Saturday, November 24, 2018

ICERD: Perlu Secara Rasmi Di Parlimen, Elak Keputusan Sementara.


ICERD: Kerajaan Perlu Nyatakan Secara Rasmi Di Parlimen, Elak Keputusan Bersifat Sementara


KERAJAAN perlu menyatakan pendirian jelas dalam Sidang Dewan Rakyat di Parlimen bagi membuktikan keputusan untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) benar-benar kukuh dan bukan hanya bersifat sementara.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, selain itu, isu berkenaan perlu menjadi pengajaran terutamanya buat pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP supaya lebih berhati-hati ketika mencadangkan usul berkaitan isu sentisif yang membelakangkan kontrak sosial negara terutamanya Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah
Katanya, kerajaan tidak harus sesekali menyentuh perkara berkaitan agama Islam, institusi Raja, kepentingan orang Melayu dan Bumiputera kerana ia sudah lama dipersetujui seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Lebih baik tumpukan usaha membela rakyat yang ketika ini tertekan dengan pelbagai isu terutamanya kenaikan kos sara hidup dan kejatuhan harga komoditi yang memberikan kesan kepada petani, nelayan dan pekebun kecil.
“Semua isu terbabit masih tidak ditangani secara serius, namun UMNO akan terus membela dan mempertahankan kepentingan rakyat Melayu dan kaum-kaum lain di negara ini.
“Berhubung isu Perhimpunan Aman Ummah pada 8 Disember pula, nantikan keputusan rasmi pimpinan tertinggi UMNO, PAS dan pertubuhan bukan bukan kerajaan (NGO) nanti… saya fikir ia perlu diteruskan kerana perhimpunan ini bertujuan membela rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Kabinet semalam secara sebulat suara bersetuju tidak akan meratifikasi ICERD selepas mengambil kira kebimbangan umum termasuk keselamatan nasional negara.
Penasihat Lawyers For Liberty, N Surendran
Dalam perkembangan lain, penasihat Lawyers For Liberty, N Surendran, berkata keputusan ‘u-turn’ yang diambil kerajaan itu ternyata memalukan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Katanya, pemimpin gagal menunjukkan tekad dan keberanian yang tinggi malah kekurangan ‘suara-suara kuat’ dalam Kabinet menyebabkan ICERD tidak diratifikasi walaupun jelas perjanjian itu tidak akan menggugat Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
“Sesetengah pemimpin dan Ahli Parlimen PH secara terbuka menyeru supaya ratifikasi ditangguhkan dan tindakan itu tidak boleh dimaafkan.
“Walaupun tidak salah untuk kerajaan ambil keputusan terbabit, namun adalah bahaya sekiranya ia dibuat berdasarkan hujah-hujah palsu,” katanya. – HMetro

Ajaran Sesat Makin Leluasa Sejak PH Jadi K'jaan.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya berucap pada Konvensyen Pertahan Wilayah Islam (PERTIWI) anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 24 NOVEMBER 2018.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya berucap pada Konvensyen Pertahan Wilayah Islam (PERTIWI) anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 24 NOVEMBER 2018


KUALA LUMPUR – Semenjak menubuhkan kerajaan, Pakatan Harapan (PH) didakwa ‘membenarkan’ ajaran sesat bergerak bebas dalam negara ini.
Presiden  Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya berkata, seperti kerajaan baharu, beberapa ajaran sesat juga seolah-olah mendapat nafas baharu.
Lebih buruk lagi, dakwanya, ada pengamal-pengamal ajaran sesat kini memegang jawatan dalam kerajaan.
“Hari ini, fahaman-fahaman Syiah bukan sahaja mendapat pentas juga kita difahamkan mereka memegang jawatan dalam kerajaan.
“Terdapat gerakan-gerakan Islam yang memberikan tafsiran Islam yang sempit bagi saya pemikiran yang melihatkan Islam hanya pada sembahyang dan puasa malah boleh membunuh semangat juang pendakwah,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Konvensyen PERTIWI hari ini.
Beliau berkata demikian ketika memperincikan cabaran yang dihadapi umat Islam pada hari ini.
Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, cabaran muslim ketika ini adalah apabila PH sanggup berlembut dan memuaskan hati orang bukan Islam demi kuasa.
Sifat berkompromi yang dibawa oleh parti yang disifatkannya hanya mahu kuasa pada akhirnya membawa suasana politik yang berkecamuk apabila memberi ruang kepada pihak yang berfikiran liberal berkuasa yang kemudian mengubah erti sebenar Islam.
“Suasana politik, kekecamukan suasana politik dan keghairahan untuk mendapatkan kuasa menyebabkan parti-parti yang ada sanggup melakukan apa-apa sahaja demi dapat meraih undi terutamanya dari bukan muslim.
“Mereka cuba berkompromi dengan nilai-nilai Islam bagi memuaskan hati orang bukan Islam bagi mendapat keyakinan mereka,”tambahnya.
Menurut beliau lagi, keterbukaan yang terhasil di bawah kerajaan pada hari ini telah mengakibatkan timbulnya hasrat untuk orang Islam ‘mengangkat’ orang bukan Islam sebagai pemimpin nombor satu negara.
“Saya lihat timbulnya civil society yang timbul banyak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan jadi proksi kepada Barat yang menafsirkan Islam mengikut pemikiran mereka.
“Ini bukan sahaja ada dalam kalangan rakyat yang bersedia berkongsi kuasa malah ada orang Islam yang sanggup memilih dan bersedia untuk melantik orang bukan Islam sebagai pemimpin hatta pemimpin nombor satu negara.
“Jangan sebab kemaruk kepada kuasa memimpin parti pemimpin-pemimpin kita hilang pertimbangan agama dan bangsa,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

ICERD Dan Aisberg



'ICERD' hanyalah bongkahan ais yang kecil di bahagian atas laut dari sebuah bongkahan AISBERG yang sangat besar di bawah Lautan Atlantik.
Kapal TITANIC tidak mungkin akan tenggelam kerana 'ICERD', begitulah kenyataan Kapten kapalnya satu ketika dahulu. Selepas yakin 'ICERD' sudah tidak lagi mengancam kapal penumpang yang besar dan kukuh itu, pelayaran kapal diteruskan berhampiran bongkahan ais 'ICERD' yang kecil itu, sehinggalah bahagian bawah kapal laut itu bertembung dengan bongkahan AISBERG yang sangat besar di bahagian bawahnya. TITANIC akhirnya bocor, terbelah dua dan akhirnya tenggelam ke dasar lautan bersama-sama ribuan penumpang kapal yang akhirnya mati kerana lemas dan kesejukan.
Sebaik sahaja selesai membaca Draf Laporan Ke-3 Kajian Berkala Universal (UPR) Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam, YB Perdana Menteri mengumumkan bahawa rancangan untuk meratifikasikan ICERD itu terpaksa dibatalkan.
Alhamdulillah dan terima kasih.
Sebenarnya, saya tidak terkejut dengan pengumuman YB Perdana Menteri itu. Yang lebih mengejutkan saya ialah kenyataan segelintir anggota Majlis Hak Asasi PBB di dalam laporan yang saya baca itu terhadap Islam dan umatnya, antaranya ialah:
  1. Sokongan mereka terhadap LGBT.
  2. Sokongan mereka terhadap hubungan seks sejenis.
  3. Sokongan mereka terhadap Jenayah Murtad,
  4. Campurtangan mereka untuk meminda Undang-undang Keluarga Islam atas nama Hak Asasi Universal.
  5. Cubaan mereka untuk memansuhkan hukuman sebatan Syariah.
  6. Desakan mereka agar 'Female Genetal Mutilation' (FGM) atau Mutilasi Genital Wanita dimasukkan ke dalam Kanun Tatacara Jenayah Malaysia termasuk sikap mereka yang tidak mahu Fatwa dan arahan Pihak Berkuasa Agama Islam melangkaui Kanun Tatacara Jenayah itu.
  7. Desakan mereka agar Undang-undang Syariah mematuhi peruntukan-peruntukan dari Konvensyen Antarabangsa itu.
  8. Desakan agar Status Agama dibuang dari Kad Pengenalan MyKAD.
ICERD bukanlah satu-satunya Konvensyen Hak Asasi Manusia PBB yang boleh mengancam kedudukan kita di negara ini. Banyak lagi Konvensyen-konvensyen dari Majlis Hak Asasi PBB itu yang saya lihat boleh dipersoalkan serta bercanggah dengan tuntutan Islam dan norma budaya rakyat di negara ini.
ICERD hanyalah bongkahan ais yang kecil di bahagian atas bongkahan AISBERG yang sangat besar, kerana ancaman sebenar yang akan menenggelamkan 'kapal TITANIC' kita di kemudian hari nanti adalah desakan demi desakan yang berterusan dari badan antarabangsa Hak Asasi PBB itu, desakan dari badan Hak Asasi tempatan, desakan dari NGO-NGO Liberal dan Sekular termasuk sikap segelintir pemimpin politik dari kalangan kita yang beranggapan dasar Universal Hak Asasi Antarabangsa itu jauh lebih mulia dan lebih tinggi dari Kitab Suci al-Qur'an.
Keputusan untuk tidak meratifikasikan ICERD pada hari ini mungkin juga bersifat sementara kerana tekanan politik. Saya yakin usaha untuk meratifikasikan Konvensyen itu serta Konvensyen-konvensyen yang lain akan dihidupkan semula di kemudian hari apabila umat Islam tidak lagi dapat melihat ancaman bongkahan AISBERG yang sangat besar di bahagian bawahnya.
Semoga kita dan generasi yang akan datang tidak tenggelam di dasar lautan Atlantik seperti TITANIC buat selama-lamanya. 
HUZIR SULAIMAN 
24 November 2018 - HARAKAHDAILY 24/11/2018

Penyanyi Rap Altimet. Apa Salah Jual Karipap Asal Halal? Amboi..


HALAMAN HIBURAN


PENYANYI Rap Altimet menerusi laman sosial memberitahu pada malam Khamis adalah hari terakhirnya untuk berada di bilik rakaman sebagai seorang penyanyi Rap.

Penyanyi lagu Amboi ini berkata, tiada lagu baharu yang bakal keluar selain lagu yang sudah dirakamkan dalam simpanannya.

"Hari terakhir aku dekat dalam bilik ni sebagai seorang rapper. Kalau dengar lagu aku lepas ni, itu bukan rakaman baru, tapi dah lama ada dalam hard drive aku.
"Aku tutup akaun aku tutup buku aku tutup mulut aku mintak diri dulu," ujarnya.
Hari terakhir Altimet rakam lagu.

Rata-rata peminat berkongsi rasa sedih dan berterima kasih kepada penyanyi tersebut yang banyak mengeluarkan lagu-lagu yang memberi makna tersendiri.

Mereka turut mengucapkan selamat jalan dan maju jaya pada penyanyi itu.

Bagaimanapun beberapa netizen yang mendapat perhatian Altimet selepas meninggalkan kata-kata negatif.

Salah seorang pengguna akaun palsu menyokong tindakan Altimet yang menganggap dunia hiburan hanya sekadar maksiat.

Altimet membalas bahawa definasi hiburan berbeza dan terdapat ramai pengiat seni yang baik.

Selain itu, membalas komen netizen lain yang menganggap kedatanganya tidak diundang, Altimet berkata, dia berada dalam industri selama 19 tahun tanpa menggunakan nama, duit dan usaha orang lain.
Altimet membalas komen-komen negatif netizen

"Saya tak pandai jadi orang lain, saya cuma tahu jadi diri sendiri, saya tak terkesan pun kalau tak diundang atau dihalau.

"19 tahun dalam gelanggang ini tak bertongkatkan nama, duit atau usaha orang lain. Semua hakcipta album saya milik saya sendiri.

"Cuba tanya semua penyanyi rap kat Malaysia ni siapa yang betul-betul tuan punya lagu mereka, sudah tentu pandangan suara akan berubah," ujarnya.

Manakala, seorang lagi netizen yang mendapat perhatian Altimet apabila mencadangkan dia jual karipap selepas bersara.

Altimet menjawab, asalkan ia halal.

Sebelum ini, penyanyi ini mengumumkan untuk melancarkan album terakhir berjudul 'O' pada 27 November ini sempena hari lahirnya.

Pada Selasa depan Altimet akan mengadakan pelancaran untuk album terakhirnya. (mStar)


Altimet - Amboi (Official Music Video)

Alukan K'jaan PH, Muktamad, Himpunan 8/12 Diteruskan. Allahu Akbar!



KL: PAS mengalu-alukan keputusan Kerajaan PH untuk tidak meratifikasi ICERD sebagaimana kenyataan akhbar oleh Pejabat Perdana Menteri yang telah dimaklumkan menerusi siaran media sebentar tadi.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, namun rancangan asal Himpunan Perdana Rakyat Tolak ICERD yang dijadualkan pada 8 Disember depan di Dataran Merdeka akan tetap diteruskan.
Pun begitu jelas beliau, rancangan tersebut akan bertukar format kepada himpunan kejayaan dan kesyukuran rakyat menolak ICERD yang akan diisi dengan solat hajat dan ucapan daripada para pimpinan.
Terangnya, rakyat telah menunjukkan kesediaan untuk menyertai himpunan tersebut dengan pelbagai persiapan diatur di negeri masing-masing dan soal tempat terserah kepada urusetia penganjur.
Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Kamaruzaman Mohamad menegaskan, pihaknya selaku penganjur bersama Sekretariat Kedaulatan Negara (DAULAT) akan tetap meneruskan himpunan.
Sementara Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim menggesa Kerajaan PH memberi kenyataan lebih jelas dan tegas berkenaan halatuju mereka terhadap ICERD memandangkan Perdana Menteri bersandarkan ianya mustahil kerana PH tidak punya majoriti di Parlimen.
Beliau mempersoalkan sama ada PH akan meminda Perlembagaan Persekutuan sekiranya memiliki majoriti dua pertiga dan memberi laluan kepada pelaksanaan ICERD yang hingga kini kekal menjadi kebimbangan dan kecurigaan dalam kalangan rakyat. -HARAKAHDAILY 23/11/2018
FB IMG 1542963794901

ICERD: Keputusan Sebulat Suara Kabinet

Saifuddin Abdullah

PUTRAJAYA - Keputusan kerajaan tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat Kabinet hari ini, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata kerajaan PH bersikap terbuka dan memberi peluang kepada rakyat membicarakan hal-hal rumit yang sebelum ini 'tertutup' rapat seperti isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dan terkini ICERD.
"Tetapi apabila sampai ke tahap 'alergik' ICERD, maka Kabinet menggunakan kebijaksanaan membuat keputusan kerajaan tidak akan meratifikasi konvensyen itu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Integriti Kementerian Luar di sini hari ini.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD.
“Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini,” menurut kenyataan itu. – Bernama

PH Batal Ratifikasi ICERD, Hasil Melayu Bantah Kuat!

Sebahagian umat Islam membantah usaha ratifikasi ICERD di Dataran Bandar hadapan Masjid Zahir, Alor


SEREMBAN 23 Nov. - Keputusan Kerajaan Pakatan Harapan membatalkan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) adalah susulan bantahan kuat orang Melayu.
Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir berkata, kerajaan menyedari bahawa orang Melayu dan bumiputera secara keseluruhan membantah ICERD yang akan mengancam hak mereka.
Ujarnya, tanpa bantahan tersebut, kemungkinan kerajaan akan melayan tuntutan supaya ratifikasi itu dilaksanakan.
“Ini menunjukkan orang Melayu sememangnya kuat jika bersatu. Kesatuan dan desakan berterusan membuatkan kerajaan terpaksa membatalkan ICERD,” katanya selepas me­nyertai perhimpunan membantah ICERD di Wisma Negeri di sini hari ini.
Kira-kira 1,000 orang menyertai perhimpunan yang bermula selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Negeri dan kemudian berarak ke Wisma Negeri yang terletak kira-kira 500 meter dari masjid berkenaan.
Antara yang hadir ialah Pesuruhjaya Pas negeri, Mustafa Daharum; Ketua Pemuda Pas ne­geri, Yazman Yahya dan Ketua Wanita UMNO negeri, Latifah Ali Kunjoo.
Mohd. Zaidy dan Yazman serta wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemudian menyerahkan memorandum bantahan ICERD kepada wakil Menteri Besar, Salehudin Mohd. Nor di pintu masuk bangunan Wisma Negeri. (Utusan)

Boikot Giant, Ibnu Hasyim Sokong!


 

Saya cadang boikot pasaraya Giant kerana membenarkan "free tasting dan sampling" arak di tempat awam.  

Saya syorkan semua Muslim jangan membeli di Pasaran Giant pada 1hb Disember (Sabtu) Dan 2hb Disember ( Ahad) sehingga pihak pengurusan Giant meminta maaf kerana tidak menghormati undang- undang dan agama Islam.

Ini bersalahan dengan pelesenan jualan arak oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Jika merokok di tempat awam diharamkan kerana bimbang teladan dan kesan buruk pada kanak2 dan remaja!

Jadi apa logiknya "free tasting" arak di tempat awam? Remaja bawah umur 21 tahun jadi promoter arak. Berapa syarat minima boleh minum arak di Malaysia?

Kita perlu buktikan kuasa pembeli Muslim!! Jom sebarkan dan viralkan. Kita buktikan kuasa pembeli Bumiputera dan Islam.

Vikings
MR :  Pasti tempat awam, jika benar, umat Islam kena buat sesuatu 
Jika benar, Ibnu Hasyim sokong!

Friday, November 23, 2018

Apa Hak K/Siang Nak Mengajar Orang Islam Mengenai ICERD? -Presiden PAS.



MARANG – Presiden Pas hari ini menyindir Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang seolah-olah mahu berlagak pandai dengan rumusannya mengenai negara Islam seluruh dunia yang meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Abdul Hadi turut mempersoalkan apa hak Kit Siang untuk membangkitkan dan mengajar umat Islam dalam soal berkenaan sekali gus menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu ICERD baru-baru ini lebih berasas berbanding Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu.
“Dia tak berhak bercakap tentang orang Islam dan tidak perlu ajar orang Islam. Orang Islam lebih reti daripada dia.
“Sepatutnya orang Islam yang sama dengan dia mengajar dia, ini tidak, dia pula yang nak ajar orang Islam dalam Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Rusila dekat sini hari ini sejurus selesai menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila yang terletak bersebelahan.


Kelmarin, Kit Siang dalam satu kenyataan mempersoalkan tindakan Abdul Hadi yang ‘mewajibkan’ umat Islam wajib menentang agenda ICERD.
Menurut Kit Siang, sebanyak 36 negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam telah meratifikasi dan melaksanakan ICERD, kecuali Malaysia dan Brunei.
“Adakah beliau mengatakan bahawa hanya satu peratus daripada 1.9 bilion umat Islam di dunia layak untuk digelar sebagai Islam sejati kerana semua negara Islam termasuk semua di Timur Tengah telah meratifikasi ICERD?” soal Kit Siang.
Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi menyifatkan ICERD sebagai agenda Freemason yang bertujuan merosakkan agama, bangsa dan negara.
Katanya, ICERD bakal menjadi agenda membuka ruang kepada tuntutan hak yang lebih besar kepada agama lain selain daripada Islam sedangkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan sudah cukup untuk memberi hak keadilan, hak asasi kepada semua kaum.
“Agenda barat yang cuba nak masuk dalam negara kita mesti ditentang sama ada secara demokrasi di Parlimen termasuklah demontrasi himpunan aman.
“UMNO, Pas atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bertanggungjawab untuk menentang. Mereka yang hendak pertahan ICERD pun boleh demontrasi juga apa salahnya,” katanya. – UTUSAN

Filem Cuci Otak, “2012 The End of The World”

Hasil carian imej untuk “2012 The End of The World”
Lihat sebelum ini..

'CUCI Otak', Yahudi Dalam Filem. Kita terus lihat secara ringkas beberapa filem hiburan disebarkan di tengah-tengah umat Islam melalui media massa, yang hampir semua di dunia dikuasai Yahudi. Satu, Filem 'Harry Porter' telah diterangkan. Kini..

Dua: Film “2012 The End of The World

YBDMFH-15
Filem "2012 End of the World" disebarkan oleh pembuat filem AS Columbia Pictures pada 13 November 2009. Treler penggodanya menunjukkan tsunami melanda Himalaya, yang memberi mesej dunia akan berakhir pada tahun 2012, dan kerajaan dunia tidak menyediakan penduduknya untuk acara tersebut. 

Treler itu berakhir dengan mesej kepada pembaca untuk "mengetahui kebenaran" dan kemudian angka "2012" muncul di enjin gelintar. Pemasaran filem ini dibantu dengan melancarkan laman web pemasaran maya, yang dikendalikan oleh Institut Kesinambungan Manusia. 

Di mana pemburu filem itu boleh mendaftar kepada intstitut tersebut bagi nombor loteri untuk menjadi sebahagian daripada penduduk yang akan diselamatkan dari pemusnahan global.

David Morrison dari NASA telah menerima lebih daripada 1,000 soalan dari orang-orang yang menganggap laman web itu adalah tulen dan mengutuknya dengan kata-kata termasuk yang berikut: 

"Saya juga mempunyai kes remaja, yang menulis saya, dan berkata mereka akan membunuh diri kerana mereka tidak mahu melihat dunia sudah berakhir. Saya fikir apabila kamu berbohong di Internet dan menakutkan anak-anak untuk membuat wang, secara etika, itu salah."(Connor, Steve," Santai, Akhirnya tidak betul ", The Independent, 17 Oktober 2009) - ( dipetik dari: http://id.wikipedia.org/wiki/Fenomena_2012)

Bayangkan orang bukan Islam mengkritik pembohongan yang dinyatakan oleh filem itu, maka bagaimana umat Islam? Kerana bagi umat Islam, filem ini jelas bertentangan dengan 'aqidah, dimana ia menyampaikan "Ramalan bahawa Hari Penghakiman akan terjadi pada akhir tahun 2012", walaupun tidak ada yang tahu tentang masa depan kecuali hanya Allah SWT.

Al-Quran. Surah Naml (27) perenggan 65 seperti berikut:
قل لا يعلم من في السماوات والأرض الغيب إلا الله
Maksudnya:
"Katakanlah:"Tidak ada yang di langit dan di bumi mengetahui perkara-perkara yang tidak diketahui, kecuali Allah ".

Dan juga firman-Nya dalam QS. Al An'aam (6) ayat 59:
وعنده مفاتح الغيب لا يعلمها إلا هو ...
Maksudnya:
"Dan di sisi Allah adalah kunci semua yang jahil; tidak ada yang tahu kecuali Dia ... "
Dia yang mengisytiharkan, dia mengetahui perkara yang tidak diketahui itu, bermakna dia adalah kafir ayat-ayat ini. 

Ini juga seperti kata Rasul dalam Hadis Al Imam Ahmad no: 9532, dari Shohabat Abu Hurairah RA, Syeikh Syu'aib Al Arna'uth berkata Hadis Hasan ini, para wali (tsiqoot), termasuk Shohih Hadith:

من أتى كاهنا أو عرافا فصدقه بما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد
Maksudnya:
"Barangsiapa yang datang kepada seorang dukun atau tukang sihir, maka dia membenarkannya, ia telah menjadi kufr dalam Al-Qur'an yang telah diturunkan kepada Muhammad."

Bahkan berkaitan dengan Ramalan, maka Rasul SAW telah memberikan amaran keras melalui sabda beliau dalam Hadits Shohih Riwayat Al Imam Muslim no: 2230, dari Shofiyah رضي الله عنها dari sebahagian isteri Rasul SAW sebagai berikut:

من أتى عرافا فسأله عن شىء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة
Maksudnya:
"Barang siapa datang kepada peramal itu, maka solatnya selama 40 hari tidak diterima."

Apa yang akan diperoleh esok, manusia tidak tahu. mengenainya. Di mana di bumi kita akan mati, tidak ada manusia yang tahu. Terutama apabila Hari Penghakiman terjadi, pasti tidak ada yang tahu kecuali Allah SWT. Malah Rasul SAW dan Malaikat Jibril pun tidak tahu.

Ini adalah seperti dalam Hadis Imam Muslim no: 1 berikut:

عن عمر رضي الله تعالى عنه أيضا قال: بينما نحن جلوس عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم إذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب شديد سواد الشعر لا يرى عليه أثر السفر ولا يعرفه منا أحد حتى جلس إلى النبي صلى الله عليه وسلم فأسند ركبتيه إلى ركبتيه ووضع كفيه على فخذيه وقال: يا محمد أخبرني عن الإسلام, فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (الإسلام أن تشهد أن لا إله إلا الله و أن محمدا رسول الله, وتقيم الصلاة, وتؤتي الزكاة, وتصوم رمضان, وتحج البيت إن استطعت إليه سبيلا), قال: صدقت. فعجبنا له يسأله ويصدقه, قال: فأخبرني عن الإيمان, قال: (أن تؤمن بالله, وملائكته, وكتبه, ورسله, واليوم الآخر, وتؤمن بالقدر خيره وشره), قال: صدقت, قال: فأخبرني عن الإحسان, قال: (أن تعبد الله كأنك
تراه, فإن لم تكن تراه فإنه يراك), قال: فأخبرني عن الساعة, قال: (ما المسئول عنها بأعلم من السائل), قال: فأخبرني عن أماراتها, قال: (أن تلد الأمة ربتها, وأن ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء يتطاولون في البنيان), ثم انطلق فلبثت مليا ثم قال: (يا عمر أتدري من السائل?) قلت: الله ورسوله أعلم, قال: (فإنه جبريل أتاكم يعلمكم دينكم) 

Ertinya:

“Dari ‘Umar رضي الله عنه, ia berkata, “Ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang pakaiannya sangat putih, rambutnya sangat hitam, pada dirinya tidak ada bekas-bekas datang dari perjalanan, namun tidak ada satu pun di antara kami yang mengenalnya. 

Kemudian, dia duduk di dekat Nabi صلى الله عليه وسلم. Dia menempelkan lututnya ke lutut Nabi صلى الله عليه وسلم dan meletakkan tapak tangannya di atas paha Nabi صلى الله عليه وسلم.
Kemudian, dia bertanya, ‘Wahai Muhammad, sampaikan kepadaku, apa itu Islam?’

Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab, “Islam adalah engkau bersyahadat bahwasanya tiada tuhan yang berhak diibadahi (dengan sebenar-benarnya) kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, menegakkan salat, menunaikan zakat, berpuasa Ramadhan,dan melaksanakan haji ke Baitullah jika engkau mampu pergi ke sana.’
Orang ini berkata, ‘Engkau benar.’”
Lalu ‘Umar رضي الله عنه berkata, “Kami hairan; dia bertanya lalu dibenarnya sendiri.”

Orang tersebut bertanya lagi, ‘Sampaikan kepadaku tentang apa itu Iman!’
Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab, ‘Iman itu, engkau beriman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, dan hari akhir, serta beriman kepada takdir baik mahupun buruk.’
Orang tersebut menjawab, ‘Kamu benar. Sampaikan kepadaku tentang apa itu Ihsan!’

Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab, ‘Ihsan itu, engkau beribadah kepada Allah seolah engkau melihatnya. Jika engkau tidak dapat, maka sesungguhnya Allah melihatmu.’
Orang itu bertanya, ‘Sampaikan kepadaku, bila kiamat terjadi?’

Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab, ‘Orang yang ditanyai tidak lebih tahu daripada orang yang bertanya.’

Orang itu bertanya lagi, ‘Sampaikan kepadaku tentang tanda-tandanya!’

Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab, ‘Hamba-hamba wanita akan melahirkan tuannya, dan engkau akan melihat orang yang tidak memakai alas kaki, suka tidak memakai baju, miskin, dan penggembala kambing berlomba-lomba dalam membuat bangunan yang tinggi.’

Kemudian, orang tersebut pergi, sementara aku (‘Umar رضي الله عنه) diam selama beberapa hari.
Setelah itu, Nabi صلى الله عليه وسلم bertanya, ‘Wahai ‘Umar, tahukah kamu, siapa orang yang kelmarin bertanya itu?’
‘Umar berkata رضي الله عنه, ‘Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.’
Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda, ‘Sesungguhnya, dia adalah Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajarkan dien kamu.’”
YBDMFH-16
"Di samping ramalan-ramalan yang bertentangan dengan 'aqidah' kita, apa yang mesti disedari umat Islam pula ialah di sebalik penyebaran filem oleh orang-orang Yahudi (termasuk filem-filem" 2012 ") melalui media massa mereka, memang ada tujuan dan mesej tertentu yang mereka mahu sampaikan. 

Ini seperti yang dinyatakan oleh media Barat seperti berikut: "Filem bencana" 2012 adalah tentang kemusnahan hampir bumi sesuai dengan ramalan yang dibuat oleh Mayan Kuno, ribuan tahun lalu ... 

"2012" menghantarkan mesej dan simbolisme mengenai elit, rancangan Dunia Baru untuk adegan lain, St. Peter Basilica di Vatican, "pusat" iman Katolik, terbukti jatuh ke atas kesetiaan dan membunuh beribu-ribu orang yang berkumpul untuk berdoa ... Menurut artikel di Guardian, "2012" adalah tempat menggambarkan kemusnahan Kabaa, tempat paling suci dari kepercayaan umat Islam. 

Namun, adegan itu dipecat kerana takut timbul tindak balas daripada kumpulan Islam. Dunia baru elit, bukan hanya dari Kekristenan, tetapi dari semua agama utama - salah satu tujuan Orde Baru Dunia. "2012" bukan hanya menunjukkan monumen agama, tetapi juga mercu tanda politik. 

Ini adegan simbolik negara sebelum pembentukan kerajaan dunia tunggal. Walaupun dunia mungkin tidak akan terhempas dan dibakar pada 23 Disember 2012, filem ini menggunakan Kalendar Mayan untuk menyampaikan rancangannya untuk masa depan: kejatuhan agama, pembubaran bangsa dan pemuliaan elit pilih di belakang daripada orang ramai yang tidak percaya. 

Segala-galanya yang berlaku dalam filem itu adalah setanding dengan "sepuluh perintah" yang terdapat di Georgia Guidestones ... Berikut adalah sebahagian daripada mereka: "Mengekalkan kemanusiaan di bawah 500,000,000 dalam keseimbangan abadi dengan alam semula jadi" ... 

Adakah orang awam bersedia untuk krisis besar yang akan diselesaikan dengan penggembalaan Orde Baru Dunia? Oleh kerana poster promosi filem itu jelas sekali. "Kami telah diberi amaran". (Dipetik daripada: http://vigilantcitizen.com/moviesandtv/the-hidden-symbolic-meaning-of-the-movie-2012/) 

Maksudnya: "Filem 2012 adalah filem yang menggambarkan jumlah bencana / pemusnahan planet Bumi adalah sesuai dengan ramalan yang dibuat oleh Maya kuno, beribu-ribu tahun yang lalu ... (Film) "2012" juga menyampaikan pesan dan simbolisme tentang rancangan tokoh elit (- yang bermaksud tokoh elit Freemasonry Yahudi - pent.) untuk penciptaan Dunia baru (perintah) ... 

Dalam satu adegan dalam filem itu, Basilika St. Peter di Vatican, yang merupakan pusat agama Katolik, ditunjukkan runtuh dan membunuh ribuan pengikut setia yang berkumpul untuk berdoa ... Menurut artikel dari Guardian, filem "2012" mengandungi adegany yang menggambarkan kemusnahan Ka'bah, tempat paling suci bagi Islam. 

Walau bagaimanapun, tempat kejadian dipotong kerana takut serangan balas dari kumpulan Islam. Oleh itu tokoh-tokoh elit Dunia Baru, bukan sahaja mahu menghilangkan Kekristianan, tetapi juga ingin menghilangkan seluruh agama di bumi ini - di mana ia adalah salah satu tujuan Orde Baru Dunia. 

Filem "2012" bukan sahaja menunjukkan keruntuhan monumen agama, tetapi juga keruntuhan pelbagai bangunan mercu tanda politik. Adegan ini melambangkan keruntuhan pelbagai negara dari masa kini (sebelum ini) sebelum (kemudian) satu kerajaan dunia (- Dunia Baru) akan terbentuk (walaupun) dunia (sementara itu). 

Mungkin tidak berakhir pada 23 Disember 2012, tetapi filem itu memanipulasi ketakutan yang timbul berhubung dengan Kalendar Maya untuk menyampaikan rancangan mereka (- tokoh elit Freemasonry Yahudi) untuk masa depan. Iaitu: keruntuhan agama, pemusnahan pelbagai Bangsa, dan pemuliaan tokoh-tokoh elit terpilih dari belakang orang ramai yang tidak menyedarinya. 

Segala sesuatu yang diterangkan dalam filem ini sangat selaras dengan "sepuluh peraturan" yang terdapat di Georgia Guidestones (monumen batu Georgia) ... Ini termasuk yang berikut: "Menjaga (populasi) manusia di bawah 500,000,000 untuk mewujudkan keseimbangan abadi dengan alam semula jadi" 

... Adakah komuniti bersedia untuk menghadapi krisis besar yang akan muncul dalam kemunculan New World Order? Poster promosi filem itu dengan jelas menyatakan: "Kami telah diberi amaran." Georgia Guidestone (terletak di bukit di Elbert County, AS) adalah monumen yang mengandungi 10 peraturan-peraturan New World Order yang diukir pada monumen dalam bahasa Inggeris, Rusia, Ibrani, Bahasa Arab, Hindi, Cina dan Swahili; terdapat juga patung-patung di Mesir, Sanskrit dan hieroglif Yunani Kuno. 
Imej yang berkaitan
Ini bermakna filem itu dalam istilah lain propaganda dalam konteks menyebarkan ideologi mereka yang antara lain bertujuan untuk menjadikan manusia di dunia ini ateis, ketika mereka memutuskan dalam Kongres Freemasonry Internasional yang diadakan di Paris, Perancis pada tahun 1900M. 

Iaitu: "Tujuan (sasaran) Freemasonry sedang membentuk republik anti-agama di peringkat antarabangsa. "(baca kembali artikel" Kenapa Gerakan Freemasonry Spread "yang diterbitkan. https://ustadzrofii.wordpress.com/2012/09/06/why why - Pergerakan-freemasonry-tersebar /) 

Oleh itu, di belakang filem-filem yang mereka sebarkan ternyata terdapat misi (matlamat) dan mesej tertentu; jadi ia bukan sekadar filem untuk hiburan. 

Cuma yang tidak faham melihat indahnya lipatan filem untuk hiburan sahaja, tetapi tidak nampak gunting pemotong perosak dalam lipatan di belakangnya yang tersembunyi.
(IH)
Bersambung.

Cukup-cukuplah Guan Eng, Hentikan Hipokrasi. -Amran Ahmad Nor

Amran Ahmad

KUALA LUMPUR – Setiausaha DAP, Lim Guan Eng semalam mendakwa kenyataan pimpinan Gagasan Tiga (G3) sebagai satu fitnah jahat.
Namun Timbalan Pengerusi G3 yang pernah menjadi pegawainya, Amran Ahmad Nor mendedahkan Menteri Kewangan itu juga didakwanya juga selalu memfitnah termasuk mengarahkanya melakukan propaganda.
“Saya nak tanya beliau, bila mempengerusikan mesyuarat publisiti DAP yang saya hadiri dan arahkan kami buat propaganda – negara akan muflis jika BN kekal di Putrajaya – apakah itu fitnah yang baik?” soal Amran.
Menurut beliau, adakah sikap hipokrit Guan Eng yang dahulunya memaki-hamun Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anak-anaknya tetapi hari ini sanggup ‘cium tangan’ pada pemimpin yang pernah dia caci semata-mata kuasa dan kedudukan.
“Lagi saya nak tanya Guan Eng, apabila beliau buat janji nak hapuskan tol jambatan Pulau Pinang kalau menang di Putrajaya pada PRU-14 tetapi sudah lebih tujuh bulan kenapa tak terus tak tunai apa yang dikata, apakah itu tindakan yang mulia?” soalnya lagi dalam satu kenyataan hari ini.
Lebih dari itu, menurut Amran, Guan Eng menampakkan sisi hodoh yang kian terserlah selepas menang PRU-14 apabila cukup takut dengan kebangkitan rakyat terutama G3.
“Kamu nampak cukup cuak apabila kami G3 ingin pertahankan bangsa Melayu setelah MP kamu sendiri dari Pulau Pinang bersama-sama dua ADUN DAP mengeluarkan kenyataan cenderung menyokong dan iktiraf ICERD walaupun tahu kebanyakan Melayu marah mengenainya.
“Cukup-cukuplah Guan Eng, sudahlah parti kamu yang mendrafkan manifesto Pakatan Harapan pada PRU-14 mengkhianati sistem demokrasi serta menipu pengundi sendiri, kini kamu guna aspek undang-undang pula untuk menggertak G3.
“Ingatlah semua, saya cukup lama dalam DAP, sejak dari zaman arwah bapa lagi cukup kenal siapa DAP ini, yakinlah apabila saya katakan DAP hanya akan membawa kehancuran kepada Malaysia.
Justeru, katanya, ia menjadi sebab kenapa G3 bertekad untuk menghancurkan dahulu DAP itu sebelum ia menghancurkan Malaysia kerana kewujudan bangsa DAP adalah satu malapetaka buat negara.- MalaysiaGazette

Gurun Arab Saudi Pula Dilanda Banjir..

SOROTAN video menunjukkan kawanan unta meredah padang pasir
SOROTAN video menunjukkan kawanan unta meredah padang pasir yang digenangi air di Tumair, utara Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini.


RIYADH – Sebuah rakaman video memaparkan dua lelaki menggembala sekawan unta di kawasan gurun yang digenangi air banjir ketika hujan lebat dan ribut pasir melanda kini tular di internet, lapor rangkaian televisyen Rusia, RT baru-baru ini.
Fenomena luar biasa itu dirakam ketika kawasan timur Arab Saudi mengalami cuaca buruk pada hujung minggu lalu.
Rantau itu dilanda hujan lebat, ribut petir dan angin kencang yang menukar padang pasir menjadi kawasan lembik berair seperti paya menjelang kelmarin.
Klip video itu dirakam di sebatang jalan dekat Tumair, utara Riyadh oleh seorang jurugambar, Fahad Al-Osaimi. Kawanan unta itu pula adalah milik seorang lelaki, Ayedh Al-Massoud. Rakaman video itu pertama kali dikongsi oleh anak lelaki Ayedh, Abd El-El Massoud.
“Saya melihat unta-unta terkandas dan terperangkap akibat hujan lebat dan banjir di rantau Tamir,” Fahad memberitahu stesen televisyen Al-Arabiya.
Klip video itu yang tersebar meluas di media sosial dan turut disiarkan dalam saluran berita tempatan, mendapat pujian ramai penonton. – Agensi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails