Saturday, July 11, 2009

Kini, Pak Su Wel Dah Ada Dalam PAS...

Manek Urai: keranda buat BN?


KOTA BHARU, Jun 11— PAS dan Umno perlu mencari orang seperti bekas ADUN Manek Urai, Ismail Yaakub atau lebih dikenali dengan nama Pak Su Wel jika mereka mahu menang dalam pilihan raya kecil itu.

Bekas ADUN BN Manek Urai, Mohd Zulkifli Omar dilaporkan berkata BN perlukan calon seperti Ismail untuk menang PRK tersebut.

"Pak Su Wel wakil rakyat orang kampung, boleh bersila atas lantai di rumah orang kampung. Umno kena cari Pak Su Wel, baru boleh menang di Manek Urai. Kalau tiada, Umno tidak akan menang,” jelasnya.

Sementara itu, PAS akan mewujudkan sebuah Markas Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi memudahkan gerak kerja jentera pilihan raya DUN Manek Urai.

Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada strategi awal PAS sempena PRK tersebut bakal diadakan pada 14 Julai depan.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman, ketika dihubungi memberitahu perasmian akan dilakukan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Markas Majlis Tindakan DUN (MTD) Manek Urai malam esok.

PRK DUN Manek Urai akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaakub, pada 22 Mei lalu akibat sakit jantung.

Allahyarham merupakan calon tidak pernah tewas dalam pertandingan pilihan raya dan berkhidmat sebagai wakil rakyat bagi DUN Manek Urai selama lima penggal.

Pada pilihan raya umum tahun lalu Ismail menewaskan calon BN, Mohamad Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352, dan PAS berjaya meraih undi popular melebihi 55 peratus.

Komposisi pengundi DUN Manek Urai ialah 99.2 peratus terdiri dari pengundi Melayu manakala Cina 0.46 peratus dan India 0.23 peratus.

Sementara itu Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Krai optimis PAS akan berjaya mengulangi kemenangannya pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Manek Urai.

Timbalan Ketua Dewan Muslimah PAS kawasan, Hazimah Khalipah, berkata kesungguhan serta semangat kerjasama yang tinggi ditunjukkan jentera pilihan raya di sembilan Unit Peti Undi (UPU) cukup meyakinkan beliau bahawa PAS akan menang pada PRK tersebut.

“Kita juga telah berjaya mengadakan perjumpaan dengan pengundi di sembilan UPU berkenaan. Hasilnya positif,” katanya ringkas semasa dihubungi.

Diangkat dari: The Malaysian Insider: PAS dan Umno perlukan ‘Pak Su Wel’ untuk menang di Manek Urai - oleh Mohd Zuharman

Komen Blog Ibnu Hasyim: Apakah hal sebagai isyarat dari The Malaysia Insider bahawa PAS akan menang? Kerana Pak Su Wel adalah anak didik PAS, dan kini penggantinya sudah ada.. (AK)





Apa khasiat teh hijau? Beli sambil berderma. Kik di sini..
Ke Bangladesh, Bhutan, Nepal & Tibet Bersama Teh H...


Samad Said: PPSMI Bukan Mansuh.. Mana RM5 Billion?

KUALA LUMPUR, 11 Julai - Sasterawan Negara Dato' A Samad Said berharap kerajaan dapat menyediakan peruntukan sewajarnya untuk memartabatkan bahasa Melayu di sekolah-sekolah sebagaimana yang diberikan untuk pengukuhan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, seperti yang dilaporkan Harakah.

Menurut Bernama, beliau berkata sekiranya kerajaan seperti yang dilaporkan memperuntukkan hampir RM5 bilion bagi mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah, ia seharusnya boleh dilakukan terhadap bahasa Melayu.

"Saya ingin tahu juga, untuk memartabatkan bahasa Melayu berapa jumlahnya," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran buku antologi sajak bertajuk "Mengabdi, Melestari" sempena ulang tahun ke-30 Permodalan Nasional Berhad (PNB), di sini Jumaat.

Peruntukan RM5 bilion itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Dr Puad Zarkashi di Dewan Negara semalam.

Sementara itu A Samad Said yang juga Penasihat Gerakan Memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), menyifatkan pengumuman Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai PPSMI sebagai bukan pemansuhan PPSMI, tetapi menangguhkan pemansuhan.

"Cuma yang saya tidak setuju, ia (pemansuhan PPSMI) bukan sekarang, bukan tahun depan tetapi ia 2012," katanya. Bagaimanapun, katanya beliau memahami bahawa pemansuhan itu tidak dapat dilakukan serta merta dan kesediaan kerajaan memenuhi tuntutan rakyat itu sudah cukup baik.(AK)

Membeli sambil berderma 'teh hijau.. klik sini.
Ke Bangladesh, Bhutan, Nepal & Tibet Bersama Teh H...

Xinjiang 5: 'Solat, Di Rumah Saja' Ditarik Balik.

JENDELA GLOBAL
Ratusan masyarakat Islam Uighur berpusu-pusu ke sebuah masjid selepas pihak berkuasa memutuskan untuk membenarkan mereka mengerjakan solat Jumaat bagi mengurangkan ketegangan yang berlaku di wilayah itu hari ini. -fotoAP



URUMQI
Jumaat Julai 10, 2009 : Beratus-ratus masyarakat Islam Uighur berpusu-pusu ke sebuah masjid selepas pihak berkuasa memutuskan untuk membenarkan mereka mengerjakan solat jumaat bagi mengurangkan ketegangan yang berlaku di wilayah itu hari ini.

Tindakan tersebut akan menguji sejauh mana kemampuan kerajaan untuk mengawal penentangan yang dilakukan oleh etnik Uighur yang tidak puashati dengan tindakan etnik Han yang menyerang dan menyebabkan kematian etnik Uighur Selasa lepas. Serangan tersebut merupakan rusuhan paling teruk yang pernah berlaku di wilayah itu.

Beribu-ribu pasukan tentera dan polis anti-rusuhan sudah dihantar ke kawasan itu untuk menghadapi sebarang protes daripada etnik Uighur. Beijing mengambil berat tentang situasi di kawasan itu kerana ia mempunyai simpanan minyak yang banyak. Lebih kurang 500 masyarakat Uighurs berada di luar sebuah masjid untuk sama-sama menunaikan solat dengan 1,000 lagi yang berada didalam.

"Saya berpuas hati mereka membenarkan kami mengerjakan ibadah hari ini" kata seorang lelaki Uighur, Ahmedadji. "Sudah tentu ramai yang akan membantah jika mereka tidak buat demikian." katanya lagi.

NOTIS TUTUP

Semua masjid di kawasan Urumqi sebelum ini sudah diberikan notis supaya sebarang aktiviti ibadah tidak akan dibenarkan. Sekumpulan etnik Uighurs yang menunggu di luar masjid besar Dong Kuruk berkata mereka amat marah dan sedih kerana ia tidak dibuka.

"Kami rasa terhina. Ini adalah rumah ibadat kami... kami tidak dibenarkan masuk, tapi mereka benarkan orang-orang yang tidak beragama berada di dalam" kata seorang pemuda sambil menunding jari ke arah seorang pengawal keselamatan yang sedang berkawal di dalam masjid itu.. Pihak atasan mengarahkan supaya aktiviti ibadah tidak boleh diadakan di masjid, "kandungan yang tertera pada notis di pintu hadapan masjid Guyuan Rabu lepas. "Sesiapa yang ingin menunaikan solat... lakukan di rumah sahaja."

Parti pemerintah, Parti Komunis China bimbang masjid akan menjadi tempat etnik Uighur berkumpul dan memulakan bantahan selepas sudah seminggu berlaku ketegangan. Etnik Uighurs berasal dari Turki dan hampir semuanya beragama Islam, mereka membentuk separuh daripada penduduk Xinjiang yang berjumlah seramai 20 juta orang.

Presedin Hu Jintao bergegas meningalkan sidang G8 di Itali disebabkan rusuhan etnik di wilayah itu. Beliau berkata mengawal keselamatan dan kestabilan di kawasan yang kaya dengan minyak itu adalah "tugas yang perlu diselesaikan segera" Hu turut menjelaskan yang rusuhan tersebut merupakan "satu jenayah kejam yang telah dirancangkan oleh 'three forces'"

'Three forces" ialah istilah kerajaan China yang merujuk kepada puak pelampau, puak pemisah dan terroris yang menjadi ancaman di Xinjiang. Selasa lepas, beribu-ribu etnik Han menyerang etnik Uighur dan ramai yang dilaporkan terkorban. Kerajaan China belum lagi secara rasmi mengeluarkan jumlah sebenar.

Xinjiang merupakan wilayah yang sudah lama bergolak antaranya disebabkan jurang ekonomi diantara etnik Uighurs dan Han, sekatan kerajaan berkaitan dengan hal-hal keagamaan dan kebudayaan, serta kebanjiran etnik Han yang sudah menjadi majoriti di bandar-bandar besar termasuklah Urumqi.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sudah menjadi lumrah alam, apabila sesuatu golongan itu dizalimi, ditekan dan ditindas, tandanya akan berlaku kebangkitan dan ledakan. Jangankan manusia, kucing yang jinak lembut akan menggigit walaupun terpijak ekornya! Itu suatu amaran kepada penguasa yang zalim, kalau tidak mahu berlaku revolusi jangan berlaku zalim kepada rakyat, termasuk di Malaysia ini...

Lihat Sebelum ini..

Membeli sambil berderma 'teh hijau.. klik sini.

Friday, July 10, 2009

Kes Natrah: Melayu Tolak Undang Penjajah. -Dr Mohd Hashim

Oleh ASYOK KUMAR

Natrah (kanan) bersama suaminya (kiri) & ibu angkat (depan).

Orang Melayu marahkan penjajah.


'PERISTIWA Natrah' adalah lambang penentangan dan penolakan rakyat Islam Melayu terhadap perundangan penjajah yang dipaksakan ke atas penduduk di negara ini. Demikian pendapat yang dikemukakan oleh Dr Haji Mohd Hasyim atau nama samarannya Ibnu Hasyim, apabila mendapat berita Bertha Hertogh atau Natrah, nama Islamnya, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda, semalam.

Dr Haji Mohd pernah menulis sebuah buku sejarah '1950-2000 Sejarah Kebangkitan Dan Masa Depan PAS Kuasai Malaysia?' terbitan GG Edar 1993 setebal 672 muka surat, antaranya menyebutkan Prof Dr Burhanuddin Al-Helmy Yang Di Pertua Agung PAS ke 3, dituduh terlibat dalam ‘kes Natrah’, ditangkap oleh penjajah Inggeris pada Disember 1950, dan di tahan di Singapura. Antara tulisannya menyebutkan..

"Natrah (ada juga tulis Nadra), nama asalnya Maria Hertogh, adalah anak perempuan seorang soldadu Belanda yang ditahan tentera Jepun di Jawa Indonesia. Untuk selamatkannya, anak itu diberikan oleh ibunya kepada seorang wanita Melayu di Terengganu dari keluarga yang berada. Natrah dibesarkan di negeri Terengganu dalam masyarakat Melayu-Islam, dan akhirnya berkahwin dengan pemuda Islam bernama Mansur Adabi.

Tetapi pada tahun 1950, ibubapa Natrah yang berada di Belanda meminta mahkamah Singapura kembalikan balik Natrah kepada mereka. Walaupun proses penghakiman penjajah telah menyetujuinya, namun ia ditentang oleh Jawatankuasa Bertindak Natrah yang dianggotai oleh Dr Burhanuddin. Beliau (Burhaniddin) dituduh ‘membangkitkan kemarahan orang ramai melalui tulisannya, berakibatkan rusuhan orang Islam menuntut hak secara Islam, yang akhirnya ramai terkorban di pulau tersebut.’ Setahun kemudiannya, beliau dibebaskan.
" (Sila rujuk Sejarah PAS dalam blog ini..
Saturday, April 5, 2008 'Sejarah PAS 10: Prof Dr Burhanuddin')

Berita BERNAMA pula menyebutkan:

Natrah, gadis rebutan berdarah 1950 meninggal dunia

Natrah digendong oleh ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed. Gambar ini diambil sekitar tahun 50-an.

KUALA LUMPUR 9 Julai – Bertha Hertogh atau Natrah, nama Islamnya pada satu ketika dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda, semalam.

Beliau meninggal dunia akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr. Fauziah Mohd. Taib menerusi e-mel kepada Bernama hari ini.

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam serta bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun begitu, undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.

Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungannya di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Dr. Fauziah berkata, Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya ketika itu.

Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.

“Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya,” kata Dr. Fauziah.

Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan. – BERNAMA

"Sejarah membuktikan dari dulu lagi Orang Melayu dan Islam menolak undang-undang penjajah yang di bawa ke timur ini sebagai lanjutan dari Perang Salib menentang Islam, di Eropah." Kata Dr Mohd lagi sewaktu dihubungi pagi tadi. "Sehingga sekarang perjuangan tersebut masih diteruskan, walaupun kononnya kita sudah merdeka, tetapi masih mengekalkan undang-undang penjajah ciptaan Lord Ried itu. Merdeka apa?" (AK)

Ke Bangladesh, Bhutan, Nepal & Tibet Bersama Teh Hijau..

CATATAN SANTAI





"LEPAS ni nak pegi mana pulak?" Tanya kawan saya yang lama tak jumpa, dan baru jumpa pagi tadi. Dia antara peminat tetap yang membaca Catatan Perjalanan saya.

"Aku dah ada tiket nak ke Bangladesh. Kawan beri. Tapi itu saja. Makan minum, hotel dan lain-lain belum ada lagi. Kalau ada duit lebih, aku teringin nak ke Bhutan, Nepal & Tibet meninjau puak-puak Islam sana. . boleh sekali jalan!" Jawab saya.

"Bagus tu.. bagaimana aku boleh bantu? Ini kerja dakwah.." Katanya, sambil berfikir-fikir. Dia kenal saya lama.

"Ahh tak payah susah-susah.. Ada rezeki Tuhan beri jalan, ade le.." Kata saya lagi.

Dia mengeluarkan sebuah kotak.. "Ini namanya 'Japanese Green Tea' dalamnya ada 20 uncang, untuk buat teh, 1 uncang satu cawan." Dia membuka kotak itu, mengeluarkan beberapa paket uncang, order air panas di restoren yang kami sedang santai itu, masukkan uncang tiap cawan, biar terendam. "Nampak airnya perlahan-lahan bertukar menjadi kehijauan! Ya. Lepas ni, sila minum. Rasa, bagus tak?" Katanya lagi.

Kawanku yang sorang lagi, mengambil kotaknya, membelek-belek.. "Tiada tulis Melayu pun, semua tulis Jepun. Aku nak tengok apa khasiatnaya?"

"Khasiatnya.. " Jawap kawan yang belanja kami minum teh itu, dia mengeluarkan komputer ribanya, letak atas meja buka internet, tunjuk dan terangkan..


"Lihat berita ini.. Sekelompok ilmuan Jepun mengemukakan bahawa meminum 'teh hijau' sekurangnya 5 cawan sehari dapat mengurangkan resiko tumbuhnya sel 'barah prostat' seperti disiarkan dalam 'American Journal of Epidemiology' pada 20 Disember lalu.

Hasil kajian menunjukkan lelaki yang rutin meminum teh hijau sekurangnya 5 cawan sehari memiliki resiko 50% lebih rendah terkena barah prostat dari mereka yang hanya meminum kurang dari satu cawan sehari. Menurut pengkaji itu lagi, 'catechin' salah satu zat kimia yang terkandung dalam teh hijau, berperanan aktif menurunkan resiko terkena barah prostat tersebut. Itulah sebabnya mengapa jumlah penderita barah prostat pada lelaki di Asia jauh lebih rendah dibandingkan dengan lelaki di barat, dihubungkan dengan tingginya jumlah penggunaan teh hijau ini.

Penemuan terbaru tentang khasiat teh hijau juga, telah membuka harapan baru bagi penderita penyakit 'parkinson' di dunia, dalam usaha mencegah penurunan keadaan fungsi syaraf atau 'neuro-degenerative' akibat penyakit tersebut. Polyphenols, anti oksiden, yang terkandung dalam teh hijau ternyata mampu mencegah kerusakan sel-sel syaraf pada otak. Berperanan penting dalam pembentukan dopamine-zat kimia, dan bertanggung jawab mengirimkan pesan dari otak dalam mengkoordinasikan gerakan anggota tubuh seperti berjalan, makan atau bercakap.

Pengkaji-pengkaji juga menggunakan campuran polyphenols yang terdapat dalam daun teh hijau, iaitu 50% epigalocatechin gallate (EGCG), 22% epigalocatechin (EGC), 18% epicatechin gallate (ECG) dan 10% epicatechin (EC). Campuran anti oksidan tersebut ternyata mampu melawan zat-zat kimia perusak sel seperti neurotoxin 6-hydroxydopamine (6-OHDA), reactive oxygen species (ROS) dan nitric oxide (NO).
Berikut ini adalah 27 macam manfaat teh hijau yang didasarkan pada berbagai hasil penelitian.

1..Dapat mencegah dan menurunkan tekanan darah tinggi
2..Mencegah timbulnya kadar gula darah yang tinggi
3..Menurunkan kadar kolesterol.
4..Menurunkan resiko terkena berbagai penyakit hati.
5..Menurunkan resiko terkena stroke.
6..Membantu tubuh dalam melawan virus (seperti virus influenza).
7..Dapat menghambat penurunan fungsi syaraf
8..Memperbaiki fungsi kognitif.
9..Bermanfaat bagi kesehatan gusi.
10..Mencegah sesak nafas.
11..Mengurangi stress.
12..Menghilangkan penat dan letih.
13..Mampu mencegah timbulnya penyakit kanker.
14..Mampu mengendalikan pertumbuhan tumor atau bisul.
15..Membantu penyembuhan penyakit kanser atau barah.
16..Membantu menurunkan berat badan.
17..Mengurangi resiko timbulnya radang sendi dan reumatik
18..Berfungsi sebagai anti radang tenggorokan
19..Mencegah osteoforosis.
20..Mencegah timbulnya alergi.
21..Melindungi lever atau hati.
22..Mencegah hepatitis
23..Membantu menghalangi penyebaran virus HIV.
24..Mengurangi bahaya merokok
25..Perlambat penuaan.
26..Baik untuk penderita diabetes.
27..Mampu mencegah keracunan makanan.

Itulah khasiatnya.." Terangnya dengan agak panjang.

Kami terdiam. Tak terkata apa-apa, memandangkan banyaknya khasiat teh hijau itu. "Apa tujuan hang terang panjang-panjang kat kami ni?" tanya sorang kawan kami lagi.

"Begini.." Jawabnya, sambil menutup dan menyimpan balik komputer. "Sila minum dulu! Oh, ada yang dah habis pun... Boleh buat lagi. Bagaimana rasanya?? Ok?"

Ada yang jawab okey.

"Baik. Kalau okey, inilah caranya aku nak tolong Ibnu Hasyim berdakwah dan perjuangkan Islam. Menjadi kewajiban kita juga tolong dia, kalau ada duit-duit zakat pun boleh beri kat dia! Kerana aku tak mampu buat macam dia, aku tolong dia saja! Kita tak payah fikir jauh-jauh, tengok dan tolong saia yang ada di depan mata kita." Jelasnya dengan tenang kepada mereka.

Dia memandang pula kepada saya, katanya, "Aku nak sumbangkan 100 kotak Japanese Green Tea ini kat hang! Cara jualnya, iklan dalam blog. Harganya RM25 sekotak termasuk pos laju & register, hantar terus sampai ke rumah. Duit hasil jaulan itu hang boleh guna untuk majukan blog hang, termasuk urusan biaya perjalanan saperti yang hang perlu. Biar canggih sikit... Oh ya, aku nak tegur sikit, selalunya gambar dalam catatan perjalanan hang agak kurang, dan teruk! Maaf... Aku faham masalah hang.. tapi hang kena cuba baiki lagi!!"

Tiba-tiba mamak kedai itu datang, "Ini teh banyak bagus!!... tapi kita tak boleh jual sini. Ini barang highclass, import mari!!...." Katanya, rupanya dia dah rasa.

Al-hamdulillah. Wallahu 'aklam. Jika anda berminat nak cuba teh ini, membeli sambil berderma, silakan!

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL Julai 10, 2009.



Sila dapatkan:

Japanese Green Tea
Harga 1 kotak (20 uncang) RM25.
1 uncang untuk 1 cawan.
Hantar melalui pos.

Bagaimana Nak Beli?

1..Masukkan atau pindahkan wang ke akaun ini:
No Akaun Maybank 1621 8801 0338
Atas Nama: HMH Resources/ Abu Hafsin.

2..Ambil resit & e-mailkan salinannya..
atau tentukan dalam e-mail itu ada maklumat:
a..Jumlah bayaran.
b..Masa & tarikh.
c..Tempat dimasukkan wang.
d.. Apa-apa no yang ada dll, jika perlu.

hantarkan kepada:
ibnuhasyim@gmail.com

Wan Rahim Ajak Khairy Jamaluddin Masuk PAS.

Tinjauan Program Ziarah – 9 Julai 2009
Dato’ Wan Rahim dan Khairy Jamaluddin



Pertemuan tidak dirancang antara Penasihat Jentera PRK Manek Urai, PAS, Dato Wan Rahim Wan Abdullah dengan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di Kedai Kopi bersebelahan Masjid Manek Urai Lama.

Lagi, pendapat pengundi muda Kg Manek Urai Lama mengenai PRK manek Urai



“Asal pakoh PAS jah, selamat selalu”

Thursday, July 9, 2009

Misteri Pembunuhan Seorang Siswi Iran..

Oleh Drs Mohd Rashidi Deraman

JENDELA GLOBAL




HARI-HARI berlaku demonstrasi besar-besaran di Iran oleh penyokong pihak-pihak yang kalah dalam pilihan raya umum lalu. Seorang siswi falsafah bernama Neda Agha Soltan dari sebuah universiti tiba-tiba telah ditembak mati. Neda kelahiran 1982 ini ditembak oleh pihak tidak dikenali, menyebabkan beberapa hari kemudian demonstrasi-demonstrasi seterusnya mengutuk Iran dan menyatakan simpati pada Neda berlaku di beberapa buah negara.


Anehnya, gambar-gambar Neda yang berdarah diangkat oleh para demonstrasi tersebar luas di negara-negara Eropah, dan diatas gambar itu tertulis ayat This Is Islamic Democracy’. Wah, kenapa begitu? Kenapa dikatakan, ‘Ini Demokrasi Islam?’ Apa tujuannya? Mari kita cari fakta-faktanya.


Pertama: Peristiwa.


Neda Agha Soltan ditembak mati pada tengahhari Sabtu, iaitu seminggu selepas keputusan pilihan raya yang menyaksikan Presiden Iran Ahmadinejad diisytiharkan mendapat kemenangan besar. Waktu itu demonstrasi besar-besaran masih berlaku berlaku di kota Tehran, ibu negara Iran yang digerakkan oleh penyokong calon yang kalah. Neda dan temannya yang berada dalam kereta dan keluar dari kereta mereka. Tiba-tiba sebutir peluru menembus badan Neda menyebabkan beliau langsung tersungkur ke tanah. Menurut akhbar The New York Times, sebelum menghembuskan nafas terakhir, Neda sempat mengucapkan, “Saya rasa terbakar!”


Kebetulan waktu itu sebuah teksi dipandu oleh Pouya melintasi Jalan Salehi. Didapatinya ramai berkerumun melihat seorang wanita terlentang di atas jalan dalam keadan mulut dan hidungnya berdarah. Dia mengangkat jasad wanita itu masuk ke dalam teksinya dan membawa ke hospital. Kepanasan bumi Iran dengan aksi-aksi demonstrasi pihak yang kalah, menjadikan bertambah lagi panas dengan berita terbunuhnya wanita yang bernama Neda itu.


Kedua: Apa yang berlaku selepas kematian Neda?


a..Media-media internasional seperti mendapat suntikan baru dalam menyerang kredibiliti hasil pilihan raya Iran yang menyaksikan kemenangan Ahmadinejad. Liputan-liputan begitu dahsyat dalam memburukkan Iran terhias dihadapan akhbar-akbar.


b..Tidak senang dengan pemberitaan media-media Barat, pemimpin Iran akhirnya bersuara dengan menunding bahawa pejabat berita BBC (Britain) dan Voice of Amerika (AS) berusaha memecah belahkan Iran. Liputan mereka melalui jurucakap Kementerian Luar Negara Iran, Hassan Ghashghavi, “Pimpinan VOIC dan BBC adalah anak-anak spritual Benjamin Netanyahu dan Avigdor Lieberman. Tujuan mereka adalah ingin melemahkan solidariti Nasional, mengancam integriti dan memecah belah Iran.”


c..Pemerintah Iran menganggap semua ini adalah permainan BBC, VOA dan CNN yang membangun ruang perang psikologis terhadap Iran. Akhirnya, koresponden tetap BBC di Tehran dihalau oleh pihak berkuasa Iran kerana dituduh mendalangi perusuh.


d..Melihak ketegasan Iran dalam menghadapi pendemonstrasi, sejumlah ketua-ketua negara bersuara. Antaranya Obama, Presiden AS mengkritik tindakan pemerintah Iran yang menghalau pendemonstrasi itu sehingga terbunuhnya Neda. TV pula terus menerus mengulang tayang detik-detik kematian Neda, “AS dan masyarakat internasional muak dan marah atas ancaman, pemukulan dan pemenjaraan yang terjadi dihari-hari terakhir ini”.


Obama juga mengatakan, “Saya mengutuk aksi yang tidak adil itu.. Saya bersama rakyat AS bersedih atas semua korban yang tidak berdosa dan meninggal dunia”.


Jawab Ahmadinejad, “Saya harap anda (Obama) jangan campur urusan Iran!”.


Ketiga: Kontroversi Kematian Neda


Penyelidikan panjang terhadap kematian Neda menunjukkan bahawa ada beberapa kesangsian terhadap kematian Neda. Antaranya adalah..


a..Rakaman video kematian Neda yang dipublisitikan oleh media-media barat, menujukkan Neda sudah lama di dalam perhatian. Sebab, rakaman video yang menayangkan Neda sebelum mati adalah gambar 45 minit sebelum kejadian.


b..Tempat kejadian itu jauh dari tempat demonstrasi di Jalan Azadi. Sedangkan Neda ditembak sekitar Jalan Salehi. Jelas dia tidak mati ditembak ditempat demonstrasi.


c..Ada sekurang-kurang 2 handycam yang merakam kejadian menunjukkan senario di balik kejadian tersebut.


d..Milisi Basij dan polis sepatutnya ditempatkan di tempat demonstrasi ,bukan di wilayah yang jauh dari lokasi.


e..Hasil forensik menunjukkan peluru yang digunakan menembak Neda jenis caliber kecil pistol tembak dari jarak dekat, semasa Neda berjalan kaki, setelah keluar dari keretanya.


f..Padahal polis dan milisi Basij tidak menggunakan pistol dalam menghadapi demonstrasi. “Bunyi tembakan macam bunyi mercun.” kata guru muzik Neda yang menjadi saksi kejadian. Katanya lagi “Masa itu tidak ada konflik senjata dikawasan itu (penembakan Neda) kerana tidak ada pasukan keselamatn yang berkawal di kawasan tersebut”.


Keempat: Siapa dalang?


Jumaat pilihan raya, Sabtu diumumkan jumlah kira undi. Berlakulah protes keputusan besar-besaran, kebanyakannya oleh penyokong Mir Husein Mousavi. Mereka mengatakan kemenangan Ahmadinejad melalui proses penipuan. Ahmadinejad jawab balik, “tidak ada manipulasi dalam perhitungan suara. Wajar jika mereka kecewa kerana mereka terlalu yakin boleh menang, sebelumnya” sindirnya sebagaimana yang disiarkan oleh BBC.


Bagi menghentikan kekacauan yang berlaku, pihak pemerintah Iran akhirnya menangkap sekitar 100 orang tokoh reformis (kebanyakan penyokong Mousavi ) termasuk Reza Khatami iaitu saudara bekas Presiden Iran, Mohammad Khatami (1997). Polis Iran juga menangkap sekitar 170 orang yang dianggap dalang rusuhan. Pemerintah Iran melumpuhkan jaringan komunikasi digital seperti internet, termasuk situs jejaring sosial, dan facebook.


Siapa dalang disebalik semua yang menyebab terjadi begini? Melihat kepada tulisan di gambar “This Is Islamic Democracy” maka jelaslah dalangnya adalah dari musuh-musuh Islam?


Sekian, Wallahu aklam.