Saturday, June 11, 2011

'KL Gangster' Dedahkan Pekida Gangster Melayu M'sia?

HALAMAN HIBURAN
KL 11 Jun 11: Pengarah filem KL Gangster, Syamsul Yusof menafikan dakwaan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) kononnya filem itu membuka kod rahsia pertubuhan berkenaan dan mengaitkan orang Melayu dengan unsur samseng seperti didakwa.

Syamsul, 27, berkata dakwaan ahli Pekida itu mungkin berpunca daripada salah faham selepas filem arahannya itu mula ditayangkan di pawagam, kelmarin.

“Saya sendiri tidak faham apa kod rahsia yang dimaksudkan mereka, kemungkinan mereka tidak berpuas hati kerana penggunaan perkataan ‘abang long’ dan ‘ayahanda’ dalam babak filem itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, filem itu tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana pihak, malah penggambarannya mendapat kebenaran daripada polis dan pelepasan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).

“Sebelum membuat filem, penolong pengarah produksi, Rizal Ashraf terlebih dulu melakukan kajian dan menemubual bekas gengster.

“Tetapi isu seperti itu tidak sepatutnya timbul dan saya mengharapkan ahli Pekida tidak sewenang-sewenangnya menuding jari kepada Skop Production kononnya menjatuhkan bangsa sendiri,” katanya.

Dia berkata, filem itu hanya rekaan semata-mata dan bersifat hiburan, malah ia tiada kaitan langsung dengan gengsterisme di negara ini. “Tujuan penghasilan filem ini adalah menyampaikan mesej bersifat kekeluargaan, kemasyarakatan dan keagamaan dengan harapan ibu bapa mengambil berat terhadap anak yang sedang meningkat dewasa,” katanya.

Di sebalik kontroversi itu, Syamsul tetap melahirkan rasa syukur kerana kutipan hari pertama tayangan filem itu mencatat RM1.5 juta.

Selain KL Gangster, Pekida juga berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi kerana mendakwa mereka mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan.

Sementara itu, pengarah Kongsi, Farid Kamil Zahari, 30, turut memberi pandangan sama iaitu filem berkenaan yang ditayangkan di saluran Astro First hanya hiburan semata-mata tanpa ada kena mengena dengan mana-mana individu atau pertubuhan.

“Bagi saya penggunaan ‘abang long’ atau ‘ayahanda’ sinonim dengan masyarakat Melayu, saya juga memanggil mak cik dan pak cik saya dengan gelaran ‘mak long’ dan ‘pak long’.

“Tidak ada sebarang kod rahsia yang menyentuh sesiapa. Sebaik menerima skrip filem itu sebelum ini, saya dapati ia karya yang menarik dan menghiburkan,” katanya. (myMetro)

Komen weblog Ibnu Hasyim: Apakah benar kononnya filem itu membuka 'kod rahsia pertubuhan' Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan mengaitkan orang Melayu dengan unsur samseng seperti didakwa.

Terkejut kita, apakah pertubuhan dakwah itu pun menpunyai ciri-ciri pertubuhan bawah tanah atau gangster? Pekida adalah Gangster Melayu? Perlukah pertubuhan itu disiasat polis? Mana ada dakwah dan kebajikan pakai 'kod rahsia' pertubuhan? Adakah kod rahsia itu didaftarkan di bawah akta pertubuhan, kalau ia pertubuhan sah dari sudut pemerintah?

Videos for kl gangster

- Report videos
KL GANGSTER 2011 OFFICIAL TRAILER
1 min - 7 Apr 2011
Uploaded by Xanseviera93

youtube.com
Trailer Filem: KL GANGSTER [2011]
1 min - 19 May 2011
Uploaded by dyaa18102

youtube.com

3 comments:

Anonymous said...

kepada pengarah filem2 ni teruskan usaha korang ni jgn peduli ktirikan yang tak membina ni ..tugas korang hiburkan masyarakat dan hasil yang lumayan .bila korang kaya buat zakat bnyak sket..tolong org yang memerlukan .

Anonymous said...

sepatutnya syamsul yusof buat cerita blue main dgn diana daniel...musti best wooo....melayu kurang aksi blue yg best....jue aziz men dgn jehan miskin....gang bang artis melayu ramai-ramai pergh!!! pancut air mani dalam satu lubang sebanyak 30 lelaki baru PEGIDA...ki..ki...ka..ka...kui..kui...ehem..ehem.....erkkk!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Kurangajar punya budak ckp pasai blue dan maruah orang.......kalau hang orang islam bertaubatlah pintu taubat masih terbuka........rasa tak tahan istifar bnyk2....agama lain pun tak galakkan percakapn kurngajr mcm ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails