bahkan kawat berduri sudah terbentang di sepanjang depan pintu pagar istana negara. Ratusan mahasiswa tak hanya melakukan aksi penolakan kenaikan harga BBM, mereka juga meminta Presiden RI, Joko Widodo (Jokowi) untuk mundur dari jabatannya

"Jokowi semestinya memenuhi janji untuk memakmurkan rakyat. Ini malah menindas rakyat! Allahu akbar !!, "teriak para Mahasiswa.

Aksi tolak kenaikan BBM tersebut juga berkesudahan pada kekecohan. Dari kekecohan itu ditangkap satu orang yang langsung digiring ke dalam pagar pintu istana Monumen Nasional (Monas). Tindakan tersebut mencetuskan para mahasiswa dari KAMMI tidak terima dan emosi.  


Emosi mereka pun tak terbendung dan menolak pintu pagar Monas. Akibat aksi itu, ratusan polis kembali turun tangan dan membawa tongkat buluh untuk menghalau para mahasiswa. Tindakan tersebut menyebabkan kesesakan di sepanjang Jalan Merdeka Utara semakin semrawut

Diketahui, aksi mereka bermula pukul 14.00 WIB. Aksi selesai kira-kira pukul 18.00. (IH/ Lasdipo)

Bas, Bahan Bakar Kotoran Manusia Beroperasi Hari Ini.

Bus ini pakai kotoran manusia sebagai bahan bakarnya 
Bas berbahan bakar kotoran manusia. ©Mirror.co.uk

JOM KREATIF 

Bristol, UK: Sekilas bas berwarna putih ini nampak tak ada bezanya dengan bas lain. Bus mengandungi 40 kerusi ini benar-benar kelihatan biasa sahaja.

Namun bas ini ternyata memakai bahan bakar yang sangat alami: Kotoran manusia dan makanan sisa adalah bahan bakar bio-bas penghubung Bath dan bandar udara Bristol ini.

Bas ini baru mula beroperasi hari ini, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Daily Mirror, Khamis (20/11). Bas ini dikeluarkan oleh GENeco, sebuah syarikat pengeluar bahan bakar gas. Gas yang dihasilkan, dihasilkan di tempat pembuangan kotoran di Bristol, United Kingdom.

Pengurus syarikat ini, Mohammed Saddiq mengatakan bio-bas ini diperuntukkan penduduk tempatan di sana. Ia berkata gas yang dipakai sebagai bahan bakar diambil dari najis manusia dan makanan sisa yang tidak lagi digunakan oleh manusia.

Bio-bas ini dipercayai merupakan cara tepat bagi bahan bakar awam kerana dapat memperbaiki kualiti udara bandar di sana. Gas yang dihasilkan di bas ini lebih rendah emisinya dibanding dengan tenaga disel tradisional. Kedua bahan ini akan dikemaskini nantinya.

Saddiq mengatakan, "Gas pembuangan dari kenderaan mempunyai peranan yang penting dalam memperbaiki kualiti udara di Inggeris. Dan dengan adanya bio-bas ini warga Inggeris yang tinggal di kawasan yang termasuk dalam laluan akan merasakan perubahan."

Bio-bas ini boleh beroperasi sehingga 300 kilometer dengan tangki gas penuh. Satu tangki gas penuh setara dengan najis yang dihasilkan lima orang.
 


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Stallone & Schwarzenegger Ajak Hollywood Bantu Israel

 Reuters. Sylvester Stallone (kiri) dan Arnold Schwarzenegger

HALAMAN HIBURAN 

JOHN Wight, penulis dan pengulas pakar geopolitik asal Inggeris, memaparkan pandangannya tentang "penglibatan" pelakon Hollywood dengan gerombolan bersenjata Zionis yang menyebut dirinya IDF ('israel'i Defence Force).  

Artikel Wight diterbitkan pejabat berita Russia Today (12/10/2014). 

Arnold Schwarzenegger dan Sylvester Stallone telah lama meraih kejayaan dalam kerjaya mereka di Hollywood dengan memainkan peranan di dalam filem aksi yang membunuh orang dengan kejam dan tanpa pandang bulu. Gerombolan bersenjata Zionis IDF pun melakukan hal yang sama. 

Schwarzenegger dan Stallone terang-terangan menyokong gerombolan IDF dengan mengadakan pertunjukan besar di Beverly Hills untuk mengumpul dana bagi kumpulan pengganas itu. 

Acara tersebut diadakan oleh Friends of the IDF cawangan Los Angeles. Para artis Hollywood yang sudah biasa menyokong Zionisme pun turut hadir memeriahkan acara tersebut, seperti Barbara Streisand, Pamela Anderson, Ricky Martin dan artis Hollywood lain. Acara tersebut berjaya mengaut sumbangan sebanyak US $ 33 juta. Itu merupakan rekod sumbangan terbesar untuk tahun ini dan khabarnya US $ 10 juta disumbangkan oleh pemilik Oracle Larry Ellison. 

Peluru Artis untuk pengganas Israel 

Anda boleh membeli peluru yang banyak dengan wang tersebut, sebagaimana yang IDF gunakan dalam serangan terakhir ke Jalur Gaza. Menurut PBB, operasi Protective Edge selama 50 hari menyebabkan 2,189 warga Palestin terbunuh, termasuk 1,486 penduduk awam dan 513 di antaranya anak-anak. Kira-kira 72 warga '' israel '' juga tewas, yakni 66 tentera dan enam orang awam. 

Serangan pengganas Zionis '' israel '' begitu ganas kerana mereka juga menyerang sekolah milik PBB dan semua tempat warga berkumpul untuk berlindung, masjid, dan penempatan warga. Hal itu kian menguatkan desakan kepada PBB untuk melakukan siasatan mengenai kemungkinan IDF telah melakukan kejahatan perang. 

Tidak hanya itu, setiap hari penjajah Zionis '' israel '' juga melakukan penjajahan dan pelanggaran undang-undang antarabangsa di Tebing Barat. Yakni, mereka berusaha "menghabisi" warga Palestin demi memudahkan pembinaan penempatan Yahudi. 

Menurut John Wight, "Para artis itu bertingkah seolah-olah Gaza berada di planet lain. Sangat tidak masuk akal. Mereka minum alkohol dan berfoto ria untuk acara sumbangan kepada organisasi yang sudah banyak membuat lelaki, perempuan, bahkan anak-anak cacat selamanya. "   

Pada Ogos 2014, ketika kejahatan pencerobohan tentera Zionis atas Gaza berlangsung, Arnold dan Sylvester termasuk dari 200 penanda tangan surat terbuka yang menyokong aksi penyerangan ''israel'' dengan dalih mempertahankan diri. Mereka berkata sedang memperjuangkan perdamaian. Padahal, peluru IDF, tank, dan peluru berpandu memusnahkan Gaza.   

Idola 

Menurut John Wight, saat dirinya remaja, ia pernah mengidolakan Arnold. Wight menulis, "Apabila anda membayangkan tentang orang Amerika maka bayangan tersebut tidak jauh dari sosok seperti Arnold. Dia mempersembahkan kesungguhan, menggambarkan kekuatan lelaki sejati, kehebatan dan cita-cita buta yang membuat orang berfikir bahawa orang Amerika itu seperti dia. " 

Masih tulisan Wight, sesungguhnya, impian Amerika Syarikat dan Arnold, semua itu bohong. Mereka merupakan gambaran yang bertentangan dengan kenyataan. Dalam soal impian Amerika, nyatanya saat ini masyarakatnya runtuh di bawah ketidakadilan, kemiskinan massa, rasisme, dan putus asa. Sementara dalam kes Arnold, realitinya dia adalah orang tua yang memalukan. 

"Saya masih ingat ketika ia kembali terpilih sebagai Gabenor California pada tahun 2003," tulis Wight, "Ketika itu saya telah mengalami perubahan dari apa yang saya fikirkan ketika remaja." 

Salah satu hal pertama yang Schwarzenegger lakukan sebagai gabenor adalah menolak permohonan grasi dalam kes San Quentin atas terpidana mati Kevin Cooper yang buktinya masih tidak jelas. 

Saya, kata Wight, ingat ketika ikut berdemo di luar rumah Schwarzenegger-dengan jumlah penunjuk perasaan yang sangat banyak untuk membantah keputusannya menolak sidang grasi. 

Pada tarikh 4 Februari 2004, pelaksanaan dihentikan empat jam sebelum pelaksanaan. Kerana, Mahkamah Agung AS merayu yang ke sembilan kali dan kembali menghantar kes itu ke hakim persekutuan. Mereka mencari maklumat baru yang menunjukkan cacatnya bukti dari pendakwa yang menuduh Cooper sebagai dalang pembunuhan empat orang. 

Arnold sebagai Gabenor California, sama cacatnya dengan pengganas Zionis yang didukungnya. (IH/H)

Lacur, Bertopeng Rumah Urut, Bagaimana Selesaikan?

Pekerja warga asing ditahan Jabatan Imigresen kerana menyalahgunakan pas lawatan.

PUCHONG - Taktik pengusaha sebuah rumah urut menyembunyikan kondom belum digunakan dalam periuk nasi bagi mengelakkan aktiviti haram mereka dihidu pihak berkuasa terbongkar apabila premis terbabit diserbu lewat malam kelmarin.

Dalam operasi bersepadu Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bersama Jabatan Imigresen Selangor, satu daripada dua premis rumah urut dan pusat penjagaan kesihatan diserbu didapati mempunyai lesen perniagaan.

Namun pengusaha didapati melanggar syarat sekatan lesen dengan menggaji wanita warga asing tanpa permit dan menjalankan aktiviti haram dalam premis.

Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, hasil siasatan di premis pertama mendapati pengusaha premis menawarkan urutan ‘ping pong’ kepada pelanggan dengan bayaran tertentu.

Atas kesalahan dilakukan tiga set peralatan urut dirampas dan premis dikenakan tindakan sitaan bawah UUK 13 (K) Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan Dan Penjagaan Kesihatan (UUKPKPK) MPSJ 2007.

Azfarizal berkata, premis kedua yang diserbu didapati beroperasi secara haram dan turut menggaji wanita warga asing tanpa permit sah. Di premis itu pengusaha didapati menawarkan khidmat urutan badan ke badan (B2B) dan pelacuran.

“Anggota menemui kondom belum digunakan disorok dalam periuk nasi,” katanya.

Pengusaha dikenakan tindakan bawah UUK 3 UUKPK MPSJ 2007 kerana mengendalikan pusat urut tanpa lesen sah daripada MPSJ. Beliau berkata, tiga daripada pekerja asing warga China didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan ditahan di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen Malaysia 1959/63.

Manakala tujuh pekerja warga Vietnam pula ditahan di bawah Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen Malaysia 1963 kerana didapati menyalahguna pas lawatan dengan bekerja sebagai tukang urut.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Masalah kegiatan pelacuran bersembunyi di balik topeng 'rumah urut'. Cuba tengok bagaimana kerajaan negeri Kelantan selesaikan.

Arak: Gerak Misi Besar-besaran Tolak MAS..


 
Laporan Sinar Harian 19 November lalu.KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan tidak menolak kemungkinan akan menggerakkan misi besar-besaran untuk menolak Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sekiranya tidak ada sebarang perubahan dalam penjualan tiket termasuk kos minuman keras.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata sekiranya pihak kerajaan khususnya MAS tidak mengambil kira desakan pihaknya termasuk orang ramai, kempen menolak syarikat penerbangan itu akan diadakan besar-besaran.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan memorandum kepada pihak MAS, semalam sebagai bantahan berikutan setiap pembelian tiket oleh penumpang termasuk kos hidangan arak.

Memorandum itu diserahkan kepada Pengurus Akaun Wilayah Timur, Ruslan Mohd Yaman. Hadir sama pada penyerahan memorandum itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri, Nor Azariza Mohd Alawi.

Penyerahan memorandum itu dilakukan berikutan pendedahan dalam Dewan Rakyat minggu lalu yang dikejutkan dengan pemakluman setiap harga yang dibeli penumpang adalah termasuk dengan kos hidangan yang disediakan dalam pesawat MAS termasuk arak. (Hrkh)

Ini, 'Cat Women' Panjat Siling, Premis Hiburan...




Manjung: Seorang wanita warga Vietnam yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) beraksi ala ‘cat woman’ apabila sanggup membahayakan nyawa dengan memanjat siling sebuah premis hiburan Jalan Sitiawan, di sini, kerana bimbang dicekup anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perak, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 pagi, wanita berusia 20-an itu adalah antara 76 warga asing yang ditahan dalam serbuan Ops Sayang membabitkan dua lokasi pusat hiburan keluarga berasingan di sekitar bandar ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bersihkan premis hiburan, sehingga menjadi pusat hiburan sebenarnya, bukan pusat maksiat yang lari dari konsep berhibur.(IH)
bandar ini.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak Muhamad Faizal Saidin berkata, dalam operasi itu, 136 GRO berusia antara 17 hingga 36 tahun ditahan untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
Menurutnya, daripada jumlah itu, 76 masing-masing membabitkan wanita warga Vietnam dan China ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya, menyalahguna pas lawatan diberikan dan tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10661#sthash.QEtxiHLc.dpuf
Manjung: Seorang wanita warga Vietnam yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) beraksi ala ‘cat woman’ apabila sanggup membahayakan nyawa dengan memanjat siling sebuah premis hiburan Jalan Sitiawan, di sini, kerana bimbang dicekup anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perak, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1 pagi, wanita berusia 20-an itu adalah antara 76 warga asing yang ditahan dalam serbuan Ops Sayang membabitkan dua lokasi pusat hiburan keluarga berasingan di sekitar bandar ini.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak Muhamad Faizal Saidin berkata, dalam operasi itu, 136 GRO berusia antara 17 hingga 36 tahun ditahan untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
Menurutnya, daripada jumlah itu, 76 masing-masing membabitkan wanita warga Vietnam dan China ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya, menyalahguna pas lawatan diberikan dan tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10661#sthash.QEtxiHLc.dpuf
Manjung: Seorang wanita warga Vietnam yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) beraksi ala ‘cat woman’ apabila sanggup membahayakan nyawa dengan memanjat siling sebuah premis hiburan Jalan Sitiawan, di sini, kerana bimbang dicekup anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perak, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1 pagi, wanita berusia 20-an itu adalah antara 76 warga asing yang ditahan dalam serbuan Ops Sayang membabitkan dua lokasi pusat hiburan keluarga berasingan di sekitar bandar ini.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak Muhamad Faizal Saidin berkata, dalam operasi itu, 136 GRO berusia antara 17 hingga 36 tahun ditahan untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
Menurutnya, daripada jumlah itu, 76 masing-masing membabitkan wanita warga Vietnam dan China ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya, menyalahguna pas lawatan diberikan dan tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10661#sthash.QEtxiHLc.dpuf

Tahap Umur: Kita Di Mana, Apa Patut Buat?


 

UMUR seseorang adalah seperti berikut..

Tahap 1: Mumaiyiz

Tahap dimana seorang kanak-kanak sudah boleh membezakan baik dan buruk. Setiap insan berbeza dari segi umur mumaiyiznya. Mereka, jika berbuat salah tidak berdosa dan jika berbuat baik tiada pahala dan ibubapa menanggungnya sehingga sampai umur baligh.


Tanda baligh bagi anak lelaki sukar ditentukan secara tepat seperti datang mimpi, dan sebagainya. Bagi anak perempuan sehingga datang haidnya, maka jelaslah balighnya. Islam tidak menetapkan umur tertentu seperti yang dilakukan orang barat.

Tahap 2: Pemuda/pemudi

Bermula dari umur baligh hingga umur 40 tahun. Namun pada umur ini belum cukup kuat akalnya. Pun begitu sudah layaklah menanggung amanah dosa pahalanya. Jika ada sikap2 buruk di antara umur ini, masih ada ruang untuk berubah sebelum tibanya umur 40 tahun.

Tahap 3: Orang tua

(i) 40 tahun.

Bermula umur 40 tahun dan ke atas. Ketika ini seseorang telah dianggap sudah amat matang. Nabi SAW juga menerima wahyu ketika berusia 40 tahun, ketika akal manusia sudah stabil dan lengkap. Allah Maha Mengetahui hal keadaan hamba-hamba ciptaanNya.

Jika sesuatu tabiat buruk berterusan melepasi 40 tahun maka ditakuti dia akan mati dengan tabiat-tabiat buruk itu tanpa dapat mengubahnya lagi. Sebaliknya jika seseorang itu sudah dapat mengubah tabiat buruk itu sebelum umur 40 tahun, maka insyaAllah tabiat baik itu akan kekal sehingga waktu matinya.

Sabda Nabi SAW, bermaksud ;
  • Barang siapa yang telah dipanjangkan umurnya dalam keadaan Islam, beriman dan beramal soleh sehingga sampai umur 40 tahun, maka Allah akan memberi beberapa hadiah, iaitu RahmatNya kepada orang itu. Dia akan dijauhkan dari 3 jenis bala, iaitu gila(al junun), kulit terkopak-kopak (al juzam) dan penyakit sopak (al baros- kulit menjadi sebahagian putih-putih). 
(ii) 50 tahun.  

Apabila seseorang itu sampai umur 50 tahun dalam keadaan Islam, beriman dan beramal soleh, Malaikat tidak akan menulis amalan dosa-dosa kecil sedangkan amalan baik akan masih terus ditulis. 

Namun kita perlu ingat, bahawa Allah menyembunyikan keredaan dan kemurkaanNya, maka kita wajib berusaha menghindari dosa walaupun kecil, kerana ditakuti dosa-dosa kecil yang berterusan, menjadi kemurkaan Allah. Sebaliknya berusahalah berbuat baik walaupun kecil kerana itu yang menjadi keredaan Allah.

(iii) 60 tahun.   

Apabila seseorang itu telah mencapai umur 60 tahun dalam keadaan Islam, beriman dan beramal soleh, Allah hadiahkan rasa suka, cinta bertaubat, dan suka buat amal soleh kerana hendak kembali kepada Allah. Jika sebaliknya Allah tidak akan beri hadiah ini.

(iv) 70 tahun. 

Apabila telah mencapai umur 70 tahun Allah akan cinta kepadanya, bahkan seluruh Malaikat yang berada dilangit akan menyayanginya dengan syarat dia berterusan melakukan segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Juga dia melalui umur-umur tersebut dan mendapat hadiah-hadiah seperti di atas.

(v) 80 tahun.  

Apabila telah mencapai umur 80 tahun, Allah akan terima segala amalan baiknya walaupun dia tidak sepenuhnya ikhlas dan Allah tidak catat amalan dosanya yang kecil. Sesuatu amalan yang baik semata-mata kerana Allah dikira ikhlas. 

Tapi amalan yang dibuat kerana Allah dan juga kerana manusia juga dikira oleh Allah sebagai ikhlas. Pada umur ini Allah terima amalannya walaupun dia lupa. Malaikat yang mencatat dosa tidak lagi mencatat dosa-dosanya, sedangkan pahala berterusan dicatat.

(vi) 90 tahun.   

Apabila telah sampai umur 90 tahun dengan syarat dia telah menerima hadiah-hadiah pada umur sebelumnya, maka Allah akan memberi RahmatNya, di mana Allah..
  1. Mengampunkan segala dosanya yang lalu kepada Allah seperti orang yang mengerjakan haji. Namun bukan dosanya kepada manusia. 
  2. Menahan dia di muka bumi supaya Allah tambah RahmatNya kepadanya. 
  3. Juga Allah memberi izin pada orang ini untuk memberi pertolongan pada ahli keluarganya di akhirat kelak, supaya terhindar atau dikeluarkan dari Neraka.
Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Mereka yang menjaga orang tua seperti di atas akan diRahmati Allah dan dipermudahkan urusannya.

Tips dari Saidina Ali Kw..
  • Jika ingin menjadi orang yang tidak nyanyuk sebaliknya menjadi orang tua yang bermanfaat dan segar otaknya maka semasa muda lagi,  amalkan amalkan membaca Al-Quran.
Tanpa kita minta, kita akan disayangi ramai orang apabila membaca Al Quran itu menjadi amalan yang berterusan.

Doa pada umur 40 tahun: (Surah Al-Ahqaf juzuk 26, ayat 15).
Bermaksud..

  • Ya Allah Ya Tuhanku berilah aku peluang, RahmatMu untuk aku bersyukur kepadaMu. Ya Allah atas segala Nikmat yang Kau kurniakan kepadaku dan juga..
  • Nikmat yang kau beri kepada kedua ibubapaku dan semoga Engkau beri peluang kepadaku untuk melakukan amal soleh yang mana Engkau redai. Ya Allah, semoga engkau memberikan zuriat yang baik dan soleh dan semoga Engkau mengislah (memperbaikkan) zuriatku ini. Sesungguhnya aku ini bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku ini dari kalangan orang-orang Islam (orang yang mengamalkan Rukun-rukun Islam)
(IH)

Apa Misi Columbus Menakluk Benua Amerika?


Columbus 

DALAM setiap suratnya, Columbus selalu menceritakan obsesinya untuk merampas Jerusalem dengan dibiayai dari emas yang dijumpai di Dunia Baru.

Caribbean, 26 Disember 1492. Dalam ekspedisi perdananya, Cristophorus Columbus menuliskan dalam jurnal yang dikenali sebagai Diario bahawa dia ingin mencari sebanyak mungkin emas dan rempah-rempah di Dunia Baru.

"Dalam jumlah yang sangat besar, sehingga penguasa akan mempersiapkan penaklukan Makam Kudus (Holy Sepulchre). Sehingga, saya meminta kepada Yang Mulia agar membelanjakan semua hasil keuntungan dari ekspedisi saya ini untuk penaklukan Jerusalem. "

Penguasa yang disebut Columbus dalam jurnal ekspedisi ke Benua Amerika itu tentu saja adalah Raja Ferdinand dan Ratu Isabela, pemimpin Sepanyol yang telah membiayai ekspedisinya, pasangan pemimpin Kristian yang berjaya menamatkan dominasi kaum Muslim dan Yahudi dari Sepanyol.

Kalimat dalam jurnal itu juga menunjukkan bahawa bukan kali itu saja Columbus menyebutkan niat utamanya mencari peruntungan dari penjelajahan ke Dunia Baru adalah demi penaklukan Jerusalem dan itu bukanlah ekspedisi terakhir.

Ketika bertemu dengan warga asli Benua Amerika, Columbus ingin mereka diperlakukan dengan baik agar mahu memeluk agama Kristian. Tapi, walau mereka sudah mendatangi pelbagai tempat yang belum pernah dikunjungi orang Eropah, Columbus terus belayar untuk mencari daratan utama agar boleh mencari komoditi berharga, seperti rempah-rempah dan emas.  


Banyak sejarawan akhirnya menilai Columbus memang taksub untuk mengejar harta dalam ekspedisi ke Amerika. Emas memang menjadi salah satu tujuan utama. Tapi, motif sesungguhnya yang mampu menggerakkan Columbus menempuh pelayaran yang mahaberat itu kembali terkuak dalam suratnya pada 4 Mac 1493 yang ditujukan kepada Raja Ferdinand dan Ratu Isabela, sebelum Columbus pulang dari pelayaran pertamanya.

"Dalam tujuh tahun dari hari ini, saya akan sanggup membayar Yang Mulia untuk menyediakan lima ribu pasukan berkuda dan 50 ribu tentera berjalan kaki untuk perang menakluk Jerusalem. Untuk tujuan inilah penyemakan ini dilakukan. "

Hampir sepuluh tahun kemudian, Columbus masih saja terpaku pada tema penaklukan Jerusalem. Sebuah surat yang ditulis pada Februari 1502 kepada Paus Aleksander VI menyebutkan, "Perjalanan ini dilakukan dengan tujuan untuk membelanjakan dana yang telah dilaburkan untuk membantu kuil suci dan Gereja Suci," sambil kembali menyebut jumlah kuda dan pasukan yang diharapkan tersedia. Kemungkinan, surat itu tak pernah dihantar.

Dalam surat lain yang disebut sebagai Lettera Rarissima bertarikh 7 Julai 1503 di Hispaniola dan ditujukan kepada penguasa Sepanyol, Columbus menceritakan mengenai kejadian pada pelayarannya yang keempat. Pada akhir surat, tema penaklukan Jerusalem lagi-lagi muncul. "Jerusalem dan Gununf Sion akan dibina kembali oleh tangan-tangan umat Kristian, sesuai dengan apa yang difirmankan Tuhan melalui mulut Nabinya di Kitab Mazmur Pasal 14."

Lalu, pada 19 Mei 1506, satu hari sebelum kematiannya, Columbus mengesahkan majorat atau surat wasiat yang asal sudah ditulis sejak 22 Februari 1498 dan ditambah isi kandungannya pada 25 Ogos 1505. Wasiatnya menyebut tentang pendirian pundi dana untuk pembebasan Jerusalem.

Sejak awal, Columbus memang taksub terhadap Jerusalem sebagai tujuan utama dari empat ekspedisi ke Benua Amerika yang berlangsung empat kali itu. Guru Besar Ilmu Sejarah Universiti Wisconsin-Madison John Phelan mendedahkan, harapan mengenai penaklukan Jerusalem dengan memanfaatkan emas yang dijumpai di Dunia Baru mungkin telah diucapkan Columbus kepada Ferdinand dan Isabela sebelum dia berangkat berlayar dari Palos, 3 Ogos 1492.

Namun, mungkin saja idea ini telah dicetuskan lebih awal, iaitu selama pengepungan Granada pada 1489, benteng terakhir kuasa Muslim di Sepanyol. Saat itu, duta besar Sultan Mesir (Dinasti Mamluk) datang meminta pasukan Sepanyol menghentikan peperangan atau Muslim akan menghancurkan Holy Sepulchre, sebutan lain untuk Jerusalem


Sejarawan Universiti Wisconsin-Milwaukee Abbas Hamdani menyebut, 1492 merupakan tahun yang sangat kritikal dalam sejarah Eropah, Muslim, dan Amerika. Pada 2 Januari, Granada jatuh mengakhiri kekuasaan Muslim di Sepanyol selama-lamanya. Lalu, pada 12 Oktober, Columbus "mencari" Amerika.

Columbus telah membuka jalan bagi era penjelajahan, pengembangan, dan penjajahan oleh bangsa Eropah yang menjadi pengantar munculnya era Renaissance.

Namun, motif utama penyemakan dalam suasana abad pertengahan itu sering diabaikan, iaitu keinginan Columbus melancarkan kembali Perang Salib baru untuk merebut Tanah Suci Jerusalem dari tangan kaum Muslim. Keinginan itu tidak hanya sebatas menguasai kembali tanah tempat Isa lahir dan mendakwahkan ajarannya, tapi demi memenuhi sebuah nubuat yang sangat diimani oleh Columbus.

Ramalan itu disebutkan dalam Injil Kitab Wahyu yang menyebutkan bahawa dipeluknya ajaran Kristian oleh seluruh penduduk Bumi serta penaklukan kembali Jerusalem merupakan prasyarat untuk kembalinya Jesus Kristus ke dunia sebelum akhir zaman. Dan, Columbus merasa dirinya bakal punya peranan penting dalam peristiwa itu.

Taksub Columbus memang tidak pernah kelihatan dalam penerbitan sejarah popular. Padahal, bukti-bukti tertulis dari Diario dan kesaksian ahli keluarga dan rakan-rakan memberi bukti yang tidak boleh dinafikan.

Diario menceritakan bahawa sepanjang pelayaran pertama menuju Dunia Baru itu Columbus kerap sekali melantunkan doa dan menjaga jam-jam sembahyang (jam kanonikal) di kapal, terutama waktu doa Prime, Terce, Vesper, dan Compline. "Saat waktu Vesper, semua awak kapal dikumpulkan. Doa ringkas dibacakan. Salve Regina dinyanyikan. "

Setiap menjelang perhimpunan Ahad, Columbus selalu mempersiapkannya dengan sangat detail dan sungguh-sungguh. Columbus pun sangat meyakini berkat dari perjalanan ziarah ke tempat suci, terutama Jerusalem. Dalam beberapa catatan Diario, Columbus dan para awak kapalnya sering kali mengucapkan janji bahawa mereka akan melakukan ziarah ke tempat-tempat suci jika selamat mengharungi lautan ganas dan ribut.

Apresiasi keagamaannya juga tampak pada cara Columbus menamakan pulau dan tempat yang mereka temui, seperti Pulau Adam, San Salvador (penebusan), Trinidad (trinitas), Santa Maria (Virgin Mary), serta Isla de la Ascuncion merujuk pada hari ketika Tuhan memasukkan (assumption ) Perawan Maria ke syurga.

Pendeta Andres Bernaldez menceritakan bahawa saat kepulangan dari pelayaran kedua ke Dunia baru, setibanya di Castile, Jun 1496, dia melihat sahabatnya Columbus berpakaian seperti sami Ordo St Francis. Beberapa sejarawan meyakini, Columbus memang mengikuti ajaran Fransiscan dan dikebumikan dalam jubah aliran itu.

Bukti lain adalah simbol yang dipakai Columbus untuk menutup surat laporan dalam pelayaran pertama dengan "Xpo-ferens" atau "Pembawa Kristus". Ertinya, Columbus meyakini bahawa dirinya membawa misi agama Kristian sepanjang pelayaran, senada dengan namanya St Cristopher
(IH/Rahmad Budi Harto)

Sekitar 70 tahun sebelum Columbus memacakkan benderanya di daratan Amerika, Laksamana Zheng He sudah terlebih dahulu sampai ke sana.

Lihat sebelum ini.. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails