Sunday, May 13, 2012

PAS Tanding 6 Kerusi Pulau Pinang


Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Ust Salleh Man
 
PULAU PINANG: PAS Pulau Pinang telah memutuskan untuk mencadangkan kepada PAS Pusat untuk bertanding enam kerusi Dewan Undangan Negeri dan dua Parlimen di Pulau Pinang dalam Pilihanraya Umum ke 13 ini.

Keputusan ini dicapai dalam Mesyuarat Dewan Harian, Badan Perhubungan PAS Negeri  Pulau Pinang baru-baru ini. Perkara ini diumumkan Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Bukhori Hj Ghazali dalam satu kenyataan bertulis yang dihantar kepada Harakahdaily hari ini.

Kawasan yang  telah diputuskan bahawa PAS akan bertanding (mewakili Pakatan Rakyat) adalah Bayan Lepas, Sungai Acheh, Sungai Dua, Permatang Pasir, Penaga dan Permatang Berangan.

PAS Pulau Pinang juga akan berbincang dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk mendapatkan
beberapa lagi kerusi DUN tambahan; sesuai dengan semangat toleransi yang telah dipupuk selama ini, katanya.

Justeru itu, tegas beliau, semua jentera-jentera MTD yang berkaitan diminta untuk menggandakan gerakerja-gerakerja bagi memantapkan pengurusan dan meningkatkan momentum.

"PAS Pulau Pinang juga bertekad untuk menghasilkan keputusan yang terbaik dalam konteks pengukuhan
dan keutuhan Pakatan Rakyat Pulau Pinang," jelas beliau (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails