Saturday, September 22, 2012

Nijis Zina, Sembunyi Balik 'Mandi Buih' Dibongkar..


TUNGGU...dua perempuan menanti pelanggan.
TUNGGU...dua perempuan menanti pelanggan.



KL, 22 Sept 12: Bukan sekadar menawarkan khidmat seks, sebuah premis pelacuran yang berselindung di sebalik pusat kecantikan dan kesihatan di ibu kota, dikesan menyediakan pakej khas kepada pelanggan yang dikenali sebagai ‘mandian buih naga’.

Dengan bayaran RM228, antara tawaran termasuk dalam pakej itu ialah mandi buih, urutan badan ke badan (B2B), urutan sejuk dan panas sebelum memasuki fasa terakhir iaitu melakukan hubungan seks.

Kelainan tawaran yang ditawarkan premis terbabit menjadikan ia sebagai lokasi tumpuan seawal jam 2 petang hingga awal pagi.

Wartawan Harian Metro yang dimaklumkan orang awam mengenai kegiatan berkenaan membuat tinjauan di premis terbabit bagi memeriksa kesahihan dakwaan itu.

Sementara itu, hasil maklumat diberikan Harian Metro, sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur melakukan risikan dan serbuan di premis yang menawarkan khidmat seks di Bukit Bintang, di sini, semalam. Operasi jam 8 malam yang diketuai Pegawai Turus D7 IPK Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Azman Mohd dengan kekuatan 10 anggota menahan tiga wanita warga China berusia 21 hingga 38 tahun kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Turut ditahan seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga wanita terbabit berusia 30-an,” katanya.
Menurutnya, selain empat yang ditahan dalam serbuan itu, pihaknya memeriksa sembilan wanita tempatan terdiri daripada pelbagai bangsa berusia 21 hingga 38 tahun.

Ketika ditanya mengenai tawaran khidmat seks di premis itu, Azman mengakui perkhidmatan itu ditawarkan dengan harga RM160 hingga RM250. Katanya, premis itu diserbu empat kali sejak tahun lalu dan semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Komen Artikel KAMAR MAKSIAT...bilik yang digunakan untuk pakej mandian buih naga di premis terbabit.
KAMAR MAKSIAT...bilik yang digunakan untuk pakej mandian buih naga di premis terbabit.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terima kasih dan tahniah myMetro kerana bongkar kes najis zina (bukan khidmat seks)!

Ini Lebih Biadap Hina Islam Dari Bukan Islam..

 
KITA sering mendengar ada orang Islam yang menghina Islam dengan pelbagai kenyataan yang sungguh menggerunkan. Antaranya :-

1) Kalau dilaksanakan hukum Islam nanti habis tangan orang Islam kena potong
2) Kalau dilaksanakan hukum hudud nanti habis batu digunakan untuk hukuman rejam
3) Orang mencuri tidak perlu dipotong tangan tapi kita bagi dia kerja supaya tiada tidak mencuri lagi
4) Hukum Hudud tidak sesuai di negara majmuk seperti Malaysia
5) Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana ianya zalim
6) Janggut disimpan pada zaman Nabi sebab masa itu tak ada pisau cukur
7) Jubah dan tudung adalah pakaian tradisi Arab kerana mereka negara padang pasir nak lindungi pemakainya
8) Kalau hudud dilaksanakan kerajaan pusat akan bertindak.
9) Hukum Islam tidak adil kerana hanya orang Islam yang dikenakan hukuman sedangkan orang bukan Islam dilepaskan .....

.......... dan bermacam-macam lagi penghinaan terhadap hukum Islam

Orang Islam yang mengeluarkan kenyataan mungkin sengaja membuat kenyataan itu untuk menafikan kewajipan melaksanakan Islam disamping untuk mempengaruhi rakyat khususnya orang Islam supaya tidak menyokong pelaksanaan hukum Islam. Amat malang sekali jika kenyataan itu dikeluarkan dengan secara sedar dan tahu bahawa hukum Islam wajib dan berusaha ke arah pelaksanaannya wajib bukannya memperkecil-kecilkannya.

Kita tidak hairan jika mereka yang menghina Islam adalah orang bukan Islam kerana mereka mungkin tidak tahu dan tidak faham. Cuma kita sebagai orang Islam wajib menegur dan memberikan penerangan dan kefahaman kepada mereka supaya mereka faham dan lebih cermat mengeluarkan kenyataan mengenai Islam pada masa hadapan.

Antara pemimpin yang sering menghina Islam ialah Presiden MCA, Chua Soi Lek. Malangnya tidak ada seorang pun kawan-kawan baik Soi Lek dari Umno yang berani menegur Pelakon Video tersebut.. Berbeza dengan PR, pemimpin PAS sentiasa menegur kawan-kawannya tentang apa juga isu yang berkait dengan Islam.

Contoh terbaru ialah kenyataan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang dikatakan menghina Islam melalui twitternya. Pemimpin PAS bertemu dan berbincang dengan beliau dan Ngeh telah memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau yang dikatakan menghina Islam itu.

Tetapi pernahkah anda mendengar Pelakon Video, Chua Soi Lek memohon maaf dan menarik balik kenyataannya menghina Cikgu Mala yang tidak bersalam dengan lelaki semasa PRK Tenang. Pernahkah anda mendengar Soi Lek memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau menghina hukum hudud baru-baru ini ........................

(Diangkat dari http://mutaligat.blogspot.com )

Dikehendaki, Gadis Ini Hilang Kerana Facebook?

HILANG...Siti Azliza gagal dikesan sejak Mac lalu.
HILANG...Siti Azliza gagal dikesan sejak Mac lalu.

JOHOR BAHRU: Sudah pelbagai ikhtiar dibuat hingga akhirnya seorang bapa terpaksa meletakkan gambar serta kisah anak perempuannya yang hilang dipercayai mengikut teman lelaki sejak Mac lalu di laman sosial facebook, kelmarin.

Harapannya hanya satu, iaitu bertemu semula dengan anaknya, Siti Azliza Johan, 27, guru yang bertugas di sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi. Menceritakan kisah kehilangan anaknya, Johan Tahir, 52, yang juga guru berkata, keluarganya mula merasai perubahan pada anaknya itu sejak tahun lalu.

“Kami mengesyaki sesuatu yang buruk menimpanya kerana dia yang kami didik dengan penuh kasih sayang dan pegangan agama tiba-tiba berubah mendadak sehingga sanggup melawan nasihat ibu bapa,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu bermula sejak anaknya berkenalan dengan seorang lelaki berusia 30-an. Johan berkata, dia pernah bertemu dengan lelaki berkenaan sebelum anaknya itu menghilangkan diri.

“Kami pernah menghubungi telefon bimbitnya, namun talian berkenaan sudah ditamatkan. Dia mungkin sudah menukar nombor bagi mengelak kami mengesannya.

“Kami sudah ke rumah keluarga teman lelaki anak saya, namun keluarga lelaki terbabit mengatakan mereka tidak tahu menahu mengenai perkara itu,” katanya.

Katanya, anaknya itu gagal melaporkan diri untuk bertugas sejak Mac lalu, malah teman lelaki wanita berkenaan yang berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya juga dikatakan sudah dikenakan tindakan tatatertib.

Johan berkata, keluarganya sedih dengan perkara itu dan berharap anaknya sedar dan kembali ke pangkuan keluarga. Beliau mengharapkan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Siti Azliza supaya menghubunginya di talian 019-7986520 atau 07-8952486. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22 (myMetro)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet

Boikot Produk Yahudi N/Aziz. Demo Wan Aishah


Nik Abdul Aziz Nik
Nik Aziz berucap semasa demonstrasi bantahan yang diadakan di Dataran Ilmu, hari ini.
 
KOTA BHARU 21 Sept 12: Bukan setakat berdemonstrasi memprotes penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW menerusi filem Innocence of Muslims, tetapi Pas Kelantan turut mengajak umat Islam di negara ini memboikot barangan keluaran Yahudi sebagai tanda bantahan.

Bagi tujuan itu, Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap selepas demonstrasi yang diadakan serentak di Kuala Lumpur hari ini, oleh Pemuda Pas dan Pemuda Umno, satu jawatankuasa dapat ditubuhkan untuk melaksanakan boikot barangan Yahudi secara serius.

Nik Aziz berkata, kerja membuat bantahan itu bukan tanggungjawab kerajaan sahaja, tetapi sebagai umat Islam ia perlu dilakukan apabila wujudnya penghinaan agama.

“Tidak padan dengan demonstrasi ini, ada benda yang kita kena buat iaitu boikot barangan dia (Yahudi), makanan, pakaian dan jawatankuasa di peringkat pusat kena senaraikan barangan-barangan tersebut.

“Dalam pada itu, mereka perlu menyatakan juga sebab-sebab produk-produk tersebut perlu diboikot,” katanya ketika Demo Bantahan Terhadap Filem Menghina Rasullulah SAW di Dataran Ilmu, hari ini.

[LAYARI BANCIAN ONLINE: Nik Aziz syor rakyat Malaysia boikot produk Yahudi sebagai tindak balas ekoran filem hina Islam: Ia]

Sebagai tanda bantahan dan kemarahan terhadap filem Innocence of Muslims yang secara jelas menghina Muhammad SAW terbabit, kira-kira 2,000 umat Islam di negeri ini termasuk Exco Kerajaan Negeri berhimpun secara aman di Dataran Ilmu di sini.

Semasa demonstrasi anjuran Dewan Pemuda Pas negeri, yang diadakan kira-kira jam 10.30 pagi selepas kuliah mingguan Nik Aziz bersama Ketua Pemuda Pas Negeri, Abdul Latiff Abdul Rahman serta yang lain turut membakar replika cakera padat filem Innocence of Muslims dan turut diselangi dengan laungan Hidup! Hidup! Hidup Islam.

Demonstrasi hampir satu jam tersebut turut dihadiri artis terkenal tanah air, Wan Aishah Wan Ariffin (gambar sebelah) dan sebelum itu beliau mengambil peluang mendengar kuliah mingguan yang disampaikan Nik Aziz serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Dalam perkembangan sama, Abdul Latiff juga meminta Malaysia menekan kerajaan Amerika supaya penerbit filem tersebut meminta maaf secara terbuka dan menarik balik filem yang mengguris hati seluruh umat Islam.

"Kami juga mahu Presiden Amerika, Barack Obama memerhatikan segala bentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW, sekiranya tidak kita berdoa supaya orang yang menghina Nabi Muhammad SAW dilaknat ALLAH SWT,” katanya.

Katanya, himpunan tersebut dilaksanakan sebagai membantah filem penghinaan terhadap Islam dan menunjukkan kebencian kepada pihak yang mengkhianati Islam serta merendah-rendahkan Nabi Muhammad SAW. (SH)

Bantah Hina Nabi, Tahniah Tian Chua, N Surendran.



Mana wanita dan pemuda PKR/DAP & Dewan Penyokong PAS yang bukan Islam?

Tian Chua

KL. 21: Tahniah Tian Chua dan N Surendra!  Sepatutnya, bukan hanya Naib Presiden PKR Tian Chua dan Naib Presiden PKR N Surendran sahaja yang mengikuti ribuan umat Islam menyertai himpunan hari ini. Himpunan diadakan di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi membantah penerbitan filem "Innocence of Muslims" hina Nabi Muhammad SAW, yang mewakili orang bukan Islam.

 Tian Chua dalam ucapannya berkata, mewakili kaum Cina beliau kesal dengan tindakan penghinaan terhadap agama Islam. Beliau juga mendakwa isu ini bukan isu agama Islam semata-mata malah juga berkait dengan isu kemanusiaan sejagat.

"Kita perlu tunjukkan semangat setiakawan. Penghinaan ini harus dihentikan dan Amerika perlu ambil tindakan segera.

"Kita tidak mahu berlaku pertembungan antara agama," ujarnya.

"Tahniah dan syabas kepada Tian Chua dan Naib Presiden PKR N Surendran yang hadir!" Komen seorang peserta Islam.

"Sebaiknya lebih ramai lagi rakan rakan-rakan setiakawan. lagi dalam PAKATAN. Mana wanita dan pemuda PKR, DAP atau Dewan Penyokong PAS yang bukan Islam? Begitu juga Pemuda UMNO, mana pemuda MCA, MIC dan lain-lain yang bukan Islam?" Jelasnya.

Himpunan hari ini, diberi nama "Expresi Hijau Kasih Nabi" anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat itu bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji sebelum berarak menuju ke bagunan kedutaan kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.

Dianggarkan hampir 5,000 menyertai himpunan ini termasuk dari kalangan muslimat, mahasiswa dan umat Islam perihatin.

Antara yang berada di barisan hadapan perarakan ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.

Salahuddin dalam ucapannya mendesak Presiden Amerika Barack Obama memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas penghinaan yang dibuat penerbit filem Amerika itu. Sementara itu, Tuan Ibrahim, Nasrudin Hassan dan Tian Chua dilihat masuk bertemu dengan wakil kedutaan.
 
Sementara menunggu pertemuan dengan wakil kedutaan selesai, pidato di luar pagar bangunan kedutaan diteruskan. Antara yang berucap termasuklah Timbalan Ketua DPPM, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, dan Naib Presiden PKR N Surendran.

Ketua Pemuda PAS, Nasruddin ketika bercakap kepada media selepas keluar dari bangunan itu berkata, pihaknya kesal dengan layanan wakil kedutaan yang enggan bertemu dengan pihaknya untuk menerima memorandum. Menurutnya, tiada wakil pejabat kedutaan yang turun melainkan hanya menghantar pengawal keselamtan dan ianya sekali lagi menunjukkan sikap biadap negara itu..

Beliau juga mengumumkan himpunan serupa akan diadakan di seluruh negara pada Jumaat akan datang beserta munajat perdana bagi menyatakan kecintaan pada nabi.

Sementara itu, sekumpulan peserta himpunan dilihat turut membakar kain rentang yang bercetak bendera Amerika dan Israel sebagai tanda bantahan. Himpunan tersebut kemudiannya bersurai kira-kira jam 3.20 petang selepas bacaan doa penutup oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. (IH)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-60: Hina Nabi & Islam
E-Buku IH-60: Hina Nabi & Islam

Friday, September 21, 2012

MB K'tan Bakar Reblika CD Hina Nabi



 Tuan Guru Nik Aziz membakar replika CD filem pendek yang menghina Nabi Muhamad saw

KOTA BHARU: Beribu-ribu Umat Islam di Kota Bharu Kelantan memulakan demo menyatakan bantahan terhadap filem menghina Nabi Muhamad saw dengan membakar replika CD filem jahat itu. Upacara pembakaran tanda bantahan itu disempurnakan sendiri oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka menyatakan bantahan terhadap pihak yang menerbitkan filem pendek "Innocent of Muslim' itu yang menghina pemimpin umat Islam, Nabi Muhamad saw. Hampir kesemua yang hadir memakai 'headband' khas berwarna pink yang bertulis 'We Love Muhamad' dalam tulisan jawi dan rumi serta simbul cinta.

Bantahan ini dikira sebagai permulaan sebelum demo yang akan diadakan di perkarangan kedutaan Amerika di Jalan Ampang selepas solat Jumaat nanti. Bantahan  yang sama juga diadakan di seluruh negara dan di beberapa masjid di Kelantan, Perak dan Johor. Minggu lalu, Presiden PAS memimpin himpunan di Masjid Rusila, Marang.

Berikut adalah gambar-gambar di Kota Bharu pagi ini.



Orang ramai melihat replika CD filem pendek hina Nabi dibakar


Ketua Muslimat, Siti Zailah berucap membantah filem itu


Antara Muslimat yang hadir dengan memakai 'headband' 'Kami sayang Muhamad'

BERITA BERKAITAN
E-Buku IH-60: Hina Nabi & Islam
E-Buku IH-60: Hina Nabi & Islam

Madrasah Khariah: Saleh Man Makan Ubi Kayu..



Salleh Man menyampaikan komputer riba kepada sekolah asalnya, Madrasah Khairiah Islamiah

TASEK GELUGOR: Lawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang ( MAIPP), Datuk Saleh Man ke Madrasah Khairiah Islamiah, Pokok Sena, Kepala Batas baru- baru ini boleh dianggap satu sikap 'mengenang budi' setelah menimba ilmu di situ bermula tahun 1970 sehingga 1978.

Sikap itu nyata disenangi oleh pentadbiran madrasah berkenaan walaupun kini telah seratus peratus berpindah tangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia apabila pentadbir asal tidak mampu lagi menguruskan madrasah itu apabila bantuan perkapita dihapuskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada penghujung tahun 1990 an lalu.

Ianya kini diterajui oleh Ustaz Khairol Anuar Musa seorang anak muda yang berwawasan di samping mendapat bantuan daripada anak pengasas lama yang sanggup menabur bakti pada sekolah yang pernah menjadi 'top' di era 60 dan 70 an.

"Bila melangkah ke sini saya terbayang lagi bagaimana saya bermain bola sepak bersama rakan di celah pokok kelapa.  Belajar di kelas berdindingkan papan dan menjadi penjaga kunci pagar sekolah yang memberinya kelebihan bertemu Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husein setiap hari, " ceritanya mengenang sejarah lampau.

Memakan ubi kayu sempena sambutan merdeka mengingatkan kesusahan di zaman Jepun.

Barangkali kerana sering bertemu wajah pengetua dan bersalam denganya setiap awal pagi membuatkan ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan. Sebab itu katanya, walaupun sibuk setiap hari dengan tugasan kesempatan diambil jua untuk meninjau sendiri kawasan sekolah yang pernah menjadi tempat bermain dan belajar di samping bertemu sendiri dengan rakan lama atau guru yang pernah menjadi idolanya suatu ketika dulu.

Kedatangan beliau pagi itu bukan dengan tangan kosong sebaliknya menghadiahkan sebuah komputer riba dan projektor untuk kegunaan pihak sekolah terutamanya ketika menyampaikan taklimat. Saleh yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri memuji pihak sekolah terbabit kerana memperkenalkan tema 'ubi kayu' sempena program penutupan sambutan Kemerdekaan Yang Ke 55.

Ubi kayu merupakan bahan makanan asasi suatu ketika dulu menggantikan nasi kerana pengeluaran beras agak terhad dan sukar dikerjakan kerana terdedah dengan bahaya kezaliman tentera Jepun.

"Tidak sangka pihak sekolah begitu kreatif apabila menjadikan ubikayu sebagai tema sambutan Kemerdekaan Yang Ke 55 kali ini.

"Bagus juga pemikiran itu sebab boleh memperkenalkan produk kampung yang senang dikomesialkan jika pandai mengambil kesempatan, " ujarya ketika ditemui. (Hrkh)

'Batgirl' Akan Terjun Ke KL?

 JOM KREATIF
Klik di sini..
Srtategi Niaga, Guna 'Batgirl' Jual Pizza


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)

Amerika 100 Thn Lalu, Photo Belum Pernah Siar..


 Fifth Avenue at 51st Street,New York 1913
JOM KREATIF

PHOTO-PHOTO yang belum pernah dipamerkan (Rujuk http://2leep.com/bar.php?url=http://2leep.com/news/895103/0/more/) ini menggambarkan beberapa tempat dan kota di Amerika 100 tahun silam. Lihat 'Kereta Kuda' masih menjadi alat transporti di beberapa jalan utama bandar.

The Jersey Shore,Atlantic City 1910


Memphis Main Street, North from Gayoso Avenue 1910


Louisville and Nashville Railway Station,Florida 1910


Sutter Street up from Grant Avenue After the Earthquake,San Francisco 1906


Thompson Dairy Wagons,Washington, D.C 1927


Cadillac Square Detroit, Michigan 1916


Avenue and 42. Street, New York 1910.


Broad Street North from Spruce,Philadelphia 1905.


Manhattan Bridge as seen from Brooklyn 1909.


Wall Street 1911.


Sumber
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)

Jumaat, Turun Bantah Filem Anti Islam -N/Aziz


Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap demonstrasi  mengecam filem Innoncence of Muslims di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) esok akan berlangsung dalam keadaan aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Bagi tujuan itu,  Nik Aziz menggesa agar semua umat Islam tanpa mengira kedudukan dan parti agar dapat turun beramai-ramai menyertai protes itu.

“Dengan komitmen semua pihak tanpa mengira parti politik ini, saya mengira ia sebagai isyarat yang cukup jelas bahawa umat Islam tidak pernah meredai sebarang aktiviti yang menghina Rasulullah SAW dalam apa jua bentuk sekalipun.

“Dalam masa yang sama, ia sewajarnya juga menjadi pengajaran berguna kepada sesetengah pihak di kalangan umat Islam sendiri yang tergamak menolak syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW,” katabeliau yang juga Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataan di sini pagi ini.(SH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-60: Hina Nabi & Islam
E-Buku IH-60: Hina Nabi & Islam

Hantu/Jin Misteri/Mahluk Halus,Tok Guru Tangani..

 
Hebat gambar Tok Guru solat hajat halau jin!!
Bila Aku publish gambar Tok Guru tengah solat, nanti ada pencacai kata  itu riak  dan sebagainya. Tetapi apa mesej yang nak di sampaikan ialah sikap seorang pembesar negeri yang turun  menyelesaikan permasalahan rakyat. Dengan rendah diri serta tawaduk beliau turun menyelesaikan masalah rakyatnya.
Kisah berlaku di Penambang, Jalan Pantai Cahaya Bulan bila mana sebuah rumah telah di ganggu oleh  kejadian misteri di mana rumah itu  seperti digangu oleh mahkluk halus dengan dinding rumah di jilat api di bahagan tertentu di rumah tersebut.
YAB. Tuan Guru telah meluangkan masa dengan berkunjung ke rumah keluarga mangsa gangguan 'api misteri' di Penambang, Tuan Guru telah  solat hajat setibanya sampai di rumah mangsa , moga ikhtiar Tok Guru dengan memohon doa diterima oleh kepada Allah s.w.t .
Menurut sumber gangguan makhluk halu situ mengganggu cucu Zainab Sulaiman, Norfatini Wan Hanafi, kemana sahaja Norfatini pergi gangguan api akan ada.
Moga berkat solat hajat yg dilakukan TGNA  tiada lagi gangguan sebegitu... Aamiin..

Sumber gambar









YAB. Tuan Guru solat hajat setibanya di rumah api misteri di Kg. Penambang.



M'sia Bikini Fashion Show, Maju Kepala Bapak?

Bikini Fashion Show 2012 di Malaysia, Jangan tak percaya..
 
Dah maju dah Malaysia ni
semua dah lulus untuk tayangan
semua pun boleh
1 Malaysia kennnn....
ada sesiapa nak bantah?
yang ni kompom tak keluar buletin utama
tak macam budak lelaki yang yang tayang punggung kat gambar pm tuh...lapan hari keluar berita huhu
ye laaa punggung ko huduh dik... jadi ko dianggap sangat tidak bermoral dan biadap ekekeke...
cer punggung ko mulus dan lentik macam kat atas tu gerenti..... errr gerenti apa ehhh....alah lupa dah apa perkataan yang sesuai akak nak tarok....ekekekeke

✿*~ Ya Allah jauhkan kami dari ditimpa bala dan bencana ~*✿
(Diangkat dari  http://aiyangdisayang.blogspot.com/ check SINI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim  Ini satu contoh salah tafsir kemajuan. Maju ini, sebenarnya maju ke neraka.. Wajib tolak kerajaan orang Islam yang mengajar begini, kerajaan mengheret rakyatnya masuk neraka. Na'uzubillahi minzalik.

Thursday, September 20, 2012

Kahwin Sejenis, Parlimn Australia Tolak. Okey..


CEKUP...sebahagian pondan yang menyertai pertandingan ratu cantik ditahan, kelmarin.
CEKUP...sebahagian pondan yang menyertai pertandingan ratu cantik ditahan, di M'sia

SYDNEY - Parlimen Australia semalam mengundi sebulat suara menolak perkahwinan gay, selepas beberapa hari berlangsungnya perdebatan hangat yang menyaksikan seorang senator meletak jawatan selepas mengaitkan kesatuan seks sejenis dengan sifat kebinatangan.

Dewan Rakyat membatalkan rang undang-undang bagi menghalalkan perkahwinan pasangan sejenis apabila memperoleh 98 undi menentang dan 42 undi menyokong. Perdana Menteri, Julia Gillard dan pemimpin pembangkang konservatif, Tony Abbott kedua-duanya mengundi untuk menentang rang undang-undang terbabit.

Gillard telah membenarkan kesemua ahli Parlimen Parti Buruh mengundi mengikut suara hati terhadap isu itu dan bukan berdasarkan kepada polisi parti.

Anggota utama Parlimen Parti Buruh, Anthony Albanese yang mengundi untuk pembaharuan berkata, walaupun rang undang-undang itu gagal, namun angka undian menggalakkan.

"Angka itu menunjukkan bahawa terdapat sokongan majoriti masyarakat mengenai isu ini. Saya fikir pada masa akan datang, Parlimen akan seiring dengan pendapat komuniti," kata Albanese.
- AFP

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails