Saturday, August 24, 2019

Bila Nur Islam Masuk Pemain Ragbi Ini, Memilih Nama Muhammad Papua..




Masjid impian Komka Tomba Gland, Papua.
WALAUPUN berstatus minoriti, ia bukan penghalang bagi 30 daripada kira-kira 5,000 penduduk Tomba Gland di sini, untuk menegakkan syiar Islam di perkampungan berkenaan.
Nur yang diterima puak Komka itu untuk memeluk Islam seterusnya melihat ia berkembang dan subur mendorong mereka membina masjid sebagai lambang bertapaknya agama berkenaan di perkampungan terbabit.
Bermula Jun lalu, mereka mengerah kudrat menebang pokok, menebas hutan dan meratakan tanah bagi merealisasikan hasrat memiliki masjid yang akan menjadi pusat kegiatan agama serta dakwah kepada penduduk masih mengamalkan kehidupan tradisional di situ.
Usaha pembinaan rumah ibadat itu digerakkan bekas pemain ragbi bawah 19 tahun kebangsaan, Newmal MaipMokiuah atau Muhammad Papua, 30, yang memeluk Islam kira-kira sembilan tahun lalu.
Ketika kunjungan penulis bersama empat sukarelawan Misi Qurban Care 4 Ummah 2019 Yayasan Isra’ Malaysia (ISRA’) pada 9 hingga 13 Ogos lalu, kami dibawa melihat perkembangan pembinaan masjid itu di perkampungan berkenaan.
Jika di Malaysia, binaan itu hanya dianggap sebagai surau atau musola namun bagi puak Muslim Komka itulah masjid bagi mereka.
 PENDUDUK bekerjasama untuk membina masjid serta pusat dakwah.
  SEBAHAGIAN penduduk di perkampungan Tomba Gland, Mount Hagen yang beragama Islam.
Ia dibina menggunakan kayu daripada pokok yang ditebang sendiri untuk dijadikan bahan utama dengan dinding dan bumbungnya pula hanyalah zink.
Di sebelahnya, dibina sebuah bangsal atau pondok untuk dijadikan pusat aktiviti dakwah menggunakan bahan daripada kulit kayu beratapkan tumbuh-tumbuhan kering persis kediaman tradisional mereka.
Muhammad yang pernah menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia pada 2013 berkata, idea pembinaan masjid itu tercetus selepas dia bertemu Pengerusi ISRA’, Ahmad Tarmizi Sulaiman di Thailand, kira-kira dua tahun lalu.
“Ketika itu, saya melanjutkan pengajian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat di Universiti Fatoni, Pattani. Kami bertemu dalam satu program diadakan di Thailand dan saya bercerita kepada Ustaz Tarmizi mengenai perkembangan Islam di Papua New Guinea,” katanya.
Katanya, dia memaklumkan kepada Ahmad Tarmizi mengenai hasrat membina masjid bagi membolehkan dakwah dijalankan kepada ‘orang-orangnya’ di Tomba Gland.
“Alhamdulillah, Ustaz Tarmizi sudi membantu dan meminta saya mencari tapak bagi merealisasikan hasrat itu. Apabila pulang ke kampung, saya memaklumkan kepada penduduk namun pada mulanya mendapat sedikit tentangan.
"Bagaimanapun, berkat dakwah dan sokongan beberapa puak Komka yang sudah memeluk Islam, kami mengadakan perbincangan bersama penduduk di sini, akhirnya usaha itu direstui,” katanya.
Katanya, bermula Jun lalu mereka membersihkan kawasan berkenaan sekali gus menandakan permulaan berkembangnya agama Islam di Tomba Gland.
Tiada angka tepat diperoleh mengenai jumlah umat Islam di negara mempunyai kira-kira lapan juta penduduk dengan lebih 800 puak itu, namun difahamkan sekitar 1,000 rakyat tempatan di ibu negara, Port Moresby dan 300 yang menetap di Mount Hagen menganutinya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa ISRA’ yang mengetuai misi berkenaan Dr Mukhtaruddin Musa berkata, pihaknya menyumbangkan hampir RM40,000 bagi pembinaan masjid dan pusat dakwah di Tomba Gland dianggarkan menelan kos RM50,000.
Katanya, dana itu sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin terhadap perkembangan Islam di negara berkenaan.
"Misi selama lima hari turut disertai wakil NGO Syabab Care Malaysia dan Group FB Titian Kasih. Sumbangan untuk membina masjid dan pusat dakwah di sini diberikan kepada pihak Muhammad secara berperingkat dan pada misi ini kami menyerahkan sebahagian lagi. Alhamdulillah, kami sudah tunaikan amanah daripada rakyat Malaysia bagi tujuan ini.
“Dalam misi ini juga, kami menyumbangkan dua ekor lembu dan kambing sebagai ibadah korban sempena Aidiladha bagi penduduk Muslim di Tomba Gland dan Wimbika, di sini,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya turut menyampaikan sumbangan kira-kira 150 naskhah wakaf al-Quran terjemahan, buku agama dan risalah dakwah kepada penduduk.
“ISRA’ adalah NGO berteraskan pendidikan, dakwah dan kemanusiaan. Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Yayasan Isra’ Malaysia 5520 9523 0206 (Maybank) atau menghubungi talian 014 3388099 untuk maklumat lanjut,” katanya.  (My Metro)

Walaupun 30 orang, syiar Islam tetap ditegakkan. (Video)



Lihat gambar ini..





Pesalah Porno Diterima UKM Buat Phd



UKM terima pesalah simpan bahan porno kanak-kanak buat PhD kerana genius
KUALA LUMPUR 23 Ogos - Sebagai mengiktiraf keupayaan luar biasa seseorang invidu dalam bidang pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima seorang pesalah untuk melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah (PhD)
Atas prinsip itu Nur Fitri Azmeer Nordin yang didapati bersalah memiliki lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak di London diterima mengikuti program PhD di UKM.
Pusat Komunikasi Korporat UKM dalam satu kenyataan berkata, penerimaan Nur Fitri untuk melanjutkan pelajaran itu kerana keupayaan luar biasa dan kecemerlangannya dalam pengajian.
"Berkenaan dengan pelajar, Nur Fitri Azmeer Nordin, beliau kini adalah pelajar UKM yang sedang mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah (PHD).
Iklan
"Beliau mula mendaftar sebagai pelajar UKM semenjak tahun 2016 lagi bagi program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.
"Semasa pemilihan untuk menerima beliau, pelbagai pandangan telah diambilkira dan dinilai," demikian menurut kenyataan itu hari ini.
Kenyataan itu dibuar ekoran tular di media sosial mengenai perkembangan Nur Fitri yang kini mengikuti pengajian di UKM.
Ini termasuk amaran kepada warga bangi supaya berhati-hati ekoran Nur Fitri kini melanjutkan pengajian di UKM.
Nur Fitri yang sebelum ini melanjutkan pelajaran di Imperial College, United Kingdom telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Southwark Crown, London pada Mei 2015,setelah mengaku bersalah atas 17 pertuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak dengan niat untuk mengedarkannya.
Dia didapati bersalah memiliki ribuan video dan gambar lucah pornografi kanak-kanak, termasuk 601 imej "Kategori A" yang menggambarkan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur.
Atas kesalahan itu Nur Fitri kemudian menjalani hukuman penjara selama sembilan bulan sebelum kerajaan Malaysia membawanya pulang. - UTUSAN ONLINE
Lihat gambar ini..

Arab Saudi, Putera Faisal Masuk RM642 Juta Dalam Akaun Najib.


Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan terdapat kemasukan dana sebanyak RM642 juta daripada Kementerian Kewangan Riyadh (Arab Saudi) dan Putera Faisal Turki ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Rosli Husain, 54, berkata, dana berkenaan dimasukkan ke dalam akaun bekas perdana menteri itu yang bernombor akhir 694. 

Rosli berkata, demikian ketika disoal peguam Harvinderjit Singh pada hari ke-56 perbicaraan kes Najib yang menghadapi tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. 

Harvinderjit: Dalam siasatan kamu, adakah kamu juga menyiasat akaun di atas nama Datuk Seri Najib berakhir nombor 694? 

Rosli: Ya, ada 

Harvinderjit: Adakah kamu boleh mengesahkan dalam akaun itu ada kemasukan duit daripada Prince Faisal bin Turki? 

Rosli: Ada 

Harvinderjit: Jumlahya lebih kurang RM399 juta? 

Rosli:Ya, lebih kurang. 

Harvinderjit: Ada kemasukan duit dari Kementerian Kewangan Riyadh (Arab Saudi) sebanyak RM243 juta? 

Rosli: Ada 

Ketika ditanya mengenai undang-undang yang diguna pakai SPRM, supaya AmBank menyemak dengan suruhanjaya itu terdahulu sebelum membenarkan Najib mengakses dokumen banknya, saksi berkata beliau tidak merujuk pada mana-mana undang-undang tetapi menggunakan inisiatif sendiri untuk memberitahu AmBank supaya merujuk kepada SPRM sebelum membenarkan Najib mendapatkan dokumen bank. 

Harvinderjit: Saya mencadangkan, kamu mengarahkan bank supaya tidak memberi dokumen kepada pembelaan supaya pembelaan tidak dapat meneruskan kes dan Rosli menjawab: “Tidak sama sekali, Yang Arif.” 

Saksi itu juga berkata, beliau tidak tahu nama penuh pegawai penyiasat SPRM yang mengendalikan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

“Seingat saya namanya ialah Aidah, penguat kuasa kanan… tetapi saya tak tahu nama penuhnya,” katanya. 

Harvinderjit: Bukankah Aidah rakan sekerja kamu? 

“Ya, Aidah rakan sekerja saya. Tapi dia bukan isteri saya, jadi saya tak pasti nama penuh beliau,” katanya, yang mencetuskan gelak ketawa orang ramai dalam mahkamah. 

Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan menyalah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta. 

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

BERNAMA



Lihat gambar ini..

Penganjur Perhimpunan Di Little India Brickfeilds Ditahan.




POLIS menahan dua individu bagi diambil keterangan kerana menganjurkan perhimpunan Bantahan Tulisan Khat Sekolah Tamil di Little India, Brickfields, hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields Superintendan Arifai Tarawe berkata, kedua-duanya ditahan kerana menganjurkan perhimpunan tanpa kebenaran yang disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
Katanya, sebelum ini polis sudah menasihatkan penganjur serta orang ramai untuk tidak menyertai perhimpunan berkenaan kerana tidak mendapat kebenaran selepas notis yang dikemukakan penganjur tidak lengkap.
“Kira-kira 500 orang menyertai perhimpunan ini yang berlangsung pada jam 7 malam secara aman tanpa sebarang insiden tidak diingini.
“Bagaimanapun, kita menahan dua lelaki yang bertindak sebagai penganjur perhimpunan bagi dirakam percakapan kerana kegagalan mereka mematuhi arahan agar perhimpunan itu tidak diadakan,” katanya ketika ditemui di lokasi perhimpunan hari ini.
Sebelum itu, Arifai mengarahkan agar peserta untuk bersurai susulan perhimpunan berkenaan tidak mendapat kebenaran dan mengganggu lalu-lintas.
Bagaimanapun, penganjur perhimpunan itu iaitu K Umagandhan kemudian meminta kebenaran untuk berucap selama 10 minit sebelum beredar.
Selain Umagandhan, seorang lagi individu yang ditahan dikenali sebagai Tan Boon Tak.
Kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada jam 7.30 malam.

Lihat gambar ini..

Friday, August 23, 2019

Jika Tol Dihapuskan, Bagaimana... –Kungfu Lidah Dr Mahathir


Jika Tol Dihapuskan, Bagaimana Mahu Selenggara Lebuhraya – Dr Mahathir
PUTRAJAYA – Pelaksanaan kutipan tol tetap diteruskan walaupun PLUS Malaysia Sdn Bhd (PLUS) diambil alih oleh mana-mana entiti, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata kerajaan masih mempertimbangkan tawaran daripada Maju Holdings Sdn Bhd yang mahu mengambil alih syarikat pengendali lebuh raya itu.
“Dia nak ambil alih PLUS, kita kaji tengok cadangan itu tapi dia (cadangan Maju Holdings) kena ada tol, tiada tol dia tidak boleh beli, (nanti) dia tidak dapat balik duit.
“Dia punya cadangan termasuk mengurangkan kadar tol dan dia nak buat macam-macam lagi, nak perbaiki jalan…jadi kita sedang timbang,” katanya kepada media selepas Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama Perdana Menteri di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata sekiranya kerajaan mahu menghapuskan tol, kerajaan perlu membelanjakan duit yang banyak untuk mengambil alih konsensi lebuh raya.
“Sekarang kita dapati bahawa…perkara pertama jika kita tidak mengutip tol, kita mesti membeli lebuh raya itu dan ia melibatkan kos berbilion-bilion.. dan kita tidak mempunyai wang.
“Perkara lain ialah jika kita berjaya membeli, kita perlu membelanjakan wang untuk menyelenggaranya.
“Jadi, orang ramai perlu perlu memahami masalah yang kita hadapi,” katanya.
Dr Mahathir berkata selain itu sekiranya tol dihapuskan, bagaimana sesebuah lebuh raya itu akan diselenggara.
“Masalahnya ialah lebuh raya perlu diselenggara, perlu diperlebar, ditambah lorong baharu. Semua melibatkan wang.
“Belum ada keputusan muktamad. Kita masih menelitinya,” kata beliau.
Selain Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS turut mengendalikan Lebuhraya Baru Lembah Klang, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Lingkaran Tengah Utara-Selatan, Link Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang. — BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memang lidah tak bertulang, mungkinkah yang pandai 'berkung fu lidah' akan selamat sementara?

Hibur Hibur Sikit..
Video:
  1. Hot girl fights with robbers, Kung fu Girl

    • 3 years ago
    • 98,541 views
    Hot girl fights with robbers, Kung fu Girl




Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Kes ADUN DAP Rogol: Paul Yong Mengaku Tidak Bersalah.



IPOH 23 Ogos - Exco kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol seorang wanita warga Indonesia yang merupakan pembantu rumahnya, Julai lalu.
Choo Kiong, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan setelah pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid.
Mengikut pertuduhan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu didakwa melakukan rogol terhadap seorang wanita di dalam sebuah bilik di tingkat atas di rumah bernombor 52, Jalan Desa Meru 2, Meru Desa Park, Bandar Meru Raya antara pukul 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai lalu.
Pertuduhan terhadap ADUN daripada DAP itu dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Azhar Mokhtar dan Timbalan Pendakwa Raya, Ainul Wardah Shahidan dan Naidatul Athirah Azman.
Pihak pembelaan pula dibarisi oleh RSN Rayer, Leong Cheok Keng, Ram Karpal Singh dan Farhan Sapian.
Hakim Norashima membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan menetapkan 24 September ini sebagai tarikh pengurusan kes berkenaan.-UTUSAN ONLINE
Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

25 Tuntutan Sambut Ke-70 Penubuhan Tanah Melayu (Malaya)..



Peguam cadang guna istilah Tanah Melayu 
KOTA BHARU: Seorang peguam mencadangkan wajar diguna istilah Negeri-Negeri Tanah Melayu selaras dengan Perkara 113 (6), 116(2), 121(1)(a) dan 161E(1) Perlembagan Persekutuan.
Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, penggunaan istilah Semenanjung Malaysia dihentikan kerana istilah itu tidak wujud dalam perlembagaan negara.
Dalam surat terbuka kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beliau mengemukakan 25 tuntutan orang Melayu sempena sambutan ke-70 penubuhan Tanah Melayu (Malaya).
Beliau juga mahu kerajaan mendedahkan sama ada 7.3 juta kewarganegaraan terhadap kaum-kaum lain yang diberi antara tahun 1957 hingga 1970 telah melalui proses mengangkat ikrar atau tidak.
Surat terbuka itu turut disiarkan akhbar Harakah edisi terbaharu di pasaran sekarang.
Manakala dalam perkembangan berkaitan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh pula berkata, setiap bangsa di dunia ada negara sendiri.
“Misalnya orang Cina ada negara Cina, orang India ada negara India, orang Jepun ada negara Jepun. Begitu juga Malaysia milik orang Melayu.
“Jadi bangsa lain yang tinggal di negara ini hendaklah kena hormat kepada tuan asal negara ini,” katanya pada kuliah di Medan Ilmu, hari ini.
Menurutnya juga orang Melayu sebagai pemilik asal negara ini sedia bertolak ansur dengan penjajah yang memberi kewarganegaraan kepada bangsa lain dibawa ke Tanah Melayu sebelum merdeka.–HARAKAHDAILY 23/8/2010

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Pahang: Ke Arah HIMPUN Pantai Timur.



Rombongan PAS Pahang sokong padu ke HIMPUN
KUANTAN: PAS Kawasan-kawasan seluruh negeri ini telah membuktikan dukungan padu apabila mengadakan rombongan ke Himpunan Perpaduan Ummah (HIMPUN) Pantai Timur di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, Terengganu, malam tadi.
Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Raub, Nor Amin Mohd Hanafi mengetuai sebuah bas PAS Raub, sementara PAS Kawasan Kuala Krau lebih bersemangat apabila menghantar dua bas melibatkan ahli-ahlinya dari Dun Jengka, Dun Jenderak dan Dun Kerdau.
Manakala PAS Kawasan Bera juga tidak ketinggalan dengan sebuah PAS, sementara PAS Kawasan Lipis pula saling ta'awun apabila mengumpulkan sumbangan ahli-ahlinya untuk turut menghantar sebuah bas sambil rombongan juga makan angin di beberapa lokasi.
Kesempatan sama turut dilaksanakan PASTI At-Takwa Chegar Perah juga dalam Kawasan Lipis yang menyertai himpunan tersebut dengan mengadakan Lawatan Sambil Belajar, manakala PAS Kawasan Indera Mahkota pula berpakat dengan kenderaan masing-masing.
PAS Kawasan Bentong dan PAS Kawasan Maran juga bergerak masing-masing dengan sebuah bas di mana turut serta memberi sokongan kepada anggota rombongan PAS Maran adalah Adun PAS Luit, Mohd Sofian Abd Jalil.
Begitu juga tidak ketinggalan PAS Kawasan Rompin yang menyusur perjalanan paling Timur dengan sebuah bas, manakala PAS Kawasan Paya Besar pula berkonvoi enam kereta dan satu van, disertai PAS Kawasan Temerloh juga dengan sebuah bas.
HIMPUN yang menampilkan tiga Menteri Besar dari negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang itu merupakan cetusan Presiden PAS yang mahu satu himpunan sebagai tonggak penting umat Melayu Islam terutama antara PAS dan Umno dari koridor itu.
Di mana kata Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, kejayaan HIMPUN akan menjadi kayu ukur kepada ta'awun antara PAS dan Umno yakni kemampuan kebersatuan kepimpinan Islam di negara ini, selain memohon pertolongan daripada Allah S.W.T.
Munajat mega menjadi latar belakang penting himpunan ini yang menyaksikan puluhan ribu hadirin tunduk kepada Allah menunaikan solat berjamaah dengan kemuncak acara adalah ceramah disampaikan oleh ketiga-tiga Menteri Besar tersebut. - HARAKAHDAILY 23/8/2019

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Rogol Amah: DAP Kemuka Laporan Baru, Bebaskan ADUNnya?



Rogol amah: DAP dakwa individu bawa mangsa lapor polis terima RM100,000
IPOH 22 Ogos - Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham membuat laporan polis hari ini dengan mendakwa menerima maklumat baharu berhubung kes rogol pembantu rumah warga Indonesia melibatkan Exco kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong.
Menurut Koo Ham, beliau menerima maklumat bahawa individu yang membawa pembantu rumah terbabit untuk membuat laporan polis telah menerima sejumlah wang sebanyak RM100,000.
"Semasa saya berada di sebuah hotel di Jalan Datoh pada pukul 6 petang tadi, saya terima maklumat yang individu membawa pembantu rumah itu untuk membuat laporan polis telah menerima wang sebanyak RM100,000.
"Individu itu juga telah diugut dengan sepucuk pistol untuk tidak membongkar rahsia tersebut," katanya ketika ditemui di luar perkarangan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.
Menurut Koo Ham, beliau percaya dengan maklumat terbaharu itu kemungkinan terdapat muslihat di belakang dakwaan rogol melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu.
Sehubungan itu katanya, laporan polis telah dibuat pada pukul 10.15 malam ini berhubung maklumat terbaharu itu bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut.
"Saya berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan lanjut dakwaan yang dibuat oleh pembantu rumah berkenaan.
"Saya tidak mahu mendedahkan butiran lanjut mengenai saksi itu dan menyerahkan segala maklumat kepada polis untuk siasatan lanjut supaya kita tahu agenda tersembunyi di sebalik tuduhan itu," katanya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed hari ini memaklumkan bahawa Choo Kiong akan dituduh esok di Mahkamah Sesyen Ipoh selepas merogol seorang pembantu rumah warga Indonesia pada bulan lalu.
Menurut Huzir, pertuduhan itu akan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.-UTUSAN ONLINE
Koo Ham (dua dari kanan) ditemui media selepas membuat laporan polis malam tadi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah contoh gagalnya perlaksanaan hukum jenayah masa kini. Sepatutnya negara umat Islam perlu memilih sistem perundangan Islam, yang tidak dapat dikuasai oleh rasuah wang. Bagaimana cara atasinya? Pilihlah PAS, tolak PH dalam PRU 15 ini.
Jom lihat perbicaraan hari ini..
Lihat gambar ini..

Gojek Tidak Islamik – Mufti Selangor



KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Gojek disifatkan sebagai tidak Islamik dan tidak sopan. 

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, secara terus terang apabila lelaki dan perempuan yang bukan muhrim membonceng motosikal boleh mengundang kepada fitnah. 

Menurutnya, bagi mengelakkan tuduhan fitnah berkenaan, adalah lebih elok ditiadakan perkhidmatan Gojek itu. 

“Tak sesuai, lelaki dan perempuan bukan muhrim membonceng motosikal yang sama. Mungkin penunggangnya lelaki dan pemboncengnya perempuan atau sebaliknya. Apa ke halnya kena ada situasi begitu?

“Keadaan itu jelas tidak Islamik dan tak sopan. Naik motosikal berdua bukan muhrim, tak diharuskan,” katanya kepada Sinar Harian hari ini. 

Mohd Tamyes berkata, mungkin kerajaan boleh memikirkan langkah lain yang lebih baik bagi mengelakkan masalah ini. 

Bagaimanapun, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk memutuskan pelaksanaan Gojek ini. 

“Terpulang kepada pihak berkuasa, saya tidak ada fatwa tentang perkara ini,” katanya ringkas. 

Semalam, Kabinet pada asasnya bersetuju untuk melaksanakan perkhidmatan Gojek. 

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Yusof berkata, Kabinet dalam mesyuarat mingguannya pada Rabu membincangkan perkara itu secara terperinci dan memberi lampu hijau untuk melaksanakan perkhidmatan tersebut. – Sinar Harian



Lihat gambar ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails