Monday, August 20, 2018

"Beri peluang.. undi bulan.." Bukan Kali Pertama PAS, Umno, MCA, MIC Bersama..




PETALING JAYA: Walaupun berbeza fahaman dan pendekatan, namun PAS sedia bersama sesiapa sahaja dalam menghadapi masalah yang besar, demikian menurut Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"Sebenarnya ini bukan kali yang pertama PAS berdiri satu pentas dengan Umno. Mereka yang membaca sejarah politik tanah air sejak awal perjuangan kemerdekaan, menyaksikan bagaimana ada masa kami berbalah, ada masa kami berhenti dan duduk satu pentas. 

"Ketika memperjuangkan kemerdekaan, pilihan raya yang pertama, pra-kemerdekaan tahun 1955. Masa itu parti politik yang ada ialah Umno, MCA, MIC dan PAS, Parti Negara. Kami bertanding pilihan raya. PH belum ada benih lagi. Tak ada lagi benih di dunia ini. 

"PAS menang satu kerusi sebagai pembangkang. Perikatan menang 51 kerusi. Tetapi apabila berlakunya desakan untuk kemerdekaan, tahun 1957, PAS berdiri satu pentas dengan Umno dalam perhimpunan di Melaka, negeri yang pertama di Semenanjung dipijak oleh penjajah. 

"Himpunan menuntut kemerdekaan. Kita berdiri bersama. Dr Burhanuddin al-Helmi menyampaikan ucapan dengan pantun di masa itu," ujarnya mengimbau detik itu di PPRT Lembah Subang, di sini semalam.

Lanjut beliau lagi, apabila British mengadakan Suruhanjaya Reid untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, PAS dan Umno, MCA, MIC, Raja-raja Melayu, bersama mendesak diletakkan beberapa perkara.


Antara penting jelasnya ialah meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, agama-agama lain diberi hak kebebasan untuk dianut dan diamalkan di mana perkara itu adalah natijah kerjasama tersebut.
Begitu juga terangnya, PAS bersama dengan pihak-pihak tersebut dalam banyak hal lain yang penting melibatkan Perlembagaan Persekutuan yang dipertahankan hari ini walaupun berbeza pendekatan.
"Kali kedua PAS satu pentas dengan Umno selepas peristiwa 13 Mei 1969. Berlaku ketegangan kaum, pergaduhan kaum di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan lain-lain. Negara dalam keadaan darurat.
"Orang yang pertama berdiri di pentas PAS ialah Tun Mahathir Perdana Menteri ketika PRK di Kapar Selangor. Tun Mahathir berucap di atas pentas PAS. 

Dan berlakunya persefahaman Kerajaan Campuran, dirungkaikan Perikatan, ditubuhkan Barisan Nasional untuk menyelamatkan negara selepas Krisis 13 Mei. Ini kali yang kedua. 

"Kemudian kita berbeza pendapat. PAS jadi pembangkang walaupun masa pembangkang PAS menghadapi macam-macam. Namun kita berbeza ada batas, ada sempadan," imbas beliau.

Kata Tuan Guru, kali ini sekali lagi PAS berada satu pentas dengan Umno, MCA dan MIC sempena PRK N.32 Dun Seri Setia untuk mengajak rakyat melakukan perubahan membetulkan semula langkah yang silap.

Beliau merujuk perkara tersebut sebagai kesilapan mengundi pada PRU lalu serta masalah-masalah terhasil dari pemerintahan BN yang kini tidak dapat diatasi juga PH, selain ketidakseimbangan dan kekalutan Kerajaan PH.

"Bila kita tahu salah, kita kena undur balik, perbetulkan. Ini peluang untuk membetulkan. Alhamdulillah, parti-parti politik yang terlibat dengan perjuangan kemerdekaan, yang merasa penat dan lelah, sepanjang 60 tahun, selepas kemerdekaan, berdiri di atas pentas untuk membuat pembetulan ini.

"Beri peluang kepada kita, undi bulan pilihan raya ini untuk membuat satu penentuan yang baik insyaAllah," ujarnya terdahulu memetik kata-kata Saiyidina Umar al-Khattab supaya kembali kepada kebenaran dari berterusan dalam kebatilan. - HARAKAHDAILY 20/8/2018

23 comments:

Unknown said...

Serang pas ker idak adalah sama, mereka adalag musuh islam!!

Anonymous said...

pas dh orgy dgn parti2 bn. jgn lupa hindraf juga bersama sekatil.

bgusla senang mcm tu. dr segi prinsipnya pas dh bersama bn. mknanya halal lah bersama perjuangan assobiyah kebangsaan. sudah blh sekarang.

cantiklah pas semakin social and understanding. tp klu hadi rasa pas blh dominasi bn dn mngetuai bn ganti najib...hadi silap utk sekian kalinya. umno masih dominan dlm pembangkang.

bermakna gabungan ph bersama parti2 tidak jenama islam adalah halal pd pandangan hadi. cuma ari tu hadi hnya bertakiyyah sesuai dgn fikrah syiah yg diamalknnya.

syabas hadi sudah insaf dn kluar dr kejumudan politiknya.

Anonymous said...

Lepas ini, demi undi dan kuasa politik tak mustahil orgi pulak dgn LGBT, liberal, evangelista, peminum arak Octoberfest.

Sekarang hukum mereka haram, nanti halal pulak bila Hadi perlu undi mereka dan terdesak.

Inilah muka bapak Munafik, Machiavelli politik sekular bertopengkan agama. Matlamat menghalalkan cara walaupun ada yg terkorban kerana Amanat Hadi.

Anonymous said...

ye semua golongan tu blh bersama pas sbb mereka rakyat malaysia dn tidak mndapat bantuan asing.

lesbian blh tanding muslimat..gay ketua pemuda. trans blh pilih mana2...bisex blh ajk pusat.

demi keharmonian rakyat malaysia pas meraikn semua. klu menentang islam blh taubat tp klu menentang pas hj hadi..itulah musuh sebenar yg wajib diperang jihad...dn klu mati menentang mereka mati org pas adalah syahid.

kita tidak perlu lawan lesbian..tk perlu lawan gay.. tk perlu lawan transgnder.. kita blh mnjadi musuh islam dgn mngatakan politik suku lgbt suku dan hadi tiga suku.

Mohammad Azren said...

Setakat hujah Haji Hadi mengatakan Tun M pernah berucap atas pentas , aku boleh terima. Yg tak boleh terima bila Lobai mengatakan Malaikat guna Ic org ramai untuk mengundi calun Pas. Jangan pula ada Lobai kata lepas ni bahawa Iblis pun ada berkempen atas pentas untuk kemenangan calun Pas.. Dasar melacurkan Agama. Pthui.....

Anonymous said...

Menang satu hal.

Tapi kalau kalah, dengan Islam sekali bungkus.

Kalau menang, sebab faktor tak benci pada kafir MCA. Bukan lagi sebab parti ulama atau sebab dakwah Islam.

Modal hujah sebab Hadi tiap-tiap malam beramal dan di antara Hamba Nya yang di beri petunjuk. Hari ini lain besuk lain pun sebab ikut petunjuk yang Hadi terima. Petunjuk yang ikut sesedap rasa nafsu Hadi.

Petunjuk pun boleh berubah-ubah...

Anonymous said...

ibnu ni mcm sabotaj pas je siar brita kemerengan tuang presideng.

mesti mca kata....itu haji aaa agama pun boleh juai oooo. nnti menang kita bikin tokong selupa haji punya lupa.

tp wa lasa sikalang itu haji manyak suwey maa. haiyaa

Anonymous said...

Wahai semua umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya , marilah kita semua kembali kepada ajaran Islam dan bersatu padu menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam setiap PRK, PRN dan PRU termasuk PRU 15 untuk menegakkan ajaran Islam dan membela hak umat Islam yang sedang diancam oleh puak munafik liberal dan puak kafir harbi di negara Islam sendiri.

Marilah kita semua memulau dan menolak pakatun harporn yang sedang mengamalkan sekularisme, liberalisme, pluralisme dll yang bercanggah dengan ajaran Islam untuk menafikan hak Islam dan hak umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam.

Pakatun harporn juga mengamalkan dasar kelentongkrasi untuk menipu rakyat dengan mencipta pelbagai alasan bodoh, fitnah dan u-turn supaya pakatun harporn boleh memungkiri pelbagai janji dalam manifesto pakatun harporn. Ini bererti pakatun harporn adalah puak munafik.

Maka kita tidak terkejut melihat sebilangan penyokong, barua, aktivis dan pemimpin pakatun harporn menyokong, membela dan memperjuangkan kemungkaran dan kesesatan seperti murtad, atheis, LGBTQ, pesta arak terbuka dll.

Mereka juga menentang dan mahu menghapuskan apa sahaja yang berlabel Islam atau Melayu seperti institusi Islam seperti mahkamah syariah, jabatan agama Islam, JAKIM , IKSIM dan sekolah tahfiz, hak keistimewaan Melayu dan Islam dll kerana mereka adalah rasis yang bencikan kaum Melayu Islam dan agama Islam.

Bahkan mereka mahu melabelkan pengganas komunis PKM sebagai 'pejuang kemerdekaan' setelah pengganas-pengganas komunis menyiksa, merogol dan membunuh kaum Melayu Islam , membakar kampung Melayu Islam dan memusnahkan negara ini sejak 4 Januari 1943.

Jika anda mengundi pakatun harpon, anda juga akan menangung dosa besar kerana menyokong kezaliman pakatun harporn.

Anonymous said...

Bunyi doa mcm doa munajat ustaz yg cari makan bawah kerajaan PR selangor dulu.

Atau tamak haloba exco2 dan penjawat2 lantikan politik dari PAS bawah kerajaan PR Selangor.

Doa dan cakap kencang Pakatan bukan Islam lah, anti Islam, Zionis, evangelista, liberal pastu keluar PR tapi tak nak letak jawatan sebab lumayan habuan dunia, Haji, elaun, kuasa, kereta besar.

Calon PAS Dr. Halimah hari2 balon kerajaan PH Selangor kempen PRK Seri Setia tapi enggan lepas jawatan sbg Ahli Lembaga Pengarah PPAS. Masyuk kot.

PAS bertopengkan agama sahaja utk sekular duniawi.

Anonymous said...

6.29...kosong

takde dlm senarai dosa besar mngundi ph. jgn buat ajaran sesat menambah2 hukum agama.

Anonymous said...

Tiada perbezaan antara barua-barua pakatun harporn dan pengganas-pengganas komunis PKM yang menentang dan menghina Islam dan menindas umat Islam.

Lihatlah barua pakatun harporn 6:57 PM menfitnah parti Islam PAS untuk menghasut orang ramai membenci PAS tetapi puak pakatun harpon yang cari makan bawah dan tamak haloba telah mengambil semua elaun-elaun mereka dari kerajaan UMNO BN berkuasa dan mereka juga mengambil peruntukan dari kerajaan Persekutuan UMNO BN untuk negeri yang diperintah oleh pakatun harporn !

Ini jelas membuktikan pakatun harporn mengamalkan kelentongkrasi utk sekular duniawi dan menipu rakyat. Mana semua janji pakatun harporn? Mana? Memungkiri janji adalah ciri-ciri munafik !

Lihatlah barua 7:09 PM ternakan pakatun harporn menulis komen konon takde dlm senarai dosa besar mngundi ph. jgn buat ajaran sesat menambah2 hukum agama untuk menghina Islam dan menafikan hak umat Islam.

Kita semua telah menyaksikan bagaimana pemimpin-pemimpin harporn telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Tindakan menyokong kezaliman adalah berdosa besar mengikut ajaran Islam tetapi barua pakatun harporn masih cuba menegakkan benang basah menafikan ajaran Islam. Dasar musuh Islam yang tidak tahu malu !

Anonymous said...

Woi barua 7:09 PM ternakan pandap cukup-cukuplah menulis komen putar belit untuk menyokong kezaliman pakatan. Kamu menulis pun sama seperti propaganda parti komunis malaya.

Fakta: Mengundi pakatan adalah berdosa besar kerana pakatan telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam. Contoh:

DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.


Maka jelaslah hukum mengundi pakatan adalah haram dan berdosa besar kerana pakatan telah menzalimi Islam dan umat Islam.







Anonymous said...

LARANGAN MENYOKONG KEZALIMAN

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya selepasku ini akan adanya pera pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolongan kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangkan telaga di syurga.

(Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod . Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)

Oleh sebab itu, sesiapa yang mengundi pakatan akan menanggung dosa besar dan mereka bukan dari umat Nabi Muhammad S.A.W. kerana pakatan telah menghina ajaran Islam, menafikan hak umat Islam dan meyyokong dan membela kemungkaran, kesesatan dan murtad !

Wahai umat Islam, marilah kita menyokong perjuangan Islam yang sedang diperjuangkan oleh parti Islam PAS pimpinan ulama Islam yang telah menjadikan Al-Qur'an, Sunnah, Qias dan Ijma' sebagai perlembagaan PAS dan garis panduan PAS untuk menegakkan Islam dan membela hak umat Islam dan rakyat.

Anonymous said...

Apa pendapat HA tentang kesilapan PAS lawan 3 penjuru di PRU yang lalu terutamanya di Selangor? Sokong jawapan anda dengan fakta dan contoh yang tepat.

Anonymous said...

Dr. Halimah jadi exco jasa PAS dalam Pakatan Rakyat 3 penggal bersama2 PKR dan DAP.

Penggal kedua tambah lagi kerusi2 PAS menang bawah PR.

Masa tahalul siyasi dgn PKR yg ada DAP takda pulak dosa besar undi Pakatan Rakyat atau PR menzalimi Islam atau orang Islam. Malah Hadi boleh berpeluk2 sama LKS dan Karpal Singh mencaci keburukan UMNO.

PR diSelangor dipuji Tuanku Sultan kerana martabatkan Islam diSelangor. PAS yg pegang exco ugama diSelangor begitu bergaya dan berpuashati jalankan tugas2 exco ugama dinegeri termaju di Malaysia.

Malah komen haram undi PH diatas boleh ditafsir sbg belakangkan dan merendah2kan kuasa Tuanku Sultan Selangor sbg Ketua Agama Selangor kerana menuduh Islam dizalimi dan orang Islam dizalimi.

Tuanku YDPA telah memberi amaran kpd PAS dan UMNO supaya duduk dan jangan lari walau pun PAS dan UMNO kata PH anti- Islam, anti-Melayu dan anti-Raja. Tuanku YDPA memuji dasar2 dan polisi PH.

Kita patut buat laporan polis keatas Hadi, PAS dan UMNO spt walaun 7:39, 7:46 atas kerana sengaja memecah belah rakyat dan menghasut utk jatuhkan kerajaan yg dipilih secara demokratik.

Keluarga mangsa2 Memali patut saman Hadi dan PAS kerana belot dan kencing Amanat Hadi bila memeluk kafir2 UMNO dan MCA yg dia dulu suruh perangi.

Anonymous said...

Haji Hadi cukup suka dengan aroma Najib dan Rosmah,baginya kedua orang ini cukup mulia dan suci.

Anonymous said...

Tumpang tanya orang PAS di DUN Balakong . Apa pendapat anda bila tiada calon Islam terutamanya dari PAS dlm prk DUN Balakong?

Anonymous said...

Tulis nama Puan Halimah Ali cukup la. Dr, hajjah tu semua gelaran dunia . Mana pergi sifat tawadduk orang orang PAS ni ? Besok mati masuk kubor malaikat x tanya tu semua

Anonymous said...

Haaaaaahahaha .... . Komen paling win mlm ni

Anonymous said...

Petunjuk HA bergantung kepada nafsu bawah perut

Anonymous said...

sudahlah khawarij haprak... penakut pi tido lah.

Anonymous said...

pi tidola khawarij

Anonymous said...

Wahai orang islam yg beriman marilah kita menjadi kalangan orang islam yang benar2 melaksanakan perintah Allah dan rasul Yakni meletakan AlQuran dan Alhadish sbg rujukan serta peranan/bimbingan ulamak sebagai pewaris ilmu nabi/rasul-
jangan lah kami menjadi sebahagian drpd kalangan yg memusuhi islam yakni menentang AlQuran/hadish - kerana itulah satu hukuman pd kami jika kami tidak dapat mendengar dan memahami tarbiah islam yg sepatutnya,,jauhi kami dari menjadi agent kepada kesesatan yang nyata kalangan taghut,jahil serta pembenci syariat islam dan org islamyakni sdr kami..buka lah pintu hati kami ya..Allah..amin ya rabbil alamin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails