Saturday, June 11, 2011

Esok K'tan Cuti Umum,, Tok Guru Umum Sebentar Tadi.

SUKANKOTA BHARU, 11 Jun 11: Kerajaan Kelantan petang ini mengisytiharkan cuti umum esok sebagai meraikan kejayaan skuad Red Warriors memasuki perlawanan akhir Piala FA malam ini. Anggota Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata, keputusan itu dibuat Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebentar tadi.

Katanya, cuti umum peristiwa itu diberi memandangkan ramai anak-anak Kelantan datang ke Bukit Jalil bagi menyaksikan skuad bola sepak mereka berentap dengan Terengganu di perlawanan akhir malam ini.

"Menimbangkan di atas faktor keselamatan memandangkan ramai anak muda datang menyaksikan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini maka kerajaan negeri menimbangkan cuti peristiwa esok.

"Ini membolehkan mereka yang datang jauh tidak perlu pulang tergesa-gesa sehingga mengabaikan aspek keselamatan ketika berada di jalan raya," katanya dihubungi di Kuala Lumpur.

Tahun lepas kerajaan Kelantan mengisytiharkan cuti umum ekoran kejayaan skuad Red Warriors menjulang Piala Malaysia pada perlawanan akhir yang juga diadakan di Bukit Jalil. Pada perlawanan itu Kelantan menewaskan Negeri Sembilan.

Malah pada tahun sebelumnya pemain Negeri Cik Siti Wan Kembang juga menerima insentif daripada kerajaan negeri dengan tajaan menunaikan ibadat umrah di Makkah selepas layak memasuki pada perlawanan akhir Piala Malaysia.

Abdul Fattah berkata, pelbagai insentif diberi kerajaan negeri sebagai sokongan bagi membangunkan sukan bola sepak di negeri ini. Malah katanya, kerajaan negeri telah mengumumkan cadangan membina stadium dan kompleks sukan yang lebih lengkap di Bukit Merbau, Pasir Puteh yang membabitkan kos lebih RM100 juta.

Oleh itu adalah diharapkan anak-anak Kelantan yang datang menyaksikan perlawanan malam ini di Stadium Bukit Jalil tidak perlu pulang dengan tergesa-gesa memandangkan esok sudah diisytiharkan sebagai cuti umum di Kelantan. Difahamkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga akan datang memberi sokongan kepada pasukan Kelantan bersama-sama anggota Exco di Stadium Bukit Jalil sebagai suntikan semangat kepada pemain-pemain Red Warriors.

Pengumuman itu dibuat di laman Facebook Menteri Besar Kelantan itu.

"InsyaAllah pada malam ini saya akan turut serta menyaksikan perlawanan akhir Piala FA Kelantan vs Terengganu.

"Besok DIISYTIHARKAN CUTI UMUM di Kelantan sebagai memberikan peluang kepada anak-anak Kelantan pulang dengan selesa," umumnya.

Jaga akhlak dan tatatertib

Sementara itu, beliau juga mahu penyokong kedua-dua pasukan yang membanjiri stadium malam ini menjaga adab dan tatatertib masing-masing agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Ingatan sama turut diberikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mahu semangat kesukanan tidak dicemari dengan sebarang insiden pergaduhan.

"Malam ini sekali lagi Kelantan dan Terengganu akan bertemu didalam perlawanan akhir Piala FA, kepada pemain kedua pasukan, bermainlah dengan penuh semangat kesukanan.

"Kepada penyokong dan penonton jagalah akhlak dan saksiyyah anda walau dimana juga berada.

"Sementara yang menuju ke Stadium Bukit Jalil, berhati-hati dijalan raya," katanya yang juga bekas Menteri Besar Terengganu. (IH)

P,Pg Urus Tadbir Bebas Rasuah CAT -Guan Eng.


KL 11 Jun 11: MCA harus berhenti daripada terus melakukan pembohongan kepada diri sendiri apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam satu wawancaranya bersama Malaysiakini yang disiarkan secara penuh dalam The Star hari ini, mengatakan bahawa..

‘Pulau Pinang telah membenarkan kenaikan tarif air sebanyak 20 peratus dan kini Pulau Pinang sedang mengalami bajet defisit, di mana akan menjadi lebih teruk menjelang tahun hadapan’.

Perkara ini adalah tidak benar sama sekali, kerana Pakatan Rakyat Pulau Pinang mencatat rekod lebihan bajet untuk tiga tahun berturut-turut sejak mengambil alih tampuk pemerintahan BN pada tahun 2008 atas amalan bebas rasuah dan urus tadbir yang berasaskan CAT. Ini turut disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara di mana Pulau Pinang merupakan negeri yang mempunyai pengurusan kewangan yang baik selama dua tahun berturut-turut.

Pulau Pinang merupakan satu-satunya kerajaan negeri atau negara yang telah dipuji oleh Tranparency International di Malaysia kerana berjaya memerangi rasuah. Pulau Pinang mencatat surplus yang paling tinggi dalam sejarah dengan RM88 juta pada tahun 2008, RM77 juta pada tahun 2009 dan RM33 juta pada tahun 2010.

Anggaran surplus pada tahun 2009 sepatutnya bernilai RM92 juta jika Kerajaan Negeri tidak perlu membayar RM15 juta atas perintah Mahkamah Tinggi disebabkan skandal tanah Tang Hak Ju yang telah dilakukan oleh Kerajaan BN sebelum ini.

Dengan pengurusan kewangan yang baiklah telah membolehkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang mengagihkan RM12 juta setahun kepada Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Mubaligh, Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Sikh. Adakah RM12 juta juga diberikan oleh Kerajaan BN sebelum ini?

Pulau Pinang tidak menaikkan tarif air untuk pengguna domestik malah telah membiayai subsidi yang besar, tetapi mengenakan surcaj pemuliharaan air kepada mereka yang membazirkan air. Chua tidak jujur kerana memutar belitkan perbezaan ini. Keengganan Pakatan Rakyat menaikkan tarif air kepada pengguna domestik telah dikutuk hebat oleh NGO yang menginginkan kenaikan tarif air bagi mengurangkan pembaziran air.

Tarif air hanya dinaikkan untuk perniagaan sahaja setara dengan kos pengeluaran. Sekiranya Chua tidak gembira dengan kenaikan ini, mengapa beliau tidak menentang kenaikan tarif air di Johor, yang mana tarif air di Johor adalah 3-6 kali lebih tinggi daripada Pulau Pinang?

Pulau Pinang masih menikmati tariff air yang terendah bagi kedua-dua domestik dan perniagaan di Negara ini. Disebabkan tarif air yang rendah ini, Pulau Pinang menanggung penggunaan air yang tertinggi dengan purata 291 liter seorang, sehari untuk tahun 2010 berbanding purata kebangsaan sebanyak 205 liter sahaja.

Prestasi kewangan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bukan hanya untuk pentadbiran Kerajaan Negeri sahaja tetapi juga telah menyelamatkan MPSP daripada menjadi muflis. Dari tahun 2000- 2007, MPSP terpaksa menanggung defisit setiap tahun di mana, kehilangan RM230 juta yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri BN sebelum ini. MPSP berada dalam keadaan muflis secara praktikal semasa Pakatan Rakyat mengambil alih negeri ini.

Walau bagaimanapun, hanya dalam masa satu tahun, Kerajaan CAT Pakatan Rakyat berjaya menyelamatkan MPSP daripada terus muflis dengan mencatatkan sedikit surplus pada tahun 2008 dan seterusnya untuk tiga tahun berturut-turut seperti berikut :-

2008 – RM 3 juta
2009 – RM 15 juta
2010 – RM 23 juta

Chua mengatakan bahawa ‘BN mempunyai banyak kelemahan, kegiatan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan tidak melakukan seperti yang dikatakan’. Kehilangan RM230 juta di MPSP dan RM40 juta ke atas skandal tanah Tang Hak Ju merupakan contoh terbaik kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Manakala kenyataan BN tidak melakukan seperti apa yang dikatakan, Chua seharusnya merujuk kembali janji-janji yang telah beliau taburkan ketika pilihan raya pemilihan presiden MCA yang lepas.

Tidak diragukan sememangnya Pulau Pinang menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik daripada BN. Keyakinan diiringi dengan kejayaan Pulau Pinang mencatat jumlah pelaburan yang tertinggi dalam sejarah dan menduduki tempat pertama di Malaysia sebanyak RM12.2 bilion. Pulau Pinang juga mengalami penurunan indeks jenayah yang tertinggi di Malaysia dengan penurunan sebanyak 27 peratus.

Pulau Pinang juga menduduki tempat pertama dalam sektor pelancongan kesihatan dan pertumbuhan penumpang udara sebanyak 25 peratus di Negara ini. Chua seharusnya mencari kebenaran melalui fakta, bukannya berbohong dengan memutar belitkan fakta semata-mata untuk meraih populariti dan menyerang PR. PR tidak sempurna dan bersedia untuk memperbaiki setiap kelemahan yang dilakukan tetapi PR berbeza dengan BN kerana PR tidak memanjakan diri dengan rasuah dan kroni.

Dipetik daripada blog Lim Guan Eng

Lady Gaga Nasihat Jangan Amal Seks Bebas. He he he.

HALAMAN HIBURAN

HOLLYWOOD: Penyanyi Lady Gaga menasihati peminat remajanya supaya tidak mengamalkan seks bebas.

Gaga ingin peminatnya mengekalkan kesucian mereka hingga mereka benar-benar yakin untuk melakukan hubungan intim. Penyanyi lagu hit ‘Born This Way’ itu mengakui dia pernah mengamalkan seks bebas ketika zaman remajanya. Bukan saja itu, malah dia juga pernah mengadakan hubungan intim bersama kaum sejenis. Namun, Gaga tidak mahu peminatnya mengikut jejaknya.

“Saya fikir remaja perlu menunggu hingga mereka benar-benar yakin untuk melakukan seks,” katanya sebagaimana dipetik dalam Showbiz Spy, semalam.

Di sebalik nasihat itu, wanita kelahiran 28 Mac 1986 itu menganggap seks bahagian terpenting dalam hidupnya selepas muzik. Penyanyi yang sudah merakamkan tiga album itu menyifatkan seks boleh menjadi inspirasi kepada sesetengah orang. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nak tergelak dengar, penyanyi Lady Gaga menasihati peminat remajanya supaya tidak mengamalkan seks bebas. Macam ketam suruh anaknya jalan betul, sedangkan dia jalan herot-petot!

Sama dengan pemimpin UMNO di Malaysia, suruh ikut Islam, dia atau isteri yang bercakap itupun tak pakai tudung lingkup menurut Islam.. (IH)

Lihat sebelum ini..

Mengapa Pelabur Tertarik Negara Kebajikan? -PAS



KL 11 Jun 11:
"Dalam negara berkebajikan, cukai dipungut mengikut perkembangan, rasuah tidak ada, pelabur suka datang". Antara kata-kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Itulah Konsep 'negara berkebajikan' yang mahu dilaksanakan PAS jika diberi mandat memerintah negara bersama rakan Pakatan Rakyat, diyakini mampu menarik minat pelabur asing melabur di negara ini. Minat pelabur itu akan didorong oleh keyakinan mereka terhadap pengurusan ekonomi negara yang sihat iaitu bebas rasuah.

Tiada salah guna kuasa dan berintegriti seperti yang dianjur Islam. Hasil dari pengamalan urus tadbir yang baik itu juga, sekaligus akan menambah pendapatan negara.

"Dalam negara berkebajikan, cukai dipungut mengikut perkembangan, rasuah tidak ada, pelabur suka datang.

"Dengan sendiri hasil negara bertambah. Ini caranya," katanya melalui laman Facebook.

Beliau menjelaskan demikian dipercayai sebagai menjawab persoalan yang ditimbulkan pemimpin Umno BN berhubung konsep negara berkebajikan yang menjadi tema ucapan dasar presiden PAS pada Muktamar parti itu yang ke 57 minggu lalu.

Pemimpin Umno termasuk Datuk Seri Najib Razak sebelum ini turut memperkecil hasrat PAS yang mahu memperkenal konsep negara berkebajikan tersebut dan mendakwa BN sudah lama mengamalkannya.

Bagaimanapun Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu membidas kenyataan itu dengan mendakwa BN mengamal pemerintahan diktator dan bukannya negara berkebajikan. Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata konsep negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS berbeza dengan yang didakwa Najib bahawa sudah diamal Umno.

Katanya konsep negara berkebajikan itu mempunyai elemen yang lebih murni dalam menyelamatkan negara kerana PAS akan menerapkan konsep halal dan haram dalam pelaksanaannya dan tidak seperti Umno.

"Disinilah kuasa barat takut, bimbang dengan pemerintahan Islam," tegasnya. (IH)

'KL Gangster' Dedahkan Pekida Gangster Melayu M'sia?

HALAMAN HIBURAN
KL 11 Jun 11: Pengarah filem KL Gangster, Syamsul Yusof menafikan dakwaan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) kononnya filem itu membuka kod rahsia pertubuhan berkenaan dan mengaitkan orang Melayu dengan unsur samseng seperti didakwa.

Syamsul, 27, berkata dakwaan ahli Pekida itu mungkin berpunca daripada salah faham selepas filem arahannya itu mula ditayangkan di pawagam, kelmarin.

“Saya sendiri tidak faham apa kod rahsia yang dimaksudkan mereka, kemungkinan mereka tidak berpuas hati kerana penggunaan perkataan ‘abang long’ dan ‘ayahanda’ dalam babak filem itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, filem itu tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana pihak, malah penggambarannya mendapat kebenaran daripada polis dan pelepasan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).

“Sebelum membuat filem, penolong pengarah produksi, Rizal Ashraf terlebih dulu melakukan kajian dan menemubual bekas gengster.

“Tetapi isu seperti itu tidak sepatutnya timbul dan saya mengharapkan ahli Pekida tidak sewenang-sewenangnya menuding jari kepada Skop Production kononnya menjatuhkan bangsa sendiri,” katanya.

Dia berkata, filem itu hanya rekaan semata-mata dan bersifat hiburan, malah ia tiada kaitan langsung dengan gengsterisme di negara ini. “Tujuan penghasilan filem ini adalah menyampaikan mesej bersifat kekeluargaan, kemasyarakatan dan keagamaan dengan harapan ibu bapa mengambil berat terhadap anak yang sedang meningkat dewasa,” katanya.

Di sebalik kontroversi itu, Syamsul tetap melahirkan rasa syukur kerana kutipan hari pertama tayangan filem itu mencatat RM1.5 juta.

Selain KL Gangster, Pekida juga berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi kerana mendakwa mereka mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan.

Sementara itu, pengarah Kongsi, Farid Kamil Zahari, 30, turut memberi pandangan sama iaitu filem berkenaan yang ditayangkan di saluran Astro First hanya hiburan semata-mata tanpa ada kena mengena dengan mana-mana individu atau pertubuhan.

“Bagi saya penggunaan ‘abang long’ atau ‘ayahanda’ sinonim dengan masyarakat Melayu, saya juga memanggil mak cik dan pak cik saya dengan gelaran ‘mak long’ dan ‘pak long’.

“Tidak ada sebarang kod rahsia yang menyentuh sesiapa. Sebaik menerima skrip filem itu sebelum ini, saya dapati ia karya yang menarik dan menghiburkan,” katanya. (myMetro)

Komen weblog Ibnu Hasyim: Apakah benar kononnya filem itu membuka 'kod rahsia pertubuhan' Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan mengaitkan orang Melayu dengan unsur samseng seperti didakwa.

Terkejut kita, apakah pertubuhan dakwah itu pun menpunyai ciri-ciri pertubuhan bawah tanah atau gangster? Pekida adalah Gangster Melayu? Perlukah pertubuhan itu disiasat polis? Mana ada dakwah dan kebajikan pakai 'kod rahsia' pertubuhan? Adakah kod rahsia itu didaftarkan di bawah akta pertubuhan, kalau ia pertubuhan sah dari sudut pemerintah?

Videos for kl gangster

- Report videos
KL GANGSTER 2011 OFFICIAL TRAILER
1 min - 7 Apr 2011
Uploaded by Xanseviera93

youtube.com
Trailer Filem: KL GANGSTER [2011]
1 min - 19 May 2011
Uploaded by dyaa18102

youtube.com

Awas, Sendikit Penipuan Global.


SEBAHAGIAN daripada 177 warga Taiwan dan China yang terbabit dalam penipuan siber ditahan oleh Imigresen Indonesia di Jakarta kelmarin.

Sindiket penipu antarabangsa lumpuh

PHNOM PENH - Beratus-ratus warga China dan Taiwan ditangkap di seluruh Asia termasuk Malaysia dalam satu operasi antarabangsa untuk menumpaskan komplot penipuan melalui telefon merentasi sempadan, kata pegawai-pegawai di beberapa negara semalam.

Kebanyakan tangkapan dibuat di Indonesia dan Kemboja dengan masing-masing 177 orang dan 166 orang ditahan dalam satu serbuan merentasi sempadan. Serbuan dilakukan untuk mematahkan modus operandi penjenayah yang menggunakan perkhidmatan telefon Internet untuk menipu wang ribuan mangsa di rantau berkenaan.

Di Malaysia, polis menangkap 27 rakyat China dan 10 warga Taiwan di Sabah kerana menipu orang ramai supaya membayar saman trafik palsu. Seramai 14 daripada yang ditahan di Sabah itu adalah wanita. (Kosmo Online)

Agus Salim: Lagi Ditahan ISA

PETALING JAYA: Polis berjaya menangkap semula Agus Salim - yang didakwa pelindung anggota Jemaah Islamiah (JI) - selepas memasuki negara ini menggunakan nama palsu sejak dihantar ke Indonesia pada tahun 2009 kerana melindungi suspek pengganas paling dikehendaki di rantau ini, Mas Selamat Kastari.

Agus, 34, dari Sumatera, Indonesia ditahan di Johor Baru, Isnin lalu semasa bekerja di sebuah restoran. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan tangakapan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Salim ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 2009 selepas disyaki membantu melindungi Mas Selamat yang merupakan suspek kumpulan pengganas berpusat di Singapura yang dikaitkan dengan Al-Qaeda. Mas Selamat berjaya meloloskan diri dari pnejara yang dikawal ketat di Singapura pada tahun 2008 sebelum ditangkap semula pada tahun 2009.

Salim dihantar ke Indonesia pada 2009, tetapi siasatan polis mendapati dia memasuki semula Malaysia menggunakan nama lain beberapa bulan lalu. Difahamkan Salim bekerja di restoran sama sebelum ditangkap pada tahun 2009 dan dipercayai ejen pelindung JI membantu anggota kumpulan itu di Malaysia.

JI dituduh bertanggungjawab dalam letupan Bali pada tahun 2002 yang membunuh 202 orang kebanyakannya warga asing. (mStar Online)

Fitnah Isu Skandal Seks Mat Sabu Pula...

KL 11 Jun 11: Menurut beberapa sumber, pihak-pihak tertentu sedang merancang penggempuran siri 'Video Skandal Seks Mat Sabu' pula, dalam menangani PRU 13 mendatang. Gambar di atas adalah suatu percubaan awal. Mereka menggambarkan tokoh-tokoh pembangkang walaupun atas nama parti Islam sekalipun, adalah tokoh yang rendah moralnya. Lakonan-lakonan 'nikah mut'ah' juga diwujudkan.

Mereka sedang menyediakan barisan pelakon-pelakon untuk babak tertentu, dengan lakonan fitnah yang lebih hebat dari video seks tuduhan ke atas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Video tokoh-tokoh wanita dari DAP juga dilibatkan sama.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu masih enggan mengulas berhubung penyebaran video seks sekitar kawasan Ampang yang dikaitkan dengan dirinya. NONEIni kerana, katanya, beliau masih tidak tahu menahu dan mahu mendapatkan maklumat lanjut daripada ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang membuat laporan polis berhubung perkara itu terlebih dahulu.

"Bagi saya tanya Zuraida dulu. Nanti baru saya boleh komen," katanya ketika ketika diminta mengulas berhubung penyebaran VCD itu.

Ditanya sama ada beliau selesa kontroversi kisah silamnya diungkit semula, Mohamad menjawab: "Bagi saya tidak mengapa, (ia) kisah lama."

Awal pagi semalam, Zuraida membuat aduan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang Jaya setelah menemui VCD bersama surat palsu dalam peti surat rumahnya yang kononnya dikeluarkan PAS. Bahagian luar VCD itu memaparkan imej Mohamad - yang baru dipilih sebagai timbalan presiden PAS yang baru - dengan judul 'Skandal Seks Mat Sabu'. Zuraida mendakwa terdapat penglibatan Umno dalam kerja itu dalam rangka untuk memecah-belahkan kerjasama parti gabungan Pakatan Rakyat.

'Bagi saya tanya dulu' Ketika dihubungi mediai petang semalam, Mohamad bagaimanapun memberitahu beliau bersedia mengulas perkara itu selepas menghubungi Zuraida yang juga ketua wanita PKR. NONE

"Boleh, boleh (minta komen). Bagi saya tanya Zuraida dulu," katanya ringkas.

Sementara itu, Zuraida (kanan, tudung cerah) dalam kenyataannya berkata, "tindakan melampau" itu membuktikan bahawa "budaya politik kotor sudah mula dicemarkan sehingga ke Ampang". Sambil mengaitkan dengan penyebaran video yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, Zuraida mempertikaikan tindakan polis yang masih belum berjaya mengesan dalangnya.

"Namun sehingga kini tiada sebarang hasil siasatan dari semua laporan polis yang dibuat mengenai penyebaran VCD lucah ini," katanya.

Beliau juga menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak terus berpeluk tubuh dan segera menjelaskan pendiriannya berkenaan perkara itu. Menurut Zuraida, "penyebaran melampau" VCD sebegitu mencemarkan nilai dan semangat keharmonian kekeluargaan di negara ini.

"Institusi keluarga yang dibina seharusnya suci dari anasir dan budaya lucah sebegini agar masyarakat yang dibina tidak terus cetek dek kerana budaya lucah ini," katanya.

Mohamad pada 1995 pernah dituduh berkhalwat di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan. Mahkamah bagaimanapun menggugurkan tuduhan itu kerana tidak cukup bukti. Isu melibatkan Mohamad sebagai pemimpin sebagai sebuah parti Islam mencetuskan kontroversi besar dan menjadi modal serangan bertalu-talu lawan politiknya Umno.

Komen weblog Ibnu Hasyim: Isu seks akan menjadi isu menarik dalam PRU 13 akan datang. Itulah antara peluru dan bom gempur menjelang PRU... Bersedialah!! (IH)

Friday, June 10, 2011

SU PAS Perlu Ditukar, Siapa Gantinya?




Semalam dalam perjalanan yang jauh saya asyik berfikir siapa agaknya SU Agung PAS untuk kabinet PRU-13.

Hari ini saya dapat 2 call daripada orang penting dalam gerak kerja PAS semuanya bercakap berkenaan dengan SU Agung PAS.

Dulu semasa arwah Ustaz Fadzil Mohd Noor nak memilih SU Agung, yang dikatakan pro kepada ulama (geng ulama) lebih suka kepada Ustaz Nasha kerana mereka tidak mahu Dr Hatta Mohd Ramli.

Bila ustaz Nasha bertanding sebagai Timbalan Presiden, dan memenangi jawatan itu. SU Agung telah diberikan kepada Dato' Kamaruddin Jaafar. Dato' KJ dikatakan kurang membantu Presiden dan aliran pemikiran mereka juga ada sedikit perbezaan. Ada juga yang mengatakan PAS banyak hilang kerusi dengan PKR kerana Dato' KJ tak begitu 'berkeras' dengan PKR dalam pengagihan kerusi.

Akhirnya Cikgu Pa dilantik. Sebelum Cikgu Pa dilantik ada usaha-usaha untuk melantik YB Salahudin untuk jawatan ini, tetapi YB Salahuddin telah bertanding jawatan Naib Presiden maka mereka memilih Cikgu Pa.

Cikgu Pa adalah dikatakan terbaik untuk jawatan bagi persiapan pilihan raya terutamanya untuk pengagihan kerusi dalam Pakatan Rakyat. Ada juga orang menyebut kepada saya Cikgu Pa boleh "heh' sahaja dengan DS Anwar. Dia sebut "Ayah Chik" (TG Abdul Hadi) malu alah bila berunding dengan DS Anwar. Pasal itu Cikgu Pa yang sepatutnya dah bersara dimasukkan semula dalam "team".

Beberapa hari sebelum pemilihan Muktamar PAS kali ke-57, saya terbaca satu blog yang penulinyas membuat poll secara rambang dengan menghantar SMS kepada 100 orang pemimpin PAS peringkat pertengahan untuk mencari siapa yang layak menjadi SU.

Majoriti dalam balasan SMSnya menjawab Dr Mujahid Yusof Rawa. Poll ringkas tanpa sebarang alasan tidak boleh mengenalpasti kenapa Dr Mujahid dipilih. Saya juga tertanya-tanya apa kelebihan Dr Mujahid. Sudah pasti yang 'berulama' tak akan bersetuju dengan Dr Mujahid.

Sayuti Omar dalam tulisannya nampak memilih Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai SU. Saya dah banyak kali tak berkenan dengan Sayuti ini. Dulu dia boleh kata Utusan Malaysia mempengaruhi perwakilan dalam pemilihan. Saya lihat akhbar Siasahpun "kelu-kelik" dalam menyampai masej semasa pemilihan Muktamar baru-baru ini. Pasal itu akhbar itu tak akan pergi ke mana setelah dia ambil sepenuhnya daripada PAS.

Saya dikhabarkan YB Husam berkempen untuk Dr Syed Azman sebagai SU. Saya rasa sukar untuk Presiden menerimanya kerana sebelum ini Dr Syed Azman telah menjadi salah satu SU Politk kepada Tuan Guru Abdul Hadi, tapi dia dikeluarkan (pecat) atas beberapa sebab tertentu.

Keputusan pemilihan AJK PAS dalam Muktamar baru-baru ini telah membuatkan satu gelombang baru sehingga UMNO dan kuncu-kuncunya menjadi tak menentu. Blog-blog pro-kerajaan dan UMNO/BN hilang pedoman dalam hal ini.

Untuk memastikan mod ini kekal, SU Agung PAS bagi saya perlu ditukarkan. Cikgu Pa masih terbaik, tapi situasi dan keadaan memerlukan Tuan Guru Abdul Hadi melepaskannya untuk melihat TG tidak terikat dengan Cikgu Pa. Kalau Saidina Omar boleh tukar Khalid AlWalid sebagai panglima perang, kenapa tidak oleh dibuat demi strategi dan mengambil kira mod rakyat.

Cikgu Pa pun ada sebut dalam muktamar baru-baru ini semasa beliau mengulang mengatakan seseorang yang bagus tapi auduon tak menerimanya juga akan diketepikan.

PAS memang tahun 1999 di banyak Negeri dan kawasan kerana rakyat Melayu khususnya nakkan PAS bencikan UMNO. Tapi selepas itu PAS tidak menguasai orang Melayu dan PAS menang kerana sokongan bukan Melayu. Faktor-fator ini juga perlu diambil kira dalam memilih SU Agung PAS kali ini.

Saya lebih suka Dr Hatta Mohd Ramli sebegai SU. Entah? Rasanya dia boleh kawal pengaliran wang, terutamanya wang harakah.

Nanti ada yang bertanya diakan dah jadi Bendahari PAS kenapa perlu jadi SU untuk kawalan wang? Itu engkau orang boleh fikir sendiri!

Diangkat dari:
http://tin-buruk.blogspot.com/"

Tangkap, Jual Orang Di KL. Negara Dah Tak Aman.

KL 10 Jun 11: myMetro melaporkan, seorang jururawat berusia 22 tahun kini trauma selepas diculik sebelum dipukul sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali ketika berada di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Wangsa Maju, di sini, kelmarin.

Difahamkan, selepas menculik wanita itu, kumpulan terbabit membawa mangsa ke lokasi tidak diketahui dan mahu menjualnya kepada individu lain yang sedia menunggu. Namun, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, urusan tiga suspek terkubur apabila mangsa berjaya melarikan diri.

Biarpun jururawat itu dikejar ketiga-tiga penjenayah terbabit, dia menyembunyikan diri di dalam stor sebuah kedai makan di kawasan berkenaan selama tiga jam dan sebaik merasakan selamat, dia keluar dan membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, kira-kira jam 4.30 petang.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, mangsa yang berjalan sendirian di kawasan LRT berkenaan mendakwa dihampiri sebuah kereta BMW biru gelap dinaiki tiga lelaki sebelum pemandu kenderaan itu menegur mangsa.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siang-siang hari, wanita ditangkap, dipukul dan dijual? Lebih ganas dari lanun-lanun Somalia. Apa jadi dengan negara kita, sudah tidak aman lagi? Siapa perlu bertanggung jawab? Apakah tidak boleh difikirkan semula untuk laksanakan perundangan hudud yang tentu lebih adil? Apa salah cuba dulu, baru tahu. Mengapa BN takut sangat hukum Islam, lebih dari DAP? Itulah mentaliti UMNO karat biru.. (IH)

Dividen Petronas RM30B, Mana Hak Rakyat? -Dr Mohd Hasyim

Editor Ibnu Hasyim


KL 10 Jun 11: Tahniah kepada pihak pengurusan dan kakitangan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang berjaya melonjakkan hasil pendapatan syarikat itu sebanyak 14.4 peratus iaitu kenaikan dari RM210.8 bilion tahun sebelumnya kepada RM241.2 bilion bagi tahun lepas yang berakhir 31 Mac baru-baru ini.

Ucap Editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim, di suatu majlis makan malam anjuran Grup Universiti Ulu Klang di KL di sini malam tadi.

"Petronas berjaya mencatatkan keuntungan kasar sebanyak RM97.8 bilion dan keuntungan bersihnya meningkat kepada RM63.01 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 38.5 peratus berbanding RM45.49 bilion yang diraih pada tahun 2009. Tahniah!

"Tapi mana hak rakyat Kelantan? Mana hak golongan mustad'afin Kelantan? Petronas yang kaya rampas hak rakyat miskin?

"Tahniah juga kepada anak-anak muda Petronas bermula dari mereka yang bekerja di pelantar hinggalah ke menara KLCC yang telah membawa banyak perubahan kepada syarikat gergasi negara ini.

"Petronas turut mengumumkan pemberian dividen sebanyak RM30 bilion kepada kerajaan sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Setiap tahun Kerajaan Persekutuan menerima RM30 bilion sedangkan rakyat kedua-dua negeri ini hanya mampu membaca dan mendengar data-data keuntungan ini diungkapkan. Meleleh air liur rakyat Kelantan rindukan nikmatnya dengan tidak merasai sesen pun hasil dari perut bumi mereka.

“Adalah tidak adil jika RM30 bilion dibolot semuanya oleh Kerajaan BN sedangkan sumber hasil itu adalah dari Kelantan dan Terengganu juga..”

Dr Mohd Hasyim, yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang, yakin jumlah keuntungan Petronas ini dapat ditingkatkan melebihi RM100 bilion jika pendaratan minyak Kelantan dibuat di negeri itu.. Bukan melalui negara Thai yang menyebabkan Petronas terpaksa membayar sejumlah royalti kepada negara berkenaan.

Katanya..

"Begitulah nasib Kelantan, beruk di hutan disusukan, anak sendiri ditinggal menangis kelaparan! Untung begitu banyak, harga minyak terus naik?

Di samping itu, Hj Mohd Hasyim juga bersetuju dengan pandangan Dewan Pemuda PAS Pusat yang juga berharap agar Petronas turut mempeluaskan penajaan mereka bagi aktiviti sukan dan kemasyarakatan dalam negara. “Jika mereka boleh melabur dan menaja jutaan ringgit bagi pasukan Formula 1, maka bukanlah perkara yang sukar untuk mereka melabur dan menyumbang lebih banyak bagi aktiviti masyarakat dalam negara." Jelas editor Weblog Ibnu Hasyim lagi. (IH)

N/Kebajikan, Tidak Mesti Bentuk Material -Nik Aziz

"This is my first visit to Kelantan" told Mr Lee Kuan Yew to Nik Aziz....

KL, 10 Jun 11: Konsep negara berkebajikan dibawa Pakatan Rakyat khususnya PAS, sebagaimana ditekankan minggu lalu, adalah selari dengan kehendak Islam. Konsep berkebajikan itu tidak semestinya memberi sesuatu dalam bentuk material, sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam. Kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.

Justeru kata Menteri Besar Kelantan itu lagi, kedua-dua perkara tersebut membawa kebaikan kepada rakyat dan keluarga lebih selamat daripada menerima masalah tekanan kewangan dan penularan gejala negatif sosial. Kata Nik Aziz, berkebajikan itu ialah perkara yang boleh memberi keselamatan kepada rakyat sama ada di dunia dan di akhirat.

“Islam ini dasar manakala berkebajikan adalah program Islam. Kebajikan bukan beri barang,” kata beliau di Kota Baru semalam.

Dipetik Bernama Online, Nik Aziz mengulas kenyataan beberapa pihak kononnya PAS sanggup meninggalkan perjuangan asal parti untuk memenangi pilihan raya umum dan tindakan itu menurut mereka, menyebabkan sokongan terhadap PAS merosot.

Ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Ke-57 parti itu Jumaat lalu menekankan konsep membangun negara berkebajikan. Penekanan konsep itu dikritik pesaing politik PAS sejak idea tersebut diketengahkan. (IH)

Judi, Judi.. Mengapa Negeri Lain Tak Mahu Ikut K'tan?



KOTA BHARU, 9 Ju
n 11: Dasar perjuangan PAS tidak pernah berubah sejak dahulu sehingga sekarang, biar pun diuar-uarkan pendekatan baru iaitu Membangun Negara Berkebajikan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, Kelantan sebenarnya sudah lama melaksana konsep baru itu apabila mengharamkan segala bentuk maksiat sejak 1990.

“Kelantan haramkan judi, riba semata-mata bagi mendatangkan kebajikan kepada manusia. Mereka yang berjudi hanya menunggu nasib akhirnya berlaku kemusnahan dalam rumahtangga.

”Boleh dikatakan Kelantan satu-satunya negeri di rantau ini yang mengharamkan kegiatan judi. Islam larang aktiviti itu bagi mendatangkan kebajikan kepada manusia,” katanya di sini, semalam.

Pemimpin Umno kini bertali arus mengkritik hebat konsep baru diperkenalkan PAS pada muktamar baru-baru ini iaitu Membangun Negara Berkebajikan. Malah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap DAP mendapat keuntungan apabila PAS dikatakan menggugur hasrat menubuh negara Islam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sebelum ini pemimpin PAS sering menyebut perkataan negara Islam.

”Maka untuk menjawab soalan orang Presiden PAS sebut perkataan itu tidak ada dalam al Quran, tetapi disebut istilah negara berkebajikan.

”Konsep itu tidak ditonjolkan sahaja. Biar apa pun prinsip PAS tidak pernah berubah. Kebajikan yang kita buat asalkan diredhai Allah Taala” ujarnya.

Ketika ditanya media massa proUmno sekarang sibuk mendakwa PAS sudah menggugur tuntutan negara Islam katanya, suratkhabar Umno memang tidak suka orang berminat kepada Islam. Menurutnya bermacam-macam perkara dibuat apabila seseorang itu tidak mahu kepada Islam.

”Cuma sekarang orang keliru sahaja. Isya Allah perkara itu boleh hilang dengan penjelasan yang diberi,” katanya.

Beliau juga menasihatkan ahli dan penyokong PAS tidak lagi membaca Utusan Malaysia kerana laporannya disifatkan tidak seperti media lain. Katanya, akhbar itu tidak lebih sebagai surat pekeliling Umno bagi memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Judi. Judi. Dan segala bentuk maksiat. Kelantan terus tegakkan negara kebajikan. Mengapa negeri lain tak mahu ikut, terutama Kedah? (IH)

Siapa Jejaka Idaman Irma Hasmi Setelah Bertudung?


HALAMAN HIBURAN

KL 10 Jun 11: "Seperti yang digalakkan dalam agama Islam, calon pasangan hidup mesti dipilih berdasarkan agamanya, keturunannya, hartanya dan rupanya. Tapi saya hanya inginkan seorang lelaki yang beriman, bertanggungjawab dan boleh membimbing keluarga ke arah kebaikan."

Demikian kata Irma Hasmi semasa ditanya mengenai kriteria jejaka idamannya, menurut sumber Kosmo! Online, yang baru-baru ini, menemuinya di pekarangan Masjid Negara sempena Karnival Inovasi Islam.

Irma, 29, seorang pelakon filem dan fv yang kini tampil dengan imej bertudung dan mula merapatkan diri dengan agama. Al-hamdulillah.

Bila ditanya mengenai apakah sasaran baru Irma sekarang, katanya..

"Apa yang sepatutnya dibawa sebagai bekalan ke akhirat, itulah yang saya cari. Kadangkala saya tertanya-tanya kenapa selama 28 tahun hidup, sebelum ini saya tidak pernah sedar akan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi?"

Menurutrnya lagi, "Selebriti juga boleh menyampaikan dakwah dengan cara tersendiri dan pendidikan sedemikian yang saya terapkan sekarang".

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Semoga ramai lagi artis-artis yang mengikut jejak beliau. Al-hamdulillah sekali lagi.

Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh biar ramai lagi...
Pemuda-pemuda PAS takde yang minat ke?

Lihat sebelum ini..

Bolehkah Wanita B/Islam Dijadikan Hamba Seks?

KUWAIT - Seorang ahli politik wanita Kuwait, Salwa al-Mutairi (gambar) mencadangkan supaya golongan lelaki dibenarkan menyimpan hamba seks yang terdiri daripada kalangan banduan wanita bukan Muslim di negara-negara yang dilanda peperangan, lapor sebuah akhbar semalam.

Salwa menyatakan bahawa menyimpan hamba seks dapat menyelamatkan lelaki dewasa Kuwait daripada berzina yang boleh menghancurkan perkahwinan. Dia menyatakan, semasa mengunjungi Mekah, dia pernah meminta pandangan beberapa cendiakawan Islam mengenai hamba seks. Menurutnya, mereka memberitahu bahawa hamba seks tidak haram.

Aktivis politik dan pengacara televisyen itu berpendapat cadangan tersebut dapat memberi kehidupan yang lebih baik kepada tahanan perang wanita yang kemungkinan bakal meninggal dunia akibat masalah kelaparan ketika berada dalam penjara.

Salwa berkata: "Sebagai contoh, di Chechnya, pastinya terdapat tahanan wanita Rusia. Justeru, pergilah ke sana, beli mereka dan jual wanita tersebut di Kuwait.

"Tiada apa yang perlu dimalukan dalam hal ini dan ia tidak haram (dilarang) di bawah hukum syariah Islam."

Dia mengambil contoh pemerintah Islam pada abad kelapan, Haroun al-Rashid yang didakwa menyimpan hampir 2,000 orang gundik. Salwa turut memberi cadangan agar pejabat-pejabat yang menjalankan perniagaan menjual hamba seks itu dibuka kerana ia memiliki persamaan seperti agensi yang melatih khidmat pembantu rumah.

Cadangan Salwa itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan dan reaksi negatif daripada umum yang melemparkan kemarahan menerusi laman Twitter ekoran saranan tersebut. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau berita ini benar, apa pandangan ulama-ulama?

Bekas MB UMNO, Bayar RM6J, Unt Artis Landskap?

Khir Toyo bayar artis landskap lebih RM6 juta

SHAH ALAM, 9 Jun 11: Seorang artis landskap memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau telah dibayar RM6 juta untuk kerja-kerja mereka bentuk rumah ala Bali milik bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo. Nasir Ismail, saksi ketiga pihak pendakwa dalam kes Dr Khir berkata bayaran itu dibuat dalam beberapa ansuran — lima daripada Shamsuddin Hayroni, dan lapan daripada menteri besar itu.

“Saya menerima RM500,000 tunai daripada Datuk Shamsuddin empat hingga lima kali,” kata Nasir di mahkamah hari ini.

“Saya berkata saya perlukan bayaran dan beliau berkata akan melaporkan kepada Datuk Seri (Khir),” katanya.

Artis landskap itu berkata Dr Khir telah melantik Shamsuddin, yang merupakan pengarah Ditamas Sdn Bhd, untuk mengendalikan kesemua isu berkaitan dengan aspek renovasi rumahnya kerana bekas menteri besar itu tiada masa untuk mengendalikannya.

“Saya pergi jumpa Datuk Seri (Dr Khir) di kediaman rasminya untuk mendapatkan baki fi,” kata Nasir.

“Saya pernah menerima RM500,000 dalam tujuh, lapan ansuran,” katanya.

Nasir berkata beliau menerima bayaran dalam bentuk tunai sebab diisytihar muflis pada 1998 dan tiada resit untuk bayaran memandangkan Dr Khir mahukan cara sebegitu. Dr Khir didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada Ditamas.

Bekas menteri besar Selangor itu didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas melalui Shamsuddin. Hartanah tersebut diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta daripada Saiful.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai menteri besar Selangor pada ketika itu. Shamsuddin pula didakwa bersuhabat dengan beliau untuk melakukan kesalahan tersebut di tempat dan masa yang sama.

Bagaimanapun, Isnin lalu pihak pendakwa telah menggugurkan tuduhan ke atas Shamsuddin. Dr Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Dr Khir yang menjawat jawatan menteri besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika disabit kesalahan. (The Malaysian Insider)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PRU 13, Ranapkan terus UMNO/BN.

Thursday, June 09, 2011

PRU 13: Pakatan Menang Mat Sabu Jadi PM?

Muhamad Sabu (Mat Sabu) pemimpin sanggup turun ke bawah (gambar ditangkap semasa domontrasi) & hidup sederhana. Bolehkah digelar Ahmadinejad Malaysia?

KL 9 Jun 11: http://dun26bangi.blogspot.com/melaporkan, apakah Mat Sabu layak jadi Perdana Menteri Malaysia, kalau PR atau Pakatan menang dalam PRU 13 ini? Bayangkan Najib pula jadi Ketua Pembangkang? He he he...

Sila lihat tulisan ini...

PARTI MENGUASI KERAJAAN. TIDAK SEMESTINYA PRESIDEN MENJADI PM.

KATA Dr. K, “Di Amerika telah lama dilaksanakan. Barack Obama bukan Presiden parti Demokrat tetapi beliau adalah Presiden Amerika. Dalam istilah parti menguasi kerajaan pemimpinnya tidak semestinya presiden parti. Beliau adalah orang yang dilantik oleh parti untuk menjalankan dasar-dasar parti dalam kerajaan yang dipimpinnya.”

“Di Iran pun begitu. Presiden Mahmoud Ahmadinejad bukan pemimpin parti. Beliau adalah Gabenor Bandar Taheran yang telah berjaya menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya yang teruk di Teheran. Majlis ulamak Iran (Abadgaran) telah memilih beliau berdasarkan latarbelakang dan kecaknaan beliau dalam menyelesaikan masalah rakyat. Salah satu kempen beliau ialah menggunakan hasil kekayaan petrol untuk kebajikan rakyat Iran,” tambah Dr. K lagi.

“Sekarang Mohd Sabu telah menang kerusi Timbalan Presiden PAS. Adakah beliau mempunyai harapan diangkat sebagai perdana menteri jika Pakatan Rakyat Berjaya mengambil alih Putrajaya?” aku cuba untuk memancing.

“Kenapa anta cakap begitu?” Tanya Dr. K balik.

Ini yang tak seronok. Aku bertanya untuk mendapat pandangannya tetapi dia tanya aku balik.

Mata kulirik padanya sambil mencari jawapan.

“Jika Pakatan Rakyat berjaya mengalahkan BN dan menduduki Putrajaya. Tidak semestinya presiden salah satu dari tiga parti akan dilantik menjadi PM. PKR contohnya presidennya Kak Wan tetapi umum mengetahui bahawa yang bakal dilantik adalah DS Anwar Ibrahim. Dalam kes terbaru permohonan untuk menukar hakim perbicaraan liwat telah ditolak. Mungkin keputusan telah dibuat sebelum perbicaraan dengan tidak memihak kepada DS Anwar. Dalam hal ini Pakatan Rakyat memerlukan seorang pemimpin yang dapat diterima oleh semua ahli parti dan Abang Mat mempunyai ciri-ciri itu,” kataku spontan.

Entah bagaimana ayat itu timbul aku kurang pasti.

“Pandangan itu boleh diambil kira tetapi terlalu awal untuk dibuat penilaian,” pendek ulasan Dr. K seolah menyembunyikan satu rahsia.

Aku berkira untuk mengajukan soalan lain. Berikutan berlaku pemilihan pucuk pimpinan disemua kawasan adakah mereka yang dipilih menjadi calon wakil rakyat terdiri dari mereka yang telah terpilih atau mereka yang memenuhi kehendak rakyat? Takut soalan akan dibalas soalan balik maka aku memikirkan lebih baik dipendam sahaja persoalan itu. Namun jawapannya ku kira sudah jelas.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: ?????

Delhi, Kota Moden Yang Primitif. Mengapa?

BANYAK jalan yang boleh dilalui untuk ulang-alik dari Apartemen Azad ke Sancharlok, antara dua kawasan perumahan di timur Delhi. Perlu seberangi lalu-lintas jalan utama yang sibuk.

Tetapi bagi wanita ini, ada hal yang lebih besar lagi perlu dilaluinya. Dia perlu jadi seorang yang ada nama lain, selain dari nama asalnya. Untuk melalui jalan kehidupannya

Dia dipanggil sebagai Salma ketika bekerja di suatu rumah. Namun kemudian ‘menjelma’ sebagai Seema ketika bekerja di rumah yang lain.

“Ketika saya baru datang di Delhi, saya dibuang kerja beberapa kali kerana nama saya. Kemudian saya memutuskan untuk hidup dengan dua identiti.." ujar Salma, yang menolak untuk diambil nama lengkap atau fotonya.

“Sekarang saya dilihat seperti Hindu untuk majikan Hindu dan sebagai umat Islam bagi majikan Muslim.”

Ganti identiti itu adalah satu-satunya jaminan untuk dapatkan layanan adil di sebuah kota yang masih memiliki prasangka primitif dengan ambisi kosmopolitan. “Tidak ada pilihan, kerana saya memiliki empat anak, untuk diberi makan,” kata Salma.

Dia bekerja sebagai pembantu rumah ditemui ketika menunggu di stesyen halte bas. Dia memakai nama Seema, semasa menjemput anak majikannya, yang ibunya sendiri sibuk bekerja. Dia harap ‘permainan nama’ ini, biarlah hanya dia sendiri mengalaminya. Untuk nama anak-anaknya Salma beri nama ‘lebih sederhana’. Iaitu Prince, Beauty, Fairy dan Bobby. Salma adalah wanita yang sangat berdiplomasi. Meski ia seorang muslimah, ia juga dapat melafazkan kisah Kalisa Hanoman.

Suami Salma, Mohammad Razzak adalah seorang penarik beca. Sejak awal ia telah menolak cara melakukan kompromi seperti isterinya. Kerana itu Salma menganggap, itulah penyebab mengapa hingga kini suaminya masih menganggur.

“Dia hilang kerja di sebuah toko kerana namanya. Saya minta dia untuk mengatakan, namanya adalah Vijay (nama bukan Islam)” kata Salma. “Tetapi ia tidak mahu. Sekarang, beban rumah tangga sebahagian besar diletakkan di atas bahu saya.“

Awal hari Salma, dimulai dengan nama Seema pada jam 8 pagi. Ia menyiapkan sarapan dan mencuci piring di rumah sebuah keluarga Punjabi di Apartemen Indraprastha. Agak siang sikit, ia menjadi Salma dan kena cepat-cepat pergi ke keluarga Haq di Apartemen Azad di mana ia akan siapkan makan tengahari. Pergantian tersebut terjadi beberapa kali dalam sehari.

“Mungkin tidak semua orang bersikap tidak adil, namun alangkah baiknya berada di sisi yang aman. Saya perlu kerja untuk menjaga supaya dapur saya tetap berasap. Beberapa keluarga Hindu di mana saya telah bekerja selama lebih dari tujuh tahun mengetahui, saya seorang Muslim, namun mereka masih mempercayai saya,“ katanya.

“Pernah sebuah keluarga setelah dua tahun kerja, tahu saya seorang Islam, mereka buang kerja saya. Tetapi setelah tiga bulan mereka panggil saya balik..." Namun Salma, tetap tidak pernah mengeluh.

“Masih lebih baik di Delhi. Di desa Bengali Barat, terdapat jalan terpisah untuk umat Islam dan Hindu.. kami tidak diizinkan untuk mengisi air dari keran yang sama,” ujarnya. "Sementara di sini telah beberapa kali boleh selesai masalah, walau identiti asli saya diketahui.”

Macam tak percaya.. Kenyataannya seorang perlu tukar nama, demi pertahankan hidup. Demi memberi makan anak-anak dan keluarga, terutama di era masyarakat modern seperti ini. Delhi, merupakan daerah perbandaran modern. Masyarakat Delhi sepatutnya lebih mampu menghargai dan bertoleransi dengan kenyataan perbedaan budaya. Bukannya terkikis hakis oleh tradisi kepercayaan dengan batas-batas kasta, yang mengerut-cerutkan menjadi sebuah kota dengan pemikiran yang primitif. (IH)

Lihat kisah-kisah sebelum ini...

Lagi, Bantah Fikir Songsang Dewi Persik

Betulkah Dewi Persik pakai tudung?

HALAMAN HIBURAN

JAKARTA: Seorang pakar sakit puan di sini semalam menyifatkan perbuatan penyanyi dangdut, Dewi Persik melakukan pembedahan selaput dara untuk mengembalikan keperawanannya sebagai sia-sia saja.

Pakar berkenaan, Doktor Boyke berkata tindakan Dewi Persik atau lebih dikenali dengan nama Depe dan digelar Goyang Gergaji itu hanya satu pembaziran.

“Apa yang hendak dilakukannya jika setakat ingin menyambung semula selaput daranya agar berdarah kelak.

“Semua orang sudah tahu dia pernah berkahwin. Selaput dara barunya itu tidak bermakna. Hanya membazirkan wang saja.

“Jika dia pernah melalui waktu kelam seperti melakukan seks bebas atau selaput daranya pecah kerana kecelakaan atau dia perkosa sehingga terpaksa melakukan pembedahan, itu boleh diterima akal,” kata Boyke ketika ditemui di Jakarta.

Menurut pakar itu, lebih pelik lagi Depe melakukan pembedahan itu di Mesir, seperti yang diakuinya beberapa hari lalu.

“Di Indonesia pun banyak klinik dan hospital yang boleh melakukan pembedahan seumpama itu,” katanya.

Depe sebelum ini berkata, dia melakukan pembedahan itu kerana mahu menghindari zina dan untuk kepuasan bakal semuanya kelak. Penyanyi dan pelakon filem genre seram itu juga mendakwa, pembedahan itu yang menelan belanja RP1 bilion (RM354,000) dibiayai oleh syarikat penerbit filem K2K. - Agensi.

Lihat sebelum ini..

Gajah Serang Anak Lembu, 2 Manusia Mati..

Sedutan rakaman video menunjukkan gajah menyerang anak lembu di Mysore, India, semalam. Dalam kejadian itu, dua gajah mengamuk menyebabkan seorang lelaki maut. — Foto Reuters
Sedutan rakaman video menunjukkan gajah menyerang anak lembu di Mysore, India, semalam. Dalam kejadian itu, dua gajah mengamuk menyebabkan seorang lelaki maut. — Foto Reuters

Nasrudin Hairan Dr M Iktiraf PAS Parti Islam


PETALING JAYA 9 Jun 11:
Dewan Pemuda PAS hairan dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang secara sinis menyebut bahawa langkah parti pembangkang itu menggugurkan hasrat menubuhkan negara Islam memberi kemenangan besar kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, kenyataan bekas perdana menteri itu seolah-olah mengiktiraf parti tersebut sebagai parti Islam

"Sedangkan Dr Mahathir selama ini tidak pernah iktiraf PAS parti Islam. Siapa Tun Mahathir nak tegur tentang PAS?

"Kenapa baru sekarang Tun Mahathir rasa keluh-kesah selepas kita nak tegakkan konsep negara berkebajikan?," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Nasrudin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir menerusi blognya bahawa Karpal adalah individu yang paling memperoleh kejayaan besar di sebalik tumbangnya golongan ulama dalam PAS.

Malah Dr Mahathir berkata, hasrat Karpal untuk melihat usaha PAS menegakkan negara Islam gagal akhirnya tercapai apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri secara 'rasmi' menggugurkan hasrat menubuhkan negara Islam.

Bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut, Nasrudin berkata, PAS kini berada pada landasan betul untuk membangunkan negara berkebajikan.

"Inilah masalahnya kalau seseorang itu jahil tentang Islam, mereka akan keluarkan kenyataan-kenyataan yang mengarut.

"PAS kini berada di landasan untuk membangunkan konsep negara berkebajikan, perkara ini terkandung dalam agenda perjuangan Islam. Sebab itu saya ingin tegaskan bahawa PAS tidak pernah tinggalkan atau lupakan tentang agenda Islam," katanya. (Sumber mStar Online)

Diskriminasi: FIFA Fanatik Anti Tudung

SUKAN

GARA-gara memakai tudung dan jersi menutup aurat, skuad Olimpik Wanita Iran dilarang meneruskan perlawanan kelayakan Olimpik London 2012 menentang Jordan, kelmarin.

Arahan tersebut dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa), sekali gus menyaksikan Jordan diberikan kemenangan percuma 3-0. Fifa memberi alasan faktor keselamatan punca perlawanan tersebut dibatalkan, selepas pemain wanita Iran enggan menanggalkan tudung dan memakai seluar pendek seperti diminta pegawai perlawanan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Iran, Ali Kafashian bagaimanapun berkata pihaknya akan mengemukakan aduan dan rayuan kepada badan induk bola sepak dunia itu berhubung perkara tersebut.

Ini bukan kejadian pertama melibatkan skuad Iran, tahun lalu ketika menyertai Kejohanan Olimpik Remaja di Singapura perkara sama melanda pasukan itu di mana pemain diminta menanggalkan tudung dan hanya dibenarkan bermain memakai skarf yang menutup bahagian atas kepala.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: FIFA sudah jadi fanatik anti tudung. Sebenarnya, mereka menuju kepengganasan! Malaysia masuk kumpulan fanatik mana? (IH))

Ikuti catatan perjalanan ke Iran..
E-Buku IH-5: Yang Buruk Dari Syiah Iran?

E-Buku IH-5: Yang Buruk Dari Syiah Iran?

Video: PAS Post the 57th Muktamar

Perception 7/6/2011: PAS Post the 57th Muktamar

Wednesday, June 08, 2011

Siapa Sebenar Penghalang Hudud? -Nik Aziz


KUALA LUMPUR, 8 Jun 11: – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Tun Dr Mahathir Mohamad bukan Karpal Singh seperti mana didakwa bekas perdana menteri itu.

Kata Nik Aziz (gambar), kemungkinan Dr Mahathir sudah lupa bahawa beliau telah menghantar surat amaran kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS daripada melaksanakan hukum hudud.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993. Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990.

Bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana Dr Mahathir telah menyekat pelaksanaannya, ia disekat melalui satu surat amara dihantar kepada Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

“Seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh.

“Barangkali orang yang bernama Mahathir Mohamad ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya,” kata Nik Aziz dalam laman Facebook beliau hari ini.

Semalam Dr Mahathir mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS hujung minggu lalu adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Karpal. Dengan nada menyindir, beliau berkata, syabas dan tahniah kepada Karpal kerana “akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya.”

Kata Dr Mahathir, yang kalah ialah puak ulama manakala yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, perjuangan Karpal, selaku Pengerusi DAP kebangsaan, supaya PAS menggugurkan matlamat mendirikan negara Islam, yang akan menguatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai.

Dr Mahathir mendakwa PAS berbuat demikian kerana ingin menghalalkan kerjasama DAP, khususnya Karpal. Dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan Ke-57 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Islam menjadikan kerajaan tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga menyifatkan individu yang menghentam pembentukan negara Islam adalah Dr Mahathir.

“Negara Islam Dr Mahathir yang hentam kuat sekali tapi dia juga yang mengumumkan Malaysia negara Islam, dia juga yang cadangkan agar PAS buang nama Islam yang mana kita tentang habis-habisan.

“Dr Mahathir ini sudah tidak stabil pemikiranya, bila kita kata negara kebajikan dia kata kita lari dari landasan... sebenarnya Umno sudah semakin gelisah dengan perubahan yang berlaku (dalam PAS),” katanya.

Jelas beliau, serangan demi serangan yang dibuat terhadap PAS kerana Umno bimbang akan tewas pada pilihan raya ke-13.

“Dulu PAS bagus tapi sekarang lagi bagus sebab orang bukan Melayu semakin yakin dengan PAS maknanya Umno kini semakin menuju ke jalan-jalan terakhir.

“Apa yang dilakukan Umno ini sebab takut untuk menghadapi pilihan raya umum,” katanya. (IH)

Pelacur Kelas 1: Kelab Isteri Taat Dikecam.

musa awang syarie lawyers association pgsm
KL 8 Jun 11: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mengecam kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed yang menyarankan golongan isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama'.

Timbalan presidennya, Musa Awang menyifatkan kenyataan Dr Rohana itu sebagai satu kenyataan yang "biadap dan celupar" kerana meletakkan diri seorang isteri serendah seorang pelacur.

"Isteri bukanlah seorang pekerja seks bagi suami. Tugas isteri melayan suami adalah suatu ibadah yang diberi ganjaran pahala dari Allah.

"Walaupun suami diwajibkan memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian atau wang ringgit, ia bukanlah sebagai ganti kepada khidmat seks yang isteri berikan.

"Ia adalah suatu amanah dan tanggungjawab kerohanian yang telah ditetapkan oleh agama, yang juga diberi ganjaran pahala oleh Allah," katanya.

Pelacur kelas pertama


Minggu lalu, Dr Rohana dilapor mengingatkan seseorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama' bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi. Katanya, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami antara punca utama kegagalan rumah tangga dan punca suami beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Musa berkata kenyataan itu tidak sepatutnya keluar daripada seorang wanita yang berpendidikan kerana ia "menjatuhkan imej wanita walaupun mungkin niatnya baik supaya isteri mentaati suami".

"Bukan menjadi kelaziman masyarakat Melayu Islam untuk melanggan pelacur, cuma hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian.

"Tidak semua lelaki tahu bagaimana servis seorang pelacur kelas atas. Jadi kenyataan tersebut menggambarkan seolah-olah semula lelaki Melayu Islam melanggan pelacur," katanya.

Sehubungan itu, pihaknya menyeru kepada semua wanita supaya tidak menyertai kelab tersebut kerana dari awal lagi telah menampakkan kecelaruan halatuju dan matlamatnya, serta merendah-rendahkan martabat wanita.

Menurutnya, penubuhan kelab itu tidak akan membantu dalam menyelesaikan masalah perceraian yang dikatakan berlaku setiap 15 minit atau anak luar nikah yang lahir setiap 17 minit. Sebaliknya, kelab seperti ini sepatutnya melebihkan usaha yang padu ke arah melahirkan suami, bapa, anak lelaki dan muslimin mithali sebagaimana yang dipandu oleh Islam. (IH/Malaysiakini)

Lihat sebelum ini...

Haris Syhuhadi, JI Ditahan Bawah ISA

As-syahid Syed Qutub di bawah ISA Mesir


PUTRAJAYA, 8 Jun 11: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan seorang ahli kumpulan Jemaah Islamiah (JI) ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Ahad lalu.

Dia ditahan di Kampung Batu Belah, Klang, Selangor. Ismail berkata penahanan itu dibuat selepas polis yang mengawasi aktiviti Abdul Haris Syhuhadi, 63, seorang ahli perniagaan Indonesia boleh membahayakan keselamatan negara.

“Saya hari ini sahkan penahahan tersebut. Saya percaya perbuatan dia boleh membahayakan keselamatan negara dan kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” kata Ismail dipetik Bernama Online.

Abdul Haris dikatakan menyebar fahaman dan ideologi JI serta menarik ahli baru dalam kumpulan militan itu secara aktif di negara ini teruatamanya di Klang dan Banting, Selangor sejak 2002. (The Malaysian Insider)

Akhil Hayy: Malam Kesenian Islam Di K/Kangsar

HALAMAN HIBURAN

KUALA KANGSAR, 8 Jun 11: PAS cawangan Kota Lama Kiri, menganjurkan Malam Kesenian Islam yang akan diadakan pada 18 Jun ini bertempat di Dewan Sekolah Menengah Persendirian Tsung Wah (SUWA) Jalan Baru Kuala Kangsar, Perak.

Program tersebut yang julung juling kali diadakan membarisi beberapa orang artis saperti Akhil Hayy, Ustaz Radzil dari kumpulan Melisa dan Pang Long akan bermula jam 8.00 maam.

Menurut Ketua Pemuda PAS cawangan Kota Lama kiri, Mohd Aidil Farid, yang ditemui di sini semalam memberitahu tujuan program tersebut adalah untuk menarik minat pelbagai lapisan masyarakat terutamanya bagi golongan muda bagi mendapatkan menyampaikan mesej Islam dan hiburan yang berfaedah

Di samping itu, ia juga dapat mengumpul dana bagi menghadapi Pilihanraya yang akan datang tidak lama lagi. Beliau berkata program sedemikian adalah yang pertama kali dianjurkan PAS cawangan berkenaan bagi menarik minat oanak mua mendekati hburan cara Islam, sekaligus dapat mendekatkan mereka dengan perjuangan PAS.

Program tersebut akan dikenakan tiket masuk sebanyak RM10 seorang dan sebarang pertanyaan atau penempahan tiket boleh menghubungi Aidil Farid 019 5273007, Shakirin 013 4340796 dan Azie 013 2309579.

Beliau berharap masyarakat setempat di kawaan Kuala Kangsar dan kawasan berhampiran saperti Taiping, Sungai Siput akan hadir sama menghayati malam kesenian Islam sekaligu dapat menyumbang untukdana pilihanraya PAS cawangan tersebut. (IH)

Carafikir Dewi Persik: Zina, Hanya Di Selaput Dara?


HALAMAN HIBURAN

JAKARTA: Penyanyi dangdut yang juga pelakon, Dewi Persik semalam berkata, dia bertindak melakukan pembedahan selaput dara di Mesir kerana mahu menghindari zina.

“Niat saya, walaupun janda, saya mahu melindungi diri saya daripada zina. ‘Apabila mengenangkan perbelanjaan yang besar dan sakit luar biasa ketika menjalani pembedahan itu, saya pasti tidak akan melepaskan keperawanan baru saya kepada lelaki sebarangan, kecuali pada suami saya akan datang,” katanya.

Dewi Persik yang lebih dikenali dengan panggilan Depe dan nama sebenarnya Dewi Murya Agong juga memberitahu wartawan, pembedahan yang menelan belanja Rp1 bilion (RM354,000) itu dibiayai oleh pemilik syarikat penerbitan filem K2K. Depe berlakon dalam filem Pacar Hantu Perawan yang diterbitkan syarikat berkenaan.

Menurutnya, penerbit, KK Dheraj sanggup membayarnya wang berkenaan jika dia menjalani pembedahan itu. “Satu bilion bukan angka kecil,” katanya.

Dalam filem terbaru itu, Depe memegang watak Mondy, wanita yang tidak percaya kepada perkara mistik tetapi akhirnya sering diganggu makhluk halus. Depe, dalam satu wawancara lain berkata, dia mendapatkan nasihat beberapa rakan sebelum menjalani pembedahan selaput dara itu.

Antara mereka ialah bintang porno warga Norway yang turut berlakon dalam Pacar Hantu Perawan dan Misa Campo, model seksi yang sering muncul dalam forum Internet untuk golongan dewasa. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak mahu berzina lagi, ialah dengan cara melakukan pembedahan, membetulkan selaput dara yang sudah robek dan rabak. Bila siap, kerana mahal (RM354 ribu) dia tidak mahu koyak rabak lagi kecuali pada suami. Maka terselamatlah dia dari zina. Begitulah cara berfikir seorang idola remaja di negara yang paling ramai umat Islam di dunia.

Pernah di Malaysia, 'balaci-balaci' UMNO menggunakan ulama bahagian agama negara, bagi meluluskan 'goyang garudi' Inul Daratista, cara fikir model ini, yang dibawa masuk untuk meracun pemikiran generasi muda di sini. Namun ianya terus mendapat tentangan dari masyarakat Islam dan masyarakat yang berbudaya mulia di negara ini.

Itulah salah satu contoh cara berfikir songsang yang sedang melanda dan menjajah fikiran remaja. Gaya fikir beginilah yang wajib diperangi habis-habisan oleh Islam dan sepatutnya dimasukkan dalam agenda pejuang hak asasi menusia... (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails