Saturday, December 17, 2016

PBB Gagal: Suu Kyi, Lu Tiada Alasan Lagi Halau Rohingya. 9 Perkara..



DR MAUNG Zarni, pembela demokrasi Burma, seorang aktivis hak asasi manusia dan bekas felo di London School of Economics. Beliau tinggal dan bekerja di Amerika selama 17 tahun. 

Semasa menjawab soalan wartawan mengenai pembunuhan beramai-ramai Muslim Rohingya di Myanmar, Dr Maung Zarni menggambarkan, “Aung San Suu Kyi,  anda tiada alasan lagi untuk menghalau Rohingya”. 

Gambar citra satelit kondisi desa-desa di negara bagian Rakhine, Myanmar, yang dihuni oleh etnis Muslim Rohingya, pada November 2016. Gambar satelit desa-desa di Rakhine, Myanmar, yang dihuni Rohingya.
Imigran suku Rohingya dari Myanmar berada di perahu mereka yang terdampar di perairan Desa Simpang Tiga kecamatan Julok, Aceh Timur, Aceh, Rabu (20/5). Sebanyak 400 Imigran itu terdampar dan ditemukan nelayan Aceh sekitar 26 mil dari pesisir pantai Desa Simpang Tiga. ANTARA FOTO/Syifa/

Beliau mendedahkan 9 perkara ini..

Satu: Bukti sejarah.

Kata Dr Maung Zarni,  bukti sejarah telah memberi indikasi yang jelas bahawa rantau pesisiran Rakhine pada hari ini merupakan rumah kepada Rakhine dan Rohingya berabad-abad lamanya. Rantau ini juga mempunyai interaksi yang jauh lebih besar dengan komuniti Bay of Bengal yang kini adalah pesisiran timur India, Bangladesh (Bengal Timur) daripada pusat Burma yang kini pusat kumpulan pemerintah, Burma.

"Oleh itu, saya menyokong tanpa ragu hak orang Rohingya untuk kembali, hampir sejuta kini, yang mana Burma ingin mengalih keluar sejak operasi ketenteraan pertama besar-besaran pada 1978″. Tegas Dr Maung Zaini.

Dua: Pengesahan pegawai tertinggi Burma.

Dr Maung Zarni berkata,  kerajaan Burma  termasuk pemimpin-pemimpin yang lebih ‘senior’ daripada ‘Burma Armed Forces’ menerima secara rasmi dan mengesahkan orang Rohingya sebagai salah satu daripada minoriti etnik Kesatuan Burma.

Tiga: Sempadan Rakhin.

Biarpun sempadan itu hasil daripada penjajahan, bangsa Rohingya sememangnya menempati wilayah Rakhine.

Dr Maung Zarni berkata, bangsa Rohingya sama seperti golongan minoriti etnik yang lain di sepanjang tanah Burma yang poros dan sempadan panjang Burma dengan China, India, Thailand dan Bangladesh, yang kehadiran dan identiti mereka telah wujud sebelum kemunculan Burma hari ini.

Burma seperti yang kita ketahui ialah produk negosiasi penjajahan di kalangan nasionalis Burma, pemimpin minoriti etnik penjajah British dan sempadannya digaris secara tiruan, memecahkan komuniti yang tinggal di daerah berhampiran sempadan kepada penduduk negeri baru. 

Seawal 1950, pemimpin-pemimpin Burma, kedua-dua kelompok orang awam dan tentera mengetahui kehadiran dan penyesuaian identiti orang-orang yang tinggal di sempadan ini. 

Katanya, beliau tahu mengenai perkara ini kerana arwah pakcinya ialah komander ‘senior’ berpusat di Rakhine, yang merupakan Timbalan Ketua bagi wilayah pentadbiran Rohingya bernama Wilayah Mayu selepas Sungai Mayu di Rakhine Utara.

Tambahan itu, terdapat lebih daripada 1.3 juta orang Rohingya – berdasarkan anggaran konservatif pegawai Burma yang tinggal berterusan di tempat yang anda mungkin memanggilnya “penjara terbuka besar” di mana pembersihan etnik mengambil tempat”. 

Empat: Penolkan PBB.

PBB pernah menolak permintaan Thein Sein sekaligus menunjukkan PBB memilik pendirian bahawa bangsa Rohingya ialah rakyat sah Myanmar yang wajar dibela.

Dr Maung Zarni mendedahkan, kerajaan Burma di bawah bekas Jeneral Thein Sein mencadangkan kepada lawatan UNHCR Ogos 2012 untuk mengalih mereka keluar secara efektif dan memindahkan mereka ke negara lain, melalui pembiayaan PBB.

"PBB menolak cadangan tersebut di atas asas bahawasanya bangsa Rohingya  bukan orang pelarian. Mereka adalah rakyat negara ini, dilahirkan dan dibesarkan di sana dan  ia merupakan tanggungjawab Burma untuk menjaga mereka”. 

Lima: Myanmar salah dari sudut undang-undang antaranbangsa.

Myanmar bersalah dari sudut undang-undang antarabangsa disebabkan pendekatan yang diambil Thein Sein.


"Negara saya bersalah secara sah." Dr Maung Zarni.

“Sekalipun tanpa membincangkan perlakuan pembunuhan beramai-ramai rejim Burma, hakikat bahawa Thein Sein enggan untuk mendaftar kelahiran setiap bayi Rohingya yang baru lahir menjadikan Burma penceroboh undang-undang antarabangsa utama. Contohnya,  ‘Child Right Convention’,  yang memberikan semua bayi yang baru lahir hak untuk mendapat kewarganegaraan.

“Negara saya bersalah secara sah, di aspek hakikat dan undang-undang antarabangsa,  belum menyebut sekali prinsip ajaran Buddha akan kasih sayang dan kebaikan,” kata Dr Maung Zarni.

Enam: Aung San Suu Kyi rasis.

Apabila ditanya tentang adakah Aung San Suu Kyi tidak menghiraukan bangsa Rohingya,  Dr Maung Zarni menjawab, Aung San Suu Kyi dilaporkan sangat rasis terhadap Muslim. Dia membuat keputusan secara unilateral untuk tidak membenarkan sebarang MP Muslim di dalam partinya semasa pilihanraya 2015, bertujuan bagi melayan majoriti pengundi yang anti-Muslim secara efektif.

“Aung San berkongsi kekhuatiran Jeneral-jeneral Burma mengenai perkembangan populasi Muslim dan berkongsi penginstitusikan pandangan ketenteraan bahawa Rohingya ialah haram atau migran era penjajahan tanpa asal-usul di negara ini. 

“Dengan membersihkan semua nama kepimpinan NLD daripada calon Muslim,  dia telah selarikan dirinya secara praktikal dengan rakan kongsi utamanya,  pihak tentera,” katanya. 

Tujuh: Propaganda Anti Muslim.

Terang Dr Maung Zarni apabila ditanya mengenai sebab penentangan terhadap Rohingya di Burma,  “Penting untuk mengetahui bahawa  sejumlah besar Islamofobia yang membengkak merupakan hasil daripada propaganda anti-Muslim ketenteraan Myanmar berdekad-dekad lamanya.

“Jeneral-jeneral menjadi rasis dan menghapuskan pegawai bersenjata Muslim di semua peringkat dan mereka mengalih penglihatan kepada masyarakat besar-besaran.  Di, sebalik prejudis perkauman antara Buddha dan Muslim,  kebencian,  ketakutan Muslim daripada majoriti Burma dan minoriti bukan Rohingya bukan Muslim yang lain ialah sesuatu yang belum pernah terjadi sebelumnya.

“Kebencian popular anti-Rohingya dan anti-Muslim ini serupa dengan sentimen popular Jerman Nazi dan anti-Yahudi. Sebab itu,  layanan Aung San Suu Kyi terhadap tentera dan rasisme ke atas Rohingya ialah sangat membimbangkan,” katanya.

Lapan: Komuniti antarabangsa gagal.

Apabila diajukan soalan “Adakah komuniti antarabangsa tidak mencipta tekanan secukupnya untuk Myanmar melayan Rohingya dengan adil? “

Dr Maung Zarni berkata, komuniti antarabangsa mitos telah mengetahui tentang penganiayaan Rohingya berdekad-dekad – sejak 1970-an. Terdapat lambakan bukti dan dokumentasi daripada Rohingya,  daripada pertubuhan hak asasi manusia seperti Amnesty International,  Human Rights,  laporan kedutaan,  laporan PBB,  dan lain-lain.

Tetapi PBB telah gagal untuk mengambil tindakan konkrit dan sebenar untuk menghentikan ahli negara daripada melanggar undang-undang kebangsaan hak asasi manusia dan perjanjian seperti Rome Statute Article 6 (Genocide Convention of 1948), ‘Child Right Convention’ dan CEDAW. 

Sembilan: Kegagalan PBB membuat Myanmar lebih radikal.

Dr Maung Zarni berkata,  kegagalan PBB dan pemimpin-pemimpin Burma menyantuni keperluan Rohingya untuk memimpin kehidupan komuniti yang aman dan normal di tanah asal mereka Rakhine Utara.. akan menumbuhkan kesan-kesan negatif yang major dan tidak diingini ke atas Burma,  rantau dan dunia.

Selain daripada dunia Islam yang cedera,  pembunuhan beramai-ramai Rohingya ialah satu isu yang menimbulkan kemarahan 1.7bilion orang Muslim di seluruh dunia.  Kemarahan ini diterjemahkan kepada tindakan radikal Burma untuk mengakhiri Rohingya”. (IH)


Lihat..
Tawaran baru kerja di Korea Selatan..

50,000 Masih Terperangkap Di Aleppo, Rusia Bunuh 1,207 Orang Awam.

 Beberapa buah bas digunakan untuk proses perpindahan kumpulan pemberontak dan keluarga mereka keluar dari bandar Aleppo kelmarin. - AFP


PARIS – Hampir 50,000 individu, sebahagian besarnya me­rupakan orang awam, dilaporkan masih terpe­rangkap di timur Aleppo walaupun satu rundingan perpindahan sedang diusahakan, kata wakil keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB ) untuk Syria dan Menteri Luar Perancis kelmarin.
“Masih terdapat 50,000 individu, termasuk 40,000 orang awam malang yang tinggal di bahagian bandar itu. Selebihnya ialah pemberontak dan keluarga mereka iaitu antara 1,500 hingga 5000 orang,“ kata wakil PBB itu, Staffan de Mistura.
De Mistura berkata demikian kepada pemberita di bandar Paris. Turut berada di sisinya ialah Menteri Luar Perancis, Jean-Marc Ayrault.
Turki, sebelum ini, mengganggarkan terdapat antara 80,000 hingga 100,000 orang awam yang masih terperangkap di timur Aleppo.
“Keutamaan kami adalah untuk rakan-rakan PBB agar berada di sisi orang ramai (yang berjaya dipindahkan) dan kumpulan pemberontak dihormati menurut terma perjanjian ini,” kata De Mistura.
Menurut terma perjanjian perpindahan yang dirundingkan antara sekutu rejim Syria iaitu Rusia dan penyokong pemberontak Turki, mereka yang masih dalam proses perpindahan dari timur Aleppo akan dihantar ke kawasan barat laut wilayah Idlib.
“Kami tidak tahu apa akan berlaku di Idlib. Jika tidak ada persetujuan politik atau genjatan senjata, Idlib akan menjadi Aleppo kedua,” kata De Mistura.
Dalam perkembangan sama, Ayrault mengulangi gesaan Perancis agar proses perpindahan dilakukan secepat mungkin, termasuk pemerhati dan kakitangan PBB serta sesiapa sahaja yang boleh dipindahkan dalam masa terdekat.
Perancis memanggil supaya diadakan satu mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan PBB untuk memastikan tiada penyelewengan berlaku, tiada unsur membalas dendam dan orang awam dilindungi.
Ayrault juga meminta ‘genjatan dilakukan di seluruh negara dan semua pihak kembali ke meja rundingan.’
Ratusan penduduk berpindah dari timur Aleppo sejak Khamis lalu, selepas serangan bertubi-tubi selama beberapa bulan oleh pihak rejim Syria yang mendapat sokongan jet pejuang Rusia di Aleppo. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sementara itu, menurut PBB serangan udara Rusia di Aleppo, Syria telah membunuh 1,207 orang awam, dengan 380 daripadanya ialah kanak-kanak, lapor kumpulan pertahanan awam Syria, White Helmets kepada penyiasat perang jenayah PBB dalam satu dokumen kelmarin.
Pertubuhan kemanusiaan termasuk White Helmets, Rangkaian Hak Kemanusiaan Syria, Pertubuhan Doktor Bebas dan Pusat Pelanggaran Dokumentasi menggariskan laporan pertuduhan mereka terhadap Rusia dalam satu dokumen setebal 36 muka surat kepada Suruhanjaya Siasatan PBB di Syria. 
Suatu bukti jelas menunjukkan Rusia melakukan atau bersubahat dalam jenayah perang di Syria. Dokumen itu menyatakan dakwaan tersebut adalah berdasarkan kete­rangan saksi dan bukti sokongan termasuk rakaman video yang menyaksikan pesawat, pintasan audio dari kokpit dan peluru yang digunakan. 


Lihat..
Tawaran baru kerja di Korea Selatan..

'Skandal Seks'nya Lumrah Kehidupan Ahli Politik -Anina Saadudin

 'Tuduhan skandal seks lumrah politik'
SHAH ALAM - Ketua Srikandi Bersatu, Anina Saadudin menganggap skandal seks yang dikaitkan dengannya sebagai lumrah kehidupan ahli politik.
Menurutnya, apa yang lebih penting adalah kepercayaan orang sekeliling yang rapat dengannya sebelum bergelar ahli politik.
“Skandal seks yang dikaitkan dengan saya adalah salah satu lumrah dalam kehidupan ahli politik Malaysia.

“Saya didatangi seorang anak murid dan mengucapkan tahniah kepada saya. Saya tanyakan kenapa? Beliau menjawab: “sekarang pensyarah saya telah sah menjadi ahli politik Malaysia kerana sudah dipalit skandal seks.
“Saya kira bekas anak murid saya yang mengenali saya bertahun-tahun dan kini ahli perniagaan berjaya ini, lebih memahami keperibadian saya dari khalayak politik yang baru mengenali saya sejak setahun lebih.
“Apa yang penting bagi saya, kepercayaan anak-anak, ahli keluarga, anak-anak murid dan sahabat yang sentiasa mengambil berat tentang perihal saya sejak dahulu, yakni sebelum saya bergelar seorang ahli politik,” katanya.
Anina mengulas tuduhan skandal seks terhadapnya.
Beberapa laman web didapati menyebarkan transkrip perbualan WhatsApp lucah didakwa melibatkan Anina bersama seorang lelaki.
Anina berkata, sebagai ketua srikandi, beliau bersedia dengan cabaran dan dugaan bakal ditempuhi.
“Saya menerima jawatan ini dengan penuh tanggungjawab dan sedar amanah ini bakal dipersoalkan sesudah matinya saya.
“Memimpin satu bala tentera sayap wanita sebuah parti ditunjangi Tun Dr Mahathir (Mohamad) adalah penghormatan besar bagi saya, namun lebih besar dari itu, tanggungjawab ini menuntut pengorbanan jiwa dan raga bukan hanya saya seorang, malah anak-anak, keluarga besar saya, beribu anak murid yang sayangkan saya di seluruh negara serta sahabat-sahabat terdekat saya,” katanya. (SH)

Lihat..
Tawaran baru kerja di Korea Selatan..

Friday, December 16, 2016

3 Tuntutan PAS Kepada Sarawak Report. Jawab Kaki Fitnah!


KUALA LUMPUR: PAS secara rasminya telah menyerahkan surat tuntutan kepada editor Sarawak Report yang bernama Clare Rewcastle Brown yang beralamat di London pada 13 Disember lalu, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan.

Notis tuntutan "Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defamation" itu berkuatkuasa selama tujuh hari bermula dari tarikh surat pada 13 Disember 2016 telah menyenaraikan tiga perkara tuntutan yang harus diambil tindakan oleh portal berita Sarawak Report terbabit.

Menurut beliau, tiga perkara tersebut adalah meminta Sarawak Report membuang artikel itu daripada laman web Sarawak Report, mahu Sarawak Report siarkan satu permohonan maaf (apology) atau penarikan segala tuduhan mengikut terma yang akan dipersetujui oleh PAS dan menuntut Sarawak Report memberi akujanji (undertaking) tidak akan menyiarkan dakwaan palsu pada masa akan datang.

Beliau yang ditemui Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur pada hari ini turut menamakan dua pihak yang akan menyaman portal tersebut iaitu parti PAS dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. – HARAKAHDAILY 16/12/2016


 Hasil carian imej untuk lidah bercabang
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jawablah wahai kaki fitnah!

Nabi Daniel & Ambia' Di Alam Barzah. Kuliah Jumaat Abd Hadi 01 Julai 2016

Hasil carian imej untuk ambia di alam barzah
Video -13/37: Kuliah Jumaat  26 Ramadhan/01 Julai 2016
Hasil carian imej untuk masjid rusila marang

KULIAH JUMAAT 26 RAMADHAN 1437 / 01 JULAI 2016


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-112: Kuliah Jumaat Abd Hadi Presiden PAS.
Ikutilah kuliah selanjutnya..

'Pandora', Filem Bencana Nuklear Korea, Ditayangkan Di Festival IFFAM


Filem bencana nuklear Korea, Pandora ditayangkan di festival filem IFFAM
HALAMAN HIBURAN

MACAU: Filem blockbuster yang dinanti-nantikan oleh peminat filem Korea Selatan di serata dunia, Pandora ditayangkan buat pertama kalinya kepada penggemar filem di luar republik itu malam ini, empat hari selepas ia memulakan tayangannya di tanah air sendiri.


Filem arahan Park Jung-woo itu membuat tayangan perdana antarabangsanya di Festival Filem dan Anugerah Macau (IFFAM) dengan kehadiran pengarah itu bersama beberapa orang pelakon utamanya.
Pandora merupakan antara filem yang mendapat sambutan hangat di IFFAM apabila tiket tayangannya awal-awal lagi sudah habis terjual. Syarikat penstriman video gergasi dunia, Netflix sebelum ini mendapat hak eksklusif tayangan antabangsa dan dijadual menyalurkan filem itu kepada para pelanggannya di seluruh dunia tidak lama lagi. 

Filem itu diedarkan di pawagam hanya di Korea Selatan dan tidak di negara-negara lain. Filem itu diterbitkan oleh Next Entertainment World, syarikat yang turut menerbitkan filem Train to Busan dan Seoul Station arahan Yeon Sang-ho.

Filem yang dibintangi antaranya oleh Kim Nam-gil dan Kim Young-ae itu mengisahkan tentang sebuah sebuah pekan yang dilanda bencana gempa bumi sehingga memusnahkan sebuah loji kuasa nuklear.

Pandora mengambil masa empat tahun untuk siap dan gagal mendapat kebenaran daripada mana-mana loji nuklear di republik itu kerana ceritanya yang kontroversi dalam konteks politik negara tersebut.

Premis ceritanya ternampak jelas dipengaruhi oleh bencana nuklear di Fukushima kesan daripada gempa bumi yang melanda wilayah di Jepun itu pada 11 Mac 2011.

Filem tersebut juga dilihat membayangi kelemahan pentadbiran kerajaan dan krisis politik semasa Korea Selatan yang membawa kepada pendakwaan Presiden Park Geun-hye oleh parlimen republik itu pada Jumaat.


Treler filem Train To Busan – Sumber YouTube Zero Media
Sementara itu, IFFAM yang julung-julung kali diadakan turut memberikan fokus kepada Train to Busan melalui sebuah forum industri yang membincangkan kejayaan komersial filem genre itu.
IFFAM menamakan Train to Busan sebagai Filem Blockbuster Asia 2016 yang akan menerima anugerah khas pada malam penutup festival Rabu ini. Filem zombie itu memungut tidak kurang RM400 juta hasil kutipan panggung di seluruh dunia.
Train to Busan akan dibikin semula dalam bahasa Inggeris oleh studio filem Perancis, Gaumont hasil perjanjian yang dimeterai minggu ini antara studio tersebut dengan Next Entertainment World minggu ini. (Astro Awani)

Wanita Rancang Bom Jakarta Ada Kaitan Ahok Hina Quran?




JAKARTA: Seorang wanita Indonesia berusia 27 tahun yang ditangkap kerana didakwa merancang untuk melancarkan serangan berani mati di Kompleks Istana Presiden di sini pernah bekerja di Singapura sebagai pembantu rumah.

Menerusi temu bual dengan saluran berita tempatan TVOne, Dian Yulia Novi berkata, dia pertama kali terdedah kepada Islam radikal melalui Facebook, semasa bekerja sebagai pembantu rumah.

"Melalui Facebook, saya membuka profil jihad yang telah memberi inspirasi kepada saya," katanya kepada wartawan kanan TVOne Ecep S. Yasa ketika dalam tahanan polis.

"Saya tidak menyertai mana-mana kumpulan, tetapi menjadi lebih ingin tahu," katanya, sambil menambah bahawa dia mengumpulkan artikel dan klip audio ajaran agama diInternet.

Wanita yang berasal dari Cirebon di wilayah Jawa Barat itu berkata, dia telah bekerja di Singapura selama satu tahun setengah.

Dia bekerja sebagai pembantu rumah dan menjaga tiga kanak-kanak berusia lima, sembilan dan 11 tahun.

Dian juga berkata dia "aktif" di Facebook dan bertutur dalam bahasa Inggeris di sana.

Dian tidak memberitahu bila dia diambil bekerja, tetapi media Indonesia berkata wanita berkenaan bekerja di Singapura pada 2014.

Dia memberitahu saluran berita itu bahawa dia juga pernah bekerja di Taiwan sebagai pembantu rumah selama tiga tahun.

Walaupun bekerja sebagai pembantu rumah, Dian berkata dia hanya memakai tudung namun tidak memakai purdah dan tidak pernah mengambil cuti walaupun sehari.

Dian adalah seorang daripada dua wanita dari sekumpulan individu seramai tujuh orang yang ditahan pada hujung minggu lalu kerana merancang plot untuk menyerang kompleks pejabat Presiden Joko Widodo dengan bom periuk nasi 3kg.

Menerusi temubual pada Selasa, dia telah ditanya sama ada tidak takut kepada kemurkaan Allah kerana ingin menyakiti manusia lain, Dian berkata dia melakukannya "demi Allah".

Dian berkata, dia telah diperkenalkan kepada Nur Solihin, yang turut ditahan dalam serbuan itu oleh seseorang di media sosial dan telah berbual-bual dengan individu tersebut di Telegram.

Mereka berkahwin tiga bulan lepas. Dian tahu lelaki tersebut sudah berkahwin dan mempunyai anak. - Berita Harian / Asia News Network


 Densus 88 Antiteror Mabes Polri Indonesia menggeledah rumah mertua tertuduh teroris Bekasi, di Ledoksari RT 8 RW 10 Pajang, Laweyan, Solo. (Fajar Abrori / Liputan6.com)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dian berkata dia melakukannya "demi Allah". Adakah hal ini ada kaitan dengan penghinaan Al-Qurqn Surah Al-Maidah oleh Ahok pemimpin Jakarta? Kerana itu, berhati-hati wahai orang-orang yang ingin menghina kitab suci Al-Quran dengan sengaja..

Syria, Rusia Lakukan Jenayah Perang – PBB

 AFP - PENDUDUK awam meninggalkan kejiranan Fardos di Aleppo pada 13 Disember lalu.


GENEVA – Tentera Syria dan sekutunya mencabuli undang-undang antarabangsa dan melakukan jenayah perang kerana mengebom penduduk awam yang menunggu untuk dipindahkan dari timur Aleppo, kata Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Zeid Ra’ad al Hussein kelmarin.
“Kerajaan Syria mempunyai tanggungjawab untuk memastikan rakyatnya selamat, namun gagal berbuat demikian.
“Rejim Syria turut bertanggungjawab di bawah undang-undang antarabangsa untuk menyediakan bantuan perubatan kepada mangsa yang sakit dan cedera tanpa me­ngira sama ada mereka ialah orang awam atau pejuang kumpulan penentang,” kata Zeid.
Tambahnya, beliau terkejut kerana perjanjian untuk memindahkan beribu-ribu orang awam dari timur Aleppo gagal dan menyifatkan rejim Pre­siden Bashar Al-Assad kejam kerana merampas harapan penduduk awam untuk terus hidup.
Proses perpindahan di sebuah daerah yang dikuasai kumpulan penentang dan di kepung oleh tentera Bashar itu diumumkan Selasa lalu tetapi tergendala selepas sekutu Bashar, Iran mengenakan syarat baharu.
Iran mahu kumpulan penentang membenarkan perpindahan serentak melibatkan penduduk di dua buah perkampungan Syiah di daerah itu.
“Tindakan tentera Syria dan sekutunya kembali mengebom kawasan yang sarat dengan penduduk awam hampir pasti melanggar undang-undang antarabangsa sekali gus jenayah perang,” jelas Zeid. – Reuters

Ads by Kiosked

AFP - PEJUANG kumpulan penentang Syria melepaskan tembakan di timur laut Aleppo, Syria pada Selasa lalu.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa sikap Syiah dan Iran? Di Beirut, apabila pejuang-pejuang kumpulan penentang melancarkan cubaan terakhir mematahkan kepungan ke atas bandar Aleppo pada Oktober lalu, mereka dikalahkan oleh militia Syiah Hizbollah dari Lebanon dan bukannya tentera Syria.
Usaha terakhir untuk menguasai Aleppo minggu ini turut menyaksikan beratus-ratu militia Syiah Iraq terbunuh dalam pertempuran selama dua hari, kata komander sebuah kumpulan lain yang berjuang bagi pihak Presiden Syria, Bashar Al-Assad.
Malah, militia Syiah Iraq terus bertempur di barisan hadapan bersama pejuang Hizbollah beberapa jam sebelum Aleppo jatuh ke tangan Bashar.
Di Teheran, Presiden Iran, Hassan Rouhani menelefon rakan sejawatnya dari Syria, Bashar al-Assad semalam untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan beliau menewaskan kumpulan penentang di bandar bergolak Aleppo, kata kenyataan di laman web rasminya.
Syiah dan negara-negara lain, saperti serangan udara Rusia juga menjadi faktor penting dalam menentukan kemenangan Bashar. Serangan udara bertubi-tubi oleh Moscow membolehkan tentera Bashar meneruskan kepungan ke atas kawasan yang dikuasai kumpulan penentang di timur Aleppo, melemahkan mereka dan seterus­nya menawan bandar penting itu.
Dalam perkembangan terbaharu semalam, militia Syiah melepaskan tembakan ke arah konvoi penduduk awam yang baru bersiap sedia untuk me­ninggalkan Aleppo, mengakibatkan seorang terbunuh. (IH)

Aleppo: PAS Sedia Jadi Orang Tengah.




DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius dan penuh prihatian perkembangan yang sedang berlaku di Aleppo (Halab), Syria pada masa ini, yang baru sahaja menyaksikan berakhirnya pertempuran antara kumpulan-kumpulan penentang rejim Bashar al-Assad dengan pemerintah Syria yang disokong Rusia dan Iran.

DPPM menggesa semua pihak yang terlibat dan berkepentingan supaya tidak bertindak memburukkan lagi keadaan dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membenarkan bantuan kemanusiaan sampai kepada semua mangsa terutama orang awam.


Pemerintah pimpinan Presiden Bashar al-Assad wajib bertanggungjawab ke atas tindakan yang membawa kepada bencana kemanusiaan yang disaksikan pada masa ini. DPPM menggesa proses politik dalaman yang demokratik dilaksanakan selepas keadaan kembali reda.


Walau bagaimanapun, apa yang berlaku di Aleppo ialah satu peristiwa daripada isu lebih besar melibatkan pakatan antara negara-negara Arab dan Barat untuk menjatuhkan kerajaan yang sah dengan mengangkat senjata, yang natijah buruknya telah terzahir sejak lebih lima tahun lalu.


PAS konsisten dengan sikap menolak kezaliman pemerintah, tetapi pada masa sama menolak campur tangan asing yang matlamatnya bertentangan dengan keperluan rakyat dan kepentingan umat Islam.


DPPM menyeru negara-negara Islam yang terlibat agar mengetepikan perbezaan politik dan mazhab untuk membantu memulihkan keadaan dan mencari penyelesaian akhir kepada konflik di Syria melalui jalan aman dan diplomasi.


Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) wajar mengambil tanggungjawab membantu, menggunakan kuasa dan pengaruh demi kebaikan rakyat Syria. Kepentingan orang ramai dan umat Islam hendaklah menjadi prioriti utama dalam menangani kes Syria, dan juga krisis dan konflik di seluruh dunia Arab yang berpunca daripada kebangkitan dikenali Arab Spring.


Dalam usaha ke arah mencari penyelesaian, PAS bersedia untuk membantu menjadi orang tengah melalui kedudukan Presiden PAS sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia untuk membuka ruang kepada kerajaan Malaysia berunding dengan negara-negara Islam lain bagi menyelesaikan isu Syria.


DPPM berharap semua pihak mengambil pengajaran daripada krisis dan konflik yang telah memusnahkan ini dan segera mengambil tindakan berani untuk memulihkan keadaan.


MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM). – HARAKAHDAILY 15/12/2016

Thursday, December 15, 2016

Tidak Mustahil PAS-DAP Bekerjasama Semula- Ustaz Sallehen


SABAK BERNAM: Pendekatan berpakat tanpa perlu menyertai mana-mana parti politik bukan perkara asing buat PAS, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Sallehen Mukhyi.
Ujarnya, PAS pada Pilihan Raya Umum 2008 sudah mempraktikkan kaedah yang sama sebelum mengikat tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat (PR).
“Pada 2008, PAS jaga kerusi PAS, PKR jaga kerusi PKR dan DAP bertanding kerusi DAP. Kami tidak bergabung dalam satu gagasan pun. Jadi sejarah membuktikan, PAS sudah biasa bergerak sendirian. Jadi kaedah ini bukan baru,” ujar Sallehen dalam temubual secara eksklusif bersama Antarapos.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa tidak semestinya PAS bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menjayakan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Namun Tuan Ibrahim berkata perkara itu hanya boleh dijayakan apabila parti-parti yang ingin bekerjasama dengannya tidak mengusik kerusi tradisi miliknya.
Mengulas lanjut, Sallehen berkata PAS yang kini bergerak secara sendirian bebas untuk bersama dengan mana-mana pihak selagi dasar dan agenda perjuangann tidak diganggu.
Malah, Sallehen tidak menolak jika PAS kembali mengadakan kerjasama dengan DAP jika parti itu bersedia untuk menerima dasar dan tidak masuk campur urusan partinya.
“Mana tahu…mungkin, jika DAP boleh terima dasar perjuangan Islam yang PAS bawa dan berjanji tak akan mencampuri urusan parti kami, kita boleh kembali adakan tahaluf, misalnyalah,” kata Sallehen yang juga bekas Exco Selangor.
PAS dan DAP sebelum ini berpatah arang, berkerat rotan selepas bercanggah pendapat bersabit pelaksanaan hudud di Kelantan.
DAP menuduh PAS sebagai melanggar konsensus yan ditandatangani bersama antara parti itu, DAP dan PKR.
“Kalau PAS nak bawa isu pelaksanaa hudud di Kelantan, mereka kata PAS langgar konsesus. Tapi kalau DAP mahu buat pilihan raya tempatan di Pulau Pinang, tiada konsesus pun? Kalau PKR mahu buat Langkah Kajang, tidak diberitahu kepada kita (PAS) pun?,” soal Sallehen – AP

PKR Cadang Bergabung Dengan Amanah. Eloklah Kerana..


Afif

GEORGE TOWN: Amanah perlu bergabung dengan PKR untuk menghadapi pilihan raya akan datang, cadang timbalan ketua pemuda PKR Dr Afif Bahardin, hari ini.

Beliau berkata demikian, susulan ketegangan hubungan antara kedua-dua parti sejak kebelakangan ini yang berpunca daripada pengagihan kerusi dalam pilihan raya akan datang. Dr Afif, berkata Amanah berkongsi nilai yang sama dengan PKR dan bergabung adalah pilihan terbaik bagi mengukuhkan blok pembangkang.

“Ini satu idea yang perlu dipertimbangkan. Kita mempunyai pemimpin yang kuat daripada kedua-dua parti dan mereka sangat serasi dengan kami.
“Saya mempercayai gabungan itu, jika ia berjaya, situasi akan berbeza dengan PAS.
“Pada dasarnya, Amanah dan PKR, seperti parti pembangkang lain yang mempunyai satu keinginan, iaitu Malaysia tanpa Umno dan BN,” kata Dr Afif hari ini.

Afif berkata jika idea penggabungan itu diterima, ia sesuai dengan semangat bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menendang keluar BN.

“Amanah dan PKR mempunyai nilai yang dikongsi: mengambil jalan tengah, menyokong semua kaum, jalan Islam yang sederhana, mempertimbangkan kebajikan rakyat.
“Apabila kita bergabung, kita lebih baik. Masih ingatkah semasa kita bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia? Kita menjadi lebih kuat.
“Jika bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad boleh berjabat tangan dengan Anwar, apatah lagi Amanah dan PKR,” katanya.

Afif mengulas perang mulut antara PKR dan Amanah berhubung pembahagian kerusi. Bari-baru ini, Ketua Pemuda Amanah Sany Hamzan semasa konvensyen kebangsaan parti itu meminta kerusi Parlimen Batu diserahkan kepada kerusi Amanah.

Ia kini dipegang Naib Presiden PKR Chua Tian Chang @ Tian Chua. Sany berkatanya, PKR mungkin mempunyai kesukaran mengekalkan kerusi Batu tanpa bantuan PAS, justeru jalan terbaik adalah Amanah mengambil alih.

Pada konvensyen itu, perwakilan Amanah juga menggesa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberhentikan semua ahli PAS dalam Kabinet beliau. Perwakilan mendakwa PAS menyebabkan “masalah” di peringkat akar umbi di Selangor, dengan Amanah cuba menembusinya.

Mengulas mengenai perkara dibangkitkan Amanah, Afif berkata Azmin memegang peranan pendamai antara Pakatan Harapan dan PAS, sejak berpisah daripada pembangkang. Afif berkata Amanah tidak sepatutnya menggesa dengan cepat PAS berunduk kerana rakyat mengundi pakatan pembangkang termasuk parti Islam itu.

“Azmin memegang jawatan sebagai pendamai antara 2 parti itu. Dengan memastikan keamanan, beliau memastikan kerajaan Selangor berjalan lancar.
“Kerajaan boleh runtuh tanpa beliau,” kata Afif.

Dr Afif berkata keadaan tidak berbeza di Pulau Pinang, walaupun dalam skala lebih kecil. Beliau berkata, kerajaan Pulau Pinang tiada masalah dengan ahli PAS dalam kerajaan selagi mereka menyokong dasar Pakatan Harapan.

“Dalam kes Mohd Salleh Man di Permatang Pasir, wakil tunggal PAS, kami okay dengannya kerana beliau menyokong dasar dan usul kerajaan di Dewan Undangan Negeri,” kata Afif.

Dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, terdapat 13 ahli PAS dalam gabungan Pakatan Harapan, manakala 2 bekas ahli PAS beralih kepada Amanah. Ahli gabungan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah, memegang majoriti mudah 29 kerusi di sana.

Di Pulau Pinang, hanya satu kerusi daripada 40 dipegang PAS dan dianggap mesra-Pakatan Harapan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Eloklah, kerana sama-sama tiada prinsip Islam sebagai dasar perjuangan parti. Sama-sama boleh kompromi dengan DAP, tak perlu bertahalluf.

Tan Sri Gila Seks; Ibu Sanggup Jual Anak? Drama Sembab..

Hasil carian imej untuk 7 hari menyintaiku

HALAMAN HIBURAN

DRAMA Melayu memang sembab; macam sudah kemaruk idea hingga akhirnya, maruah bangsa pun boleh digadai demi rating TV.  Drama Melayu sudah sampai ke tahap menggambarkan – orientasi seksual Melayu seperti langsung tidak berbudaya. Malah, sensasinya sudah melangkaui semua aspek sosio budaya.

Orientasi seksual Melayu seolah-olah: Ia bangsa tanpa agama. Walaupun sebenarnya, sudah lebih seribu tahun hidup dalam persekitaran moral yang dibentuk domain Islam.
Kita tidak mengharap banyak kemurnian dalam drama Melayu. Memandangkan drama hanya alat mengejar rating. Ini era idea desparado diperlukan untuk menguasai syer tontonan. Demi rating, sudut gelap libido Melayu boleh dipacu hingga tafsiran ceritanya seperti dipacu nafsu haiwan.
Dalam drama Tujuh Hari Mencintaiku (THM), libido seks Melayu menjadi modal mencapai klimaks cerita. Ia modal kreatif yang sangat menyedihkan. Watak Tan Sri menjual anak gadis melalui perkahwinan demi bisnes, serta sanggup pula berkonspirasi dengan besannya untuk meniduri isteri orang – satu idea murahan kaum desparado TV.
Tan Sri beristeri dua. Gilakan pula anak saudara besannya. Besannya pula sanggup bekerjasama asalkan dibayar. Ini idea daring. Drama Melayu sanggup menjual apa saja idea libido seks untuk mencipta sensasi rating.
Tan Sri jahat bukan pun lumrah. Tan Sri gila seks – nauzublillah. Walaupun poetic license, tapi idea sensasi ini sengaja dimurahkan demi mencipta kejutan. Tan Sri beristeri dua yang berkonspirasi membayar jutaan ringgit dalam misi meniduri isteri orang dengan membeli wanita tersebut melalui besannya sendiri – satu gambaran obses seks yang menyedihkan.
Orang drama akan berkata: “Ini drama!”
Tetapi drama bukan lesen idea tanpa batas dan tidak bertanggungjawab.
Produser akan berkata: “Lembaga Penapis Filem (LPF) luluskan. JAKIM pun tak kacau!”
Namun, itu bukan kayu ukur moral yang tunggal. Tanggungjawab dan kematangan wajar melebihi desakan untuk mengejar rating!
Berbalik pada THM. Selain Tan Sri gila seks, watak besan yang sanggup menjual anak saudara sendiri – terasa meloyakan. Memang ada kes inses, tetapi kisah bapa saudara berkompromi dengan adiknya, iaitu ibu mangsa – satu plot tahap pencandu seks mabuk todi!
Apa pun – wow hebatnya! Konspirasi seks Melayu siaran 7.00 malam menjadikan libido seks Melayu dan haiwan tiada beza. Bapa saudara ingin menjual anak saudara, dan idea ini dipersetujui si ibu sendiri. Wow!
Wow Wow Wow! Si ibu pula setuju kerana memerlukan wang untuk menyara begitu banyak teman lelaki yang muda-muda yang juga skandal seksnya!
Apa punya idea sensasi seteruk ini?
Puak desparado TV sentiasa berusaha mencari rating. Alasan plot dan elemen dramatik akan digunakan secara klise untuk menjadikan maruah atau agama bukan halangan pada elemen dramatik di TV.
Orang Melayu dalam drama bersiri THM – ialah bangsa obses seks hingga domain seks tanpa batas memainkan peranan dalam perjalanan hidup. Dunia gelap seks Melayu dicerahkan melalui drama ini dengan nilai sensasi yang memalukan.
THM disiarkan di TV3 setiap 7.00 malam sejak tiga minggu lalu. Sekali pun watak Buntat yang mati didera mendapat fokus dan viral; cerita THM adalah sebuah menu otak selut Melayu dalam membina plot dan dinamika cerita yang sedang mencari penghujungnya minggu ini.
Obses seks Tan Sri, bapa saudara yang konyol, serta nilai murahan ibu yang menjual anak gadisnya – satu idea moral yang brutal. Urus niaga konspirasi seks di kafe serta ibu yang memerlukan duit dengan menjual anak perempuan yang masih isteri orang kerana tekanan kewangan untuk menyara sumber seksnya, menjadikan idea sensasi ini sangat menjijikkan.
Orang Melayu dalam drama THM nampaknya totok bangsa seks yang sangat jahilliah.
Kepada penerbit drama dan operator stesyen TV – jangan biarkan rasa desparado mengejar rating, memaksa kita bertuhankan trend cerita tanpa batas.
Perahlah otak sikit untuk mendapatkan idea yang matang. Kita hanya perlu sedikit kreatif, dan perasaan malu-alah pada nilai agama dan budaya untuk mencipta idea yang berguna.

Duta Kartun PBB Ke'saksama'an Jantina' Akan Digugurkn..


PBB gugurkan Wonder Woman sebagai duta Wonder Women


HALAMAN HIBURAN

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Watak heroin komik dan filem, Wonder Woman yang dilantik menjadi duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan digugurkan 16 Disember nanti, kurang dua bulan selepas ia dilantik.

Menurut laporan CNN, pelantikan penuh kontroversi berkenaan yang diumumkan pada 21 Oktober lepas dengan tujuan 'pemerkasaan kaum wanita' untuk kempen feminis telah di bangkang oleh ramai pekerja PBB.

Jurucakap PBB, Jeffrey Brez mengatakan pengguguran bukan dibuat berdasarkan kepada protes.

"Objektifnya adalah untuk mendekati peminat Wonder Woman dan meningkatkan kesedaran mengenai Pembangunan Lestari PBB, Goal No. 5," kata Jeffrey kepada CNN.

Sasaran untuk Goal No. 5 adalah kesaksamaan jantina dan pemerkasaan semua wanita pada tahun 2030.

Sebelum ini, pekerja PBB yang tidak bersetuju dengan pelantikan tersebut bergabung dan membuat sebuah petisyen yang meminta Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menyemak semula pelantikan tersebut.(IH)

Ramai Anak Orang Asli Ketagih Arak, Hidu Gam -CAP


01nt08sm-transformed
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Daerah Baling (MDB) di Kedah menyiasat dan mengambil tindakan ke atas peniaga kedai runcit di Kampung Lalang, Ulu Legong kerana didakwa menjual arak secara haram kepada masyarakat Orang Asli di kawasan itu.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, kegiatan tersebut sudah lama berlaku tetapi tidak ada tindakan diambil oleh pihak berkuasa menyebabkan semakin ramai kanak-kanak dan wanita masyarakat tersebut ketagihan minuman keras ini.
“Selain arak, mereka juga terlibat dengan kegiatan menghidu gam. Dalam tinjauan yang dibuat CAP mendapati selain orang dewasa, lebih 30 orang kanak-kanak berumur antara sembilan hingga 15 tahun meminum arak dan menghidu gam yang dibeli di pekan Kampung Lalang di sini.
“Terdapat juga orang luar datang ke kampung Orang Asli di Kampung Lubuk Legong menjual bahan tersebut kepada mereka dengan harga RM5 setin gam dan RM5 bagi sebotol arak. Mereka yang ketagih arak dan gam ini membelanjakan wang sehingga RM25 seorang untuk sehari,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
S.M. Mohamed berkata, CAP kesal dan bimbang dengan masalah itu kerana kegiatan menjual bahan tersebut bukan saja melanggar undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi juga suatu pembaziran dan memudzaratkan kesihatan penagih.
Kata beliau, minum atau ketagihan arak boleh menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan darah tinggi, gangguan sistem saraf, masalah hati, pankreas, otot, tisu tulang, pendarahan usus, ulser serta kematian sel otak.
Manakala, katanya, mereka yang menghidu gam pula akan mengalami kerosakan otak, hati, buah pinggang dan jantung.
“Jika amalan ini berterusan melebihi enam bulan ia boleh menyebabkan kerosakan otak yang kekal. Pada tahun 2000 tiga remaja berusia antara 18 hingga 20 tahun telah meninggal dunia berhampiran sebuah sekolah di Cheras, Kuala Lumpur akibat menghidu gam.
“Sehubungan itu CAP menggesa pihak kerajaan memberi perhatian serius terhadap masalah ini kerana ia bukan saja boleh menjejaskan kesihatan tetapi juga membawa maut lebih-lebih lagi kegiatan tersebut melibatkan kanak-kanak, remaja dan wanita,” katanya. 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails