Monday, June 06, 2011

Lihat Taman Pokok Ganja, Bisakah Aceh Manfaatkan?

Taman untuk orang ramai tanam pokok ganja



PHOENIX - Sebuah syarikat yang beribu pejabat di California, weGrow membuka sebuah taman pokok ganja seluas sebuah pasar raya di sini pada Rabu lalu.

Taman itu menyediakan kemudahan kepada orang ramai yang mahu menanam pokok ganja milik mereka sendiri untuk tujuan perubatan. Menurut pengasas syarikat itu, Dhar Mann, pihaknya menjual produk dan perkhidmatan kepada orang ramai yang mahu menanam pokok ganja.

Dia berkata, taman itu menawarkan 2,000 produk termasuk tanah, lampu dan ruang pengairan tetapi tidak menjual pokok ganja. Seorang doktor juga disediakan di taman itu bagi memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk mendapatkan kelulusan perubatan dan memohon kad kelulusan daripada Jabatan Kesihatan untuk menanam pokok ganja. - Reuters

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Aceh perlu fikir semula, untuk memanfaatkan perusahaan ganja sebagai sumber ekonomi untuk keperluan perubatan, yang sah dari sudut agama. Tak perlu bakar-bakar hangus lagi..

Lihat sebelum ini..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails