Saturday, August 25, 2018

Cina Indonesia Ini, Dipenjara 18 Bulan Kerana Hina Islam.

Wanita Buddha Dijel 18 Bulan Sebab Hina Azan
SEORANG wanita dipenjara 18 bulan, hari ini selepas didapati bersalah menghina Islam. - Foto hiasan


MEDAN: Seorang wanita dipenjara 18 bulan, hari ini kerana merungut mengenai pembesar suara azan di Indonesia dalam kes penghinaan agama terbaharu di negara majoriti Muslim itu.
Meiliana, 44, seorang etnik Cina beragama Buddha didapati bersalah menghina Islam, selepas meminta masjid di kejiranan beliau menurunkan bunyi pembesar suara kerana ia ‘terlalu kuat sehingga menyakitkan telinga’.
Difahamkan, terdapat kira-kira 800,000 masjid di seluruh negara kepulauan itu dan laungan azan dapat di dengar di mana-mana bandar besar sehingga ke pekan kecil.
Keputusan mahkamah itu dijangka meningkatkan kebimbangan jenama sederhana Islam di Indonesia diancam pengaruh pelampau Islam.
Mahkamah di bandar Medan, Sumatera berkata, kenyataan wanita itu, dua tahun lalu mencetuskan huru hara yang menyaksikan penduduk Islam yang marah menyerang tokong Buddha.
Ada penduduk etnik Cina di kawasan itu sehingga melarikan diri kerana ketakutan. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan Indonesia sahaja, sepatutnya di seluruh dunia, orang yang menghina agama orang lain perlu dihukum. Contohnya, menghina orang Islam yang melaksanakan ibadat korban... kononnya zalim ke atas binatang. Sedangkan orang Cina ketok babi tak pe.

Di Malaysia pun ada, orang begini?

Melayu Liberal DAP Mahu LGBT &Syiah Jadi L/Pengarah JAKIM! Bodohnya PH..




Prof Dr Tajuddin Rasdi, profesor Senibina Islam dari USCI, yang juga salah seorang Ahli DAP Melayu mencadangkan supaya Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di anggotai oleh 20% bukan Islam yang mewakili pelbagai agama, bangsa dan keprihatinan...

"Perlu ada juga wakil yang boleh bercakap bagi pihak kumpulan minoriti lain seperti LGBT, Ahmadi atau kumpulan Syiah"...

Beliau menyatakan bahawa banyak isu2 Islam di Malaysia telah menceroboh bidang bukan Islam... 

Sambil memberikan contoh kes 'pijak kepala lembu', seruan pembakaran Bible, himpunan baju merah yang melaungkan slogan Islamik, pertembungan Asri - Waythamoorthy berkenaan kepercayaan Hindu dan isu Zakir Naik...

Baginya isu2 ini menunjukkan bahawa isu Islam merupakan isu bagi Malaysia keseluruhannya...

"Saya mahu mencadangkan yang kita terima bahawa sesetengah 'isu Islam' merupakan isu rakyat Malaysia dan bukan hanya isu orang Islam semata-mata"...


"Walaupun kerajaan British yang telah memberikan kemerdekaan kepada Malaysa mensyaratkan supaya perihal Islam akan kekal di bawah kuasa institusi Agama Islam, kita mesti melihat semula idea ini di dalam konteks kontemporari, kebudayaan dan amalan professional di dalam dunia yang berkembang pesat"...

Perasaan beliau kuat menyatakan bahawa masa untuk kita semua mempertimbangkan bukan Islam sebagai sebahagian dari mana2 Ahli Lembaga Pengarah yang di lantik dalam mana-mana institusi Islam untuk membolehkan perspektif seimbang terhadap masalah dan terlibat sama di dalam menghasilkan cara penyelesaian masalah yang lebih baik...

"Lagi pun, mereka2 ini masih rakyat Malaysia"... 


"Ahli jawatankuasa atau ahli lembaga pengarah ini hanya sebagai minoriti dan tidak mampu untuk memberi kesan kepada kekuatan undian orang Islam dalam jawatankuasa atau lembaga pengarah tersebut"... 

"Apa yang saya ingin ketengahkan ialah, pandangan minoriti ini MESTI di wakili kerana saya tiada langsung keyakinan kepada kemampuan pakar2 Islam untuk memahami atau menghargai semua bentuk keprihatinan lain2 kumpulan rakyat Malaysia"...

Kita tak pasti atas dasar apa Dr. Tajuddin Rasdi buat gesaan mcm tu...

Mungkin saja nak cari publisiti murah kut sbb sebelum nie, dia di katakan membuat pengumuman terbuka mengisytiharkan dia dan isteri dia menyertai DAP untuk membuktikan bahawa DAP bukan hanya parti utk orang bukan Melayu umum tahu dalam DAP mmg dah ada orang Melayu seawal penubuhan parti DAP lagi...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Jamaluddin Mahu Golongan Yang Di Laknat Allah s.w.t. Dan RasulNya Di Angkat Sebagai Penentu Halatuju Umat Islam Di Malaysia

Amat memalukan bila seorang ahli akademik buat cadangan 'asal boleh' atau bersifat 'lembu menyondol' semata2 sebab nak publisiti murahan...

Kita tak nampak logik serta rasional cadangan yang Tajuddin buat tu sebab :

》Budaya songsang LGBT jelas bertentangan dengan hukum Allah s.w.t.


Firman Allah s.w.t.


ูˆَู„ُูˆุทًุง ุฅِุฐْ ู‚َุงู„َ ู„ِู‚َูˆْู…ِู‡ِ ุฃَุชَุฃْุชُูˆู†َ ุงู„ْูَุงุญِุดَุฉَ ู…َุง ุณَุจَู‚َูƒُู…ْ ุจِู‡َุง ู…ِู†ْ ุฃَุญَุฏٍ ู…ِู†َ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠู†َ (ูจู ) 
ุฅِู†َّูƒُู…ْ ู„َุชَุฃْุชُูˆู†َ ุงู„ุฑِّุฌَุงู„َ ุดَู‡ْูˆَุฉً ู…ِู†ْ ุฏُูˆู†ِ ุงู„ู†ِّุณَุงุกِ ุจَู„ْ ุฃَู†ْุชُู…ْ ู‚َูˆْู…ٌ ู…ُุณْุฑِูُูˆู†َ (ูจูก)

Dan (Kami juga telah mengutus) Luth, ketika dia berkata kepada kaumnya, "Mengapa kamu melakukan perbuatan keji, yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun sebelum kamu (di dunia ini)...
~ Al-A'raf : 80
Sungguh, kamu telah melampiaskan syahwatmu kepada sesama lelaki bukan kepada perempuan. Kamu benar-benar kaum yang melampaui batas...
~ Al-A'raf : 81

Dalam kitab2 Sunan, Ibnu Abbas meriwayatkan sabda baginda Rasulullah s.a.w. :

ู…َู†ْ ูˆَุฌَุฏْุชُู…ُูˆู‡ُ ูŠَุนَู…َู„ُ ุนَู…َู„َ ู‚َูˆْู…ِ ู„ُูˆุทٍ، ูَุงู‚ْุชُู„ُูˆุง ุงู„ْูَุงุนِู„َ ูˆَุงู„ْู…َูْุนُูˆู„َ ุจِู‡ِ

Mafhumnya :

Barang siapa yang kalian jumpai sedang mengerjakan perbuatan kaum Luth, maka bunuhlah pelaku dan orang yang di kerjainya...



Jelas dari sudut hukum Allah s.w.t. dan RasulNya, tiada toleransi bagi pengamal budaya LGBT...

Khunsa Wadih dan Khunsa Musykil sekali pun MESTI di tentukan dengan jelas jantinanya dan HARAM melakukan hubungan sejenis...


Tak perlulah Jamaluddin meragui keupayaan ulamak2 JAKIM dalam usaha mengawal, membenteras dan memulihkan golongan LGBT sebab JAKIM berpengalaman menangani  serangan ancaman akidah yang lebih serius terhadap umat Islam di Malaysia melalui ajaran Aurad Muhammadiah Al  Arqam...


》Akidah Syiah Jelas Di Tolak Oleh Rasulullah s.a.w...


Dalam satu hadis, baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :


ุนู† ุงุจู† ุนุจุงุณ ู‚ุงู„: ูƒู†ุช ุนู†ุฏ ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูˆุนู†ู‡ ุนู„ูŠ ูู‚ุงู„ ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูŠุงุนู„ูŠ ุณูŠูƒูˆู† ููŠ ุฃู…ุชูŠ ู‚ูˆู… ูŠู†ุชุญู„ูˆู† ุญุจู†ุง ุฃู‡ู„ ุงู„ุจูŠุช ู„ู‡ู… ู†ุจุฒ ูŠุณู…ูˆู† ุงู„ุฑุงูุถุฉ ูุงู‚ุชู„ูˆู‡ู… ูุฅู†ู‡ู… ู…ุดุฑูƒูˆู†

Dari Ibnu Abbas ujarnya, saya pernah berada di sisi Nabi s.a.w. bersamaan dengan Ali...

Saat itu Nabi s.a.w. bersabda kepada Ali : "Wahai Ali, nanti akan muncul di tengah umatku suatu kaum yang berlebihan dalam mencintai kita ahlul bait, mereka di kenal dengan nama Rafidhah"...
"Karena itu bunuhlah mereka sebab mereka adalah kaum musyrik"...

Ibnu Hajar Al-Haitami dalam Majma’ Zawaid menghukumi hadits tersebut Hasan...

Sekiranya Allah s.w.t. dan RasulNya melaknat golongan LGBT dan Syiah, apakah kita umat Islam pula mahu mengambil mereka untuk menerajui JAKIM!!!

Larangan Allah s.w.t. Untuk Orang Islam Mengambil Musuh Islam Sebagai Pemimpin

Kepada Jamaluddin, fahamkan betul2 firman Allah s.w.t. berikut :


ูŠَุง ุฃَูŠُّู‡َุง ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุขู…َู†ُูˆุง ู„َุง ุชَุชَّุฎِุฐُูˆุง ุจِุทَุงู†َุฉً ู…ِู†ْ ุฏُูˆู†ِูƒُู…ْ ู„َุงูŠَุฃْู„ُูˆู†َูƒُู…ْ ุฎَุจَุงู„ًุง ูˆَุฏُّูˆุง ู…َุง ุนَู†ِุชُّู…ْ ู‚َุฏْ ุจَุฏَุชِ ุงู„ْุจَุบْุถَุงุกُ ู…ِู†ْ ุฃَูْูˆَุงู‡ِู‡ِู…ْ ูˆَู…َุง ุชُุฎْูِูŠ ุตُุฏُูˆุฑُู‡ُู…ْ ุฃَูƒْุจَุฑُ ู‚َุฏْ ุจَูŠَّู†َّุง ู„َูƒُู…ُ ุงู„ْุขูŠَุงุชِ ุฅِู†ْ ูƒُู†ْุชُู…ْ ุชَุนْู‚ِู„ُูˆู†َ

Wahai orang-orang yang beriman! 
Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi 'orang dalam' (yang dipercayai)...
Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu...
Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu...
Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi...
Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya...
Ali Imran : 118

Jamaluddin mengatakan, golongan LGBT, Syiah dan Ahmadi wajar di berikan tempat dalam pengurusan JAKIM supaya mudah bagi umat Islam memahami mereka...

Apakah Jamaluddin merancang utk menyerapkan fahaman dan budaya songsang golongan tersebut dalam masyarakat Islam Malaysia dengan membawa mereka sebagai perancang aktiviti JAKIM...

Apa keperluan kita utk memahami mereka sbb tidak ada manusia yang lahir ke atas dunia ini berkeadaan dan berfahaman LGBT, Syiah dsbnya..

Kita boleh mengadakan dialog dan merancang program kepulihan akhlak dan akidah kepada mereka tapi menerima mereka utk merencanakan hala tuju Islam di Malaysia, tidak sama sekali!

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau begitu JAKIM perlu ada dalam DAP.. Kan bodohnya PH, benarkan sekutunya desak begitu.

Buktikan kebencian anda kepada PH di bawah Tun M dengan mengundi PAS dalam PRK ini..

PH Hentilah Fitnah.. Saudi Tetap Iktiraf UMNO, Mula Sindir PH

Saudi Tetap Iktiraf UMNO, Mula Sindir PH 
MESRA… Belum pernah berlaku dalam sejarah, pemimpin pembangkang sesebuah negara Islam diiktiraf kerajaan Arab Saudi dan dijemput hadiri majlis rasmi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Lebih unik, jemputan khas itu sebenarnya hanya dihadiri sejumlah pemimpin negara, ketua kerajaan dan menteri kanan yang datang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci serta diraikan baginda bersempena Hari Raya Aidiladha.

Lucunya, ketika Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa ‘bangga’ kongsi gambar beliau di Istana Mina dalam majlis tersebut menerusi akaun sosial Facebook, ramai netizen pula tegur pemimpin PAN itu.

Apa tidaknya, bukan sahaja wakil kerajaan Pakatan Harapan (PH) ada di situ, malah Ketua Pembangkang yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pun berada di tempat sama serta lebih diberi fokus netizen.

Bayangkanlah imej beliau yang disiarkan secara langsung melalui program khas stesen televisyen kebangsaan Arab Saudi kelmarin kemudian tular luas dalam kalangan pengguna media sosial tempatan berbanding Mujahid sendiri.

Secara umum, bukan mudah kerajaan Arab Saudi sanggup ‘buang masa’ jemput Ahmad Zahid yang tiada lagi apa-apa jawatan pun dalam kerajaan Malaysia, tetapi dirai Raja Salman pada acara formal di istana semayam baginda.

Baca: Tiba-Tiba Saudi Mula Rapat Brunei, Jauhi Malaysia
Juga: Kesian 1,200 Jemaah Tajaan 1MDB Ditipu PH

Bahkan, pemerintah Arab Saudi itu ketika bertitah seolah-olah sindir kerajaan PH kerana bertindak biadab menutup Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya yang operasi ditanggung sepenuhnya oleh baginda sendiri.

Raja Salman namun ulangi komitmen negara itu bagi perangi keganasan puak pelampau sambil beri gambaran yang semacam merujuk tindakan Malaysia tarik pasukan tentera ditugas khas kawal keselamatan Makkah dan Kaabah.

Meskipun tidak sebut secara terbuka, bagi yang faham senario geopolitik Asia Barat, tentu maklum imej hubungan kurang mesra Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Arab Saudi susulan fitnah beliau dalam isu dana RM2.6 bilion.

Akibat PH sengaja eksploitasi cerita derma peribadi kerabat diraja Arab Saudi itu, tidak hairanlah kuota jemaah haji Malaysia kembali kepada 30,200 orang pada kali ini dibandingkan lebih 40,000 orang beberapa tahun sebelum itu.

Natijahnya sehingga kini, perdana menteri dengan usia tertua di dunia itu ‘tidak berani’ pula bertemu Raja Salman, apatah lagi buat lawatan rasmi ke Arab Saudi berbanding era Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang sembilan tahun.

Riyadh sudah sampai ‘isyarat’ amaran kepada Putrajaya, dan penghormatan Raja Salman meraikan Ahmad Zahid secara simbolik beri gambaran awal: kerajaan PH berhentilah buat fitnah jahat terhadap UMNO! – Mynewshub.TV

Batal Pojek ECRL Langkah Tergesa-gesa -TMP K'tan




KOTA BHARU: Tindakan Kerajaan Persekutuan membatalkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dianggap satu lagi langkah tergesa-gesa.
Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, sekiranya dakwaan itu benar kerajaan terpaksa membayar pampasan lebih besar daripada kos asal projek tersebut.
Katanya walau pun berlaku perubahan pentadbiran kerajaan persekutuan, namun sebarang pembangunan yang melibatkan kepentingan rakyat tidak boleh dihentikan begitu sahaja.
“Jangan buat keputusan yang tergesa-gesa dalam isu ECRL, kalau boleh kerajaan kena buat semakan dahulu kerana ia akan memberi kesan kepada ekonomi negara kerana terpaksa membayar pampasan.
“Walaupun ada kesan positif dan negatif dalam isu ini, tetapi pada pandangan kita aspek positif lebih banyak sebab itu kita dari awal lagi menyokong projek ECRL,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Ibadah Qurban Jama’ie Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) di Padang Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini semalam.
Baru-baru ini Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan projek ECRL dibatalkan ketika lawatan kerja ke Beijing, China. - HARAKAHDAILY 24/8/2018

Buktikan kebencian anda kepada PH di bawah Tun M dengan mengundi PAS dalam PRK ini..

Wajarkah Tarian Ini Diperkenalkan Untuk Rakyat M'sia?

  Persemabahan energetik penuh mengasyikkan oleh Swan Lake by Ballet West dikatakan emukau penonton..
HALAMAN HIBURAN

WAJARKAH  tarian Ini diperkenalkan untuk rakyat Malaysia? Begini iklannya..


SEBUT sahaja Genting Highland, pasti ramai dalam kalangan kita yang pernah menjejakkan kaki ke puncak keriangan itu. Sedikit berbeza dengan Cameron Highland yang popular dengan ladang strawberi, ladang teh serta bunga dan sayuran segar, Genting Highland pula menjanjikan anda keseronokan yang sukar untuk dilupakan.

Selain lokasi membeli belah Genting Premium Outlets serta Sky Avenue, lokasi itu juga popular dengan tarikan seperti kereta kabel dan macam-macam lagi. Jika anda merancang untuk ke Genting Highland dalam masa terdekat, apa kata cuba sedikit kelainan dalam lawatan kali ini.


 Persembahan gerak tari lincah dan lucah, penuh penghayatan pastinya akan memberi pengalaman penuh mengujakan buat anda.


Selain tarikan-tarikan yang disebutkan di atas, satu persembahan tarian balet profesional dari United Kingdom (UK) bakal dipentaskan di sana. Lebih istimewa, ia merupakan pementasan pertama mereka di Malaysia.
Dipersembahkan oleh Swan Lake by Ballet West, acara itu akan berlangsung di Genting International Showroom di Resort World Genting pada 24 hingga 26 Ogos dan 31 Ogos hingga 2 September depan. Menerusi pementasan selama 150 minit itu, anda akan dibawa belayar dalam penceritaan yang dipersembahkan dengan tarian klasik barat ini yang pastinya memukau pandangan mata.
 Selain persembahan, mereka yang berminat boleh juga menyertai Ballet West International Masterclass.
Antara penari-penari yang bakal menggegarkan pentas itu nanti termasuklah Jonathan Barton, Natasha Wilson dan Uyu Hiromoto. Bagi mereka yang berminat, layari laman web www.rwgenting.com dan dapatkan tiket yang berharga RM388, RM588, RM788 dan RM988.
Selain persembahan, mereka turut menganjurkan Ballet West International Masterclass yang bakal dikendalikan oleh Fenton, penari versatil yang menguasai disiplin tarian kontemporari, balet dan jazz. Kelas itu akan berlangsung pada 22, 23, 24 dan 30 Ogos depan di Arena of Stars, Genting. (mStar)
Wajarkah tarian Ini diperkenalkan untuk rakyat Malaysia? Apakah ini termasuk penjajahan budaya kedua kalinya setelah beraku penjajahan politik dan cara hidup sebelumnya?
Untuk bebaskan Malaysia dari penjajah kepada pembebasan cara hidup Islam anda kena berkenalan dengan PAS atau parti Islam se Malaysia. (IH)
Buktikan kebencian anda kepada PH di bawah Tun M dengan mengundi PAS dalam PRK ini..

Selepas Batu Puteh, Tun M ‘Gadai’ Pula Khazanah!

Selepas Batu Puteh, Tun M ‘Gadai’ Pula Khazanah!

JUAL... Selepas berjaya ‘gadai’ hak Pulau Batu Puteh kepada Singapura pada 30 Mei lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi bertindak ‘gadai’ kepentingan negara kepada republik tersebut.

Menurut laporan portal berita Malaysian Reserve yang pro-Pakatan Harapan (PH) dan dipetik laman anti-Barisan Nasional (BN), Free Malaysia Today, kali ini ia melibatkan syarikat pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Berhad.
Difahamkan tindakan pelik berkenaan terpaksa dilakukan Perdana Menteri konon untuk kerajaan PH dapat bayar balik hutang negara lebih RM1 trilion diwarisi BN selain elak daripada dikenakan saman oleh pemerintah Singapura.
Ini terutama setelah negara jiran itu dilaporkan mahu saman Malaysia kerana batal projek Tren Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura selain isu harga jualan bekalan air mentah yang didakwa Mahathir amat murah.
Justeru demi elakkan ketegangan diplomatik antara dua tetangga itu, pihak Khazanah diarahkan Mahathir untuk berunding jual segala pegangannya sebanyak 60 peratus dalam sebuah syarikat usaha sama hartanah di Singapura.
Syarikat itu diwujudkan hasil kerjasama dengan syarikat pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holdings yang teruk dilanda kontroversi pelbagai skandal urus tadbir beberapa tahun lalu sehingga sering catat kerugian besar.

Baca: Singapura Gembira Malaysia Setuju Gadai Batu Puteh

Juga: Kisah Mahathir Selamba Gadai Johor Kepada Singapura

 Projek hartanah Khazanah di Singapura bukti kebijaksanaan Najib dapat jana pendapatan ekonomi kerajaan Malaysia di luar negara. – Gambar hiasan
Laporan itu memetik sumber berkata, rundingan tersebut mungkin merangkumi penjualan 50 peratus pegangan dalam sebuah lagi firma usaha sama, Pulau Indah Ventures, yang terlibat projek wilayah Iskandar Malaysia di Johor.
Berikutan pelantikan anggota lembaga pengarah baharu Khazanah, Mahathir, 93, melakar sejarah dengan lantik diri sendiri jadi pengerusi kemudian membayangkan pelbagai langkah aneh melibatkan beberapa firma milik kerajaan.
Untuk rekod, asalnya Khazanah dapat sebidang kawasan di Singapura dikenali Marina One dan Duo sebagai ganti Malaysia kehilangan stesen KTM Tanjong Pagar dan beberapa lokasi strategik di pusat bandar raya negara tersebut.
Ia susulan tindakan Singapura ‘halau’ Malaysia dengan cara halus iaitu menaikkan kadar cukai tanah kepada paling melampau walhal penjajah British bagi tanah itu kepada pihak Malaya dan pewarisnya selagi ada bulan dan bintang.
Kes ini mengulangi ‘drama’ sama Pangkalan TLDM di Woodlands iaitu KD Malaya diusir oleh Singapura secara halus dengan cara serupa dan paksa Malaysia berpindah ke kem baharu di Kota Tinggi, Johor semasa era Mahathir.
Namun atas kebijaksanaan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tanah KTM dan beberapa lot itu berjaya diganti balik dengan kawasan lain yang sama nilai dan jadi milik kerajaan Malaysia sebanyak 60 peratus.
Jika laporan jualan pegangan Khazanah di Singapura itu benar, Malaysia selepas ini cuma ada Masjid Temenggung Daeng Ibrahim di Telok Blangah yang masih diuruskan kerajaan Johor sejak abad ke-19. – Agensi/Mynewshub.TV

Awas Untuk Pengembara Wanita, Jangan Begini.. Mati Dirogol.


Siapa saja yang tidak ingin menjelajah ke negara luar seorang diri? Trend ini lebih dikenali sebagai backpackers.
Namun tidak semua kisah backpackers berakhir dengan kegembiraan. Baru-baru ini, seorang wanita Mexico, Maria Mathus Tenorio,25, mati dirogol ketika ingin menjelajah dunia untuk menyebarkan musiknya.
Mengembara demi menyebarkan muzik
Pemuzik dan produser lagu ini menjadikan Costa Rica sebagai tempat pertama untuk dijelajahinya. Namun di sini jugalah kisah hidupnya berakhir apabila mayatnya ditemui di pantai selepas satu minggu memulakan pengembaraan itu.
Menteri Kementerian Keselamatan Awam Costa Rica berkata mayat Maria di jumpai di pantai El Carmen, tempat terkenal di kawasan resort Santa Teresa Del Cabano.
Diserang di tepi pantai
Menurut laporan rasmi, Maria bersama seorang wanita British diserang oleh sorang lelaki yang ingin merompak mereka. Wanita British itu berjaya melepaskan diri dan memanggil pegawai keselamatan.
Bagaimanapun Maria diserang, dirogol dan kemudiannya dibunuh secara kejam oleh perogol itu yang melemaskannya. Dua orang suspek telah ditangkap, Esquivel Cerdas dan Benavides Mendoza.
Cerdas disyaki menyerang Maria manakala Mendoza pula disyaki merogolnya.
Kepada wanita lain yang ingin melancong seorang diri ke luar negara, seeloknya pergilah bersama orang yang anda kenal. Di tempat orang kita tidak tahu apa yang akan terjadi. Lebih baik selamat daripada menyesal. Sumber: Dailystar
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bolehkah serang Muslimah mengembara bersendirian? Boleh mengembara, selagi keperluan keselamatan, dapat menjaga agama mereka dan memenuhi kehormatan. 
Perjalanan sahaja bukan Muslimah? Ia kadang-kadang sangat menyenangkan. Tambahan pula, bagi mereka yang mempunyai hobi perjalanan, melawat satu kawasan ke tempat lain. Tetapi bagaimana pula dengan Muslimah? Bolehkah dia pergi bersendirian tanpa diiringi oleh mahramnya?
Isu ini masih ada kaitan perbualan seksi. Termasuk, di kalangan institusi fatwa di sejumlah negara Timur Tengah. Sesetengah wanita membenarkan perjalanan tanpa diiringi oleh mahram dengan syarat-syarat tertentu, sementara yang lain melihatnya sebagai tidak dibenarkan berdasarkan beberapa hujah.
Lembaga Fatwa (Dar al-Ifta) Mesir menyatakan, seorang perempuan boleh mengembara tanpa didampingi mahramnya dengan syarat-syarat tertentu, iaitu yang bersangkutan tetap terjaga baik agama, jiwa, kehormatan selama dalam perjalanan. Apa sahaja kategori perjalanan yang dia perjalankan, sama ada perjalanan wajib, seperti haji, sunnah seperti Umrah, atau pun perjalanan biasa.
Dar al-Ifta menyebut sebilangan proposisi, antara lain, hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Adi bin Hatim. Hadith menyatakan bahawa Rasulullah Allฤh menyebutkan bahawa akan datang suatu masa ketika Muslimah mengembara sendirian ke Mekah dan kemudian melakukan haji dan dia tidak takut apa-apa, kecuali Allah.
Hadis ini, menurut agensi-agensi yang kini diketuai Syekh Syauqi Ibrahim Abd el-Karim Allam tersebut, menghadkan generalisasi dalil yang melarang seorang perempuan keluar tanpa didampingi mahram.
Oleh itu, beberapa mujtahid bergantung kepada hadith untuk undang-undang bahawa wanita boleh meninggalkan diri mereka tanpa mahram, dengan syarat-syarat di atas dipenuhi.
Ia mungkin penunjuk larangan yang terkandung dalam Hadis yang tidak membenarkan disebabkan oleh keadaan dan keadaan yang tidak mungkin. Seperti jarak jauh, kekurangan pengangkutan dan telekomunikasi, dan keselamatan yang membimbangkan.
Di sisi lain, urai lembaga yang pernah digawangi Mufti Agung Syekh Ali Jumah tersebut, majoriti ulama juga memandang boleh hukumnya Muslimah pergi haji tanpa mahram bila ia bersama dengan rombongan Muslimah yang boleh dipercayai. Ini terjadi pada masa Umar bin Khatab, ketika isteri-isteri para Rasul pergi ke Hajj setelah kematian suami mereka.
Sesetengah nama cendekiawan Islam juga bersetuju dengan pilihan ini. Antaranya, Sheikh Yusuf al-Qaradhawi, Shaykh Ibn Jarin, dan Shaykh Abd ar-Razzaq Afifi. Mengikut mereka, selagi keadaan selamat, wanita boleh melakukan perjalanan sendiri tanpa disertai dengan mahram. Tambahan pula, pengangkutan hari ini telah memudahkan mobiliti ini.
Sedangkan, pendapat kedua menegaskan, apa pun sebab dan tujuannya, wanita Islam yang tidak sah mengembara tanpa mahram. Walaupun tujuan perjalanan adalah melaksanakan Haji. Fatwa ini, antara lain, ditegaskan oleh Jawatankuasa Tetap Kajian dan Fatwa Kerajaan Arab Saudi, bersama-sama dengan Majlis Tertinggi Ulama mereka.
Fatwa merujuk kepada hadith Bukhari dan Muslim dari Ibn Abbas. Hadis menekankan bahawa wanita Islam dilarang meninggalkan tanpa kehadiran mahram oleh pihak mereka. Dalam riwayat lain, Ibnu Abbas bersabda, seorang sahabat berkata, isterinya akan pergi ke ziarah sementara pada masa yang sama dia tidak dapat menemaninya kerana tugas jihad. Rasul itu menegur sahabat tadi. 

"Pergi dan berdoalah dengan isterimu," kata Rasul.
Sekali lagi Muslimah, papar lembaga yang pernah dipimpin Syekh Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baz tersebut, haram keluar tanpa didampingi mahram yang menjaga dan membantu keperluannya. Sementara itu, kategori mahram, antara lain, sesiapa yang tidak sah berkahwin secara mutlak, sama ada disebabkan oleh hubungan darah, duel, atau perkahwinan. Ada, misalnya bapa, anak, abang, bapa saudara, keponakan, dan lain-lain.
Peruntukan yang sama juga berlaku kepada semua wanita Islam tanpa mengira had umur. Begitu juga, orang yang terlibat dengan rakan wanita atau kumpulan dalam kumpulan. Sekumpulan wanita tidak boleh menggantikan kedudukan mahram. Ini adalah berdasarkan peruntukan hadith Ibn Abbas di atas yang umum. Oleh itu, Muslimah harus tetap takut kepada Allah dan tidak melanggar larangan-Nya.
Itulah hebatnya Islam. Sekian, secara ringkas.

Friday, August 24, 2018

Pengamal LGBT Lawan Akhlak Islam. -Datuk A.Aziz Deraman.

SELEPAS Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), desakan pejuang LGBT  SELEPAS Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), desakan pejuang LGBT semakin menjadi-jadi. GAMBAR HIASAN/AFP  

NUKILAN ini ditujukan khas kepada umat Islam. Ibu bapa muslim perlu menangani secara serius apabila melihat peri laku dan perangai anak-anak mereka yang cenderung kepada unsur-unsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Secara berhikmah, kita kena bertindak mencegahnya dari awal agar anak bangsa kita tidak terjebak ke kancah nafsu hidup songsang ini. 
Setiap muslim bertanggungjawab membentuk diri, keluarga dan masyarakat. Semua orang tahu bahawa mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Golongan LGBT wajib diperbetulkan. Kerajaan adalah sumber kuasa dan kerana itu perlu mempunyai satu pendirian yang tegas. Golongan LGBT pula perlu kembali kepada Allah, bertaubat dan tidak sekali-kali menyalahi fitrah kejadian makhluk.
Kita tahu bahawa tidak ada agama dan mana-mana kepercayaan yang menolak nilai-nilai akhlak dan moral yang baik. Kita ada batas-batas hubungan sesama manusia, apalagi yang melibatkan jantina. Desakan beberapa orang aktivis LGBT menuntut hak kesamarataan dari sudut hak asasi sepatutnya tidak timbul. Selama ini pun hak pendidikan, rawatan kesihatan, pekerjaan dan perlindungan keselamatan diberikan tanpa diskriminasi. Kumpulan pendesak ini semacam menuntut sesuatu yang bukan hak mereka. Apakah yang sedang kumpulan ini perjuangkan?
Umat Islam hendaklah memahami dan menghayati soal akidah, syariat dan akhlak. Tamadun bangsa-bangsa Islam adalah terbina atas landasan akidah, syariat dan akhlak. Apabila ketiga-tiga gabungan itu bekah dan rabit, maka tunggulah akan tiba masa kemusnahan dan kehancuran umatnya. Kejatuhan empayar-empayar besar dahulu pun adalah disebabkan kelemahan akidah, syariat tidak dipatuhi dan akhlak di ketepikan. Ada pengaruh asing yang sedang bergerak merosakkan akhlak umat Islam seluruh dunia. Pengaruh itu sedang menerobos masuk ke negara-negara Islam.
Kenapa agaknya isu LGBT tiba-tiba heboh semasa Malaysia sedang menyambut Hari Kebangsaan Ke-61, 31 Ogos ini? Beberapa aktivis LGBT agaknya memaknakan kemerdekaan atau kebebasan itu dengan erti `bebas’ yakni kebebasan melakukan apa sahaja meskipun melanggar batas-batas agama dan budaya. Kerajaan pula kelihatan tidak mahu menanganinya secara arif atau berusaha membanteras kegiatan mereka.
Persoalan LGBT telah timbul tidak kurang daripada satu dekad yang lalu lagi. Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), desakan pejuang LGBT semakin menjadi-jadi. Golongan LGBT dijadikan suatu medan ‘perjuangan’. Kita tidak tahu apakah maksud di sebalik promosi LGBT di Festival George Town, Pulau Pinang menjelang Hari Kebangsaan 31 Ogos ini dan ada pameran yang mempamerkan pejuang dan aktivis LGBT? 
Tentu ada niat yang tersirat. Ada pendapat dari kalangan tertentu menyebut kita tidak seharusnya mendiskriminasi mana-mana individu kerana orientasi seks mereka. Apakah benar gambaran seolah-olah hak LGBT bersekolah dan memperoleh khidmat kesihatan dinafikan di Malaysia? Kalangan itu sengaja mahu mengalih perhatian bagi mendapatkan simpati ‘perjuangan’ yang mahu mengangkat LGBT tanpa mengira implikasi­nya kepada kehidupan berbangsa dan bernegara.
Islam melaknat sifat menyerupai lelaki atau perempuan dalam konteks jantina yang berlainan. Daripada Abu Hurairah r.a: “Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian pe­rempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki”. Hukumnya haram dan berdosa besar.
Gaya seks songsang seperti sudah dibolehkan di Malaysia. Apakah ini tidak bermakna kita sedang mencipta lebih ramai anak-anak muda yang menghidap HIV dan Aids di Malaysia? Tidakkah kerajaan terfikir bahawa rupanya Malaysia mahu jadi hebat dengan membenarkan citra LGBT sebagai sebahagian budaya bangsa Malaysia? Apakah pengaruhnya tidak berkembang biak menjadi sebahagian kebudayaan kebangsaan sedangkan ia bertentangan dengan Islam dan prinsip unsur-unsur asing yang sesuai dan wajar?
Apakah umat Melayu-Islam di Malaysia mahu mencorakkan budaya bangsa Malaysia itu sedemikian rupa? Umat Islam pastinya tidak akan bersedia dan bersubahat menjadikan LGBT itu sebagai pola kehidupan berbangsa dan bernegara di Malaysia atau sanggup menerimanya sebagai salah satu ciri Malaysia Baharu.
Menurut laporan Program HIV/Aids, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNAIDS), golongan transgender berhadapan dengan risiko 12 kali ganda jangkitan virus HIV kerana seks bebas. Golongan gay dan lelaki yang melakukan hubungan sejenis berhadapan risiko jangkitan 27 kali lebih tinggi dijangkiti virus HIV berbanding faktor lain. Berdasarkan statistik di peringkat global, data analisis khas UNAIDS, 1.8 juta kes jangkitan baharu di seluruh dunia dengan 504,000 daripadanya terdiri daripada golongan LGBT.
Amerika Syarikat dan Eropah Tengah sahaja mencatatkan peratusan jangkitan HIV golongan LGBT tertinggi dengan 59 peratus kes baharu pada tahun 2017. Keadaan ini sedang merebak di Amerika Latin, Asia Pasifik, Kepulauan Carribbean, Eropah Timur dan Asia Tengah. Di Indonesia 50.6 peratus daripada 48,000 kes baharu individu dijangkiti HIV terdiri daripada mereka yang mengamalkan gaya hidup homoseksual dan biseksual. Apakah tidak aneh bagi kita di Malaysia apabila ada beberapa individu sengaja mengambil peranan memperjuang dan mempromosikan LGBT ini untuk diterima rakyat? Apakah kita sendiri yang sedang mengundang bala bencana, azab Allah SWT dan faktor kemusnahan kepada agama, bangsa dan tanah air? Nauzubillah.
DATUK A. AZIZ DERAMAN ialah bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (Peradaban).


Buktikan kebencian anda kepada PH di bawah Tun M dengan mengundi PAS dalam PRK ini..

Tak Apa, Tun M Boleh Bohong Sunat?

Hasil carian imej untuk ustaz mokhtar senik

BLOG ini menerima komen di bawah tajuk  "Mahathir Berbohong Lagi : Geely Penyelamat Proton?"  

Penulis komen itu kononnya 'Mokhtar senik'. Tak pasti samada beliau adalah Ustaz Mokhtar Senik ahli seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang. Wikipedia


Atau 'Mokhtar senik' lain.. Begini komennya.

Anonymous[Mokhtar senik said...
Eeeebenu jgn nk fitna tun plk ye ]

Mungkin tulisan ini ditujukan kepada Ibnu Hasyim. Mungkin untuk membela Tun M, bahawa Tun boleh bohong.. Atau menggambarkan seolah-olah Tun M tidak pernah berbong seperti itu. Atau untuk memburukkan Islam yang boleh berbohong.

Islam Boleh Berbohong?

[Sabda Nabi s.a.w.; “Bukanlah dianggap pendusta/pembohong seorang yang berniat untuk memperbaiki di antara manusia dengan ia menyampaikan berita yang baik sahaja (di antara dua orang yang bergaduh/bersengketa) atau melaporkan yang baik-baik sahaja (dengan menyembunyikan yang tidak baik di antara mereka berdua)” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ummu Kalsum r.a.). 

Dalam riwayat Imam Muslim, terdapat tambahan; Ummu Kalsum berkata; “Aku tidak mendengar Nabi s.a.w. memberi sebarang kelonggaran (untuk berbohong/berdusta) dalam percakapan manusia kecuali dalam tiga keadaan;


1) Ketika peperangan

2) Untuk mendamaikan di antara manusia.
3) Percakapan seorang lelaki dengan isterinya dan percakapan seorang perempuan dengan suaminya
(HR Imam Muslim)

Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; “Hadis ini dengan jelas telah mengharuskan beberapa bentuk pendustaan jika ada maslahah/kepentingan. Para ulamak telah membuat batasan bagi pendustaan/pembohongan yang diharuskan. 


Batasan yang terbaik ialah yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali yang menjelaskan; percakapan ialah jalan untuk mencapai maksud-maksud tertentu. Jika suatu maksud yang baik dapat dicapai dengan berkata benar, tidak harus lagi berdusta kerana pendustaan tidak diperlukan ketika itu. 


Namun jika maksud yang baik itu tidak ada cara untuk mencapainya melainkan dengan berbohong/berdusta, maka ketika itu berbohong/berdusta adalah harus jika maksud yang ingin dicapai itu hukumnya adalah harus. Jika maksud itu wajib, maka berdusta ketika itu juga wajib (kerana tidak ada cara lain lagi untuk mencapainya). 


Contohnya; ada seorang muslim bersembunyi dari seorang lelaki zalim dan kita mengetahui tempat persembunyiannya. Kemudian si zalim itu bertanya kita tempat lelaki muslim itu bersembunyi. Ketika itu wajib kita berdusta/berbohong (yakni tidak harus kita bercakap benar dengan memberitahunya). 


Contoh lain; kita ada menyimpan barang milik seseorang muslim, lalu ditanya tentangnya oleh seorang zalim yang ingin merampasnya, maka wajib kita berdusta untuk menyembunyikannya (bagi mengelak ia dirampas). Malah kata Imam al-Ghazali; jika kita memberitahu si zalim itu dan barang itu dirampasnya, wajib kita menggantikannya.


Namun langkah yang lebih berhati-hati ialah dengan kita melakukan at-Tauriyah iaitu berselindung, yakni tidak secara direct berdusta/berbohong. Maksud at-Tauriyah ialah kita bercakap dengan bahasa yang zahirnya nampak macam berdusta, tetapi secara terselindung (yakni niat di hati) kita tidak berdusta. (Lihat; al-Azkar, Imam an-Nawawi, kitab Hifzul-Lisan. *Terjemahan dilakukan secara bebas).


Bagi kes hubungan suami-isteri, maksud keharusan berdusta/berbohong ialah dalam menzahirkan kasih-sayang, berjanji sesuatu yang tidak lazim/mesti (ditunaikan) atau sebagainya. Sebagai contohnya; apabila isteri bertanya suami; sedap atau tidak masakannya? Suami pun menjawab; “sedap”, walhal sebenarnya tidak sedap. Jawapan itu bertujuan menjaga perasaan isteri walaupun sebenarnya berbohong. Berbohong sebegitu tidaklah dicela kerana tujuannya untuk mengekalkan kasih-sayang. 


Adapun melakukan penipuan/pembohongan untuk mengelak dari tanggungjawab/kewajipan terhadap pasangan masing-masing atau untuk merampas haknya secara batil, maka ia adalah haram dengan ijmak para ulamak. (Lihat; Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi)

Wallahu a’lam. August 24, 2018 at 10:10 AM]

Sekian, harap maklum. Dari Ibnu Hasyim.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails