Saturday, May 14, 2011

Dr Hatta Rasmi Cawangan PAS Berketua Wanita..

SELAYANG, 14 Mei 11: Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli merasmikan mesyuarat agung PAS yang mencatat sejarah tersendiri apabila seorang wanita menjadi ketua cawangannya.

Beliau ialah Puan Eisah A Wahid, 53, (gambar) mengetuai PAS Cawangan Rahmat Jaya, Kuang. Bukan itu sahaja, PAS cawangan pimpinan beliau ini berjaya menarik hampir 200 ahli Umno untuk menyertai PAS.

Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli ketika merasmikan mesyuarat agung itu menyentuh fenomena ini. "Ini satu fenomena baru dalam PAS. Oleh kerana orang lelaki sibuk cari nafkah, muslimat jaga cawangan...ambik kau," kata Hatta.

Turut berjaya ditarik cawangan beliau adalah pengasas kampung Kuang dekat sini yang juga Ketua Cawangan Umno Kundang Jaya, Haji Mohamad Ithnin menyertai PAS. Bermula dengan hanya 52 ahli kini cawangan beliau mempunyai lebih 150 ahli termasuk dari kampung-kampung lain dalam Dun Kuang.

Ibu kepada dua anak dan seorang anak angkat ini bukannya memimpin ahli wanita sahaja bahkan kebanyakan ahli cawangan beliau adalah lelaki. "Kebanyakan ahli saya lelaki tetapi mereka mahu saya menjadi ketua...naib ketua cawangan saya lelaki," beritahu Eisah ketika ditemui Harakahdaily dalam mesyuarat agung PAS kawasan Selayang.

Sebelum itu, Eisah dan Mohamad Ithnin diperkenalkan kepada perwakilan PAS yang menyertai mesyuarat agung PAS Selayang dengan mendapat tepukan gemuruh dari mereka. "Saya pun tak tahu macamana saya masuk PAS sebab saya Umno sebelum ni. Ia bermula sebelum 2008 bila saya mula mendekati program-program PAS," cerita peniaga ikan segar ini.

Apabila usaha dibuat untuk menubuhkan cawangan PAS di Rahmat Jaya, ahli-ahli PAS di situ sepakat memilih Eisah sebagai ketua.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Selayang, Haji Mohamad Abdul Rahman, satu majlis besar-besaran akan dibuat bagi meraikan kemasukan ahli-ahli baru PAS yang sebelum ini memegang jawatan penting dalam Umno. (IH)

DAP Bongkar 'Bukti Baru' Laporan Polis Negara Kristian

KL 14 Mei 11: DAP bongkar penyelewengan berhubung kenyataan Menteri KDN Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berdasarkan bukti baru dalam sebuah laporan polis yang dibuat di Pulau Pinang hari semalam, mengenai konspirasi menjadikan Kristian agama rasmi negara dan melantik seorang PM di kalangan penganut berkenaan.

Ahli parlimen DAP-Jelutong, Jeff Ooi hari ini mendakwa terdapat kemungkinan bahawa lelaki yang membuat laporan polis dengan 'variasi lain' mengenai dakwaan 'konspirasi Kristian' dipaksa berbuat demikian. Pada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur, Ooi berkata beliau percaya ahli jawatankuasa DAP cawangan Bukit Tumba Mohamed Razali Abdul Rahman, yang membuat laporan polis itu semalam dipujuk oleh saudaranya yang bekerja sebagai polis cawangan khas yang memantau kegiatan politik di kawasan Jelutong.

"Kami diberitahu Mohamed Razali dan anggota polis itu ada pertalian keluarga dan anggota itu yang dikatakan berperanan membantu Utusan Malaysia mendapatkan berita itu. Saya harap polis juga boleh mula siasat dari sudut ini dan adil serta bebas dalam siasatan kes berkenaan. jeff ooi lodge police report against utusan 080511 group

"Kita tidak tahu motif atau niatnya membuat laporan polis lima hari setelah kami membuat laporan polis menafikan dakwaan yang dibuat di Utusan... (yang) juga diiringi oleh beliau,” kata Ooi sambil menunjukkan sekeping gambar Mohamed Razali bersamanya ketika membuat laporan polis pada 8 Mei lalu.

Semalam, polis mengesahkan mereka menerima laporan yang mempunyai 'variasi lain' berhubung apa yang terjadi. Bagaimanapun kedua-dua Mohamad Razali dan pihak berkuasa juga enggan mendedahkan apa yang terkandung dalam laporan itu.

"(Laporan di) Utusan dan TV3 (mengenai laporan polis Mohamed Razali) kekurangan butiran. Kedua-dua melaporkan (beliau) berada di lokasi makan malam yang dianjurkan oleh masyarakat Kristian dan dia berkata 'saya tau apa yang sebenrnya berlaku'. Beliau berselindung di sebalik laporan polis itu. utusan mohamed razali report police 140511 02

"Kami berharap Mohamed Razali mengulangi apa yang dilaporkannya kepada polis supaya kami boleh mengambl tindakan undang-undang jika kenyataannya mengancam kedudukan DAP dan masyarakat Kristian,” kata Ooi.

Utusan pada 7 Mei lalu, bersandarkan pendedahan di dua blog pro-Umno menyiarkan tajuk utama mendakwa paderi Kristian bercadang menukar agama rasmi persekutuan dan melantik seorang pemimpin di kalangan penganut agama itu sebagai perdana menteri.

Ooi berkata tindakan Mohamed Razali, yang tampil bagi membuat laporan yang menurut pihak berkuasa memberi laporan Utusan “ada asas kebenaran” sebagai tidak logik. "Jika wujud konspirasi, kami tidak akan menjemput sesiapa, apa lagi seorang Islam.

"Ini common sense dan bagi mendakwa saya adalah penganjur supaya ikrar seperti ini diadakan juga tak masuk akal. Mereka harus tahu, saya beragama Buddha dan mengamalkan ajaran itu,” kata Ooi.

Semalam, Mohamed Razali, 42, yang hadir pada majlis tertutup paderi-paderi berkenaan tampil membuat laporan polis.

"Saya datang untuk ceritakan keadaan sebenar apa yang berlaku di sana (majlis berkenaan) sebab saya sendiri pun hadir pada majlis tersebut. Saya buat laporan ini sebab terlampau kecewa dengan laporan-laporan (dalam media) sebelum ini yang dibuat beberapa pihak yang mungkin tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

"Jadi saya pun buat laporan dan saya serah kepada polis untuk buat siasatan lanjut tentang isu ini," katanya ketika ditemui di luar Balai Polis Jalan Patani di Pulau Pinang selepas membuat laporan itu. Mohamed Razali yang ditemani isteri tiba di balai tersebut pukul 9 pagi dan keluar kira-kira tiga jam kemudian. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran yang dilaporkan kepada polis dengan alasan tidak mahu mengganggu siasatan. (Malaysiakini/IH)

Gesaan U/Islam Tadbir Agama Sendiri Ditolak M/Peguam


KL, 14 Mei 11: Majlis Peguam menolak gesaan peguam-peguam Muslim agar undang-undang berkaitan Islam digubal oleh Majlis Raja-raja Melayu berbanding Parlimen sekarang sambil menyifatkannya sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam gesaannya baru-baru ini, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, satu memorandum akan dihantar bagi menuntut hak eksklusif umat Islam mentadbir agama mereka sendiri.

Ini termasuk mencadangkan sebarang penggubalan undang-undang Islam tidak lagi dibahaskan oleh Dewan Rakyat kerana ia membuka perbahasan kepada golongan bukan Islam termasuk orang Islam yang tiada ilmu dalam undang-undang Islam. Sebaliknya, ia perlu diberikan perkenan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum draf undang-undang dibawa ke Jemaah Menteri dan Parlimen.

Dalam ulasannya, Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata, kesemua undang-undang perlu diluluskan oleh ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara berperlembagaan.

“Ini struktur fundamental dan asas Perlembagaan Persekutuan,” kata Lim kepada The Malaysian Insider menerusi satu kenyataan yang diemelkan malam tadi.

“Struktur fundamental dan asas tidak boleh diatasi,” kata Lim.

Lim menambah, memorandum yang hendak dikemukakan PPMM kepada kerajaan bercanggah dengan proses legislatif dan Perlembagaan Persekutuan. Katanya, perkara-perkara berkaitan dengan undang-undang Islam digubal oleh Dewan Undangan Negeri kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya diputuskan oleh Parlimen.

“Ini diperuntukkan di bawah Perkara 74 yang dibaca bersama dengan Senarai Dua yang ditetapkan di Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan,” kata Lim.

“Oleh itu, kuasa perundangan berkaitan dengan undang-undang Islam biasanya berada di bawah bidang kuasa Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Lim juga berkata, Perlembagaan juga tidak menggariskan perbezaan antara jenis perundangan yang Parlimen diberi kuasa untuk meluluskan. Justeru katanya, Perkara 66(1) mengatakan bahawa “kuasa Parlimen untuk menggubal undang-undang” seharusnya dilakukan oleh undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Mengikut laporan media Rabu lalu, Zainul Rijal berkata, cadangan itu bertujuan mengelakkan perbahasan tentang Rang Undang-Undang Islam oleh orang bukan Islam termasuklah oleh orang Islam yang tidak mempunyai keilmuan dalam undang-undang Islam.

Dengan cara ini, orang bukan Islam tidak boleh lagi mencampuri urusan agama Islam dan orang Islam dapat mentadbir agamanya mengikut acuan Islam itu sendiri. Ia memberi kesan kepada Perkara 11(3) untuk orang Islam mentadbir agamanya secara eksklusif, terlaksana. Perkara ini mungkin akan dikaji tetapi saya sudah melihat dan bercakap dengan ramai peguam dan pensyarah undang-undang, mungkin ia boleh kita jadikan sebagai satu realiti.

Bagaimanapun Lim berpendapat bahawa syor Zainul Rijal yang mengetengahkan Perkara 11(3) sebagai salah.

“Peruntukan itu tidak membenarkan kumpulan-kumpulan agama (dalam kes ini kumpulan Islam) hak untuk menggubal undang-undang Islam,” katanya.

“Kuasanya terletak pada badan-badan perundangan masing-masing (sama ada Dewan Undangan Negeri atau Parlimen) dan tidak dan tidak boleh diperluaskan dalam konteks yang diketengahkan oleh Encik Zainul,” katanya lagi.

Katanya, jika Perkara 11(3) ditafsirkan secara ekstrem, maka mana-mana kumpulan agama boleh menggubal undang-undang mengikut sesuka hati mereka dan menyebabkan “anarki monarki.”

“Perkara 11(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa setiap kumpulan agama mempunyai hak memperoleh dan memiliki hartanah dan memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang,” kata Lim lagi.

“Pentadbir di bawah peruntukan mesti dibaca dalam konteks keseluruhan peruntukan... ‘ia” merujuk kepada hartanah, bukannya mentadbir agama mereka (yang merupakan tafsiran luas dan tidak tepat,” katanya lagi. (The Malaysian Insider/IH)

Hibur, Hibur Sikit... 35 - Kembara Dunia Bersama Lagu

Atatürk's Kemalist Altı Ok Exposed
Islam in Africa
Islam in Australia
Islam in India
Islam in China 14,579 vie

Lagu & Nasyid selanjutnya..

E-Album IH-11: Hibur, Hibur Sikit..

Bukti Baru Kristian Agama Rasmi Ada Asas -Hishamuddin Hussein


KL 14 Mei 11 Adakah Utusan Malaysia dan kuncu-kuncunya akan lepas, bila Menteri KDN Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata 'ada asas' dalam laporan Utusan Malaysia berhubung konspirasi menjadikan Kristian agama rasmi negara dan melantik seorang PM di kalangan penganut berkenaan?

Hishammuddin berkata kenyataannya itu berdasarkan bukti baru dalam sebuah laporan polis yang dibuat di Pulau Pinang hari semalam. Sehari sebelum itu, kementeriannya mengeluarkan surat teguran kepada Utusan berhubung laporan tajuk utama pada 7 Mei lalu yang berjudul 'Kristian Agama Rasmi?' Surat berkenaan diserahkan kepada ketua pengarang kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak semalam apabila beliau diarahkan ke Kementerian Dalam Negeri bagi menjelaskan laporan akhbarnya itu.

Hishammuddin berkata penjelasan Aziz adalah sama dengan laporan polis yang dibuat semalam. "Beliau (Aziz) berkata terdapat kebenaran mengenai apa yang dilaporkan dan hari ini saya dimaklumkan bahawa ada laporan polis (yang dibuat) yang menunjukkan ada asas (dalam laporan Utusan),” kata Hishammuddin kepada wartawan selepas melancarkan pusat pemulihan dadah di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Hishammuddin juga menasihatkan semua pihak termasuk media supaya tidak beremosi dengan menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung laporan Utusan Malaysia itu. Katanya, polis juga telah diarahkan menyiasat perkara itu bagi mengetahui kebenaran laporan akhbar berkenaan.

"Jangan kita beremosi dalam isu-isu berhubung agama dan kaum, biar pihak-pihak yang berkenaan khususnya polis menjalankan tugas mereka untuk siasatan mengenai kes ini bagi kita mencari kebenarannya.

"Kalau kita ambil tindakan mengikut emosi dan kita mengikut sentimen rakyat di bawah tapi kita tak tahu apa sebenarnya berlaku, akan ada pelbagai andaian yang timbul," katanya.

Hishammuddin turut meminta semua akhbar termasuk akhbar berbahasa Cina dan Tamil memainkan peranan untuk membantu negara dengan menceritakan semangat-semangat yang membina dalam isu perkauman dan agama.

"Saya tahu mungkin cerita ini tidak sensasi dan akhbar tak boleh jual, tapi kalau asyik cerita pasal perpecahan, negara kita boleh jadi huru-hara," katanya.

Ketika ditanya mengenai laporan MCA hari ini yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan KDN yang hanya mengeluarkan surat teguran terhadap akhbar Utusan Malaysia itu, Hishammuddin berkata itu bukan satu isu, apa yang penting, perkara itu diserahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan terlebih dahulu.

"KDN akan terus memantau setiap akhbar yang dikeluarkan supaya tidak menyebarkan berita-berita yang boleh menggemparkan fikiran orang ramai," katanya. Sumber Malaysiakini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siapa pulak yang nak kena tuduh, sudah tentu bukan pihak BN, dan Utusan tetap lepas? (IH)

Thursday, May 12, 2011

UMNO Ke 65: Strategi Lucahkan Anwar Dg Buku Pula.

KL 12 Mei 11: Strategi lucahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin hebat melanda politik Malaysia sekarang ini. Sesudah menggunakan politik liwat, politik video lucah dan kini buku lucah pula diedarkan dengan percuma.

Menurut Blogger Milo Suam, "..pengedaran buku seks pula yang diklasifikasikan sebagai 18 SX berjudul 'Tuhan, Politik dan Seks' pada sambutan ulangtahun ke-65 Umno di Kuala Lumpur malam semalam."

"Buku setebal 555 halaman dalam bahasa Melayu itu dikarang oleh penulis kontroversial Syed Hussein Al Attas dan diberikan kepada semua hadirin sebagai cendermata yang dimasukkan dalam sebuah beg. Ia dikatakan mempunyai butiran terperinci dakwaan salah laku dan orientasi seks pemimpin pembangkang itu.

"Pada muka hadapan buku itu tertera gambar palsu Anwar yang berambut panjang perang, bergincu serta berkuku merah dan label “18SX”. Antara lain, buku itu mendakwa simbol PKR melambangkan biseksual. Beberapa gambar Anwar ketika menjadi timbalan perdana menteri juga diterbitkan semula bagi mendedahkan kononnya hubungan beliau dengan beberapa wanita." Tulis Milo suam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Malaysia sudah jadi negara politik lucah terburuk di dunia..

Salih Yaacob, Pelawak Contoh, Kahwin Isteri Ke4?

Salih Yaacob

HALAMAN HIBURAN

KL, 12 Mei 11: Tahniah kepada pelakon dan pelawak terkenal Salih Yaacob bakal melangsungkan perkahwinan buat kali keempat. Suatu contoh yang baik, poligami aman. Al-hamdulillah. Dia akan berkahwin dengan seorang gadis yang hanya mahu kenali sebagai Emi, 24 tahun.

Menurut Harian Metro, gadis manis dari Johor itu bakal disunting Salih, 50, sebagai suri hidupnya, sekali gus melengkapkan kuota poligami penyampai radio Sinar FM yang sudah diamalkan sejak puluhan tahun lalu.

Majlis perkahwinan pasangan berkenaan dijangka berlangsung selepas Aidilfitri ini berikutan kesibukan Salih menguruskan kerjayanya ketika ini selain mahu menyelesaikan beberapa urusan mahkamah berkaitan urusan kebenaran berpoligami. Dalam poligami aman dengan tiga isteri, Salih telah dikurniakan 11 zuriat.

Menurut Emi, dia tertarik dengan hidung Salih selain memenuhi kriteria lelaki pilihannya.

“Abang (Salih) comel, saya paling suka hidung dia yang mancung kerana itu juga kriteria lelaki idaman saya,” katanya.

Menurut Emi, walaupun hidung Salih menjadi antara tarikan padanya, namun dia tidak menetapkan kelebihan fizikal sebagai teras utama memilih suami sebaliknya keikhlasan dan sifat dalaman seseorang lelaki yang sentiasa diberi keutamaan dalam melayari bahtera rumah tangga.

“Rupa paras perkara kedua, bagi saya yang lebih penting sifat dalaman yang ada pada diri bakal suami dan saya nampak ciri-ciri itu pada abang, malah dia banyak mengajar dan membentuk saya menjadi insan baik dalam mendepani perjalanan hidup.

“Saya sukakan dia yang menitik berat ajaran agama, cara dia membimbing 11 anak dan tiga isteri, sebab saya terfikir macam mana dia boleh mengurus keluarga besar dengan masing-masing hidup aman damai . . . dia ceritakan semuanya dan dari situ saya tertarik.

“Faktor itu yang buat saya mahu tahu lebih mendalam lagi. Saya akui perkara itu membuatkan abang berbeza daripada lelaki lain. Kalau lelaki lain mulut saja manis, tapi kosong, abang tidak begitu, dia ada isu,” katanya.

Menceritakan detik perkenalan mereka, Emi memberitahu dari awalnya dia tidak berminat untuk mengenali Salih secara rapat memandangkan pertemuan mereka atas dasar antara peminat dengan artis di satu pementasan di Pulau Pangkor, Perak, November lalu.

“Ketika itu saya tidak rasa apa-apa, cuma mahu bergambar dengannya saja apatah lagi semua orang tahu abang sudah berkeluarga dan mengamalkan poligami.

“Bermula dari keinginan untuk tahu bagaimana dia menguruskan isteri-isterinya membuatkan hubungan kami rapat dan saling berbalas SMS dan panggilan telefon. Abang pandai mengambil hati dan layanannya membuatkan saya terpaut,” katanya.

Penuntut sarjana bidang pengangkutan di sebuah institusi pengajian tinggi itu turut mengakui bukan mudah untuk dia menyakinkan keluarganya bagi menerima Salih memandangkan poligami tidak dijadikan amalan dalam keluarga termasuk di kalangan sanak saudara.

Katanya, selepas empat bulan perkenalannya dengan Salih, baru dia memberanikan diri untuk berterus terang di hadapan ahli keluarga dan kakak sulung menjadi orang pertama diberitahunya sebelum kakaknya berjumpa sendiri dengan Salih.

“Sebelum itu saya kerap solat hajat, istiqarah memohon petunjuk dan akhirnya selepas dijelaskan mengapa saya memilih abang, ibu dan ayah menerimanya. Malah ibu sempat berpesan supaya saya menjaga diri sebab tahu perkara ini bukan mudah.

“Apapun saya masih belajar mendalami ilmu terutamanya aspek rumah tangga dan ‘bekalan’ yang diberi abang akan saya pegang dan amalkan serta paling penting menjadikan al-Quran sebagai teras membentuk perjalanan hidup ini.

“Saya sudah bersedia menempuh alam rumah tangga bersama dia dan isteri serta anak-anaknya . . . insya-Allah,” katanya yang kini menjadi pembantu peribadi Salih.

Sementara itu, Salih berkata dia tidak mengambil Emi sebagai isteri secara suka-suka sebaliknya anak bongsu daripada lima beradik itu sudah dititipkan dengan bekalan ilmu agama dan rohani yang membolehkannya menjadi isteri taat dan umat Islam sejati.

“Sebelum menyuntingnya saya sudah asuh dia, bimbing dan sediakan dia dengan bekalan yang diperlukan. Kalau tidak dia tak boleh ‘follow’. Bukan mudah kerana dia muda tapi sebab saya penyampai amanah dan perkahwinan satu ibadat.

“Setiap hari saya akan memperingatkan dia, memberikan nasihat dan panduan tidak mahu tersasar. Alhamdulillah dia seorang yang patuh dan mengenal arah tuju hidup ke jalan Allah. Apapun proses pembelajaran itu tidak pernah habis dan ia masih berterusan,” katanya. (IH)

Pengantin Lari Hari Kahwin, Siapa Salah?

JOHOR BAHRU 12 Mei 11: Gara-gara gagal menyediakan wang hantaran seperti dijanjikan, seorang lelaki dipercayai melarikan bakal isterinya pada hari perkahwinan mereka, Ahad lalu. Difahamkan, lelaki itu yang berjanji memberikan wang hantaran RM10,000 dikatakan pernah menangguhkan tarikh perkahwinan daripada 1 Mei kepada 8 Mei lalu dengan alasan tidak dapat datang dari Sabah.

Malangnya, beberapa jam sebelum majlis pernikahan mereka, keluarga mendapati pengantin perempuan berusia 18 tahun tiada di rumah, dipercayai menghilangkan diri bersama bakal suaminya itu. Tindakan mereka menyebabkan puluhan jemputan termasuk saudara-mara dari Indonesia bukan saja menanggung malu, malah kerugian lebih RM3,000 berikutan pelbagai persiapan sudah dilakukan di rumah keluarga pengantin perempuan di Kampung Bendahara di sini.

Menceritakan kejadian itu, sepupu pengantin perempuan, Nor Lindawati Abdul Talib, 38, berkata, sepupunya Julianasari Jaafar atau Sari yang tinggal di rumahnya sepatutnya bernikah pada 1 Mei lalu bersama jejaka pilihan hatinya yang juga seorang kontraktor. Demikian lapor myMetro hari ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wang hantaran merupakan sebahagian daripada adat resam dalam masyarakat Melayu dan ia tidak wajib dalam hukum syarak. Tiada dalil mewajibkan pengantin lelaki memberikan wang hantaran kepada pengantin perempuan. Malah pada dasarnya pemberian wang hantaran daripada pihak lelaki adalah sebagai cara membantu pihak perempuan dalam persiapan majlis atau kenduri perkahwinan.

Dalam Islam, perkara yang wajib kepada pengantin lelaki untuk diberikan kepada pengantin perempuan adalah mahar atau mas kahwin. Dalil al-Quran dalam surah an-Nisaa' ayat 4 dan ayat 24 menyebutkan bermaksud...

Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin-mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian yang halal itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya'.

Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya setelah ia menjadi isteri kamu, maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya dengan sempurna sebagai satu ketetapan yang diwajibkan oleh Allah. Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu suami isteri, sesudah ditetapkan mas kahwin itu tentang cara dan kadar pembayarannya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana'. (An-Nisaa': 24).

Kebiasaannya jumlah wang hantaran ditentukan oleh pihak pengantin perempuan, namun persetujuan dan perundingan oleh kedua-dua belah pihak akan dibuat semasa majlis pertunangan atau sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Lazimnya, akan berlaku tawar menawar antara pihak lelaki dan juga pihak perempuan sehinggalah kata putus diambil tentang jumlah wang hantaran tersebut.

Apa yang penting ialah kesederhanaan dan berpatutan dengan melihat kemampuan pihak lelaki dalam menentukan wang hantaran agar ia tidak membebankan pihak lelaki dan yang lebih penting untuk mendapat keredaan Allah SWT.

Dalam adat masyarakat Melayu wang hantaran merupakan hadiah dan tanda persetujuan pengantin lelaki untuk mengahwini pengantin perempuan. Dalam masa yang sama ia untuk membantu pengantin perempuan membuat persediaan majlis perkahwinannya. Sekiranya hantaran yang tinggi bertujuan untuk belanja kenduri pihak pengantin perempuan, ia sesuatu yang tidak adil kerana pihak lelaki juga akan mengadakan kenduri di pihak lelaki.

Islam juga amat melarang umatnya bersikap menunjuk-nunjuk, sombong atau angkuh dalam apa juga perlakuan termasuklah mengenakan wang hantaran tinggi yang dilihat seolah-olah menjadi satu trend dalam masyarakat Melayu hari ini. Itulah Islam, 'Mudahkanlah jangan kamu persulitkan...' (IH)

Ibu Mati Terbakar Selamatkan 3 Anak, Nik Aziz

(Gambar: Nik Aziz melihat jeriji besi yang diumpil Allahyarhamah Rafidah untuk menyelamatkan tiga anaknya sehingga beliau sendiri terkorban dalam kebakaran Jumaat lalu - gambar sumbangan dari Adun Mengkebang, Abdul Latif Abdul Rahman)

KUALA KRAI, 12 Mei 11: Bagaimana pengorbanan seorang ibu menyelamatkan tiga anaknya sehingga beliau sendiri mati terbakar. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pergi melihat sendiri tragedi tersebut dulu semalam.

Beliau melihat rumah Allahyarhamah Rafidah Ismail, 37, yang terbakar termasuk melihat jeriji besi yang diumpil beliau sebelum mati untuk menyelamatkan nyawa anak-anaknya. Jelas kelihatan, Nik Aziz sangat bersimpati terhadap keluarga mangsa dan mengucapkan takziah kepada keluarga yang tinggal di Taman Sri Guchil, dekat sini.

Beliau mengambil masa selama setengah jam melawat keluarga itu semalam dengan melawat lokasi kebakaran yang meragut nyawa Rafidah. Di sana, beliau menghulurkan sumbangan kepada kepada suami mangsa, Zamri Hamat.

Tuan Guru ketika ditemui melahirkan rasa sedih di atas kejadian yang meragut nyawa ibu kepada tiga orang itu. Beliau juga turut melahirkan rasa terharu di atas pengorbanan seorang ibu demi keselamatan anak-anaknya.

“Apapun saya berharap keluarga mangsa dapat menerima ketentuan Ilahi ini dengan tabah, kita sebagai orang Islam harus menerima ketentuan itu,”ujarnya.

Jumaat lalu sekitar pukul 1.50 petang, Rafidah yang bertugas sebagai jururawat di Klinik Pakar Hospital Kuala Krai maut selepas rumah sewanya di taman itu terbakar. Allahyarhamah bagaimanapun sempat menyelamatkan tiga orang anaknya yang berada dalam rumah semasa kejadian dengan mengumpil besi tingkap.

Terdahulu Tuan Guru mendengar taklimat kejadian oleh Pegawai Bomba Kanan 11, Azmi Ibrahim di lokasi kebakaran. Turut hadir Adun Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria, Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah, Ketua Jajahan Kuala Krai Adnan Hussin, Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Azhar Ab Rahman dan lain-lain pimpinan masyarakat.(IH/Harakah)

Wednesday, May 11, 2011

Pulau Betong Balik Pulau & Puteri Betung, Aceh, Berkait

CATATAN PERJALANAN: Medan-Banda Aceh 12

BARU berlalu 'Hari Ibu'. Terkenang aku pada ibuku. Semasa aku kecil-kecil dulu, ibuku sering bercerita kisah Nabi-nabi, sahabat-sahabat dan perjuangan Islam. Maklum, dia juga anak tokoh agama terkenal sebagai 'Tok Aji Man' asal Kampung Terang Balik Pulau. Ayahku pula asal Kampung Genting bermukim di Kampung Pulau Betung.

Ayahku menjadi yatim sejak kecil. Masih terbayang-bayang, nenek perempuanku, ibu ayahku (namanya, Dinah Binti Kasa) itu bercerita kepadaku sendiri, bagaimana peritnya seorang janda miskin berusaha menyekolahkan anaknya (ayahku). Sehingga besarnya, ayahku dapat belajar di 'pondok' Kubang Semang, Butterworth. Dipangil 'Lebai Hasyim', kerana 'warak'nya. Lepas berkahwin berhijrah di Kampung Perlis Balik Pulau. Di situlah aku dilahirkan.

Masih terbayang dan terdengar-dengar suara ibuku bercerita tentang Kampung Pulau Betong, namanya diambil dari nama pokok buluh. "Betong, adalah nama buluh. Rumpunan buluh betung adalah pohon bersejarah, di mana diceritakan, kisah seorang bayi yang dijumpai di hutan, diambil dan dipelihara di istana dan akhirnya menjadi isteri pemimpin bersejarah."

" Di mana negeri tempat berlaku itu mak?" Aku tanya.

"Entahlah. Mak pun tak tahu.. Luar negara agaknya." Jelas ibuku.

Tetapi, minggu-minggu lalu, semasa aku berada di Loksuemawi Aceh, dalam pertemuan dengan penulis-penulis sejarah Aceh, cerita-cerita hampir seperti ini aku dengar kembali. Tentang hikayat Putri Betung di Aceh..

"..alkisah ia adalah anak bidadari yang ditemukan Raja Muhammad di hutan. Kemudian Raja mengangkatnya sebagai anak yang kelak dinikahkan dengan Meurah Gajah, yang merupakan anak raja Ahmad, saudara tua Raja Muhammad." Satu versi.

"Alkisah dalam Hikayat Aceh dan Hikayat Raja-raja Pasai, asal-usul yang menurunkan kemuliaan dan kebesaran Sultan Iskandar Muda yang bertakhta di Aceh Darussalam dan raja-raja Samudra Pase (Aceh Utara) adalah berasal dari rahim bidadari yang diberi nama Putri Betung." Satu lagi versi.

"Versi lain Hikayat Aceh menyebutkan, perkawinan Putri Betung dengan Merah Gajah melahirkan dua anak, lelaki dan perempuan, masing-masing bernama Sultan Ibrahim Syah dan Putri Sapiah. Sementara versi Hikayat Raja-raja Pasai menyatakan bahwa Putri Betung melahirkan dua anak laki-laki bernama Meurah Silu yang selanjutnya bergelar Sultan Malik As Shaleh, pendiri Kerajaan Samudra Pase, dan Meurah Hanum.

"Kisah Putri Betung ini menarik untuk disimak karena selain memiliki simbol sebagai Rahim Mulia, yang menjadi perantara lahirnya raja-raja besar, juga memiliki cacat tubuh. Lazimnya, seorang putri adalah perempuan yang digambarkan cantik jelita,dengan tubuh sempurna, dan perilaku patut. Namun, menurut Hikayat Aceh tersebut, di bagian kanan dagu sang putri ditumbuhi sehelai rambut panjang dan berwarna putih mencolok.

"Sehingga sang suami, Meurah Gajah yang bergelar Raja Syah Muhammad, kurang senang dan merasa malu hati terhadap “ketaksempurnaan” di tubuh istrinya tersebut. Oleh sebab itu, pada suatu hari sang raja meminta agar istrinya mencabut “rambut asing” di tubuhnya itu. Tapi permintaan sang raja ini ditolak mentah-mentah oleh sang putri. Sang putri beralasan, jika rambut “aneh” itu dicabut dari tubuhnya, maka niscaya akan terjadi perceraian diantara mereka.

"Serta merta mendengar alasan Putri Betung tersebut, Sang raja diam saja, tapi diamnya sang raja bukan berarti mau mendengarkan alasan sang putri, tapi sang raja sedang mengatur siasat bagaimana supaya rambut “aneh” tersebut tetap harus dicabut, sehingga segala cara dan upaya diusahakan untuk mencari kelengahan sang putri Betung tersebut.

"Pada suatu hari niat sang raja kesampaian juga, saat itu ia melihat sang istri sedang tertidur dengan pulas, maka dengan mengendapendap dicabutnya “rambut asing” tadi dari tubuh sang putri. Setelah sang raja mencabut “rambut asing” tadi dari tubuh sang putri, tidak lama kemudian maka terjadilah keanehan yang luar biasa. Dari dagu sang dewi, yaitu dari liang bekas cabutan rambut aneh tadi, mengalir tiga titik darah putih, akhirnya Putri Betung pun meninggal tidak lama kemudian.

"Kejadian tersebut membuat Raja Muhammad, ayah Putri Betung marah. Lalu serta merta dikirimnya pasukan untuk menyerbu Raja Muhammad Syah, dalam pertempuran tersebut akhirnya Raja Muhammad Syah terbunuh. Ketika mendengar sang raja terbunuh, Raja Ahmad pun marah, lalu mengirim pasukan untuk menyerbu Raja Muhammad. Dua bersaudara itu pun berperang sehingga disebutkan dalam hikayat tersebut bahwa dua kerajaan itu akhirnya musnah."

Begitu dengan pelbagai al-kisah..

Apa yang penting ke mana ruh cerita ini hendak di bawa? Kadang-kadang di sebalik cerita khayalan sesuai dengan perkembangan pemikiran waktu itu, akan terungkaplah kenyataan dan keazamn yang hendak disampaikan. Adanya khayalan sebagai bukti adanya kenyataan.

Dari hikayat tersebut juga diuraikan..

"..bahawa dari rahim Putri Betunglah lahir raja-raja, yang uniknya diakui oleh kemaharajaan Aceh Darussalam dan Samudra Pase. Kedua kemaharajaan itu bersaing memperebutkan Putri Betung, yang berasal dari dunia supranatural atau alam gaib, untuk melegitimasi kebesarannya.

"Entah kebetulan, kisah Putri Betung ini serupa dengan kisah raja-raja Mataram yang selalu dikisahkan beristri Ratu Kidul. Artinya, keadiluhungan seorang raja dikarenakan menguasai dua dunia, supranatural dan natural. Sedangkan Meurah Gajah, selaku ayah yang menurunkan raja-raja besar itu, tak diketahui asal-usulnya.

"Putri Betung tidak sendiri, sejarah kegemilangan Aceh telah pula melahirkan wanita-wanita perkasa lainnya, sebut saja misalnya Laksamana Keumalahayati yang memimpin laskar Inong Bale (laskar janda) di zaman Sultan Riayat Alaudin Sjah IV(1589-1604) untuk mengusir angkatan laut Belanda di bawah pimpinanCornelis de Houtman, (1506-1599). Di masa pemerintahan Sultan Riayat Alaudin Sjah V (1604-1607) dibentuk Suke Kaway Istana (Resimen Pengawal Istana) yang terdiri dari Si Pai’ Inong(prajurit perempuan) di bawah pimpinan Laksamana Meurah Ganti dan Laksamana Muda Cut Meurah Inseuen.

"Kedua laksamana perempuan itu berjasa membebaskan Iskandar Muda dari tahanan Sultan Riayat Sjah V yang konon bejat moral dan kelak tahanan itu menjadi raja adiluhung di Kerajaan Aceh Darussalam. Di zaman Sultan Iskandar Muda, tradisi prajurit pengawal istana perempuan masih dilanjutkan, dan di antara Divisi Pengawal itu yang paling terkenal adalah Divisi Keumala Cahya.

"Disebutkan pula bahwa perempuan Aceh telah menjabat sebagai Uleebalang (kepala pemerintahan daerah), seperti Cut Asiah, Pocut Meuligoe, dan Cut Nya’ Keureuto. Pada era Aceh berperang melawan Belanda, terdapat seorang panglima perang perempuan sekaligus alim ulama yang lahir di Lam Diran pada tahun 1856 bernama Tengku Fakinah. Tradisi panglima perempuan di medan perang mewarisi ke generasi Tjut Nyak Dhien, Pocut Baren, Cut Meutia, Pocut Biheu, dan Cutpo Fatimah.

"Kita juga tidak bisa melupakan tentang kehebatan perempuan Aceh lainnya yang jarang disebut-sebut dalam sejarah Aceh, seperti Darwati Putroe Jeumpa yang merupakan penakluk Kerajaan Jawa-Hindu Majapahit, kemudian sejarah kegemilangan Putroe Jeumpa lainnya seperti Dewi Manyang Seuludongau ada yang menyebutnya dengan sebutan Dewi Ratna Keumala yang akhirnya menjadi Maha Ratu Islam Pertama di Nusantara." Begitu.

Menurut penulis-penulis sejarah di Aceh, sejarah kegemilangan dan peranan perempuan tidak dapat dinafikan. Tetapi sayangnya, sering kalah pamor dengan hegemoni kekuasaan lelaki, sehingga diyakini oleh sebahagian peneliti dan pengkaji, untuk melenyapkan Puteri Betung, maka dibuatlah sebuah paradoks tentang kecacatan tubuh Puteri Betung sebagai pemicu penghancuran asketisme.

Politik perempuan Aceh di tengah konflik bersenjata dan kekerasan negara adalah sering dengan menggunakan 'lheuk jago meulet'. Lheuk adalah sejenis burung yang menggunakan kecerdikan dan daya pikatnya untuk menghadapi musuh. Hal yang acapkali tidak serta-merta merupakan kepentingan perempuan untuk menonjolkan kekuasaannya. Gaya politik yang melekat pada perempuan Aceh ini tidak jarang menimbulkan ketegangan dengan 'subyektivitas politik feminisme' yang sedang menggeliat di Aceh.

Hikayat Puteri Betung sebagai representasi kompromi antara kekuasaan perempuan dalam hegemoni kekuasaan lelaki terinstitusi dalam sistem sosial Aceh hingga kini. Tampilnya pemimpin perempuan Aceh di medan perang masa lalu pada dasarnya adalah melanjutkan posisi perjuangan suaminya yang telah gugur. Perempuan itu tampil setelah menjanda. Contohnya adalah institusi Inong Balee tadi.

Ratu Nihrasiah, Ratu Safiatuddin, PanglimaKeumalahayati, Tjut Nyak Dien, dan lainnya tampil di garis depan menggantikan kepemimpinan dan perjuangan suami masing-masing. Kekuasaan perempuan itu ada di dalam hegemoni kekuasaan yang beridentiti Aceh. Identiti ini sendiri merupakan dialektika dari perkawinan dan persaingan tradisi “indigenous” dengan Islam hingga disebut Islamnya orang Aceh berbeda dengan gerakan politik Islam.

Dalam pandangan “Islamnya orang Aceh”, sistem nilai ini membebaskan perempuan. Tetapi hegemoni yang berlapis-lapis ini mengenyahkan perempuan Aceh ke kesunyian yang terdalam. Pemimpin perempuan masa lalu seperti Keumalahayati, Teungku Fakinah, Tjut Nyak Dhien dibuang ke wilayah mitos (seperti nasib Puteri Betung), diagungkan, dipuja, tetapi kehilangan entitas politiknya. Hal ini senada dengan rintihan Tuan Putri Kusuma Dewi, dalam karya Amir Hamzah, Sultan Alauddin Riayat Syah: “… Mak, beginilah rupanya menjadi permaisuri itu, dijunjung tinggi ditayang-tayang, dirum-rum, dipujapuja, tetapi semuanya hampa belaka, aku sendiri kesunyian…” (hal 72)

Itulah sekelumit hikayat putri Betung yang dituliskan oleh saudara Hamdhani dikutip dari Modus Aceh. Semoga menjadi bahan sejarah dan bahan bacaan untuk generasi Aceh baik sekarang mahupun masa mendatang sehingga sejarah Aceh tidak punah ditelan zaman. Yang penting sekali , dari bumi Aceh sepanjang abad telah lahir ramai wanita-wanita perkasa,Ratu-ratu yang memerintah kerajaan Aceh Darussalam.

Laksamana hebat
memimpin armada laut wanita. Pendekar-pendekar zaman raja hingga zaman merdeka. Dalam sejarah dunia sekalipun sukar ditemui perbandingannya. Apa lagi bila pemangkinnya adalah ruh Islam, ruh Fatimah puteri Rasulullah, ruh isteri beliau Aisyah, Ummu Salamah, dan mujahidah-mujahidah. Yang salah satunya srikandi hebat itu, adalah Puteri Betung.

Itulah sebenarnya contoh Hari Ibu di Nusantara khususnya, dan bagi masyarakat dunia umumnya.

Wallahu'alam bis showab!
Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

KL 11 Mei 11.

Lihat keseluruhan catatan perjalanan ini..
E-Buku IH-39: Catatan Perjalanan Medan-Banda Aceh

E-Buku IH-39: Catatan Perjalanan Medan-Banda Aceh

Lagi Drama Blog Pro UMNO, Khairy Persoal..

NONE
KL 11 Mei 11: Lagi drama blog pro UMNO.. Ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin mempersoalkan tindakan seorang penulis blog yang memadamkan semua posting berhubung artikel kontroversinya “konspirasi negara Kristian”.

Shamsul Yunus, yang menulis di blog Marahku, adalah antara dua penulis yang dipetik oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dalam laporannya yang menuduh DAP berkemungkinan bersekongkol dengan paderi untuk menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan dan membolehkan penganut agama itu dilantik sebagai perdana menteri.

“Sebuah blog yang 'mendedahkan' isu negara Krstian telah memadamkan entri berkenaan. Mengapa?” soal Khairy pada laman mikro-blognya di Twitter.

“Jika penulis blog itu memadamkan pautan itu kerana beliau menyedari apa yang ditulis adalah tidak benar, maka ia sudah terlambat. Kerosakan telah dilakukan. Bagaimanapun, saya menunggu hasil siasatan,” tulisnya lagi.

utusan malaysia, malaysia negara kristian, marahkuBlog Shamsul di marahku. blogspot.com didapati kosong sejak semalam. Semua posting juga didapati telah dipadamkan.

Utusan memetik postingnya yang berjudul “Agong under threat? DAP wants to make Christianity the official religion of Malaysia?” yang membidas DAP kerana cuba meminda perlembagaan persekutuan bagi membolehkan penganut agama Kristian menjadi perdana menteri.

Namun artikel berkenaan masih boleh dibaca di bebeberapa laman lain yang telah menyalinnya.

utusan malaysia, malaysia negara kristianNamun, seorang lagi penulis blog pro-Umno yang dipetik oleh Utusan - Zakhir Mohamed, yang menulis di Bigdog.com, masih menulis dan meneruskan isu berkenaan di blognya.

Utusan memetik tulisannya yang berjudul“Making Christianity the official religion?” yang mendakwa 35 paderi pada satu majlis yang dianjurkan oleh ahli parlimen DAP Jelutong mengambil ikrar untuk menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia. (IH/Malaysiakini)

Lihat sebelum ini..

Drama Blog Pro UMNO, Bigdog Tidak Bigpig?


Nyalakan api perkauaman Cina-Melayu mengikut contoh strategi 13 Mei dulu??


KL 11 Mei 11: Kini berlarutan, sendiwara sebuah blog pro-Umno yang mengecam pendedahan provokasi yang dibawa blogger “Bigdog”, yang juga pro-UMNO. Ianya bermula dengan dakwaan wujudnya konspirasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu.

Ekoran pendedahan penulis blog Bigdog itu, kuncunya Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan pada Sabtu lalu dengan tajuk “Kristian Agama Rasmi?" yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).

Laporan muka depan akbar Utusan Malaysia itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno. Blog “Bigdog” atau nama sebenar penulisnya, Zakir Mohammed menerusi entri bertajuk “Making Christianity the official religion? mendakwa paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik daripada kalangan penganut agama itu.

Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama. Blogger “Papa Gomo” menerusi entri “Negara Kristian - Tangkap Sumbat Dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Si Bigdog Ini” mengecam tindakan yang dilakukan”Bigdog” atas alasan mengeluarkan laporan berunsur fitnah dan tidak benar.

“Dalam isu gereja dan negara Kristian ini memang dari awal saya merasakan sangsi berhubung laporan yang ditulis Bigdog ini sebab dalam laporan itu tiada asas yang kukuh untuk mengatakan perjumpaan paderi itu adalah untuk membentuk jemaah yang sebulat suara menyatakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian.

“Secara logik mustahil pihak Kristian dalam Malaysia boleh berikrar secara terbuka dalam hal ini, mereka tahu kewajaran dalam nak menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian tidak dapat dilaksanakan.

“Jadi bagaimana pula Bigdog ini boleh mengeluarkan satu perkara yang tidak pasti yang mana sekarang kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi mangsa akibat dari kebodohan Bigdog ini,” katanya.

Justeru kata “Papa Gomo”, kerajaan harus peka dan memandang serius terhadap laporan palsu yang dikeluarkan blog “Bigdog” kerana ia boleh menimbulkan ketegangan antara agama. Selain itu, penulis itu juga mahu “Bigdog” ditahan di bawah ISA jika terbukti laporan yang dikeluarkan itu berunsur fitnah.

“Jika blog Bigdog terbukti menyebarkan fitnah sehingga menggugat keselamatan negara adalah satu kewajaran untuk Bigdog ditahan di bawah ISA bagi mengelakkan kekacauan dan ketenteraman awam tergugat.

“Kerajaan harus memandang serius isu yang dimomokkan blog Bigdog kerana yang menanggung beban dalam hal ini adalah kerajaan BN dan bukannya Pakatan Rakyat. Bagaimana hendak kita bela blogger yang merosakkan keharmonian kaum di Malaysia?” katanya.

Komen weblog Ibnu Hasyim: "Kenapa 'Bigdog' atau anjing besar sahaja, tidak 'bigpig' babi besarnya?" Tanya seorang pengunjung weblog Ibnu Hasyim.

"Siapa 'Bigpig' itu?"

"Utusan Malaysia! Utusan yang meng'heboh-gegar'kan masyarakat Malaysia kini. Mengapa petanggungjawabnya tidak dicadang untuk diISAkan?"

Itulah drama, sendiwara dan lakunan puak-puak BN dengan strategi barunya hadapi PRU 13..

Lihat..

Kanak-Kanak 14 Tahun Buat Bom Buku Sendiri

Bengkulu Indonesia 10 Mei 11: Seorang anak kelas VIII (kelas 3) sebuah Sekolah Menengah Pertama Negeri di Kepahyang dipanggil FY (14) ditangkap polis setelah dilaporkan membuat bom buku. "Yang melapor, bapanya sendiri, setelah ditemukan benda menyerupai bom buku di atas rumahnya," kata Kepala Bidang Humas Polda Bengkulu, AKBP Heri Wiyanto Selasa semalam.

Atas laporan itu, Polres Kepahyang mengamankan FY dan melakukan interogasi. Selain di Polres, FY juga dibawa ke Markas Polda Bengkulu. "Pak Kapolda juga ikut melakukan interogasi tadi. Berdasarkan pengakuan sementara, dia (FY) hanya iseng merakit benda itu," kata Hery.

Kemudahan itu, lanjut Hery, muncul setelah FY membaca buku yang dia curi dari sebuah perpustakaan Sekolah Dasar (SD) di dekat rumahnya. Buku itu, berjudul Mengungkap Berita Besar dalam Kitab Suci. "Setelah membaca buku itu, FY mengaku pening. Kemudian mengambil pisau dan melubangi buku dan dibuat menyerupai bom," kata dia.

Namun demikian, setelah polis melakukan pemeriksaan terhadap buku yang dirakit menyerupai bom itu, tidak ditemui adanya detonator dan bahan peledak. "Buku yang dia lubangi itu dimasukin rangkaian yang berasal dari stick PlayStation," kata Hery.

Namun demikian, lanjut Hery, polis tak percaya begitu saja dengan alasan nudah FY itu. Pihak polis, kata dia, akan terus menyelidiki latar belakang FY yang sebenarnya. "Kalau memang benda itu ditujukan untuk menimbulkan keresahan masyarakat, bisa kita jerat dia," kata dia.

FY yang masih berusia 14 tahun itu terancam dijerat dengan UU Terorisme jika terbukti ingin melakukan teror dengan bom buku yang dia rakit itu. Namun, tuduhan itu masih perlu pembuktian. Sementara, polis menjerat FY dengan pasal pencurian buku yang dia baca. "Sekarang kita kembalikan ke Polres Kepahyang. Penyelidikan akan kita lanjutkan," kata Hery. (IH)

Lihat sebelum ini...

Tuesday, May 10, 2011

Utusan, Juara Akhbar Lucah, Tiba-tiba... -N/Aziz

(Gambar: Laporan muka depan Utusan yang menyiarkan bantahan pandi kutty yang tidakpun ditujukan kepada Najib tetapi tindakan pihak yang tidak betul)
(Gambar kanan: Utusan disifatkan akhbar lucah apabila menyiarkan gambar-gambar dari klip video Trio Umno yang mendakwa Anwar adalah pelakunya)

KL 10 Mei 11: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoal, bagaimana Utusan, sebuah akhbar yang menjadi juara penyebaran kelucahan kepada masyarakat kini mahu menjuarai adab sopan.

Beliau juga melahirkan rasa hairan dengan sikap akhbar Umno, Utusan Malaysia yang melaporkan kecaman terhadap Datuk Seri Anwar ekoran dakwaan menggelar Perdana Menteri sebagai 'Pandi kutty'.

"Saya terbaca tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, "Anwar Dikecam," kononnya kerana guna kata-kata kesat serang Perdana Menteri.

"Hairan saya, akhbar yang menyebarkan segala bentuk kelucahan dalam masyarakat hari ini menjadi juara adab sopan?"katanya di Facebook.

Utusan di muka depannya hari ini meletakkan tajuk 'Anwar dikecam' dengan membawa beberapa pandangan individu membidas sikap Anwar yang didakwa menggelar Datuk Seri Najib dengan gelaran Pandi Kutty. Antara lain, akhbar Umno itu mengambil pandangan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Bekas Ketua AMK yang menyertai Umno, senator Ezam Mohd Noor.

Najib ketika mengulas laporan itu pula berkata, beliau tetap tidur lena (jenera) walaupun dituduh dengan perkataan itu. Mengulas lanjut, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, gesaan MCA agar Utusan dipulaukan, sangat tepat.

"Tepat sungguh gesaan MCA agar Utusan Malaysia dipulaukan,"tulisnya lagi.

Sebelum ini, Utusan juga dikecam banyak pihak ekoran tindakan keterlaluan akhbar itu menyiarkan di muka depan laporan serta gambar berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar yang juga Ketua Umum PKR. Turut dikecam dan dilebelkan sebagai media lucah adalah TV3.

Dalam pada itu, Anwar hari ini menyifatkan serangan terbaru isu Pandi Kutty terhadapnya itu adalah fitnah terbaru Umno BN. Menurut laporan TV Selangor yang merakam penuh ceramah Anwar di Klang, Sabtu lalu itu, ketua pembangkang itu tidak langsung menghemburkan perkataan itu terhadap Najib.

Berikut adalah petikan ucapan Anwar yang dimaksudkan di Dewan Hamzah Klang itu apabila perkataan pandi kutty disebut:

"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul pandi kutty."

Pada ceramah itu juga, Anwar berkata perkataan pandi kutty mungkin dianggap kasar namun mengingatkan hadirin di ceramah bahawa tidak ada dalam mana-mana budaya di dunia ini menggunakan taktik-taktik kotor seperti video lucah untuk menjatuhkan pemimpin politik.

"Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu, Arab, adakah anda lawan politik begitu kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada,” katanya dalam ceramah itu. (IH)

Guru Rogol Murid, UMNO Yang Salah?


KUANTAN 10 Mei 11: myMetro mendedahkan kisah seorang guru lelaki merogol muridnya hari ini.. Adakah perkara ini berlaku kerana dasar pincang pentadbiran BN didalangi UMNO, yang menolak cara hidup Islam dalam kehidupan diri, masyarakat dan negara?

Lihat kisah yang dipaparkan oleh akhbar tersebut..

"Mungkin kerana kesunyian akibat berjauhan dengan isteri, seorang guru gagal mengawal nafsunya lalu merogol pelajarnya sendiri berusia 15 tahun selepas mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mengulang kaji pelajaran. Kejadian berlaku di rumah guru berusia 33 tahun itu iaitu di kuarters sebuah sekolah menengah di Jerantut pada kira-kira jam 3.30 petang, Khamis lalu.

"Menurut sumber, sebelum kejadian guru terbabit dikatakan menghubungi ibu mangsa dan mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mahu membantunya belajar dan tawaran itu diterima baik ibu mangsa tanpa sebarang prasangka. Katanya, mangsa pergi ke rumah gurunya itu yang terletak tidak jauh dari rumahnya dengan ditemani rakan, namun rakannya terus pulang selepas menghantarnya.

“Pada mulanya guru itu mengajar mangsa tugasan sekolah, namun dipercayai gagal mengawal nafsunya dan terus memeluk mangsa dari belakang sebelum merogolnya.'

Begitu ceritanya. Mengapa dikaitkan dengan UMNO/BN?

Pertama: Kerana dasar kerajaan Malaysia gagal menekankan pembelajaran Islam mementingkan moral dan agama, yang sepaturnya perlu didahulukan. Tidak ada pentarbiahan di kalangan guru.

Kedua: Media kerajaan dan yang di bawah naungan kerajaan seperti akhbar, tv dan lain-lain berterusan menyuburkan dasar anti Islam seperti pergaulan bebas lelaki perempuan tanpa batas dan hijab. Bahkan pemimpin-pemimpin kerajaan UMNO/BN pun tidak menunjukkan contoh yang baik.

Ketiga: Difahamkan BN menggunakan jentera kerajaan seperti polis dan pemimpin UMNO menaungi kegiatan penyebaran video-video lucah. Dan banyak lagi..

Jelasnya secara tidak langsung, memang UMNO terlibat dalam kepincangan masyarakat seperti rogol dan lain-lain. (IH)

Kesian, Nasib Agama UMNO, JAKIM Pun Tiada Kuasa


PUTRAJAYA, 10 Mei 11: Kesian nasib Agama Islam di bawah parti UMNO, parti kebangsaan Asobiah yang meletakkan agama di bawah telunjuk kaki politik pemimpin mereka. Kata seorang imam di sebuah masjid di sini, pagi ini. "Inilah buktinya.. Masalah Islam-Kristian pun JAKIM (Jabatan Kemajuan Islasm) tidak kuasa ambil tahu. Bagaimana Islam nak maju, walaupun nama jabatan kemajuan?"

Hal ini dirujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom Isnin semalam menjelaskan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat dakwaan usaha pihak tertentu menjadikan Kristian agama rasmi negara.

Sebaliknya beliau dipetik Bernama berkata perkara itu, yang melibatkan agama bukan Islam serta keselamatan negara, diuruskan oleh pihak berkuasa keselamatan termasuk polis.

“(Peranan) Jakim hanya untuk (menjaga urusan) agama Islam. Jakim tidak menjaga agama bukan Islam. Kalau berkaitan dengan hendak tukar agama, (itu tanggungjawab) pihak keselamatan.

“Jakim tiada hak untuk marah dan sebagainya... kerja-kerja untuk siasat (perkara ini) dan sebagainya... (biar) polis yang buat siasatan,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat 10 pensyarah dari Universiti Al-Azhar yang akan berkhidmat di Malaysia, di pejabatnya di sini hari ini.

Akhbar baru-baru ini melaporkan majlis pertemuan tertutup 100 paderi seluruh negara di Pulau Pinang dan antara lain dikatakan merangkumi ikrar menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan.

Sementara itu, Jamil Khir berkata beliau masih meneliti nama-nama calon yang akan menggantikan Allahyarham Datuk Ilani Isahak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Antara Agama Kebangsaan.

“Ada beberapa nama yang boleh diketengahkan tetapi kita hendak mereka yang dapat memahami tugas sebagaimana Datuk Ilani lakukan kerana (jawatankuasa ini) terdiri daripada pelbagai bangsa dan anutan agama.

“Kalau tersilap pilih, kita bimbang akan wujud sensitiviti. Kita akan teliti dan buat keputusan nanti,” katanya. Ilani meninggal dunia pada Februari lalu kerana menghidap kanser payu dara.

Kata imam itu lagi,

"Kesian! Nasib agama Islam di Malaysia. Islam dipersempitkan kuasa dan peranannya. Walau timbul masalah Islam-Kristian, pun masih tiada kena mengena dengan agama Islam? Rumah sedang terbakar, baru nak lantik ketua jawatan kuasa pemadam api? Ulamanya jadi ulama haid dan nifas sahaja.

"Buang sampah di jalan didenda ribuan ringgit, berzina tak salah kalau suka sama suka!. Mahkamah sivil masih di atas kuasa mahkamah syariah.

"Wahai UMNO tulang belakang politik Malaysia, kembalilah kepada Islam seperti di zaman Rasulullah SAW. Kamu bertanggung jawab ke atas ketempangan agama Islam di negara ini.." (IH)

Bertudung: Noorkhiriah Lebih Baik Dari Pemimpin & Isteri...

HALAMAN HIBURAN
IBU bahagia. Noorkhiriah di samping anak sulungnya, Muhammad Hudhaifah yang kini berusia setahun.

KL 10 Mei 11: Walaupun pelakon serba boleh iaitu Noorkhiriah Ahmad Shapie masih belum bertudung sepenuhnya, namun ia lebih baik dari setengah-setengah pemimpin wanita atau isteri pemimpin UMNO yang tidak bertudung langsung, atau kadang-kadang bertudung di majlis tertentu sahaja.

Ketika majlis penyampaian hadiah untuk pemenang Anugerah Bintang Popular (ABP 2010) baru-baru ini, semua mata tertumpu kepadanya. Dia hadir bersama anak sulungnya, Muhammad Hudhaifah, satu tahun, pada majlis berkenaan. Penampilan pelakon berkenaan dilihat agak berbeza berbanding sebelum ini apabila memakai penutup kepala, lantas menimbulkan tanda tanya terhadap perubahan tersebut.

Ketika ditemui selepas acara tersebut berakhir, pelakon berusia 35 tahun itu memberi penjelasan bahawa ketika ini dia sedang dalam proses untuk mengikut jejak langkah beberapa artis sebelum ini.

“Buat masa ini saya belum lagi bertudung sepenuhnya. Cuma apa yang boleh saya katakan memang saya sedang berusaha ke arah itu secara perlahan-lahan.

“Sekarang kalau keluar ke mana-mana sekalipun saya akan cuba untuk menutup kepala. Sekiranya singgah di mana-mana kedai tudung, saya akan beli satu atau dua helai tudung,” jelasnya.

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, dapat dilihat sudah ramai artis wanita di negara ini yang melakukan penghijrahan dari segi penampilan terutamanya dengan memakai tudung. Antara artis yang kini dilihat tampil dengan imej bertudung seperti Wardina, Anne Ngasri, Catriona Ross dan ramai lagi, manakala yang terbaru sekali adalah pelakon Irma Hasmie.

Namun begitu, pelakon berkenaan menegaskan ketika ini dia akan tetap menerima sebarang tawaran berlakon, meskipun watak yang harus dibawanya itu memerlukan dia tidak bertudung atau menutup kepala. Ujarnya, dia tidak mahu orang ramai terutama peminatnya salah anggap dan menyangka dia sudahpun bertudung. Tegasnya, memang niatnya mahu bertudung, tetapi dia akan melakukan perubahan tersebut sedikit demi sedikit.

“Mungkin apa yang saya nyatakan ini mendapat kritikan ramai pihak. Namun saya sendiri tak kisah, asalkan apa yang mereka kritik itu membawa kebaikan kepada diri saya.

“Sekiranya saya sudah bersedia untuk bertudung, maka segala penampilan saya akan turut berubah, termasuklah dengan cara pemakaian saya,” ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya apakah yang membuat dia secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk berubah, dia menjelaskan ianya adalah disebabkan kesedaran dirinya sendiri. Ujarnya, biarpun sebelum ini dia pernah menunaikan umrah pada tahun 2009, namun ketika itu pintu hatinya belum terbuka lagi untuk dia bertudung.

“Lama-kelamaan mula timbul kesedaran dalam diri, terutamanya selepas dikurniakan anak kedua. Hati saya tertanya-tanya, kenapa saya tidak melaksanakan perintah Allah, sedangkan saya dikurniakan rezeki yang banyak selama ini.

“Maka, sebab itulah saya ambil keputusan sebegini. Kini apa yang saya harapkan adalah sokongan daripada semua pihak agar saya dapat melakukan perubahan,” ujarnya.

Menurutnya, antara individu yang paling gembira dengan keputusannya itu adalah suaminya sendiri iaitu Azfaidzul Antan kerana suaminya itu memang sudah lama inginkan dia bertudung. Tidak dinafikan bahawa ramai yang beranggapan apabila seseorang artis wanita itu bertudung, maka tawaran berlakon yang akan diterima semakin berkurangan.

Menurut Noorkhiriah, meskipun perkara tersebut akan dilaluinya sewaktu dia sudah bertudung nanti, dia menganggap itu adalah sebahagian daripada ujian Allah.

“Memang ada yang berkata rezeki saya akan berkurangan setelah bertudung. Namun saya percaya segala rezeki akan ditentukan oleh Allah, jadi saya tidak perlu takut tentang perkara tersebut.

“Walaupun selepas ini rezeki saya sudah tiada lagi dalam bidang lakonan, mungkin saya akan memperoleh rezeki melalui bidang yang lain pula. Paling penting, saya perlu kuat untuk menghadapi segala ujian yang diberikan,” ujarnya.

Menurutnya, dia sendiri tidak berasa terlalu risau dengan keadaan tersebut kerana sudah ada stesen televisyen seperti TV9 dan TV AlHijrah yang memberi peluang kepada artis wanita bertudung.

Pada masa sama, dia sendiri turut kagum dengan beberapa artis wanita seperti Irma Hasmie yang mengambil keputusan untuk bertudung pada usia yang muda.

Komen weblog Ibnu Hasyim: Syabas, tahniah dan al-hamdulillah! Se moga pemimpin wanita atau isteri pemimpin kita pun begitu, sekurang-kurangnya. (IH)

B/Dompok: Lagi Bukti UMNO Tidak Perjuangkan Islam.


KL 10 Mei 11 : Lagi bukti UMNO tidak perjuangkan Islam. Kerana UMNO adalah parti kebangsaan asobiyah bukan parti Islam. UMNO dan Parti Perikatan terlibat dalam menggubal Perlembagaan Persekutuan sejak merdeka. Maka kerana itulah Perlembagaan Persekutuan tidak menuntut atau memperuntukkan perdana menteri mesti beragama Islam, walaupun ada kuasa memindanya sehingga sekarang.

Hal ini disahkan apabila Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok berkata, tidak menjadi masalah jika perdana menteri Malaysia itu seorang beragama Kristian.

Dalam satu kenyataan lewat petang semalam, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) itu menegaskan Perlembagaan Persekutuan tidak menuntut hanya perdana menteri yang beragama Islam yang boleh menerajui kerajaan.

“Bagi persoalan seorang perdana menteri Kristian, apa masalahnya, saya tidak nampak.

“Lagipun Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan soal agama dalam soal melantik perdana menteri, satu-satunya syarat adalah mendapat sokongan dalam Parlimen.

“Jika orang Iban, Bidayuh, Kadazan, Murut, Kelabit, Cina atau India yang memenuhi peruntukan Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan, dia boleh menjadi perdana menteri negara ini,” kata Dompok.

Tambah beliau, kedudukan Islam sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia telah diterima semua pihak.

“Semua orang bukan Islam menerima Islam dalam Perlembagaan dan di Malaysia kita bebas untuk mengamalkan agama masing-masing,” katanya. (IH)

Monday, May 09, 2011

Pusat Sukan Tanpa Pakaian, Pendekatan Baru Bisnes


Madrid Mei 11: Pusat sukan tanpa pakaian, merupakan pendekatan baru dalam bisnes. Demi menarik minat pelanggan, sebuah pusat segarbugar di Sepanyol membuat idea berbeda. Di kota Arrigorriaga, 'Easy Gym' membuka pusat segarbugar, yang mewajibkan semua pengunjungnya bersukan tanpa sehelai benang pun di tubuh.

Idea gila ini muncul setelah jumlah pengunjung pusat segarbugarnya berkurang akibat resesi. Pemilik, Merche Laseca, terpaksa memerah otak untuk memulih keadaan. Terinspirasi dari kolam renang tempatan yang populer, menyebabkan ia pun menawarkan konsep serupa.

"Saya berpendapat semua berkesempatan yang sama seperti yang dilakukan atlet zaman Yunani kuno," ucapnya seperti dikutip dari BBC.

Tradisi nudis dalam sukan didasarkan pada 'Olimpiade' di Yunani, 3,000 tahun silam. Diyakini, masa itu setiap orang yang ikut serta tidak mengenakan pakaian berdasar bukti tertulis dan artefak kuno Yunani. Meski begitu, ia menegaskan konsep itu semata-mata untuk tujuan ekonomi.

Pusat sukan tanpa pakaian, kini sedang marak. Di New York, kelas yoga tanpa pakaian juga tengah populer. Kelas yoga ini diikuti oleh wanita, lelaki, bahkan kanak-kanak. Namun, banyak pula yang memilih melakukan yoga tanpa pakaian di rumah masing-masing.

Banyak alasan mengapa seseorang melakukan latihan yoga dalam keadaan tanpa pakaian. Salah satunya, kerana memberikan pengalaman berbeda. "Hasilnya memang tidak selalu lebih baik jika dibandingan dengan berpakaian lengkap. Namun, banyak orang lebih menikmati kebebasan yang lebih besar dalam keadaan tanpa pakaian," kata Aaron Star, yang pertama kali memperkenalkan 'naked yoga'. (IH)

Esok Gula Pula Naik 20 Sen 1 Kg

PENGGUNA

KL, 9 Mei 11:
Bemula esok, rakyat Malaysia terpaksa membeli gula dengan harga RM2.30 sekilogram iaitu peningkatan sebanyak 20 sen berbanding harga sekarang RM2.10.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom yang berkata kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.

Kenaikan itu berlaku selepas lima hari rakyat negara ini dikejutkan dengan kenaikan 20 sen harga petrol RON 97 yang kini dijual dengan harga baru RM2.90 seliter

Jelas Mohd Zain, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Sebelum ini banyak pihak menyelar tindakan kerajaan dalam usaha mereka 'menyelaraskan subsidi' beberapa barangan keperluan rakyat selaku pengguna.

Kenaikan harga gula ini, turut dibimbangi akan memberi kesan kepada kepada harga makanan dan minuman pula.

Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).

Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram. (IH)

Wanted Osama USD50J,Selesai. Yang Ini Bila Lagi?

CATATAN PERJALANAN: Medan-Banda Aceh 11

SESEORANG saya temui di lobi sebuah hotel di Bandar Aceh, berkata, "Osama, wanted dead or alive. Reward USD50 juta .. Semuanya selesai sekarang. Cuma yang ini belum lagi.."

Beberapa orang di situ terkejut, "Siapa?"

"Bunuhnya, dapat pahala dan dapat duit! Cuma kurang sikit USD 1 juta... Kalau berani, bunuh orang ini.."

"Siapa??"

"Dia adalah novelis Salman Rushdie yang terkenal dengan bukunya berjudul "Ayat-Ayat Setan" atau dalam bahasa Inggeris "The Satanic Verses". Dia cabut lari ke England setelah bukunya banyak timbulkan kemarahan umat Islam.. hina Islam! Hina Nabi Muhammad!!" jawab orang itu.

Teringat, Februari 1989. Ayatullah Khomeini menjatuhkan hukuman mati pada pengkhianat Salman Rushdie. Novel Salman, Ayat-Ayat Setan, dinilai Khomeini menghina Islam. Seorang pengusaha Iran kemudian menyediakan sejumlah hadiah bagi mereka yang dapat membunuh novelis asal India itu.

The Satanic Verses adalah novel ke-empat karya Salman Rushdie. Yang pertama diterbitkan pada tahun 1988. Sebahagian dari kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang diputarbelitkan dengan niat jahat. Novel ini, menggambarkan tokoh utama, bernama Mahound (merujuk pada Nabi Muhammad) diceritakan secara kilas balik paralel dengan dua tokoh utama lainnya Gibreel Farishta dan Saladin Chamcha.

Di Great Britain, novel ini menjadi finalis Booker Prize tahun 1988, walaupun dikalahkan oleh Oscar and Lucinda karya Peter Carey yang menang Whitbread Award 1988 untuk novel terbaik tahun itu.

Namun bagi masyarakat Muslim, novel ini menghasilkan kontroversi yang luar biasa. Sebuah fatwa yang dikeluarkan terhadap penulis oleh pemimpin spiritual Iran, Ayatollah Khomeini. Hadiah 1 juta dollar telah diajukan kepada siapa saja yang membunuh Rushdie dan 3 juta dollar jika pembunuhnya adalah warga Iran.

Negara-negara lain segera ikut dalam kehebohan ini. Venezuela melarang buku tersebut dan mengancam 15 bulan penjara kepada siapapun yang membacanya. Sementara di Jepun, seorang penterjemah yang terlibat dengan buku tersebut ditikam sampai mati. Buku ini tidak boleh beredar di India, dan banyak yang dibakar pada demonstrasi di Britain. Novel ini juga menimbulkan kerusuhan di Pakistan pada tahun 1989.

Saya ingat, waktu itu saya pernah dipanggil berceramah di Yala, Thailand. Berceramah diperkarangan sebuah surau mewakili majalah Al-Ummah' yang saya pimpin waktu itu, sambil memegang senjata M16 plastik sebagai simbul kewajipan membunuh Salman Rushdie tersebut. Selepas itu diadakan perarakan dan berceramah di atas jeep pula, mengelilingi bandar Yala. Besoknya saya diberi tahu, terpapar gambar saya yang sedang berceramah di tv Thailand bahagian selatan. Ceramah-ceramah anti hina Nabi diadakan serentak di banyak negara di dunia, termasuk Malaysia.

Saya masih ingat, saya berceramah menekankan bahawa dalam Islam mesti ada orang yang membela kebenaran sewaktu Allah dan Rasulnya dihina. Maruah agamanya dicabar. Umat Islam tidak dayus. Apabila melihat suatu mungkar, apalagi dalam membela maruah Islam, hendaklah merubah 'dengan tangan' atau kekuasaan. Kalau tak boleh juga, perlu 'dengan mulut', dakwah, demontrasi dan lain-lain. Tak boleh juga, tanda teruk sangat, baru 'dengan hati', itupun termasuk dalam golongan yang paling 'lemah iman'nya.

Berkait mengenai maruah dan penghinaan ke atas Islam..

Sejarah mencatatkan kisah seorang Muslimah dari keturunan Bani Hashim.. Dia sedang berbelanja di sebuah pasar di kawasan negeri di bawah kekuasaan Romawi, di utara benua Asia, Yakni tepatnya di kota Ammuriah, kawasan Turki hari ini. Semasa sedang berjalan, Muslimah itu diganggu oleh seorang lelaki Romawi dengan menyentuh hujung tudung atau jilbabnya hingga dia secara spontan menjerit, "Wa Mu'tashamah....!" Ertinya, "Dimana kau Mu'tasim...Tolonglah Aku"

Siapa Mu'tasim? Dia adalah khalifah al-Mu'tasim, khalifah Bani Abbasiyah (833-842 Masehi). Tercatat dalam kitab 'al-Kamil fi al-Tarikh' karya Ibn Al-Athir. Peristiwa bersejarah tersebut terjadi pada tahun 223 Hijriyyah, dalam judul 'Penaklukan kota Ammuriah'. Ketika itu, al-Mu'tasim, khalifah di masa Bani Abbasiyah, sedang memegang gelas untuk minum. Bila didengarnya seorang wanita Muslim dilecehkan oleh tentara Romawi, Khalifah pun langsung berseru kepada panglima perangnya agar bersiap menuju Ammuriah, tempat dimana muslimah tersebut berteriak meminta tolong.

Puluhan ribu tentera dari gerbang ibukota di Baghdad hingga ujungnya mencapai kota Ammuriah, bergerak membela maruah muslimah ini. Berlaku pada April, 833 Masehi dari Baghdad menuju Ammuriah. Kota Ammuriah dikepung oleh tentera Muslim selama kurang lebih lima bulan hingga akhirnya takluk di tangan Khalifah al-Mu'tasim pada 13 Ogos 833 Masehi, sebagai pembebasan Ammuriah dari jajahan Romawi. Hanya bermula dari seorang Muslimah yang dilecehkan maruahnya!

Pada zaman Nabi Muhammad SAW pun ada kisah begitu!

Ada seorang tukang emas Yahudi Bani Qainuqa, dengan diam-diam dia ikat tepi baju seorang muslimah sehingga bila bangun menyebabkan tubuh muslimah itu tersingkap nampak aurat. Ertinya dia cuba menjatuhkan maruah seorang wanita Islam. Menganiaya kehormatan seorang Muslimah, bererti juga menghina agama Islam.

Waktu itu seorang lelaki Muslim kebetulan berada di sana. Demi mempertahankan maruah Islam dia membunuh orang Yahudi itu. Orang-orang Yahudi pun angkat geng, membalas dengan membunuh orang Muslim itu. Keluarga Muslim itu pun memanggil kaum Muslimin untuk membantu dan Nabi SAW., mengirimkan pasukan melawan mereka dan setelah 15 hari pengepungan seluruh suku Bani Qainuqa diusir dari Madinah. Subhanallah!

Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul-Aziz pula...

Beliau pernah mengirim surat kepada tahanan perang Muslim di Konstantinopel. Beliau mengatakan kepada mereka...

"Kamu menganggap dirimu sebagai tahanan perang. Padahal kamu bukan tahanan perang. Kamu terkunci di jalan Allah. Aku ingin kamu tahu bahawa setiap kali aku memberikan sesuatu kepada kaum Muslim, aku memberi lebih banyak untuk keluarga kamu... dan aku mengirimkan sekitar 5 dinar untuk setiap salah satu dari kamu...

.. dan seandainya bukan kerana aku takut bahawa diktator Romawi akan mengambilnya dari kamu, aku akan kirim lebih. Aku juga telah mengirim banyak untuk menjamin pembebasan setiap salah satu dari kamu tanpa memikirkan berapa biayanya. Jadi gembiralah! Assalamu Alaikum. "

Pernah terjadi di India sebelum tercetus pergaduhan umat Islam berpisah dari India menjadi Pakistan. Seorang anak muda dari Pesyawar dari utara, menyeludup masuk ke mahkamah India di selatan. Membunuh penghina Nabi depan hakim dalam mahkamah dengan pisau belatinya, cuma dengan sekali rembat sahaja.. Mangsa itu terbongkang jatuh. Tetapi dia tidak lari.

Dia menyerah diri sambil berkata, 'Inilah hukuman kepada orang yang menghina Nabi orang Islam terang-terangan (mencabar Islam dalam mahkamah bukan Islam dengan hujah liarnya), hujah-hujah ilmiah sudah tidak berguna lagi.. Nah, hukumlah!" Akhirnya beliau itu dihukum mati secara bersembunyi.

Tetapi mayitnya dicuri oleh orang Islam, diarak, dan dijulang sebagai 'As-syahid', akhirnya ditanam di perkuburan Islam. Menyebabkan bertambah bencinya orang Islam kepada penjajah Inggeris di India waktu itu. Saya telah tuliskan cerita ini agak panjang dalam blog ini, tetapi saya tak ingat lagi bila dan nama tajuknya...

Begitu juga dengan kes hina Nabi oleh Salman Rushdie ini. Menghina kepercayaan Allah dan Rasul orang Islam, suatu jenayah besar yang perlu dihindari kalau ingin wujudkan toleransi beragama, walaupun di dalam negara bukan Islam sekalipun. Ini bukan fanatik atau ekstrem. Itu jugalah yang dilakukan oleh AS kepada yang dianggap penghina negaranya walaupun penghina itu berada di luar AS, bahkan bukan rakyatnya. Osama Laden contohnya.. Beberapa warga Malaysia yang ditahan di Guatanamo, tanpa dibuktikan di mahkamah. Yang sudah dilebelkan pengganas, walaupun sebenarnya penentang itu bukan pengganas.

Ramai Muslimah yang dilecehkan kehormatannya oleh golongan mustakbirin, seperti yang berlaku di Afghanistan. Berapa banyak Muslimah yang berteriak meminta tolong dari kezoliman yang dideritanya? Berapa banyak kaum mustad'afin dan Muslimin yang ditawan pemerintahan ganas mustakbirin dan murtad? Bukankah sudah terdengar teriakan mereka dari celah-celah penjara di Guantanamo (Cuba), Abu Gharib (Irak), Bagram (Afghanistan), Gaza (Palestin) Nusa Kambangan (Indonesia), dan penjara-penjara AS, UK, bahkan di seluruh dunia?

Bukankah saudari Muslimah kita Afia Siddiqui sudah berteriak meminta pertolongan dari penjara pemerintahan Pakistan? Juga saudara Muslimah kita, Putri Munawaroh berteriak meminta pertolongan dari kezoliman penjara Mako Brimob? Dan ramai lagi golongan-golongan mustad'afin tertindas yang bukan dari golongan Islam saja, pun wajib dibela juga? Dan Salman Rushdie masih belum dihukum lagi.. masih berhutang darah lagi.

Oh, agak panjang dan berlarut-larut.. Akhirnya mari kita renungkan wasiat-wasiat ini.

  • Rasulullah SAW., bersabda, "Berikanlah makan pada seseorang yang merasa lapar, kunjungilah seseorang yang sakit dan bebaskanlah seseorang yang ditawan."
  • Beliau SAW., juga bersabda, "Adalah sebuah kewajiban bagi Muslim dari harta mereka untuk membebaskan orang-orang yang berada dalam tahanan dan membayar tebusan."
  • Syekhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata, "Jika mereka menahan seorang Muslim, adalah sebuah kewajiban kita untuk tetap memerangi mereka sampai mereka membebaskannya atau mereka di musnahkan,"
  • dan dia juga berkata, "Membebaskan Muslim dari tahanan adalah salah satu kewajiban yang besar dan membelanjakan kekayaan untuk membebaskan mereka adalah salah satu bentuk mendekatkan diri kepada Allah yang paling baik."
  • Sahabat Umar Ibnu Khattab RA berkata, "Bagiku membebaskan seorang Muslim yang berada ditangan Musyirikin lebih aku sukai daripada seluruh Jazirah Arab." (Shahih Shahabi Jilid. 3).

Wallahu'alam bis showab!

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

KL 9 Mei 11.

Lihat keseluruhan catatan perjalanan ini..
E-Buku IH-39: Catatan Perjalanan Medan-Banda Aceh

E-Buku IH-39: Catatan Perjalanan Medan-Banda Aceh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails