Sunday, March 25, 2018

Tun M Atau Dr Kamarul Yusoff : Siapa Lebih Cool?



1. Selepas wacana semalam ramai penyokong PH bersorak kegembiraan kononya Dr Kamarul Yusoff terdiam, terkucil,terkedu dan ketakutan dalam wacana semalam. Ramai juga yang komen fizikal dan serangan peribadi terhadap Dr Kamarul.

2. Sebaliknya pandangan saya, Dr Kamarul berjaya dengan tenang meneruskan wacana yang sememangnya dibarisi panel dan moderator Pro-Tun. Lihat sahajalah cara wacana itu dijalankan. Very much choreographed untuk menaikkan imej Tun M.

3. Kalau kita tonton rakaman wacana tersebut, Dr Kamarul mengemukakan 10 kayu ukur dalam wacana tersebut. Antaranya Aspek Legal,fizikal, genetikal, mental, psikologikal, moral, philosophical dan demographical. Fakta bukan? 
Sememangnya kita mengetahui Dr Kamarul seorang yang kurang petah bercakap, namun dari sudut hujah beliau yang penuh dengan fakta, merupakan sesuatu yang gagal disanggah.

4. Tun M dalam majlis tersebut,turut diberikan peluang untuk menjawab hujah Dr Kamarul, namunTun M hanya bercakap sekitar bagaimana beliau sihat (walaupun dah 2 kali bypass), aktif membaca,memikir dan menyelesaikan masalah, tidak over eat, bagaimana dia boleh pakai seluar lama dia dan sebagainya. Pada saya ini hujah tidak berkait dan tiada fakta. Malah segala hujah Dr Kamarul tidak dijawab.

5. Malah penyokong Tun M juga memuji kononnya beliau tenang menghadapi pengkritiknya. Pada hakikatnya, Tun M tidaklah setenang yang digembar gemburkan. 

Dalam Program Dialog Anak Muda : Deklarasi Rakyat, Realiti atau fantas? pada 2 April 2016, Tun M melarikan diri dari menjawab soalan CheguBard mengenai skandal Bank negara 1992 ketika TS Jaafar menjadi Gabenor sebanyak RM30billion, Skandal MAS RM580 juta, Skandal Perwaja RM10b, Skandal Bank Bumi RM10b, Skandal Maminco RM1.6b dan juga laporan Far Eastern Eeconomic Review yang menyebut jumlah RM1.6juta digunakan Mahathir untuk balilout syarikat kapal anaknya Konsoritum Perkapalan Berhad. 
Sila lihat link dibawah :

6. Oleh yang demikian, pada saya Tun M berani hadir oleh kerana panel dan moderator yang Pro-Tun. Malah Tun-M juga tidak berani menyatakan kehadirannya lebih awal. Apatah lagi ruang bertanya dari hadirin hanya dibuka kepada 2 orang. Apakah Tun M berani berhadapan dengan anak muda di forum yang bebas dan terbuka? 
Ada jaminan Tun akan menjawab semua persoalan hadirin? Maka pada saya Dr Kamarul Yusoff lebih cool, Tun Mahathir not cool dan Sinar Harian super not cool.
Nurul Mohamed Yusoff 

Bandingkanlah perbedaan PAS dengan parti-parti lain di Malaysia..

FASAL 7, Perlembagaan PAS. Hukum dan Kekuasaan
  • Memperjuang Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK „ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan. 
  • Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK „ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan. 
  • Dengan tertakluk kepada hukum-hukum dalam ceraian (1) itu segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar, akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan Muktamar atau Mesyuarat Agung PAS.
Benarkah Kajian Ini?
Hasil carian imej untuk kajian keputusan PRU14
UNDILAH PAS dalam PRU14
 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails