Tuesday, May 10, 2011

Kesian, Nasib Agama UMNO, JAKIM Pun Tiada Kuasa


PUTRAJAYA, 10 Mei 11: Kesian nasib Agama Islam di bawah parti UMNO, parti kebangsaan Asobiah yang meletakkan agama di bawah telunjuk kaki politik pemimpin mereka. Kata seorang imam di sebuah masjid di sini, pagi ini. "Inilah buktinya.. Masalah Islam-Kristian pun JAKIM (Jabatan Kemajuan Islasm) tidak kuasa ambil tahu. Bagaimana Islam nak maju, walaupun nama jabatan kemajuan?"

Hal ini dirujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom Isnin semalam menjelaskan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat dakwaan usaha pihak tertentu menjadikan Kristian agama rasmi negara.

Sebaliknya beliau dipetik Bernama berkata perkara itu, yang melibatkan agama bukan Islam serta keselamatan negara, diuruskan oleh pihak berkuasa keselamatan termasuk polis.

“(Peranan) Jakim hanya untuk (menjaga urusan) agama Islam. Jakim tidak menjaga agama bukan Islam. Kalau berkaitan dengan hendak tukar agama, (itu tanggungjawab) pihak keselamatan.

“Jakim tiada hak untuk marah dan sebagainya... kerja-kerja untuk siasat (perkara ini) dan sebagainya... (biar) polis yang buat siasatan,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat 10 pensyarah dari Universiti Al-Azhar yang akan berkhidmat di Malaysia, di pejabatnya di sini hari ini.

Akhbar baru-baru ini melaporkan majlis pertemuan tertutup 100 paderi seluruh negara di Pulau Pinang dan antara lain dikatakan merangkumi ikrar menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan.

Sementara itu, Jamil Khir berkata beliau masih meneliti nama-nama calon yang akan menggantikan Allahyarham Datuk Ilani Isahak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Antara Agama Kebangsaan.

“Ada beberapa nama yang boleh diketengahkan tetapi kita hendak mereka yang dapat memahami tugas sebagaimana Datuk Ilani lakukan kerana (jawatankuasa ini) terdiri daripada pelbagai bangsa dan anutan agama.

“Kalau tersilap pilih, kita bimbang akan wujud sensitiviti. Kita akan teliti dan buat keputusan nanti,” katanya. Ilani meninggal dunia pada Februari lalu kerana menghidap kanser payu dara.

Kata imam itu lagi,

"Kesian! Nasib agama Islam di Malaysia. Islam dipersempitkan kuasa dan peranannya. Walau timbul masalah Islam-Kristian, pun masih tiada kena mengena dengan agama Islam? Rumah sedang terbakar, baru nak lantik ketua jawatan kuasa pemadam api? Ulamanya jadi ulama haid dan nifas sahaja.

"Buang sampah di jalan didenda ribuan ringgit, berzina tak salah kalau suka sama suka!. Mahkamah sivil masih di atas kuasa mahkamah syariah.

"Wahai UMNO tulang belakang politik Malaysia, kembalilah kepada Islam seperti di zaman Rasulullah SAW. Kamu bertanggung jawab ke atas ketempangan agama Islam di negara ini.." (IH)

1 comment:

Chempaka Aziz said...

susah..susah klu nk suruh depa ni ikut cara Rasul ajar.nnti poket kureng,projek terbatas,nama tak glamour,pangkat dan pingat terlepas sudah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails