Monday, March 26, 2018

PRU14: Tarikh Paling Awal, Akhir April atau Awal Mei 2018?

Hasil carian imej untuk najib pilihan raya

RAKYAT menunggu penuh minat mengenai pilihan raya kali ini. Ramalan paling popular pula ialah Mac 2018 dan Mac kini juga sudah hampir sampai ke penghujungnya.
Jadi bila agaknya Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tarikh pembubaran parlimen? Tukang tilik politik akan terus meramal dan meramal. Itu biasa pada setiap kali musim pilihan raya. Bila Parlimen dibubarkan nanti, sekali lagi ramalan dibuat mengenai tarikh penamaan calon dan pengundian.
Malah dua tarikh ini sudah 'ditetapkan' oleh tukang tilik dan diviralkan melalui aplikasi WhatsApp. Tidak pasti sama ada semua ini akan memudahkan tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau memeningkan lagi kepala mereka. Akhbar kumpulan NSTP melaporkan di muka depannya mengenai kemungkinan Barisan Nasional (BN) melancarkan manifesto secara besar-besaran di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 7 April ini.

ini juga mencetuskan spekulasi atau bayangan bahawa pilihan raya kemungkinan besar diadakan seawal akhir April atau awal Mei 2018. Apakah pada 7 April itu, diadakan lepas pengumuman pembubaran Parlimen, tanya seorang menteri melalui WhatsApp, menurut sumber. 

Apabila Kementerian Sumber Manusia mengumumkan program Sambutan Hari Pekerja 2018 yang sepatutnya disambut 1 Mei setiap tahun, ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian, ia turut mencetuskan spekulasi. Berikutan itu, ramai meneka kemungkinan tarikh pengundian PRU-14 diadakan pada awal Mei dan yang paling popular ialah pada 5 atau 6 Mei, iaitu Sabtu dan Ahad.

Sebelum ini, SPR memilih tarikh hujung minggu untuk proses pengundian bagi membolehkan orang ramai balik ke kampung mengundi dan dewan sekolah pula biasa digunakan untuk pusat pengundian. Alasan lain yang diberi ialah PRU-14 perlu diselesai sebelum umat Islam menyambut 1 Ramadan pada 17 Mei ini. 

Bagaimana pula dengan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Rabu, 28 Mac ini? Apakah kemungkinan ia terus dilulus tanpa bahas pada hari sama? Atau dibahas dua hari sahaja, iaitu Rabu dan Khamis ini, sebelum diluluskan dengan majoriti mudah, 112 undi Ahli Parlimen?

Sebaik dilulus, ia cuma mengambil masa beberapa hari untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan selepasmendapat perkenan, ia boleh terus diwartakan bagi membolehkan kawasan persempadanan semula itu digunakan untuk PRU-14.

Ini bermakna, perkara ini boleh diselesaikan dalam tempoh seminggu bermula 1 hingga 6 April. Berikutan itu, apakah mesyuarat Kabinet pada 28 Mac, Rabu ini, sebagai mesyuarat Kabinet terakhir sebelum pilihan raya? Jika bukan Rabu ini, mungkin Rabu depan, 4 April mesyuarat Kabinet terakhir, disusuli pelancaran Manifesto BN 7 April.

Perlu diingat sebelum mesyuarat Kabinet pada setiap pagi Rabu, Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong. Malah, sebelum membubar Parlimen, Perdana Menteri juga perlu menghadap untuk mendapat perkenan Seri Paduka Baginda. (IH)


Bandingkanlah perbedaan PAS dengan parti-parti lain di Malaysia..

FASAL 7, Perlembagaan PAS. Hukum dan Kekuasaan
  • Memperjuang Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK „ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan. 
  • Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK „ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan. 
  • Dengan tertakluk kepada hukum-hukum dalam ceraian (1) itu segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar, akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan Muktamar atau Mesyuarat Agung PAS.
Benarkah Kajian Ini?

Hasil carian imej untuk kajian keputusan PRU14

UNDILAH PAS dalam PRU14
 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails