Saturday, April 21, 2012

Benarkah Ajaran Buddha Asli Membenci Masjid?


KL 21 Apr 12: Umat Islam di kota Dambulla, Sri Lanka, terpaksa membatalkan shalat Jumaat hari ini, 20 April 2012, kerana aksi tunjuk perasaan pemeluk agama Buddha.

Sekitar 2,000 umat Buddha, termasuk 300an biksu, meminta agar masjid tersebut dirobohkan kerana terletak di kawasan yang menurut mereka berada di kawasan suci Buddha sehingga pembangunan rumah ibadah lain tidak boleh dibenarkan, demikian kutip BBC.


Para jemaah yang sempat berada di dalam masjid untuk bershalat Jumaat sudah meninggalkan masjid. Polis sebelumnya sudah meminta agar pengurus masjid membatalkan shalat Jumaat namun sempat ditolak walau kemudian akhirnya dibatalkan.


Malam tadi, sekelompok orang yang tidak dikenali melempar masjid tersebut, antara lain dengan menggunakan bom botol. Tidak ada yang luka dalam serangan itu dan masjid hanya mengalami kerosakan kecil. Ketegangan antara agama di Dambulla meningkat setelah bulan lalu masjid melancarkan acara khusus dengan jumlah jemaah yang lebih besar dari biasanya.


Bulan September lalu, seorang biksu dilaporkan merosak sebuah tempat ibadah Islam di Anuradhapura, tidak jauh dari Dambulla, yang terletak sekitar 140 km di sebelah timur ibukota Kolombo. Sekitar 7% dari 20 juta penduduk Sri Lanka memeluk agama Islam dengan mayoriti 74% merupakan umat Buddha dan 18% lagi pemeluk Hindu mahupun Kristian.


Di Dambulla terdapat beberapa kuil Budha yang diperkirakan mulai dibangun sejak abad ke-1 hingga abad ke-3 dan merupakan situs bersejarah yang dilindungi oleh UNESCO sejak tahun 1991. Januari lalu, pemerintah Sri Lanka telah memerintahkan 161 ulama asing untuk meninggalkan negara itu kerana dituduh melanggar aturan visa yang telah mereka berikan.


Seorang pejabat imigrasyen senior Sri Lanka mengatakan para ulama itu tidak mempunyai izin untuk melakukan khotbah di sejumlah masjid kerana mereka datang dengan visa pelancong.


Komen Weblog Ibnu Hasyim
: Adakah umat Buddha yang menolak masjid orang Islam itu benar-benar mengikut ajaran Buddha asli dan suci murni menurut agama mereka? Kembalilah kepada kerukunan beragama. Termasuk kerajaannya.. (IH)

Lihat sebelum ini..
.
E-Buku IH-3: Mencari Melayu/Islam Sri Lanka
E-Buku IH-3: Mencari Melayu/Islam Sri Lanka

E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

Mesir: Puak Liberal Ingin Hilangkan Pengaruh Islam..

Allah matlamat kami, Rasul pemimpin kami, Al-Qur'an perundangan kami, Jihad jalan kami, Syahid cita-cita kami. Antara slogan Ikhwan Muslimin.

KL 21 Apr 12: Pimpinan Dakwah Salafy Mesir, Yassir Burhamy mengatakan hari Jumaat kelmarin (20/04/2012) bahawa kelompok liberal adalah penyebab krisis yang terjadi dalam Majlis Konstitusi.

“Kelompok liberal, dengan segala cara, ingin mencegah partai-partai Islam memiliki suara tertinggi saat merancang konstitusi, khususnya berhubungan dengan Pasal 2 yang terkait dengan identiti Islam [dalam negara] dan hukum syariat,” kata Burhamy dalam kenyataannya yang dikutip Al Mishry Al Yaum.

“(Mereka) memaksakan kehendak dengan cara-cara yang tidak demokratik guna mengacaukan formasi Majlis, dengan menggunakan tekanan media untuk membuat orang takut terhadap Islam,” imbuhnya.

Burhamy menegaskan, “Salafy akan menyeru rakyat untuk menolak konstitusi jika tidak menyebutkan dengan tegas bahawa syariat Islam akan ditegakkan.”

Menurutnya, rakyat memiliki kekuasaan tertinggi dalam merancang konstitusi. Meskipun Salafy hanya memiliki perwakilan minoriti dalam parlemen, namun mereka mewakili kebanyakan rakyat yang tunjuk perasaan di jalan-jalan. Rakyat yang memiliki kekuatan besar untuk menggerakkan massa, walaupun mayoritinya diam.

Majlis Konstitusi yang dibentuk pada bulan Mac lalu, pasa 10 April ditangguhkan oleh keputusan Mahkamah sebab dianggap kurang mewakili keberagaman rakyat Mesir.

Hussein Tantawi, pimpinan Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata yang menguasai pemerintahan pasca rejim Mubarak, melakukan pertemuan dengan perwakilan sekitar 20 parti untuk membentuk formasi Majlis Konstitusi yang baru pada Ahad lalu.

Partai bentukan Al Ikhwan dan Salafy menjadi pemenang pertama dan kedua dalam pemilihan umum Mesir belum lama ini, mengalahkan parti-parti liberal dan para pendukung Husni Mubarak. (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana dengan puak liberalisme, pluralisme, umnoisme, dan pembebasan hak asasi di Malaysia?

Haram Kunjung Al-Quds Kecuali Jihad Lwn Israel

KL 21 Apr 12: Ketua Persatuan Ulama Internasional, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi dengan tegas menolak kunjungan Mufti Mesir Syeikh Ali Jum'ah ke Al-Quds dan Masjid Al-Aqsha. Qaradhawi kembali mempertegas fatwanya yang dikeluarkan sepuluh tahun lalu.

Fatwa tersebut mengharamkan kunjungan ke Al-Quds untuk umat Muslim selain orang Palestin, sebagai bentuk boikot terhadap penjajah Zionis Israel di bidang ekonomi, sosial dan budaya.

Dalam wawancaranya dengan Aljazeera, Qaradhawi mengatakan, kunjungan seperti itu akan memperkuat perekonomian penjajah Israel dan memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan penjajahan di Palestin.

"Ini adalah salah satu warna dari kerja sama dengan mereka, dan ini kerja sama yang diyakini haram kerana kerja sama dalam hal dosa dan permusuhan," tegas Qaradhawi.

"Bekerja sama dengan musuh adalah bentuk penerimaan terhadap mereka di wilayah kita, memecahkan pembatas antara kita dengan mereka," tambahnya lagi.

Qaradhawi menilai bahawa melakukan kunjungan atau melancong ke negara yang dijajah Zionis tersebut hukumnya haram secara syar'i, meski kunjungan tersebut dinamakan dengan kunjungan keagamaan atau ziarah ke Masjid Al-Aqsha.

Di samping itu, seperti yang diberitakan oleh surat khabar Mesir Al-Yaoum (19/042012), Dr. Abdul Mu'thi Bayumi, anggota Lembaga Kajian Al-Azhar juga menilai hal yang sama dengan Yusuf Qaradhawi. Bayumi juga melarang kunjungan ke negara Palestin yang sedang dijajah Zionis Israel.

"Saya menolak kunjungan ke Al-Quds di tengah penjajahan Israel, seperti yang saya ketahui bahawa Al-Quds berada di bawah Israel. Tidak dibolehkan umat Islam masuk ke Al-Quds, kecuali untuk berjihad dan melakukan perlawanan terhadap penjajah Israel," tutur Bayumi.

Sebelumnya, Syeikh Ali Jum’ah menyampaikan bahawa kunjungannya ke Al-Aqsha sepenuhnya atas bantuan pemerintah Jordan tanpa menggunakan visa dan cop di pihak penjajah Zionis, seperti yang dihebohkan media.. (IH)

PAS Buka Sekolah Ninja? Lihat Video Ini..









OH.. Maaf, ini bukan sekolah ninja tajaan PAS. Ini ialah sebuah kelas Ninjutsu di Iran. Nampaknya, dipenuhi murid perempuan yang sedang berlatih.

Seni beladiri ninjutsu kebelakangan ini banyak diminati oleh perempuan-perempuan di Iran. Sekolah yang dibuka pada tahun 1989 ini memiliki 3,500 murid perempuan yang belajar untuk menjadi kunoichi atau ninja perempuan. (Sumber: PressTV).

Tidak salah kalau muslimat-muslimat PAS kita berfikir ke arah mengisi kekosongan remaja dengan kegiatan-kegiatan seperti ini, yang difikirkan sesuai di Malaysia. Tok Guru Nik Aziz MB Kelantan pernah menyarankan supaya remaja-remaja kita mempelajari ilmu mempertahnkan diri. Allahu 'aklam.

Videonya klik di sini... Sekolah Ninja Perempuan Iran

Lihat sebelum ini..
Thumbnail 6:27

zina senang, kahwin susah!! siri 1.wmv

by ibnuhasyimchannel 1 day ago 0 views
Thumbnail 4:32

Tidak Bijak Singkir Najib -Barry Wain

NONE

KL 21 Apr 12: Sekali pun BN kehilangan lebih kerusi dalam pilihan raya akan datang, usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak seperti terjadi kepada pendahulunya sebelum ini masih dianggap langkah tidak bijak, kata penulis terkenal.

Barry Wain berkata, perdana menteri amat popular di kalangan rakyat sekarang ini, malah kerajaan serta BN bergantung kepada pengaruh itu.

"Walaupun Najib masih menang pilihan raya tetapi jatuh beberapa kerusi, beliau mungkin berada bawah tekanan, tetapi sukar kerana Najib secara peribadinya popular.

"Beliau amat popular, jauh lebih popular daripada Umno, kerajaan dan BN," kata Wain dalam majlis ucapan anjuran Kelab Penulis Asing Malaysia (FCCM) di Kuala Lumpur.

Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini menghadapi penolakan daripada dalam setelah kejatuhan buruk BN pada 2008 walaupun mengejutkan banyak pihak kejayaan besar empat tahun sebelum itu.

Bercakap kepada 30 anggota FCCM, Wain sebagai bekas penyunting Wall Street Journal yang berpindah ke Asia hampir 40 tahun itu berkata, Umno juga patut mengekalkan Najib kerana ia berkaitan isu penggantian. (MK)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tandanya kejatuhan BN sudah dekat. Siap-siaplah!

Tak Timbul Mesyuarat MAIPP Tak Sah -Saleh Man.

GEORGETOWN: "Tidak timbul mesyuarat pertama Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) dua hari lepas tidak sah kerana yang hadir dalam majlis berkenaan adalah Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Undang-Undang Kerajaan Negeri," kata Timbalan Yang Dipertua Maipp, Datuk Saleh Man (gambar).

Baginya, semua itu mainan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tidak habis-habis mencernakan keadaan menjadi lebih kelam kabut dalam isu perlantikan YDP Maipp.

“Padahal isu ini bukan isu besar sehingga boleh menjadikan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng goyang,” katanya.

Ketika ditanya selepas ceramah Pelancaran Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Permatang Pauh oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Cermai, Pekan Permatang Pauh malam tadi, Saleh menambah, Umno dan BN termasuk beberapa buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang diperkudakan sudah kering modal untuk menghentam Pakatan Rakyat.

"Takkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Undang-Undang Kerajaan Negeri boleh duduk dalam mesyuarat yang tidak sah.

“Mereka lebih tahu berbanding datangnya dari mulut kepimpinan Umno yang masih tidak percaya kekalahan mereka pada pilihanraya ke 12," terang beliau.

Saleh berkata, hasil perbincangan dalam mesyuarat tersebut beberapa perkara telah dibangkit dan mendapat persetujuan bersama.

“Cuma pelaksanaanya sahaja akan dibawa sekali lagi dalam mesyuarat penuh Maipp mungkin setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi jawatan YDP,” katanya.

Justeru itu tambahnya, rakyat mesti memberikan peluang lagi kepada Kerajaan Pakatan Rakyat meneruskan agendanya dengan harapan membaiki urus tadbir supaya memudahkan pelaksanaannya kelak. (IH/Hrkh)

Lihat sebelum ini..

N/Aziz: Hiburan, W/Kulit Makyong Menora, Islamkan!

Melatih anak-anak buang masa melalui hiburan tak bermanfaat?
 Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

HALAMAN HIBURAN

KOTA BHARU 21 Apr 12: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi peringatannya kepada umat Islam supaya me­ning­galkan atau mengubah pendekatan permainan tradisional yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Beliau katanya, Kerajaan Kelan­tan sudah lama melarang wayang kulit, makyong dan menora, walaupun permainan tersebut digemari dan menjadi kebanggaan rakyat di negeri ini. Bagaimanapun, katanya, per­mainan-permainan yang berunsur negatif itu boleh dibenarkan sekiranya unsur positif yang boleh menambah ilmu orang ramai diterap ke dalamnya.

“Makyong dan menora ni boleh baiki ke? Kalau boleh kita nak tengok dulu adakah ia benar-benar tidak bercanggah dengan Islam seperti menghadkan percampuran lelaki dan perempuan.

“Sebagai contoh, wayang kulit kita benarkan selepas ia diubah dengan membawa cerita realiti dan menambah ilmu, tidak lagi membawa kisah-kisah dongeng yang tidak berpijak di bumi nyata,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini, semalam.

Kerajaan Pas Kelantan mengambil keputusan mengharamkan beberapa permainan tradisional yang dilihat bercanggah dengan Islam sejurus mentadbir negeri ini pada 1990.

Nik Abdul Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas berkata, permainan yang aspek negatifnya sukar dibaiki lebih baik diharamkan kerana ia memberi kesan buruk kepada pemikiran dan akidah umat Islam.

“Jika ada kelemahan dari semua sudut, ada baiknya kita buang sahaja. Kita nak buat apa dengan benda tu?” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah kepada kerajaan Kelantan kerana mampu 'mengislamkan' hiburan rakyat dan hiburan masakini, di negerinya. Bukan macam pemerintah BN yang hanya mampu menyebar hiburan maksiat, walaupun kadang-kadang artisnya bertudung. Percampuran jantan betinanya, pakaian tidak tutup aurat separuh bogel, penyanyi perempuan dengan auratnya dan segala macam maksiat lagi. Na 'auzubillah!

Berdoalah kepada Allah SWT, semoga ditukarkan kepada pemerintah yang lebih baik menguasai kerajaan Pusat dalam PRU 13 ini. Menangkan PAS dan rakan-rakannya, insya Allah! (IH/SH)

Sebelum ini..
Thumbnail 6:27

zina senang, kahwin susah!! siri 1.wmv

by ibnuhasyimchannel 1 day ago 0 views
Thumbnail 4:32

Wanita Ini Panjat Bumbung Kereta Ahmadinejad


Seorang wanita naik ke bumbung kereta Mahmoud Ahmadinejad (Youtube)
APA komen anda bila seorang wanita merempuh masuk mencelah kumpulan pengiringan Ketua Negara Iran Presiden Mahmoud Ahmadinejad? Bahkan berjaya naik ke atas bumbung keretanya dan sempat berbincang pula dengannya?
Sila klik tautan ini...

Menurut stasiun berita CNN, 19 April 2012, kejadian ini terakam kamera video dan disiar di laman Youtube, sudah disaksikan lebih dari 100,000 orang. Peristiwa ini terjadi di kota pesisir Bandar-Abbas, provinsi Hormozgan, masa Ahmadinejad dan rombongannya melintas pada Selasa, 10 April 2012.

Dalam video berdurasi sekitar tiga menit itu, Ahmadinejad berada di kereta depan, berdiri di bumbung terbuka. Dikelilingi pengawalnya, Ahmadinejad melambaikan tangan kepada warga yang berlarian mengikutinya. Beberapa antaranya mencuba berjabat tangan.

Sesaat kemudian, beberapa orang mendekat dan berteriak-teriak di hadapan Ahmadinejad. Pengawalnya tidak berbuat apa-apa. "Ahmadinejad, saya lapar! Saya sudah pencen! Saya lapar!" kata seorang nenek.

Lalu datang seorang wanita berjilbab yang nekat memanjat ke bonet depan kereta. Kakinya sempat ditarik pengawal presiden, namun dia berjaya naik ke atas bumbung, berhadapan terus dengan Ahmadinejad.

Dalam video, wanita itu duduk di depan Ahmadinejad dan berbincang dengannya. Tidak jelas apa yang diperbincangkan, wanita itu pun turun melalui belakang kereta. Rombongan presiden Iran terus melanjutkan perjalanannya.
Bolehkah perkara seperti ini berlaku di Malaysia? (IH)

Friday, April 20, 2012

Lulus Akta P'raya Tergesa-gesa, Mudah Penipuan

KL 20 Apr 12: Bersih 2.0 berpendirian kelulusan beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya oleh Parlimen semalam semalam akan memberikan kesan besar terhadap ketelusan pilihan raya akan datang.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, empat pindaan itu diluluskan dengan sangat pantas. Empat pindaan itu ialah..
  • menghapuskan barong (pondok panas) pada hari mengundi,
  • kebenaran mengeluarkan sebarang risalah bercetak tanpa perlu menyatakan siapa pengeluarnya,
  • ejen tempat mengundi atau ejen mengira bagi seseorang calon menjalankan tugas mereka tertakluk kepada waktu yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
  • dan mereka tidak dibenarkan berada di barong untuk membantu pengundi menyemak nama mereka.
"Pindaan-pindaan kepada akta kesalahan pilihan raya 1954 telah diluluskan oleh Parlimen dengan kepantasan yang menakjubkan. Ia mengandungi pindaan-pindaan yang memberi kesan yang amat besar kepada ketelusan proses pilihan raya semasa hari mengundi nanti," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor hari ini.

Ambiga berkata, kebenaran risalah seperti kain rentang dan poster tanpa nama itu bertentangan dengan tuntutan Bersih yang mahu politik kotor dihentikan.

"Pengguguran seksyen 11 (C) iaitu kebenaran poster tanpa nama menggalakkan lagi politik kotor kerana semua pihak berani mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kerana tidak perlu menyatakan dari parti mana poster itu," katanya yang juga Pengerusi Majlis Peguam.

Ambiga turut mempersoal larangan mewujudkan barong dan larangan ejen tempat mengundi berada di barong kerana ia boleh menyebabkan penipuan dalam pilihan raya.

"Jika tiada ejen tempat mengundi, siapa yang akan periksa dakwat kekal? boleh berlaku penipuan kerana ejen tidak dapat melihat siapa yang sudah dicalit dakwat dan siap yang belum.

"Mereka luluskan tuntutan penggunaan dakwat kekal tapi pengawasannya kurang," katanya.

Justeru beliau berkata, Bersih 3.0 adalah sangat perlu kerana masih berlaku perkara-perkara yang meragukan mengenai proses pilihan raya.

"Ini membuktikan bahawa Bersih 3.0 adalah penting dan amat diperlukan. Ini menunjukkan bahawa kami adalah benar dalam menyatakan bahawa pilihan raya yang akan datang akan menjadi pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah negara kita," katanya.

Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 selepas dibahaskan selama lebih tujuh jam. (IH/Hrkh)

Bogel Bantah Tidak Lucah, Di Lapangan Terbang?



Brennan berbogel semasa berada di ruang pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Portland pada Selasa lalu.

Lelaki bogel di lapangan terbang

PORTLAND, Amerika Syarikat (AS) - Seorang penumpang, John E. Brennan berkata, dia hanya berbogel dan tidak berkelakuan lucah di Lapangan Terbang Antarabangsa Portland di sini pada Selasa lalu.

Brennan, 49, menanggalkan semua pakaiannya semasa dia diperiksa oleh anggota-anggota keselamatan lapangan terbang.

Menurutnya, dia berbogel kerana membantah kaedah pemeriksaan keselamatan yang menggunakan alat pengimbas badan.

"Cara paling baik untuk memberitahu mereka (anggota-anggota keselamatan itu) bahawa saya tidak membawa bom adalah dengan menanggalkan pakaian saya," katanya semasa diwawancara pemberita agensi berita AP.

Ketika kejadian, dia mahu menaiki pesawat ke San Jose, California. Namun, Brennan ditangkap oleh pihak berkuasa selepas dia enggan memakai semula pakaian selepas diarahkan.

Dia kemudian ditahan di sebuah penjara tetapi dibebaskan pada Selasa lalu. Lelaki itu didakwa kerana melakukan perbuatan tidak senonoh dan menunjukkan kelakuan lucah. - Agensi

Sebelum ini..
Thumbnail 6:27

zina senang, kahwin susah!! siri 1.wmv

by ibnuhasyimchannel 1 day ago 0 views
Thumbnail 4:32

Skandal Seks, Gereja AS Rugi 2 Trilion

AS: Wabah skandal Gereja Katolik, membuat gereja AS Amerika Syarikat) rugi besar mencapai USD2,488,405,755. Korbannya terdiri dari puluhan anak di bawah umur dan ratusan orang dewasa.

Konferensi Waligereja America (United States Conference of Catholic Bishops/USCCB) baru-baru ini mengeluarkan laporan tentang skandal seks yang melanda Gereja di negara itu, yang menyebabkan milaran dolar melayang.

Ini tentu sangat mengejutkan. Apa lagi skandal itu sudah membuat panas telinga banyak umat Katolik di sana setelah media membongkar satu per satu kes-kes skandal pimpinannya. Sekarang, dengan munculnya laporan itu barangkali membuat orang tambah menggeleng-gelengkan kepala, atau bahkan marah dan kecewa.

Dalam laporan itu disebutkan bahawa kerugian yang ditimbulkan mencapai USD2,488,405,755. Jumlah yang sangat banyak tentunya. Menurut USCCB, seperti yang dikutip situs CatholicCulture.org, pada tahun 2011 itu sendiri, total kerugian yang ditanggung keuskupan di AS mencapai USD108,679,706.

Dari jumlah itu USD54.4 juta untuk penyelesaian kes, USD6.1 juta untuk terapi para korban, USD36.7 juta untuk peguam, USD9.9 juta untuk tunjangan bagi para pelaku, serta USD5.6 juta untuk biaya lain-lain. Bukan hanya itu. Ada juga biaya ekstra yang dikeluarkan mencapai USD35,372,010.

Dengan demikian, secara terperinci, total wang yang dihabiskan baik untuk menangani kes skandal seks di keuskupan-keuskupan mahupun tarekat religius selama kurun waktu antara tahun 2004 -2011 mencapai USD2,488,405,755. Dari jumlah itu USD2,129,982,621 untuk keuskupan dan eparki dan USD358,428,134 untuk tarekat religius.

Korban Perlecehan

Tahun lalu dilaporkan ada 21 anak di bawah umur yang diduga mengalami pelecehan oleh imam atau diakon. Tujuh di antara laporan itu dinyatakan ‘boleh dipercaya’ oleh pihak penegak hukum, tiga dinyatakan laporan palsu, lima dinyatakan sebagai pelanggaran batas, dan tiga lagi masih dalam penyelidikan.

Sedangkan jumlah orang dewasa yang diduga mengalami pelecehan oleh imam atau diakon masa lalu mencapai 683 orang, dengan tuduhan diarahkan kepada 551 imam dan tujuh orang diakon.

Tapi anehnya, dari jumlah imam yang disebutkan itu 253 orang sudah meninggal, 58 orang sudah menjadi awam, 184 sudah “dipecat” dan 281 dinyatakan sudah pernah ada dalam audit sebelumnya.

Dari sekian banyak kes yang dilaporkan itu, sekitar 68 persen terjadi atau mulai terjadi antara tahun 1960 hingga 1984 dengan mayoriti korban (82 persen) adalah lelaki, meskipun ada juga (11 orang) dari anak di bawah umur adalah anak perempuan.

Dalam laporan itu ditemui keuskupan-keuskupan di AS (untuk pertama kali) memberikan bantuan kepada 453 orang yang datang melapor tahun 2011 dan meminta bantuan penyembuhan atau rekonsiliasi. Sementara sekitar 1,750 orang yang sudah datang melapor pada tahun-tahun sebelumnya masih terus diberikan pelayanan oleh gereja.

Memang menyedihkan juga kerana ditemui setengah dari para korban masih berusia antara 10-14 tahun pada saat mereka mengalami pelecehan. Tentu saja trauma itu dibawa hingga usia dewasa. (IH/voa-Islam.com)

Lihat sebelum ini..

M'sia Negara Kristian, Gereja Terbesar Di Dunia?


GEREJA ini akan diberi nama Calvery Convention Center(CCC) Dimaklumkan kos pembinaan menelan belanja RM 100 juta, tidak termasuk kos tanah berharga RM35 juta. Sedang dibina berhampiran dengan stadium Bukit Jalil.

Gambar sedang dalam pembinaan.




Gambar siap nanti..




Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau masjid besar, Malaysia dikatakan lambang negara Islam, apakah gereja terbesar di dunia ini membolehkan Malysia dikatakan negara Kristian? (IH)

Seks Gereja, Penyebab Warga Austria Pilih Islam.

DATA rasmi menunjukkan adanya pertumbuhan menonjol dalam berpindahnya pemeluk Kristian kepada Islam di Austria, kesan dari meningkatnya diskriminasi terhadap agama minoriti di negara-negara Eropah yang berbeda.

"Kami melihat bahawa masyarakat memiliki kerinduan spiritual.. Mereka merasa ada sesuatu yang hilang dalam hidup mereka. Jika tidak ada dimensi, tidak ada cakrawala untuk akhirat.. Atau di mana saya? Mengapa saya di sini? "

Kata Carla Amina Baghajati, jurucakap Komuniti Islam Austria, kepada Press TV pada hari Jumaat lalu.

Mencari ketenangan dalam ajaran Islam, menyebabkan ramai warga Austria masuk Islam di negara berpenduduk mayoriti Katolik.

Namun, setelah terbongkar skandal pelecehan seks di gereja Katolik, menjadikan hal ini peranan utama dalam eksodus warga Austria untuk masuk Islam. "Jika gereja kecil dalam keanggotaan, maka akan menjadi lebih kecil dalam pengaruh sosial," kata Michael Pruller, jurucakap Uskup Agung, kepada Press TV.

Muslim Austria mencapai kira-kira 400,000 atau hampir 4 persen dari 8 juta penduduk di negara Eropah tersebut. Kajian menunjukkan hampir setengah juta warga Kristian Austria telah masuk Islam sejak sekitar dua tahun lalu, dengan jumlah konversi semakin berkembang, Press TV mengatakan.

Pada tahun 2007, Muslim Austria telah memperjuangkan kempen nasional memperkenalkan Nabi dan ajaran-ajarannya untuk rakan senegara mereka. Kempen ini dilancarkan oleh Muslim seluruh Eropah sebagai jawapan kepada tanggapan terhadap pelecehan kartun Nabi Muhammad di Denmark pada tahun 2005.

Meskipun gelombang anti-Muslim yang tumbuh di seluruh negara Eropah, umat Islam Austria percaya kempen mereka ini memberi kesempatan yang lebih baik untuk membangun jembatan dengan masyarakat.

"Ketika saya melangkah masuk Islam saya memiliki kesan peribadi bahawa ada langkah maju dalam diri saya," kata Baghajati kepada Press TV.

"Inilah penyebab mengapa saya rasa ada kemungkinan baik, untuk membangunkn lebih banyak jambatan di antara warga-warga... kerana kami berbahagi jauh lebih banyak, dari apa yang orang lain fikirkan."(IH/EM)

Sebuah masjid di Austria..

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

Fatwa: Peguam Muslim Setuju Tindakan Kedah

KL 20 Apr 12: Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) bersetuju dengan tindakan Kerajaan Negeri Kedah yang meluluskan pindaan undang-undang untuk menghalang fatwa yang diputuskan mufti atau jawatankuasa fatwa, sama ada diwartakan atau tidak, daripada dicabar, dirayu, disemak mahupun dipersoal dalam mahkamah sivil atau syariah.

Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar (gambar) berkata, peruntukan dalam Rang Undang-undang Mufti dan Fatwa (Kedah) (Pindaan) 2012 itu dibentangkan dalam sidang DUN Kedah bagi menggantikan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 10) dengan memasukkan Fasal 22A yang berbunyi

‘Walau apapun undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, fatwa yang telah diputuskan oleh mufti atau Jawatankuasa Fatwa samada diwartakan atau tidak hendaklah dipatuhi dan tidak boleh dicabar, dirayu disemak dinafikan atau dipersoal dalam mana-mana mahkamah sivil atau syariah.’

Beliau berkata, tindakan tersebut hanyalah merupakan suatu penegasan semula tentang kedudukan Mufti di sisi undang-undang.

Katanya, ia juga selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di dalam kes ESQ mlwn Mufti Wilayah Persekutuan yang memutuskan fatwa mufti tidak boleh dicabar di mahkamah sivil.

“Malah di dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu Sulaiman Takrib mlwn Kerajaan Negeri Trengganu Mahkamah Persekutuan memutuskan institusi kemuftian ini adalah sah disudut Perlembagaan Persekutuan dan tidak langsung bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.. Fatwa: Kenyataan penuh Peguam Muslim..

Lihat sebelum ini..

MAINPP, Akui Silap, Syabas! Kosongkan Segera..

Ustaz Saleh Man, tiga dari kiri..
SHAH ALAM 20 Apr 12: MAINPP (Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang), Pas Pulau Pinang turut memuji dan menghargai tindakan berani Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengakui kesilapan yang berlaku.

Dewan Pemudanya mencadangkan agar Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Kassim mengosongkan kerusi Yang Dipertua (YDP) MAINPP dalam kadar segera sama ada meletakkan jawatan atau menolak pelantikannya ke jawatan itu.

Setiausahanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, Abdul Malik dicadangkan berbuat demikian sementara menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melantik Pesuruhjaya Pas Negeri itu, Datuk Mohd Salleh Man bagi menggantikan beliau.

“Tindakan ini sangat wajar bagi menunjukkan sifat bertanggungjawab atas kesilapan kerajaan negeri seperti yang diakui, di samping menambah keyakinan rakyat dan kepercayaan pengundi terhadap janji pilihan raya ketika pilihan raya kecil Permatang Pasir yang lalu.

“Ia juga akan menambah baik imej Abdul Malik selaku ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang diberi amanah portfolio agama, sekali gus imej Pakatan Rakyat itu sendiri terutamanya di Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Kerajaan Negeri mengakui telah melakukan kesilapan dengan mencadangkan nama Abdul Malik sebagai YDP MAINPP walaupun sebelum ini Pakatan Rakyat (PR) pernah berjanji akan menamakan Mohd Salleh.

Ini bermakna Kerajaan Negeri telah mempersembahkan dua nama calon YDP MAIPP secara serentak tetapi pada masa yang berlainan. Pada masa yang sama, nama Abdul Malik telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum nama Mohd Salleh dipersembahkan.

Kesilapan ini telah diakui sendiri oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mansor Othman seperti yang dilaporkan media pada hari ini.

“Kerajaan Negeri juga difahamkan telah memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menjelaskan kesilapan ini dan sedang menunggu perkenan menghadap tersebut.

“Atas dasar semangat setia kawan Pakatan Rakyat yang diamalkan, Pas Pulau Pinang turut memuji dan menghargai tindakan berani Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengakui kesilapan yang berlaku dalam isu ini,” katanya.

Afnan Hamimi berkata, inilah 'contoh hidup' dan menunjukkan slogan 'CAT- Cekap, Akauntabiliti dan Telus' bukan sahaja dilaungkan, bahkan dipraktikkan serta tetap terus diamalkan walaupun kadangkala ia pahit.

Ujar beliau lagi, ia juga adalah selaras dengan tuntutan Islam supaya kita mengakui kesilapan dan memohon maaf jika membuat sesuatu kesilapan. (IH)

Siasat Siapa Dalang Serang Siswa? -Ameerah



KL 20 Apr 12:
Ameerah Dewan Muslimat PAS Pusat mahu pihak polis menyiasat siapa dalang disebalik serangan terhadap mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka awal pagi semalam.

Sambil mengecam tindakan samseng itu, pengerusinya Fareedah Samad berkata, mereka yang bertanggungjawab dalam serangan itu harus dikenakan tindakan tegas agar kejadian serupa tidak berulang.

"Ameerah sekali lagi menggesa pihak Polis Di Raja Malaysia untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh berkaitan kumpulan samseng ini termasuklah individu yang terlibat, master mind di belakang kumpulan ini dan pihak yang memberi jaminan keselamatan kepada mereka.

"Ameerah juga mahu pihak polis segera mengambil tindakan yang tegas ke atas kumpulan samseng tersebut ini bagi mencegah kejadian yang lebih buruk berlaku pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam insiden pagi semalam itu seorang siswa dilaporkan cedera apabila kumpulan mereka yang berkhemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur diserang sekumpulan lelaki yang didakwa 'samseng'.

Kumpulan itu mengepung pelajar di tapak khemah tersebut dan mula mengganggu serta mengasari dan merobohkan khemah mereka kira-kira jam 2.45 pagi.

Pelajar yang mengalami kecederaan itu dilaporkan dibawa ke hospital dengan ambulans.

Menurut Fareedah lagi, lebih dikesali dalam insiden itu apabila samseng terbabit didakwa turut menyepak kepala seorang siswi.

"Provokasi melampau ini dilihat sebagai kelakuan yang amat tidak bermoral dan dikhuatiri akan berulang sekiranya tiada sebarang tindakan tegas yang diambil terhadap mereka.

"Mereka hanya berhimpun secara aman di Dataran Merdeka tanpa mengganggu orang sekeliling. Mereka hanya tidur di dalam khemah secara tertib jauh sekali untuk melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti merempit dan sebagainya," katanya lagi. (Hrkh)

Seks Dg Isterinya, Cuma Bayar RM130..

TOO (kanan) bersama Wilson Lau pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam

Dijual suami dengan harga RM130

KL 20 Apr 12: Seorang wanita kini terpaksa hidup dalam keadaan tertekan apabila dia dihujani berpuluh-puluh panggilan telefon daripada lelaki yang tidak dikenalinya setiap hari kerana menyangka dirinya menawarkan perkhidmatan seks sejak 18 Mei tahun lalu.

Mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Too, 42, mendakwa, panggilan yang diterimanya itu adalah berpunca daripada tindakan suaminya yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kawan-kawannya dengan menyatakan dirinya menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM130.

“Saya ingatkan pemanggil tersebut tersalah nombor tetapi setelah beberapa kali menerima beberapa panggilan yang sama tujuannya, saya mula mengesyaki sesuatu.

“Perbuatan suaminya terbongkar apabila seorang rakannya memberitahu telah menerima SMS daripada suami saya yang menyatakan saya menyediakan perkhidmatan seks dan sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya,” dakwanya pada sidang akhbar di Menara Parti Gerakan Rakyat Malaysia di sini semalam. Turut serta Pengerusi Biro Pengaduan Awam Gerakan, Wilson Lau.

Too yang hidup bersama tiga orang anaknya setelah ditinggalkan suami sejak tahun 2009 berkata, keadaan itu telah membuatkan dia hidup tertekan apabila ramai jiran turut bertanyakan mengenai perkara tersebut. (Kosmo)

Thursday, April 19, 2012

Lubuk Antu 2005: Sekuntum Mawar Plastik...

Pesta rock di Sri Aman

CATATAN PERJALANAN: Kalimantan siri 20

"PUNGGUNG bergoyang Wiwin, aduhai, membuat penonton terbelalak... Lagu Wakuncar Camelia Malik yang dinyanyikannya berhasil mendorong beberapa lelaki naik pentas. Seorang pemuda mempersembahkan sekuntum mawar plastik kepada perempuan 16 tahun itu. Penonton pun bertempik sorak.. "

Cerita seorang lelaki di bawah umur 40 kepadaku semasa kami bersembang-sembang semeja dengan taukeh kedai orang Iban sahabat yang baru ku kenali itu. Sahabatku meninggalkan meja itu sementara kerana ada urusan kedainya sebentar. Meninggalkan aku nyembang dengannya.

Namun lelaki itu terus bercerita menghimbau kenangan lamanya dengan ramah. Mengisahkan pekan Lubuk Antu 7 tahun yang lalu, dengan bangganya. "Aduh! masih terbayang peristiwa malam itu..." katanya.

Sambungnya, "Bersama Yeti, adiknya, Wiwin sungguh menghangatkan Lubok Antu, distrik terpencil di wilayah tengah rimbunan hutan Sri Aman, Serawak, Malaysia Timur. Seratusan penonton menyaksikan panggung fun fair alias 'pasar malam' itu."

Menurutnya, poster yang ditebar seminggu sebelumnya menyebut kakak-beradik ini sebagai penyanyi kondang dari Pontianak, Kalimantan Barat. 'Jangan bilang siapa-siapa kalau kami dari Badau (Kapuas Hulu, Kalimantan Barat),' bisik Fauzan, pemilik grup dangdut itu, di luar majlisnya.

Rupanya, ini pertama kali dalam sejarah, kelompok muzik dangdut mentas di Lubok Antu. Tidak seorang pun anggota muzik ini punya pasport, apalagi izin kerja. Namun, bagi Fauzan dan warga Badau lainnya, Lubok Antu sudah seperti kampung keduanya.

"Sebahagian besar keperluan harian mereka beli di pasar Lubok Antu, dari perabot rumah tangga sampai minyak tanah. Bayar ringgit boleh, rupiah juga bisa. Kehidupan warga Badau memang sangat bergantung pada Lubok Antu. Jarak kedua kampung itu hanya 10 kilometer. Sedangkan Putussibau, ibu kota Kapuas Hulu, jauhnya 175 kilometer. Itu pun harus ditempuh dua hari waktu itu, kerana sebahagian besar jalan tanah dan batu putus habis pada musim hujan.

"Penyeludupan kelas eceran pun jadi marak meriah masa itu. Banyak mobil angkutan penumpang gelap, kerana yang resmi memang tiada. Yang beroperasi melintasi sempadan kedua negara itu selalu pulang dengan mengangkut dua atau tiga karung beras dan gula. 'Kepala kami Indonesia, tapi perut Malaysia,' kata pemilik angkutan yang setiap hari melintasi kedua negara.

"Setiap penumpang dipungut biaya 5 ringgit Malaysia (sekitar Rp 13.250) untuk pergi ke Lubok Antu. Belakangan ini, sejak pemerintahan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, penjagaan sempadan diperketat. Walau begitu, ada empat jalan tembus yang bisa dilalui truk, plus puluhan jalan tikus seukuran mobil di sepanjang 40 kilometer garis batas Kecamatan Badau. Jalanan inilah yang menjadi jalur penyeludupan." Jelas lelaki di hadapanku lagi.

Perbatasan, jaraknya 780 kilometer di timur laut Pontianak, ibu kota Kalimantan Barat itu. Dari Kuching, ibu kota Serawak, jaraknya sekitar 250 kilometer. Berdasarkan kesepakatan kedua negara, jalur Badau-Lubok Antu akan menjadi gerbang kedua di wilayah Kalimantan Barat, setelah Entikong.

Rupanya lelaki di depanku itu masih ghairah meneruskan cerita pengalamannya.

"Teringat lagi malam itu, ketika Yeti menyanyikan lagu 'Cucak Rowo', seorang lelaki berlari memanjat panggung dan menyambar mikrofon ikut berdendang. Beberapa kali lidahnya terpeleset melafalkan lirik lagu berbahasa Jawa itu. Aku kenal dia, Soon Chuat, pemilik toko perkakas rumah tangga di situ.

"Setelah itu, Yeti membawakan lima lagu lagi, acara dinyatakan jeda. Waktu luang itu diisi penyanyi Iban. Mereka kembali duduk dan menikmati cemilan. Sebahagian penonton, yang membawa anak-anak, memilih pulang. Sebahagian lagi pindah ke lapak judi. Biasanya, pertunjukan di Lubok Antu hanya berisi lagu-lagu Iban." Jelasnya.

Tidak aneh! Kerana kawasan Pegunungan Kapuas Hulu itu memang tanah adat suku Dayak Iban. Jumlah mereka mendominasi, 80 persen, penduduk di Badau mahupun Lubok Antu. Kekerabatan dan kawin-mawin di antara mereka masih terjalin hingga sekarang.

Pemerintah lokal kedua negara memang tidak terlalu meributkan 'perbauran' ini. Polis Malaysia, yang biasanya paling ambil peduli pada surat identiti setiap orang asing berwajah Melayu, tidak hirau jika orang Iban yang melintas.

"Menjelang tengah malam, Wiwin dan Yeti berduet menyanyikan lagu Selamat Malam Evie Tamala. Beberapa penonton mulai bubar, paham kalau itu lagu terakhir. Kedua biduan itu mendapat bayaran masing-masing Rp 125 ribu. Biasanya, kalau manggung di Badau, mereka bisa dapat tambahan beberapa ribu rupiah dari penonton yang nyawer. Tapi, di Lubok Antu, mereka mendapat beberapa boneka dan puluhan kuntum bunga plastik." Begitu, kisahnya lagi..

Kisah budaya penghuni Lubuk Antu-Badau di perbatasan Malaysia-Indonesia atau Serawak-Kalimantan pada 2005, tujuh tahun lalu.

Seorang Iban di perbatasan Badau-Lubuk Antu.
Bersambung..
Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

Mac 2012
Lubuk Antu Serawak
Lihat catatan sebelum ini...
E-Buku IH-51: Perjalanan Ke Kalimantan
E-Buku IH-51: Perjalanan Ke Kalimantan

Perkahwinan Menegangkan, Atas Rollercoaster.


Ilustrasi rollercoaster (Daily Mail)

JOM KREATIF

AZUMI mengatakan momen perkahwinannya sungguh menegangkan. Namun rollercoaster lebih menakutkan. Begitu, Takumi Hashimoto dan Azumi Matsuzawa memiliki cara berbeda untuk merayakan perkahwinannya. Mereka melangsungkan pernikahannya di atas rollercoaster paling curam di Jepun setinggi 141 kaki.

Seperti dikutip Reuters, kedua pasangan ini setuju memulai liku-liku pernikahan di jalur 1,004 meter. Sebelum naik, calon mempelai lelaki, Takumi Hashimoto mengatakan sebenarnya ia belum pernah melamar calon istrinya itu. Ia akan melakukan di atas rollercoaster.

Ketika di atas rollercoaster, Takumi berkata kepada Azumi "Maafkan aku telah membuatmu menunggu terlalu lama, Azumi mahukah kau kahwin denganku?" ujar Takumi Hashimoto.


Kontan saja Azumi menjawab "Ya, saya bersedia," jerit Azumi.

Kreatifnya Fujikyu Highland, taman di dasar Gunung Fuji baru baru ini melancarkan promosi untuk menawarkan khidmat nikah di atas rollercoaster. Namun mereka pasangan pertama yang mencoba idea ini.

Pasangan ini merasakan rollercoaster selama 160 minit dengan kecepatan hingga 100 kilometer per jam. Namun mereka berharap permikahan mereka berlangsung seumur hidup. Lihat video mereka. Menikah di Atas Rollercoaster


Sesuaikah idea kreatif ini dilaksanakan di Malaysia? (IH/Sumber: REUTERS)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)

Penghuni Jambatan Siapa Bertanggung Jawab?

TIDUR...dua orang gelandangan tidur  di bawah jambatan berhampiran Jalan Bangsar.
TIDUR...dua orang gelandangan tidur di bawah jambatan berhampiran Jalan Bangsar.

KL 19 Apr 12: Lihat berita ini, “Dulu nampak seorang saja yang tinggal di bawah jambatan itu, kini selepas sebulan berlalu ada dua orang berada di tempat sama,” kata pemandu bas henti-henti, Sulaiman Razak, 35, apabila ditanya mengenai gelandangan yang menjadikan jambatan berdekatan Jalan Bangsar, di sini, sebagai rumah mereka.

Foto

Foto

"Bukan di Jalan Bangsar saja, di persekitaran dekat Puduraya pun ada. Boleh lihat lebih ramai lagi tiap-tiap malam. " Kata saudara Jamaludin 38, seorang pemandu teksi, memberi komen ke atas berita di atas.

"Soalnya sekarang, siapa bertanggung jawab? Di situlah perlunya Kerajaan kebajikan, untuk menjaga kebajikan rakyat miskin!" jelas beiu lagi. (IH/myMetro)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails