Saturday, November 30, 2013

Kerana S/Aishah, Freemalaysiatoday.com Diberi Amaran IGP


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada kolumnis freemalaysiatoday.com Mariam Mokhtar supaya tidak menulis artikel yang boleh disifatkan sebagai berbaur hasutan.

Beliau tidak senang dengan artikel tulisan Mariam bertajuk 'One Ideology, Two Reactions', dalam portal berita itu semalam yang mempertikai layanan berbeza kerajaan berhubung kepulangan dua anggota radikal komunis kelahiran Malaysia - abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dari Bangkok, Thailand dan Siti Aishah Abdul Wahab, yang terpengaruh dengan ideologi politik komunis serta didakwa dijadikan hamba di London selama 30 tahun.

"Lebih baik dia (Mariam) berhati-hati, jika tidak kami akan mengambil tindakan terhadapnya.

"(Artikel) Ini amat berbaur hasutan. Jangan siarkan semata-mata kerana hendak menarik orang melawat lamanweb kamu. Ia juga boleh mengundang kami (polis) untuk datang menangkap kamu," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam di sini hari ini.

Seminar itu dirasmikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Khalid kecewa kerana kolumnis itu tidak dapat membezakan tahap kesalahan yang dilakukan Siti Aishah dan Chin Peng.

"Orang yang tak ada pelajaran pun faham kenapa kerajaan membenarkan Siti Aishah pulang ke tanah air dan menghalang abu mayat Chin Peng dibawa balik. Ini bukan kerana seorang Melayu dan seorang lagi, Cina.

"Chin Peng terlibat dengan perjuangan bersenjata, manakala Siti Aishah hanya menganut ideologi berhaluan kiri. Beritahu saya berapa ramai orang yang telah dibunuhnya (Siti Aishah)?" tanya beliau.

Khalid berkata tindakan tidak akan diambil terhadap Siti Aishah sekiranya dia pulang ke Malaysia atas alasan wanita itu sudah berusia 69 tahun dan dia melakukan kesalahan berkenaan berpuluh tahun lalu.

Mengenai kerakyatan Siti Aishah, beliau berkata polis masih menunggu laporan daripada United Kingdom sama ada wanita berkenaan telah melepaskan taraf kerakyatan Malaysia dalam tempoh 45 tahun dia berada di negara Eropah itu.

Siti Aishah, yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan, meninggalkan negara ini pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School of Economics di United Kingdom, tetapi mengabaikan pelajarannya setelah terpengaruh dengan ideologi berhaluan kiri.
- Bernama

4 Manfaat Stevia: Saranan Kepada Mardi


By HMH HERBA

MARDI tidak perlu menumpukan penanaman Stevia semata-mata untuk industri; yang penting ialah menyebarluaskan penanaman pokok ini di kalangan rakyat negara ni sebagai usaha dua mata iaitu mengurangkan beban kos hidup dan mengurangkan kes penyakit diabetes di negara ini.

Demikian saranan seorang pengomen weblog ini yang mengguna nama 'XUMNO', ketika mengomen artikel bertajuk Stevia, Kalau Diusahakan Di Malaysia.. -Mardi

Menurut pengomen itu lagi,

"Herba Stevia boleh ditanam dalam pasu dan tanah2 lapang baik di desa maupun di taman-taman perumahan.

"Disyorkan Mardi menggiatkan usaha pengagihan anak-anak pokok Stevia secara percuma atau menjualnya dengan murah ke seluruh pelusuk tanah air melalui persatuan-persatuan peladang dan pasar-pasar tani. "

Di bawah ini, diperturunkan sekurang-kurangnya 4 Manfaat stevia..

Empat Manfaat Fantastis Stevia



Pemanis alami stevia dibuat dari daun tanaman stevia – daun ini sangat manis dan tidak mengandung kalori atau gula sehingga stevia adalah pilihan yang paling aman dibandingkan pemanis buatan/sintetis lainnya.
Webmd.com menyatakan,  stevia yang mengandung stevioside telah digunakan dengan aman dalam penelitian dalam dosis sampai 1500 mg per hari selama 2 tahun. Kerana kenyataan bahawa stevia boleh sampai 300 kali lebih manis dari gula, sehingga kebanyakan orang bahkan tidak akan dapat mengkonsumsi 1500 mg dalam seminggu penuh. Dibawah ini merupakan empat manfaat utama stevia:

1. Menurunkan Berat Badan

Jika Anda ingin menurunkan berat badan, Anda perlu membakar kalori lebih dari yang Anda masukkan. Pernyataan itu masuk akal. Tapi bagaimana bisa seseorang dengan mudah memotong pemasukan kalori berupa gula? Jawabannya adalah Stevia.

Stevia tidak mengandung kalori dan tidak akan menaikkan gula darah. Menjaga kadar gula darah yang stabil saja akan membuat banyak orang ke dalam jalur badan yang sehat.

2. Aman untuk Gigi

Jika seseorang mulai menggunakan pemanis tanpa gula untuk menggantikan gula halus dalam diet mereka, mereka mungkin melihat penurunan kerusakan gigi. Pada tahun 1999, rata-rata orang mengkonsumsi gula 3 pon gula setiap minggu!

Jangan berpikir bahwa Anda mengkonsumsi banyak gula? Mulailah melacak apa yang Anda makan. Periksa label makanan untuk tambahan gula, fruktosa, atau sirup jagung dengan tinggi fruktosa. Berikut ini adalah daftar hanya beberapa dari banyak makanan yang dikemas dengan tambahan gula tersembunyi: saus tomat, biskuit, minuman ringan bersoda, jus olahan, dll

Kita hanya bisa membayangkan berapa banyak gigi bisa diselamatkan dengan mengganti semua gula yang di konsumsi dengan pilihan sehat seperti stevia.

3. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi


Webmd.com menunjukkan adanya penelitian yang menunjukkan bahwa Stevia dapat menurunkan tekanan darah tinggi dengan menggunakan antara 750-1500 mg stevioside setiap hari.

Amanda Gardner, di CNN.com, menyatakan bahwa para peneliti telah menghubungkan tingginya konsumsi fruktosa, gula lain yang tersembunyi, dengan peningkatan risiko tekanan darah tinggi sebesar 30%. Bahkan Anda hanya perlu minum 2,5 kaleng atau lebih soda teratur setiap hari untuk meningkatkan risiko Anda.
Jika lebih banyak orang memilih untuk menurunkan resiko mereka dengan menghilangkan soda dan menggunakan stevia sepanjang hari, mereka mungkin memiliki kesempatan yang lebih baik untuk menurunkan tekanan darah mereka di masa depan.

4. Penurunan Gula Darah


Selain stevia tidak mengandung kalori sama sekali Webmd.com juga menyoroti penelitian lain mengungkapkan bahwa 1000 mg stevioside dapat mengurangi gula darah sebesar 18%.
.
Sumber Pustaka :
Direktorat Jenderal Perkebunan. 2010
Rukman, H. R. 2003. Budidaya Stevia, Bahan Pembuatan Pemanis Alami. Penerbit Kanisius. Jogjakarta
Suara Media. 2010. Tergiur Laba Menggoda Bisnis Tanaman Stevia Semanis Rasanya. http://www.suaramedia.com. 2 Maret 2012.
Sudiatso, S. 1999. Tanaman Bahan Baku Pemanis dan Produksi Pemanis. Fakultas Pertanian, IPB. Bogor
http://budidayastevia.wordpress.com/

Lihat juga..


(Lihat juga http://www.webmd.com/search/search_results/default.aspx?query=Stevia)

Ads by Yahoo!



1-10 of 40 results


Comparing Artificial Sweeteners - Topic Overview

What are artificial sweeteners? Artificial sweeteners can be used instead of sugar to sweeten foods and drinks. You can add them...often combined with saccharin in diet soft drinks. Stevia (Truvia,
WebMD Medical Reference from Healthwise

Vitamin and Supplement results for Stevia

View patient information for uses, side effects, interactions and user reviews.
WebMD Vitamins and Supplements Information from Therapeutic Research

  • Getting to Know Stevia « Conquering Diabetes
    ...Christer Barregren / CC BY 2.0 Stevia is a natural sugar substitute that belongs in your “ diabetes reversal ” bag of tricks. I recently highlighted the medical problems fueled by excess sugar...
    WebMD Blogs
  • Still Wondering About Stevia « Healthy Recipe Doctor
    ...many companies are trying to find the next big alternative sweetener for possible use in diet drinks. Some would probably put their money on stevia (stevioside). Here’s why: Stevia has been...
    WebMD Blogs
  • Comparing Artificial Sweeteners - Topic Overview
    What are artificial sweeteners? Artificial sweeteners can be used instead of sugar to sweeten foods and drinks. You can add them...often combined with saccharin in diet soft drinks. Stevia (Truvia,
    WebMD Medical Reference from Healthwise
  • Pina Colada Smoothie
    Pina Colada Smoothie
    WebMD Recipe from Foodily.com
  • Stevia: The Next Chapter? « Healthy Recipe Doctor
    ...Photo Credit: Ethel Aardvark The Center for Science in The Public Interest (CSPI) gave stevia (a “natural” alternative sweetener) the “everyone should avoid” distinction in their recent article on...
    WebMD Blogs
  • A Setback For Stevia? « Healthy Recipe Doctor
    Remember how I said, “stay tuned” at the end of a recent blog I wrote on stevia ( Stevia: The Next Chapter? ), I wasn’t kidding. Here it is the beginning of the school year and already fur is flying.
    WebMD Blogs
  • Grapefruit n’ Basil Sesame Seed Cake
    Grapefruit n’ Basil Sesame Seed Cake
    WebMD Recipe from Foodily.com
  • Healthy Blueberry Blintzes
    Healthy Blueberry Blintzes
    WebMD Recipe from Foodily.com
  • Sam Talbot Shares Diabetes-Friendly Recipes
    "The Sweet Life" author has lots to say about health, wellness, and good eating...the aroma of the lavender and mint in this healthy dessert. Instead of sugar, he uses stevia, a plant-based sweetener...
    WebMD the Magazine - Feature
  • Glossary of Diabetes Terms
    WebMD gives you a glossary of terms and definitions related to diabetes.
    WebMD Medical Reference

1-10 of 40 results


Ads by Yahoo!


 Video: Video: Stevia Plant Process
Semoga dapat perhatian pihak berwajib dan bertanggungjawab. (IH)

Umno Guna Ustaz Sebagai Ayam Sabung Lawan PAS

 Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad

KEPALA BATAS: Perlantikan individu berlatarbelakangkan agama ke dalam Umno bukan bertujuan sebagai penegur atau pemandu perjalan parti Melayu itu tetapi dilihat lebih kepada sebagai 'ayam sabung' untuk melawan PAS.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad berkata sejarah membuktikan betapa teguran, pandangan dan suara ahli agama terhadap Umno tidak menjadi keutamaan oleh parti itu malah hanya dipandang sepi.

"Umno bukan impikan orang beragama. Mereka hanya memperkudakan golongan terbabit untuk berhadapan dengan hujah PAS semata-mata.  Lepas tu dibuang bagaikan sampah," katanya ketika berceramah di Markaz PAS Pongsu Seribu, di sini semalam.

Ceramah semalam diadakan sempena kemenangan PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N20 Sungai Limau yang turut dihadiri Adun baru SUngai Limau Ustaz Mohd Azam Abd Samat.
Terdahulu beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut mengulas perlantikan pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam. Katanya, perkara itu bukan sesuatu yang pelik malah sudah dijangka kerana Ustaz Kazim dalam ceramahnya sebelum ini banyak kali tampil dipentas ceramah anjuran Umno dan mengkritik PAS secara terbuka.
 
"Sudah terang lagi bersuluh apa yang Ustaz Kazim buat.  Kita tidak payah bersusah meneka siapa dirinya, " katanya lagi.

Mengulas lanjut beliau berkata, kemasukan Ustaz Kazim ke dalam Umno itu langsung tidak memberi kesan kepada PAS sebaliknya lebih menyenangkan PAS untuk meneruskan siri dakwahnya kepada Ummah tanpa diganggu oleh 'individu yang mengakui PAS'.

Menurut beliau lagi, hakikatnya individu berlatarbelakang agama apabila menyertai Umno akan hilang serinya dan akan tenggelam dibawa arus.(HD)

As-Sisi Mesir Akan Diadili Di Eropah


As-Sisi (menhan) dan Muhammad Ibrahim (mendagri)
As-Sisi (menhan) dan Muhammad Ibrahim (mendagri)

Kairo. Wartawan tv Aljazeera dan juga pengamat politik Mesir, Ahmad Mansur, memberikan komentar terhadap perkembangan terakhir proses pengajuan As-Sisi dan tokoh-tokoh yang terlibat dalam kudeta di Mesir.

Mansur menukil pernyataan tim pengacara internasional,  “Kita semua bertanggung jawab secara bersama-sama dalam mengemban amanah bersejarah ini. Masa depan kita dan masa depan hak asasi manusia yang kita yakini, akan sangat bergantung pada hasil dari upaya kita ini.”

Menurutnya, team pengacara sudah memulai langkah nyata memproses As-Sisi dan rakan-rakannya di mahkamah pengadilan Inggeris. Mansur menyatakan, bahawa pada bulan September lalu, dirinya telah bertemu dengan koordinator team pengacara internasional. Menurut koordinator tersebut, akan ada sekitar 30 orang pengacara besar akan bergabung. Mereka adalah pengacara-pengacara yang selama ini memberikan perhatian besar kepada masalah hak asasi manusia. Di antaranya Lord Ken MacDonald dan Michael Mansfield, yang dua-duanya merupakan penasihat Ratu Inggeris.

Team ini sudah memulai langkah nyatanya untuk menyeret As-Sisi ke pengadilan. Mereka sudah melakukan pengumpulan bukti-bukti yang menguatkan bahawa penguasa kudeta telah melakukan kejahatan terhadap kemanusiaan pada peristiwa-peristiwa pembantaian, di antaranya pembantaian mabes paspamres, Rabi’ah, Nahdhah, monumen pahlawan tak dikenal, dan Abu Za’bal. Perlu diketahui, peradilan di Inggris membolehkan diadakannya pengadilan terhadap orang-orang yang terlibat dalam kejahatan terhadap kemanusiaan di manapun dilakukannya. Orang-orang yan terlibat tersebut akan menjadi buruan saat keluar dari negaranya.

Team yang sama sudah berhasil memperkarakan Tzipi Livni (mantan menteri luar negeri Israel) dan para pejabat Israel lainnya yang terlibat dalam kejahatan terhadap bangsa Palestin di Gaza tahun 2008-2009 yang lalu. Bahkan sudah keluar surat perintah penangkapan Tzipi. Hingga kini, Tzipi dan orang-orang yang terlibat dalam serangan tersebut tidak boleh masuk wilayah Inggeris. Jauh sebelumnya, pengadilan Inggeris juga telah mengadili Pinochet, diktator asal Chile, dengan tuduhan melakukan kejahatan perang.

Pada konferensi pers terakhirnya, Michael Mansfield menyatakan keberatannya jika dikatakan bahawa dunia hanya diam melihat kejahatan terjadi di Mesir. Menurutnya, mengajukan kaum pengkudeta di Mesir ke pengadilan adalah hal yang sangat penting kerana apa yang terjadi di Timur Tengah akan terjadi juga di belahan dunia yang lain. (IH/dakwatuna)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

S/Aishah, Bukan Hamba, Tak Mahu Pulang & Tetap Maoist



Wanita yang dikatakan menjadi mangsa penghambaan selama 30 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab enggan pulang ke Malaysia dan berkata beliau tidak pernah diperhambakan di London, kata aktivis Hishamuddin Rais.

Katanya, Siti Aishah yang mendakwa dirinya tidak diperhambakan masih berpegang kepada ideologi Maoist.

“Siti Aishah berkata dia tidak pernah menjadi hamba kepada sesiapa. Itu adalah ideologi kepercayaannya.

Dia juga tidak mahu pulang ke Malaysia,” kata Hishamuddin yang berada di London ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Mengulas lanjut,Hishamuddin melalui blognya Tukar Tiub menceritakan butiran lanjut situasi pertemuan Siti Aishah bersama kakaknya, Kamar Mahtum Abdul Wahab.

“Perjalanan enam jam dari kota London dan dua kali bertukar kereta di dua balai polis. Cikgu Kamar jumpa adiknya di satu tempat rahsia. Ada dua pegawai polis wanita dan lapan pegawai polis lelaki.
“Wakil dari kedutaan juga tidak dibenarkan turut serta. Cikgu Kamar memeluk adiknya sambil menangis penuh emosi dan Siti Aishah juga dilihat menitiskan air mata,” katanya mengulas mengenai pertemuan dua beradik itu yang berlangsung selama 40 minit.

Kamar Mahtum merupakan bekas guru sekolah yang terbang ke London pada Selasa dalam impiannya untuk bertemu adiknya yang sudah lama terpisah dan ditemani oleh Hishamuddin.
Pihak berkuasa United Kingdom mengesahkan status Siti Aishah sebagai warganegara Malaysia dengan nama berdaftar Aishah Wahab dan dilahirkan pada 27 Mei, 1944.
Hishamuddin berkata, Aishah dilihat memakai baju merah dan berseluar hitam sementara Kamar Mahtum membawa bungkusan untuk diberikan kepada adiknya.
Katanya, dalam pertemuan singkat itu, Siti Aishah sempat bertanya keadaan ibunya dan adik-beradik yang lain.

“Cikgu Kamar membawa beg yang berisi hadiah iaitu sejadah, jubah dan kain tudung. Aishah bertanya tentang ibu, Kamar Mahtum menjawab telah lama pergi.
“Aishah bertanya tentang kakak yang satu lagi, beliau turut memberi jawapan sama,” katanya.

Hishamuddin berkata, ketika dijemput pulang ke Malaysia untuk diperkenalkan dengan saudara-mara di sini, dia menjawab: “Satu masa nanti.”

“Aishah diberitahu tentang ajaran Islam dan dia menjawab di London pun ada masjid serta ramai kawan beragama Islam,” kata Hishamuddin.

Katanya, Kamar Mahtum berusaha sedaya upaya memujuk adiknya pulang ke Malaysia namun tiada sebarang petanda positif.
Kamar Mahtum.
Kamar Mahtum Abdul Wahab minta adiknya pulang ke Malaysia.“Saya berleter. Aishah amat British,” kata Kamar Mahtum.
Di hujung pertemuan itu, Hishamuddin berkata, Siti Aishah mengakui bahawa dia senang di kota London dan mempunyai ramai kawan di sana.
Katanya, Kamar Mahtum dapat merasakan bahawa ada perkara sulit dalam hidup Siti Aishah yang ingin diceritakan namun tidak disampaikan dalam pertemuan singkat tersebut.

“Ada tiga permintaan Kamar Mahtum kepada adiknya iaitu meminta Siti Aishah tidak lupa membaca Al-Quran, meminta Siti Aishah mengirim surat dan terakhir sekali Kamar Mahtum meminta adiknya itu agar kembali ke Malaysia,” katanya yang kini masih berada di kota London.

Siti Aishah adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.
Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britain berumur 30 tahun.
Akhbar Britain melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai “Comrade Bala” berasal dari Singapura dan isterinya Chanda dari Tanzania.

Polis Britain mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970-an tetapi tidak menyatakan sebabnya.
Polis juga enggan mengesahkan identiti pasangan itu yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga tarikh perbicaraan pada Januari depan tetapi mengatakan ketiga-tiga mangsa tidak kelihatan seperti didera secara seksual tetapi tidak menolak dakwaan wanita itu dipukul.

Ketiga-tiga mangsa bebas daripada “perhambaan” selepas salah seorang daripada mereka menghubungi badan kebajikan Freedom Charity pada 18 Oktober. - 30 November, 2013. (TMI)

Lihat sebelum ini..

Warga Indonesia Ini, Syahid Di Syria?


Abu Muhammad, WNI yang diduga tewas karena ikut berperang di Suriah 
Abu Muhammad, WNI yang diduga tewas kerana ikut berperang di Suriah (Akun Twitter brigade Shuqurul Iz)
Kementerian Luar Negera Republik Indonesia (RI) masih belum memperoleh informasi soal khabar tewasnya seorang Warga Negara Indonesia (WNI) bernama Abu Muhammad al Indunisiy dalam pertempuran di Ghouta, pinggiran Damaskus pada minggu lalu.

Hal itu disampaikan Direktur Perlindungan WNI dan Badan Hukum Indonesia (BHI), Tatang Budie Razak Utama, yang dihubungi VIVAnews, Jumaat, 29 November 2013. 

Tatang mengaku sudah menghubungi Duta Besar Indonesia untuk Suriah (Syria), Wahib Abdul Jawad. Namun, belum ada konfirmasi. 

"Tadi, saya sudah menghubungi Dubes (Duta Besar) di Suriah dan dia mengatakan masih belum ada konfirmasi soal meninggalnya warga kita di sana," ujarnya. (VIVAnews)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perjuangan Islam tiada kira batas-batas sempadan negara..  Yang penting syahid, di mana-mana bumi Allah SWT..

Rogol Cara Keji Rejim Syria Hadapi Mujahidin Islam


 ROGOL adalah salah satu cara keji Rejim Bashar al-Assad untuk mengalahkan pejuang dan mujahidin Islam di Syria. Yakni merogol wanita agar mengaku dan mendesak lawannya supaya menyerah. Fakta ini terungkap dalam laporan Jaringan Hak Asasi Manusia Euro-Mediteranian yang diberitakan Al-Arabiya. Selain jadi korban perkosaan, wanita juga kerap diculik dan dijadikan tameng manusia.

"Pelecehan terhadap wanita digunakan sebagai tektik mengalahkan pihak lain dari sudut psikologis dan simbolis," tulis laporan yang dikeluarkan bertepatan dengan Hari Internasional untuk Menghentikan Kekerasan terhadap Wanita itu.

Perkosaan kerap dilakukan tentera rejim pemerintah dalam sebuah operasi militer, penahanan mahupun pos pemeriksaan. Tercatat, peristiwa biadab ini terjadi di tujuh provinsi, termasuk ibukota Damaskus. Jumlah korban perkosaan, sukar dipastikan kerana keengganan korban melapor. 

Salah satu korban yang tercatat masih berusia sembilan tahun. Kanak-kanak malang ini diperkosa di hadapan keluarganya di daerah Baba Amr pada Mac tahun lalu.

Dua bocah di kamp pengungsi di Al Safira, Provinsi Aleppo, Suriah, yang kini kosong. 
Dua kanak-kanak di kamp pengungsi di Al Safira, Provinsi Aleppo, Syria, yang kini kosong. (Dokumentasi MSF)
 
Korban lainnya bernama Aida, 19, dari kota pesisir Tartus yang diperkosa dalam penahanan antara Oktober 2012 dan Januari 2013. Dia ditangkap kerana keluarganya dekat dengan kelompok Ikhwanul Muslimin yang anti pemerintah Assad. Dia mengaku diperkosa dua kali, termasuk digilir tiga tentera sehari sebelum pengadilan. Peristiwa nahas itu terjadi usai dia diinterogasi. Saat penginterogasinya keluar, masuklah tiga tentara yang bergiliran merogolnya.

"Saya melawan orang yang pertama. Saat orang kedua, saya ketakutan dan tidak kuasa  melawan. Ketika orang ketiga, saya benar-benar lunglai. Saya mengalami pendarahan saat itu. Ketika orang terakhir selesai, saya terjatuh ke lantai," ujarnya.
"Sepuluh minit kemudian, doktor penjara masuk dan membawa saya ke bilik mandi. Di situ, dia memberikan suntikan agar saya kuat berdiri di pengadilan," lanjutnya lagi.

Selain diperkosa, wanita Syria juga dijadikan tameng hidup. Mereka diculik untuk membuat keluarga mereka menyerah. Menurut laporan Jaringan Syria Hak Asasi Manusia, antara Desember dan Mei 2012, tercatat ada 125 wanita dan dua anak yang diculik. Lebih dari 12,.000 orang telah terbunuh dalam peperangan di Syria yang telah memasuki tahun ketiga. Menurut laporan Oxford, 11,000 anak Syria tewas dibunuh atau disiksa. (IH)

Video:  Muslimah Syria di rogol - sangat menyayat hati


Iklan..
Minuman Daun Stevia Uncang, Ganti Gula, Untuk Diabetes.
50 uncang daun manis stevia asli berjumlah RM39, termasuk harga pos di Malaysia.
Klik gambar di bawah...
Minuman Daun Stevia Uncang, Ganti Gula, Untuk Diabetes.

Minuman Daun Belalai Gajah Asli..

Jika ingin dapatkan dapat minuman daun belalai gajah asli..
50 uncang daun belalai gajah asli berjumlah RM90 termasuk pos di Malaysia.
Sila hubungi..
TEL 6014 222 5865 / 6011 2302 8768   


Telusuri Rumah Tua Pemimpin Nasionalis Negara China..

Chiang Kai-shek merupakan tokoh nasionalis China yang pernah menjabat sebagai Presiden Republik China (1948-1975).

Chiang Kai-shek merupakan tokoh nasionalis China yang pernah menjabat sebagai Presiden Republik China (1948-1975).
Sejumlah pengunjung saat berada di halaman rumah Pemimpin Nasionalis China Chiang Kai-shek di Zhejiang, China, Jumaat (29/11)/2013). Rumah berarsitektur tradisional China yang pernah dihuni oleh Chiang Kai-shek ini berusia 80 tahun.

Chiang Kai-shek merupakan tokoh nasionalis China yang pernah menjabat sebagai Presiden Republik China (1948-1975).
Pemerintah China melakukan pemulihan pada bangunan berlantai 3 tersebut untuk mengenalkan kepada warga sekaligus mengenang kembali sejarah Chiang Kai-shek dalam revolusi China. Chiang Kai-shek merupakan sekutu baik Bapak China Modern Sun Yat-sen. Setelah Sun Yat-sen mati, Chiang Kai-shek menggantikan Sun sebagai Komandan Akademi Militer Whampoa milik Partai Kuomintang (KMT).

Chiang Kai-shek merupakan tokoh nasionalis China yang pernah menjabat sebagai Presiden Republik China (1948-1975).
Sejumlah pengunjung saat berada dekat dengan mobil jenis Buick yang sering digunakan Chiang Kai-shek pada masanya.

Chiang Kai-shek merupakan tokoh nasionalis China yang pernah menjabat sebagai Presiden Republik China (1948-1975).
Memasuki gedung, pengunjung disambut dengan kata-kata semboyan China dan foto istri Chiang Kai-shek, Soong May-ling.

Chiang Kai-shek merupakan tokoh nasionalis China yang pernah menjabat sebagai Presiden Republik China (1948-1975).
Seorang pemandu memberikan keterangan kepada pengunjung saat memasuki ruangan yang memajang foto Sun Yat-sen.

Chiang Kai-shek merupakan tokoh nasionalis China yang pernah menjabat sebagai Presiden Republik China (1948-1975).
Foto Chiang Kai-shek dan Soong May-ling yang terpajang di ruang tidur utama. Pada masa pemerintahannya, Chiang Kai-shek sangat menolak demokrasi barat dan menentang komunis.

Chiang Kai-shek merupakan tokoh nasionalis China yang pernah menjabat sebagai Presiden Republik China (1948-1975).
Pengunjung saat foto di halaman rumah Chiang Kai-shek di Zhejiang, China, Jumat (29/11). Chiang kai-shek lahir pada 31 Oktober 1887 dan wafat pada 5 April 1975. (M/IH)

Friday, November 29, 2013

Rejim Myanmar Biadap, NGO Islam Serah Memorandum



Suhaizan dan Mohd Azmi menunjukkan memorandum yang diserahkan kepada Kedutaan Myanmar. Foto Mohd Nasir Sudin.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia digesa menyatakan pendirian tegas berhubung  kekejaman, pembunuhan beramai-ramai dan penghinaan terhadap umat Islam yang berlaku di Myanmar.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat yang turut sama pada penyerahan memorandum di Kedutaan Myanmar juga meminta kerajaan Malaysia memberi tekanan kepada Myanmar terutamanya dengan memboikot Sukan Sea yang dijadual berlangsung dari 11 hingga 22 Disember di negara tersebut.

"Hari ini kita bersama-sama rakyat Myanmar menyatakan pendirian tegas kita berhubung dengan apa yang berlaku terhadap masyarakat Rohingya (Islam) yang telah dibunuh secara kejam.
"Selain itu kita turut mengecam rejim Myanmar yang membenarkan pihak Rakhine Budha yang menghina Islam dengan mengatakan Agama Islam itu haiwan, ini satu kenyataan yang biadap.
"Atas tindakan tersebut kita gesa Kerajaan Malaysia mengambil tindak tegas dan menyatakan pendirian atas penghinaan tersebut dan tekanan yang perlu dilakukan sekarang adalah menarik diri dari menyertai Sukan Sea," jelas beliau selepas menyerahkan memorandum selepas solat Jumaat tadi. Lebih 1,000 umat Islam bersama etnik Rohingya menyertai bantahan itu.

Beliau dalam masa yang sama turut melahirkan kekecewaan apabila pihak kedutaan enggan memberi kerjasama ketika penyerahan memorandum tersebut. Katanya, sebagai kedutaan yang berada di Malaysia, Myanmar seharusnya menghormati rakyat negara ini yang mewakili masyarakat Myanmar dalam menyatakan pendirian mereka.

"Kita telah menyerahkan memorandum tetapi cara penerimaan itu saya amat tidak berpuas hati, hanya meletakkan di dalam peti surat.
"Sepatutnya sebagai sebuah negara yang dihormati dan kita sebagai rakyat Malaysia, wakil Kerajaan Myanmar menemui kita dan menerima memorandum yang kita serahkan itu dan bukannya seperti kita pos surat, tidak keluar menemui kita langsung," sambung beliau.

Sementara itu Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid meminta agar Asean tidak boleh membiarkan Myanmar meneruskan polisi menindas dan mewujudkan ketegangan agama.

Jelasnya tindakan Myanmar yang menghina Islam dengan melabelkan Islam sebagai agama haiwan ketika memprotes lawatan delegasi OIC ke Myanmar baru-baru ini adalah tindakan biadap.

Beliau yang turut menggesa agar Malaysia menarik diri dari menyertai Sukan Sea yang baginya akan mengancam keselamatan atlet Malaysia (Islam) terhadap sikap kerajaan Myanmar yang anti Islam. (Hrkhdaily)

Pakar-pakar Nuklear Mati Misteri, Mengapa?


BILA pihak polis menangani kes kematian mereka seringkali hanya sampai kepada dua kesimpulan: Iaitu..
  • tak ada penjelasan 
  • atau bunuh diri. 
Maka. kes ditutup! Itu yang berlaku kepada sejumlah pakar nuklear di India, terkorban secara misteri. Ye ke?

Menurut sebuah artikel diterbitkan situs Vice, kematian misteri menimpa dua pakar nuklear berjabatan tinggi, KK Josh dan Abhish Shivan. Bulan lalu keduanya ditemui tak bernyawa di rel keretapi. Namun, tak ada indikasi mereka tewas dilanggar sesuatu.

Khabar yang beredar menyebut, dua ilmuwan diracun disuatu tempat sebelum dibawa ke rel. Disyaki untuk membuat kematian mereka seakan akibat kecelakaan atau bunuh diri. Namun, pegawai pemerintah menganggapnya kes biasa.

Lagi, kedua pakar bekerja di INS Arihant, kapal selam bertenaga nuklear pertama India. Pada Jun 2009, ketika jasad pakar nuklear, Lokanathan Mahalingam ditemui, pihak berkuasa seakan dengan mudah menyebutnya sebagai kes bunuh diri. Media di India pun dianggap mengabaikannya. Sebaliknya, media Pakistan terus memberitakan kes tersebut dan menggarisbawah, betapa cepatnya petugas keamanan mengumumkan kematian Mahalingam sebagai bunuh diri, padahal tak ada pesan yang ditinggalkan korban.

"Lima tahun sebelumnya, di hutan sama tempat Mahalingam ditemukan, kelompok bersenjata canggih diduga berusaha menculik seorang pejabat India Nuclear Power Corporation (NPC). Target berhasil melarikan diri," demikian menurut artikel Vice yang dilansir situs One India, Jumaat hari ini. Pekerja NPC lain, RVI Mule tewas terbunuh namun polis tidak berhasil membuat kemajuan dalam kesnya.

Sementara itu, pada April 2011, mantan pakar nuklear, Uma Rao juga ditemui tidak lagi hidup. Polis juga mengklaim penyebabnya adalah bunuh diri. Sebaliknya pihak keluarga menolak mentah-mentah kesimpulan tersebut. Ada juga kes di mana polis menyimpulkan, penyebab kematian tidak dapat dijelaskan. Salah satunya menimpa M Iyer, yang ditemui pendarahan internal pada tengkoraknya.

Penyelidikan polis berakhir begitu saja kerana tidak ditemui bekas luka dan bukti yang menyokong Wartawan India, Madhav Nalapat menyarankan polis membentuk team khusus untuk menyelidiki kes kematian pakar nuklear. Sebab, bolehjadi, ada peranan pembunuh profesional.

"Orang-orang ini bekerja untuk program kapal selam, membangun reaktor, dan akhirnya tewas, dinyatakan 'bunuh diri' atau dibunuh. Menghairankan bahawa fakta-fakta itu belum dilihat sebagai hal yang mencurigakan," kata Madhav.

Apakah ada konspirasi melenyapkan pakar-pakar untuk menghambat kemajuan teknologi nuklear India? Madhav mengaku, bolehjadi! Namun, bukan siapa di balik kematian pakar nuklear itu..  Yang jadi pertanyaan besar, mengapa pemerintah India seakan apatis.

"Saat ini para ilmuwan itu begitu penting dalam pengembangan program nuklear India bagi tujuan energi atau keamanan, tetapi sama sekali tiada perlindungan. Tak ada. Nol!" kata Madhav.

Misteri Kematian Pakar Nuklear Iran
Tidak hanya India, Iran pun mempunyai pertanyaan yang sama: "Siapa yang membunuh ilmuwan nuklear kami?"

Pada Januari 2012 lalu, sebuah ledakan menewaskan Mostafa Ahmadi Roshan, pejabat penting di pabrik pengayaan uranium Natanz. Dia adalah orang ketiga yang teridentifikasi sebagai ilmuwan nuklear. Dia meninggal di Iran akibat ledakan misterius dalam kurun waktu 2 tahun. Orang keempat, selamat dari ancaman pembunuhan.

Dalam setiap kes, seseorang menempatkan bom bawah kereta pakar-pakar tersebut. Para pejabat Iran saat itu menuduh Israel dan Amerika Syarikat. Namun, tudingan itu dibantah AS.

"Saya dengan tegas menyangkal keterlibatan AS dalam setiap jenis tindak kekerasan di Iran," kata Menteri Luar Negera AS kala itu, Hillary Clinton, seperti dikutip dari CNN. Sementara, Israel menolak berkomentar. Namun Brigadir Jenderal Yoav Mordechai, jurucakap Tentera Israel menulis dalam Facebook-nya,

"Aku tak dapat agak siapa yang menargetkan pakar Iran itu, tapi yang jelas aku sama sekali tidak menitiskan air mata."

Pembunuhan pertama terjadi pada Januari 2010, pensyarah sekaligus pakar nuklear Iran, Massoud Ali Mohammadi tewas dalam serangan bom kereta. Namun, sejumlah orang menduga, pemerintah Iran sendiri ada di balik pembunuhan itu. Sebab, Mohammadi adalah penyokong vokal gerakan hijau dan terlibat dalam gerakan protes menentang program pemerintah.

Namun, lelaki yang terbunuh pada November 2010, Majid Shahriari dan yang lepas lolos percubaan pembunuhan, Fereydoon Abbasi Davani lain ceritanya. Mereka adalah set penting program nuklear Iran. (IH)

Teknik Baru, Kafe Internet Khas Untuk Wanita..

Yaman punya kafe Internet khusus perempuan
Kafe Perempuan di Yaman. ©Al Arabiya

JOM KREATIF
Sebuah kafe Internet khusus bagi pengunjung wanita baru-baru ini dibuka di Ibu Kota Sanaa, Yaman. Kafe itu bernama "Kafe Perempuan". Direktur "Kafe Wanita" Taghreed Ali mengatakan bisnisnya itu akan memberikan kenyamanan bagi kaum hawa, seperti dilansir tv Al Arabiya, Jumaat, hari ini.

"Kafe-kafe lain kebanyakan campur, dan jika mereka punya area khusus bagi perempuan biasanya kecil dan tidak nyaman. Hal ini lah yang menjadi alasan pertama kami membuka kafe khusus perempuan," kata dia.

Kafe tempat minum kopi itu sejauh ini mendapat tanggapan positif dari kaum hawa. Dhikra al-Wehdi, warga Sanaa, mengatakan tempat itu cukup bagus, memberikan kenyamanan dan ketenangan, selain menyajikan perpustakaan kecil, makanan dan pelayanan lainnya. Di kafe ini pengunjung juga boleh santai membaca buku.

Menurut survei dari Yayasan Thomson Reuters yang dikeluarkan bulan ini, Yaman merupakan salah satu negara di Arab yang terburuk bagi kaum perempuan. Kaum hawa sering mengalami kekerasan, baik di lingkungan keluarga mahupun masyarakat.

Profesor Komunikasi Massa di Universiti Sanaa Sabah al-Khaishani mengatakan kehadiran kafe khas wanita  itu dapat menghindari pelecehan seksual terhadap kaum hawa.

"Para perempuan Yaman selama ini kesulitan mencari tempat yang tepat dan nyaman untuk bersosialisasi. Kehadiran kafe ini cukup baik untuk menarik pengunjung perempuan," kata dia.

Wajarkah kalau dicuba kafe seperti ini di Malaysia?

Lihat siri-siri kreatif lain..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Universiti Indonesia Kembangkan Kapal Tanpa Awak


 Protector, Kapal Tempur Canggih Tanpa Awak Israel 
DEPOK -- Universitas Indonesia (UI) menjajaki kerja sama pembuatan prototipe kapal tanpa awak (USV) untuk untuk menolong korban manusia sebagai upaya mendukung operasi SAR dengan Basarnas.

"Kapal yang diberi nama dengan Makara-03 adalah sebuah USV yang dikembangkan dari Makara-01 dan Makara-02, yaitu USV sebelumnya," kata Humas Fakultas Tehmik UI, Tika Anggraeni, di kampus UI Depok, Jumat (29/11).

Ia mengatakan, Makara-03 didesain khusus untuk dapat bermanuver dan berotasi dengan cepat selain itu, desain "planning-hull" yang mengadopsi teknologi "axe bow" diaplikasikan pada makara-03 guna mendukung kemampuannya untuk melaksanakan operasi SAR.

Kapal tanpa awak ini didesain oleh Mahasiswa UI yang terdiri dari mahasiswa Teknik Perkapalan (M Hary Mukti/2009, Aditya Meisar/2009), Teknik Mesin(Riki/2012), Teknik Elektro (Novika Ginanto/2008, Uli/2010, Irvan JP Elliika/2008) yang dibimbing oleh Dosen Departemen Teknik Mesin UI Dr Ir Sunaryo MSc.

Konsep kapal tanpa awak untuk operasi SAR ini adalah ketika Tim Basarnas tidak dapat menjangkau wilayah-wilayah yang berbahaya yang dapat mengancam keselamatan Tim Basarnas itu sendiri di laut maka, kapal tanpa awak akan digunakan untuk melakukan operasi pencarian.

Misalnya, cuaca yang sangat buruk atau kondisi perairan yang dangkal dengan bebatuan yang curam yang dapat merobek kapal BASARNAS, maka kapal tanpa awak ini akan mencari lokasi aktual korban sebelum tim turun ke lokasi. "Kapal tanpa awak ini akan dikendalikan melalui komunikasi satelit dan digunakan untuk melakukan penyerangan terhadap kapal penyusup," katanya.

Ia menjelaskan untuk dapat melakukan tugasnya itu Prototipe kapal tanpa awak yang dikerjakan oleh para mahasiswa UI ini memiliki kemampuan yang tidak dimiliki oleh kapal tanpa awak pada umumnya, seperti mampu kembali ke posisi semula jika kapal tersebut terbalik (self-righting boat), dan dilengkapi dengan baterai Litium Polymer yang disusun sistematis dengan Microcontroller sehingga kapal dapat beroperasi dalam waktu yang cukup lama. (ROL)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, Indonesia adalah negara umat Islam terbesar di dunia.
 
Tentera Nasional I ndonesia dan Universiti IndonesiaI Kembangkan Robot Kapal ..

Universitas Indonesia

Siasat 'Raja Cicak' Serbu Permis Hidupan Liar -DAP

 
Dr Ong Kian Ming menunjukkan gambar di pusat perlindungan reptilia di Teluk Bahang. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasbullah Awang Chik, 29 November, 2013



DAP mendesak penjelasan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kerana tidak mengambil tindakan tegas terhadap pendedahan media asing berhubung kegiatan Raja Cicak Anson Wong walaupun selepas Perhilitian merampas 50 hidupan liar di pusat perlindungan reptilia miliknya di Teluk Bahang.

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming, berkata selepas Anson ditangkap pada 2010, komputer riba dan tiga telefon bimbitnya dirampas dan peranti berkenaan mungkin banyak mengandungi maklumat penting berhubung penyeludupan hidupan liar yang berkaitan dengan Perhilitan.

"Perhilitan mendakwa semua lesen hidupan liar milik Anson dan isterinya, Cheah Bing Shee dibatalkan pada 2010 namun syarikat seperti Sungai Rusa Wildlife, CBS Wildlife dan Bukit Jambul Reptile Sanctuary masih beroperasi.
"Jika Perhilitan dan kementerian serius menghentikan penyeludupan hidupan liar Anson dan isterinya, mengapa tidak menggunakan kuasa mereka di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010 bagi memeriksa permis milik Anson dan isterinya untuk memastikan ada hidupan liar di sana atau tidak," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

Program Timur 101 disiarkan Al-Jazeera pada minggu lalu bertajuk "The Return or the Lizard King" membangkitkan pelbagai isu serius yang perlu mendapat perhatian kerajaan. – 29 November, 2013. (TMI)

Faisal Tehrani Bangga Novelnya Diharamkan

Penulis: Saya bangga novel diharamkan



Pengarang terkenal, Faisal Tehrani berkata, beliau berbangga sekiranya benar laporan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengharamkan novelnya 'Perempuan Nan Bercinta' yang dilancarkan perdana menteri tahun lalu.

Faisal atau nama sebenarnya Mohd Faizal Musa bagaimanapun
berkata, beliau masih tidak dimaklumkan berhubung perkara itu dan masih melihat novelnya itu dijual di rak buku sehingga minggu lalu.

NONE"Sekiranya khabar ini benar, saya gembira kerana telah mencipta dua kali sejarah yang tidak dilakukan oleh mana-mana pengarang hatta sasterawan negara sekalipun.

“Hanya novel Pak Sako (dilarang British) dan buku ilmiah Pendita Za'ba pernah diharamkan pihak berkuasa agama Perak satu masa dahulu. Kedua-duanya adalah ikon saya," jelas beliau kepada Malaysiakini.

Perempuan Nan Bercinta merupakan novel kedua Faisal yang diharamkan selepas Novel Sebongkah Batu di Kuala Berang pada 2011, yang dipercayai novel tempatan pertama diharamkan selepas merdeka di negara ini.

Bagaimanapun langkah itu tidak membuatkan Faisal patah semangat.

Katanya, beliau akan menghubungi Front Line Defenders (FLD), sebuah badan hak asasi manusia berpengaruh yang berdaftar dengan 'Special Rapporteur on the situation of human rights defenders', Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) untuk mendapat nasihat lanjut.

Tak akan berhenti menulis
Beliau juga tidak akan berhenti dari mengeluarkan nukilan ilmiah atau novel pada masa hadapan.

"Saya baru sahaja selesai menulis sebuah makalah ilmiah yang panjang berjudul 'The Malaysian Shi‘a: A Preliminary Study of Their History, Oppression, and Denied Rights'. Ia bakal diterbitkan di sebuah jurnal antarabangsa," kata beliau.

Penolong Pengarah Seksyen Akidah Jakim Mohd Aizam Mas'od dilaporkan MyMetro kelmarin sebagai berkata, berlaku penyusupan idea ajaran Syiah melalui novel Perempuan Nan Bercinta.NONE"Ini sangat bahaya kerana penulisannya mempromosikan Syiah dan mutaah, antara hujahnya adalah mutaah bukan bertujuan seks tetapi menghalalkan pergaulan antara lelaki dan wanita... malah penulis juga bermain dengan pemikiran rasional orang ramai.

"Namun, buku ini sudah diperakukan haram oleh Jakim,” beliau dipetik sebagai berkata.

Perempuan Nan Bercinta mengisahkan pengalaman Dr Tengku Idora, seorang feminis yang berkenalan dengan Prof Dr Ali Taqi menerusi Bastian, kekasihnya.

Perkenalan itu membantu perubahan tanggapan Tengku Idora daripada seorang feminis melulu kepada feminis yang bersandarkan ketokohan anak perempuan Rasulullah Saidatina Fatimah az-Zahra. (MK)

5 Negara Asia Paling Ramai Pelacur. M'sia Lebih Tinggi Dari Thailand.

Lima negara Asia paling banyak pelacur  
Korea Selatan

SECARA mengejutkan lima negara di Asia masuk dalam jajaran negara paling ramai pelacur. Hal ini seperti dilansir dalam situs liveandinvestoverseas.com oleh peneliti pelancongan sekaligus penulis Denis Foynes.

Menurutnya seks sudah menjadi satu hal ditawarkan dan sekitar tiga juta orang sejagat rutin mencari dan menjadi pelaku pelancong seks. Menurut Foyes sejagat juga memiliki 25 agen seks untuk turis secara resmi bermarkas di Kota Miami, New York, dan San Diego, seluruhnya di Amerika Syarikat namun melayani hingga wilayah bumi lain.

Dari data dikumpulkan Foynes, berikut negara Asia paling banyak pelacurnya. Jumlah itu berbanding 10 ribu orang. Berikut ulasannya.

1. Korea Selatan

Foynes melapor110 dari 10 ribu orang Korea Selatan adalah pelacur. Awalnya hanya beberapa kawasan dibolehkan wanita menjajakan diri namun akhirnya tiap distrik pun ada organisasi pelacurnya. Jika ini jumlah yang valid, maka dengan populasi 50 juta penduduk Ibu Kota Seoul, Korea Selatan memiliki 550 ribu pelacur. 

2. Filipina
Lima negara Asia paling banyak pelacur 
Kelab malam dan kafe remang-remang memang salah satu pelancungan yang ditawarkan di Filipina. Para perempuan bekerja menjadi pelayan bar namun tidak murni. Banyak dari mereka juga menjajakan diri.?
Filipina tidak melegalkan prostitusi. Menurut Foynes sekitar 85 orng dari 10 ribu penduduk Filipina menjadi pelacur. Saat ini populasi negara itu 97 juta. Itu ertinya sekitar 800 ribu orang di Filipina menjadi wanita pelacur.

3. China.
Lima negara Asia paling banyak pelacur 
Pelacuran menjadi ilegal di China namun mereka sering dibiarkan lantaran mereka mampu memberikan devisa bagi negara sekitar lima persen, sebab banyak pengguna jasa wanita ini ternyata para turis?
Dengan populasi 1.3 miliar warga China sekitar 60 orang berbanding 10 ribu menjadi pelacur. Ertinya China mempunyai 7.8 juta wanita pelacur.

4. Malaysia.
Lima negara Asia paling banyak pelacur
Bapok di Malaysia. reuters

Ternyata meski berdasar hukum pada agama tertentu, Malaysia memiliki jumlah pelacur yang tidak sedikit. Sekitar 52 orang per 10 ribu penduduk dengan populasi 30 juta membuat negara ini memiliki jumlah wanita ini sebanyak 156 ribu jiwa.

Bahkan Amerika Syarikat telah memasukkan Malaysia sebagai negara dalam daftar hitam perdagangan manusia dan pelanggaran hak asasi dengan kekerasan. Di negara ini pula banyak didapati pelacuran kanak-kanak.

5. Thailand
Lima negara Asia paling banyak pelacur
Pelacuran di Thailand. sgclub.com

Sekitar 45 orang dari 10 ribu warga Thailand melacurkan diri. Meski ilegal namun pemerintah Negara Gajah Putih sangat bertoleransi, pada hal ini lantaran menarik banyak pelancung untuk datang menikmati sajian seks.

Di pelbagai tempat pelancungan di Thailand hampir saban malam terjadi pesta dan di kehingar bingaran inilah prostitusi terselubung kerap terjadi. Para penjaja cendera hati pun sering menyewakan, tempat mereka bagi turis ingin melepas syahwat namun dana terbatas. Dari jumlah telah disebutkan berbanding dengan populasi 67 juta bererti sekitar 299 ribu orang Thailand jadi pelacur.

Kesimpulann:

Nampaknya, walaupun Malaysia mengaku negara Islam, tetapi lebih tinggi kadar  pelacurannya dari Thailand antara 5 negara paling tinggi kadar pelacuran di Asia. Yakni Malaysia  52 orang per 10 ribu penduduk, sedangkan Thailand sekitar 45 orang dari 10 ribu. Indonesia tidak termasuk 5 negara paling tinggi kadar pelacuran di Asia. Dari sudut ini, Malaysia lebih 'boleh' dari Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain negara Asia. (IH)


IKLAN:
Minuman Daun Stevia Uncang, Ganti Gula, Baik Untuk Diabetes & Darah Tinggi.
50 uncang daun manis stevia asli berjumlah RM39, termasuk harga pos di Malaysia.
Klik gambar di bawah...
Minuman Daun Stevia Uncang, Ganti Gula, Untuk Diabetes.

Minuman Daun Belalai Gajah Asli, Baik Untuk Kanser, Jantung dan Darah Tinggi.


Jika ingin dapatkan dapat minuman daun belalai gajah asli..
50 uncang daun belalai gajah asli berjumlah RM90 termasuk pos di Malaysia.
Sila hubungi..
TEL 6014 222 5865 / 6011 2302 8768   




Nik Aziz Kunjungi Lelaki Tertua Di Dunia Berusia 160 Tahun


TANAH MERAH: Penglihatan masih lagi jelas, pendengaran pun sempurna. Giginya masih yang asal. Lebih aneh lagi mampu berjalan kaki berbatu-batu biar pun usianya mungkin tertua di dunia iaitu 160 tahun.

Percaya atau tidak, namun Tok Ayah mendakwa melalui pengalaman di bawah 13 Sultan yang memerintah Kelantan. Malah kisah hidup pahlawan dan perjuangan Mat Kilau pun diketahui dengan jelas. Pengalaman di bawah penjajahan Inggeris dan Jepun masih diingati sehingga sekarang.

Wajahnya tidak berkedut seperti warga emas lain. Mohamed Soleh Ali lebih mesra panggilan Tok Ayah memberitahu ketika penjajahan Jepun beliau mempunyai tiga anak. Kesemua anaknya 13 orang dan sekarang hanya tinggal lima. Begitu juga kesemua 13 isterinya juga sudah meninggal dunia.

Anggota keluarganya, Stapa Ismail, 61 berkata, kegemaran Tok Ayah dari muda sehingga sekarang berjalan kaki ke mana sahaja.

“Dia pernah memberitahu berjalan kaki ke Johor, Pahang dan Terengganu semasa muda. Sekarang masih lagi mampu berjalan kaki ke bandar Pasir Mas,” katanya di sini.

Tok Ayah tinggal di Kampung Gelugur, Bukit Panau kelmarin dikunjungi Mursyidul PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mantan Menteri Besar itu juga menghadiahkan tongkatnya kepada Tok Ayah di samping wang. Stapa memberitahu paling aneh anak dan cucunya tidak tahu ke mana Tok Ayah pergi setiap hari, namun ketika pulang ada sahaja makanan yang dibawanya.

“Malah ada ketika anaknya nampak Tok Ayah naik kereta pergi, namun tidak lama kemudian dilihat ada di dalam rumah.
“Banyak sebenarnya kisah pelik kalau hendak cerita tentang Tok Ayah. Apa yang saya tahu sejak dahulu sehingga sekarang dia tidak bekerja tetap dan hanya tahu berjalan sahaja.
“Namun tangannya sentiasa ada buah tasbih. Tok Ayah hanya meminum air telaga yang tidak dimasak. Kalau orang bagi duit kepadanya dia akan bagi kepada orang lain pula,” katanya.

Cucu Tok Ayah pun ada yang sudah berusia lebih 60 tahun. Sementara itu tidak jauh daripada kampung tersebut juga ada seorang wanita berusia 126 tahun, sekarang tinggal bersama anaknya di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau. Demikian menurut Harakahdaily.

Carmelo Flores, pria tertua di dunia asal Bolivia 
Carmelo Flores, lelaki tertua di dunia asal Bolivia (news.com.au)

Sedangkan laman news.com.au, Selasa 20 Ogos 2013 melaporkan lelaki yang diumumkan tertua di dunia adalah berasal dari Bolivia, bernama Carmelo Flores. Pada bulan lalu genap berusia 123 tahun. Flores mengaku untuk dapat hidup berumur panjang, dia mengikuti pola diet penduduk Andean yang bermukim di Gunung Andes.

Begitu juga di Grand Island (New York), dilaporkan lelaki tertua di dunia yang juga seorang pemuzik dan pelombong arang batu dari barat New York meninggal dunia pada usia 112 tahun. Salustiano Sanchez-Blazquez meninggal dunia Jumaat lalu di rumah penjagaan orang tua di Grand Island, menurut perunding kanan gerontologi, Robert Young kepada Rekod Dunia Guinness.
Foto 
Salustiano Sanchez-Blazquez

Sanchez-Blazquez diiktiraf lelaki tertua di dunia apabila Jiroemon Kimura meninggal dunia 12 Jun lalu pada usia 116 tahun. Dalam satu kenyataan dikeluarkan Rekod Dunia Guiness awal musim panas ini, Sanchez-Blazquez yang nama gelarannya “Shorty” berkata, dia rendah diri dengan pengiktirafan yang diberikan dan berkata tidak mencapai apa-apa kejayaan istimewa hanya kerana hidup lebih lama berbanding orang lain.

Menurut Guinness, individu tertua di dunia kini ialah seorang wanita iaitu Misao Okawa dari Jepun yang berusia 115 tahun. Individu tertua pernah hidup yang disahkan secara rasmi ialah Jeanne Louise Calment dari Perancis yang meninggal ketika berusia 122 tahun dan 164 hari.

Kini di Kelantan pun sudah ada orang yang berumur lebih panjang dari mereka semua iaitu berumur 160 tahun. Al-hamdulillah!(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails