Thursday, November 28, 2013

Kedudukan 'Hamba Sahaya', Bagaimana Dalam Al-Quran?

 ADA yang bertanya, "Dalam tafsir surat Al Mu’minuun (Ayat 1- 11) disebutkan tentang keberuntungan menjaga kemaluan kecuali terhadap isteri-isterimu dan hamba-hambamu. Apa maksud kata “hamba (budak)”, apakah kita boleh tidak menjaga kemaluan terhadap hamba, dan apakah pengertian 'hamba' dalam tafsir Al-Quran ini. Jazakumullah khairan katsiran. Wassalammu’alaikum wr.wb.

Jawapan

Satu: 
Ayat mengenai hamba sahaya pada surah Al Mu’minuun tepatnya terdapat pada ayat 5-6, terjemahannya adalah..
  • ”Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya (kehormatannya), kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela”          (http://quran.al-islam.com/Targama/)
Sebelum Islam diturunkan, perbudakan atau perhambaan sangat merajalela dan tidak ada batasan yang melarangnya. Ertinya siapa saja dapat dijadikan hamba dengan cara apapun, seperti dirampas, diculik dan sebagainya. Namun ketika Islam datang perhambaan sangat dibatasi. Iaitu hanya tawanan perang yang boleh dijadikan hamba. Sebab hal ini sudah menjadi konvensi internasional, dimana orang Islam pun ditawan oleh musuh akan dijadikan hamba. 

Namun demikian, Islam sangat menganjurkan kepada umatnya untuk memerdekakan hamba-hamba itu. Diantaranya dijadikan sebagai tebusan untuk membayar kafarat dalam beberapa pelanggaran syariat, seperti kafarat sumpah, membunuh dengan tidak sengaja dan sebagainya. Dalam Islam hamba perempuan dihalalkan untuk digauli sebagaimana layaknya seorang isteri, namun hamba tersebut hanya boleh digauli oleh tuannya saja. 

Ertinya hamba yang dimiliki oleh seorang bapa tidak boleh diguali oleh anaknya atau siapapun juga. Bahkan apabila dia telah melahirkan anak maka disebut 'ummul walad' dimana tuannya tidak boleh menjualnya kepada yang lain, tetapi dia perlu terus memelihara atau memerdekakannya. Diantara dalilnya adalah ayat di atas dan beberapa ayat berikut ini: 
  • “Dan (diharamkan juga kamu mengawini) wanita yang bersuami, kecuali hamba-hamba yang kamu miliki (Allah telah menetapkan hukum itu) sebagai ketetapan-Nya atas kamu. Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian (iaitu) mencari isteri-isteri dengan hartamu untuk dikawini bukan untuk berzina.” (QS. An-Nisa’: 24) . 
http://www.eramuslim.com/ks/um/3c/8617,2,v.html

Dua:
Sebagai tambahan kepada jawapan di atas.. 
  • Maksudnya adalah hamba belian yang didapat dalam peperangan dengan kaum kafir, bukan hamba belian yang didapati diluar peperangan. Dalam peperangan dengan kaum kafir itu, wanita-wanita yang ditawan biasanya dibagi-bagikan kepada kaum muslimin yang ikut dalam peperangan. Kebiasaan ini bukanlah suatu yang diwajibkan. Namun Imam boleh melarang kebiasaan ini. (sumber : Al Qur’an Dan Terjemahnya, Departemen Agama Republik Indonesia Jakarta,Penerbit PT.Kumudasmoro Grafindo Semarang, Edisi Revisi tahun 1994).
  • Maksudnya adalah hamba sahaya yang berasal dari tawanan perang. (sumber : Al Quran Terjemah Indonesia,Tim DISBINTALAD,PT.Sari Agung Jakarta,Cetakan ke : 8, Th.1995)
  • Maksudnya adalah perempuan yang dapat kamu miliki sebagai tawanan dari medan perang. Iaitu perang untuk mempertahankan agama, bukan perang untuk merebut kekayaan dunia dan keuntungan raja-raja, maka perempuan itu boleh kamu tawan dan kamu kahwini. Boleh pula kamu lepas dan dikembalikan ke tanah airnya. Adapaun hamba perempuan yang ada sekarang bukanlah hamba yang sebenarnya. (sumber : Tafsir Quran karim, Prof.Dr.H.Mahmud Yunus,PT.Hidakarya Agung Jakarta,Cetakan ke : 29,Tahun 1991).

Merdekakan Hamba

  • “Bila seseorang memiliki hamba yang masih mahram, maka dia merdeka”. – (Ahmad dan Empat, dari Samurah bin Jundub)
Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata, Rasulullah saw. bersabda: 
  •  “Barang siapa memerdekakan bagiannya dalam diri seorang hamba, kemudian ia masih mempunyai kekayaan yang mencapai harga hamba itu, maka hamba itu ditaksir menurut harga sepatutnya, lalu ia membayar kepada masing-masing kawan bersama yang lain bagian mereka, sehingga merdekalah hamba itu. Jika tidak, maka ia hanya memerdekakan bagiannya saja . (Sahih Muslim, hadits no : 2758)
Hadis riwayat Abu Hurairah ra, dari Nabi saw. beliau bersabda: 
  •  “Mengenai seorang hamba yang dimiliki dua orang tuan, lalu salah seorang dari keduanya memerdekakan hamba tersebut. Beliau bersabda: Dia menanggung (pembayaran hak kawan sekutunya bila ia seorang yang kaya)”. (Sahih Muslim, hadits no : 2759)
  • Hadis riwayat Aisyah ra, dari Ibnu Umar, dari Aisyah, bahawa ia ingin membeli seorang hamba perempuan untuk dimerdekakan. Pemilik hamba itu berkata: Kami akan menjualnya kepadamu, dengan syarat hak loyalitasnya untuk kami. Lalu Aisyah ra. menceritakan hal itu kepada Rasulullah saw. dan beliau bersabda: “Syarat itu tidak dapat menghalangimu, kerana hak loyalitas itu hanya untuk yang memerdekakan” . (Sahih Muslim, hadits no : 2761)
Hadis riwayat Abu Hurairah ra, dari Nabi saw. beliau bersabda:
  •  “Barang siapa memerdekakan seorang hamba mukmin, maka Allah akan membebaskan setiap anggota tubuhnya dari neraka dengan setiap anggota tubuh hamba itu. (Sahih Muslim, hadits no : 2775)
http://hadith.al-islam.com/

  • “Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman”. (QS. 51 : 55)

  • “Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (QS. 47 : 7)

  • “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” (QS. 3 : 104)
 Wallahu 'aklam. (IH)

27 comments:

Droid said...

Haizzzz !!!

Anonymous said...

Salam....ada perbincangan berhubung status agama hamba...sahaya...sebelum tuan hamba bersama....adakah ke islamkan dulu atau bagaimana....

Anonymous said...

Adakah kena islamkan dulu...

Anonymous said...

Takutnya kalau ada peperangan, agama menghalalkan penganiaan ke at as wanita. Senangnya wahyu diturunkan untuk kesenangan nabi Muhammad saw. Bila baca riwayat sex nabi, amat menakutkan Dan kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pesalah seks sekarang.



Anonymous said...

Allah turunkan wahyu bkn utk kesenangan nabi semata. Sungguh Allah Maha Adil. Penganiyaan atas wanita yg dimaksudkn di ats jika blaku pperangan antara org kafir zaman dahulu. Hamba tsebut yg asalnya kafir. Dan mereka bkn diggauli secara paksaan atau dera. Mcm kes rogol tu. Tp zaman skrg da tak wujud sistem hamba spt dahulu, dan org boleh bfikir scara rasional jd kita dilarang menggauli wanita sesuka hati. Jgn kerana kata2 cik mngenai kesenangan nabi bole terpesong akidah. Waallahualam.

Anonymous said...

ok.mengikut pemahaman aku yang cetek ni, pada zaman nabi, peperangan untuk Islam kerap berlaku. oleh itu, halal tawanan untuk jadi hamba sahaya.ingat, tawanan berstatus hamba sahaya hanya terjadi bila ada peperangan untuk membela Islam.Pada zaman sekarang masih adakah peperangan yang semacam tu?? xda kan??oleh itu, sebarang peperangan pada zaman sekarang adalah bukan untuk Allah. Termasuklah isis dll yang x abis2 menggunakan nama Islam untuk menghalalkan tindakan mereka. hukum yang termaktub dalam al quran adalah terpakai sampailah zaman sekarang. dan kita kena fahami, peperangan yang semacam mana yg menyebabkan hukum itu terpakai. orang yang anti Islam memang seronok tafsir benda ni. sebab jadi 1 modal mereka untuk hentam Islam. tapi yang sebenarnya mereka tak faham pun. termasuklah segelintir umat Islam sekarang yang xmau mendalami ilmu agama. bila anti Islam mempertikaikan hukum Allah, mulalah gelabah.

Anonymous said...

Mohon Ustaz perbetulkan komen aku yang diatas kalau ada yang silap.

Unknown said...

Walaupun tawanan perang masih lagi tidak memeluk islam ketika diambil menjadi hamba , ia boleh terus digauli

bentobagmalaysia said...

Bawa mwngucap.... Takot awak tu terpesong akidah.. Tidak membenarkan apa yg tertulis dlm quran

Unknown said...

digauli kena kahwin dulu ke atau tanpa kahwin?

Ain86 said...

Tanpa kawin..nama pon hamba..tp kalo mereka melahirkan ank..elok la dimerdekakan dan baru la kena kawin sb kalo dh dmerdekakan xbole digauli sesuka hati.kalo nk tahu tgk la cerita turki magnificent century.isu hamba ni sgt bleluasa sblm kedatgn islam..bila islam tiba isu ini sgt dibataskn kepada tahann perang shja..islam juga sgt mgalakkn org2 pd zmn tsebut yg mpunyai hamba spya mbebaskan hamba mereka.cuba la hadam artikel di ats tu..

“Barang siapa memerdekakan seorang hamba mukmin, maka Allah akan membebaskan setiap anggota tubuhnya dari neraka dengan setiap anggota tubuh hamba itu. (Sahih Muslim, hadits no : 2775)

unsungheroes98.blogspot.com said...

Terima kasih,atas segala pencerahan yang diberikan. Alhamduillah,sekarang segala persoalan yg bermain didalam pemikiran saya akhirnya semua terjawab.

matrix said...

Adakah kemungkinan berlaku pada zaman kebangkitan imam mahdi..tuan

Unknown said...

Alhamdulillah..terima kasih atas penerangan dan pencerahan dari pertanyaan..moga bermanfaat

Anonymous said...

Apa beza beli hamba dan bayar pelacur untuk jadi hamba ustaz hasyim ?

Anonymous said...

Hamba sahaya= tawanan yang dapat dari perang atas membela islam
Surah al mu'minun 5-6 = Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya (kehormatannya), kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

Kalau akan datang ada perang atas dasar islam.. adakah hamba ini masih relevan?

Macam mana kita nak jawab argument "islam adalah merentasi zaman"

Aku tanya sebab mesti ada yang tanya macam ni.. sebab aku dah kne..so nak jawab macam mana?

Shah Mardani said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Jika kamu muslim, hendaklah kamu bertaubat dan menarik balik kata-katamu. Jika engkau bukan dari golongan kami iaitu kafir, maka tiada haknya engkau mengatakan begitu kepada Nabi kami, Muhammad Saw. Kamu tidak memahami sirah dan kisah hidupnya.

Unknown said...

bagaimana jika perempuan yg dijadikan hamba itu bini org?

Amirol Ramli said...

dalam hal ini bukan lagi penganiayaan. lebih naik digauli berbanding DIPUKUL OLEH REJIM.

Anonymous said...

Aku pernah baca. Bini org pun boleh balun kalau tak ditawan bersama suaminya. Kalau mengandung, dibinkan dgn nama tuan dia

Unknown said...

Assalamualaikum, nk tnya.. bgaimana klau hmba wanita tu xnk ditiduri.. adakah tuan dy boleh paksa hnya sbb dy tu berstatus hmba?? xfhm sbb mcm penderaan emosi pulak😅 mcm terpaksa sbb dh jadi hmba... maaf masih belajar, xberapa nk fhm, hrp boleh fhmla lepasni, hrp ada jwpn yg memuaskn... hmm..

Unknown said...

Perkahwinan datang dari Allah.Jika Allah berkehendak menghalalkan hubungan lelaki&perempuan langsung dari langit tampa manusia perlu mengadakan upacara kawin,itu boleh jadi kerna Allah Pemilik segalanya.Oleh itu tidak perlu dipermasalahkan kehalalan tuan berhubungan dgn hambanya Jika kehalalan itu sendiri langsung dari langit.

Apakah ianya tuk kesenangan.?
Tidak,Kerna semakin ramai jumlah hamba yg dimiliki maka semakin terbeban pemiliknya.Jangan menilai islam hanya kerna islam mengahalalkn sex antara hamba&tuanya.Jika kau menilai sedemikian maka perkahwinan yg dilakukan&dibenarkan menurut agama juga patut dipertikaikan kerna agama menghalalkannya tuk kesenangan sex manusia.Tapi ia tdk berlaku kerna orng berakal tidak memandang perkahwinan adlh sex semata.Jika dilihat dgn pelbagai peraturan yg ditetapkn olh islam dlm memiliki hamba,ianya hampir sama dgn seorang suami yg memiliki seorang isteri.Boleh dikatakan hamba itu hakikatnya adlh isteri yg berstatus hamba kerna belum dibebaskan.Ini kerna peraturan didlmnya sangat mirip.Sebagaimna suami perlu memperlakukan isterinya dgn baik,memberi pakaian yg sewajarnya,tdk membebankn dgn pekerjaan yg berat&Sebagainya sebagaimana isteri.Islam juga menyuruh tuan kpd hamba memberi curahan ilmu/pendidikan yg seharusnya seorang isteri dapat dari suaminya.

Salah satu islam membenarkan seorang muslim memiliki tawanan perang adlh agar orang yg dahulunya benci pd islam dapat mengenali islam dgn lebih dekat dan merasai sendiri betapa hebatnya kerohanian yg ada pd islam.

Anonymous said...

Yo. So aku ade buat research sikit hamba dia dijaga diberi makan dan di beri pakaian dan tak boleh bagi kerja luar kemampuan hamba kalau luar kemempuan so tuan kene tolong. So kalau pompuan tu taknak aku rasa kene adelah syarat tertentu contohnya period ke. Mungkinlah

Anonymous said...

Hamba ni dia dijaga oleh tuan dia macam srorang isteri. Diberi makan diberi pakaian, kerja yang diberikan pon perlu mengikut kemampuan hamba pendidikan juga diberikan layaknya seorang isteri. Mereka juga perlu dilayan dengan baik. Dan banyak hukum yang membenarkan tuan hamba tersebut melepaskan hamba atas kesalahannya

Anonymous said...

wujud tak hamba lelaki pada zaman tu. adakah hamba lelaki juga boleh digauli oleh tuan wanita pada zaman tu. ingin tahu

Anonymous said...

Nk taunjga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails