Friday, May 18, 2012

Lady Gaga Ditolak Agamawan Kristian Di Filipina


 
 Lady Gaga

HALAMAN HIBURAN

KEMASKINI KL 18 Mei 12: AKSI protes menolak kedatangan penyanyi pop konsert Lady Gaga tidak hanya terjadi di Malaysia dan Indonesia, bahkan penyanyi asal Amerika Syarikat juga menimbulkan kontroversi di Filipina pula. Lapor Weblog Ibnu Hasyim.

Diketahui, Penatun 'Born This Way' ini merancang akan mengadakan konsert selama dua malam, 21 dan 22 Mei 2012 di SM Arena, Manila. Kelompok religius di Filipina merancang berdoa bersama-sama pada Sabtu besok hingga bintang artis itu mendarat di Manila. Mereka menyebut artis itu sebagai seniman absurd yang anti Kristus.

Kelompok yang menamakan dirinya Biblemode Youth Philippines ini sedang berkempen supaya Gaga ditolak di Filipina. "Lady Gaga menggunakan simbol-simbol dan lirik yang secara langsung menghina Tuhan," kata Pastor Reyzel Cayanan mengungkapkan alasannya, seperti dikutip ABS CBN Khamis 17 Mei 2012.

Kelompok ini juga mengkritik gaya berpakaian Gaga yang terbuka serta lagu-lagunya yang dinilai kontroversial dan provokatif, salah satunya 'Judas' yang dianggap menghina Kristus secara langsung. 'Judas'  dilarang diputar di radio-radio Lebanon dan video klipnya menuai kontroversi di kalangan pemeluk Katolik dan Kristian.

Sementara itu, promotor konsert Lady Gaga di Manila, Renen de Guia, menolak tuduhan kelompok ini dan berkata memang sah bagi seorang seniman bila ingin melakukan hal kontroversial. "Lagipula yang mengkritik Lady Gaga adalah bukan orang-orang yang akan menonton konsertnya," ujarnya.

Aksi protes Biblemode Youth Philippines terjadi sehari setelah Polda Metro Jaya menolak memberi izin mengadakan konsert penyanyi bernama lengkap Stefani Joanne Angelina Germanotta ini di Jakarta. Berbagai organisasi masyarakat menuntut pembatalan konsert 3 Jun di Gelora Bung Karno dengan alasan Lady Gaga terlalu vulgar dan tidak sesuai budaya bangsa. 

Di Malaysia pun sudah ada bantahn dari uamat Islam. (IH)  

Penganut Kristian Filipina berhimpun bantah konsert Lady Gaga

SEJUMLAH penduduk berhimpun di Manila semalam bagi membantah konsert Lady Gaga yang akan berlangsung pada Isnin depan. 

MANILA - Kira-kira 70 penganut Kristian yang terdiri daripada golongan muda di Filipina menjerit dalam satu perhimpunan di sini semalam bagi meminta konsert Lady Gaga dibatalkan. Ketua protes yang juga bekas Ahli Kongres Filipina, Ben Abante berkata, kumpulan itu merancang untuk memfailkan kes terhadap Lady Gaga dan penganjur konsert itu.

Menurutnya, pihaknya akan berbuat demikian jika Lady Gaga menyanyikan lagu Judas semasa dia membuat persembahan pada Isnin dan Selasa depan. Lagu itu dianggap menghina Nabi Isa. Bekas Datuk Bandar Manila, Jose Atienza berkata, penyanyi dan pihak penganjur boleh dihukum kerana menyinggung perasaan bangsa dan agama.

Sebelum ini polis Indonesia enggan mengeluarkan permit untuk konsert Lady Gaga di Jakarta ekoran bantahan daripada beberapa kumpulan Islam. - Agensi

Indo Layan Adil Semua P/Pembangkang -PPP Riau


 KOTA BHARU: Kerajaan Indonesia memberi layanan sama rata kepada semua parti-parti pembangkang di negara terbabit bukan hanya kepada parti yang mendokong pemerintah.

Ketua Dewan Perwakilan Wilayah PPP, Provinsi, Riau, H. Azis Zaenal SH MM, berkata walaupun hanya partinya satu-satu yang memperjuangkan Islam di Indonesia, namun kerajaan memberi layanan sama adil.

Beliau berkata demikian ketika ditemui bagi mengulas berhubung perkara itu di negaranya selepas mendengar taklimat dari Timbalan Speakar Dun, Ahmad Zaki Ibrahim, di JKR 10, di sini tengahari tadi.

Seramai 46 orang rombongan dari parti itu di mana 26 orang daripadanya wakil rakyat melakukan lawatan rasmi ke negeri ini selama dua hari bermula hari ini.

Tanpa menyebut secara jelas parti yang memerintah negara ini, beliau seterusnya mengharapkan layanan yang adil juga diberikan kepada pembangkang di negara ini dalam segala bidang demi untuk rakyat.

“Tidak adil kiranya kerajaan pembangkang dianaktirikan, sebab yang menghadapi masaalahnya adalah rakyat,” ujarnya.

Sambungnya sebagai pemerintah negara, mereka perlu melihat lebih jauh ke hadapan adakah tindakan yang diambil itu wajar atau sebaliknya kerana bimbang menerima kesan yang tidak pasti masa hadapan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut berhubung pentadbiran Kelantan yang dinafikan haknya sejak 22 tahun lalu kerana kurang mendapat penjelasan berhubungnya.

Namun baginya  PAS adalah sebuah parti Islam yang wajar dihormati kerana ianya dipimpin oleh ulama’.

Sementara itu, Seketariat DPC PPP. KAB Kampar, Hendra Yani, mengakui sepanjang sehari berada di negeri ini begitu aman sehingga menganggap negeri ini begitu hebat.

Sambungnya, perjuangan yang telah dilalui oleh PAS hingga memenangi Kelantan sejak 22 tahun lalu akan dijadikan contoh untuk partinya di Riau Indonesia.

Sebelah pagi rombongan ini dibawa melawat pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam dan petangnya pula mendengar taklimat khas dari Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan, Wan Nik Yusof. (Hrkh)

Perginya Yusof Enjah, Pengasas PAS Melaka..

MASJID TANAH: Salah seorang pengasas PAS Melaka, Haji Yusof Enjah, 88 meninggal dunia jam 7.00 malam semalam di Hospital Terendak, Melaka.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Kampung Air Limau di sini jam 10 pagi semalam.

Antara yang hadir menziarahi jenazah Allahyarham ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari; Setiausaha Perhubungan Negeri Melaka, Asri Shaikh Abdul Aziz, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman, pimpinan PAS Negeri dan Kawasan dari seluruh negeri Melaka.

Adly dalam kenyataan ringkasnya melahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Yusof Enjah.

"Beliau merupakan antara orang yang mengasaskan PAS Melaka, jasa dan pengorbanan beliau tetap dikenang oleh pejuang Islam di Melaka," kata Adly.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama roh para anbia, solihin dan syuhada.

Al Fatihah.

Permudah Kahwin, 100 Janda Nikah Ramai-ramai.

LAGOS: 15 Mei 2011 menjadi hari bersejarah bagi sebahagian warga kota Kano di Negeria, sehubungan dengan berkahwin ramai-ramai pertama di daerah itu sehingga menarik perhatian penduduk.

Pagi hari ratusan ribu orang di kota yang terletak di sebelah utara Nigeria tersebut menyaksikan pernikahan 100 janda beserta pasangan mereka. Akibatnya, kegiatan perdagangan di kota itu pun sempat terhenti.
Pernikahan diisytiharkan di Istana Amir Kano. Imam besar Masjid Agung Kano Profesor Sani Zaharuddin memimpin upacara pernikahan yang juga dihadiri oleh Amir Kano, Ado Bayero.

Pernikahan massal ini merupakan prakarsa Amir Kano, yang ingin mempromosikan nilai keutuhan keluarga di tengah-tengah meningkatnya perceraian di Nigeria. Calon pasangan baru ini lebih dulu mendapat bimbingan pernikahan. Lelaki yang mengikuti program Berkahwin ramai-ramai atau nikah massal ini diharuskan berkomitmen untuk mempertahankan perkawinan dan mereka tidak boleh bercerai tanpa ada persetujuan dari Badan Hisbah, lembaga pemerintah yang menangani urusan sosial.
 

Badan Hisbah adalah lembaga yang mengurus penyelenggaraan nikah massal ini. Lembaga ini juga yang menyeleksi kesihatan para mempelai, untuk memastikan pasangan yang menikah tidak mengidap penyakit berbahaya, termasuk HIV/AIDS. Direktur Jenderal Badan Hisbah Alhaji Abba Sufi mengatakan, hari pernikahan seratus janda itu merupakan hari yang paling membahagiakan dalam hidupnya, lapor media Nigeria, Punch 16 Mei 2012   

Menurut keterangan Sufi, seratus pasangan lain akan menyusul dalam perkahwinan ramai-ramai ini gelombang selanjutnya. Tidak kurang dari 1,800 lembar tawaran dibahagikan kepada warga, dan 100 di antaranya dipilih untuk mengikuti acara nikah massal tersebut. Di antara pasangan yang menikah..
  • Terdapat dua orang mantan penganut Kristen yang kini telah memeluk Islam. Salah satu dari mereka bernama Isah Brakar, yang berasal dari Langtang, negara bagian Plateau. 
  • Pasangan yang kebanyakan kaum dhuafa tersebut tidak membayar sepeserpun untuk pernikahannya.
  • Semua biaya ditanggung pemerintah.
  • Selain dibayarkan maharnya, setiap pasangan mendapat bantuan 100,000 naira untuk membeli perabotan.
  • Sejumlah 20,000 naira lainnya diberikan kepada para isteri, yang diperuntukan membuka perusahaan agar mereka dapat memiliki sumber penghasilan dan membiayai kehidupan perkawinannya.
Seorang ulama terkemuka yang juga pengusaha sukses setempat Ishsyaku Rabiu, menyumbang 1 juta naira untuk membayar mahar semua pasangan tersebut.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah proses memudahkan perkahwinan yang sangat-sangat dianjurkan oleh Islam, bagi menyelamatkan penyakit soaial masyarakat. Memudahkan perkahwinan, dapat menyelamatkan umat dari serangan virus najis zina. Apalagi yang diselamatkan itu adalah janda-janda dhuafa. 


Syabas juga kepada ulama pengusaha berjaya yang menyumbang 1 juta naira untuk membayar mahar semua pasangan tersebut. Al-hamdulillh! Moga-moga akan wujud ulama-uama begini lebih ramai lagi di Malaysia tercinta ini.. (IH)  

Lihat sebelum ini... 



Siasatan Rasuah & Bunuh, Najib Mula Dibongkar



KL 17 Mei 12: Inkuiri di mahkamah Perancis telah memulakan siasatan yang bakal menghubungkan segala titik mengenai Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak, pembelian dua kapal selam Perancis, rasuah sebanyak RM500 juta dan pembunuhan terhadap model Mongolia oleh para pengawal beliau.

Inkuiri berkamera yang diketuai hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire, yang cukup berpengalaman dalam kes korupsi dan hak asasi manusia, akan cuba membongkar samada syarikat pertahanan Perancis, DCNS dan rakan projeknya Thales International telah membayar rasuah untuk mendapat kontrak pada 2002 untuk membekal dua kapal selam Scorpene kepada tentera laut Malaysia.

Inkuiri tersebut adalah berdasarkan penyiasatan selama dua tahun dan pengumpulan bukti oleh polis Perancis.

Kontrak tersebut dimeterai ketika Najib masih menjadi Menteri Pertahanan dan perhatian khusus diberikan kepada peranan yang dimainkan oleh kawan karib dan penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda.

Pegawai berkuasa Perancis telah memaklumkan bahawa mereka sangat berminat terhadap dua bayaran yang dibuat oleh pembuat senjata Perancis.

Satunya berjumlah Euro 114 juta yang dibayar kepada syarikat Malaysia bernama Perimekar untuk kemudahan pengangkutan.

Pada waktu itu, Perimekar dalah dimiliki sepenuhnya oleh Razak Baginda dan isterinya Mazalinda.

Pihak majistret Perancis juga ingin mencari kebenaran di sebalik pembayaran Euro 36 juta kepada sebuah syarikat bernama Terasasi, yang pada asalnya dikorporatkan di Malaysia sebelum dipindahkan pendaftarannya ke Hong Kong, di mana berdasarkan Asia Sentinel adalah antara 142 syarikat yang mendaftar di Wan Chai.

Pengarah berdaftar Terasasi adalah Razak Baginda dan ayahnya Abdul Malim Baginda.

Persoalan mengenai pembelian kapal selam menjadi hangat dan tajam pada Oktober 2006 selepas cebisan mayat model Mongolia dan penterjemah Altantuya Shaariibuu dijumpai di hutan di luar Kuala Lumpur.

Beliau telah ditembak di kepala dan terdapat cubaan untuk memusnah mayat beliau dengan bom C4 milik tentera.

Altantuya merupakan bekas kekasih Razak Baginda dan beliau kali terakhir dilihat di luar rumah kekasihnya yang menimbulkan situasi tidak senang.

Beberapa tahun yang lalu, Altantuya merupakan seorang model di Perancis dan pada2004 beliau mengiringi Razak Baginda sebagai penterjemah semasa beliau merunding kontrak Scorpene.

Dalam satu surat tulisan beliau yang dijumpai selepas beliau dibunuh, menyatakan beliau ingin berdepan dengan Razak Baginda dan menuntut USD 500 juta sebagai harga untuk menutup mulut beliau dalam kontrak pembelian Scorpene.



(Aktivis Suaram dan peguam mereka [kanan sekali] di Perancis)

Kes ini tidak dapat diendahkan oleh mahkamah Malaysia, yang dikuasai golongan politik.

Walaupun Razak Baginda dan dua orang bekas pengawal Najib, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didakwa dengan pembunuhan, keputusan kes tersebut adalah pincang dan tidak menjawab banyak persoalan.

Dalam satu drama mahkamah yang menakjubkan, Razak Baginda tidak dipanggil untuk menjawab tuduhan bersubahat membunuh Altantuya, dan dilepaskan dan kini tinggal di Britain.

Para pengawal peribadi Najib telah menerima padah dan telah dijatuhkan hukuman mati. Mereka sedang dalam proses rayuan tetapi pendengaran telah ditangguhkan.

Spekulasi berkata pendengaran itu tidak akan berlaku sehingga lepas pilihanraya umum yang bakal tiba, dijangka Jun, di mana jika Najib dan kerajaannya mengekalkan kuasa, dijangka satu cara akan difikirkan untuk membalas kesetiaan pengawalnya.

Selepas gagal mendapat penyiasatan penuh ke atas skandal Scorpene di Malaysia, ramai aktivis hak asasi manusia dan keluarga Altantuya telah meletakkan harapan kepada penyiasatan Perancis.

Namun demikian, terdapat sedikit kekecewaan apabila mengetahui bahawa hakim Le Loire dan Tournaire hanya boleh menyiasat tuduhan rasuah dan bukan pembunuhan Altantuya.

Akan tetapi, 10 hari yang lepas, Suaram Malaysia telah diberikan kebenaran untuk memberikan penerangan kepada hakim secara peribadi.

Jurucakap Suaram berkata mereka telah menceritakan skandal Scorpene ini daripada konteks politik Malaysia dan memberikan hakim senarai saksi-saksi yang dikehendaki.

Antara senarai itu ialah Razak Baginda, dan telah ada laporan bahawa hakim akan cuba mengeluarkan subpoena terhadap beliau daripada Britain.

Tetapi akan ada yang tidak mengendahkan senarai itu, termasuk nama Najib.

Namun begitu, ayah Altantuya, Setev Shaariibuu berkata beliau ingin ke Perancis daripada Mongolia dan percaya perbualan terakhir bersama anak perempuannya akan dapat menghubungkan segala titik yang tergantung dalam skandal Scorpene ini kepada hakim di sana.
Berita ini diterjemah secara bebas daripada Vancouver Sun.
 
----------------------------------------- 
[Gambar] Najib, Altantuya, Skandal Scorpene Kini "Hot" di Kanada dan Dunia
Akhbar dan media Malaysia tidak melaporkan kes ini.
(IH)

Komputer: 78 Peratus Guna Perisian Cetak Rompak



KL 17 Mei 12:  Kajian Cetak Rompak Perisian Global BSA 2011 menunjukkan 78 peratus pengguna komputer di Malaysia menggunakan perisian cetak rompak.

Kajian oleh Business Software Alliance (BSA) itu juga menunjukkan sebilangan pengguna menggunakan perisian cetak rompak sepenuhnya atau sebahagian besar masa manakala yang lain sekali-sekala atau jarang-jarang. "Tahun lepas, sebanyak 55 peratus cetak rompak perisian berlaku di Malaysia, bermakna 11 daripada 20 program yang digunakan tidak berlesen," kata BSA dalam satu kenyataan semalam.

Pengerusi Jawatankuasa BSA Malaysia, Ronald Chua berkata, cetak rompak perisian menuntut respons serupa seperti kesalahan lain, pendidikan awam bersepadu dan penguatkuasaan undang-undang.
"Jika 78 peratus pengguna mengaku mencuri, pihak berkuasa akan bertindak dengan meningkatkan rondaan polis atau hukuman," katanya.

Kajian itu juga mendapati mereka yang mengaku menggunakan perisian cetak rompak di Malaysia terdiri daripada lelaki berusia antara 18 dan 24 tahun. (IH/Pelbagai sumber))

Lelaki Ini Lari Melalui Tingkap Tak Mahu Berzina..
















Seorang pelajar Yaman yang tinggal di Arizona dipaksa untuk melakukan perzinaan oleh 5 pelajar Amerika Syarikat di apartmennya yang berdekatan dengan kampus tempat ia belajar.


Sebagaimana dilaporkan oleh Al Arabiya 13 Mei 12, lima perempuan itu merupakan teman satu fakulti memasuki apartemen tempat tinggal Isham As Syar’abi. Mereka berbogel setelah mengunci pintu apartmen untuk menghalangi pelajar Yaman tersebut melarikan diri.

Namun pemuda itu berjaya keluar dari apartmen setelah melompat melalui tingkap biliknya. Setelah keluar Isham segera melapor ke pos keselamatan terdekat hingga pengawal keselamatan itu  menangkap 5 pelajar tersebut.


Menurut hasil penyidikan, diketahui bahawa pelajar wanita itu telah berkali-kali mengajak Isham melakukan perzinaan. Namun pemuda Yaman itu menolaknya kerana menurutnya hal itu dilarang oleh agama jika tidak didasari oleh pernikahan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah sikap seorang pemuda Islam tulin, ia tetap mengikuti peraturan yang diperintahkan kepadanya.  Ia tetap patuh kepada resepi atau menu oleh pencipta agama yang dianut itu.


Kerana Muhammad SAW, wakil pemberi peringatan penguatkuasaan itu, pernah mengingatkan  mengenai 7 Golongan Yang Mendapat Perlindungan ArashNya (hadiah istimewa dari Allah) di Akhirat, seperti yang dirawikan oleh Abu Hurairah. Rasul SAW itu berkata...

"Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. 
  • Pemimpin yang adil; 
  • pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; 
  • seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 
  • 2 lelaki yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;  
  • lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; 
  • seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; 
  • dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” 
(Riwayat Muslim)

Okey, mari kita hurai sikit.. 

Satu: Pemimpin atau Imam yang adil.

Ertinya, setiap pemimpin bertanggungjawab atas jagaannya. Ia akan dipersoalkan kembali di akhirat kelak. Perdana Menteri Malaysia tetap bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi kepada rakyatnya. Senang susah, adil atau zalim (contohnya perlakuan terhadap peserta Bersih 3.0 baru-baru ini), zina buang bayi, segala macam maksiat, dasar pendidikan tempang dan lain-lain. 

 Oh, seronok sangatlah, kepada pemimpin-pemimpin yang adil, melaksanakan amanah dan hukum Allah SWT ke atas tadbirannya. Ia dapat hadiah ' Perlindungan ArashNya di Akhirat.' Begitu juga pemimpin-pemimpin lain, termasuk suami memimpin isteri atau isteri-isteri, isteri memimpin anak-anak, pimpinan yang diamanahkan tugas kepada mereka. Dan  sebagainya.

Dua: Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.

Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup atau membesar dalam ibadah kepada Allah. Bukan nanti tua baru nak ibadat. Ibadat dalam ertikata yang luas, ibadat khas dan ibadat umum. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.

Tiga: Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.

Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.

Empat: Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana Al-Allah. Dalam satu hadis Rasulullah bersabda..

“Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”.

Malaikat bertanya: “Nak kemana?”

Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..”

Tanya malaikat lagi: Untuk apa?”

Lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.”

Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?”

Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.”

Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?”

Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:”

Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:

"Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)

Perasaan sayang dan kasih, atau cinta terhadap seseorang bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

Lima: Lelaki apabila mengingati Allah bersendirian menitis airmatanya.

Hadirnya perasaan takut kepada Allah walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran Allah SWT.

Enam: Seorang lelaki yang dirangsang atau digoda oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan Allah” (inni akhofullah)

Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada Allah dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dariNYA, seperti kisah pemuda  di atas.

Tujuh: Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.

Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap Allah dan orang lain.

Kesimpulan: 

Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu. (IH)

Wednesday, May 16, 2012

Sibuk shj Muzakarah Tapi Tak Pernah Buat -N/Aziz


 

KOTA BHARU: Hanya sibuk sahaja sebut fasal muzakarah tapi tidak pernah buat. Sepatutnya setiap isu yang timbul di kalangan umat Islam diselesaikan secara muzakarah bagi mendapat gambaran lebih jelas dan bukan pandangan sebelah pihak sahaja.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, isu muzakarah sebenarnya berlaku sejak PAS diketuai Dato’ Asri Muda lagi.

“Tapi sampai sekarang isu itu tidak pernah selesai. Hanya sibuk sahaja sebut fasal muzakarah tapi tidak pernah buat.

“Jadi dalam keadaan sekarang ini paling sesuai membincangkan tentang isu kenapa ada orang hendak tolak Islam,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.

Sebelum ini Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan politik.

Oleh itu beliau mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mempertimbangkan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, muzakarah merupakan fitrah manusia sejak usia kecil lagi.

“Bertengkar juga dinamakan muzakarah ketika kita kecil. Bertengkar dan berbalah itu sama sahaja, erti masing-masing mahu berhujah.

“Soal muzakarah memang PAS hendak lama dah dengan Umno atau sesiapa sahaja. Saya ingat sejak saya baru balik belajar dari Mesir lagi.

“Tetapi sampai sekarang tak jadi. Saya memang setuju muzakarah sebab itu sudah menjadi fitrah manusia,” ujarnya.

Dipetik Sinar Harian Online sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya juga menyatakan kesediaan untuk bermuzakarah dengan PAS berhubung isu kepentingan Islam dan Melayu. Bagaimanapun, beliau meletakkan garis panduan supaya muzakarah itu mencapai objektifnya dalam usaha menegakkan syiar Islam.

Beliau turut menegaskan perbincangan itu mesti dilaksanakan dengan ilmiah, bukannya berlandaskan emosi dan sanggup menerima kebenaran yang berasaskan kepada al-Quran dan Sunnah, selari dengan petunjuk Nabi Muhammad SAW dan sahabat baginda.

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman pula menyifatkan perbincangan sesama Islam adalah satu perkara yang baik bagi kekuatan dan kepentingan ummah. Sehubungan itu, beliau menyarankan muzakarah itu wajar diadakan bersama Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan supaya ia lebih telus dantidak cenderung kepada mana-mana pihak.

Bagaimanapun, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula tidak merasakan adanya keperluan untuk bermuzakarah dengan PAS kerana jelasnya, parti Islam itu sudah tergelincir daripada matlamat asal perjuangan mereka. (IH)

Konsert Lady Gaga Di Jakarta, Polis Larang?


POSTER promosi konsert Lady Gaga digantung pada sebatang tiang lampu di Jakarta semalam.

HIBURAN
JAKARTA - Polis Indonesia semalam enggan membenarkan penyanyi terkenal, Lady Gaga mengadakan persembahan di sini. Keputusan itu dibuat selepas beberapa kumpulan Islam berikrar untuk menggerakkan ribuan penyokong masing-masing untuk menghalang konsert tersebut.

Menurut jurucakap Polis Nasional Indonesia, Saud Usman Nasution, konsert Lady Gaga yang dijadualkan diadakan pada 3 Jun depan akan dibatalkan. "Kami tidak akan mengeluarkan permit untuk konsert Lady Gaga di Jakarta," katanya.

Sebelum ini Front Pembebasan Islam (FBI) melancarkan bantahan di Jakarta yang berikrar menghalang penyanyi itu menjejakkan kaki di sini.

"Kami amat gembira apabila polis menghalang pemusnah moral itu (Lady Gaga) daripada datang ke negara ini.

"Sudah tentu kami menentangnya, dia hanya memakai seluar dalam dan coli," kata Pengerusi BPI Jakarta, Habib Salim Alatas.

Menurut Habib, Lady Gaga amat berbahaya kepada generasi muda Indonesia kerana dia pernah menyatakan dirinya utusan syaitan. FBI juga pernah mendesak polis supaya membatalkan konsert itu bagi mengelak konflik antara kumpulan Islam dengan para peminat Lady Gaga.

Para peminat penyanyi penyanyi tersebut mewujudkan akaun IndonesiaSavesGaga di laman Twitter bagi meminta polis menarik kembali keputusan tersebut. Penganjur konsert itu, Big Daddy Productions sudah menjual lebih 50,000 tiket. Namun, ia enggan mengesahkan sama ada konsert Born This Way Ball itu telah dibatalkan secara rasmi.

Penyanyi itu dijadualkan membuat persembahan di Stadium Gelora Bung Karno. Seorang pemegang tiket itu, Mariska Renata menyatakan dia berasa amat kecewa tentang pekembangan tersebut. "Kami telah matang untuk memezakan antara nilai-niali moral dengan seni dan budaya," katanya.

Konsert Lady Gaga di Asia bermula sejak bulan lalu. Sementara itu, penyanyi tersebut melawat menara Tokyo Sky Tree setinggi 634 meter di Tokyo, Jepun semalam. (IH)

Sebelum ini..

Red Wariors: Tak Mudah Dibolosi Penyerang Import

SEMANGAT...pemain Kelantan giat menjalani latihan menghadapi final, Sabtu ini.

SEMANGAT...pemain Kelantan giat menjalani latihan menghadapi final, Sabtu ini.

SUKAN

PERLAWANAN akhir Piala FA menentang Sime Darby Sabtu ini, tidak boleh dipandang mudah dan pasukan Kelantan perlu berusaha memastikan kubu tidak mudah dibolosi penyerang import berbisa pasukan lawan dari Liberia, Patrick Ronaldinho Wleh.

Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek mahu rakan sepasukan berwaspada berdepan ancaman penyerang import itu yang mampu mengkucar-kacirkan kubu pertahanan.

“Pergerakan Ronaldinho perlu dikawal ketat barisan pertahanan kerana pemain itu mempunyai kemahiran penyudah tajam berbisa.

“Kami tidak memandang mudah pertemuan dengan Sime Darby sebaliknya lebih serius dalam misi muncul juara. Kami sedar pasukan itu banyak membuat kejutan apabila menewaskan Johor FC dan Terengganu untuk layak ke final Piala FA,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

Pemain pertahanan Kelantan, S Subramaniam berkata, Kijang akan tebus kekecewaan final Piala FA 2010 dan 2011 selepas Red Warriors akur dengan kekalahan kepada Selangor dan Terengganu. Katanya, barisan pemain pertahanan perlu mengunci pergerakan Ronaldinho tiada ruang buatnya membolosi gawang Kelantan.

“Saya percaya dengan kehadiran pemain import, Obina Nwaneri, dalam barisan pertahanan mampu menyekat kemaraan pemain itu,” katanya.

Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim menganggap final Piala FA 2012 sebagai cabaran paling besar Red Warriors pada percubaan ketiga membawa pulang piala itu ke negeri ini. Beliau mengakui kegagalan dua kali pada 2009 dan 2011 cukup memeritkan kerana belum pernah menggenggam piala itu dalam kempen Liga M.

 Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menasihatkan semua penyokong dan peminat The Red Warrior menjaga tatatertib mereka pada pertandingan akhir Piala FA menentang Sime Darby Sabtu ini.

Beliau berkata, selain menjaga keselamatan sepanjang perjalanan, rakyat negeri itu yang akan berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil nanti juga perlu menjaga nama baik negeri Kelantan sesuai dengan nama jolokannya sebagai 'Serambi Mekah'.

"Mudah-mudahan Allah selamatkan pemain kita. Sentiasa ingat kepada Allah. Dalam permainan kita jangan tinggal sembayang. (IH)

Sebelum ini..

Selamat Menyambut Hari Guru

Perutusan Hari Guru 2012 
dari 
 Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

As-salamu 'alaikum.
Sempena sambutan Hari Guru 2012, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan dan penghargaan kepada semua guru di atas segala pengorbanan dalam mendidik anak bangsa menjadi insan berguna. Guru merupakan golongan yang paling penting dalam pembangunan sesebuah negara. Bahkan Islam mengiktiraf peranan guru sebagai murabbi.

Quran menegaskan betapa tingkatan taraf kemanusiaan diangkat oleh Allah melalui dua unsur iaitu keimanan dan keilmuan. FirmanNya: "Sesungguhnya Allah mengangkat darjat orang yang beriman di kalangan kamu dan mereka yang diberi ilmu dengan beberapa darjat."

Keimanan dan keilmuan adalah dua eleman utama manusia diangkat darjat oleh Allah. Benarlah kata kata Saidina Ali bilamana ditanya manakah yang kamu inginkan antara harta dan ilmu. Lalu jawab Saidina Ali: "Aku akan mengambil ilmu."

Bilamana ditanya kenapa ia memilih ilmu lalu jawab Saidina Ali:

"Sesungguhnya orang yang ada ilmu boleh mencari harta , tetapi mereka yang ada harta belum tentu mampu mencari ilmu. Ilmu telah disediakan tempat menyimpannya oleh Allah, sedangkan harta perlu mencari bekas untuk menyimpannya, biasanya orang yang mempunyai ilmu akan tawadduk, manakala manusia memiliki harta akan takabur."

Seorang guru inginkan muridnya berjaya lebih tinggi darinya, dan ia gembira bilamana muridnya berjaya, dan berdukacita bilamana muridnya gagal. Ia sanggup menghabiskan masa berjam-jam mendidik muridnya, lebih dari masa ia mendidik anaknya.

Rasulullah s.a.w menjelaskan bilamana mati anak Adam, maka putuslah amalannya melainkan tiga, iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa dari anak yang soleh.

Persoalan ilmu yang bermanfaat menunjukkan kepada kita bagaimana tingginya kedudukan guru yang mengajar ilmu pengetahuan di dunia dan akhirat. Lantaran itu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua guru dengan doa agar mereka sentiasa tabah, sabar dan berusaha membina generasi rabbani yang sentiasa dekat dengan Allah swt.

“SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2012” Sekian Wassalam

Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat 

Juga ucapan Selamat Hari Guru dari Weblog Ibnu Hasyim kepada semua guru-guru dengan doa kesejahteraan dan selamat berjuang! (IH)

Isteri Berzina, Lekat Tak Boleh Cabut, Ini Videonya!

Amaran 18 sx:

Tuesday, May 15, 2012

Penduduk P/Tanjung Batu Sabah, Sertai PAS



Selamat menyerahkan borang ahli PAS kepada Tuan Ibrahim

KINABATANGAN: 25 penduduk pulau Tanjung Batu, 20 minit perjalanan dengan bot dari perlabuhan Sandakan, memohon untuk menyertai PAS dengan diketuai sendiri oleh ketua kampung mereka, Selamat bin Abdillah.

Borang permohonan untuk menyertai PAS itu diserahkan oleh Selamat kepada Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Turut serta adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Haji Hamzah Abdullah.

Di samping itu, turut serta adalah rombongan anggota Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat yang sedang dalam rangka kunjungan ke Sandakan.

Selamat mula menjadi Ketua Kampung pada tahun 1989 lagi. Namun sejak Mac lalu, seorang ketua kampung baru dilantik di pulau itu tanpa melalui peraturan yang biasa dimana Salamat tidak dimaklumkan mengenainya.

"Tahu-tahu sejak Mac, elaun saya tidak diberikan," kata Selamat kepada rombongan lajnah Penerangan PAS ini.

Sebulan lalu, Hamzah bersama beberapa rakannya dalam PAS Sabah turun ke pulau Tanjung Datu yang mempunyai 200 keluarga ini.

Ketika itu, jambatan yang menghubung antara rumah ke rumah sudah hampir reput dan berlubang di sana-sini.

"Baru dua minggu lepas (dua minggu selepas kunjungan Hamzah),mereka membina jambatan baru ini," kata Selamat.

"Baru saja saya datang berkunjung ke sini, tuan-puan sudah dapat jambatan baru. Bayangkan kalau tuan-puan undi PAS dalam pilihan raya umum nanti, saya yakin apa yang tuan-puan hendak akan diberikan semuanya,"kata Hamzah ketika memberikan ucapan ringkas di majlis hari ini.

Tuan Ibrahim, ketika berucap pula mengajak penduduk di situ membuat perkara yang sama.

"Macam kedai di kampunglah tuan-puan. Kalau ada satu kedai, semua harga ditentukan oleh kedai itu. Tetapi kalau ada dua kedai yang berniaga, kedua-duanya akan saling menurunkan harga dan kita pengguna yang akan untung.

"Begitu juga dalam politik ini. Selama ini Umno sahaja yang ada. Sekarang PAS datang menawarkan khidmat untuk tuan-puan semua, jadi kita bertandinglah secara yang adil. Saya yakin tuan-puanlah yang bakal untung nanti," kata beliau.


Rombongan Lajnah Penerangan PAS disambut dengan jambatan baru di pulau Tanjung Batu

Beliau juga yakin, jika Pakatan dipilih penduduk di sini dalam pilihan raya umum akan datang, kemudahan untuk rakyat akan jauh lebih besar lagi.

"Sekurang-kurangnya Umno akan berusaha memberikan khidmat yang jauh lebih baik untuk tuan-puan," katanya.

Beliau juga yakin, selepas rombongan beliau balik, Umno akan datang segera ke pulau ini dan memberikan segala kemudahan untuk penduduk tempatan.

"Jadi tuan-puan ambillah apa yang mereka bagi kerana itu hak kita sebenarnya sebagai rakyat...bak kata Menteri Besar Kelantan, bagi duit ambil, bagi kain pakai bagi gula buat air tetapi bila mengundi pilih bulan," kata Hamzah menambahkata Tuan Ibrahim.

Semalam, kira-kira 50 penduduk pulau Shanghai dalam kawasan Parlimen Batu Sapi menyertai PAS. Borang permohonan juga diserahkan kepada Tuan Ibrahim. (Hrkh)

Kisah Bina Surau Di Pulau Shanghai, Sandakan.


Surau Al-Harakah di pulau Shanghai, Sandakan drasmikan walaupun belum siap sepenuhnya

SANDAKAN: Cita-cita penduduk pulau Shanghai, yang terletak setengah jam perjalanan bot dari Sandakan, untuk memiliki sebuah surau dan tempat berkumpul menjadi kenyataan apabila sebuah surau didirikan dan dirasmikan hari ini.

Surau ini dinamakan Al-Harakah sempena penyumbang utama untuk pembinaannya adalah datangnya dari pembaca Harakahdaily.


Tuan Ibrahim menandatangani plak surau Al-Harakah

Ia selamat dilancarkan hari ini oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang disertai sama oleh Haji Hamzah Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah.

Turut serta adalah anggota Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat yang menjadi penganjur kepada pembinaan surau ini. Lebih 150 penduduk tempatan turut sama dalam majlis pelancaran surau ini hari ini.

Majlis pelancaran surau itu dibuat melalui tandatangan ke atas plak surau itu yang disempurnakan oleh Tuan Ibrahim dengan disaksikan penduduk tempatan.

Doa dibacakan oleh Tuan Ibrahim dan diaminkan oleh yang hadir

31 Disember tahun lalu Tuan Ibrahim yang memimpin ekspedisi ke pulau ini memacakkan tiang tanda janji untuk membina sebuah surau di pulau itu.

"Kita mahu surau ini menjadi pusat perpaduan penduduk di pulau ini. Pusat aktiviti, pusat kerjasama," kata Tuan Ibrahim dalam ucapannya hari ini.


Tuan Ibrahim ketika mengimbau kembali lawatan pertamanya ke sini Disember lalu berkata, apabila ditanya penduduk di sini, apa yang mereka perlukan di sini mereka  berkata banyak yang tak ada di sini.

Kayu yang dipacakkan 31 Disember 2011 kini sudah menjadi surau untuk pulau ini


"Dari banyak yang  takda, air bersih, letrik, dewan, surau,  kami pilih buat surau tempat berhimpun dan berjamaah," katanya.

Selepas itu, kempen dibuat untuk mengumpul dana untuk surau ini keseluruh dunia termasuk ke Arab Saudi.

Ekoran itu lebih  RM60,000 berjaya dikumpul khasnya dari pembaca Harakahdaily ekoran iklan yang disiarkan dalam laman web ini.

"Terima kasih kepada semua yang terlibat memberikan sumbangan khasnya pembaca Harakah kerana menjayakan projek ini.

Bergambar kenangan bersama penduduk pulau Shanghai selepas merasmikan surau mereka

"Atas dasar itu kita namakan surau ini Al-Harakah," kata Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim yakin PAS dan Pakatan Rakyat akan berbuat lebih lagi untuk rakyat Sabah jika diberikan mandat untuk mentadbir negara.

Rombongan Muslimat PAS yang tiba dengan bot ke pulau Shanghai

"Ini tempat untuk semua orang untuk memenuhi keperluan didik agama kepada anak-anak, program motivasi, solat dan sebagainya.

"Kami serahlah kepada tuan-tuan semua untuk mengisi program di sini agar surau ini sentiasa hidup dengan program," katanya.

Selamat jalan semoga kita jumpa lagi...lambaian dari penduduk pulau Shanghai dari tangga surau baru mereka selepas ditinggalkan rombongan

Beliau juga berkata, selepas ini surau kedua pula akan dibantu oleh PAS untuk dibina iaitu di Keningau.

"Di sana ada satu kampung yang gereja ada dua buah tetapi tidak ada satu pun surau di situ sedangkan orang Islam ramai," katanya. (Hrkh)

Sebelum ini..

Harussani Perlu Rasional & Waras.. -N/Aziz



 KL, 14 Mei 12: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nuk Mat merangkap Menteri Besar Kelantan menegaskan Mufti Perak, Harussani perlu berfikir secara rasional dan waras dan melihat kepada kebenaran.

Dalam laman sosial Facebook miliknya, Nik Aziz (gambar) berkata, “mufti sebaiknya tak payah masuk campur soal parti politik lah kalau begitu serong terhadap PAS. Bila nak nilai dasar dan perjuangan parti Islam seperti PAS, kena baca sejarahnya. Kerana asal tertubuhnya PAS adalah terlibat sama ‘orang Umno’ yang melihat Umno tak mampu berjuang Islam.”

Harussani sebelum ini berkata perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan kerusi politik. Dipetik Berita Harian Online, Harussani bersedia mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Islam dalam nama parti.

“Perjuangan parti itu semakin jauh menyeleweng daripada matlamat asal untuk menegakkan Islam yang direncanakan sejak lebih enam dekad lalu,” kata Harussani yang juga ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.

Menurut Nik Aziz lagi, Harussani tidak memahami matlamat penubuhan dan perjuanagan PAS.
“Nampak sangat mufti tu tak baca sejarah,” katanya lagi.

Status dari Facebook milik Nik Aziz itu telah mendapat respon dan komen balasan dari 236 individu dengan 2,918 individu “suka” terhadap status tersebut.

Tambah pemimpin veteran PAS ini lagi, mufti Perlis itu juga perlu memahami kitab karya Ketua Majlis Ulama Sedunia, Dr Yusof Al-Qaradawi yang menyokong demonstrasi di Dataran Tahrir, Mesir walaupun mufti negara tersebut menentang penganjuran demonstrasi tersebut.

“Kemudian baca jugalah kitab Dr Yusof Al-Qaradawi, Ketua Majlis Ulamak Sedunia yang sering memberi pandangan menguntungkan perjuangan Islam.

“Sebagaimana perhimpunan rakyat Mesir di Medan Tahrir, Dr. Yusof Qaradawi menyokongnya bagi memerangi kemungkaran kerajaan walaupun ia ditentang oleh mufti Mesir sendiri,” tegasnya. Justeru, beliau menuntut agar Harussani “berfikirlah dengan kebenaran bukan kewarasan tanpa kebenaran.”

Harussani dilihat mengeluarkan kenyataan tersebut ketika mengulas saranan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah untuk membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada nama parti itu.
Beliau turut menggesa ahli dan penyokong fanatik dan taksub PAS agar segera kembali kepada ajaran Islam sebenar dan berfikiran waras.

“Gunakan akal yang dianugerahkan Allah untuk berfikir... sama-sama memahami isi kandungan al-Quran, jangan hanya tahu mengutuk. Banyak sangat PAS menyalahgunakan Islam untuk kepentingan politik demi mendapatkan kuasa, pengaruh, kedudukan dan kerusi,” katanya.

Beliau juga melahirkan kebimbangan dengan perpecahan umat Islam kerana sifat dengki, tamak, mengejar pangkat dan kedudukan di kalangan pemimpin parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam.
Mengulas keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan umat Islam menyertai perhimpunan Bersih 3.0, Harussani berkata, ia tidak dibuat sebelah mata seperti yang didakwa pemimpin pembangkang, termasuk Nik Aziz.

Sebaliknya, keputusan itu dicapai selepas perhimpunan Bersih 3.0 tidak lagi bersih kerana menceroboh kawasan larangan, selain mendatangkan kekacauan dan kecederaan kepada pihak berkuasa dan orang awam. (IH/Sumber MI)

Sekolah Palestin Ditutup Kerana Guru Naik Keldai?

Seorang guru menaiki keldai untuk ke sekolah.
Seorang guru menaiki keldai untuk ke sekolah.
 
TEBING BARAT – Sebuah sekolah rendah Palestin ditutup, minggu lalu, selepas pihak berkuasa Israel merampas kenderaan digunakan untuk menghantar guru-guru ke sekolah itu.

Menurut laporan akhbar Haaretz, guru-guru kini menggunakan keldai sebagai kenderaan untuk ke sekolah yang terletak di kampung Jinba, bandar Hebron sehingga menyebabkan proses pembelajaran terganggu. Pihak berkuasa Israel sebelum ini telah mengeluarkan arahan supaya sekolah itu diruntuhkan, namun mendapat bantahan penduduk kerana sekolah terdekat dengan kampung itu terletak pada jarak 20 kilometer.

Kelmarin, pihak berkuasa Israel turut merampas kereta seorang Pakar Haiwan Palestin ketika dalam perjalanan ke kampung tersebut untuk menyuntik vaksin kepada biri-biri. Pada 1999, kawasan itu diisytihar rejim Zionis sebagai zon latihan perang bagi tentera Israel dan orang ramai tidak dibenarkan menetap di situ.

Namun, penduduk Palestin yang dihalau dari kawasan itu kemudian memfailkan aduan di Mahkamah Tinggi yang kemudian mengeluarkan perintah injunksi untuk dibenarkan menetap kembali di kawasan berisiko tersebut.(IH/SH)

Hari Nakbah 2012, Jihad Bebaskan Palestin!


Kami menegaskan tahun 2012 seharusnya diisytiharkan tahun dilancar jihad fisabilillah membebaskan Palestin.

Ketegasan kami beralasan. Setelah sekian lama masalah Palestin menjadi seolah barah yang tidak boleh dirawat, maka tidak ada lagi pendekatan yang boleh dipilih selain dari jihad.

Ketika kami melihat pelbagai kenyataan dan sejumlah resolusi diluncurkan PBB sejak Perjanjian Oslo 1993 dimeterai sehingga sekarang, Israel tidak pernah tunduk kepada sebarang bahasa diplomatik.

Malah yang dilakukan oleh Israel lebih ganas dari sebelumnya. Dari pembesaran kawasan kediaman Yahudi di tanah Palestin yang hanya tinggal 22% dari asal sehingga  melancarkan serangan militeri berterusan ke atas Tebing Barat dan Gaza, membunuh, memusnah dan merampas hak rakyat Palestin. Israel tidak sedikitpun gugur cirinya sebagai negara teroris.

Kami menegaskan Zionisme tidak mengenal erti taat kepada sebarang perjanjian. Sejarah jelas memperlihatkan Yahudi Zionis bukan sahaja melanggar perintah Allah malah sanggup membunuh Nabi-nabi Allah.

Inilah hakikat yang perlu diterima oleh pejuang pembebasan Palestin dan Masjid Al Aqsa bila berdepan dengan Zionis Yahudi.

Sejak tanah Palestin dirampas pada tahun 1948, baki kawasan yang tersisa untuk rakyat Palestin hanya tinggal tidak sampai 22% sahaja, itupun kawasan ini terdedah kapada pencerobohan dan bedilan bom dari jet pejuang.

Perjuangan Yasser Arafat untuk menuntut sempadan tanah sebelum 1967 seluas 44% dari kawasan Palestin yang asal tidak kesampaian, kini Mahmud Abbas menagihkan kawasan yang jauh lebih kecil untuk Palestin.

Tuntutan ini juga tidak dilayan malah sehingga bulan September 2011, proposal untuk Palestin diterima sebagai anggota penuh dalam PBB masih tergantung kerana 126 negara yang menyokong, kurang dua lagi undi untuk diluluskan dalam Sidang Umum PBB.

Malah Majlis Keselamatan sendiri tidak dapat menjaminkan kemasukan penuh Palestin sebagai anggota penuh PBB. Sehingga ini sebahagian anggota-anggota yang ada sekarang dalam Majlis Keselamatan ialah Bosnia dan Herzegovina , Inggeris, Perancis, Gabon, German, India, Nigeria dan Portugal yang masih belum menentukan sikap.

Jelas umat Islam tidak dapat berharap kepada PBB. Resolusi 181 yang dikeluarkan pada 29hb September 1947 yang mengisytiharkan kewujudan Israel adalah titik bermulanya musibah yang sambung-menyambung ke atas rakyat Palestin. Tanah Palestin dibahagi dua: untuk Yahudi 53% dan untuk Arab 43%. Pokoknya PBB telah menerima penjajahan.

Kejahatan global yang diterajui oleh Israel dan didukung oleh US tidak dapat dicabar dengan efektif oleh bahasa diplomatik. PBB yang lebih merupakan pertubuhan pengumpul resolusi paling maksima hanya mampu mengeluarkan kecaman, kritikan, dan kata-kata ultimatum yang tidak pernah dihiraukan oleh Israel.

Resolusi 106 dikeluarkan pada 29hb Mac 1955 yang mengutuk serangan Israel ke atas Gaza, Resolusi 111 dikeluarkan kerana mengutuk serangan Israel yang menyerang Syria, Resolusi 162 yang mendesak Israel mematuhi keputusan PBB, Resolusi 237 yang mendesak Israel membenarkan pelarian Palestin kembali ke tanah air mereka seperti sebelum 1967 dan banyak lagi.

Kami menyeru agar semua Persidangan Khas yang diadakan saban tahun oleh pelbagai pihak mengenai Palestin dan Al Quds menghantar suatu semboyan jelas iaitu Jihad Membebaskan Palestin dan Al Aqsa.

Peredaran masa 64 tahun sudah terlalu lama. Israel yang merupakan proksi US dalam merekayasa hegemoni kuasa Barat ke atas politik Asia Barat sangat terang dan jelas. Untuk mengharapkan negara-negara Barat mengembalikan hak Palestin adalah suatu kemustahilan. Malah untuk bergantung kepada pemimpin negara umat Islam yang terikat dengan kuasa Barat juga tidak menjanjikan harapan.

Kuasa sebenar berada dalam tangan umat Islam sendiri. Umat Islam yang tersusun dalam pelbagai organisasi massa dan NGO harus menggembleng seluruh tenaga dan sumber untuk melancarkan jihad dalam semua bidang untuk mengembalikan bumi Palestin dan Al Quds kepada kaum Muslimin.

Jihad ekonomi dengan melancar boikot kepada semua produk dan perkhidmatan yang secara langsung berkait dengan Israel. Ini termasuk seluruh syarikat yang berpengkalan di Israel.  Tindakan memutuskan sebarang hubungan perdagangan dalam apa bentuk sekalipun hendaklah dilancarkan secara efektif.

Jihad sosial dengan memboikot seluruh acara sosial dan institusi sosial seperti universiti dan sebarang institusi yang yang berkait dengan pembangunan sosial. Ini termasuk dalam acara sukan dan industri hiburan.

Jihad politik iaitu melumpuhkan seluruh perjanjian yang dimeterai oleh negara dengan Israel dalam apa sahaja bidang perhubungan politik dan diplomatik.

Jihad ketenteraan dengan mendesak pemerintah negara-negara umat Islam menghantar tentera Islam ke Palestin untuk merampas kembali bumi Palestin yang ditakluki Yahudi Zionis.

Jihad teknologi iaitu dengan memastikan segala teknologi maklumat yang ada diguna untuk melancarkan serangan maklumat terhadap Israel. Teknologi maklumat perlu digunakan semaksimanya untuk mendedahkan persekongkolan antara US , British dan Israel.

Untuk semua medan jihad ini kami menegaskan bahawa sudah sampai masanya seluruh NGO dan gerakan Islam antarabangsa menumpukan seluruh tenaga dan sumber ke arah pembebas Palestin. Kekuataan kepakaran dan jaringan organisasi sosial, ekonomi, politik, gerakan alam sekitar, hak asasi manusia, undang-undang hendaklah dipusatkan sehingga realisasi pembebasan Palestin dapat dicapai.

Sempena peringatan Hari Nakbah 2012 ini kami mengesa bahawa mesej jihad sebagai satu- satunya jawapan kepada penaklukan Israel terhadap Palestin akan tercapai. Sindrom meluncurkan resolusi dan kata- kata tidak lagi boleh diharap lagi untuk membebaskan Palestin melainkan hanya dengan aksi jihad.

Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA
 
Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agung MAPIM
 
Datin Aminah Zakaria
Yang Dipertua SALIMAH

Ibnu Khaldum: Pendidikan & Pelajaran -Abd Hadi

Oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS
 Ibnu Khaldum

IBNU Khaldun ialah pemikir Islam bertaraf dunia sepanjang zaman. Beliau banyak membentangkan teori kemasyarakatan mendahului zamannya beberapa abad. Buku karangannya berjudul Muqaddimah yang bermaksud pendahuluan, diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa dunia di timur dan barat, walaupun ia adalah pendahuluan kepada buku sejarah karangannya. Akhirnya kitab Muqaddimah sahaja yang dikaji  kerana analisa ilmu kemasyarakatan yang menarik sehingga Ibn Khaldun diberi gelaran bapa ilmu kemasyarakatan.

Ibn Khaldun mengulas berkenaan pelajaran dan pendidikan dalam bab yang khusus, melibatkan ilmu secara menyeluruh mengikut perspektif Islam yang berbeza dengan teori Barat yang berteras dan berkonsepkan sekularisme yang memisahkan agama dengan dunia.

Paling menarik Ibn Khaldun meletakkan ilmu dan pendidikan ke dalam aspek sina’ah (industri). Bermakna aktiviti ilmu bukan sahaja keperluan ruh dan akal yang menjadi sebahagian daripada kejadian manusia, bahkan kegiatannya yang betul dan saksama menghasilkan kemajuan dalam aspek yang lain termasuk aspek ekonomi yang menambahkan hasil negara.

Lapangan ilmu dan pendidikan adalah peranan pembangunan manusia dalam segala aspek kejadian mereka secara fitrah, dan perkembangan percambahan ilmu keperluan mereka yang dicipta selepasnya secara pengalaman dan kajian mengikut keperluan semasa, realiti dan situasi yang sentiasa berubah di sepanjang zaman.

Peranan ilmu dan pendidikan mengikut Islam adalah selaras dengan naluri manusia dan peranan mereka. Manusia adalah makhluk berunsurkan jasad, ruh dan akal, individu, keluarga dan wajib bermasyarakat madani, mampu mengendalikan urusan makhluk sekelilingnya. Maka manusia adalah makhluk yang layak mentadbir urusan bumi sekiranya berilmu dan pendidikan yang merangkumi aspek naluri mereka.

Ilmu dan pendidikan adalah agenda pembangunan manusia bagi memakmurkan dunia. Islam meletakkan ilmu dan pendidikan yang memenuhi kehidupan manusia tersebut dalam perkara wajib mengikut kedudukan ilmu itu. Semua bidangnya  tidak terkeluar daripada fardu ain dan fardu kifayah.

Ilmu dan pendidikan bagi membina peribadi manusia supaya beriman dan budiman  dimasukkan dalam fardu ain yang wajib bagi setiap individu, begitu juga alat dan kemudahan untuk menghasilkannya seperti mambaca, menulis dan alatnya serta pelajarannya secara sistematik mengikut zaman. Perkara ini termasuk dalam doruriyat kepada ruh dan akal, sama seperti keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal kepada jasad. Maka menjadi kewajipan kepada ibu bapa atau ketua keluarga atau penjaga dan kerajaan yang memerintah negara  membantu kalangan yang tidak berkemampuan.

Ilmu dan pendidikan yang memberi kemudahan kepada masyarakat dalam segala aspeknya dimasukkan dalam fardu kifayah (wajib secara umum), menjadi fardu ain pula kepada mereka yang layak menunaikannya seperti para pemimpin kerajaan.

Dalam masa yang sama setiap anggota masyarakat digalakkan menunaikan kewajipan ini sehingga dimasukkan dalam amal kebajikan yang besar pahalanya dan fadilatnya berpanjangan walaupun pengamal dan penyumbangnya telah meninggal dunia. Sabda Rasulullah S.A.W:

إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاثٍ: صدقةٍ جاريةٍ، أو علمٍ ينتفع به، أو ولدٍ صالحٍ يدعو له
Maksudnya: Apabila matinya seseorang manusia, terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu sumbangan sedekah (harta ) yang berterusan kebaikannya,  ilmu yang memberi manfaat dan anak yang baik sentiasa berdoa untuknya. (Riwayat Muslim)

Menunjukkan bahawa kewajipan pendidikan dan pelajaran dalam negara berkebajikan mengikut Islam menjadi tanggungjawab bersama yang tidak membebankan kerajaan sahaja, kerajaan dan masyarakat tidak boleh melarikan diri daripadanya.

Manusia yang dibangunkan insannya dengan sempurna menambahkan produktiviti negara, bukannya menjadi bebanan negara dengan gejala sosial seperti akhlak dan pengangguran. Apa yang berlaku hari ini adalah kesilapan dasar, konsep dan sistem yang memerlukan satu huraian yang lain. Dalam ruangan ini perlu dijelaskan dengan tegas bahawa agenda pendidikan dan pelajaran percuma yang betul meningkatkan hasil negara bukannya menjadikannya bankrap.

Ilmu dan pendidikan peribadi yang betul, melahirkan manusia beriman, budiman dan berilmu sehingga beramal dengan ikhlas, tidak menyeleweng, rasuah dan menyalahgunakan kerja, jawatan, serta tidak merosakkan hasil negara. Ilmu dan pendidikan pengurusan, kemahiran dan sebagainya untuk masyarakat  mendatangkan hasil  yang maju dan meningkat. Islam meletakkan ilmu dan pendidikan bagi keperluan peribadi dan masyarakat tidak boleh dipisahkan di antara satu sama lain.

Ilmu dan pendidikan fardu ain  bagi membentuk diri manusia adalah asas yang wajib bagi setiap individu lelaki dan wanita. Kemudian ditingkatkan secara fardu kifayah (wajib secara umum) mengikut kemampuan di bidang masing-masing, sehingga tidak ada yang tercicir dalam masyarakat, termasuk yang gila dan cacat menjadi kewajipan keluarga dahulu, kemudiannya masyarakat dan kerajaan.

Kalangan para ulama yang mendalami perkembangan semasa, menjadikan sebahagian peruntukan zakat  sumbangan kepada penuntut ilmu, kerana ia juga adalah medan perjuangan untuk meninggikan Islam dan umat. Kepada penganut Islam, zakat tetap wajib dibayar walaupun dibatalkan oleh kerajaan kerana sifat ibadatnya yang berbeza dengan cukai  yang di arah oleh kerajaan kerana zakat adalah perintah Allah.

Dalam masyarakat Islam yang lebih lama tamadunnya didirikan  institusi pendidikan percuma sehinggalah masuk ke zaman penjajah dan merdeka semula. Contohnya Universiti al-Azhar di Mesir, Deoband dan Aligarh di India, pengajiannya bukan sahaja jurusan Islam bahkan meluas ke bidang sains dalam segala aspeknya. Pelajarnya belajar percuma, universitinya hidup dengan harta wakaf dan zakat.

Ada juga kalangan negara Barat yang meniru tamadun awal Islam menganjurkan pendidikan percuma dengan mengenakan cukai daripada kalangan yang kaya raya tanpa membebankan kalangan miskin, walaupun negara itu tanpa mempunyai sumber bumi yang banyak tetapi pandai mengurusnya tanpa membebankan rakyat. Sedarlah kita betapa bumi yang berhasil daripada perutnya dan subur tanahnya. Mengapa tidak mampu dan takut apabila disebut pendidikan percuma. Sebabnya kerana hasil negara banyak masuk ke dalam perut para pemimpin dan konco-konconya.

Ibn Khaldun menegaskan lagi, bahawa pertambahan jumlah penduduk yang meningkat juga kalau diolah dengan baik boleh meningkatkan produktiviti bukannya pengangguran dan gejala sosial, sekiranya agenda pembangunan insan dilaksanakan mengikut acuan Allah.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

B/Tentera Tungging Punggung Kpd Ambiga. Malu Le..

kl 15 mEI 12: SEKUMPULAN bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' di depan kediaman Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara pagi ini.
NONEIa disertai kira-kira 15 orang yang mengaku sebagai bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM).

Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom berkata, senaman itu diadakan untuk menyampaikan bantahan terhadap Ambiga, yang dianggap mereka 'musuh negara yang cuba merosakkan nama negara'.

10 Mei lalu, satu protes burger anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) turut diadakan di hadapan rumah Ambiga.

Justeru, acara senaman PVTM pagi ini adalah 'demonstrasi' kedua di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH itu dalam masa sebulan.

NONE"Kami veteran tentera berhak buat bantahan terhadap musuh yang cuba merosakkan nama negara," kata Mohd Ali.

Pada 1 Mei lalu juga, PVTM bersama NGO Suara Anak Muda 1Malaysia dan Kelab Mahasiswa 1Malaysia turut membuat laporan polis di balai IPD Dang Wangi menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap Ambiga dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengetuai himpunan BERSIH.

Komen Weblog Ibnu Hayim: Malu la macam perangai budak-budak! (IH/MK)

Jangan Tinggal Sembahyang -N/Aziz Iringi R/Warrior...


SUKAN

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan semua penyokong dan peminat The Red Warrior menjaga tatatertib mereka pada pertandingan akhir Piala FA menentang Sime Darby Sabtu ini.

Beliau berkata, selain menjaga keselamatan sepanjang perjalanan, rakyat negeri itu yang akan berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil nanti juga perlu menjaga nama baik negeri Kelantan sesuai dengan nama jolokannya sebagai 'Serambi Mekah'.

"Mudah-mudahan Allah selamatkan pemain kita. Sentiasa ingat kepada Allah. Dalam permainan kita jangan tinggal sembayang.

"Jaga tata tertib, mudahan Allah selamatkan kita semua baik pemain mahupun penonton," katanya dalam satu rakaman video yang dimuatkan di Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, mengambil kira faktor keselamatan penyokong dari Kelantan yang akan membanjiri stadium nasional itu nanti, kerajaan negeri juga telah mengumumkan hari Ahad sebagai cuti peristiwa.

Pada masa yang sama, Tuan Guru turut mendoakan pasukan Kelantan agar berjaya membawa pulang piala FA itu nanti.

"Semoga The Red Warrior dapat pulang dengan kejayaan unggul menggenggam piala FA 19 Mei ini... yang penting permainan biarlah bersemangat, penonton pula jagalah akhlak dan peribadi sesuai dengan semangat kesukanan," katanya lagi.(IH/Hrkh)

Awas Trend Baru, Wanita Selit HP Celah Payudara!

 
CHINESE National Lingerie Model Competition mempersembahkan pertandingan 'Breast Goddess' pada 11 September lalu, di sebuah pusat perbelanjaan di Guangzhou, China. Pertandingan antara pemodel hanya memakai pakaian dalam saja, dan menyelitkan HP atau telefon bimbit dicelah belahan payudaranya sambil berjalan diatas CatWalk. 
 
 
Tujuan menyelit begitu, ialah untuk mendedahkan lambang sosok bangga dan cinta seorang wanita seksi pada payudara. Lingerie mengadakan pertandingan 'Ratu Payudara' inspirasi dari seorang model asal Paraguay Larissa Riquelme yang menyelit telefon bimbit di belahan payudaranya semasa menonton piala dunia di Afrika.

Dan sekarang hal ini menjadi trend dikalangan wanita dan remaja di negara China. Trend menyelit HP dicelah payudaranya. Budaya itu dikatakan mula menular dan dieksport keluar. Mampukah Malaysia bertahan supaya ianya tidak menjadi trend tidak sihat di negara ini?

Ya, sama-sama saksikan, atau berusha mencegahnya. (IH/pelbagai sumber)

Monday, May 14, 2012

Himpunan Besar PAS 100,000, 1 Jun Di Kedah

PAS merancang untuk menarik 100,000 anggota dalam perhimpunan parti itu di Kedah pada 1 Jun untuk menyaingi perhimpunan sambutan ulangtahun Umno yang berakhir hari ini.

Perhimpunan tersebut bagi menggantikan muktamar tahunan PAS yang ditangguhkan sehingga November. Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, langkah berkenaan bertujuan untuk memperkuat jentera pilihan rayanya.

PAS merancang untuk menggerakkan 100,000 anggotanya ke perhimpunann tersebut pada 1 Jun di Kedah. Lapor Malaysiakini.

HAMAS Tubuh Pasukan Cegah Roket Serang Israel?
















AKHBAR Israel hari Khamis 10 Mei 2012) melaporkan bahawa pemerintah Hamas di Gaza beberapa bulan terakhir telah mengoperasikan sebuah pasukan yang tugas tunggalnya mencegah pelancaran roket ke atas Israel, menurut Maan.
 

Haaretz  mengaku mengutip sebuah sumber, yang mengatakan, pasukan anti roket tersebut terdiri dari 300 personel dan dipimpin langsung oleh Menteri Dalam Negeri Fathi Hammad.
Pasukan itu “beroperasi siang dan malam, 24 jam, di seluruh Jalur Gaza, khususnya dekat perbatasan dengan Israel,” kata sumber itu dikutip Haaretz.


Namun laporan media Zionis itu dibantah oleh jurucakap Kemendagri, Ihab Ghussein.
Kepada Maan, Ghussein mengatakan bahawa laporan Haaretz itu “hanya propaganda atau rumor.”


“Pernyataan-pernyataan itu merupakan usaha Israel untuk mengeksport krisis (politik di dalam negeri) dan konflik internalnya ke wilayah Gaza, yang menyokong aksi mogok makan di dalam penjara-penjara Israel,” kata Ghussein.


“Pemerintah penjajah berusaha menutupi kejahatannya atas para tahanan Palestin dan mengarahkan ancamannya ke Gaza,” kata Ghussein lagi, dan menambahkan “pemerintahan Palestin merupakan pemerintah berlawan, yang bertugas untuk melindungi gerakan perlawanan atau penentngan” terhdap Israel.


Menurut laporan Haaretz alat propaganda Israel lagi, pasukan yang dibentuk Hamas itu menjelajah Jalur Gaza untuk mencegah serangan roket ke wilayah Israel, yang banyak dilakukan oleh gerakan perlawanan seperti Jihad Islam dan Komite Perlawanan Rakyat. Para petugas itu berpakaian seragam warna hitam dengan mengendarai motosikal atau kendaraan 4WD.


Masih menurut Haaretz, pasukan tersebut diizinkn oleh Hamas untuk menggunakan kekuatan mematikan untuk menghadapi kelompok yang menolak untuk ditahan. Jika anggota Jihad Islam ditangkap, maka mereka akan segera dibebaskan. Meskipun bertugas menghalangi pelancaran roket ke wilayah Israel, namun kata Haaretz, Hamas membiarkan serangan roket yang merupakan aksi balasan terhadap serangan Zionis.*

(IH/Pelbagai sumber)

DS Nizar Hadir Ceramah UMNO Malam Tadi


Gambar: Nizar (duduk, dua dari kanan) hadir pada ceramah 'Nizar Pembohong Bersiri' anjuran Umno di Tualang Sekah, Kampar malam tadi.] Foto dari web Tranungkite.
 
KL, 14 Mei 12: "Apa salahnya saya duduk dan dengar untuk tahu apa pembohongan yang mungkin saya sudah lupa," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Nizar berkata demikian apabila ditanya faktor yang mendorong beliau hadir ke ceramah anjuran Umno Kampar bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah, malam tadi.

"Bila saya dapat tahu ceramah itu memang untuk dedahkan pembohongan saya, eloklah saya pergi dengar sendiri supaya mereka berterus terang.

"Kebetulan giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Cerita Nizar, ketika beliau sampai dan duduk di meja utama, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional Hanafiah Man sedang 'mengumpat' beliau. Namun apabila menyedari kehadiran Nizar, Hanafiah terdiam seketika dan terus menukar topik.

"Saya pun tak tahu kenapa mereka terkejut dan tak teruskan ucapan, tak tahu mereka rasa bersalah atau apa," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Tambah Nizar lagi, kebanyakan orang luar yang hadir ke ceramah itu sebaliknya orang kampung tersebut hadir ke ceramah PAS yang hanya kira-kira 150 meter dari tapak ceramah Umno itu.

"Orang kampung situ memang kenal saya dan keluarga saya mungkin sebab itu mereka lebih berminat untuk hadir ke ceramah PAS," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Katanya juga, kehadirannya menyebabkan matlamat Umno untuk memfitnahnya gagal dan menimbulkan rasa tidak senang penganjur.

"Saya duduk sebelah (Ketua Umno Bahagian Kampar ) Datuk Radzi (Manan). Beliau bisik kepada saya suruh beredar untuk mengelakkan pergaduhan.

"Katanya kalau orang Umno hadir ceramah saya, mesti saya pun tak suka. Saya kata, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya. Senang saya nak sampaikan maklumat," katanya lagi.

Ekoran tindakan beraninya itu, ramai pengikutnya di blog mikro Twitter memuji dan mengucapkan tahniah kepadanya.

(Hrkh)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails