Sunday, January 25, 2015

Presiden PAS Duduk Bersebelahan Presiden PasMa .. Syabas!

SYABAS kepada Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawaw!

Ini kerana beliau menganjurkan majlis pertemuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan beliau Presiden PasMa, di Kuala Kedah semalam.

Mungkin ini mengejutkan pelbagai pihak kerana PAS sebelum ini membuat keputusan, semua pimpinan parti itu tidak boleh menyertai sebarang majlis anjuran PasMa. Namun Phahrolrazi berharap pertemuan semlam memberi satu harapan baik agar kedua-dua pihak dapat berbaik selepas ini.

"PasMa tidak ada sebarang perasaan permusuhan terhadap PAS kerana kita NGO yang menyokong Pakatan Rakyat," kata Phahrolrazi.

Abdul Hadi bersama anggota Dewan Harian PAS, termasuk Naib Presiden Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah  di Kuala Kedah.

Mereka menyertai Majlis Jamuan Rakyat di mana PAS Kawasan Kuala Kedah yang dipimpin Phahrolrazi merupakan tuan rumahnya sempena lawatan mereka ke Kedah. Majlis jamuan rakyat itu diadakan di Markas PAS MTD Anak Bukit di Alor Piai, Kuala Kedah dan disertai pelbagai lapisan masyarakat.

Abdul Hadi dilihat duduk di sebelah Phahrolrazi ketika majlis jamuan rakyat itu dan mereka dilihat berbual mesra.

"Kami berbual biasa sahaja, tidak sentuh hal politik," kata Phahrolrazi yang menolak adanya sebarang perbincangan antara mereka.

PasMa yang mengadakan pertemuan buat pertama kali pada 31 Ogos tahun lepas di Kota Baru, Kelantan, kononnya dituduh menjadi duri dalam daging oleh sesetengah pimpinan PAS kerana hubungan baik dengan DAP dan PKR yang kini agak renggang. Bermula dengan Majlis Syura Ulama yang menasihatkan ahli PAS menjauhkan diri dari PasMa, mesyuarat AJK Pusat November lepas juga membuat keputusan sama.

Namun selepas pertemuan semalam, Phahrolrazi berharap dapat mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan utama PAS bagi membincangkan hubungan antara mereka, kerana beliau sendiri masih ahli dan pemimpin parti itu.

"Pertemuan hari ini mungkin satu permulaan yang baik. Kita harap dapat mengadakan perbincangan dengan pimpinan utama pusat selepas ini," kata Phahrolrazi.

Sebelum ini beliau pernah mengadakan perbincangan dengan wakil PAS iaitu Salahuddin Ayub dan Idris Ahmad dalam satu majlis. Phahrolrazi merupakan bekas Timbalan Pesuruhjaya Kedah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kundor, dan YDP PAS Kawasan Kuala Kedah  yang sudah sepatutnya diberi tugas dan jawatan di dalam Perhubungan PAS negeri Kedah selepas pemergian Ketua Perhubungannya yang lalu.

Syabas, saudara Phahrolrazi!
Dari IBNU HASYIM 

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-94: Ke Arah PasMa, Selamatkan Pakatan?
E-Buku IH-94: Ke Arah PasMa, Selamatkan Pakatan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails