Saturday, February 09, 2013

Perak,Terengganu,BN Tolak Putusan Rakyat-A/Hadi


K/TERENGGANU: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan PAS tidak pernah tidak menerima keputusan rakyat tetapi sikap itu selalu ditunjukkan BN.

"Semasa rakyat Perak menolak BN melalui pru 12, BN bertindak merampas Perak melalui pembelian wakil rakyat untuk merampas Perak kembali.
"Semasa rakyat Terengganu memilih PAS dalam pilihan raya 1999, BN yang rampas royalti minyak dari rakyat Terengganu.
"Jadi sebenarnya siapa yang tidak terima keputusan rakyat. BN atau PAS?" soal TG Abdul Hadi dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Kenyataan yang dikeluarkan melalui Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar itu berikutan kenyataan Perdana Menteri yang disiarkan media hari ini. Dalam kenyataan itu Najib meminta Pakatan Rakyat menerima keputusan rakyat dalam pilihan raya umum nanti.

Bagi Presiden PAS itu, sebelum Najib membuat kenyataan itu dia sepatutnya menilai dahulu tindakannya sebelum ini. Ini kerana tindakan BN sebelum ini yang banyak menafikan hak rakyat untuk memilih.

Bagi beliau, tindakan BN menarik royalti minyak dari kerajaan negeri Terengganu selepas rakyat memilih PAS untuk mentadbir negeri itu dalam pilihan raya 1999 membukti sikap BN sebenarnya yang tidak boleh menerima keputusan rakyat.(IH/Hrkh)

Kristian (K)Tolak Maknyah Jadi T/Speaker Parlimen

GRODZKA


WARSAW - Ahli-ahli Parlimen Poland semalam menghalang usaha seorang mak nyah, Anna Grodzka untuk menjadi timbalan speaker selepas pencalonannya mencetuskan perasaan tidak selesa dalam kalangan masyarakat Kristian Katolik di negara ini.

Para penyokong Grodzka berkata, Parlimen telah kehilangan peluang untuk menunjukkan bahawa negaranya mempunyai nilai-nilai masyarakat terbuka kerana tidak memilihnya menjadi timbalan speaker.
Seorang ahli perniagaan yang mempunyai ijazah psikologi, Grodzka sebelum ini merupakan seorang lelaki yang menggunakan nama Krzysztof Begowski.
Dia menukar jantina tiga tahun lalu.

Grodzka dipilih menjadi anggota Parlimen mak nyah pertama pada Oktober 2011. Ketika ditanya jika kemungkinan dia akan kehilangan jawatan itu, Grodzka berkata: "Saya berasa kesal tentangnya."
Dia gagal untuk menjadi timbalan speaker selepas pemegang jawatan itu membuat keputusan untuk tidak meletakkan jawatan. - Agensi

11 Projek Sakit Semasa BN Memerintah Kedah

Kami Yakin Anda Sangat Setuju Dengan Banner Ni... Kan?

Bayangkan RM403 Juta Yang Sepatutnya Rakyat Kedah Dapat Manfaatnya Telah Diseleweng Oleh UMNO...
11 Projek Sakit Semasa BN Memerintah Kedah Mengakibatkan Kerajaan PR Kini Menanggung Beban Akibat Disaman... Ingat..! Apabila Kerajaan Membayar Bermakna Kita Juga Menanggung Bebannya! (Hrkh)

Air: S'ngor Jelaskah, 663J Liter Sehari Hilang..

 
KL: Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan penjelasan khas berhubung isu air Selangor dalam akhbarnya Selangorkini edisi terbaru. Penjelasan itu dilihat sebagai menjawab tohmahan yang dibuat Syabas melalui risalah yang diedar di beberapa kawasan khususnya yang terlibat dengan gangguan bekalan air baru-baru ini.

Antara kandungan dalam akhbar itu, Kerajaan Negeri Selangor mengemukakan fakta kegagalan Syabas menguruskan air di negeri itu. Antara kegagalan itu termasuk gagal mengedarkan dengan baik air mentah yang dirawat, tangki dan pam tidak diselenggara serta pemantauan yang lemah sehingga air hilang akibat bocor dan dicuri.

Selain itu, ianya juga turut menjelaskan berhubung pendirian Syabas untuk menaikkan tarif air tetapi pada masa sama peratus Non Revenue Water (NRW) tidak dikurangkan. NRW adalah kadar air yang hilang akibat paip bocor dan dicuri.

Dalam penjelasan itu, mereka mendakwa NRW ketika ini adalah 33 peratus. Ia bermakna daripada 100 unit air terawat di dalam loji, hanya 67 unit sahaja sampai kepada pengguna manakala bakinya 33 peratus atau 663 juta liter sehari hilang entah ke mana.

"Mengikuut perjanjian penswastaan 2004, jika tarif air ingin dinaikkan, peratus NRW perlu diturunkan," kandungan akhbar itu dipetik.

Oleh yang demikian, kerajaan negeri terpaksa menyekat Syabas menaikkan tarif air kerana syabas gagal menurunkan kadar NRW. Selain itu, mereka juga turut menjelaskan berhubung isu Capex dan punca kepada masalah berlakunya gangguan air baru-baru ini. (IH/Hrkh)

Friday, February 08, 2013

Dituduh Ganas, Yazid Sufaat Diseret 'Hantu ISA?

 
AMPANG: Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat  hari ini dituduh di bawah seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) di Mahkamah Majistret Ampang kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan.

Yazid dituduh melakukan kesalahan menjalankan pelakukan perbuatan keganasan dengan niat untuk memajukan suatu tujuan ideologi, dan perbuatan tersebut boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Syria.

Pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Zulyana Zulkipli. Yazid dituduh melakukan perbuatan itu di alamat DL 11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya, Ampang.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan denda. Kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Yazid ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) di Kantin Mahkamah Tinggi Jalan Duta jam 12.30 tengah hari semalam. Isteri Yazid, Chomel Mohamad turut hadir ke mahkamah ditemani seorang anak perempuannya.

Beliau kelihatan tenang sepanjang menunggu Yazid dibawa dari Mahkamah Jalan Duta dan sewaktu pertuduhan dibacakan. Sementara itu, seorang lagi yang turut didakwa ialah Halimah Hussein yang dituduh bersubahat dengannya di alamat yang sama. Halimah dituduh bersubahat dengan Yazid menggalakkan perbuatan keganasan dengan niat untuk memajukan suatu tujuan ideologi dan perbuatan tersebut boleh semunasabahanya dianggap semunasabahnya sebagai berniat mengugut orang awam di Syria.

Halimah dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574). Yazid dan Halimah diwakili peguam Amir Hamzah Arshad, Fadiah Nadwa Fikri dan Afiq M Noor. Sementara pendakwaan dijalankan Datuk Mohd Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusof, dan Dusuki Mokhtar.

Timbalan pendakwa raya juga memohon kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin kerana mereka ditahan polis menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang tidak membenarkan ikat jamin. Yazid dan Halimah ditahan semalam bersama seorang lagi iaitu Muhammad Hilmi Hasim di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), sekaligus menjadikan mereka mangsa pertama akta yang menggantikan ISA.

Namun, Hilmi tidak dibawa ke mahkamah pagi tadi. Sosma yang diwartakan pada Julai 2012 itu membolehkan individu ditahan selama 48 jam tanpa bantuan guaman, serta penahanan dilanjutkan sehingga 28 hari tanpa proses mahkamah. (Hrkh)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Yazid Sufaat  hari ini dituduh di bawah seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan (Akta 574). Apakah 'hantu ISA' sudah menjelma lagi? Menakut-nakutkan orang ramai menjelang PRU 13 ini? Jaga heeeeee!

Lihat sebelum ini..

Bintang Porno Pun Boleh Goyang Parlimen

Bintang porno pun menggoyang parlemen
KELMARIN dunia dikejutkan dengan berita seorang bintang porno asal China berjaya menjadi penasihat sebuah kota di Negara China atau disebut juga Negeri Tirai Bambu.

Perempuan itu bernama Diana Peng. Masuknya Peng ke dunia politik China menimbulkan polemik dan pertanyaan sekitar cara dia mendapatkan jabatannya. Ini dilema lantaran banyak pejabat China tersandung kes video porno, malah salah satu pelakon industri itu, menampakkan muka dan menempati posisi terhormat seperti dilaporkan akhbar the Times of India (7/2).

Peng bukan satu-satunya pelaku filem porno mempunyai jabatan publik. 

Sebelumnya aktris filem syur bernama Anna Ilnona Staller menjadi anggota parlemen Itali. Staller lahir di Hungaria 26 November 1951 secara mengejutkan maju menjadi calon anggota parlemen dari Partai Lista del Sole. Lalu dia berpindah ke Partai Radikal Partito berslogan melawan senjata pemusnah massal dan dominasi Pakta Pertahanan Atlantik Utara (NATO). 

Di partai inilah dia berjaya dipilih pada 1987. Dia menjalani masa tugas saat pecah perang telu. Dikatakan Staller menawarkan tidur dengan pemimpin Irak masa itu, Saddam Hussein, agar tercipta perdamaian. Gara-gara terlalu vulgar dia tidak lagi terpilih pada 1991. Berkali-kali Staller mencalonkan diri di dunia politik. 

Mulai menjadi Wali datuk bandar Milan hingga parlemen Hungry tempat dia dilahirkan. Hasilnya masih jauh dari harapan. Meski demikian, perempuan itu tetap aktif berpolitik. Dia pun sempat kembali menawarkan diri bercinta dengan Saddam agar pemimpin itu mahu diinterogasi mngenai kepemilikan senjata pemusnah massal.

Dia tak berhenti sampai situ saja. Staller juga berulah menawarkan seks pada Usamah Bin Ladin agar mau menyerahkan diri semasa menjadi buruan Amerika Syarikat sebab peristiwa runtuhnya menara kembar World Trade Center 9 September 2001, seperti dilaporan BBC (2011).

Kini dia mendirikan Partai Demokrasi Alam Cinta (DNA) bersama pasangannya Luca di Carlo. Partai ini bakal bersaing dalam pemilihan umum Italy 24 Februari mendatang. Slogan mereka menyokong pernikahan sesama jenis sebagai bahagian dari Hak Asasi.

Staller memang berbeda, berani, dan vulgar. Semasa masih aktif di parlemen, dia selalu menggunakan pakaian serba terbuka dan payudaranya menyembul di mana-mana. Dia menggunakan gratifikasi seks untuk memuluskan kariernya di panggung politik Negeri Pizza itu. (IH)

Diego Michiels Pemain Bolasepak Pilih Islam.

Di sela persidangan, Diego memutuskan memeluk Islam

SUKAN 
JAKARTA: Seorang pemain bola sepak Nasional Indonesia keturunan Belanda, Diego Michiels memutuskan untuk berhijrah agama memeluk Islam. Keputusan ini diambil Diego setelah sebelumnya berkonsultasi dengan salah satu kuasa hukumnya, Kapitra Ampera.

"Hal yang mengejutkan, Diego ternyata banyak menyimpan referensi tentang Islam dan dia memutuskan untuk memeluk Islam di bawah bimbingan saya," ujar Kapitra di Gedung Pengadilan Negeri (PN) Jakarta Pusat, Jl Gajah Mada, Jakarta, Khamis (7/1).

Pada kesempatan yang sama, Diego mengaku telah lama tertarik dengan Islam. Hal ini disebabkan Diego telah lama hidup dan tinggal dalam komuniti muslim. Selain itu, Diego menambah kata Mohammad dalam nama lengkapnya. Kini, namanya menjadi Diego Mohammad Bin Robby Michiels.

"Ketertarikan ini murni berasal dari dalam diri saya. Tidak ada tekanan dari pihak manapun. Juga bukan karena kekasih saya seorang muslimah," terang Diego.

Proses pembacaan lafal Kalimah Syahadat disaksikan oleh tiga orang saksi iaitu Riandi Rusman, Vidi Galenso dan Elza Syarief. Diego sempat mengambil air wudhu sebelum mengucapkan kalimah syahadat.
(IH)

Lihat, mereka yang pilih Islam.. 
E-Buku IH-43: Kisah-supersoulmate Saya Pilih Damai ... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-supersoulmate Saya Pilih Damai ...  Islam

K'tan Undang Kebudayaan Cina,Bukan Korea RM2J




KOTA BHARU: Ketika BN Pulau Pinang bertegas untuk membawa artis popular Korea Psy dengan kos RM2 juta, berlainan pula dengan kerajaan Kelantan yang akan mengundang peserta kebudayaan Cina dari Pulau Pinang ke Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar), berkata sempena menyambut Tahun Baru Cina, kerajaan Kelantan akan menganjurkan persembahan kebudayaan Khas.

Takiyuddin berkata demikian pada sidang medianya petang semalam, di Kota Darul Naim. Menurutnya, kerajaan Kelantan akan menjemput kumpulan kebudayaan dari Pulau Pinang untuk membuat persembahan kebudayaan masyarakat mereka di Jalan Kebun Sultan, pada 20 Febuari ini.

Program yang dianjurkan selepas Chap Goh Meng, sempena majlis Jamuan Mahabbah. “Memang kita tidak  ada persembahan khas kebudayaan Cina seperti changgay dari Kelantan, jadi kita jemput kumpulan kebudayaan dalam negara juga, walaupun di luar Kelantan dan bukannya luar negara,”ujarnya.

Walaupun kos sebenar yang turut melibatkan jamuan untuk seluruh rakyat Kelantan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama yang juga akan diadakan pada hari itu. Takiyuddin juga turut majlis berkenaan dianjurkan kerajaan negeri bersama portfolio anggota exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah. “Program ini akan diadakan di Pusat Khidmat Adun Kota Lama, Jalan Kebun Sultan.

Sementara itu, pada 15 Febuari ini pula diadakan sambutan sempena Tahun Tahun Baru Cina juga akan diadakan di Pusat Khidmat Dun Kota Lama bermula 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Menurut Takiyuddin, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan hadir pada majlis itu.(Hrkh)

Abby Abadi 'cool', Hasil Tarbiah PAS?



KL: Kalau hendak dicari bekas isteri mana yang paling ‘cool’, Abby Abadi satu-satunya insan yang kami boleh lihat sekarang. “Apa tidaknya, selepas pelbagai kontroversi dilaluinya selama ini, tiba-tiba saja hubungannya bersama Memey dan Norman menjadi jernih,” tulis blogger Omak Kau!.

Kini, menerusi laman Instagram Abby, pelakon ini telah memuatnaik sekeping foto dirinya sedang mendukung anak pertama Memey Suhaiza.

Itulah hasil tarbiah duduk dalam jamaah Islam PAS. PAS bukan parti politik sahaja, tapi mentarbiah ke arah keindahan Islam. (IH)

KDN Sahkan Militan & Ganas Penahanan 3 Individu

Published on Feb 7, 2013
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan bahawa tiga individu yang telah ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOA) untuk militan dan keganasan.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata,tiga individu itu telah ditahan dalam satu operasi tetapi beliau enggan mendedahkan butiran lanjut tentang penangkapan tersebut.Hishammuddin juga menegaskan,kerajaan beri jaminan tidak akan ada penyalah gunaan kuasa kerana ia akan menjejaskan kementerian dan menekankan bahawa kerajaan komited dalam melindungi hak individu.

Maklumat lanjut layari :
http://klpos.com/ekslusif/40772-kdn-s...

Blogger IH Mohon Maaf Kpd Kawan2 Di Kedah.


SAYA Ibnu Hasyim memohon maaf kepada kawan-kawan dari Pakatan Rakyat di Kedah yang menjemput saya berceramah mulai hari ini hingga beberapa hari seterusnya, tidak dpat hadir kerana berlaku sedikit kemalangan ke atas  diri saya. 

Keuzuran sangat dikesali, kerana segala persiapan telah diaturkan. As-salamu 'alaikum
-dari IBNU HASYIM

Rogol, Lumpuhkan Dg 'Tangan Besi. -KDN India.


MASALAH kekurangan polis wanita di India perlu diatasi segera bagi membantu mengendalikan kes berkaitan rogol dan kewanitaan.

MENTERI Dalam Negeri India, Sushil Kumar Shinde berkata, India perlu melumpuhkan jenayah terhadap kaum wanita dengan 'tangan besi'.

"Kes rogol hingga mengakibatkan kematian seorang pelajar pada Disember lalu memberi impak yang besar terhadap negara ini. Justeru, sebagai permulaan, kerajaan mahu lebih ramai wanita direkrut sebagai anggota untuk bertugas di setiap balai polis yang terdapat di New Delhi," tegas Shinde.

Berikutan itu, Shinde telah mengadakan satu mesyuarat tergempar bersama pegawai-pegawai penguat kuasa undang-undang dari seluruh India untuk mempertimbangkan kaedah bagi meningkatkan perlindungan terhadap kaum wanita. Beliau memberitahu perwakilan bahawa keseluruhan sistem perlu dinilai semula.

"Tragedi sebegini dan kemarahan terhadap wanita serta kelemahan penguatkuasaan undang-undang dalam masyarakat, tidak boleh diterima untuk sistem demokrasi yang kita laksanakan. Ia perlu dibendung segera," ujar beliau. 

Kenyataan itu senada dengan kenyataan yang dilontarkan peguam bela Mahkamah Agung, Priya Hingorani yang mengatakan: "Walaupun pendidikan dari semasa ke semasa boleh menggalakkan kesaksamaan gender dan membantu mengubah pemikiran, pada pandangan saya, literasi undang-undang ialah keperluan utama saat ini."

Sebelum itu, Shinde mengumumkan bahawa setiap daripada 166 balai polis di seluruh New Delhi akan mempunyai pegawai wanita yang boleh ditemui setiap masa. Selain itu, lebih ramai wanita akan direkrut di seluruh negara untuk bergelar anggota polis. Buat masa ini, kebanyakan balai polis di bandar tersebut tidak mempunyai wanita sebagai kakitangan mereka. Lantaran itu, sesetengah pegawai berkata, situasi tersebut menyebabkan mereka sukar untuk membantu mangsa wanita.

TUNJUK perasaan dan bantahan terhadap jenayah rogol di India semakin mendapat perhatian masyarakat dunia. 

"Dalam hal ini, setiap balai polis perlu memiliki sekurang-kurangnya sembilan pegawai wanita untuk menjadikan mereka lebih prihatin kepada keperluan golongan Hawa," tambah Shinde.

GANGGUAN seksual terhadap wanita India sering berlaku terutama di dalam pengangkutan awam seperti komuter. 

Dalam pada itu, pihak berkuasa mengumumkan siri kaedah kawalan keselamatan yang bertujuan untuk menjadikan bandar tersebut lebih selamat. Ini termasuk melakukan lebih banyak rondaan malam oleh polis, pemeriksaan terhadap pemandu bas dan pembantu mereka serta mengharamkan langsir atau cermin gelap pada kenderaan awam seperti bas.

Kerajaan juga telah menubuhkan satu jawatankuasa seliaan hakim bersara Mahkamah Agung untuk mengesyorkan perubahan pada undang-undang antirogol. Tidak ketinggalan, satu talian bantuan telah dilancarkan untuk wanita yang berada dalam kesusahan. Ia disambungkan terus ke balai polis di seluruh bandar.

Dalam perkembangan lain, sejak berlakunya kes rogol Jyoti, seorang perunding kecantikan, Geeta Misarvan, 34, mengakui dia akan cuba pulang kerja lebih awal dan melahirkan rasa tidak percaya terhadap keupayaan polis untuk melindunginya.

"Tiada tempat di negara ini yang selamat. Saya bimbang dengan masa depan anak perempuan saya yang membesar di sini. Sudah pasti dia akan berdepan masalah dan risiko sama yang saya hadapi setiap kali meninggalkan rumah," keluh Misarvan. (IH)

Lihat setrusnya..

E-Buku IH-64: Rogol Di India
E-Buku IH-64: Rogol Di India

Wanita Dipenjara Kerana Isyarat lucah. Wajarkah?

SOTO (kanan) terkejut apabila Rodriguez-Chomat menaikkan jaminan terhadapnya di sebuah mahkamah di Miami pada Isnin lalu. 

Wanita dipenjara kerana isyarat lucah
MIAMI, Amerika Syarikat - Seorang wanita, Penelope Soto dipenjarakan kerana menghina mahkamah selepas dia membuat isyarat lucah semasa kes dadahnya didengar di sebuah mahkamah di sini pada Isnin lalu. Kejadian itu bermula semasa Soto ketawa ketika Hakim Jorge Rodriguez-Chomat bertanya kepadanya nilai barangan kemas miliknya ketika dakwaan dia memiliki dadah dibicarakan.

Hakim tersebut mengemukakan pertanyaan itu kerana mahu menilai aset yang dimiliki wanita berusia 18 tahun itu. Rodriguez-Chomat kemudian memberitahu Soto untuk bersikap lebih serius selepas dia ketawa.
Bagaimanapun, Soto menyatakan, dia memang bersikap serius. Hakim itu kemudian menetapkan jaminan sebanyak AS$5,000 (RM15,457) dikenakan kepadanya sebelum mengungkapkan perkataan bye-bye.
Soto ketawa lagi dan membalas dengan perkataan adios yang bermaksud selamat tinggal.

Bagaimanapun, Rodriguez-Chomat kembali memanggil semula Soto dan meningkatkan jaminan terhadapnya sebanyak AS$10,000 (RM30,915). Soto kemudian bertanya sama ada hakim tersebut serius dengan keputusannya itu.

"Saya serius, adios," kata Rodriguez-Chomat. Soto kemudian menunjukkan sebatang jarinya yang merupakan isyarat lucah. Hakim itu sekali lagi memanggilnya dan menjatuhkan hukuman penjara selama 30 hari ke atas Soto kerana membuat isyarat tersebut. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Wajarkah?

Wanita Muda Ini, Dibogel, Dibakar Hidup-hidup..

SEJUMLAH orang menyaksikan seorang wanita dibakar bersama timbunan sampah dan tayar di Mount Hagen, Papua New Guinea pada Rabu lalu. 

Ahli sihir mati dibogel, dibakar
SYDNEY: Seorang wanita muda, Kepari Leniata dibogelkan sebelum dibakar hidup-hidup di depan sejumlah orang di Papua New Guinea, menurut laporan semalam. Wanita itu diikat dan didera sebelum tubuhnya dicurahkan minyak serta dibakar bersama timbunan sampah dan tayar pada Rabu lalu.

Menurut akhbar Post-Courier, wanita berkenaan dibakar kerana dia didakwa membunuh seorang budak lelaki berusia enam tahun menerusi ilmu hitam. Kejadian itu berlaku di bandar Mount Hagen di pulau tersebut. Sebuah jentera bomba datang ke lokasi kejadian. Bagaimanapun, beberapa orang mengejar jentera tersebut yang kemudian meninggalkan tempat kejadian.

Wanita itu mati di tempat kejadian. Menurut laporan, wanita berkenaan mengaku membunuh budak itu yang mati selepas dimasukkan ke sebuah hospital dengan sakit di bahagian perut dan dada pada Selasa lalu. Menurut polis, pihaknya melakukan persediaan untuk mendakwa orang yang bertanggungjawab membakar wanita berkenaan. Polis berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai pembunuhan. - AFP

Tv AS CBS Larang Selebriti Berpakaian Jolok Mata

LOPEZ pernah memakai pakaian yang hampir mendedahkan payudaranya semasa Anugerah Grammy berlangsung pada tahun 2000 di Los Angeles. 

Grammy 'larang' selebriti berpakaian menjolok mata
LOS ANGELES - Stesen televisyen gergasi Amerika Syarikat, CBS dilaporkan mengeluarkan satu memo etika berpakaian kepada para selebriti yang akan menghadiri Anugerah Grammy, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.

Memo berkenaan melarang para selebriti terutama tetamu wanita memakai pakaian yang mendedahkan bahagian payudara, punggung dan kemaluan. "Sila pastikan bahawa bahagian punggung dan payudara ditutup dengan secukupnya," kata memo yang diedarkan kepada tetamu dan wakil selebriti.

Kandungan memo tersebut turut menasihatkan agar selebriti wanita mengelak mengenakan pakaian jarang yang menampakkan payudara dan bahagian sulit. Satu sumber memberitahu, memo itu dikeluarkan Jabatan Amalan dan Piawaian CBS bagi membendung unsur-unsur lucah dan bogel.

Antara selebriti yang pernah berpakaian mendedahkan sebahagian besar tubuh mereka semasa menghadiri Anugerah Grammy ialah Toni Braxton, Lady Gaga dan Jennifer Lopez. Anugerah berprestij kali ke-55 itu bakal berlangsung pada 10 Februari ini di Pusat Staples, Los Angeles. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Islam sudah lama melarang dan tahu bahayanya, kerana itu mewajibkan muslimatnya menutup aurat.

Pulau Sepanggar Mencuit Kenangan Lamaku -IH

Datei:KotaKinabalu Sabah PulauSapanggar-02.jpg 
 Pulau sepanggar, Kota Kinabalu Sabah

CATATAN SANTAI (Kenangan Perjalanan siri 1)

MEMBACA berita Harakah hari ini (4/2/13), penduduk Pulau Sepanggar, Kota Kinabalu, terletak kira-kira 10 hingga 15 minit dari Pulau Gaya mempunyai hanya kira-kira 400 penduduk di 70 buah rumah merintih diabaikan BN (Barsan Nasional) sekian lama.

Ketua Penduduk Pulau Sepanggar yang juga Ketua SAPP (Sabah Progressive Party), Haji Ahmad Abu Bashar berkata sudah sekian lama penduduk Pulau Sepanggar diabaikan kerajaan BN. Katanya, infrastrukur Pulau Sepanggar tidak dibangunkan dan masjid yang ada juga uzur tanpa dipedulikan oleh kerajaan BN. Lebih teruk, kebajikan penduduk seperti kesihatan juga diabaikan.

Kata berita itu lagi, semalam rombongan PAS yang diketuai Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Nik Muhammad  Zawawi Nik Salleh telah berkunjung ke Pulau Sepanggar untuk meninjau keadaan penduduk dan menjalin ukhuwah Islam.

“Kami datang memahami masalah mereka dan juga mengambil kesempatan untuk mengadakan sambutan dan penghayatan kepada Maulidur Rasul,” kata Nik Zawawi ketika dihubungi Harakahdaily. 

Di dalam lawatan ini juga, Nik Zawawi berkata PAS memberikan pemeriksaan kesihatan percuma. Program kebajikan itu disambut meriah. Hampir semua penduduk Sepanggar hadir dan mereka semua menyokong PAS, katanya. Al-hamdulillah. 
  

Berita ini mencuit kenangn lamaku semasa menziarahi Pulau Sepanggar kira-kira 39 tahun lalu iaitu pada tahun 1984. Waktu itu aku bersama Ustaz Omar Hasyim dan Ustaz Zakairia Al-Ansari dari Kelang. Kami pergi ke negara Brunei Darussalam, atas urusan pembinaan Sekolah agama Ustaz Zakaria di Selangor, pada masa tu.

Selesai tugas, semasa di Labuan, kami berpecah, aku ke Kota Kinabalu, melalui jalan darat. Di Beaufort semasa naik teksi bersama,aku bertemu seorang pelaut dari suku kaum Bajau, berumah dalam laut di pinggir Pulau Sepanggar dalam daerah Kota Kinabau. Dia mengajak aku ke rumahnya untuk melihat kehdupan kaum nelayan Bajau. Aku setuju, bagai orang mengantuk disurungkan bantal. 

"Ayuh!",kataku. Namanya Qasim. hampir sebaya umurnya denganku. 

Malam itu, aku tidur di rumahnya. Dingin angin malam memamah tubuh kami. Dia, isteri, anak-anaknya masih kecil, dan ayahnya yang sudah tua, kami duduk di anjung terbuka mengadap ke laut lepas, membelakangkan pantai. Terasa gegaran ombak menghempas diri di tiang-tiang dan dinding rumah kayu di dalam air itu.
 
 
Di langit, bebintang berkerdipan mengelilingi bulan yang satu, seolah-olah menyambutku sebagai satu-satunya tetamu bidan terjun menziarahi mereka malam itu.

Terngiang-ngiang di telingaku orang tua itu bercerita..

"Kami orang Bajau, dan kumpulan yang sama telah menetap di pantai barat dan timur Sabah sejak beberapa ratus tahun.. diiktiraf sebagai penduduk asli antara bumiputera terbesar di negeri Ѕabah dan sekitarnya.

"Kami bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat, di samping menunggang kuda. Bajau di Pantai Timur Ѕabah sebagai nelayan, penyelam yang mahir, dan pengutip hasil laut menggunakan cara penangkapan tradisional pada masa dulu." Jelas dia.

Di Sabah, Orang Bajau boleh dibahagikan kepada.. 
  • Orang Bajau Pantai Barat yang menetap di sekitar Putatan, Tuaran, Kota Belud dan Papar. 
  • Manakala Orang Bajau Pantai Τimur pula menetap di sekitar Κudat, Ѕandakan, Lahad Datu, Κunak, Semporna dan Tawau.
 
Kaum nelayan Bajau, ramai tinggal di daerah Ѕemporna sementara di daerah Kota Belud, Papar dan Tuaran mereka adalah nelayan, pesawah, penternak dan bercucuk tanam. Bajau Кota Вelud pula digelar 'Koboi Sabah' mini, kerana sudah lama terkenal sebagai penunggang kuda yang handal.

Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna pula mendapat gelaran istimewa dan unik seperti “sea gypsies, Panglima Dilaut, Pelaut dan Pelayar Terunggul.” Bajau asal daerah Kota Belud dan Tuaran pula dikatakan di kenali di dunia sebagai 'cowboy of the east'. Di samping kecekapan menunggang kuda, mereka juga pakar dalam pembuatan pedang Samurai. 

Dipercayai di perturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau dan Irranun di Kota Belud. Pedang Samurai dari Kota Belud amat tinggi kualiti dan senang di dapati hingga menjadi tarikan dan cenderahati, yang boleh di beli pengunjung.

Orang Bajau Pantai Вarat adalah berbeza dengan Orang Bajau Рantai Timur khususnya daerah Lahad Datu dan Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian tradisi, adat resam dan budaya hidup adalah sangat berbeza. Masyarakat Bajau Pantai Barat banyak yang terlibat dengan pertanian sawah padi, manakala masyarakat Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut.

"Nasi pun sudah turun ke perut, hari sudah larut malam, ayuh, kita tidur!" kata ayah si Qasim kepada kami. Kerana sebentar tadi, kami makan malam bersama-sama. Makan nasi berlaukkan udang besar dan sayur, sedap! 

Aku beli udang besar itu sewaktu akan datang, dan singgah di tempat jualan barangan laut, Kota Kinabalu.. Terliur aku, udang besar, segar, baru naik dari laut, sudah tentu manis rasanya. 

"Murah!", kataku.

"Murah?" jawab Qasim, sambil geleng kepala. "Walaupun kami anak laut, tapi kami tidak berani makan udang sebesar itu, kalau dapat tangkapan pun, kami jual, kerana harganya sangat mahal.. tidak imbang dengan hasil pendapatan kami."

Kata-kata yang membuat aku termenung diam, begitulah taraf kehidupan kaum nelayan dipinggir Pulau Sepanggar, yang mewakii rata-rata kaum Bajau  seluruhnya. Kehidupan masyarakat 'double standart' di Malaysia.

Bersambung, insya Alah. Wassalam.

Lihat sebelum ini..
Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com    
4 Feb 2013
KL


Sila lihat...
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

Thursday, February 07, 2013

Rumah M/Milik: 13 Perkara PP Bongkar Tipuan PM


 
GEORGE TOWN: Hari ini Ketua Menteri(KM) Pulau Pinang Lim Guan Eng, melancarkan pendaftaran Perumahan Mampu Milik yang sekaigus membongkar penipuan Perdana Menteri (PM) mengenai hal tersebut. Pengumuman dibuat di Komtar, Pulau Pinang.

Antaranya mengumumkan 13 perkara berikut..
  • Pendaftaran untuk 1,840 rumah mampu milik di 2 kawasan iaitu Jalan SP Chelliah (1,320 units) di pulau dan Bandar Cassia, Batu Kawan (520 unit) di tanah besar. Pelancaran hari ini adalah permulaan kepada program bercita-cita besar RM500 juta Rumah Mampu Milik yang dijalankan kerajaan negeri Pulau Pinang melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk membina 19,172 unit di seluruh Pulau Pinang, termasuklah di bahagian pulau.
  • RM500 juta ini dapat disediakan berikutan penjualan tanah kerajaan melalui tender terbuka. Kami mahu melakukan lebih lagi untuk Pulau Pinang dengan menjalankan usaha paling besar berbanding mana-mana kerajaan negeri dengan membina 19,172 unit rumah mampu milik. Kerajaan negeri ingin menegaskan bahawa 1,840 unit pertama akan dibina oleh pemaju swasta dan PDC, yang mana akan dikira berasingan.
  • Kerajaan negeri tidak membina apa-apa rumah tetapi membinanya melalui PDC mengikut model yang sama dengan kerajaan Persekutuan yang tidak membina rumah secara terus tetapi melalui agensi mereka, Syarikat Perumahan Awam Negara(SPAN). Ini menolak serangan tidak berasas oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab bahawa kerajaan negeri tidak membina satu pun rumah kos rendah.
  • Sukacita memaklumkan bahawa sejumlah 1,320 unit rumah pangsa kos sederhana rendah dan pangsapuri mampu milik akan dibina di Jalan SP Chelliah sahaja. Ini terdiri daripada 770 unit pangsapuri 700 kaki persegi kos sederhana rendah RM72,500 sebuah, 303 unit pangsapuri 800 kaki persegi berharga RM200,000, 165 unit pangsapuri 900 kaki persegi berharga RM300,000 dan hanya 82 unit pangsapuri 1000 kaki persegi berharga RM400,000. Saya ingin menekankan bahawa pangsapuri bernilai RM400,000 terdiri daripada 6.2% daripada keseluruhan 1,320 unit di Jalan S.P. Chelliah.
  • PDC telah menetapkan dasar ini dari segi bilangan, saiz dan harga unit sebagai keperluan minimum di dalam Permintaan Cadangan (RFP) dengan tender terbuka yang berdaya saing untuk membangunkan projek rumah mampu milik Jalan SP Chelliah mengikut maklumbalas daripada beberapa pemaju. Dalam erti kata lain, sistem tender terbuka berdaya saing yang diamalkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang membolehkan PDC memberikan lebih banyak kepada rakyat Pulau Pinang berdasarkan konsep ‘Harga Rizab’. Setakat ini 17 syarikat telah menghantar tawaran.
  • Memandangkan program Rumah Mampu Milik dijalankan oleh PDC, KM telah mengarahkan Dato Rosli Jafar untuk mematuhi julat harga dan garis panduan yang ditetapkan kerajaan Negeri. Dato Rosli telah mengikut harga siling yang ditetapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2013 September lalu iaitu RM72,500 hingga RM400,000 di kawasan bandar dan RM 72,500 hingga RM220,000 di kawasan luar bandar.
  • Sememangnya siling harga RM400,000 ditetapkan untuk kawasan bandar seperti George Town dan siling harga RM 220,000 untuk kawasan luar bandar seperti Batu Kawan. KM kesal apabila kerajaan negeri dan arkitek profesional seperti Dato Rosli telah diserang dengan penipuan melalui media kawalan BN bahawa hanya pangsapuri RM400,000 sahaja yang dibina. Mereka yang bukannya profesional pun mahu bercakap seperti seorang arkitek. Biarlah arkitek profesional melakukan kerja mereka.
  • Jelas, adalah okey untuk Perdana Menteri melakukan sedemikain tetapi tidak okey untuk kerajaan negeri mengikut apa yang telah dilakukan Perdana Menteri. Hari ini rakyat Pulau Pinang dapat melihat terbongkarnya penipuan mereka kerana kebanyakkan rumah berharga antara RM72,500 hingga RM220,000. Malah juga tidak benar bahawa PDC akan mengaut keuntungan daripada program ini memandangkan ini ialah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat PDC.
  • Untuk Bandar Cassia, Batu Kawan, keseluruhan projek akan memperlihatkan lebih daripada 11,800 unit rumah mampu milik dibina dalam tempoh 10-15 tahun. Buat masa ini, untuk Bandar Cassia Fasa 1, Batu Kawan, akan terdapat 149 unit pangsapuri 800 kaki persegi kos sederhana rendah RM72,000 sebuah. Akan terdapat 98 unit 900 kaki persegi berharga RM168,000 dan 273 unit 1,000 kaki persegi berharga RM220,000 untuk pendaftaran.
  • Bagaimanapun, fasa seterusnya bergantung kepada permintaan pasaran, PDC bercadang untuk meningkatkan secara berperingkat bilangan harga berpatutan pada RM168,000 lebih daripada 60%. Apa yang penting adalah keazaman PDC untuk membina rumah mampu milik dengan kualiti terbaik di Malaysia.
  • Projek Batu Kawan akan direka oleh Surbana International Consultants, yang bertanggungjawab terhadap rumah HDB Singapura yang terkenal di serata dunia. Apa yang kita nampak pada perumahan awam di Singapura dari segi kualiti, rekaan dan konsep harapnya akan ada di Batu Kawan dalam tempoh beberapa tahun.
  • Orang ramai dijemput untuk mengambil peluang mendaftar bagi rumah mampu milik di Komtar Concourse, MPSP Office di Bandar Perda dan pejabat PDC, Bayan Baru bermula hari ini sehingga 7 Mac 2013, dari 9 pagi – 5 petang setiap hari, termasuklah pada cuti umum ketika Tahun Baru Cina ini.
  • Sesiapa dengan pendapatan seisi rumah bulanan tidak melebihi RM3,500 adalah layak untuk memohon unit kos sederhana rendah, manakala mereka yang pendapatan seisi rumah bulanan melebihi RM3,501 layak untuk memohon pangsapuri mampu milik. 
Demikian KM Pulau Pinang melancarkan pendaftaran bagi rumah mampu milik di Jalan SP Chelliah dan Bandar Cassia, Batu Kawan. Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji pada awal Disember 2012 lalu semasa ucapan perasmian Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains,.akan membina sebanyak 20,000 unit rumah mampu milik jika Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula pulau tersebut pada pilihan raya PRU 13 nanti..

Tetapi, hari ini, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah mengumumkan akan membina 19,172 Unit Perumahan Mampu Milik diseluruh negeri Pulau Pinang, yang sekaligus mencipta sejarah sebagai negeri paling banyak membina rumah Mampu Milik berbanding dengan mana-mana Kerajaan Negeri terutamanya yang ditadbir oleh UMNO/BN.

Kesimpulannya, UNDILAH PAKATAN RAKYAT dan ranapkan BN dalam PRU 13 kira-kira sebulan dua lagi ini. 

Perhatian: Artikel ini juga sebagai jawapan kepada pengomen (NaS  dan Ahmad Syukri ) di bawah tajuk Tiada Rumah Mampu Milik Dibina Kerajaan P.Pg?
(IH)

Ha Ha Ha.. Trend Gigi Lompong Pula Landa Remaja!


 

 Ha ha ha.. bukan nenek, tapi remaja meminatinya..

SETELAH trend gigi taring berlapis melanda remaja Jepun, (Lihat  'Yaeba' Gigi Taring Berlapis, Trend Terkini Wanita.. kini trend gigi lompong atau ompong pula melanda remaja Afrika Selatan.

Ya, menjadi lompong kini adalah tren fesyen di kalangan generasi muda di Afrika Selatan, terutama di kota Cape Town. Kedengarannya pelik, anak-anak muda itu mengharapkan gigi mereka menjadi lompong, tidak memiliki gigi depan. Apalagi jika gigi mereka masih sehat dan kuat. Apa yang membuat mereka ingin nampak seperti nenek-nenek yang tiada gigi?

Trend ini disebut 'Smile Cape Flats', berasal dari sebuah lingkungan yang padat penduduknya,  dimana didaerah tersebut anak mudanya biasa memodifikasi tubuhnya menjadi aneh. 

Menurut Friendling Jacqui dari University of Cape Town’s Human Biology mengatakan tred ini menjadi fesyen, kerana tekanan teman sebaya sehingga mereka mencabut gigi depannya, dengan alasan medis atau alasan gangster. 

Walaupun sebenarnya, bergigi lompong sudah diterapkan oleh kalangan nelayan Afrika Selatan agar dapat berkomunikasi satu sama lain di kapal dengan bersiul. Iaitu, dengan tidak ada halangan gigi depan, bersiul makin mudah dilakukan. Sekarang tradisi itu menjadi trend, bahkan berkembang menarik minat wanita, walaupun menjadi lompong kekadang menciptakan kesenjangan ketika bersosial. 

Untuk itu mereka selain mencabut gigi depan, juga membuat gigi palsu yang dipakai semasa kerja. Tidak cuma lelaki yang ingin mencabut giginya, kaum wanitanya juga demikian. Mereka datang ke dokter gigi meminta cabut gigi sihatnya dan sekaligus membuat gigi palsu. 

Menurut Rob Barry dari fakulti kedokteran gigi di University of Western Cape, frekuensi cabutan gigi telah meningkat meskipun dilarang menghapus gigi yang sehat. Untuk gigi palsu kekadang mereka mengkreasikan dengan menambahkan emas, berlian atau platina untuk menaikkan status sosialnya. Tapi kes kecurian gigi palsu melalui perkelahian juga meningkat. 

Ha ha ha.. aneh kan? (IH)

Iklan 'Buka Bajumu', Thai Tersinggung


Acara komedi Amerika Serikat, Saturday Night Live Acara komedi Amerika Serikat, Saturday Night Live (Telegraph)

KELUCUAN dalam acara sketsa komedi populer Amerika Syarikat (AS) bertajuk Saturday Night Live, telah menyinggung pemerintah Thailand. Kelucuan itu adalah iklan yang menawarkan kursus bahasa Thailand oleh perusahaan Rosetta Stone.
Iklan tersebut menampilkan seorang lelaki secara sembunyi-sembunyi mempelajari kalimat yang sering digunakan dalam kehidupan malam di Thailand seperti "buka bajumu" dan "apa itu (tarif.red) untuk semalam?" Lucu yang sepontan menyinggung pemerintah Thailand.

Seperti dilaporkan Telegraph, Selasa 5 Februari 2013, Menteri Pendidikan Thailand, Sonthaya Kunploem, mengatakan pemerintahnya sedang cuba untuk melarang video tersebut diedarkan di internet.

"Iklan itu mengsalahertikan gambaran sebenar Thailand dan rakyatnya," ujar Sonthaya seperti dikutip Telegraph.

Sonthaya menegaskan, Kementerian Pendidikan bekerja sama dengan Menteri Luar Negeri akan mengirim surat protes kepada pemerintah AS dan meminta Kementerian Informasi untuk menghapus video tersebut dari internet. Walaupun rakyat Thailand merupakan pemeluk Budha yang taat, tetapi industri seks di sana tetap bergelumang.

Seperti halnya di sesetengah kota di banyak negara, prostitusi  di Thailand adalah ilegal, walaupun orang ramai boleh dapat dengan mudah. Tayangan di tv NBC ini, mendapat kritikan tajam di forum internet. Namun beberapa warga Thai mengatakan pemerintah tidak dapat menyembunyikan bahawa fakta (industri seks.red) itu memang ada.

"Pemerintah dengan mudah berusaha untuk menutup mata dan tidak memperdulikan tentang masalah ini," tulis Thanachai Chomchurnjai dalam sebuah forum di internet. (IH)

Pembangkang Ditembak, P/Islam Tak Terbabit..


AP: SEORANG lelaki berdiri di lokasi belaid ditembak di Tunis semalam. 

Pemimpin pembangkang Tunisia mati ditembak
TUNIS - Sebuah parti Islam yang menerajui kerajaan campuran Tunisia menegaskan, pihaknya tidak terbabit dalam insiden seorang pemimpin pembangkang, Shokri Belaid ditembak mati semalam.

"Parti Ennahda tidak terlibat dalam kejadian pembunuhan Belaid. Adakah parti pemerintah sanggup melakukan pembunuhan tersebut yang diketahui akan menjejaskan sektor pelaburan dan pelancongan negara?" kata presiden parti berkenaan, Rached Gannouhi dalam satu wawancara bersama agensi berita Reuters.

Beliau sebaliknya menyalahkan pihak yang cuba menggagalkan peralihan demokrasi di Tunisia selepas kebangkitan rakyat berlaku pada tahun 2011. 

"Tunisia berada dalam situasi yang amat buntu sejak revolusi rakyat 2011. Kita sepatutnya berdiam diri dengan tidak terlibat dalam kancah keganasan. Kita sekarang amat memerlukan penyatuan," kata Gannouhi.

Belaid ditembak di luar kediamannya di sini kelmarin dalam insiden yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Hamadi Jebali sebagai pembunuhan politik.

"Mereka yang membunuh Shokri mahu menutup mulutnya," kata Jebali.

Belaid yang meninggal dunia di hospital merupakan pemimpin Parti Barisan Popular. Beliau yang juga seorang peguam dan aktivis hak asasi manusia kerap mengkritik kerajaan dengan menuduh ia menjadi boneka pemimpin-pemimpin Qatar di Teluk Arab tetapi dinafikan oleh Tunisia.

"Belaid mati terkena empat das tembakan di kepala dan dada hari ini (semalam). Ia ialah hari yang menyedihkan untuk Tunisia," kata seorang pemimpin Parti Barisan Popular, Ziad Lakhader.

Berita kematiannya mendorong lebih 1,000 penunjuk perasaan berhimpun di luar Kementerian Luar di sini untuk mendesak kerajaan sedia ada meletak jawatan. - Agensi

Gambar Ini, Hasil BN Memerintah Lebih 1/2 Abad..

ROMPIN: Kampung Jaro antara kawasan di Rompin yang dilanda banjir apabila dinaiki air sejak malam tadi. Seramai 299 mangsa banjir daripada 76 keluarga di tujuh kampung, di sini tepaksa dipindah. FOTO Afif Abd Halim (06/02/2013) myMetro.

Inilah hasil BN (Barisan Nasional) memerintah, sudah lebih dari 1/2 abad.

Gempa Dasar Laut Gegar Kepulauan Solomon


Tsunami
Tsunami kecil
Tsunami kecil melanda kepulauan Soloman, hari ini.
Tsunami kecil Orang ramai pulang ke kediaman masing-masing selepas amaran tsunami ditarik balik di Australia.

HONIARA - Sekurang-kurangnya lima terbunuh gempa bumi kuat berukuran 8 skala Richter menggegar Kepulauan Solomon sehingga mencetuskan tsunami kecil, hari ini. Gempa dasar laut itu menyebabkan ombak setinggi satu kaki membadai sebahagian daripada kepulauan itu termasuk Vanuatu dan New Caledonia.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik menarik balik amaran di wilayah membabitkan negara di kepulauan Pasifik pada jam 3.50 pagi (waktu tempatan) iaitu kira-kira dua setengah jam selepas gempa kuat melanda Kepulauan Santa Cruz di Solomon. Amaran tsunami itu turut dikeluarkan bagi Vanuatu, Nauru, Papua New Guinea, Tuvalu, New Caledonia, Kosrae, Fiji, Kiribati, Wallis dan Futuna.

Pemantauan tsunami turut membabitkan Amerika Samoa, Australia, New Zealand dan timur Indonesia. Pesuruhjaya Polis Kepulauan Solomon John Lansley berkata, lima kematian dicatatkan setakat ini termasuk seorang kanak-kanak di Santa Cruz dengan 80  kediaman di empat kampung disahkan musnah.

"Mangsa maut terdiri daripada seorang kanak-kanak tiga wanita dan seorang lelaki," katanya.

Menurutnya, angka korban dijangka meningkat memandangkan pihak berkuasa menerima banyak laporan orang hilang sejak awal kejadian itu.

"Kami mengarahkan penduduk berpindah ke kawasan tinggi dan anggota keselamatan meningkatkan langkah keselamatan berkuat kuasa serta merta selama 24 jam," katanya.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat, lebih tiga dozen gegaran susulan pada kuatan sehingga 6.6 magnitud menggegarkan rantau ini dalam tempoh sejam selepas gempa bumi. Pengarah Kejururawatan Hospital Lata, Augustine Pilve berkata, lima orang telah terbunuh, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, sambil menambah berkemungkinan lebih banyak mangsa terbunuh yang melibatkan sekurang-kurangnya tiga kampung.
 
"Ini mungkin kerana kampung-kampung lain di sepanjang pantai Santa Cruz mungkin terjejas," katanya.(IH)

Paksa Kahwini Perogol, Usaha Burukkan Islam...

FotoGULNAZ bersama anak perempuannya, Badam Bagh.

Dipaksa kahwin perogol
Kabul: Seorang wanita Afghanistan yang dipenjarakan kerana berzina selepas dirogol suami sepupunya kini dipaksa berkahwin dengan lelaki terbabit untuk memulihkan maruah keluarga dan mengelak dipinggir masyarakat.

Gulnaz, 22, berkahwin dengan perogolnya minggu lalu di Kabul selepas dipenjara 13 bulan. Kisah menyayat hati itu menunjukkan nasib dihadapi beribu-ribu wanita Afghanistan tanpa bantuan undang-undang. Gulnaz didapati bersalah kerana “berzina secara paksaan” ekoran serangan kejam pada 2008 yang menyebabkan dia hamil.

Dia dihukum penjara dua tahun, tetapi ditambah kepada 12 tahun selepas dia merayu. Gulnaz melahirkan anak perempuan, Badam Bagh di penjara wanita di Kabul sebelum Presiden Hamid Karzai membebasnya tanpa syarat pada Disember 2011.

Walaupun bebas dari penjara, Gulnaz hidup terpinggir dan miskin kerana semua golongan ibu tanpa suami di Afghanistan dihindari masyarakat dan keluarga sendiri. Dia disarankan menerima syarat perjanjian dan menemui keluarga perogol itu untuk berunding. Ketika tinggal di penjara, dia dilaporkan menggunakan jarum untuk mentatu nama perogol itu di tangannya sebagai tanda cinta.

Perkahwinan mereka disahkan mahkamah keluarga di Kabul Sabtu lalu, tetapi kebanyakan terbabit dalam kes itu bimbang Gulnaz menjalani kehidupan sebagai hamba kerana menjadi isteri kedua lelaki itu. Malah, terdapat kebimbangan bahawa dia mungkin dibunuh untuk memulihkan maruah keluarga perogol itu.

Heather Barr dari Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan Afghanistan berkata:
“Saya rasa dia tidak memikirkan mengenai dirinya, tetapi lebih kepada anak perempuannya dan diskriminasi yang perlu dihadapinya.
“Tetapi sukar membayangkan kehidupan menanti mereka adalah indah”
“Gulnaz telah sah menjadi isteri kedua kepada lelaki yang merogolnya.
“Sedihnya terdapat berpuluh-puluh lagi kes seumpamanya dan kerajaan gagal mengambil tindakan serius untuk menanganinya.” - Daily Mail

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Berita-berita begini adalah proses mennyerang dan memburuk-burukkan Islam oleh musuh-musuh Islam, terutama di negara yang mereka sendiri musnahkan. Untuk menutupi kejahatan mereka, mereka ciptakan keburukan-keburukan masyarakat yang dikaitkan dengan Islam. Memang haram jadah sungguh!

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-64: Rogol Di India
E-Buku IH-64: Rogol Di India

M'sia, Negara Pembekal Pelacur Di Australia?

Wanita Malaysia diherdik jika enggan melacur

KERATAN akhbar Kosmo! keluaran Selasa lalu yang menyiarkan kisah wanita Malaysia jadi hamba seks di Sydney. 

SYDNEY - Seorang wanita dari Malaysia yang dipaksa menjadi pelacur memberitahu sebuah mahkamah Australia bahawa dia diherdik kerana enggan melakukan aksi seks dan dipaksa bekerja 17 jam sehari di sebuah rumah pelacuran di sini, lapor agensi Australian Associated Press semalam.
Mahkamah Daerah Sydney di sini diberitahu semalam bahawa seorang ibu ayam, Wong Chee Mei mengajar wanita tersebut aksi-aksi seks yang perlu dilakukan dan memarahinya selepas seorang pelanggan mengadu dia enggan melakukan beberapa aksi lucah itu.

Chee Mei, 37, mengaku tidak bersalah berhubung dakwaan menjalankan perniagaan melibatkan perkhidmatan seks dan enam pertuduhan mengupah dan mengeksploitasi warga asing dengan melanggar syarat visa mereka.
Mahkamah mendakwa Chee Mei yang juga dikenali sebagai Yoko menguruskan rumah pelacuran Diamonds brothel di Willoughby, utara bandar raya ini antara 2008 hingga 2010.

Mahkamah diberitahu, dia mengupah enam wanita berdarah India yang direkrut di Malaysia dan dihantar ke Australia dengan menggunakan visa pelajar untuk menjadi pelacur. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siasat lagi, jangan sampai terbongkar Malaysia menjadi negara pembekal pelacur di Australia atau lain-lain negara lagi. Malu kalau di sebut Malaysia negara Islam maju menjadi contoh kepada negara-negawra umat Islam lain di dunia.

Lihat sebelum ini..

P/Legenda Mohd Ali Tidak Nazak -May May Ali



AP GAMBAR fail menunjukkan Ali (kanan) di sebuah stadium di New Orleans pada 2 Januari lalu.

NEW ORLEANS - Seorang anak perempuan kepada petinju legenda Muhammad Ali menafikan khabar angin tentang bapanya itu sedang nazak.

Dia menyatakan bahawa bapanya itu berada di rumah menonton satu perlawanan bola sepak Amerika semasa khabar angin itu tersebar. Anak petinju legenda itu, May May Ali berkata, dia telah bercakap dengan bapanya melalui telefon pada pagi Ahad lalu dan dia berada dalam keadaan sihat. 

Katanya, dia sedang menonton perlawanan di rumahnya di Arizona dengan memakai sehelai jersi pasukan Baltimore Ravens.

"Dia berada dalam keadaan sihat. Suaranya kedengaran baik.
"Khabar angin seperti ini akan datang sekali-sekala tetapi ia tidak membawa apa-apa makna buat mereka," katanya menerusi telefon.

Keluarganya kemudian telah memuat naik sekeping gambar Ali di laman Twitter. Gambar itu memaparkan Ali sedang duduk di atas sebuah kerusi dengan memakai sehelai baju Ray Lewis. Khabar angin itu tersebar selepas sebuah akhbar tabloid Britain memetik kenyataan adik Ali iaitu Rahman yang menyatakan bahawa bekas juara tinju dunia itu semakin nazak.

Laporan kematian Ali itu juga telah tersebar secara meluas di internet. Terdapat ucapan takziah di laman sosial Twitter dan Facebook ekoran khabar angin itu dianggap sebagai benar. Ali turut mengalami masalah penyakit Parkinson. Dia menyambut ulang tahun kelahiran ke-71 pada bulan lalu.
Ali merupakan juara heavyweight dunia sebanyak tiga kali. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Peninju legenda Muhammad Ali adalah seorang pejuang Islam di Amerika. Muhammad Ali lahir di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat. Namanya mengikuti nama ayahnya, Cassius Marcellus Clay, Sr. Ali kemudian menukar namanya selepas bergabung dengan Nation of Islam dan akhirnya memeluk Islam Sunni pada tahun 1975.  

Terinspirasi oleh Malcolm X untuk bergabung dengan Nation of Islam, dan diberi nama Muhammad Ali oleh tokoh NO 1, Ellijah Muhammad.  Muhammad Ali secara tegas menentang penglibatan Amerika Syarikat dalam perang Vietnam. Beliau menentang peraturan wajib jadi tentera ke Vietnam, sehingga dihukum lima tahun penjara. 

Namun selepas suatu keputusan dalam satu sidang dan menjalani hukuman penjara tiga tahun, hukuman tersebut dibatalkan. Antara kesannya sehingga kini, Islam lebih banyak dipeluk oleh kalangan Afro-American berbanding penduduk dari kulit putih. Apalagi dengan adanya perbezaan ras yang ternyata masih kental. Namun kewujudan muslim Afro-American ini sedikit sebanyak turut mewarnai benua Amerika dengan warna Islam. 

Jumlah penduduk USA sekarang dianggarkan 308 juta dan yang beragama Islam dianggarkan hanya sekitar 3 juta sahaja, atau sekitar 1%. Jumlah ini sangat minoriti, dan sayangnya rata-rata mereka hidup tertindas. Terutama setelah peristiwa runtuhnya menara WTC 11 September 2001.


Sila lihat..

Wednesday, February 06, 2013

'Spider-Man' Panjat Hotel Di Cuba

AP: SALAH seorang penghuni hotel itu (kiri) merakamkan gambar Robert yang sedang memanjat.

JOM KREATIF

HAVANA - Seorang warga Perancis yang digelar Spider-Man, Alain Robert memanjat bangunan Hotel Havana Libre di sini kelmarin tanpa menggunakan tali sebagai tanda sokongannya kepada pemimpin revolusi negara ini, Fidel Castro.

"Memanjat adalah satu cara untuk mendalami sesebuah negara atau budaya," kata pelagak ngeri Perancis itu sebelum menamatkan aksi pertamanya di Cuba.
"Ini tanda sokongan padu saya kepada Castro," tambahnya.

Apabila ditanya sama ada dia akan menemui Castro ketika berkunjung ke sini, Robert berkata: "Saya tidak pasti sama ada beliau akan berjumpa dengan saya."

Castro yang berusia 86 tahun itu menyerahkan teraju pemerintahan Cuba kepada adiknya Raul pada tahun 2008. Dibuka pada 1958, hotel tersebut pernah menjadi ibu pejabat sementara untuk Castro.

Robert mula memanjat bangunan tersebut dari tingkat empat dan sampai ke tingkat 26 hotel setinggi 70 meter itu dalam tempoh cuma 26 minit. Polis menghentikan lalu lintas ketika Robert melakukan aksi ngeri tersebut yang disaksikan sekitar 2,000 penonton. - AFP

Wanita Bertudung Rompak 2 Bank Selang 15 Minit.

REUTERS GAMBAR yang disiarkan Biro Penyiasatan Persekutuan menunjukkan seorang wanita yang merompak dua buah bank di Washington D.C. kelmarin. 

WASHINGTON D.C: Seorang wanita dipercayai merompak dua buah bank di sini selang 15 minit kelmarin.
Perompak itu yang memakai cermin mata dan skaf hitam menghantar nota kepada juruwang di kedua-dua bank tersebut supaya mereka memberikannya sejumlah wang.
Pihak berkuasa tidak mendedahkan jumlah wang itu. Jarak antara kedua-dua buah bank itu ialah 2.41 kilometer. Pihak polis kini memburu wanita tersebut. - Agensi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails