Saturday, January 31, 2015

Isteri Obama Di Saudi Tidak Ikut Peratuan Adat Saudi.


Ogah pakai hijab, Michelle Obama hebohkan Saudi

Presiden Barack Obama beserta isterinya Michelle Obama bertandang ke Riyadh, Arab Saudi untuk memberikan penghormatan terakhir kepada almarhum Raja Saudi Abdullah. Dalam kunjungannya kali ini, Michelle Obama buat heboh sikit di kalangan orang awam Saudi.

Michelle Obama tidak pakai hijab serta menggunakan solek muka. Hal tersebut bertentangan dengan adat Saudi, di mana kerajaan Islam ini memerlukan wanita memakai penutup kepala, didampingi suami jika bertemu lelaki lain, dan tidak menggunakan solek.

Lantaran dandanan tersebut, dia meninggalkan bilik ketika sedang ada siaran langsung oleh stesen televisyen tempatan. Dari laporan Daily Mirror, Khamis (29/1), dari pejabat berita tempatan, bila keluar bilik wajah Michelle kelihatan kesal. Dia mengerutkan bibirnya ketika semua kakitangan pejabat melintas dihadapannya tanpa berjabat tangan.

Hal tersebut membuat orang awam Saudi mengulas banyak di media sosial Twitter. Banyak yang mengkritik tindakan Michelle, namun ada juga yang memujinya dan berterima kasih padanya. Tagar, nombor satu di antara pengguna Twitter Saudi bila diterjemahkan bebas, ertinya.. "Michelle Obama tidak memakai tudung" dilapor dari akhbar Washington Post, Khamis (29/1).  


Ramai warga Saudi yang merupakan pengikut ahlul sunnah taat mengkritik penampilan wanita nombor satu Amerika ini. Seperti yang ditulis akaun Twitter Londoner Mony Al-Ali, yang mengatakan "Saya tidak menghargainya, dia tidak menghormati peraturan."

Kicauan yang berbeza dari akaun Piccia yang mengatakan, "Terima kasih Michelle Obama telah membela wanita. Sekarang kita boleh mengatakan kepada mereka (kerajaan) jika bulu mata dan solek lain bukan tidak baik." Ini kicauan menghasut yang tidak Islamik. (IH)

DAP Mula Serang Azmin Pula..


Azmin menjadi Khalid kedua?
SEORANG kolumnis Kwongwah Yitpoh yang menggunakan nama pena Huyidao meluahkan rasa terkejutnya apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba-tiba mengingatkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali supaya tidak menjadi Khalid kedua (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dalam satu majlis pada 10 Januari.

Menurut kolumnis itu, dalam majlis anjuran DAP Serdang itu, Azmin yang disenaraikan sebagai tetamu tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Katanya, Guan Eng dalam ucapannya tiba-tiba mengingatkan supaya sikap Azmin jangan-jangan sekali bertukar seperti Khalid kedua kerana DAP tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan kritikan.

"Dalam kata lain, sekiranya Azmin menjadi Khalid kedua, maka DAP tidak akan teragak-agak untuk 'membuka serangan' ke atasnya," tulisnya.

Menurut kolumnis itu, DAP merupakan parti yang mula-mula mengucapkan tahniah apabila Azmin dilantik sebagai Menteri Besar Selangor tetapi isu pengagihan jawatan dikatakan menyebabkan DAP kini memberi peringatan kepada Azmin.

"Semasa 2013, Abdul Khalid dikhabarkan telah mengubah formula Exco yang dipersetujui kepada DAP (3+1 Speaker) dan Pas (4). DAP amat tidak puas hati pada masa itu.
"Apabila PKR dilanda krisis Menteri Besar, DAP membuka serangan penuh, adakah ini disebabkan kesan pengagihan jawatan sebelum ini?" tanya kolumnis itu.

Ketika era Azmin pula, DAP dikhabarkan pernah meminta supaya parti itu mendapat empat jawatan Exco tetapi malangnya hasrat itu tidak direstui Azmin.

"DAP seterusnya meminta jawatan Timbalan Speaker, tetapi jawatan yang dijanjikan Azmin itu akhirnya diberi kepada Pas."

Kata kolumnis itu lagi, DAP yang gagal mendapat jawatan Exco dan Timbalan Speaker akhirnya memperjuangkan pertambahan jawatan dalam kerajaan tempatan, tetapi sekali lagi tidak kesampaian.

"Ada khabar angin bahawa akar umbi PKR menentang usul DAP, menyebabkan akhirnya Azmin tidak menyerah kuota partinya kepada DAP."

Menurut Huyidao, Azmin sebelum ini merupakan calon Perdana Menteri yang sesuai untuk Pakatan Rakyat kerana beliau menjadi satu-satunya calon yang boleh mendapat sokongan DAP dan pada masa yang sama tidak dibantah Pas.

"Keadaan semasa Azmin bagaimanapun tidak baik. Jika gagal mengagihkan kuasa dengan baik, DAP mungkin akan membuka serangan terhadapnya.
"Jika Pakatan Rakyat berdepan kemelut dalaman, maka Barisan Nasional (BN) akan senyum dalam senyap. Sudah ada orang yang memuji Rafizi Ramli sebagai calon Perdana Menteri yang lebih baik berbanding Azmin." (Malaysia Gazette)

Lihat sebelum ini..
Politik S'gor, Siri 1 Hingga 7
Politik  S'gor, Siri 1 Hingga 7
E-Buku IH-95: S'gor 'MB remote-control'?

Friday, January 30, 2015

Boleh Rotan Anak Tapi Ikut 8 Syarat Ini..

usakmalrotan

SEORANG sarjana Islam yang banyak menulis tentang adab atau cara mendidik anak-anak berasaskan Islam iaitu Abdullah Naseh Ulwan dalam sebuah bukunya yang berjodol ” Tarbiah al-Aulad fi al-Islam” telah meletakkan beberapa syarat sebelum atau semasa merotan anak-anak sebagai antara tuntutan didikan.

Antara syarat untuk merotan anak-anak ialah sebagaimana berikut :
  •  Ibubapa atau penjaga mestilah terlebih dahulu menggunakan segala usaha nasihat dan mendidik yang lain terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan merotan apabila cara yang lembut sudah tidak berkesan 
  • Tidak merotan anak-anak semasa dalam kedaan terlalu marah yang boleh menyebabkan kecederaan terhadap anak-anak
  • Tidak merotan di tempat-tempat larangan atau merbahaya seperti muka, kepala, dada dan perut anak-anak
  • Tindakan merotan kali pertama terhadap anak-anak mestilah perlahan, tidak terlalu kuat yang boleh menyakitkan samada di tangan atau kaki. Jika tidak berkesan untuk satu rotan maka terus dirotan sehingga tiga kali. Jika masih berdegil selepas dirotan sebanyak tiga kali maka boleh dirotan sehingga 10 kali tetapi jangan melebihi jumlah itu sebagaimana sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud : Jangan merotan seseorang melebihi 10 kali melainkan dalam menjalankan hukum hudud Allah.
  • Tidak merotan anak-anak yang belum sampai umurnya 10 tahun sebagaimana sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud : Perintahlah anak-anak kamu dengan sembahyang ketika berumur 7 tahun dan rotanlah mereka jika tidak sembahyang apabila berumur 10 tahun….
  • Apabila anak-anak meminta melalui lisan agar jangan merotannya ketika mahu dirotan buat kali pertama maka hendaklah diberi peluang kepada mereka berubah tanpa dirotan berserta dengan janji untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama selepas itu. Tindakan ini adalah lebih baik berbanding tetap merotan mereka
  • Ibubapa atau penjaga mestilah merotan sendiri anak-anak yang degil bukannya mewakilkannya kepada adik-beradik yang lain untuk melakukannya bagi mengelakkan timbulnya persengketaan antara adik-beradik.
  • Apabila anak-anak sudah baligh maka tindakan dalam merotan hendaklah lebih kerap dan diulangi sehingga anak-anak berubah ke arah yang baik serta menjauhi segala kesalahan yang dibuat selama ini.
Rujukan:
1. Abdullah Naseh al-Ulwan, Tarbiah al-Aulad, juzu’ 2, cet. ke-33 2006, Dar as-Salam, Mesir.
Dipetik dari facebook Ustaz Akmal Kamaruddin
Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak.

Dipenjara Tiga Bulan, B/SU Politik Idris Jusoh




Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.
PUTRAJAYA: Bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh dijatuhi hukuman penjara tiga bulan selepas Mahkamah Rayuan mendapati beliau bersalah atas dakwaan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) fitnah kepada tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Hakim Tan Sri Md Raus Sharif yang mempengerusikan panel tiga hakim membuat keputusan sebulat suara terhadap Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir pada Jumaat.

Md Raus membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang membebaskan Ahmad Ramzi pada Disember 2013.

Hukumannya akan berjalan serentak bermula Jumaat. Ahmad Ramzi didakwa atas tiga pertuduhan menghantar SMS berbaur ugutan dan satu berbentuk fitnah. (mStar)

Solat Lebih Penting Dari Presiden AS. Raja Salman Tinggalkan Obama


Presiden Barack Obama Dan Raja Saudi, Salman Bin Abdulaziz.

SOLAT lebih penting dari Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama. Mungkin itu melambangkan ketegasan Raja baru Arab Saudi, Salman bin Abdulaziz, yang langsung membuat heboh di alam maya.  
Mendengar suara azan asar, Raja Salman langsung meninggalkan tetamu kehormat, Presiden AS itu yang baru sahaja tiba di Lapangan Terbang. Tindakan ini terungkap dalam sebuah video yang kini ramai beredar di media sosial.

Cerita ini bermula ketika Raja Salman menyambut Obama di lapangan terbang Lapangan Terbang King Khalid International Airport, Riyadh, pada Selasa petang, 27 Januari 2015. Selesai beberapa saat menyambut kedatangan Obama, Raja Salman dan rombongan mendengar suara azan Asar di kawasan Lapangan Terbang. Raja Salman tanpa lengah-lengah lagi, langsung meminta maaf dan meninggalkan pada presiden AS itu.

Demikian dikutip dari laporan sabq.org, Rabu, 28 Januari 2015. Aksi Raja Salman ini langsung mengundang pelbagai reaksi dan pujian dari banyak orang termasuk para sheikh dan selebriti.

Obama sedang melakukan kunjungan kenegaraan ke Arab Saudi untuk mengadakan mesyuarat tinggi dan
bela sungkawa atas kematian Raja Abdullah bin Abdulaziz. (IH)
PM Malaysia tidak sanggup tinggalkan padang golf bersama Obama, walaupun negaranya berlaku banjir besar.

Video: Detik-Detik Saat Raja Saudi Tinggalkan Presiden Obama.

Zamani Di Mahkamah, Benar-benar Gerimis (Bala) Mengundang Mu..


Omak Kau!!!!: VIDEO KLIP ZAMANI SLAM DI PAKSA MENYANYI LAGU POPULARNYA ...

HALAMAN HIBURAN 
 
Zamani & Teman Wanita Mengaku Tidak Bersalah Ambil Dadah
 
AMPANG: Bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim dan pembantu peribadinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Khamis terhadap pertuduhan memiliki dan mengambil dadah.

Bagi pertuduhan pertama, Zamani, 43, dan Nur Juliana Abdul Rani, 32, didakwa bersama-sama memiliki 1.2 gram heroin di No. 31, Jalan Enggang Timor Satu, Taman Keramat, Hulu Langat kira-kira pukul 12.30 pagi, 21 Jan lalu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu juga didakwa telah mengambil dadah jenis morfin di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya kira-kira 2 pagi pada tarikh sama.

Nur Juliana pula didakwa mengambil dadah jenis Amphetamine kira-kira pukul 2.05 pagi di tempat dan pada tarikh sama.

Bagi pertuduhan memiliki dadah, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan mengambil dadah, mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM6,500 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 10 Mac untuk sebutan semula kes.

Mereka membayar jaminan itu.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nurdeenie Abdul Rashid menawarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan tetapi peguam Che Ahmad Zaharil Muhaiyar mewakili Zamani dan Nur Juliana berkata jumlah itu sangat tinggi.

Che Ahmad Zaharil berkata kedua-dua tertuduh telah mendaftar di Rumah Pengasih, iaitu pusat pemulihan dadah pada 24 Jan lepas.

"Saya percaya mereka akan hadir ke mahkamah. Mereka sekarang dalam proses rawatan oleh itu pendapatan mereka agak berkurangan. Pohon jaminan dikurangkan kepada RM1,000," katanya.

Isu penahanan Zamani sebelum ini menjadi kontroversi selepas tersebar video dia disuruh menyanyi lagu Gerimis Mengundang dalam keadaan tangan bergari ketika di balai polis.

Video berkenaan mendapat bantahan ramai sehingga menyebabkan pihak pengurusan polis mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota polis yang merakan dan menyebarkan video tersebut. (mStar).
Video:


 

Di Sini, Banyak Bank Khas Bagi Wanita. Perlukah Begini Di M'sia?

Unik, Negara Ini Punya Belasan Bank Khusus Perempuan
Ini, ada bank khas untuk perempuan.

DENGAN budaya yang belum terlalu terbuka bagi kaum perempuan, perbankan di kawasan Timur Tengah perlu bijak menyiasat perilaku pasaran agar tetap berkibar. Tidak hairan, jika bank di kawasan Arab membina cabang yang khusus disediakan bagi kalangan kaum perempuan.

Kuwait Finance House (KFH) mengutip laman Zawya, Jumaat, 30 Januari 2015 mengumumkan telah membuka sekurang-kurangnya 47 cawangan bank khusus perempuan hingga akhir 2014. Peningkatan ini selaras dengan strategi KFH untuk lebih dekat dengan pelanggan dan memenuhi keperluan dan standard antarabangsa berkaitan kualiti perkhidmatan.

Di antara 47 cabang tersebut, KFH mempunyai 3 cabang yang khusus memberikan kredit pemilikan kenderaan. Cawangan-cawangan tersebut berada di Dajeej, Ahmadi dan Shuwaikh.

KFH bertekad memperbanyak cabang-cabang yang khusus melayani perempuan dalam usaha untuk memenuhi peningkatan jumlah pelanggan dan pasaran KFH.

Tak hanya bank khusus perempuan, institusi kewangan asal Arab ini juga telah merasmikan sebuah call center pertama yang khusus melayani pelanggan perempuan di Kuwait.

Langkah ini merupakan nilai tambah bagi pelanggan KFH yang fokus memenuhi aspirasi kaum perempuan. KFH selalu berjuang untuk memenuhi keperluan kaum perempuan dengan perkhidmatan yang moden.

Call center baru itu telah menerima kira-kira 30 peratus panggilan pelanggan sebagai sebahagian daripada usaha KFH untuk melayani segmen yang ketara tersebut.

Apakah di Malaysia perlu bank wanita, sebagai melambangkan tidak ada pergaulan bebas lelaki perempuan dalam kerja-kerja berkaitan bank dan orang awam? (IH)

Bulan Valentine (Feb).Heboh Hotel Ini Beri Diskon Pasangan Maksiat.

Heboh! Hotel di Malang Beri Diskon Pasangan Mesum  
Hotel Di Malang ini beri Diskon Kekasih kepada penginap. (Twitter @DPP_FPI) dalam rangka menyambut hari Valentine (kasih sayang). Promo diskaun itu terpampang di papan iklan yang ada di jalan raya.
 
PENGGUNA
sosial media (netizen) sempat dihebohkan dengan beredarnya foto papan iklan hotel di Malang, Indonesia, yang memberi potongan harga atau diskaun penginapan 50 peratus bagi pasangan kekasih di bulan Valentine (Februari). Indonesia adalah negara umat Islam terbesar di dunia.

Banyak dari netizen mengecam iklan itu kerana bimbang jika disalahgunakan akan menjadi tempat maksiat dan perlakuan najis zina. Pihak Batu Wonderland Hotel membenarkan ada promosi diskaun tersebut. Namun mereka membantah jika potongan harga tersebut ditujukan untuk pasangan kekasih.

"Jadi di iklan di reklame itu adalah salah tulis. Diskaun itu untuk keluarga, bukan buat pasangan kekasih," ujar salah satu petugas hotel yang enggan dituliskan namanya apabila dihubungi.

Kata petugas hotel yang beralamat di Jalan Imam Bonjol 9, Batu, Malang, setiap pasangan yang menginap, selalu dimeminta surat nikah atau fotocopy kad keluarga.

Pengedaran iklan tersebut juga mendapat kecaman dari Front Pembela Islam (FPI). Melalui akaun Twitter, Selasa kemarin, FPI menulis; "Kalau pihak Batu Wonderland tetap menjalankan promo, sila. Muda-mudi yang mahu nginep juga silahkan. FPI akan datang pada hari Hari promo tersebut."

Berkaitan himbauan FPI, pengurusan hotel mengatakan telah didatangi anggota DPR (wakil rakyat) dan FPI Malang pada Isnin lalu. Mereka sudah jelaskan iklan itu adalah kesalahan kalimat dan semua pihak sudah tahu. (IH)

Akhirnya, Model Skotland Ini Jatuh Cinta Pada Alquran...

Jatuh Cinta pada Alquran, Model Skotlandia Anut Islam Eunice Olumide (Ayesha)
HARI sudah larut. Tapi kehidupan di Loft Nigth Club baru saja berdenyut. Kelab malam paling sohor di negara bahagian United Kingdom, Skoland, itu mula gaduh-gaduh. Muda-mudi kelihatan bergegas beratur masuk ke pub. Seolah tak sabar untuk menghabiskan malam seraya ditemani dentuman muzik dan minuman keras.  

Gambar bertudung masih belum ditemui.

Di antara mereka yang beratur, terselit seorang wanita muda bertubuh jenjang. Tubuh badan yang kurus semampai. Ia mengenakan pakaian mini dibalut jaket kulit hitamBegitu bertemu rakan-rakan di mini bar. Kecerian dan tawanya langsung pecah. Rutin pesta hura-hura pun bermula.

Eunice Olumide, nama wanita itu, akan larut dalam hingar bingar muzik. Ia asyik menari sambil sesekali minum minuman keras. Rasa penat sebagai model sirna sejenak. Di pub itu sekurang-kurangnya dia tidak perlu menjaga imej sebagai model seperti ketika dia berada di antara bunyi dan kilat kamera disiram cahaya lampu pentas catwalk.

Olumide tidak penah hadir di pub itu. Tapi kini sekurang-kurangnya dua kali tiap seminggu ia datang ke sana, Berpesta hingga pagi. Pergaulannya sungguh bebas. Hidup Olumide memang sudah seperti di awang-awang. Sebagai model, ia tersohor ke mana-mana. Wangnya banyak, boleh membeli rupa-rupa kesenangan
Selalu bergaya hidup glamor dan menjadi buruan ramai lelaki kaya dan kacak.

Tapi, sampai di suatu titik, ia merasa jenuh. Setiap pesta usai ia merasa jiwanya selalu kosong. Sepi. Gelisah. Berpesta dengan menghabiskan malam beserta minuman keras tidak membuat jiwanya tenteram. Padahal, dia hanya ingin hidup tenang. Lahir batin.

Lama dia gelisah. Mencari ketenteraman yang sejati. Selepas pesta usai, dia masih selalu mencari dengan rasa gelisah. Sampai akhirnya dia berkenalan dengan Islam. Mesyuarat Olumide dengan Islam tidak terjadi begitu saja. Itu bermula ketika dia belajar falsafah di universiti.


SEBAGAI mahasiswi falsafah, model dari Edinburgh, Scotland, ini adalah sosok kritis dan haus akan jawaban atas pertanyaannya. Di benaknya sering muncul pelbagai soalan seperti; jika ada Tuhan dan dia adalah penyayang dan penuh kasih, maka mengapa ada penderitaan di muka bumi ini?

Semua jawapan yang diperolehi dari aspek agama yang diyakininya saat itu rupanya belum membuat Olumide puas. Di dalam kelas kuliah, ia sering berbincang soal agama, termasuk tentang Islam. Bagi wanita yang pertama kali berkecimpung sebagai model di usia 15 tahun, Islam bukanlah perkara asing buatnya.

Keluarga Olumide adalah pendatang asal Afrika Barat di mana Kristian dan Islam tumbuh berdampingan. Dibesarkan sebagai non-muslim ia sedikit tahu bagaimana kehidupan muslim. Olumide sempat bingung kenapa di dunia barat, Islam begitu dibenci. Islam diidentitikan sebagai pengganas yang melakukan penindasan dan kekerasan. Ini berbanding terbalik dari apa yang ia lihat di tanah kelahirannya.

Dari situlah ia mula tertarik mencari tahu, apakah Islam memang seperti yang digambarkan dunia barat? Sekaligus mengetahui apa jawapan Islam soal soalan tentang Tuhan. Ia mula mencari maklumat tentang Islam. Ia membeli beberapa buku tentang Islam dan melakukan penyelidikan melalui internet.

Kemudian, dia meminjam Al-Quran terjemahan Bahasa Inggeris dari seorang rakan muslimnya. Dari kitab Al-Quran inilah, Olumide mengakui ia seperti sedang membaca kata-kata Tuhan. Hatinya begitu tersentuh. Meski hanya boleh membaca terjemahannya, kebenaran Allah dan Al-Quran menjadi jelas baginya.

Al-Quran telah menolong dia dalam memahami segala sesuatu secara ilmiah.  


"Fikiran saya benar-benar terbuka. Teori-teori tentang alam dan ilmu pengetahuan ada di sana (Al-Quran). Saya merasa terang," kata Olumide.

Olumide juga membaca tentang banyak hal. Mulai dari pengertian Islam, bagaimana cara salat, bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, puasa, zakat, berziarah ke Mekah dan sebagainya.

"Dalam Islam, wanita yang telah dewasa diwajibkan menutupi kepalanya (hijab) dan pakaian mereka sangat sopan. Hal itu membuat orang tidak menilai wanita muslim dari rupa," katanya kagum.

Dia pun menyedari betapa ramai dari kita yang menghargai orang lain jika masyarakat menilai mereka cantik. Sementara perempuan, baik dia cantik atau tidak, begitu dihormati dalam Islam.


OLUMIDE
sedar jawapan tepat yang dicari sudah ditemui dalam Islam. Jiwanya yang kosong pun pelan-pelan mulai tenang. Jiwanya telah terasuki oleh ajaran Islam. Pada akhirnya, ia mantap mengucapkan dua kalimah syahadah. Ia memutuskan menjadi ISLAM pada 2009 dan menukar namanya menjadi Ayesha.

Meski sudah menjadi muslim, Ayesha memutuskan melakukan secara beransur-ansur dalam memperaktikkan Islam di kehidupannnya. Misalnya, meski dia telah berhijab, namun belum boleh memakainya sepanjang masa kerana dia seorang model. Ia juga berjanji tidak akan memperagakan fesyen-fesyen yang tak sesuai dengan prinsip Islam.

Perempuan yang dulu sering  mabuk di kelab malam itu kini menukar malam-malamnya dengan beribadah. Dia yang tidak pernah hadir salat, kini hadir ke masjid untuk beribadah secara teratur.
Ayesha sangat bangga dan bahagia dengan ke-Islamannya. 


Ia selalu istiqomah menjaga agamanya. Baginya, Islam adalah rahmatan lil 'alamin, agama yang membawa rahmat dan kesejahteraan bagi semua seluruh alam semesta.

Ayesha memang telah menjumpai ketenteraman batin yang dulu dia cari. Dulu ia mencarinya dari pesta semalam suntuk. Ia ttdak menemuinya. Juga tidak menemuinya di gelas-gelas tinggi alkohol. Ia justru mencari jawapannya di dalam Al-Quran.  


Di situlah, pelan-pelan jiwa gelisahnya mencari kedamaian ...  Al-hamdulillah!

(IH/Sumber: The Sun, OnIslam.net)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

Thursday, January 29, 2015

Siapa Yang Berami Sentuh Kepala Neelofa Begini?

  Status di Instagram inilah menjadi pertikaian apabila Neelofa memuat naik gambar tanpa menulis kapsyen bagi menjelaskan apa sebenarnya berlaku.

HALAMAN HIBURAN
 
KL: Pelakon dan pengacara, Neelofa menyifatkan isu gambar kepalanya disentuh seorang lelaki yang dipercayai Qari terlalu diperbesar-besarkan tanpa mengetahui kisah sebenar.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, lelaki berkenaan adalah saudara kepada bapa saudaranya yang berasal dari Pakistan dan mereka bertemu ketika hadir ke majlis perkahwinan sepupunya baru-baru ini.

Jelas Neelofa lagi, tindakan lelaki itu memegang kepalanya bukan dengan niat tertentu sebaliknya ia merupakan budaya masyarakat Pakistan menyapa sanak-saudara.

"Sebenarnya gambar itu tidak ada apa-apa yang pelik pun namun masyarakat terlalu cepat membuat andaian yang tidak menggambarkan keseluruhan apa sebeanrnya terjadi.
"Lelaki berkenaan adalah saudara kepada bapa saudara saya yang datang dari Pakistan dan dia memegang kepala saya secara spontan yang juga budaya masyarakat mereka untuk menyapa dan bertanya khabar," katanya kepada mStar Online.


NEELOFA dan adiknya, Mohamed Aqief bersama Ustaz Ismail Menk.

Dalam pada itu, Neelofa tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas mengenai gosip yang mengaitkannya dengan seorang kerabat diraja pada tahun lalu. Katanya, isu berkenaan sangat sensitif dan langkah mendiamkan diri adalah yang terbaik kerana bimbang keadaan bertukar keruh dan timbul salah faham. (IH)
 
Lihat sebelum ini..  
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Logikkah A/Hadi, P'raya PBT Akibatkan 13 Mei?


 Sejarah Peristiwa 13 Mei 1969

MARI kita lihat pertempuran hujjah lawan hujjah.  Laman web http://malaysiatransformdaily.com membentangkan di bawah tajuk , , ', berkesimpulan..
  • "Apabila tok guru bangkitkan isu PBT dan 13 may, ia bukan PBT yang sebabkan 13 May 1969, tetapi pembangunan masyarakat Madani yang tidak seimbang yang menyebabkan berhasilnya pertembungan tidak diinginkan sehingga tercetus rusuhan perkauman yang mudah diprovokasi oleh mereka berkepentingan. 
Tetapi rumusannya..
  • "Suasana itu yang tidak dikehendaki saat ini, sekiranya pilihanraya pbt dilaksanakan waktu ini tatkala perbezaan kelas ekonomi dan sosial amat terdedah kepada provokasi.
  • "Itulah API DALAM SEKAM yang dimaksudkan Tok Guru.Haji Abdul Hadi Awang. Pemimpin yang berpandangan jauh dan Teliti. !!!!"
 Huraiannya..

"Tok Guru Haji Hadi fokus kepada pembangunan masyarakat madani, bukan pilihanraya PBT.
Kalau tengok dalam artikel asal yang ditulis ialah tentang penyusunan masyarakat tamadun yang masih tidak seimbang yang menyebabkan sekiranya dilaksanakan pilihanraya PBT ia akan mengulangi kesilapan lampau dalam perebutan kuasa dan ekonomi yang akan menyebabkan pula kesan politik yang mudah diprovokasi dengan perkauman.

Kumpulan Pelampau Perkauman sentiasa mencari peluang untuk mencetuskan sesuatu demi mencapai matlamat tertentu seperti yang berlaku ketikia era 60 an sehingga terjadinya 13 Mei.
Era 1951 -1970 adalah era pra sejarah Malaysia yang ditinggalkan penjajah British.

Ketika Tanah Melayu Merdeka dengan Nama Perseketuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, Singapura, Sabah dan Serawak masih di bawah British. Tatkala itu, tanah melayu bermajoritikan Melayu dan ISLAM sehingga 80%. Walaupun begitu, bandar bandar seperti di Ipoh, Bandar Hilir, Kuala Lumpur, Klang, Batu Pahat, Kuantan, Georgetown didominasi oleh Pedagang Cina secara ekonomi."

Pilihnraya PBT 1951

"Perlaksanaan pilihnraya PBT yang pertama kali di buat pada tahun 1951 tidak banyak kesan kerana Melayu ketika itu Diberi peluang oleh British memegang jawatan Penting dan isu Jos Soli begitu terkesan akibat penolakan Malayan Union sebelumnya. Malah, Melayu bangsawan ketika itu selesa dengan begitu dan tidak begitu peduli tentang merdeka. Yang peduli tentang merdeka adalah ulama ulama dan rakyat rakyat cintakan Islam.

Pada 1955, ketika PRU pertama pun, kewarganegaraan dan peratusan pengundi adalah sekitar 80%-20%, nisbah bumiputera dan bukan bumi. Kemerdekaan pada 1957 dan terbentuknya suruhanjaya Reid, cadangan Jus Soli diserap dengan beberapa syarat sehingga pada pilihanraya 1959, terdapat perbezaan komposisi pengundi Bumiputera dan bukan bumiputera kepada 70-30%.

Pada tahun 1963, kemasukan Singapura, Sabah dan Serawak dan berlakunya konfrontasi Indonesia-Malaysia. Pilihanraya 1964, komposisi pengundi sudah berubah kepada 60%-40% yang menjadikan Malaysia sebuah masyarakat Majmuk secara kewarganegaraan."

Pilihanraya PBT 1961

"Pilihanraya PBT 1961 mencorak pertembungan tak diinginkan dalam suasana begitu, seperti contoh Di Majlis Perbandaran Georgetown , Pulau Pinang dimenangi Barisan Sosialis Pimpinan Parti Ahmad Boestamam, Manakala peringkat negeri dimenangi PERIKATAN yang telah menyebabkan pertembungan politik sepanjang masa dalam kehidupan harian ahli politik.

Pada tahun 1965, Lee kuan yew dan Singapura telah ditendang dari Malaysia selepas Keputusan drastik Tunku Abdul Rahman. Dan lanskap sosial ekonomi dan sosial waktu itu adalah hasil tinggalan penjajah dan polisi penjajah dengan syarat merdekanya bersama Emapayar British telah memberi kesan. Pertembungan ideologi antara nasionalis vs komunis begitu hebat. 

Pemimpin Barisan Sosialis ditangkap kerana tuduhan bekerjasama dengan Indonesia. Pemimpin PAS seperti Dr Burhanuddin Al hilmi juga turut terpalit. Di indonesia, Dr Hamka juga terkena tahanan rumah atas tuduhan simpati terhadap Malaysia oleh Ir Sukarno.

Dalam masa yang sama, akta Darurat 1948 dan Perang Darurat melawan komunis masih berlangsung di bentong, grik, hulu selangor dan lain lainnya. Lanskap sejarah ini menyebabkan suasana May 1969 yang padanya diadakan Pilihanraya Umum menjadi masa sesuai berlakunya provokasi perkauman kerana komposisi sosial, kelas ekonomi, taburan kaum sangat sangat memberi kesan mudah kepada provokasi perkauman. 

Akhirnya, yang selamat dari kes tersebut, bangsawan bangsawan dan kapitalis kapitalis kaum yang menjaga kepentingan masing masing. PPP dan Gerakan menyertai BN dan tinggalah barisan pembangkang yang hanya berpegang pada prinsip sosialisme seperti parti buruh, parti sosialis, parti rakyat Malaysia dan yang berpegang kepada ISLAM seperti Parti Islam Semalaya.

Semuanya berlaku kerana asas pembangunan Madani yang tidak seimbang."

Itulah logikknya pandangan TG Abdul Hadi Awang, selaku Presiden PAS mengenai pilihanraya PBT yang boleh mengakibatkan berlakunya pergaduhan perkauman seperti Tragedi 13 Mei1969. (IH/MTD)

Lihat sejarah PAS..
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Elyana Kembali Berlakon Kerana Dipaksa Suami?





Imej terbaru Elyana



HALAMAN HIBURAN
KL: Penyanyi dan pelakon Elyana memberitahu, suaminya Khairul Anuar Husin, 40, sentiasa memaksa agar dia kembali aktif dalam bidang seni selepas hampir empat tahun menyepikan diri. 
 
Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 28, berkata, suaminya bimbang dia mungkin bosan menjadi suri rumah sepenuh masa.

"Selepas berkahwin dan hamil keputusan untuk memperlahankan kerjaya datang dari diri sendiri kerana ingin melihat anak membesar depan mata sendiri.
"Kini anak kami sudah pun berusia empat tahun dan dia banyak memberi galakkan supaya saya kembali aktif kerana mahu saya bersemangat dan meneruskan minat dalam bidang seni," katanya kepada mStar Online hari ini.

Elyana ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri lakonannya berjudul Keluarga Karaoke di Red Box Pavillion di sini, Selasa.
 
Sepatutnya, sesebuah bahtera rumahtangga itu hendaklah belayar di lautan cinta dalam keredhaan dan ketentuan peraturan Allah SWT. Matlamatnya kena betul, barulah akan sampai ke pulau bahagia dari dunia hingga akhirat. Insya Allah. (IH)
 
Lihat sebelum ini..  
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Mereka Ini Dipaksa Jadi Pelacur..

INILAH lima wanita warga asing yang berjaya diselamatkan daripada dijadikan pelacur oleh sepasukan Unit ATIP di sebuah rumah inap desa di Taman Saga Indah, Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar kelmarin. 

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan lima wanita warga asing daripada menjadi mangsa satu sindiket pelacuran di bandar raya ini dalam serbuan di sebuah rumah inap desa di Taman Saga Indah, Jalan Alor Mengkudu di sini kelmarin.

Serbuan kira-kira pukul 6.30 petang sempena Ops Noda/Cantas itu dilakukan oleh sepasukan anggota dan pegawai Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) Bukit Aman dan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Difahamkan, serbuan dilakukan polis setelah salah seorang daripada mangsa yang berasal dari Thailand berjaya menghubungi pejabat kedutaan negara tersebut di Kuala Lumpur memaklumkan dia dan rakan-rakannya ditahan dan dipaksa untuk melacur oleh sindiket pelacuran berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Superintendan Nor Omar Sappi berkata, mangsa yang diselamatkan itu membabitkan dua warga Thailand dan tiga warga Vietnam berusia lingkungan 20 hingga 30-an. (Kosmo!)

Tiada Anwar PR Lebih Kukuh, DAP Celupar Pembohong -SU PAS.



KL: Ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat akan menjadikan pakatan pembangkang itu lebih kukuh, kata Datuk Mustafa Ali. Tegas Setiausaha Agung PAS itu, Anwar bukanlah alasan untuk PAS memuntuskan hubungannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

"Itu (jika Anwar dipenjara) bukan sebab, lagi kukuh Pakatan Rakyat adalah. Sebab kita bertanggungjawab meneruskannya (kerjasama)," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, Rabu.

Beliau menjawab soalan wartawan sama ada PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari depan memutuskan Anwar dipenjarakan.
Anwar, 68, mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkannya bersalah meliwat bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan sembilan tahun lalu.

Mengulas lanjut Mustafa berkata, ketiadaan Anwar selaku pemimpin utama PKR bukan menjadi masalah kepada PAS.
 
"Anwar tak ada...Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) ada, (Mohamed) Azmin (Ali) ada. Itu pimpinan mereka (PKR). Kita bekerjasama dengan parti bukan dengan orang.
"Tak ada orang tu pun (Anwar) tak ada masalah. Waktu kita tubuhkan barisan alternatif dahulu pun Anwar masih di dalam (penjara)," katanya.
Mengenai DAP pula Datuk Mustafa Ali menyifatkan Lim Guan Eng bermulut celupar berhubung kemelut isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diluluskan kerajaan DAP Pulau Pinang. Mendakwa Setiausaha Agung DAP itu berbohong, Mustafa yang juga Setiausaha Agung PAS mencabar untuk bersemuka dengan Lim bagi menyelesaikan isu berkenaan.

"Saya tidak pernah berbincang dengan Guan Eng atau dihubungi berkait dengan isu enakmen pilihan raya PBT sebelum enakmen itu dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 2012.
"Tapi saya mengaku selepas beberapa hari enakmen itu diluluskan, beliau ada hubungi saya melalui telefon," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, Rabu.

Mustafa berkata demikian bagi menjawab tuduhan Lim bahawa beliau dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bercakap benar apabila menyatakan mereka tidak dimaklumkan mengenai enakmen pilihan raya PBT yang diluluskan kerajaan Pulau Pinang. (IH/Sumber mStar)

Wednesday, January 28, 2015

S'pura Sekat Laman Web Judi.. M'sia?

SINGAPURA: Laman web yang menyedia, mengiklan atau mempromosi perkhidmatan judi jarak jauh akan disekat mulai Isnin (2 Feb) sebaik saja Akta Judi Jarak Jauh (RGA) dikuatkuasakan, demikian diumumkan Kementerian Dalam Negeri (MHA).

Dalam satu kenyataan, MHA berkata transaksi bayaran berkaitan aktiviti judi jarak jauh haram akan juga disekat. RGA diluluskan di Parlimen pada 7 Okt tahun lepas. Matlamat mengawal selia judi jarak jauh ini antara lain untuk mengurangkan potensi 'merosak' terutama golongan muda, kata kenyataan itu.

Di bawah akta itu, adalah satu kesalahan bagi seseorang berjudi secara jarak jauh dengan pengusaha haram, memberi kemudahan kepada orang lain berbuat demikian, atau memberi perkhidmatan judi jarak jauh haram.

Sementara itu, Lembaga Pembangunan Media (MDA) dalam satu kenyataan berkata akta berkenaan tidak meliputi 'game' yang tidak, sebagai sebahagian daripada reka bentuknya, membolehkan pemain menerima hadiah atau ganjaran berharga hasil daripada permainan game berkenaan.

Yang demikian akta itu tidak meliputi 'sosial game'seperti Farmville dan Candy Crush Saga dalam bentuknya sekarang. Bagaimanapun, ia melarang game ala-kasino yang memberikan pemain peluang untuk memenangi wang atau ganjaran dalam bentuk barangan. 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nampaknya Singapura macam tahu judi itu tak bagus.  Yang pekak badak, bodoh sombong ialah kerajaan sekular Malaysia, walaupun mengaku 'negara Islam'. Bila nak haram maksiat judi?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails