Friday, February 08, 2013

Dituduh Ganas, Yazid Sufaat Diseret 'Hantu ISA?

 
AMPANG: Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat  hari ini dituduh di bawah seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) di Mahkamah Majistret Ampang kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan.

Yazid dituduh melakukan kesalahan menjalankan pelakukan perbuatan keganasan dengan niat untuk memajukan suatu tujuan ideologi, dan perbuatan tersebut boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Syria.

Pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Zulyana Zulkipli. Yazid dituduh melakukan perbuatan itu di alamat DL 11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya, Ampang.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan denda. Kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Yazid ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) di Kantin Mahkamah Tinggi Jalan Duta jam 12.30 tengah hari semalam. Isteri Yazid, Chomel Mohamad turut hadir ke mahkamah ditemani seorang anak perempuannya.

Beliau kelihatan tenang sepanjang menunggu Yazid dibawa dari Mahkamah Jalan Duta dan sewaktu pertuduhan dibacakan. Sementara itu, seorang lagi yang turut didakwa ialah Halimah Hussein yang dituduh bersubahat dengannya di alamat yang sama. Halimah dituduh bersubahat dengan Yazid menggalakkan perbuatan keganasan dengan niat untuk memajukan suatu tujuan ideologi dan perbuatan tersebut boleh semunasabahanya dianggap semunasabahnya sebagai berniat mengugut orang awam di Syria.

Halimah dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574). Yazid dan Halimah diwakili peguam Amir Hamzah Arshad, Fadiah Nadwa Fikri dan Afiq M Noor. Sementara pendakwaan dijalankan Datuk Mohd Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusof, dan Dusuki Mokhtar.

Timbalan pendakwa raya juga memohon kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin kerana mereka ditahan polis menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang tidak membenarkan ikat jamin. Yazid dan Halimah ditahan semalam bersama seorang lagi iaitu Muhammad Hilmi Hasim di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), sekaligus menjadikan mereka mangsa pertama akta yang menggantikan ISA.

Namun, Hilmi tidak dibawa ke mahkamah pagi tadi. Sosma yang diwartakan pada Julai 2012 itu membolehkan individu ditahan selama 48 jam tanpa bantuan guaman, serta penahanan dilanjutkan sehingga 28 hari tanpa proses mahkamah. (Hrkh)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Yazid Sufaat  hari ini dituduh di bawah seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan (Akta 574). Apakah 'hantu ISA' sudah menjelma lagi? Menakut-nakutkan orang ramai menjelang PRU 13 ini? Jaga heeeeee!

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails