Saturday, March 31, 2018

“jika saya Tuhan” Hanipa Bertaubatlah.. -Nasihat Mufti Perlis.


KUALA LUMPUR – Tidak boleh seseorang Muslim berkata “jika saya Tuhan” dan perlu bertaubat selepas mengungkap perkataan seperti itu. 

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Muslim perlu berhati-hati dalam ungkapannya yang berkaitan dengan ketuhanan.

“Itu secara langsung dan tidak langsung merendah penciptaan Tuhan dan menafikan hikmah ciptaannya.

“Seakan apa yang Tuhan lakukan tidak tepat ataupun salah atau pun di sana ada cara yang lebih baik.

“Ini sangat bahaya kepada akidah yang mengungkapnya jika dia sedar apa yang diucapkan. Hendaklah dia bertaubat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan pemimpin Pakatan Harapan yang juga Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin di Dewan Rakyat semalam.
Hanipa dipetik berkata, beliau berasa geli mendengar pasal agama jika beliau Tuhan tidak akan menjadikan wakil rakyat Barisan Nasional (BN), malah menghapuskannya.
Mohd. Asri bagaimanapun berkata, Tuhan mempunyai hikmat atas segala penciptaan dan akan mengadili segala kejadian dan peristiwa di dunia.
“Kerosakan dunia ini disebabkan tangan manusia bukan kerana kesilapan ciptaan Tuhan,” katanya.
Teguran Mohd. Asri keatas Hanipa itu bagaimanapun dikritik sebilangan netizen kerana dilihat sangat lembut dan manis, tidak seperti ketika beliau menyerang PAS.
“Alangkah indah dan manis cara dan nada Tuan Dr. menegur kali ini.
“Tiada melabel. Tiada kata-kata sinis. Tiada sindiran. Tiada kata-kata menyakitkan hati orang lain.
“Alangkah bagusnya andainya nada sebegini untuk tulisan-tulisan teguran lain kepada semua pihak,” kata netizen Afyan mat rawi. – MYNEWSHUB.CC
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

DAP Diserang Di Kubunya.. 2,000 Hadir Ceramah Kisah Benar PP.

 DUA kerusi khas yang di berikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang kosong kerana tidak hadirkan diri pada program Ceramah Kisah Benar Pulau Pinang 2.0 di Dewan Persatuan Tan Si Eng Chuan Tong, Butterworth, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar


BAGAN: Lebih 2,000 penduduk di kerusi Parlimen Bagan yang disandang Ketua Menteri, Lim Guan Eng hampa apabila Setiausaha Agung DAP itu tidak hadir pada Ceramah Kisah Benar Pulau Pinang 2.0 di sini, malam tadi.
Malah, dua kerusi disediakan untuk Guan Eng dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dibiarkan kosong selepas kedua-dua mereka dikatakan enggan menghadiri ceramah berkenaan, walaupun jemputan mengenainya disebar luas melalui pelbagai medium.
Orang ramai yang menghadiri ceramah itu, majoritinya daripada masyarakat Cina tertarik dengan ucapan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengenai kontroversi projek mega terowong dasar laut.
Sambutan hebat turut diberikan kepada ucapan ahli panel lain, membabitkan Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Eric See-To Choong dan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng yang juga membincangkan mengenai kontroversi sama.
 TIMBALAN Presiden MCA merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (kiri) bersama Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng (kanan) ketika hadir pada program Ceramah Kisah Benar Pulau Pinang 2.0 di Dewan Persatuan Tan Si Eng Chuan Tong, Butterworth, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar
Semalam, Ka Siong yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mencabar Kit Siang untuk menghadiri ceramah berkenaan bagi menafikan hasil penemuan MCA berhubung skandal terowong dasar laut bernilai RM20.5 bilion.
Projek terowong dasar laut kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dengan fokus siasatan membabitkan kos pelbagai kajian bernilai RM305 juta dan kelewatan pelaksanaannya menjangkau lebih 22 bulan.
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


'Selangor Sejahtera' -Tawaran Manifesto PAS



SHAH ALAM: Manifesto PRU14 "Selangor Sejahtera" yang menampilkan 10 Teras Utama telah dilancarkan PAS Negeri Selangor bersama rakan Gagasan Sejahtera di Hotel Carlton, di sini semalam.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi menyempurnakannya bersama Pengerusi Ikatan Selangor, Dato' Seri Mohamad Badri Abd Rahman dan turut dihadiri bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Teras Utama itu menyenaraikan kesejahteraan berkerajaan, beragama dan budaya, pendapatan, pendidikan, wanita dan keluarga, anak muda, kesihatan, ekonomi tani, kediaman dan alam sekitar.
Antara tawaran manifesto tersebut adalah untuk meneruskan pemberian air percuma selain bantuan tambang bas sekolah dan RM500 untuk wanita bersalin.
Di bawah Teras Pendapatan, PAS Selangor ujar Sallehen, menjanjikan pendapatan bantuan makanan asasi kepada golongan sasaran secara bulanan dan perluasan ekonomi digital.
Manakala di bawah Teras Wanita dan Keluarga jelasnya, insentif RM150 kesihatan dan keanggunan wanita, bimbingan perkahwinan dan kesejahteraan rumahtangga disediakan, selain bantuan kelangsungan hidup ibu tunggal.
Bagi golongan belia kemuka beliau, disedia insentif, kemudahan, latihan bagi menggilap kemahiran futuristik industri 4.0, selain usahawan muda, sukarelawan, kecergasan dan sukan.
Berkaitan kesihatan pula bentangnya, ditawarkan takaful, insentif RM200 pemeriksaan kesihatan bagi umur 40 tahun ke atas, pengangkutan Orang Kelainan Upaya dan warga emas ke hospital. -HARAKAHDAILY 30/3/2018

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

PH Kumpulkan Penentang Islam. -Presiden PAS

Datuk Seri Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – “PAS tidak bersama Pakatan Harapan (PH) yang mengumpulkan semua jenis yang nyata menentang Islam,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kata beliau, PAS juga tidak boleh bersama dengan Pakatan Harapan kerana gabungan parti pembangkang itu sanggup melakukan apa sahaja tanpa sempadan akhlak dan dasar mempertahankan negara.
“Semua yang menolak Islam tidak boleh bersama PAS, walaupun paling cerdik ilmunya sehingga mengatasi akal atau paling lama pengalamannya sehingga bertongkat dagu ke bumi.
“PAS berpegang kepada konsep maaf dan taubat terhadap semua dan mengutamakan keamanan dan perdamaian,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Barisan pimpinan PAS terutama Abdul Hadi ketika ini sedang diserang hebat oleh Pakatan Harapan gara-gara enggan menyertai gabungan pembangkang diketuai DAP tersebut.
Walaupun Pakatan Harapan diketuai DAP, namun parti itu kini dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dipergunakan untuk memancing undi Melayu buat pembangkang.
“PAS teguh beristiqamah bersama Islam dan tetap menolak sesiapa yang menolak Islam walaupun orangnya paling cerdik, kerana cerdiknya tidak boleh ditumpang dan bodohnya tidak boleh berkira,” katanya. – MYNEWSHUB.CC


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Friday, March 30, 2018

Dia Sebagai Penasihat, Bukan Tukang Baca Doa. -Hanipa Maidin



Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin berkata “kalau saya tuhan” ketika bertikam lidah dengan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan PAS di Dewan Rakyat semalam tidak dapat dinasihat, tak nak bertaubat walaupun dinasihat oleh Mufti Perlis.

Jadi sesiapa ternampak 2 orang penasihat agama PAN tolong tarik dan beritahu dia tugas dia sebagai penasihat bukan tukang baca doa. 



Tukang tampal poster pun bukan.

TOLONGLAH NASIHAT HANIPA TU DEMI ISLAM!!
JADI LAH TAMPAL POSTER BAGI ORANG LAIN BUAT!!


XOXO - Susah kalau parti Islam (Kalau ikut sebuat buku oleh penulis terkenal) pada kulitnya yang dihiasi warnai-warni wartawan dan penulis dengan sedikit imbuhan...
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Malala Yousafzai Kembali 'Menjajah Pemikiran' Di Pakistan.


Malala Yousafzai Telah Kembali ke Pakistan.


ISLAMABAD – Penerima Anugerah Nobel, Malala Yousafzai kembali ke negara asalnya Pakistan hari ini, kali pertama sejak ditembak di kepala oleh seorang lelaki Taliban kerana memperjuangkan pendidikan untuk wanita pada 2012.

Perincian jadual perjalanannya ‘dirahsiakan memandangkan sensitiviti yang dikaitkan dengan lawatan itu,’ kata seorang pegawai kerajaan. Lawatan itu dijangka berlangsung empat hari termasuk pertemuan dengan Perdana Menteri, Shahid Khaqan Abbasi.

Ditemani ibu bapanya, Yousafzai, 20 diiring dari Lapangan Terbang Antarabangsa Benazir Bhutto Islamabad dengan kawalan keselamatan yang ketat, menurut gambar yang disiarkan di televisyen tempatan.
Malala menjadi simbol global hak asasi manusia dan aktivis yang lantang memperjuangkan kepentingan pendidikan remaja perempuan sejak seorang lelaki bersenjata menaiki bas sekolahnya di lembah Swat pada 9 Oktober 2012, bertanya ‘Siapa Malala?’ dan menembaknya.
Akibat kecederaannya, beliau dirawat di Birmingham, England dan menamatkan persekolahannya di sini.
Pemenang Hadiah Nobel Keamanan pada 2014 itu masih meneruskan kempennya sambil melanjutkan pengajian di Universiti Oxford. – AFP/BH ONLINE

Komen Weblog Ibnu HasyimPenerima Anugerah Nobel ciptaan barat, Malala Yousafzai yang telah dinobatkan sebagai simbol 'global hak asasi manusia' dan aktivis yang lantang 'memperjuangkan kepentingan pendidikan remaja perempuan', kononnya.

Kini dia sudah dikembalikan ke Pakistan bagi meneruskan agenda 'penjajahan pemikiran' pihak barat yang terus melanda negara-negara umat Islam, termasuk Malaysia.

Di Malaysia, anda boleh mempertahankan serangan pemikiran tersebut dengan  mengundi parti Islam dalam pilihanraya umum ke 14 ini.

UNDILAH PAS dalam PRU14
 PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?



Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Mukhriz &Proton Punca Dendam Mahathir -Eric See-To.




Pendedahan dibuat oleh Datuk Seri Ismail Sabri minggu lalu mengenai Tun Dr Mahathir yang menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib kerana didorong dendam ekoran permintaan peribadinya ditolak Najib, seharusnya diberikan perhatian serius.
Antaranya, Ismail menyebut Najib menolak permintaan Mahathir untuk menswastakan MAS kepada seorang rakannya, lesen judi sukan rakan Mahathir diberi kelulusan dan berbilion diberikan sebagai bantuan kepada Proton.
Mari kita lihat satu lagi kejadian yang kemudiannya disusuli dengan pengumuman popular pada Ogos 2014 di mana Mahathir tidak lagi mahu menyokong Najib.
Saya yakin apa yang berlaku dalam tempoh 10 bulan sangat kritikal untuk mendorong Mahathir menentang Najib walau apa sekalipun, yang kemudiannya mencetus kepada penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan pencalonan Mahathir sebagai perdana menteri sekali lagi.
Pada September 2013, anak Mahathir, Mukhriz mengenepikan saranan untuk mengekalkan status quo bagi jawatan tiga naib presiden UMNO, sebaliknya memilih untuk bertanding sama, biarpun sebelum itu Mukhriz tewas teruk bagi pertandingan jawatan ketua Pemuda Umno pada 2008.
Seperti dijangkakan, Mukhriz kalah sekali lagi bagi jawatan naib presiden ketika keputusan diumumkan pada 21 Oktober 2013.
Mahathir sangat ketara, berang dengan kekalahan anaknya dan menyalahkan Najib kerana tidak menyokong Mukhriz dan menuduh Najib menyokong sepupunya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang menewaskan Mukhriz bagi jawatan terakhir naib presiden.
Sebuah media asing turut memetik kemarahan Mahathir:
“Kami diberitahu mereka telah menghapuskan politik wang ketika pemilihan Umno baru-baru ini, namun saya tidak yakin,” kata Mahathir dalam satu sidang media di Putrajaya.
Biarpun beliau tidak menyebut nama Najib secara spesifik, beliau berkata: “Saya rasa terdapat banyak penglibatan wang, melibatkan jutaan ringgit, dan ramai yang tidak sepatutnya menerima undi memperolehinya kerana wang yang dibelanjakan.”
Biarpun Mukhriz secara terbuka menyatakan dia mahu dilantik oleh presiden sebagai salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, namanya tidak disenaraikan pada pengumuman 30 November 2013.
Najib yakin Mukhriz yang baharu sahaja diberikan jawatan menteri besar Kedah memerlukan lebih banyak pengalaman dan membuktikan dirinya sebelum mendaki tangga kepimpinan parti. Lagipun, Mukhriz akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi berikutan jawatan menteri besar disandangnya, oleh itu, dia tidak memerlukan jawatan yang sama melalui lantikan.
Saya yakin Mahathir tidak akan gembira dengan apa yang berlaku di mana beliau menyatakan berulangkali “mereka terhutang budi kepada saya” dan yakin bahawa beliau adalah individu yang menaikkan Najib sebagai presiden kerana Najib adalah anak kepada Tun Abdul Razak, dan ‘budi’ yang sama perlu dikembalikan kepada Mukhriz.
Bukanlah sesuatu yang mengejutkan ketika hari pertama Perhimpunan Agung UMNO pada 2 Disember 2013, Mahathir membuat pengumuman bahawa beliau meletak jawatan sebagai Penasihat Petronas.
Beliau memberi alasan usia 88 tahun adalah terlalu uzur dan doktor turut menasihatkannya untuk mengundur diri atas faktor kesihatan.
Berikutan apa yang berlaku dan bila ia berlaku, ramai yang tidak mudah diperbodohkan dengan cubaan secara terbuka Mahathir untuk menunjukkan rasa tidak puashati terhadap Najib atas kekalahan anaknya, Mukhriz. Agensi berita antarabangsa, Reuters melaporkan perletakan jawatan Mahathir sebagai penasihat Petronas:
“Perletakan jawatan Mahathir, bagaimanapun, hadir ekoran hubungan dengan Perdana Menteri, Najib Razak semakin tegang beberapa bulan lalu, lebih-lebih lagi dengan keengganan Najib untuk memberi sokongan kepada anak Mahathir bagi jawatan penting dalam UMNO. Lembaga Pengarah Petronas melapor terus kepada perdana menteri.”
Di sebalik alasan kurang sihat dan faktor usia untuk menjadi penasihat Petronas, Mahathir kemudiannya mengambil jawatan pengerusi Proton Berhad, lima bulan selepas itu pada Mei 2014.
Ramai yang tahu, Mahathir menganggap Proton bagai anaknya sendiri.
Proton sudah mengalami kerugian sejak DRB-Hicom, yang dimiliki rakan lamanya, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih syarikat itu dua tahun lalu. Berikutan ambil alih itu, Proton tidak lagi milik kerajaan dan menjadi milik 100 peratus syarikat persendirian.
Proton berdepan masalah dan ia turut menjadi beban kepada kumpulan DRB-Hicom. Beberapa tahun sebelum Mahathir dilantik sebagai pengerusi, kerajaan telah menolak beberapa permohonan dari Proton berjumlah berbilion ringgit sebagai bantuan kerana ia adalah sebuah syarikat persendirian.
Adalah menjadi pengetahuan umum, perlantikan Mahathir sebagai pengerusi Proton adalah sebagai memberi tekanan kepada kerajaan untuk menyalurkan bantuan berbentuk geran percuma RM3 bilion kepada Proton sebagai bantuan.
“Dengan Dr M di Proton, Putrajaya tidak boleh katakan tidak untuk wang yang diminta,” kata satu laporan.
“Perlantikan Dr Mahathir berusia 88 tahun itu sebagai pengerusi Proton akan memperkukuhkan kedudukan Proton terhadap kerajaan. Menurut beberapa individu, Mahathir kecewa ekoran keengganan Petroliam Nasional Berhad dan kerajaan untuk memberi dana RM3 bilion bagi pelan transformasi Proton dan ini menyebabkan beliau memilih untuk memainkan peranan dalam syarikat pembuat kereta nasional itu,” kata laporan The Edge ketika itu.
Mahathir sendiri berulangkali berkata Proton berhak menerima geran berkenaan dari kerajaan kerana ‘Proton memang berhak.’
Bagaimanapun, kerajaan masih menolak permohonan itu yang turut menyebabkan Mahathir menulis mengenai keputusannya untuk tidak lagi menyokong Najib melalui satu tulisan pada 18 Ogos 2014.
Alasan diberikan ialah rasa tidak puashatinya terhadap keputusan kerajaan untuk memansuhkan ISA, menyalurkan BR1M, melaksanakan gaji minimum dan menuduh Najib mengutamakan produk import berbanding barangan tempatan yang dipercayai merujuk kepada Proton.
Tiada langsung disebut mengenai RM2.6 bilion atau 1MDB ketika pengumuman itu ditulis.
Ironinya, sebagaimana manifesto Pakatan bagi Pilihanraya Umum ke-14, Mahathir kini membuat pusingan-U bagi kebanyakan rasa tidak puashatinya dengan menyatakan BR1M akan diteruskan dan menaikkan gaji minimum sebanyak 50 peratus kepada RM1,500 sebulan.
Sebelum ini, Mahathir telah menulis bahawa kerajaan yang melaksanakan gaji minimum RM900 sebulan pada tahun 2011 akan menyebabkan inflasi teruk, perniagaan akan lingkup dan mengurangkan daya saing Malaysia. Tetapi kini, manifesto diumumkan beliau mahu menaikkan kadar itu kepada RM1,500 sebulan.
Secara ringkasnya, Mahathir sudah tentu merasa sangat kecewa dan egonya terluka akibat layanan diberikan terhadap dua anaknya, Mukhriz dan Proton sepanjang 10 bulan itu.
Mahathir sudah tentu menyalahkan Najib dan kekecewaan ini diterjemahkan melalui kemarahan dan keinginan untuk membalas dendam.
Pada awalnya, Mahathir mengorak langkah dan cuba untuk mengguling Najib melalui pengaruh dalam parti namun gagal. Ini termasuk menggunakan isu RM2.6 bilion dan siasatan 1MDB.
Dua bulan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, Muhyiddin memberitahu ahli Majlis Tertinggi UMNO bahawa sememangnya wujud konspirasi untuk menggulingkan Najib tetapi beliau mendakwa tidak terlibat.
Muhyiddin turut merujuk kepada RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Najib dan berkata beliau tidak mempunyai masalah terhadap dana berkenaan kerana ia sememangnya adalah amalan dari dahulu lagi di mana wujud satu akaun khas bagi presiden UMNO.
Sehingga kini, Muhyiddin enggan mengesahkan atau menafikan apa yang dikatakan itu biarpun wujud satu rakaman audio pengakuannya yang sudah disebarkan dua tahun lalu.
Selepas berusaha lebih dua tahun dan masih gagal menggulingkan Najib ketika Mahathir masih lagi dalam UMNO, Mahathir kemudian meninggalkan UMNO untuk bekerjasama dengan Pakatan termasuk musuh utamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.
Ramai pemimpin DAP berulangkali menyatakan mereka hanya menggunakan Mahathir dan Mahathir tidak kisah dipergunakan asalkan matlamat utamanya tercapai, iaitu membalas dendam.
Anda juga mungkin terfikir apakah konsesi yang diberikan Mahathir kepada DAP serta PKR untuk menyatakan persetujuan bekerjasama.
Ini juga menjelaskan mengapa Mahathir membuat banyak pusingan-U terhadap prinsip yang dilaungkan sebelum ini termasuk mengenai Anwar, ISA, gaji minimum, GST, DAP, mengawal media dan sebagainya.
Beliau hanya menggunakan apa sahaja cara yang boleh, bercakap apa dikehendakinya serta sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai hasrat untuk membalas dendam.
Dan ini sangat ketata ketika pelancaran manifesto Pakatan bagi PRU14, di mana 45 minit dihabiskan Mahathir untuk menyebut nama Najib beratus kali dan hanya beberapa kali sahaja menyebut tentang manifesto berkenaan.
Sebagai peneraju Pakatan Harapan dan calon perdana menteri, Mahathir sepatutnya memberi penjelasan kepada rakyat betapa hebatnya manifesto mereka, apa manifesto mereka yang boleh selesaikan, bagaimana rakyat mendapat manfaat dan apa visinya untuk negara ini.
Sebaliknya, beliau menggunakan platform itu untuk menyerang secara peribadi terhadap Najib ekoran dendam menggunungnya.
Apapun, saya tidak tahu sama ada Mahathir sedar apa yang termaktub dalam manifesto mereka. Bukannya beliau tidak peduli tetapi dendam kesumatnya melangkaui segala-galanya, termasuk masa depan negaranya.
*ERIC SEE-TO adalah timbalan pengarah, Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC).


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Persempadanan: Usaha Halang PAS Menangi T'ganu.

Hasil carian imej untuk pas Istiqamah bersama Islam
Sejahtera Bersama Islam
KUALA TERENGGANU: PAS Negeri Terengganu menyifatkan kelulusan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya yang baharu di Dewan Rakyat, semalam itu suatu yang memeritkan.
Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman berkata kelulusan itu satu usaha Kerajaan Barisan Nasional (BN) menghalang PAS.
Menurutnya, Umno-BN cuba menghalang kemaraan PAS merampas Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini.
"Kita (PAS) melihat kelulusan (persempadanan) ini untuk halang PAS menawan kembali Terengganu ini pada pilihan raya (PRU14) ini.
"Walaupun kita (PAS) bantah dan tidak setuju kerana ada beberapa Dun (Dewan Undangan Negeri) yang kita menang akan terjejas kali ini.
"Tapi, kita tidak berputus-asa dan menyerah kalah. Kita (PAS) akan pastikan jentera parti diperkuatkan dan usaha kempen berterusan untuk rakyat membuat perubahan, InsyaAllah," jelasnya kepada Harakah, hari ini.
Katanya, antara Dun yang telah dimenangi PAS pada PRU13 lalu dan terjejas dengan isu ini seperti Dun Tepoh di Kuala Nerus dan Dun Rantau Abang serta Dun Paka di Dungun.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat juga bakal terkesan tetapi tetap yakin rakyat akan menolak Umno-BN kali ini.
Harakah dimaklumkan, Dun Tepoh dimenangi oleh PAS, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim setelah mengalahkan calon BN, Muhammad Ramli Nuh dengan kelebihan majoritinya 229 undi pada PRU13 lalu.
Dun Rantau Abang (PAS), Cikgu Alias Harun menang dengan lawan tiga penjuru mengalahkan calon BN, Dato Zaabar Mohd Adib dan calon Bebas, Mazlan Harun dengan majoritinya 141 undi.
Manakala, Dun Paka (PAS) yang dimenangi oleh Ustaz Satiful Bahri Mamat yang mengalahkan calon BN, Dato' Matulidi Jusoh dengan kelebihan majoriti 1,287 undi juga masih terancam.
Ini kerana, kata Ustaz Ariffin bahawa satu Unit Peti Undi (UPU) Sura Lama yang sebelum ini berada dalam Dun Paka menjadi kubu PAS itu telah dikeluarkan masuk ke dalam Dun Sura.
Keputusan PRU13 lalu, Umno-BN berjaya memerintah Terengganu dengan 17 kerusi Dun berbanding pembangkang Pakatan Rakyat-PAS, 15 kerusi Dun dan hanya kelebihan dua kerusi sahaja. -HARAKAHDAILY 29/3/2
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Dua-dua Tak Layak Jadi PM Lagi. -Subky Latif.

Hasil carian imej untuk najib -dr mahathir


KEDUA-duanya Datuk Najib dan Dr. Mahathir berlumba dalam PRU14 ini untuk menjadi Perdana Menteri lagi.

PM Najib hendak menyambung jawatannya menjadi Perdana Menteri untuk penggal ketiga dan Dr. Mahathir pula yang bersara tahun 2003 hendak menjadi Perdana Menteri semula bagi kali kedua.

PRU14 ini adalah peluang yang diberi oleh sistem demokrasi untuk rakyat sekalian untuk mencari Pedana Menteri yang terbaik dan pengundi jangan sia-siakan peluang yang Allah beri itu. Carilah yang bersih, bermaruah dan berakhlak mulia, bijaksana, berpandangan jauh, berwibawa/integriti, jujur dan dipercayai.

Siapakah antara keduanya yang lebih layak?

Kedua-duanya sudah ada pengalaman dan rakyat dan bukan rakyat, dalam negeri dan luar negeri tahu mereka dalam dan luar.

Kedua-duanya tidak layak lagi untuk menjadi Perdana Menteri baik sementara atau sepenggal lagi. Sekalipun ada pengalaman yang luas. Seorang 23 tahun Perdana Menteri saja dan seorang lagi 9 tahun.

Sepatutnya pengalaman yang banyak dapat menjadi pemimpin yang baik dan bewibawa. Tetapi mereka gagal pemimpin yang bersih, mulia, berwibawa dan bermoral.

Amalan demokrasi dan sistem yang terpakai di serata dunia tidak berjaya menjadikan kedua-dua pemimpin yang demokratik yang disegani ramai seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, tetapi kedua-duanya menjadi diktator, seorang keras dan garang iaitu Dr. Mahathir dan seorang lagi lembut pijak semutpun tak mati. Tapi kalau yang dipijak itu tikus, tikus itu mati.

Kuku besi itu tidak semesti garang, keras dan kasar. Tetapi ada juga diktator itu senyum dan lemah lembut di depan, tapi di belakang betul-betul besi, ditakuti semua. Diktator lembut itu kadang-kadang lebih menggerunkan dari yang kasar.

Antara maqasid syariyah yang PM Najib selalu sebut ada menjaga nyawa. Mahathir gagal menyelamatkan nyawa 14 rakyat awam dan empat anggota polis dalam kejadian berdarah di Memali. PM Najib pula gagal melindungi nyawa nona dari Mongolia, Altantuya yang melancong ke sini, bahkan mayatnya diberitakan diletupkan berkecai.
Keluhuran undang-undang yang jadi satu rukun dari Rukun Negara tidak dilihat berjaya digunakan bagi menyelesaikan kedua-dua pencabulan atas kehendak maqasid syariyah itu. PM Mahathir tidak menggunakan kuasanya menyelesaikan pembunuhan di Memali melalui undang-undang.

Selain dari tiada siasatan dilakukan, saman mangsa Memali yang difailkan tidak diusik mahkamah hingga peguam yang membela mereka mati dan mangsanya yang beratus tidak ramai lagi yang ada.

Bahkan pembunuhan nona Altantuya masih belum diselesaikan oleh undang-undang kita. Apakah kita menunggu PM Najib mati baru hendak diselesaikan?

PM Mahathir campur tangan dalam urusan mahkamah bila mentribunal lima hakim termasuk Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas. Semua hakim itu dipecat oleh tribunal itu. PM Najib yang diputuskan untuk disiasat badan khas atas skndal 1MDB/duit 2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, sekonyong-konyong Peguam Negara Tan Sri Gani Patail yang jadi pengerusi badan siasatan itu dipecat serta merta dari jawatan Peguam Negara atas alasan kesihatan yang diketahui rekod sakitnya.

Mahathir tidak menyekat amalan rasuah berleluasa, dan Najib juga mampu membendung rasuah yang berganda-ganda di zamannya. Berguni-guni duit Bank Negara lesap dalam niaga mata wang asing di zaman Mahathir dan berbilion-bilion duit 1MDB hilang di depan mata Najib.
Subki 1
Banyak lagi keburukan kedua-dua mereka itu sebagai Perdana Menteri, maka kedua-duanya tidak layak menjadi Perdana Menteri lagi. – HARAKAHDAILY 29/3/2018

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

4 Kilang Di Batu Maung Terbakar. Apa Khabar LGE?




BAYAN LEPAS: Lebih empat kilang musnah dalam kebakaran berhampiran Kompleks Kargo Udara Kedua Batu Maung, di sini, malam tadi. 
Kebakaran bermula jam 10.30 malam dan sehingga kini pasukan bomba dan penyelamat masih menjalankan operasi pemadaman. Difahamkan, setakat ini kilang yang diketahui musnah adalah kilang kotak dan plastik.
Setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Moktar ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Menurutnya, pihaknya masih menjalankan operasi memadam kebakaran terbabit. Kebakaran turut menjadi tular kerana ramai menyangka ia membabitkan kompleks kargo yang terletak berhampiran.
Sementara itu, pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mengesahkan operasi mereka tidak terjejas berikutan kebakaran berkenaan. (BH)
Apa khabar KM Pulau Pinang?


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails