Saturday, October 17, 2020

Thai: 3 Hari Berturut tidak endahkan darurat k'jaan.

 

Penunjuk perasaan pro-demokrasi bergerak sambil memegang penghadang ketika protes anti-kerajaan di Bangkok hari ini. - Foto AFP

Ribuan turun ke jalan selepas pertembungan dengan polis

BANGKOK: Ribuan peserta tunjuk perasaan dan penyokong demokrasi masih membanjiri ibu negara Thailand, untuk tiga hari berturut-turut hari ini serta tidak mengendahkan pengisytiharan darurat oleh kerajaan.

Kemaraan peserta demonstrasi itu kekal utuh meskipun polis terpaksa menggunakan meriam air, dicampur dakwat biru untuk memudahkan pihak berkuasa mengenal pasti mereka yang terbabit dengan pergerakan haram berkenaan.

Taktik sedemikian dilihat langsung tidak mematahkan semangat peserta perhimpunan dalam kalangan golongan muda yang kekal mendesak supaya pemimpin negara meletakkan jawatan dan menuntut reformasi sistem beraja.

Pergerakan penyokong demokrasi, Belia Bebas yang menjadi antara penganjur utama perhimpunan itu menggesa peserta kembali turun ke jalan bagi menyatakan desakan berterusan, semalam.

"Bersedia fizikal dan mental untuk demonstrasi ini dan sebarang kemungkinan tentangan jika terjadi," katanya.

Sejam sebelum insiden tunjuk perasaan itu dijadualkan berlangsung pada jam 4 petang, kumpulan terbabit mengumumkan tiga lokasi utama untuk peserta berkumpul.

Percaturan itu berjaya membolosi sekatan jalan raya yang dilaksanakan pihak berkuasa apabila mereka menyasarkan dua lokasi utama, dipercayai 'markas' untuk peserta berkumpul.

Di utara daerah Lat Phrao, ribuan peserta dilihat berhimpun di tengah jalan, dengan memakai topi keledar dan topeng gas, sambil memberikan tabik tiga jari, iaitu simbolik pergerakan demokrasi seperti dalam filem 'Hunger Games'.

Seberang sungai Chao Phraya turut memperlihatkan situasi sama apabila ribuan 'berkampung' di barat daerah Wongwian Yai, sambil melaungkan 'hidup rakyat, guling diktator'.

Susulan perkembangan semasa, pengendali operasi perkhidmatan Skytrain dan jaringan kereta api bawah tanah ditutup bagi menghalang kemaraan peserta perhimpunan. - AFP

Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 39 -Nyanyian Alam.. India, Switzerlan...


Lagi PH S'gor, cemar kilang proses kertas...

 

Penempatan haram pekerja didakwa cemar Sungai Langat

KUALA LANGAT, 29 Safar 1442H, Sabtu – Kehadiran sebuah petempatan ‘kongsi haram’ yang menempatkan hampir 200 pekerja warga asing sebuah kilang memproses kertas di Taman Bakti di sini mengundang resah dalam kalangan penduduk di kawasan itu.

Mereka yang kebanyakannya terdiri daripada warga Indonesia dan Bangladesh mendiami kawasan rumah kongsi yang didirikan di atas tanah rizab Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu dalam keadaan tidak selesa, bersesak-sesak tanpa sebarang kemudahan asas termasuk sistem kumbahan yang tidak sempurna.

Sehubungan itu segala sisa buangan dan kotoran disalurkan ke perparitan berhampiran.

Seorang penduduk Mohd Ali Hasan @Ibrahim, 42, mendakwa keadaan itu menyebabkan berlaku pencemaran di sebuah kolam takungan air berhampiran, yang turut dijadikan tempat membuang sisa industri kilang tersebut sebelum memasuki Sungai Langat.

“Semasa kilang ini mula beroperasi lebih setahun yang lalu, terdapat lebih 1,000 pekerja mendiami kawasan itu, namun jumlahnya telah berkurangan setelah kita melaporkannya kepada pihak berkuasa,” katanya kepada Bernama.

Walaupun jumlah itu telah berkurangan kepada hanya sekitar 200 pekerja, penduduk tetap berharap pihak berkuasa mengusir kesemua mereka pada kadar segera kerana segala sisa kumbahan dialirkan ke parit dengan sewenang-wenangnya dan menyebabkan pencemaran di Sungai Langat, katanya.

Isu pencemaran di Sungai Langat menjadi perhatian pelbagai pihak selepas sebahagian besar penduduk di Lembah Klang terputus bekalan air selama beberapa hari baru-baru ini apabila operasi loji rawatan air terpaksa ditutup akibat pencemaran sumber air dari sungai itu.

Mohd Ali bersama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Alam Sekitar Kuala Langat Tan Ching Heng turut membawa wartawan dan jurugambar Bernama meninjau sendiri keadaan di ‘perkampungan’ warga asing itu bagi mendapatkan gambaran sebenar.

Untuk ke kawasan petempatan itu, penulis dan yang lain terpaksa berjalan kaki melalui denai yang membelahi kawasan semak berikutan laluan utama ke rumah kongsi berkenaan dihalang dengan palang besi yang dipercayai didirikan oleh pengusaha kilang.

Sebuah tapak ‘pasar sementara” untuk pekerja asing mendapatkan bahan basah turut ada di situ.

Selepas meniti batang konkrit yang menjadi laluan masuk ke kawasan petempatan itu, bau busuk menerjah hidung penulis dan pemandangan yang menyambut kami amat mengejutkan – lebih 300 kontena dan rumah kongsi memenuhi kawasan yang terlindung oleh tembok konkrit di belakang kilang berkenaan.

Pelitup muka yang melindungi hidung dan mulut penulis tidak mampu membendung bau tengik dan meloyakan tekak daripada menusuk deria bau kami, berpunca daripada penyaluran kumbahan ke kawasan parit berdekatan. 

‘Perkampungan’ itu juga di kelilingi kawasan lecak yang digenangi air berwarna coklat pekat, dipercayai turut menjadi punca bau tersebut.

Tinjauan turut mendapati dua kolah air besar di kawasan rumah kongsi itu, dipercayai dijadikan tempat mandi pekerja.

Di sebuah rumah kongsi berkenaan tertampal satu notis amaran yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat kepada kilang itu atas kesalahan membina petempatan warga asing di atas tanah rizab TNB bersebelahan kawasan perindustrian Sungai Manggis.

Menurut notis itu, syarikat terlibat diminta mengosongkan dan merobohkan struktur binaan rumah kongsi berkenaan dalam tempoh 90 hari dari tarikh notis yang dikeluarkan pada 3 Sept lalu. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pihak yang berkenaan diambil tindakan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM500,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu Tan berkata walaupun pihak berkuasa telah menyerbu kawasan tersebut pada akhir Ogos lalu, tindakan pengusiran hanya boleh dilakukan dalam tempoh tiga bulan selepas notis dikeluarkan.

“Kita lihat tidak ada tanda-tanda sebarang binaan di kawasan ini yang hendak dirobohkan dan pekerja juga masih tetap mendiami kawasan ini, sama seperti sebelum ini.

“Jadi kami mengharapkan satu tindakan yang lebih tegas dapat dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap syarikat ini kerana bukan sahaja ia mencemarkan sistem perparitan tetapi juga boleh menyebabkan penyebaran virus COVID-19 kerana kawasan petempatan yang tidak sempurna dan sesak,” katanya.

Difahamkan kilang memproses kertas terpakai yang dibina di kawasan seluas 46 hektar itu dimiliki pelabur dari China dan telah mula beroperasi sejak penghujung tahun lalu.

Isu pencemaran air, udara serta bunyi daripada kilang itu telah beberapa kali dimajukan penduduk kepada pihak berkuasa dan Jabatan Alam Sekitar Selangor yang dihubungi mengakui menerima aduan mengenai isu kumbahan di petempatan haram pekerja kilang tersebut.

Pengarahnya Nor Aziah Jaafar berkata isu itu kini dalam tindakan Majlis Perbandaran Kuala Langat dan mereka telah diberikan tempoh tiga bulan untuk memindahkan rumah kongsi pekerja ke dalam kawasan kilang.

“Seperti yang tertera pada notis yang ditampal, mereka perlu memindahkan rumah pekerja itu kerana sekarang ia dibina secara haram di atas tanah rizab TNB.

“Namun saya tidak boleh mengulas panjang kerana isu ini di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran dan Pejabat Tanah Kuala Langat,” katanya sambil memaklumkan pihaknya akan membuat siasatan segera berhubung isu pelepasan sisa industri kilang itu ke Sungai Langat. – Bernama

Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 39 -Nyanyian Alam.. India, Switzerlan...

Ambil iktibar dari projek Padang Kota Baru, PP. Mengapa?

 

Nelayan dinasihat tidak terpedaya pampasan PSR

BALIK PULAU: Para nelayan diingat mengambil iktibar dari projek tambakan laut di Padang Kota Baru berdekatan Persiaran Gurney, sebelum teruja dengan tawaran pampasan terhadap projek seumpama oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff berkata, begitu juga perkara sama berlaku di Tanjong Tokong, maka sewajarnta nelayan juga menyatakan tidak bersetuju dengan projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR).

Menurut beliau, projek Tanjong Pinang 2 yang kini terbengkalai disebabkan skandal terowong dasar laut oleh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan dihadapkan ke mahkamah turut melandakan masalah kepada nelayan.

Begitu juga katanya, pampasan RM15,000 yang diterima nelayan Tanjong Tokong, tetapi akibatnya kini mereka tidak lagi mendapat hasil laut disebabkan tambakan, sebagaimana dahulu memperolehi antara RM1,000 hingga RM3,000.

Demikian itu nasihatnya, para nelayan mesti memikirkan mengenai lubuk rezeki yang ada untuk masa depan dan generasi mereka dari dibiarkan musnah menerusi projek tambakan laut ghairah dilakukan seluruh negeri itu.

“Jangan gelapkan masa depan sendiri dan musnahkan sumber makanan laut untuk rakyat negeri ini dengan menerima pampasan tidak seberapa itu. Lihat projek tambak di Padang Kota Baru (Persiaran Gurney).

“Dahulu menjadi tempat rezeki nelayan Tanjong Tokong, sekarang lenyap dan apa yang pernah berlaku itu tidak mustahil akan dirasai nelayan di selatan pulau,” nasihatnya.

Beliau mengulas kenyataan EXCO Kerajaan Pulau Pinang, Zairil Khir Johari bahawa pihak kerajaan negeri sedang memperhalusi inisiatif, langkah mitigasi dan mekanisme memuktamadkan pakej bayaran pampasan kepada nelayan terjejas dengan PSR.

Sebelum ini Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa projek PSR adalah tertakluk kepada Kajian Penilaian Alam Sekitar (EIA) di mana syarat-syarat kelulusan perlu dipatuhi.

EIA adalah satu keperluan perundangan di bawah Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 di mana prosesnya telah mendapat persijilan MS ISO 900:2015, sekali gus ia adalah satu proses yang ketat dan mengikut amalan di peringkat antarabangsa.

“Penggerak projek ini tidak boleh memulakan sebarang kerja di tapak sehingga Laporan Environmental Management Plan (EMP) diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). EMP ini merupakan salah satu syarat utama daripada syarat-syarat kelulusan EIA yang perlu dipatuhi,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 14/10/2020


Wanita Saudi Kini, Kembali Ke Jahiliah?

 

BEGINILAH PEREMPUAN ARAB KETIKA BERADA DI PANTAI



Kembali ke ZAMAN JAHILIYAH?! Begini Fakta Kehidupan di Arab Saudi yang Jarang Diketahui

Polis buru suspek yang melarikan diri..

 

Polis dedah gambar suspek lompat pagar SPRM

Kuala Lumpur: Polis memburu suspek lelaki, Goh Leong Yeong yang melarikan diri sebaik dibebaskan dengan jaminan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terbabit dalam kes Macau Scam, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, suspek berusia 32 tahun itu dikehendaki bersabit siasatan membabitkan tiga kes mengikut Seksyen 4(1) (C) Akta Rumah Judi Terbuka.

"Suspek terbabit dalam penganjuran judi dalam talian di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

"Menurut rekod, suspek menetap di Blok 25B2-5-8, Miharja Condo, Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Deputi Superintendan (DSP) Ahmad Zamri Jai di talian 012-8993622," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Huzir berkata, orang ramai juga boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhamad Faizal Asuar di talian 017-3126411 atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Kerjasama semua pihak amatlah dihargai bagi membantu siasatan polis," katanya. (MyMetro)

Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 39 -Nyanyian Alam.. India, Switzerlan...


Friday, October 16, 2020

K'tan, akan tarik balik bantuan disalurkan..

 

Kelantan lahir 1,000 usahawan tani

MACHANG: Kerajaan Negeri Kelantan akan menarik balik bantuan disalurkan kepada usahawan tani yang tidak menunjukkan prestasi serta usaha memberangsangkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, Ustaz Tuan Saripudin Tuan Ismail berkata, usahawan tani yang kurang berjaya sebahagian peralatan yang diberi akan diambil semula.

“Kita mahu melahirkan seramai 1,000 usahawan tani dan beberapa tahun akan datang kita akan adakan himpunan usahawan tani dalam pelbagai sektor pertanian,” katanya pada perasmian penternakan Ayam Kampung Asli (AKA) al Falah di Kampung Pemanok di sini hari ini.

Turut hadir Adun Temangan, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan, Adun Pulau Chondong Ustaz Azhar Salleh dan Adun Kemuning Ustaz Mohd Roseli Ismail.

Seramai 15 peserta dipilih menyertai projek perintis yang dikelolakan Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB).

Tuan Saripudin berharap peserta terbabit dapat memberi komitmen serta berusaha bagi memastikan kejayaan projek berkenaan. – HARAKAHDAILY 13/10/2020

Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 39 -Nyanyian Alam.. India, Switzerlan...

Burkina Faso: 3 Serangan Pemberontak. Sokong Azerbaijan Di Israel.

 

Serangan berlaku membabitkan perkampungan Demniol, Bombofa dan Peterguerse di wilayah Seno, Burkina Faso. - Foto AFP.

1. 20 terkorban dalam serangan di utara Burkina Faso

QUANGADOUGOU: Kumpulan pemberontak membunuh hampir 20 orang dalam tiga serangan yang dilancarkan terhadap tiga perkampungan, di utara Burkina Faso.

Jurucakap kerajaan, Remis Fulgance Dandjinou, menerusi kenyataan menjelaskan serangan yang berlaku pada Rabu lalu itu antara lain membabitkan perkampungan Demniol, Bombofa dan Peterguerse di wilayah Seno

"Siasatan awal mendapati ketiga-tiga serangan yang menyasarkan pasar dan kawasan perkampungan ini membunuh 20 orang, selain beberapa lagi dilaporkan hilang dan cedera.

"Kerajaan mengutuk sekeras-sekerasnya tindakan pengecut dan tidak berperikemanusiaan yang menyasarkan kawasan aman dipenuhi orang awam ini.

"Kesemua kawasan perkampungan berkenaan kini menempatkan pasukan keselamatan bagi mengawal keadaan," katanya.

Burkina Faso ialah antara negara termiskin di dunia yang sering diserang pemberontak, yang mula menyusup dari negara jiran, Mali pada 2015.

Setakat ini, ratusan dilaporkan menjadi mangsa pembunuhan susulan beberapa serangan yang menyasarkan orang awam, tahun ini.

Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini melaporkan 25 orang awam terbunuh dalam serangan hendap di tengah utara Burkina Faso.

Tahun lalu, perangkaan PBB merekodkan hampir 4,000 orang terbunuh dalam siri keganasan di Mali, Niger dan Burkina Faso. - AFP


2. Demonstrasi Sokong Azerbaijan di Israel

Orang-orang Yahudi keturunan Azerbaijan yang tinggal di Israel, menganjurkan demonstrasi untuk membantah serangan Armenia terhadap Azerbaijan.

Demonstrasi, yang dihadiri oleh sebilangan besar orang-orang Yahudi Azerbaijan yang berkumpul di pusat bandar Petah Tikva, dimulakan dengan mengheningkan cipta selama satu minit untuk tentera dan orang awam Azerbaijan yang kehilangan nyawa mereka dalam serangan Armenia.

Penunjuk perasaan yang membawa bendera-bendera Azerbaijan, Turki dan Israel melaungkan slogan seperti "Karabakh adalah milik kami, itu akan tetap menjadi milik kami", "Syuhada tidak mati, tanah air tidak dapat dipisahkan", "Biarkan Azerbaijan menjadi satu, mereka yang tidak mahu semoga menjadi buta".

Para demonstran membawa sepanduk yang bertuliskan "Kami akan memasang bendera Azerbaijan di Karabakh", "Karabakh milik Azerbaijan", "Hentikan serangan Armenia".

Dalam demonstrasi, yang juga disokong oleh umat Muslim Azerbaijan yang tinggal di Israel, gambar-gambar serangan Armenia terhadap sasaran orang awam di bandar-bandar Azerbaijan, dipaparkan.

Para penunjuk perasaan kemudian menaiki kenderaan mereka dengan bendera-bendera Azerbaijan, Turki dan Israel dan membentuk konvoi di pusat bandar Petah Tikva.

Dinyatakan bahawa hampir 100 ribu orang Yahudi keturunan Azerbaijan tinggal di banyak bandar di Israel.

Kebanyakan orang-orang Yahudi ini berhijrah ke Israel dalam proses yang menyusul kejatuhan Kesatuan Soviet.

Dianggarkan bahawa penduduk Yahudi yang tinggal di Azerbaijan adalah sekitar 10 ribu.

(IH)

Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 39 -Nyanyian Alam.. India, Switzerlan...

Tolak PH Plus, terpalit 1 demi 1. -DUPP.

 


Isu dakwaan rasuah PH semakin parah

DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) menggesa orang ramai agar terus menolak PH (Pakatan Harapan) Plus dan jangan diberi peluang kembali berkuasa kerana komponen parti tersebut terpalit satu demi satu dakwaan rasuah apatah lagi melibatkan pimpinan atasan parti-parti mereka. 

Sedangkan kononnya sebelum ini, lagak mereka dalam memerangi rasuah, namun apa yang berlaku sebaliknya. Belum reda isu dakwaan rasuah yang membabitkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos yang lalu atas tuduhan meminta rasuah membabitkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, kini satu lagi kes dakwaan rasuah didedah dan dibicarakan melibatkan bekas setiausaha politik bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada hari ini (15 Oktober 2020) atas lima tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM6.3 juta.

Di mana suara pejuang dari media PH Plus yang sebelum ini berapi-api dalam memerangi kes dakwaan rasuah namun kini diam membisu seribu bahasa apabila kes yang melibatkan parti mereka sendiri didedahkan? Rasuah bukan isu sentimen politik apabila hanya mahu mewujudkan sentimen kebencian namun ia isu integriti yang perlu dijaga sama ada sewaktu menjadi pembangkang mahupun kerajaan.

Satu demi satu kes dakwaan rasuah yang dibicarakan jelas menunjukkan kepincangan integriti dan ketelusan PH Plus sewaktu memegang tampuk pemerintahan sama ada di peringkat negeri mahupun Persekutuan. Sedangkan kuasa politik yang diperolehi merupakan satu amanah yang perlu dilunaskan mengikut etika kerja bagi membawa kebaikan kepada agama, rakyat dan negara bukannya kepentingan peribadi.

Jika beginilah kesan pemerintahan PH Plus maka semestinya rakyat wajib untuk terus menolak komponen parti PH Plus agar jangan diulangi memberikan kepercayaan dalam mengundi mereka kembali berkuasa. Apa yang mereka bisingkan sebelum ini hanya kembali pada diri mereka sendiri. Mereka lagaknya mahu memerangi rasuah namun akhirnya dakwaan rasuah itu kembali kepada mereka. Bak kata pepatah Melayu mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

DUPP menegaskan bahawa rakyat perlu celik dalam isu sebegini agar Pilihan Raya Umum akan datang, bagi memastikan kerajaan yang dibentuk dengan kriteria integriti dan telus, maka wajarlah ditolak mana-mana calon parti yang terpalit dengan isu rasuah sekalipun namanya ‘amanah’ namun tindakannya tersebut tidak amanah.

Firman Allah SWT :

(یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَخُونُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوۤا۟ أَمَـٰنَـٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ)

Maksudnya :
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). (Surah Al-Anfal 27)

Sekian.

Ulamak Perteguh Muafakat
Islam Memperkukuh Perpaduan

YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) – HARAKAHDAILY 16/10/2020

Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 39 -Nyanyian Alam.. India, Switzerlan...

Duta Indonesia Saudi vs FPI mengenai kepulangan Habib Rizieq..

 


Jakarta - Duta Besar Indonesia ke Arab Saudi, Agus Maftuh Abegebriel, dan Front Pembela Islam (FPI) saling menanggapi kenyataan masing-masing mengenai rancangan Habib Rizieq Syihab untuk kembali. 

Perbahasan mengenai komen tersebut bahkan membawa kepada isu politikisasi kota Mekah dan ajakan untuk bertaubat. Semuanya dimulai dengan pernyataan Ketua FPI Ahmad Shabri Lubis dari kereta komando untuk menolak undang-undang omnibus mengenai Undang-Undang Penciptaan Pekerjaan, Selasa (13/10/2020). 

Shabri menyatakan bahawa Habib Rizieq akan segera kembali ke Indonesia. "Imam Besar Habib Rizieq Syihab akan segera kembali ke Indonesia untuk memimpin revolusi," 

Shabri mengatakan larangan dan denda yang berkaitan dengan Habib Rizieq di Saudi telah dihapus. Tanpa menjelaskan larangan dan denda yang dimaksud, dia mengucapkan terima kasih kepada pemerintah Arab Saudi.

"Majlis Pimpinan Pusat FPI dan rakyat Indonesia ingin mengucapkan terima kasih yang mendalam kepada pemerintah Saudi dan semua pihak yang membantu Habib Rizieq Syihab, termasuk semua umat Islam yang mendoakan agar dia dilindungi dan segera kembali ke Indonesia," katanya.

Duta Besar Indonesia Memanggil Habib Rizieq Tidak Dapat Meninggalkan Arab Saudi

Kenyataan Shabri Lubis yang berada di atas kenderaan komando telah menarik reaksi pelbagai pihak. Salah satu dari mereka yang juga membincangkan rancangan Habib Rizieq untuk pulang adalah Duta Besar Agus Maftuh.

Agus mendedahkan bahawa status Habib Rizieq dalam sistem portal imigresen Kerajaan Arab Saudi masih 'berkedip merah' atau belum dapat meninggalkan negara itu.

"Berdasarkan komunikasi kami dengan Pemerintah Kerajaan Arab Saudi, hingga kini nama Mohammad Rizieq Syihab (MRS) dalam sistem portal imigrasi Kerajaan Arab Saudi masih 'berkedip merah'," kata Agus, yang berada di Makkah kepada detikcom, Rabu (14/10) ).

"Merah berkedip = tidak dapat meninggalkan Arab Saudi," tambahnya.

Agus mendedahkan bahawa dalam sistem portal imigresen, dinyatakan alasan status Habib Rizieq sebagai 'berkedip merah'. Antara lain, visa kehabisan dan melanggar undang-undang.

"Dengan kata-kata 'ta'syirat mutanahiyah' (visa habis) dan di ruangan lain tertulis: mukhalif (pelanggar undang-undang). Bentuk pelanggaran: mutakhallif ziyarah (tinggal lebih lama dengan visa kunjungan). Terdapat juga kolom 'ma' maklumat al-mukhalif' (data mengenai pesalah). Di ruangan gambar MRS ditulis 'Surah al-Mukhalif' foto pesalah, "katanya.

Agus menjelaskan bahawa Arab Saudi tidak pernah melakukan diskriminasi terhadap warganegara asing (WNA) dari segi denda dan denda bagi pelanggar imigresen. Kerana, katanya, sudah ada sistem standart yang mengatur ini.

"Bermula dari hukuman denda dan deportasi (tarhil) dan disenaraikan kembali, mereka tidak dapat memasuki Arab Saudi. Pengalaman selama 5 tahun berkhidmat sebagai warganegara Indonesia di Arab Saudi, kebiasaan menyelesaikan warganegara Indonesia yang terlalu lama dan pelanggaran imigrasi harus melalui proses pengambilan 'biometrik' di pejabat tarhil. (deportasi) Arab Saudi. Setelah itu, izin 'Exit Permit' dikeluarkan dengan status DEPORTAN. Pintu pulang untuk pendeposit ini juga tidak melalui pintu konvensional, "kata Agus.

Perlu diketahui, Habib Rizieq dilarang oleh Kerajaan Kerajaan Arab Saudi. Habib Rizieq dilarang kerana melanggar peraturan imigresen. Oleh kerana itu, Agus menjelaskan bahawa satu-satunya yang dapat menjawab mengenai larangan Habib Rizieq adalah Pemerintah Kerajaan Arab Saudi.

"Kerana KSA tahu yang terbaik mengenai pelanggaran yang dilakukan oleh MRS. Pemerintah Indonesia tidak pernah menghalang MRS untuk kembali," katanya.
(IH)

Tonton video 'Soal Revolusi HRS, PKB Ingatkan Makar':

New




Lawak.. Dalam 2 minit 'Datuk Seri Cuci Duit' boleh hilang?

 

Pelan licik lolos 2 minit

Kuala Lumpur: Seolah-olah dirancang dari awal dengan penuh teliti. Malah, kedudukan pagar keselamatan jenis anti-climb, jalan pintas dan susun atur sekitar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, diselidik terlebih dahulu.

Semua itu membolehkan dalang utama sindiket cuci duit atau pengubahan wang haram berusia 32 tahun terbabit melarikan diri tanpa disedari pihak berkuasa dalam kejadian jam 6.30 petang Ahad lalu.

Difahamkan, suspek yang mendakwa sebagai Datuk Seri itu meloloskan diri dengan bantuan tiga pengawal peribadinya yang bertindak cekap dalam tempoh kurang dua minit.

Dia sebelum ini ditahan SPRM pada 2 Oktober sebelum direman sehingga Ahad lalu susulan siasatan kes pengubahan wang haram membabitkan artis.

Sumber berkata, dua daripada pengawal peribadi suspek berperanan sebagai 'kuda' bagi membolehkan suspek memijak belakang tubuh mereka untuk melepasi pagar setinggi hampir dua meter itu.

Menurutnya, seorang lagi pengawal peribadi suspek menyambutnya di luar pagar sebelum mereka melarikan diri dengan menaiki Perodua Myvi.

Sumber itu berkata, terdahulu, sembilan suspek yang dilepas reman dibawa pulang ke ibu pejabat SPRM Putrajaya untuk proses dokumentasi jaminan sekitar jam 6 petang.

Menurutnya, sebaik tiba di pejabat SPRM, ramai anggota polis berkumpul di lobi utama bangunan.

"Ini menyebabkan semua suspek tidak mahu keluar dari kenderaan masing-masing. Ada kalangan ahli keluarga suspek juga hadir di lokasi untuk proses jaminan.

"Berlaku kekecohan di lobi utama bangunan SPRM apabila semua OKT (orang kena tuduh) enggan keluar dari kenderaan berikutan kehadiran ramai anggota polis di lobi Ibu Pejabat SPRM," katanya.

Menurutnya, hasil perbincangan antara SPRM, polis dan peguam, polis akur dan bersetuju menunggu semua suspek di luar pintu utama Ibu Pejabat SPRM.

"Selepas selesai proses dokumentasi jaminan, semua OKT dibebaskan dan menaiki kenderaan masing-masing untuk keluar dari Ibu Pejabat SPRM.

"Ada empat kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire memasuki Ibu Pejabat SPRM bagi menjemput suspek yang melarikan diri.

"Setiap kenderaan yang melalui pintu pagar utama disekat dan suspek lain ditahan polis semula.

"Bagaimanapun, seorang suspek yang dibebaskan dengan jaminan diserahkan SPRM kepada peguam beliau," katanya.

PAGAR tempat suspek melarikan diri.
PAGAR tempat suspek melarikan diri.

Menurutnya, suspek bergelar Datuk Seri terbabit masuk ke dalam Toyota Vellfire bersama peguam, pengawal peribadi dan pemandu.

"Dia masuk ke dalam kenderaan dan dilihat menuju ke pintu pagar utama.

"Bagaimanapun, dalam pergerakan antara pintu lobi dan pagar utama, suspek dipercayai keluar dari kenderaan dan melarikan diri ke arah pagar sisi (berdekatan pintu belakang bangunan SPRM) dengan dibantu dua pengawal peribadi.

"Lokasi suspek melarikan diri terselindung di sebalik tempat penyimpanan gas. Suspek dikesan memijak belakang tubuh dua pengawal peribadinya untuk melepasi pagar berkenaan," katanya.

Menurutnya, hasil siasatan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek disambut seorang lagi pengawal peribadi yang menunggu di luar pagar.

"Sebuah Perodua Myvi menunggu di tepi jalan dan melarikan suspek.

"Apabila polis menahan Toyota Vellfire yang dinaiki suspek dan melalui pintu pagar utama, baru disedari suspek melarikan diri," katanya.

Menurutnya, tidak timbul isu kecuaian dan dakwaan ada pembabitan 'orang dalam' berikutan suspek ketika itu dibebaskan dengan jaminan.

"Pihak SPRM sentiasa memberi kerjasama baik dan membantu siasatan polis bagi memastikan kes berkenaan disiasat dengan rapi," katanya.

Menurut sumber itu lagi, individu yang melarikan diri itu bukan bergelar Datuk Seri seperti ditularkan ataupun dilaporkan.

Pada 8 Oktober lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya mengesan ratusan syarikat diwujudkan bagi mengaburi pihak berkuasa berhubung sindiket pengubahan wang haram dikaitkan dengan perniagaan membabitkan artis dan selebriti.

SPRM turut menyita 23 kenderaan mewah pelbagai jenis antaranya Ford Mustang, Rolls Royce, Bentley, Ferrari dan Porsche serta beberapa motosikal berkuasa tinggi dimiliki ahli sindiket dipercayai hasil kegiatan haram.

Sebelum ini, SPRM turut dilaporkan memanggil pasangan selebriti untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram berkenaan.


Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 39 -Nyanyian Alam.. India, Switzerlan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails