Saturday, March 02, 2013

Tawaran Kpd Perompak Muda, Diplomasi Somalia

Perompak Somalia beraksi di lautan. (ilustrasi)

MOGADISHU: Presiden Somalia Hassan Sheikh Mohamud menawarkan amnesti kepada para perompak muda. Kebijaksanaan itu menjadi se bahagian dari usaha untuk mengakhiri serangan lanun laut di kawasan lepas pantai negara Tanduk Afrika itu.

"Kami berunding dengan perompak secara tidak langsung melalui para tetua," kata Mohamud kepada AFP. "Perompakan perlu berakhir."

Mohamud dipilih oleh parlemen enam bulan lalu. Ia mengatakan ingin menawarkan "cara alternatif untuk memperoleh hasil" bagi kaum muda Somalia yang mengangkat senjata dan bergabung dengan geng-geng perompak.

Hanya saja, ia menegaskan amnesti itu tidak berlaku bagi gembong perompak yang telah meraup majoriti untung dari serangan-serangan, apalagi beberapa dari mereka kini diburu oleh Interpol.

"Kami tidak memberikan amnesti kepada mereka, amnesti hanya untuk pemuda," katanya.

Perompak yang beroperasi di lepas pantai Somalia meningkatkan serangan lanun terhadap kapal-kapal di Lautan India dan Teluk Aden. Peningkatan serangan terjadi meski angkatan laut asing diumumkan di laut lepas pantai negara Tanduk Afrika itu sejak 2008.

Kapal-kapal perang asing berhasil menggagalkan sejumlah pembajakan dan menangkap puluhan perompak, namun serangan masih terus berlangsung. Perairan di laut lepas pantai Somalia merupakan tempat paling rawan perlanunan di dunia. Biro Maritim Internasional melaporkan 24 serangan di kawasan itu antara April dan Jun tahun 2008 saja.

Angka tidak resmi menunjukkan 2009 sebagai tahun paling banyak perompakan di Somalia, dengan lebih dari 200 serangan, termasuk 68 pembajakan yang berhasil, dan wang tebusan diyakini melampaui 50 juta dolar.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Presiden Somalia mampu berdiplomasi dengan perompak dan lanun laut antarabangsa. Tetapi Malaysia setakat ini, masih membuktikan kegagalan berdiplomasi dengan penceroboh sesama bangsa dan agama di Lahat Datu, Sabah. (IH/ROL)

Tragedi L/Datu, PM Perlu Sidang Tergempar Segera!

KL: PAS mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya memanggil persidangan tergempar Parlimen dengan segera bagi membincangkan isu keselamatan di Lahad Datu.


Kenderaan tentera masuk ke kawasan krisis melalui pekan Lahad Datu

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, persidangan itu amat perlu diadakan segera kerana masalah keselamatan di Lahad Datu kini sangat meruncing.

“Ada laporan yang mengesahkan telah berlaku dua korban nyawa di Lahad Datu sekarang. Ini jelas menunjukkan keadaan di Lahad Datu sekarang amat merbahayakan keselamatan awam dan keselamatan negara,” katanya ketika menghubungi Harakah 1 Mac lalu.

Sementara itu, laporan bercanggah diterima antara Malaysia dan Filipina. Pemimpin Filipina beranggapan isu ini selesai selepas pasukan keselamatan Malaysia memasuki kawasan kepungan itu. Namun begitu, di pihak Malaysia pula, pihak tentera dan polis masih mengepung kawasan itu dengan kenderaan tentera dilihat memasuki kawasan itu dengan peralatan ketenteraan yang canggih. Sehingga kini 14 terbunuh termasuk dua anggota komando polis dan ramai cedera akibat pertempuran ini.


Laporan media terhadap kenyataan Hishamudin sebelum ini

Ini bermakna, kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein sebelum ini yang meminta orang ramai jangan mendengar khabar angin tentang peristiwa di Lahad Datu adalah pembohongan semata-mata. Ini kerana, kalau bukan pengganas, kenapa sampai 14 orang boleh terbunuh dalam krsisis ini.

Kenyataan Hishamudin ini menyebabkan beliau dipermainkan oleh para pengguna media sosial. "Memang boto tu.Setakat mortar apo la sangat.Kalau pengganas dio mesti bawak pisau...air mineral ngan bom petrol," tulis seorang facebooker dalam lamannya.

Kenyataan ini beserta dengan keratan akhbar kenyataan Hishamudin itu menjadi viral dalam facebook di mana sehingga kini 257 pengguna telah berkongsi penyataan ini dan 302 membuat komen dan 1,364 suka penyataan ini. (IH/Hrkh)

L/Datu: Siasatan Menyeluruh Perlu -N/Aziz


KL: PAS turut merakamkan takziah kepada keluarga Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang telah terkorban ketika mempertahankan negara berdepan penceroboh di Lahad Datu semalam. Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, jasa kedua-dua mereka sangat besar kepada negara ini.

"Saya merakamkan takziah kepada keluarga anggota polis Malaysia yang terkorban dalam insiden tembakan antara pihak keselamatan Malaysia dan penceroboh di Lahad Datu semalam.
"Semoga jasa dan pengorbanan yang dicurahkan demi mempertahankan kedaulatan negara diberikan ganjaran yang baik di sisi Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan selain kedua-dua mereka, 12 penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan polis semalam. Akibat insiden itu juga, tiga anggota polis dilaporkan cedera.

Mengulas lanjut Tuan Guru berkata, satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan bagi merungkai persoalan kenapa perairan negara begitu mudah ditembusi sehingga terjadinya apa yang berlaku di Laha Datu sekarang ini.

"Saya juga mengharapkan satu siasatan yang serius dilakukan ekoran insiden yang tidak diingini ini khususnya dalam isu kawalan sempadan darat dan perairan negara yang nampaknya agak longgar sehingga berjaya ditembusi begitu mudah," katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Katanya, Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini.

Dewan Pemuda PAS Pusat pula, akan melancarkan Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu bagi membantu keluarga perajurit yang gugur mempertahankan kedaulatan tanah air dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.

“Insya-Allah DPPM akan melancarkan Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu dan DPPN Terengganu juga Selangor akan menziarahi keluarga perajurit yang gugur di medan untuk menghulurkan sumbangan tanda kebersamaan DPPM.

"Semoga Allah menganugerahkan pahala syahid buat mereka yang gugur di medan Lahad Datu. Al Faatihah,” tulis Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan di Facebook beliau. (IH/Hrkh)

Lihat keseluruhan.. 
E-Buku IH-65: Kesultanan Sulu Darul Islam.

Tragedi L/Datu & Video: Perlu Jawab 3 Perkaa Ini!

PIHAK berwajib kena jawab,  mengapa berlaku 3 perkara ini?

Gambar komando-komando Malaysia yang terbunuh..

AL FATIHAH: Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Jenazah Insp Zulkifli akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Gong Bayor, Tembila, Besut, Terengganu, manakala jenazah Kpl Sabaruddin akan dibawa ke rumah ibunya, Puan Som bt Mad Salleh di No. 83, Kg Sg Lias, Sg Besar, Sabak Bernam dan akan dikebumikan di Parit 1, Sabak Bernam, Selangor. Pengebumian jenazah akan dibuat secara pengebumian perwira.


Gambar Terakhir Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat


Kronologi Penceroboh Di Lahad Datu.



Penceroboh Bersenjata Terbunuh


KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina:-


9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.


11 Februari – Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Februari – Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.


14 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.


1 Feb – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.


Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.


Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.


14 Februari – Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.


16 Februari – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.


Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.


18 Februari – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.


24 Februari – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.


26 Februari – Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.


28 Februari – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.


Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.


1 Mac – Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.


Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh. (BERNAMA)

5 Video Berkaitan..
Wartawam Rasmi Laman Reformasi

Raja Muda Agbimuddin Kiram sudah cabut~!














(IH)
Lihat keseluruhan.. 
E-Buku IH-65: Kesultanan Sulu Darul Islam.


Perang L/Datu Tamat, Solat Hajat. Najib T/Jawab?

Image
Tentera2 Sultan Sulu tu. Siap senjata M16...

KOTA KINABALU: Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah hari ini menyeru kepada semua umat Islam di seluruh negara untuk mendirikan solat hajat secara berterusan bagi memelihara dan menyelamatkan negara ini daripada pencerobohan luar yang kini telah menumpahkan darah.

Ketuanya, Nuruddin Ibrahim berkata, pihaknya juga mencadangkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) agar dapat mengeluarkan arahan kepada seluruh masjid dan surau di negeri ini untuk melakukan solat hajat bagi tujuan tersebut.

“Kita minta kepada semua masyarakat Malaysia agar sama-sama mendirikan solat hajat sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah bagi mendoakan keselamatan di bumi Sabah ini.
“Kita juga telah memohon kerjasama pihak berkuasa agama negeri untuk mengarahkan masjid dan surau di seluruh negeri ini bagi mengadakan solat hajat.
“Ini dapat menunjukkan kebersamaan dalam memastikan negara dan negeri ini berada dalam keadaan aman dan terpelihara daripada bahaya petaka,” ujarnya.

Sehingga kini, dua anggota polis Malaysia dilaporkan terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filiphina, Raul Hernandez bagaimanapun dilaporkan berkata pencerobohan pengikut Sultan Sulu di Sabah telah tamat. ABC-CBNnews memetik Hernandez berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia, khususnya pasukan polis, sedang memburu kumpulan tersebut.

Komen Mereka..

Sementara itu, di Kuala Lumpur Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.

Katanya, Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini.

“Mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini?” tanya beliau dalam satu kenyataan ringkas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan isu keselamatan negara tidak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Justeru, ujar beliau, rakyat perlu diberikan maklumat mengenai apa yang berlaku.

Sedangkan Pengerusi Pejuang Perubahan Sabah (PPS), Datuk Seri Panglima Lajim Ukin mengucapkan takziah kepada keluarga anggota polis Malaysia yang terkorban dalam insiden tembakan antara pihak keselamatan Malaysia dan penceroboh di Lahad Datu hari ini.

"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut dan berharap mereka bersabar.
"Namun bagi saya isu tuntutan tersebut sepatutnya boleh dilakukan secara rundingan damai bukannya melalui keganasan, kerana akibat dari insiden tersebut menyebabkan banyak keluarga akan kehilangan ahli keluarga," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Malah menurut beliau lagi, isu pencerobohan ke negara ini tanpa melalui saluran yang sah adalah bertentangan dengan undang-undang negara ini. Katanya, isu percerobohan ke atas Sabah sebenarnya mencabar kadaulatan negara ini dan perkara tersebut perlu dibendung secara aman.

"Kita doakan semoga pihak keselamatan negara ini akan terselamat dari sebarang mala petaka dan juga insiden ini kembali aman," sambung beliau lagi. Lajim menolak desas desus mengatakan konflik yang berlaku di Lahad Datu itu ada kaitan dengan senario politik negara ini.

Sementara itu mengikut laporan media dua komando polis Malaysia terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu. Mereka dilaporkan terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu pos di sekitar Kampung Tanduo. AFP melaporkan, sekitar jam 3.25 petang tadi, Jabatan Luar Filipina berkata tiga orang mati dan 10 telah ditangkap dalam kejadian itu. (IH/Hrkh)

Friday, March 01, 2013

M'sia & Tentera Kesultanan Sulu Bertempur -Video



LAHAD DATU: Beberapa terbunuh apabila pertempuran meletus antara polis dan tentera dengan tentera kesulatan Sulu, Sultan Jamalul Kiram 11.1 pagi ini.

Menurut radio Filipina yang memetik keluarga Jamalul, termasuk adiknya, Azzimudie Kiram, sudah beberapa terbunuh apabila pertempuran mula meletus antara mereka dengan polis dan tentera Malaysia. Bagaimanapun laporan itu tidak menjelaskan berapa ramai yang terkorban sehingga kini.

Akhbar Philippine Star melaporkan, pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kira-kira 60 penceroboh bersenjata itu. (Hrkh)

Video Keadaan Terkini Di Lahad Datu Kini Dalam Zon Perang!


Gambar sebelum bertempur...
Image

Image

Ni pula gambar tentera2 Sultan Sulu tu. Siap diorg ada senjata M16 lagi yo.

Image

Image

Kulai, 20 Tahun Tiada Letrik Di Bawah UMNO..Malu!


KL: Hampir 20 tahun tiada bekalan elektrik, akhirnya pemilik lebih 10 buah rumah di Jalan Simpang Renggam – Kulai berhampiran Kampung Bukit Nyamuk, Simpang Renggam terpaksa membuat keputusan untuk berpindah selepas harapan untuk memiliki bekalan elektrik selama ini dilihat seperti tiada penghujungnya.

Mohd Ja’afar Sari telah berniaga buah-buahan selama 20 tahun tanpa bekalan elektrik. Kini jiran Mohd Ja’afar hanyalah tinggal sebuah kilang arang, sebuah kilang papan dan sebuah ladang ternakan kambing, lapor Nusajaya Kini.

Bagi peniaga kedai buah-buahan seperti Mohd Ja’afar terpaksa menanggung kos bahan api sebanyak RM300 sebulan berbanding RM100 jika menggunakan bekalan elektrik TNB. Pemilik kilang papan dan ladang ternakan kambing Mohd Tan Chan Abdullah juga menghadapi masalah yang sama sejak 18 tahun yang lalu.

Kos sebanyak RM7,000 sebulan terpaksa dibelanjakan untuk membeli minyak diesel bagi menghidupkan generator berbanding kos hanya sekitar RM2,000 sekiranya menggunakan bekalan elektirk TNB. Pemohonan kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dilakukan sebanyak dua kali dan juga pemakluman kepada Onn Mad Yassin (Adun Layang-layang) sebanyak tiga kali. Setakat ini tiada sebarang tindakan dibuat.

Difahamkan juga, jarak antara kampung berkenaan dengan punca elektrik dalam lingkungan 2 kilometer dan ia bukanlah satu alasan untuk tidak menyambungkan bekalan elektrik ke kampung berkenaan. Tanah yang didiami penduduk di kampung itu berstatus penempatan perkelompok (GSA). Ini bermakna tanah sekitar Bukit Nyamuk adalah milik peribadi.

Jika terdapat bekalan elektrik di kawasan ini, maka ramai akan berpeluang membina rumah di kawasan terbabit. Pihak TNB tiada sebarang masalah untuk membekalkan elektrik di kawasan itu jika terdapat peruntukan yang mencukupi daripada pihak kerajaan. Justeru pihak kerajaan khususnya Pegawai Daerah Kluang wajar mengambil perhatian dan tindakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasan itu. (Nusajaya Kini)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Buat malu, negeri yang UMNO kuat pun tak mampu tadbir. Rakyat perlu kuatkan pembangkang  kalau mahu mahu dapatkan perhatian penuh dari pemerintah. UNDILAH PAKATAN.

Wednesday, February 27, 2013

Sultan Sulu, Tarik Balik Pengikut..Amaran P/Filipina


Presiden Filipina, Benigno Aquino
Presiden Filipina, Benigno Aquino

MANILA - Presiden Filipina, Benigno Aquino hari ini memberi amaran kepada Sultan Sulu bahawa beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang "amat tegas" jika tidak menamatkan insiden menceroboh wilayah Sabah, yang berlarutan sejak awal bulan ini.

Sehubungan itu, Aquino telah meminta Sultan Jamalul Kiram III agar menarik keluar 180 pengikutnya termasuk 30 yang bersenjata dari Lahad Datu.

“Jika anda memilih untuk tidak bekerjasama, kuasa penuh berdasarkan undang-undang negara akan dikenakan bagi mencapai keadilan untuk semua,” kata Aquino dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen.

Dipetik laporan AFP, Presiden Filipina itu berkata, "keadaaan ini tidak boleh berlanjutan."

"Jika anda benar-benar seorang pemimpin kepada pengikut, anda sendiri perlu bekerjasama dengan kerajaan dan kembali ke negara ini secara aman,” kata beliau.

Selain itu, Aquino turut memberi amaran kepada Sultan Jamalul bahawa satu arahan telah dikeluarkan agar siasatan diadakan berhubung kemungkinan pencabulan undang-undang oleh beliau, pengikut dan pihak sekongkol dengannya dalam insiden menceroboh wilayah Malaysia (SH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-65: Kesultanan Sulu Darul Islam.
E-Buku IH-65: Kesultanan Sulu Darul Islam.

Fir'aun Pernah Bagi BRIM -A/Hadi. BN Ikut Firaun?


SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang diperkenalkan Barisan Nasional (BN) sejak tahun lalu, bukan satu perkara baru kerana sejarah telah menunjukkan bahawa ia pernah dipelopori kerajaan Firaun.

"Cerita BR1M bukan cerita baru, sejak zaman Firaun pernah bagi BR1M, Firaun jadikan rakyat ringan akal (diperbodohkan).


"... tanggungjawab kita (pemimpin) untuk bijakkan rakyat bukan diajar menjadi pengemis, mereka (Umno) bukan nak bela rakyat pun,” kata beliau dalam ucapannya pada Konvensyen Pakatan Rakyat Keempat di sini semalam.

Kata Hadi, menerusi manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan semalam, banyak masalah rakyat yang gagal ditangani oleh BN sepanjang lima dekad lalu dapat diatasi.


“Buktikan dahulu kerajaan itu bersih, kita (Pas) perintah Kelantan lebih 20 tahun, walaupun banyak sekatan peruntukan, banyak cabaran tapi kita mampu bersabar.

“... jauh sekali untuk khianat hasil bumi negeri, malah mampu tadbir negeri dengan bersih dan bebas rausah serta salah guna kuasa,” kata beliau sambil memberi amaran kepada Umno-BN bahawa masalah penggangguran yang kian meningkat di negara ini tidak mungkin diselesaikan dengan pemberian insentif terbabit.


Hadi turut menyindir slogan perdana menteri yang dilaungkan ‘Janji Ditepati’ yang tidak bersungguh-sungguh kerana peluang yang diberikan kepada mereka sejak 50 tahun lalu tidak dimanfaatkan sepenuhnya demi rakyat.


“Janji akan ditepati bukan janji 50 tahun, kita tak nak rakyat dihina dan diperkudakan lagi, Buku Jingga selesaikan masalah yang ditinggalkan Kerajaan BN,” tegasnya.


Pada ucaptamanya, Hadi menggariskan lima dasar utama dalam Manifesto PR kali ini yang bertemakan “Pakatan Rakyat Harapan Rakyat”, antaranya perpaduan masyarakat majmuk, adil terhadap semua, demokrasi hak rakyat sebenar, kehebatan undang-undang yang adil dan kerajaan yang bersih. (SH)


Komen Weblog Ibnu HasyimFiraun Pernah Bagi BRIM, jadi BN ikut Fir'aun?

Petir Berita, PAUS Yohanes II Umum Masuk Islam!?



KEMASKINI
PAUS Yohanes II, atau yang akrab dipanggil Sri Paus, pimpinan umat katholik sedunia melakukan pidato resmi Vatikan kepada dunia internasional mengenai sikap resminya terhadap konflik berdarah Israel-Palestin di Timur Tengah yang kembali memanas belakangan ini. 

Namun apa yang kemudian dikatakannya di depan ribuan umat katholik itu ternyata benar-benar merupakan peristiwa yang sangat mengejutkan! Bahkan boleh dikatakan sebagai "berita abad ini". Ibarat petir di siang bolong, pada pukul 17.00 waktu setempat, Sri Paus mengumumkan kepada seluruh dunia bahawa mulai saat itu, detik itu, beliau menyatakan dirinya masuk ke dalam agama Islam.
Saking mengagetkannya pengumuman tersebut, 16 orang di antara ribuan umat yang mendengarkan pidato langsung Sri Paus, langsung dibawa ke hospital kerana mendapat serangan jantung mendadak. Hanya 5 nyawa di antara mereka terselamat. Ketika Sri Paus mengatakan sikapnya dalam pidato tanpa teksnya tersebut, semua umat nampak begitu serius mendengar. 


Beberapa pimpinan Vatikan nampak seperti tidak terlalu terkejut, bahkan beberapa di antara mereka yang mendengarkan pidato Sri Paus tersebut sedang memegang sesuatu. Mungkin ramai umat katholik di hadapan Sri Paus yang hairan dengan benda apa yang dipegang oleh beberapa Kardinal dan pimpinan Vatikan itu. 

Ternyata mereka sedang memegang tasbih, sambil mulutnya terlihat seperti sedang membacakan ayat-ayat. Ternyata para pimpinan dan pengurus Vatikan semua sudah tahu bahawa semenjak beberapa bulan terakhir, Sri Paus sudah mulai melakukan sholat dan puasa. Dan itu juga dilakukan bersama-sama dengan mereka semuanya.
Inilah selengkapnya pidato Sri Paus tersebut, yang setelah jadi mu'allaf, namanya telah berubah menjadi Ahmad Sri Paus (supaya umatnya tidak terlalu terkejut, maka Ahmad Sri Paus tidak mengucapkan salam sebelum memulai pidatonya):


"Yang terhormat umatku, yang berada dalam Kasih Tuhan. Hari ini adalah hari minggu yang cerah. Tujuan saya berdiri di podium ini tidak lain adalah untuk membuat pengumuman penting yang perlu saya umumkan ke seluruh penjuru dunia saat ini juga. 


"Yang mana menurut saya, semakin saya tutup-tutupi apa yang ingin saya kemukakan itu, akan menjadi semakin tidak baik. Ini semua berkaitan dengan pilihan jiwa dan hati nurani saya. Sudah selama puluhan tahun kamu semua tahu bahawa saya adalah seorang pemeluk agama katholik yang ta'at. 

"Bahkan saya adalah pemimpin umat katholik di seluruh dunia, sekaligus sebagai wakil Tuhan di dunia ini, atau Ficarius Filii Dei. Saya mewakili urusan Allah untuk dunia ini, memberikan amnesti, abolisi dan grasi atas ummat manusia yang berdosa dengan mandat sepenuhnya dari Allah.

"Namun mulai kini saya tak mampu berdusta lagi. Sesungguhnya sejak puluhan tahun lalu, saya sudah tidak meyakin lagi kebenaran dari agama katholik ini. Kerana semakin saya mendalami alkitab, semakin jelas pula kesalahan-kesalahan yang saya temukan dalam kitab ini. Maka itu, saya berusaha membandingkannya dengan kitab-kitab suci yang lain. 


"Dengan kitab injil kristian protestant, menjadi semakin rosak. Dengan kitab wedha umat hindhu, tuhannya juga ada 3. Barulah ketika saya mulai membaca Al'Qur'anul Karim, saya tahu apa yang selama ini sebetulnya saya cari-cari."
(Ribuan umat yang berada di hadapan Sri Paus nampak bingung dan saling bertanya-tanya). Kemudian Sri Paus melanjutkan ucapannya:


"Tapi ketika itu saya masih takut dengan ancaman yang mungkin saya terima jika saya nekat keluar dari agama katholik. Namun kini saya berani mengambil keputusan penting ini. Saya tidak akan takut lagi pada ancaman pembunuhan yang mungkin akan segera saya hadapi. 


"Saya hanya ingin hidup tenang, terutama jiwa spiritual saya. Saya sangat berhadap agar umat agama kristain, kristain apapun itu, tidak akan membunuh saya hanya kerana pilihan hidup peribadi saya ini. Saya sudah tua, sudah udzur. Bahkan tubuh saya pun sudah bongkok."
(Sampai di sini, beberapa umat nampak mulai menitikkan air mata kerana terharu).


"Saya percaya Allah itu satu. Dan saya juga percaya bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan-Nya. Asyhadu Allaaa ilaaa ha illallaaah, wa asyhaduannaaa muhammadur rasullullaaaah (Ahmad Sri Paus mengucapkannya dengan tersedu-sedu).  

"Saya tahu konskwensi dan mungkin reaksi dari umat kristain di seluruh dunia kalau saya melakukan pengumuman ini. Tapi saya terpaksa melakukannya, minimal untuk diri saya sendiri. Saya khawatir akan kehidupan saya di akhirat nanti bila tetap berada dalam jeratan kekafiran."

TERBARU KEMASKINI

Berita Paus Yohanes Paulus II Masuk Islam Adalah Berita Hoax/Bohong
SETELAH pengumuman pengunduran diri Paus benediktus XVI 1ertanggal 10 Februari 2013 (baca Video dan teks Pidato Pengunduran Diri Paus Benediktus XVI )   dan mencuatnya isu penampakan "Paus Benediktus Sholat di Masjid Biru" yang dijadikan dasar untuk membuat berita hoax Paus benediktus masuk Islam, mencuat pula berita lain,yaitu soal Paus sebelumnya yaitu Paus Yohanes paulus II masuk Islam.

Terkait ini kami menyampaikan kembali tentang pesan yang pernah kami sampaikan di Page Muslim Menjawab Tantangan
Perkembangan teknologi sedemikian pesat, sehingga setiap hari kita dibanjiri berbagai informasi dari berbagai arah, dan tak jarang kitapun juga berpartisipasi untuk berbagi informasi yang kita terima untuk disampaikan kepada saudara dan teman teman kita.

Dari berita yang tersebar tersebut ,tidak sedikit dari berita yang beredar tersebut adalah HOAX /berita bohong. Dan ketika dikemudian hari diketahui bahwa berita yang beredar tersebut adalah berita bohong,maka hal tersebut menjadi bumerang bagi para penyebar berita tersebut. Bahkan akibat terungkapnya adanya berita hoax tersebut juga, tidak hanya pribadi penyebar berita dipermalukan, tetapi tidak sedikit Agama dari penyebar berita dijadikan sasaran serangan akibat terungkapnya kalau berita tersebut hoax.

Dalam hal ini Allah sudah memberikan petunjukan kepada umat manusia, terutama orang mukmin tentang bagaimana sikap seharusnya dalam menyikapi sebuah berita/informasi yang kita terima,yaitu ; 
Qs Al hujurat 6

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

  • Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
Sebagai seorang muslim yang tahu tentang Petunjuk Allah tersebut, berusaha untuk melakukan pengecekan terlebih dahulu sebelum menyebar luaskan adalah sebuah keharusan,agar kita tidak menyesal dikemudian hari.

Selain pengecekan terlebih dahulu, kita juga perlu membuka pintu selebar lebarnya kritikan dan masukan dari orang lain terhadap berita yang pernah kita sampaikan. Dan jika kenyataannya masukan dan kritikan tersebut Menginformasikan bahawa apa yang pernah kita sampaikan tidak benar adanya, maka kita tidak perlu segan sedikitpun mengakui kesalahan dan menyampaikan permohonan maaf.

*Pesan ini disampaikan untuk mengingatkan untuk diri sendiri lebih memilih untuk mengajak intropeksi diri dan perbaikan internal,dan berusaha untuk menjauhkan dari sikap yang menjadikan pihak esternal sebagai kambing hitam.

Semoga juga bisa bermanfaat bagi para pembaca,
dan dari penelusuran kami berita soal cerita Paus Yohanes Paulus II bersumber dari sebuah blog yang menggunakan nama :MUALAF ALHAMDULILLAH


Dan setelah membaca seluruh artikel dan soal pencantuman sumber yang diarahkan ke link google , serta membaca beberapa tulisan dengan beberapa berita bombastis dan sensasional di link tersebut,  
  • KAMI BERANI MEMASTIKAN BERITA TERSEBUT ADALAH BERITA BOHONG, YANG DIBUAT MEDIA PEMBOHONG yang menggunakan LABEL LABEL ISLAM.
Untuk menunjukan bukti kebohongan dari berita tersebut,kami perlu memberikan berita pembanding, terutama berita terkait pada masa akhir hidupnya :

Sabtu, 2 April 2005, sekitar pukul 15.30 CEST, Yohanes Paulus II mengatakan kata terakhirnya, "pozwólcie mi odejść do domu Ojca", ("biarkan aku pergi ke rumah Bapa"), kepada pendampingnya, dan mengalami koma sekitar empat jam kemudian.Misa persiapan Minggu Kerahiman Ilahi memperingati kanonisasi Maria Faustina Kowalska pada 30 April 2000,baru dilakukan di sisi ranjangnya, dipimpin oleh Stanisław Dziwisz dan bersama dua pendamping Poland.

 
Juga hadir Kardinal dari Ukraina yang pernah melayani menjadi pastor bersama Paus di Poland, juga beberapa biarawati Poland dari Kongregasi Suster-suster Hati Kudus Yesus (Congregation of the Sisters Servants of the Most Sacred Heart of Jesus), yang melayani rumah tangga kepausan. 
Ia meninggal di apartemen pribadinya jam 21:37 CEST (19:37 UTC) kerana kegagalan jantung akibat tekanan darah rendah dan kegagalan peredaran darah, 46 hari sebelum ulang tahunnya yang ke-85. Yohanes Paulus II tidak mempunyai keluarga dekat pada saat meninggal, dan perasaannya sudah terungkap dari kata-katanya, seperti tertulis pada tahun 2000, pada testamen terakhirnya:
  • "Dalam masa akhir kehidupan duniawi saya yang semakin dekat, ingatan saya kembali ke masa lalu, pada orang tua saya, pada saudara laki saya dan saudara perpempuan (yang saya tidak tahu karena meninggal sebelum kelahiran saya), pada Paroki di Wadowice dimana saya dibaptis, pada kota yang saya cintai, pada semua relasi, teman-teman Seolah rendah sampai menegah dan universiti, sampai waktu saya menjadi pekerja, kemudian di Paroki Niegowic, sampai Santo Florian di Kraków, pada layanan pastoral akademisi, pada lingkungan dari ... untuk semua milieux ... untuk Kraków dan untuk Roma ... kepada orang-orang yang dipercayakan secara khusus oleh Tuhan kepada saya.
Situasi Misa Requim, 8 April 2005
Kematian Paus Yohanes Paulus II diiringi ritual berusia berabad-abad lamanya dan tradisi yang berawal sejak masa pertengahan. Upacara Pengunjungan berlangsung dari 4 April hingga pagi hari tanggal 8 April di Basilika Santo Petrus. Testamen Paus Yohanes Paulus II yang dipublikasikan pada 7 April mengungapkan bahawa paus berkeinginan dimakamkan di tanah kelahirannya Polandia namun tergantung dari para Kardinal, yang memutuskan untuk dikebumikan di gua-gua di bawah basilika. 


Pada 8 April, pukul 8.00 pagi UTC, Misa Requiem dipimpin oleh Kardinal Joseph Ratzinger sebagai Dekan Dewan Kardinal dan dihadiri lebih dari 180 orang Kardinal dari berbagai negara. Misa ini menjadi misa yang memecahkan rekor dunia dalam hal jumlah kehadiran umat dan banyaknya kepala negara yang hadir. (lihat: Daftar peserta resmi pemakaman Paus Yohanes Paulus II)

Ini adalah berkumpulnya para kepala negara terbesar dalam sejarah, mengalahkan pemakaman Winston Churchill (1965) dan Josip Broz Tito (1980). Empat raja, lima ratu, dan sedikitnya 70 presiden dan perdana menteri, serta lebih dari 14 pimpinan agama dari agama selain Katolik menghadiri pemakaman.

Peristiwa ini juga mungkin menjadi ziarah Kristen terbesar dalam sejarah, dengan perkiraan empat juta orang berkumpul dalam perkabungan di Roma.Sekitar 250.000 sampai 300.000 orang mengikuti peristiwa ini di Vatikan.
Dekan Para Kardinal, Kardinal Joseph Ratzinger, yang kemudian menjadi paus berikutnya, memimpin upacara. Yohanes Paulus II dikebumikan di gua di bawah basilika, makam para Paus. Ia dikebumikan di liang makam yang sebelumnya dipakai jenazah Paus Yohanes XXIII. Liang itu telah dikosongkan ketika jenazah Paus Yohanes XXIII dipindahkan ke ruang lain di basilika setelah dibeatifikasi.

Sumber:


Muslim Menjawab Tantangan

 
(IH) 

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam  

Begini, Cara Hormati Isteri Pemimpin Negara?


BEGINI cara didik, bagaimana menghormati isteri pemimpin UMNO, walaupun oleh lelaki yang bukan muhrim. Apa kata ulama-ulama 'syaitan bisu', 'ampusana ampusini' mereka?

Remaja M'sia Diserang Pemikiran Songsang Jahiliah

Foto EMPAT terbaik: Daniel Day-Lewis, Jennifer Lawrence, Anne Hathaway dan Christoph Waltz bersama trofi masing-masing.

HALAMAN HIBURAN

My Photo

"PEMIKIRAN remaja Malayisa kini terus dibiarkan diserang oleh pemikiran jahilian ala baru. Media massa negara ini seolah-oah terus dibiar diperalatkan oleh musuh-musuh Islam, bahkan dibajai pemerintah dalam merosakkan akhlak muda-mudinya dan menjauhkan peganut Islam dari agamanya.

Demikian dinyatakan oleh editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim hari ini.

"Mungkin ada alasan mereka berbuat begitu, bertujuan untuk melemahkan parti pembangkang atau parti Islam lawan mereka, tetapi mereka perlu sedar, hal itu boleh merosakkan membunuh agama dan pemikiran Islam itu sendiri." katanya.

Contohnya, lihat berita ini, apa faedahnya untuk pembangunan negara, moral dan agama... 

[ Rap Argo, Life of Pi menyerlah. Watak Fantine yang dilakonkan menerusi Les Miserables nyata membawa tuah kepada aktres jelita, Anne Hathaway, 30, apabila sekali lagi diumumkan sebagai penerima trofi Pelakon Pembantu Terbaik di Academy Awards (Oscar) ke-85, yang berlangsung di Hollywood Dolby Theatre, Los Angeles, semalam.
 
Dua anugerah kategori sama pernah dimenanginya tatkala berlangsungnya Anugerah Screen Actors Guild (SAG) 2013 dan Golden Globe, baru-baru ini.

“Saya cuma berharap suatu hari nanti atau pada masa akan datang, paparan kehidupan Fantine hanya akan ditemui dalam cerita dan tidak berlaku dalam mana-mana kehidupan sebenar,” katanya.

Kemenangan itu membuktikan persembahan lakonan Anne sebagai ibu tunggal yang terpaksa melacur demi kelangsungan hidup anak kecilnya menerusi naskhah novel epik tulisan Victor Hugo itu terlalu handal. 

Babak dia menyanyikan lagu I Dreamed a Dream turut dianggap sebagai babak paling menyentuh perasaan dalam filem Les Miserables.

Anne dilihat sukar digugat mana-mana aktres hebat yang turut bersaing dengannya dalam pelbagai anugerah mengiktiraf penggiat seni yang dianjurkan sepanjang tahun ini...]

"Mereka penghancur agama Islam di negara ini.. secara tidak sedar mungkin.." Jelas Hj Mohd Lagi. "Fikir-fikirlah."

Untuk mengatasinya.. UNDILAH PAS dalam PRU 13 ini! (IH)

Manifesto lengkap PAKATAN HARAPAN RAKYAT di sini..
http://www.pakatanrakyat.my/files/BM-Manifesto-BOOK.pdf 

Tuesday, February 26, 2013

Gila! Ubah Semua Benda Panjang Jadi Alat B/Seks.

Dildomaker, pengubah semua benda panjang menjadi alat bantu seks
JOM KREATIF


GILA!! Macam-macam hal... Kreatifkah? Mungkin itulah kata tepat menggambarkan idea kreatif. Seorang designer membuat konsep gadget baru berfungsi untuk ubah segala benda menjadi dildo atau alat bantu seks. Dia asal Amerika Syarikat bernama Francisco Morackini membuat satu perangkat elektronik yang dapat membuat semua barang dengan ukuran dan bentuk tertentu menjadi sebuah alat bantu seks.

Gadget yang diberi nama 'Dildomaker' ini merupakan konsep perangkat berfungsi seperti rautan pensil. Apabila ada benda yang lonjong panjang dan berukuran tepat seperti lubang pada Dildomaker, ketika benda tersebut dimasukkan ke dalam lubang rautannya, maka ketika proses pengerjaannya selesai, benda tersebut akan mempunyai bentuk baru iaitu mirip hujung kemaluan lelaki.

Seperti diberitakan Huffington Post (15/02), Morackini mengatakan, Dildomaker ini sangat fleksibel kerana dapat dibawa ke mana saja dan dapat mengurangi jumlah belanja peralatan seks yang terbilang cukup mahal tersebut.

Kerana dildomaker hanya sebuah idea dan konsep saja, tentu saja sampai sekarang barang tersebut tidak akan ditemui di manapun. Sayangnya, Morackini tidak menjelaskan apakah gadget satu itu kelak akan diproduksi atau hanya akan berakhir sebagai konsep saja. Gila ke? (IH)

Monday, February 25, 2013

Mimpi, Membawaku Memeluk Islam


E-Buku IH-49: Selingan..

14 Perkara, Utama Rakyat Sejahtera. -Dr Dzulkifli


 
SHAH ALAM: Rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi sedang gaji dan upah tidak meningkat, malah generasi kini adalah lebih miskin dari generasi sebelumnya, generasi mendatang lebih miskin dari generasi kini.

Atas keprihatinan ini Pakatan Rakyat mengutamakan Kesejahteraan Rakyat yang merupakan salah satu cabang daripada Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan hari ini.

Cabang Kesejahteraan Rakyat ini dibentangkan Pengarah Strategi PAS Pusat Dr Dzulkifli Ahmad di hadapan kira-kira 1,500 perwakilan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini hari ini.

Menurut Dzulkifli, perbelanjaan asas setiap isi rumah dibebankan dek struktur harga yang berpihak kepada kroni dan syarikat besar, ekonomi negara dikuasai oleh beberapa monopoli yang dimilki kroni dan syarikat besar.

"kemungkaran ekonomi yang menindas rakyat seperti ini perlu ditentang sekeras-kerasnya," kata beliau.

14 tawaran yang digariskan dalam cabang Kesejahateraan Rakyat iaitu;

- Harga minyak turun
- Caj elektrik lebih rendah
- Caj air lebih rendah
- Hapus tol
- Hapus monopoli
- Turunkan harga kereta
- 150,000 rumah selesa mampu milik
- Perbadanan Perumahan negara: pelaburan RM5 bilion tahun pertama dan RM2 bilion setahun selepas itu untuk bina rumah selesa mampu milik.
- Pendidikan percuma untuk semua, haput PTPTN
- Hapus AES. Batalkan saman AES
- Keadilan untuk warga Felda
- Tingkatkan guna tenaga polis untuk banteras jenayah
- Perkhidmatan wad percuma (kelas 1 dan 3) di semua hospital kerajaan
- Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada RM550 sebulan. (Hkh)

10 Tawaran Bantu Eknomi Rakyat -Konvensyen PR

 
SHAH ALAM: Pakatan Rakyat hari ini mengemukakan beberapa tawaran membantu ekonomi rakyat dalam manifesto mereka berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Manifesto ini dibacakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sempena Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pagi ni.

Berikut antara yang diumumkan:

1-Mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan mengurangkan kebergantungan buruh asing secara berperingkat.

2-Memperkenal gaji minima RM1,100 sebulan.

3-Melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran.

4- Membina 5 universiti dab 25 sekolah vokasional

5- Tabung inovasi IKS RM500 juta, menyelaras cukai rakyat- kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,00 berbanding RM250,000 sekarang.

6- Henti operasi Lynas, kaji semula RAPID dan kaji undang-undang pembalakan.

7- Memperuntukkan RM500 juta untuk Tabung Usahawan Kecil Prajurit, kenaikan caruman LTAT dari 15% ke 20%, dividen RM2000 setahun kepada bekas prajurit tidak berpencen.

8- Memberi permit terus kepada pemandu teksi

9- Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya, tambah bilangan bas, merangka untuk membina sistem keretapi laju antara bandar.

10- Memecah monopoli dengan mewujudkan Suruhanjaya Anti Monopoli, Suruhanjaya Kontrak Awam untuk menilai perjanjian awam seperti IPP dan konsesi berat sebelah, tender terbuka, membubar 1MDB, melupuskan pegangan kerajaan dalam GLC. (hrkh)

Pengemis, Pendita & Sebentuk Cincin Berlian.

Kembalikan cincin berlian, pengemis ini dapat uang ratusan juta

SEORANG pengemis bernama Billy Ray Harris di Negara Bahagian Missouri, Amerika Syarikat, bagaikan mendapat durian runtuh ketika orang-orang memberinya sumbangan wang hingga mencapai kira-kira RM277,000. Kisahnya menjadi sorotan di Negara Paman Sam itu.

Situs Huffington Post melaporkan, Sabtu (23/2), awal bulan lalu Harris sempat mengembalikan sebuah cincin berlian kepada Sarah Darling ketika pemilik cincin itu tidak sengaja jatuhkan cincinnya ke dalam mangkuk tempat wang Harris di pinggir jalan ketika akan memberi wang kecil.

Sebagai rasa terima kasih, Sarah bersama suaminya kemudian mengumpulkan wang sumbangan untuk Harris setelah menceritakan kisahnya kepada teman-temannya. Sejak 14 Februari lalu wang sumbangan untuk Harris telah mencapa kira-kirai RM277,000.

"Saya tidak tahu bagaimana hidup kamu sebelumnya hingga jadi pengemis, tapi saya yakin kamu adalah orang sangat jujur," tulis seorang penyumbang bernama Volanda Shields di laman GiveForward. Dia menyumbang kira-kira RM3.3 ribu kepada Harris.

"Kata-kata tidak mampu menggambarkan perasaan saya terlibat dalam kegiatan ini," kata suami Darling, Bill Krejci.

Harris yang mengaku dibesarkan oleh nenekknya yang seorang pendeta, mengatakan kepada stesyen tv KCTV, keputusannya mengembalikan cincin itu tidak mengharapkan balasan..

"Yang saya rasakan saat ini," kata Harris, "apa yang akan terjadi di dunia ini ketika orang-orang mengembalikan barang yang bukan haknya?"

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Harris mengaku dibesarkan oleh nenekknya seorang pendeta. Ertiya jika seseorang itu dididik secara agama dapat menghasilkan manusia yang baik. Tidak kira apa agama sekalipun. Oleh itu kembalilah kepada pendidikan negara secara agama yang sangat mementingkan akhlak yang berperdaban.

Sokonglah perlaksanaan negara yang bukan sekular atau bukan pemisah antara dunia dan akhirat. Kalau di Malaysia, contohnya PAS! (IH)

PAS Lebih Teruk Dari Kafir, Mufti -N/Aziz Jawab

by
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

AGAK kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan. Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap PAS lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik. Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera. Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau.

Saya pohon kepada Mufti Perak, agar berhati-hati di dalam membuat ulasan. Hari ini maklumat boleh diakses dengan mudah, sebarang ulasan berkenaan kenyataan saya dan pemimpin PAS yang lain khususnya eloklah dirujuk kepada sumbernya yang sahih. Rakaman ucapan saya yang didakwa menyifatkan penerima bantuan sebagai 'haiwan' juga sudah disiarkan dengan meluas, mustahil pejabat mufti Perak berhalangan untuk mendapatkannya.

Adakah dalam rakaman tersebut saya menyifatkan penerima bantuan sebagai haiwan? Tentu sekali tidak. Bahkan saya selama ini menggalakkan rakyat Kelantan yang layak menerima bantuan untuk beramai-ramai mengambil bantuan yang diberikan. Ini kerana wang yang diberikan tentu sekali bukan wang UMNO/Barisan Nasional tetapi wang kerajaan dan milik rakyat. Namun mengambil kesempatan daripada majlis pembahagian bantuan seperti ini untuk menyampaikan dakyah ideologi kepartian ialah satu perbuatan yang terkutuk.

PAS juga dituduh berkerat rotan dengan UMNO. Kenyataan begini sebenarnya berpunca daripada jahil sejarah. Rujuklah sejarah politik negara, bukankah PAS pernah menyertai Barisan Nasional? Apabila PAS berada dalam Barisan Nasional, UMNO pula mengambil pendirian untuk menendang PAS keluar kerana 'cemburu buta'. Saya ingin ulangi, bukan PAS yang keluar daripada Barisan Nasional tetapi  UMNO yang membuat ketetapan untuk menendang PAS keluar. Inilah yang termaktub di dalam ucapan Allahyarham Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977.

Justeru, Tan Sri Mufti Perak wajar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Jika perkataan sebegini keluar dari mulut saya, agaknya berbulan-bulan ia akan diratib tanpa henti oleh media massa. Pesan saya kepada Tan Sri Mufti Perak, janganlah melampau-lampau sangat menunjukkan sokongan kepada UMNO/Barisan Nasional. Jika ditakdirkan nanti UMNO tersemban dalam pilihanraya, saya bimbang ada individu yang mencari makan dengan UMNO terkial-kial kelemasan mencari pelampung!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Kuala Lumpur.
13 Rabiul Akhir 1434H bersamaan 24 Februari 2013M

Filipina Hantar Kapal Bawa Pulang Penceroboh



SEBUAH bot peronda laju Tentera Laut Diraja Malaysia mengawal kawasan pantai Tanjung Labian, Lahad Datu kelmarin. 

KL: Kerajaan Filipina telah menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

Kapal yang bernombor AT296 itu belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perkampungan Tanduo di Lahad Datu dan berlabuh di tepi pantai sementara rundingan dengan kumpulan itu berlangsung malam tadi. Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina dalam satu kenyataan berkata, pemberitahuan mengenai penghantaran kapal itu telah disampaikan kepada Kedutaan Malaysia di Manila semalam.

Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Albert F. del Rosario dalam satu kenyataan menggesa seluruh kumpulan itu agar pulang ke rumah serta keluarga mereka dan pada masa yang sama pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan isu-isu utama yang mereka timbulkan.

"Sila lakukan ini demi keselamatan anda sendiri," katanya.

Mengenai kapal berkenaan, Rosario berkata: "Kami amat mengambil berat tentang kehadiran lima wanita dan beberapa orang awam dalam kumpulan itu dan kami menggesa mereka segera menaiki kapal dan pulang ke tanah air."

Menurut kenyataan itu, di atas kapal berkenaan ialah pemimpin Islam-Filipino serta sukarelawan dan petugas perubatan. Pada 12 Februari lalu, bot yang mengangkut lebih 100 lelaki bersenjata yang memakai pakaian celoreng tentera mendarat di pantai Lahad Datu. Kumpulan itu menuntut supaya mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Sulu dan tidak mahu warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina.

Askar itu telah bertahan di kampung itu sejak dua minggu lepas dan kerajaan Malaysia memberikan mereka masa hingga Jumaat lepas untuk meninggalkan negara ini. Bagaimanapun, tarikh penamat itu dilanjutkan selama 48 jam selepas kerajaan Filipina memohon lanjutan empat hari hingga Selasa atas alasan Manila sedang berusaha memujuk kumpulan itu supaya membatalkan pendirian mereka. - Bernama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails