Thursday, January 29, 2015

Tiada Anwar PR Lebih Kukuh, DAP Celupar Pembohong -SU PAS.



KL: Ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat akan menjadikan pakatan pembangkang itu lebih kukuh, kata Datuk Mustafa Ali. Tegas Setiausaha Agung PAS itu, Anwar bukanlah alasan untuk PAS memuntuskan hubungannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

"Itu (jika Anwar dipenjara) bukan sebab, lagi kukuh Pakatan Rakyat adalah. Sebab kita bertanggungjawab meneruskannya (kerjasama)," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, Rabu.

Beliau menjawab soalan wartawan sama ada PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari depan memutuskan Anwar dipenjarakan.
Anwar, 68, mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkannya bersalah meliwat bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan sembilan tahun lalu.

Mengulas lanjut Mustafa berkata, ketiadaan Anwar selaku pemimpin utama PKR bukan menjadi masalah kepada PAS.
 
"Anwar tak ada...Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) ada, (Mohamed) Azmin (Ali) ada. Itu pimpinan mereka (PKR). Kita bekerjasama dengan parti bukan dengan orang.
"Tak ada orang tu pun (Anwar) tak ada masalah. Waktu kita tubuhkan barisan alternatif dahulu pun Anwar masih di dalam (penjara)," katanya.
Mengenai DAP pula Datuk Mustafa Ali menyifatkan Lim Guan Eng bermulut celupar berhubung kemelut isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diluluskan kerajaan DAP Pulau Pinang. Mendakwa Setiausaha Agung DAP itu berbohong, Mustafa yang juga Setiausaha Agung PAS mencabar untuk bersemuka dengan Lim bagi menyelesaikan isu berkenaan.

"Saya tidak pernah berbincang dengan Guan Eng atau dihubungi berkait dengan isu enakmen pilihan raya PBT sebelum enakmen itu dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 2012.
"Tapi saya mengaku selepas beberapa hari enakmen itu diluluskan, beliau ada hubungi saya melalui telefon," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, Rabu.

Mustafa berkata demikian bagi menjawab tuduhan Lim bahawa beliau dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bercakap benar apabila menyatakan mereka tidak dimaklumkan mengenai enakmen pilihan raya PBT yang diluluskan kerajaan Pulau Pinang. (IH/Sumber mStar)

4 comments:

Anonymous said...

Semasa Barisan Alternatif padu dulu, memang benar Anwar dlm tahanan penjara tetapi lebih benar lagi ketika itu presiden PAS adalah Almarhum Ustaz Fadhil Noor yg langsung tiada kepandaian sebagai nelayan. Ustaz Fadhil tidak kluk klek bila bercakap, tidak pernah u-turn dlm membuat keputusan dan juga tidak pernah membuat fitnah pil kuda, broker serta membaruakan orang lain, TIDAK PERNAH!

5sal said...

saya setuju ngan anon 12:48 tu, macam hj hadi tuduh orang juai pil kuda,jadi barua la tak celupaq ka? jangan nampak orang lin ja yang mulut celupaq.ada sorang ustaz yang duk perli yb husam fb tu tak celupak.dulu ustaz ni gak suruh yb hanipa dan yb khalid kuar pas.bila kena puak kita mulut celupaq kita senyap.

Unknown said...

HAJI HADI PERLU LETAK JAWATAN. FULL STOP.

Anonymous said...

Daripd kau ungkit psl fadil tu baik kau minta nabi muhammad muncul depan kau. Yg dah mati tu biarlah. Nak ungkit boleh tp kalau orang ungkit kita marah. Puji pujipun tak dapek lelong putrajaya gak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails