Tuesday, January 27, 2015

Lelaki Itali Pilih Islam, Kerana Pemakaman Sederhana Raja Saudi.


  Pengebumian Raja Arab Saudi Abdullah (www.itv.com)


SEMASA meninggalnya, raja-raja dan bangsawan Arab Saudi selalu dikebumikan dengan penuh kesederhanaan. Tidak ada upacara penghormatan atau iring-iringan ribuan pelayat mengantarkan ke makam.

Selepas solat di masjid, jenazahnya dikebumikan secara sederhana tanpa batu nisan mewah bertuliskan namanya di sebuah perkuburan umum. Begitu juga dengan proses pengebumian Raja Fahd sebelumnya, pendahulu Raja Abdullah yang juga baru meninggal Jumaat awal hari 23 Januari 2015 baru-baru ini.

Raja Fahd pula meninggal pada 21 Ogos 2006 di Jeddah. Raja Fahd dikebumikan secara sederhana di tanah perkuburan umum Al-Qud di Riyadh. Sehari selepas ia meninggal, ia dihadiri oleh pemimpin dunia. Proses pengebumian mudah Raja Fahd disiarkan secara langsung ke seluruh rangkaian televisyen di dunia


Ternyata inya meninggalkan kesan yang mendalam kepada seorang lelaki di negara Itali. Menurut laporan harian berbahasa Arab Al-Riyadh, lelaki itu sangat terkesan dengan kesederhanaan proses pengebumian seorang raja yang seharusnya dilaksanakan secara megah dan mewah.

Lelaki yang tidak mahu disebutkan namanya itu memeluk Islam selepas menyaksikan proses pengebumian Raja Fahd melalui televisyen. Menurut ulama Abdullah Al-Malik, kesederhanaan pengebumian Raja Fahd telah meninggalkan kesan dramatik bagi semua orang di dunia.

Masa pengebumian Raja Fahd, ada seorang rakyat biasa yang juga meninggal dan akan dikebumikan. Mereka akhirnya dikebumikan di tanah perkuburan yang sama. Ertinya raja dan rakyat biasa sama saja disisi Allah SWT.

Kata Malik, kesaksamaan dalam Islam inilah yang mungkin memberi kesan psikologi kepada seseorang non-muslim dan menariknya menjadi Islam.


"Saya telah membaca beberapa buku Islam dan mendengar banyak kaset Islam selama beberapa tahun terakhir, mereka tidak boleh menggoyahkan saya. Tapi pengebumian raja sederhana menggegarkan saya dan saya berubah fikiran," ujar Malik mengutip kata-kata lelaki berusia 62 tahun itu.

Malik menambah media Islam kedepannya perlu fokus pada kisah yang berkaitan dengan toleransi dan kesaksamaan dalam rangka menarik lebih banyak orang kepada Islam.


Di Malaysia ada kemungkinankah pengkebumian pembesar-pembesar negara boleh jadi begitu? (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

2 comments:

Anonymous said...

DIMALAYSIA ADA MUZIK BOLEH BUAT BREAKDACE

Anonymous said...

Bergembira Tepuk Tangan Sama-sama,

Kita Menari goyang bandan goyang Kaki,

Hooray Hooray Hooray Hooray Bergembira,

Nuar Brahim Al Jubori ke Penjara...

Haa haaa Haaa

Aku Tanyer Macai Aper Khabor?

Aku Tanyer Macai Aper Khabor?

Aku Tanyer Macai Aper Khabor....Nuar Di Penjara....

Yaaa Huuuu Malaysia akan Aman Tanya Peliwat Nuar Brahim...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails