Tuesday, June 07, 2011

Hina & Malu, PM Mewah, Guna Hak Rakyat Miskin..


KL 7 Jun 11: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) meminta Najib supaya telus dan tidak mengambil kesempatan di atas urusan rasmi untuk sebarang urusan peribadi apatah lagi apabila menggunakan wang kerajaan yang juga wang rakyat.

"Kalau benda (dakwaan) ini betul kenapa Najib nak rahsiakan? Beliau kena cakap terus teranglah. Kalau betul beliau ke sana atas urusan peribadi janganlah guna harta kerajaan dan harta rakyat. Jangan berselindung di sebalik lawatan rasmi.

"Kalau betul anaknya akan berkahwin dengan anak pembesar Kazakhstan saya ucapkan tahniah tapi gunalah duit sendiri yang sudah banyak tu..tak payahlah guna duit rakyat.," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Ahli Parlimen Shah Alam itu turut menambah, rakyat boleh menerima sekiranya najib menggunakan wang kerajaan untuk urusan rasmi dan ada hasil terhadap negara daripada lawatan tersebut.

"Sekali lagi saya minta beliau berterus teranglah. Kalau pergi (ke Kazakhstan) atas urusan rasmi itu cerita lain dan kita harap akan dapatlah hasilnya terhadap negara daripada lawatan rasmi ini," katanya.

Lapuran berkaitan
Najib bakal berbesan dengan pembesar Kazakhstan?

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hina rasanya seorang PM yang hidup cukup mewah, semua rakyat sudah tahu, tiba-tiba masih gunakan wang kerajaan untuk urusan peribadi? Masih ramai rakyat hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Malu rasanya kalau dibangdingkan dengan 'kesederhanaan' Lim Guan Eng KM P.Pinang yang jadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idolanya... kalaupun tidak mahu ambil contoh dari MB Kelantan Nik Aziz. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails