Saturday, May 16, 2020

'pelepasan tanpa pembebasan' Penerbit Hollywood. Tun M Hipokrit?

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Takiyuddin Hassan.
Takiyuddin minta Tun M tidak bersikap hipokrit
PUTRAJAYA: Kegusaran Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap keputusan Mahkamah Sesyen memberi pelepasan tanpa pembebasan kepada penerbit Hollywood, Riza Aziz dianggap sebagai tidak munasabah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, meminta bekas Perdana Menteri itu tidak bersikap hipokrit dengan mengatakan tertanya-tanya, keliru dan tidak faham keputusan dibuat Peguam Negara serta Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes itu.
"Tindakan Tun amat tidak munasabah. Sebagai bekas Perdana Menteri pada masa material dan kerajaan berharap beliau tidak terus bertindak mengelirukan rakyat dengan mengatakan beliau 'keliru'.
"Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terus bertindak mengikut undang-undang dan berpegang kepada prinsip kebebasan badan kehakiman serta proses perundangan yang sah mengikut undang-undang," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mahkamah Sesyen pada Khamis lalu, membenar permohonan melepaskan tanpa membebaskan Riza yang juga seorang penerbit di Hollywood, daripada lima tuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta.
Hakim Azman Ahmad membenarkan permohonan itu selepas Pendakwa Raya ad hoc, Gopal Sri Ram, beritahu mahkamah yang pembebasan itu tertakluk kepada tertuduh memenuhi perjanjian di pihaknya.
"Suatu persetujuan dicapai antara pihak pendakwaan dan tertuduh yang mana terma-termanya adalah kerajaan Persekutuan akan menerima sejumlah wang yang banyak mencecah beberapa juta ringgit," katanya ketika membaca kenyataan yang disediakan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan berasingan, kemudian memaklumkan kerajaan dijangka menerima semula aset-aset di luar negara berjumlah RM465.3 juta (AS$107.3 juta) ekoran keputusan Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan Riza itu.
Dalam reaksinya, Dr Mahathir melahirkan kegusaran terhadap keputusan Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan Riza selepas dia selaku tertuduh, bersetuju mengembalikan aset-aset terbabit.
"Di masa depan, apabila ada penjenayah yang curi duit dan dihadapkan mahkamah, adakah dia dilepaskan apabila dia kata akan pulangkan balik duit yang dicuri?
"Sebagai wakil rakyat, saya susah hati. Walaupun bukan lagi kerajaan, tetapi saya terbabit dalam pembentukan undang-undang dan kita harap undang-undang itu berkesan," katanya sambil menegaskan tidak bermaksud mempersoalkan kuasa dan integriti mahkamah. (BH)
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz, (kanan) berhubung pertuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 billion) berkaitan penyelewengan dana 1MDB. - Foto NSTP/Fathil Asri
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz, (kanan) berhubung pertuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 billion) berkaitan penyelewengan dana 1MDB. - Foto NSTP/Fathil Asri

Ini, Anak Siapa 'curi' Duit Rakyat. Potong Tangannya?


Anak Siapa Sebenarnya yang curi duit rakyat?
Oleh MindaRakyat.

BEKAS perdana menteri Najib Razak membalas kritikan Dr Mahathir Mohamad yang "khuatir dan tertanya-tanya" dengan keputusan mahkamah yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) anak tirinya, Riza Aziz dalam kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah AS$248 juta (RM1.08 bilion).

Dalam satu kenyataan sinis di Facebook, Najib mempertahankan Riza dan membangkitkan beberapa urus niaga melibatkan anak Mahathir.

"Oleh kerana dia keliru, saya taip perlahan-perlahan dengan cara paling ringkas supaya dia faham.

"Riza ada projek filem. Keluarga kerabat Abu Dhabi berminat dan janji kepada Riza untuk labur projek filem dia. (Pihak) yang berjanji masa itu termasuk putera mahkota Abu Dhabi (Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan) serta timbalan perdana menteri UAE yang juga merupakan adik kepada presiden UAE yang juga pemilik kelab Manchester City," kata Najib yang jelas merujuk Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan.

"Mereka pun arahkan CEO syarikat Aabar untuk melabur dalam projek filem Riza. Ada perjanjian pelaburan dan sebagainya," katanya lagi.

Menurut Najib, filem-filem yang diterbitkan Riza "agak berjaya".

"Filem pertama Wolf of Wall Street (2013) jana penjualan tiket AS$392 juta (RM1.7 bilion) berbanding kos AS$100 juta (RM430 juta). Filem Dumb and Dumber To (2014) jana penjualan tiket AS$169.8 juta (RM730 juta) dengan kos pengeluaran AS$50 juta (RM215 juta). Filem Daddy's Home (2015) jana penjualan tiket AS$242.8 juta (RM1.04 bilion) dengan kos AS$69 juta (RM297 juta)," menurutnya.

Dalam persetujuan yang dicapai antara pihak Riza dan pendakwaan, beliau dilepas tanpa dibebaskan atas pertuduhan itu dengan syarat memulangkan semula aset dari luar negara dengan nilai anggaran AS$107.3 juta (RM465.3 juta)


Semalam, Mahathir antara lain menyuarakan kekhuatirannya berkenaan persetujuan itu dan mempersoalkan jika pihak yang didakwa atas tuduhan mencuri boleh terlepas daripada tindakan jika memulangkan semula apa yang dicurinya.

"Dia curi berbillion-billion...Dia bagi balik kepada kerajaan. Dia kata kepada kerajaan, 'Nah, duit yang aku curi. Sekarang ini, jangan ambil tindakan terhadap aku.' Kita pun kata, 'Sudah bagi balik duit okey lah'," katanya.

Menjelaskan bahawa beliau tidak mempersoalkan keputusan mahkamah, Mahathir pada masa sama berkata ia menunjukkan undang-undang mungkin perlu dipinda.

Najib menegaskan bahawa ianya bukan bail-out Petronas untuk "syarikat milik anak sulung pihak tertentu ataupun Vincent Tan yang menjual kumpulan hospital Pantai kepada anak kedua tertentu yang berumur 35 tahun masa itu."

"Ini juga bukan konsesi-konsesi Fomema atau kontrak membekal semua hospital kerajaan yang diberi kepada kumpulan Pantai selepas anak tertentu membelinya.

"Ini juga bukan melantik syarikat Petron sebagai syarikat rasmi untuk membekal minyak kepada kerajaan sebaik sahaja PH menang PRU14."

Najib juga membangkitkan projek Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6 bilion melibatkan Opcom Bhd yang didakwanya "diwujudkan, diluluskan dan dilaksanakan" oleh kerajaan PH kurang setahun yang menyebabkan harga saham syarikat itu melonjak 50 peratus.

"Ketiga-tiga anak pun ada," katanya yang jelas merujuk tiga anak Mahathir, iaitu Mokhzani, Mirzan dan Mukhriz.|

Mengulas lanjut, Najib berkata selepas filem terbitan Riza berjaya, beliau telah mula membayar balik keuntungan dan pelaburan asal kepada pihak Abu Dhabi.

"Perkara ini juga terdedah dalam rakaman audio perbualan telefon saya dengan putera mahkota Abu Dhabi yang didedahkan oleh Latheefa Koya pada masa PH," katanya, sambil secara sinis mengucapkan terima kasih kepada bekas pesuruhjaya SPRM itu kerana mendedahkan rakaman tersebut.

"Kesemua transaksi, akaun bank, penggunaan dana, keuntungan yang dijana dari dana, perjanjian dan saksi-saksi adalah di luar negara terutamanya di Amerika Syarikat. Nak bicara di Malaysia pun susah.

"Pun begitu, DOJ Amerika Syarikat juga tak pernah mendakwa Riza atas kes jenayah. Cuma saman sivil yang sudahpun diselesaikan di sana tahun lepas...Tetapi yang pelik walaupun transaksi Riza tak berlaku di Malaysia, (dia) didakwa dengan kes jenayah di sini," katanya lagi.

MR:  Mahathir bercakap andaian (gosip) Najib bercakap dengan fakta. Tapi macai PH bodoh hancing akan percayai Atuk yang tipu rakyat 22 tahun. Orang tua pasti kenal siapa Atuk


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau begitu rakyat cepat-cepatlah sokong dan tolong kempen kepada PAS. Tolak semua fitnah DAP dan musuh Islam supaya kerusi Parlimen PAS bertambah dan PAS berkuasa melaksanakan sistem perundangan Islam. 

Barulah 'pencuri' duit rakyat seperti kes-kes di atas boleh dihukum 'potong tangan' jika jelas terbukti kesalahannya. Tak kira dia anak siapa, berapa banyak wang yang ada.. Yang penting tangannya mesti 'kudung'! Insya Allah..
Ibnu Hasyim: Presiden PAS: Satu Perubahan Yang Perlu Dilihat ...
Parti PAS menyediakan khidmat sewa khas... - We Are All Jebonesta ...

PKPB&Pusat Hiburan. Mabuk, Semua Langgar!

Sebahagian daripada wanita warga asing yang ditahan polis dalam serbuan terhadap sebuah pusat hiburan yang ingkar PKPB di Kuching, malam tadi.
Sebahagian daripada wanita warga asing yang ditahan polis dalam serbuan terhadap sebuah pusat hiburan yang ingkar PKPB di Kuching, malam tadi.
HALAMAN HIBURAN
PKPB: 31 ditahan ingkar di pusat hiburan


KUCHING: Sebuah pusat hiburan dekat Green Height di sini, diserbu polis malam tadi selepas dikesan ingkar larangan beroperasi sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Dalam serbuan jam 9 malam itu, Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sarawak menahan 31 orang termasuk 10 wanita warga asing.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai, berkata, mereka yang ditahan berusia 15 hingga 55 tahun.
"Daripada 10 wanita asing yang ditahan, tujuh darinya gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan.
"Kesemua pengunjung dalam pusat hiburan itu sedang leka berhibur sambil meneguk minuman keras ketika serbuan dilakukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menjelas lanjut, katanya, operasi pusat hiburan adalah dilarang dibenarkan sepanjang tempoh PKPB atas arahan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
"Pihak polis bersama agensi berkaitan telah mendapat arahan melaksanakan tanggungjawab memasti PKPB dipatuhi setiap golongan masyarakat.
"Kita akan menjalankan operasi dari semasa ke semasa agar setiap arahan dipatuhi dalam usaha memutuskan rantaian wabak COVID-19," katanya.


Beliau berkata, kesemua yang ditangkap malam tadi akan didakwa mengikut Seksyen 6(1)(a) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 15(1) Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.(BH)
Berita Malaysian Terkini: Lelaki Mabuk Ajak Penguat Kuasa Satu ...
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Gubal semula larangan arak dan pusat hiburan, untuk kebahagiaan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pengacau DAP sudah takde lagi?

Jangan Buat Perangai Boikot Atau Drama Murah 18 Mei Ini..



Sidang Dewan Rakyat 18 Mei: Sabotaj&Demonstrasi?

Muktamad! 18 Mei ini hanya titah diraja sahaja tiada sidang selepas itu.

Friday, May 15, 2020 (Dr MiM)


Kita minta ahli-ahli parlimen:

1. Jangan tunjuk keras kepala, sabotaj atau boikot. Itu kurang ajar dan menghina DYMM Agong namanya.

2. Tolong jaga sedikit mulut itu. Jangan maki hamun atau guna perkataan b**i seperti di Melaka.

3. Tak payahlah pegang plakad beramai-ramai lagi. Sudah basi dan outdated.
4. Jangan simbolik sangat seperti pakai facemask hitam. Jangan diconteng. Buat malu kat anak-anak tadika saja. Cari idea lain.

5. Tolong pakai baju tebal sikit sebab dewan parlimen sejuk.

6. Selepas selesai, tidak boleh berkumpul beramai-ramai kerana masih dilarang semasa PKPB. Balik terus.

7. Sila pakai face mask dan kerap basuh tangan dgn sanitizer.

8. Jangan buat sidang akhbar dalam parlimen. Perlu jaga kesihatan wartawan dan jurugambar.

9. Kalau tidak puas hati, sila mengadu dalam Face Book masing-masing. Buat video conferencing dengan geng lain jika ada yang tidak puas hati.
Dalam masa yang sama, Mat Sabu gertak nak bawa isu sidang parlimen sehari ke jalan raya. Katanya, apakah jalan raya menjadi medan penentu selepas ini?

Jika dibenarkan dan nak juga bawa ke jalan raya, kita nasihatkan 2 perkara sangat penting kepada Mat Sabu :
1. Jangan lupa pakai facemask dan penjarakan sosial. (rujuk foto)
2. Tolong nyahkuman kawasan yang nak berguling dengan sanitizer.
Foto edit memakai facemask.

Tapi 
kita semua tahu perhimpunan orang ramai tidak dibenarkan semasa PKPB. Kita tidak mahu kluster baharu virus covid-19 seperti klaster Seri Petaling yang gagal dicegah oleh kerajaan DAP-PH.


Kita tidak mahu klaster parlimen atau klaster berguling.

Jangan politiking sangat semasa wabak ini. Kasihanilah frontliners yang selama ini berkorban masa dan nyawa. Perancangan dan tugasan kerajaan serta agensi kerajaan seperti KKM berjalan dengan baik dan diiktiraf dunia.

Wabak semakin terkawal, yang dijangkiti semakin kurang dan ramai yang sembuh.

Lagi pun, ada lagi sidang parlimen selepas ini. Next bulan Julai.

Jika benar ada integriti, bantulah kerajaan dengan pastikan parlimen masing-masing terjaga dan dalam zon hijau. Kalau tidak, sidang parlimen bulan Julai pun mungkin ditangguh jika wabak covid-19 tular kembali.

Dan janganlah sesekali buat perangai, boikot atau berdrama murahan pada 18 Mei ini. Hormat kepada DYMM Agong.
(https://babab.net/out/sidang-dewan-rakyat-18-mei-sabotaj-demonstrasi.html)

Tahniah! Dr Luqman Dilantik Mufti W/Persekutuan. Dari Ibnu Hasyim.

UM mengucapkan tahniah atas pelantikan Dr Luqman sebagai Mufti Wilayah Persekutuan. FOTO FB Universiti Malaya.
PENSYARAH Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) Dr Luqman Abdullah akan dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu.
Perkara berkenaan disahkan menerusi Facebook rasmi Universiti Malaya yang memuatnaik poster ucapan tahniah kepada Dr Luqman atas perlantikan berkenaan.
Menerusi poster berkenaan, UM berbangga dan merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada Dr Luqman Abdullah daripada Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam atas pelantikan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan berkuat kuasa mulai 15 Mei 2020 hingga 14 Mei 2022.
Beliau menggantikan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), beberapa bulan lalu.
Dr Luqman berusia 51 tahun dilahirkan di Kelantan dan anak kepada seorang ulama terkenal iaitu Allahyarham Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman yang juga Pengerusi Madrasah Ar Rahmaniah Pondok Lubok Tapah.
Sumber memberitahu Harian Metro bahawa Dr Luqman sudah menerima surat perlantikan petang tadi dan kini dalam proses menguruskan peminjaman perkhidmatannya ke Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.
Menurutnya, ia adalah proses biasa memandangkan beliau adalah pensyarah yang masih bertugas di UM.
Dr Luqman mendapat bimbingan pendidikan agama menerusi Allahyarham bapanya dan aktif dalam pembentangan kertas kerja dalam forum dan seminar sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa dalam bidang persoalan wakaf, zakat, usul fiqh dan pengajian tradisional.
Beliau pernah menetap selama empat tahun di United Kingdom ketika melanjutkan pengajian di peringkat Kedoktoran Falsafah (PhD) di Universiti Edinburgh dalam bidang undang-undang harta Islam.
Peringkat profesional, beliau adalah Ahli Lembaga Pusat Pembangunan Pengajian Pondok Kelantan, Ahli Panel Pakar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ahli Panel Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, tahniah!

Friday, May 15, 2020

Bantuan RM300 Peneroka FELDA, FELCRA, RISDA. Bukan Macam PH.



KUALA LUMPUR: Kerajaan setuju memberi Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 sebanyak RM300 seorang kepada peneroka FELDA, FELCRA dalam kategori B40 dan pekebun kecil RISDA bermula Isnin ini.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, bantuan khas itu membabitkan anggaran peruntukan sebanyak RM148 juta.
Menurut kenyataan itu, bantuan terbabit akan memberi manfaat kepada 113,000 peneroka FELDA, pengusaha FELCRA dalam kategori B40 (90,000) dan 292,000 pekebun kecil RISDA, iaitu pekebun yang mengusahakan tanah dengan keluasan tidak melebihi 2.5 hektar.
"Kerajaan mengambil maklum kedudukan harga pasaran global komoditi seperti kelapa sawit dan getah, yang kian merosot disebabkan penularan wabak COVID-19.
"Situasi ini secara langsung telah menjejaskan pendapatan hampir 500,000 peneroka, peserta dan pekebun kecil yang bernaung di bawah FELDA, RISDA dan FELCRA di seluruh negara," katanya.
Justeru, kerajaan berharap bantuan khas itu akan dapat meringankan beban warga agensi terbabit, terutamanya dalam persiapan menyambut Aidilfitri. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, panjang umur kerajaan PN di bawah PM ke 8. Jangan ikut perangai kerajaan PH yang tangkai jering sebelumnya..

Solat Jumaat di 25 masjid, 31 surau dalam Wilayah Persekutuan

Jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan wabak COVID-19. - Foto Asyraf Hamzah
Solat Jumaat di masjid Nehara KL.
KUALA LUMPUR: Selepas lapan minggu ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebanyak 25 masjid dan 31 surau dalam Wilayah Persekutuan Kuala lumpur, Putrajaya dan Labuan hari ini mengadakan solat Jumaat.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail, berkata semua masjid dan surau yang dibenarkan mengadakan solat Jumaat berada dalam zon hijau.



"Jemaah pula terdiri daripada kakitangan masjid dan surau serta kariah yang dibenarkan untuk mendirikan solat secara berjemaah.
"Sudah tentu semua perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk penjarakan sosial," katanya ketika ditemui di Masjid Negara hari ini.
Sementara itu, tinjauan BH di Masjid Negara mendapati seramai 30 jemaah terdiri daripada kakitangan masjid berkenaan dan JAWI menunaikan solat Jumaat.
Solat itu diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Husni.
Terdahulu, semua jemaah diwajibkan menjalani pemeriksaan suhu dan merekodkan maklumat peribadi mereka sebelum dibenarkan memasuki ruang utama solat.
Bagi mematuhi penjarakan sosial pula, jemaah bersembahyang dalam jarak satu meter antara satu sama lain dan memakai pelitup muka.
Solat Jumaat berlangsung dalam tempoh lima minit dengan imam membacakan khutbah ringkas mengenai bahaya dan ancaman COVID-19.
Malah, jemaah juga tidak dibenarkan mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas menunaikan solat Jumaat.
Guru tahfiz, Ahmad Mujahid Salleh Sani, 35, yang juga imam jemputan Masjid Negara, menyifatkan kebenaran menunaikan solat Jumaat selepas sekian lama ditangguhkan sebagai kegembiraan yang tidak dapat digambarkan.
"Saya gembira dan teruja kerana terpilih untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara. Biarpun perlu mematuhi SOP ditetapkan, peluang diberikan adalah satu nikmat yang wajib kita syukuri," katanya.
Sementara itu, kakitangan Masjid Negara, Muhammad Noriman Kamaruddin, 27, berkata kelonggaran yang diberikan untuk menunaikan solat Jumaat serta solat berjemaah yang lain harus dimanfaatkan sebaiknya.
"Walaupun jumlah jemaah yang dibenarkan hanya kecil, itu tidak mengapa kerana sudah sekian lama solat Jumaat ditangguhkan berikutan penularan COVID-19.
"Saya berharap penularan virus ini dapat ditamatkan dan lebih ramai jemaah dapat menunaikan solat Jumaat serta solat berjemaah yang lain," katanya.(BH)

PRK Chini 4 Julai, Penamaan Calon 20 Jun.

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH


KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Pahang akan diadakan pada 4 Julai depan, manakala hari penamaan calon adalah pada 20 Jun.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun, berkata tarikh bagi pengundian awal pula adalah pada 30 Jun.


Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas bagi PRK DUN Chini di ibu pejabat SPR, Putrajaya, hari ini.
PRK DUN Chini diadakan susulan kematian Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas di Bangsar, 7 Mei lalu.
Pada Pilihan Raya Umum 2018, Allahyarham selaku wakil Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi disandangnya dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 7,675 undi.

100%, 18 AP PAS Sokong PM. -Nik Abduh.


Ustaz Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz (kanan) ketika menjadi tetamu jemputan di program Galeri Ramadan yang disiarkan secara langsung di Kelantan TV hari ini.


KOTA BHARU: Berdasarkan situasi sekarang di mana negara masih bergelumang dengan Covid-19, PAS yakin sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin meningkat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) semakin mendapat kepercayaan rakyat.
Katanya, PAS memberi sokongan yang tidak berbelah-bagi terhadap kepimpinan kerajaan hari ini.
“100 peratus sokongan daripada kita 18 Ahli Parlimen PAS kepada perdana menteri.
“Kita yakin bahawa kerajaan baharu mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen lain berdasar tinjauan secara umum yang dilakukan,” katanya selepas menghadiri program Galeri Ramadan yang disiarkan secara langsung di Kelantan TV hari ini.
Perkara yang sama turut disuarakan Ahli parlimen Tumpat Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata semua anggota Parlimen PAS menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Baru-baru ini pemimpin Pakatan Harapan (PH) menghantar usul undi percaya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad. Usul itu dikemukakan ahli parlimen Warisan Dato’ Seri Shafei Apdal.
Selain itu, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Muhamad Arif Md Yusof juga memaklumkan menerima usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin. Usul berkenaan dikemukakan Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi pada 4 Mei lalu.- HARAKAHDAILY 12/5/2020

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails