Wednesday, December 14, 2016

PKR, PPBM Gagal Bentuk Blok Pembangkang?

Hasil carian imej untuk kawan makan kawanmuhyiddin-bersatu
KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak mencapai persetujuan untuk bergabung dibawah satu gabungan parti pembangkang seperti yang diharapkan oleh ramai penyokongnya.
Pakatan Harapan dan PPBM sebaliknya cuma memaklumkan kononnya satu gabungan parti pembangkang akan diwujudkan antara Pakatan Harapan dan PPBM sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang belum ditetapkan tarikhnya.
“Pakatan Harapan terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) dengan PPBM bersetuju mewujudkan gabungan politik pembangkang sebelum PRU14,” kata Pakatan Harapan dan PPBM dalam perjanjian bersama yang dimeterai kedua-dua pihak hari ini.
Perjanjian itu turut menyebut Pakatan Harapan dan PPBM akan meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili Pakatan Harapan dan PPBM dalam pilihan raya di mana-mana peringkat.
Bagaimanapun, perjanjian itu akan hanya terlaksana setelah pembahagian kerusi ditentukan melalui perundingan di antara kesemua pihak berdasarkan prinsip boleh menang.
Pakatan Harapan dan PPBM turut berjanji akan menggunakan manifesto dan logo bersama dalam PRU14 tetapi tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.
“Parti-parti dalam rangka perjanjian ini hendaklah mengelakkan daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik antara satu sama lain dan menyelesaikan sebarang pertikaian menerusi perundingan bersama,” kata perjanjian itu lagi. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails