Thursday, December 15, 2016

PKR Cadang Bergabung Dengan Amanah. Eloklah Kerana..


Afif

GEORGE TOWN: Amanah perlu bergabung dengan PKR untuk menghadapi pilihan raya akan datang, cadang timbalan ketua pemuda PKR Dr Afif Bahardin, hari ini.

Beliau berkata demikian, susulan ketegangan hubungan antara kedua-dua parti sejak kebelakangan ini yang berpunca daripada pengagihan kerusi dalam pilihan raya akan datang. Dr Afif, berkata Amanah berkongsi nilai yang sama dengan PKR dan bergabung adalah pilihan terbaik bagi mengukuhkan blok pembangkang.

“Ini satu idea yang perlu dipertimbangkan. Kita mempunyai pemimpin yang kuat daripada kedua-dua parti dan mereka sangat serasi dengan kami.
“Saya mempercayai gabungan itu, jika ia berjaya, situasi akan berbeza dengan PAS.
“Pada dasarnya, Amanah dan PKR, seperti parti pembangkang lain yang mempunyai satu keinginan, iaitu Malaysia tanpa Umno dan BN,” kata Dr Afif hari ini.

Afif berkata jika idea penggabungan itu diterima, ia sesuai dengan semangat bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menendang keluar BN.

“Amanah dan PKR mempunyai nilai yang dikongsi: mengambil jalan tengah, menyokong semua kaum, jalan Islam yang sederhana, mempertimbangkan kebajikan rakyat.
“Apabila kita bergabung, kita lebih baik. Masih ingatkah semasa kita bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia? Kita menjadi lebih kuat.
“Jika bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad boleh berjabat tangan dengan Anwar, apatah lagi Amanah dan PKR,” katanya.

Afif mengulas perang mulut antara PKR dan Amanah berhubung pembahagian kerusi. Bari-baru ini, Ketua Pemuda Amanah Sany Hamzan semasa konvensyen kebangsaan parti itu meminta kerusi Parlimen Batu diserahkan kepada kerusi Amanah.

Ia kini dipegang Naib Presiden PKR Chua Tian Chang @ Tian Chua. Sany berkatanya, PKR mungkin mempunyai kesukaran mengekalkan kerusi Batu tanpa bantuan PAS, justeru jalan terbaik adalah Amanah mengambil alih.

Pada konvensyen itu, perwakilan Amanah juga menggesa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberhentikan semua ahli PAS dalam Kabinet beliau. Perwakilan mendakwa PAS menyebabkan “masalah” di peringkat akar umbi di Selangor, dengan Amanah cuba menembusinya.

Mengulas mengenai perkara dibangkitkan Amanah, Afif berkata Azmin memegang peranan pendamai antara Pakatan Harapan dan PAS, sejak berpisah daripada pembangkang. Afif berkata Amanah tidak sepatutnya menggesa dengan cepat PAS berunduk kerana rakyat mengundi pakatan pembangkang termasuk parti Islam itu.

“Azmin memegang jawatan sebagai pendamai antara 2 parti itu. Dengan memastikan keamanan, beliau memastikan kerajaan Selangor berjalan lancar.
“Kerajaan boleh runtuh tanpa beliau,” kata Afif.

Dr Afif berkata keadaan tidak berbeza di Pulau Pinang, walaupun dalam skala lebih kecil. Beliau berkata, kerajaan Pulau Pinang tiada masalah dengan ahli PAS dalam kerajaan selagi mereka menyokong dasar Pakatan Harapan.

“Dalam kes Mohd Salleh Man di Permatang Pasir, wakil tunggal PAS, kami okay dengannya kerana beliau menyokong dasar dan usul kerajaan di Dewan Undangan Negeri,” kata Afif.

Dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, terdapat 13 ahli PAS dalam gabungan Pakatan Harapan, manakala 2 bekas ahli PAS beralih kepada Amanah. Ahli gabungan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah, memegang majoriti mudah 29 kerusi di sana.

Di Pulau Pinang, hanya satu kerusi daripada 40 dipegang PAS dan dianggap mesra-Pakatan Harapan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Eloklah, kerana sama-sama tiada prinsip Islam sebagai dasar perjuangan parti. Sama-sama boleh kompromi dengan DAP, tak perlu bertahalluf.

4 comments:

Anonymous said...

Bagi jawatan KETUM kat Mike Syabu, baru boleh gabung!!

Anonymous said...

Kesian Tian Chua...Tian Chua yang baik macam tu pun PAN nak kacau tempatnya??

Anonymous said...

PAN oh PAN…apa lagiiilah halnya kisah parti yang silap langkah dan terombang ambing ni…
Adakah PAN ingat menukar sokongan parti itu macam tukar kasut ke? Dapat kasut baru, kasut lama dicampak kedalam tong sampah. Sedangkan Tan Sri Muhyiddin itu dipecat daripada parti, bukannya kalah bertanding. TSMY ini lebih besar pengorbanannya, hilang jawatan kedua terpenting dalam kerajaan. Kalau diikutkan beliau jauh lebih gentlement dan mempunyai subtance dalam perjuangannya. Namun TSMY masih belum berani mendabik dada untuk terlalu yakin boleh menarik undi penyokong2 Umno. Persoalannya ialah kenapa?

Sebab kita perlu tahu terlalu banyak faktor yang akan diambilkira oleh rakyat sebelum mereka meletakkan kepercayaan kepada sesebuah kumpulan yang besar untuk memikul tanggungjawab yang besar. Diantara perkara paling asas yang akan dinilai rakyat adalah sejauhmana tahap kematangan kerjasama diantara kepimpinan, kesefahaman dan give&take diatas sesuatu perkara. Tahap kematangan ini berlaku melalui satu PROSES yang panjang tidak kira samada UMNO, PAS, PKR atau DAP. Bukan COPY & PASTE seperti yang cuba dibuat PAN.

Sebagai sebuah parti yang baru berusia setahun jagung, byk perkara asas yang perlu PAN tunjukkan kepada rakyat. Apakah kekuatan mereka, objektif, misi dan lain2. Objektif dan misi ini pula memerlukan kesabaran untuk diterima rakyat. Bukan kerja sehari dua. Tetapi dalam setahun pertama ini, kekuatan yang berjaya dibuktikan oleh PAN adalah menghentam parti tempat asal mereka sendiri menempa nama dalam dunia politik. Ya, mereka mendapat kepuasan menghentam. Tapi dimata rakyat, bukan itu yang mereka mahu. Pas sudah berpuluh tahun dihentam. Jadi adakah Pan percaya dengan hentaman setahun dua mereka itu boleh meruntuhkan Pas? Sepuluh kali mereka menghentam, dua puluh kali hentaman tu akan bounce back ke muka mereka sendiri.

Anonymous said...

Bagaimanakah PAN mampu untuk menarik hati rakyat jika masa mereka hanya banyak diperhabiskan mencari kelemahan dan memfitnah orang lain? Contoh yang paling terlajak laris ialah Husam. Tidak habis2 dengan isu balak. Walhal balak itu dibawah kuasanya semasa Exco di Kelantan dulu. Klu nak jadi hero, buatlah masa memegang kuasa dulu. Bukan menyalak sakan sekarang. Pada masa memegang jawatan exco tu, sebenarnya Husam sendiri telah menjadi beban kepada Pas sama seperti Mat Sabu. Tapi tidak diwar-warkan seperti sekarang. Bukan Pas yang war-warkan, dia sendiri. Adakah Husam cuba mengambil inisiatif self-defense dgn cara reverse psychology? Entahlah malas nak fikir lagi. Biarlah dia buat apa yang dia nak buat.

Sejauhmanakah rakyat boleh percaya kepada barisan kepimpinan PAN yang terdiri daripada mereka yang tidak boleh menerima kekalahan ini?? Dimanakah contoh kesabaran mereka?? Dimanakah contoh muhasabah mereka?? Dimanakah kesetiaan mereka?? Adakah kesetiaan itu hanya wujud dengan adanya jawatan?? Sedangkan kalah bertanding dengan rakan seperjuangan sahaja sudah jadi kecoh begini. Bagaimana pula nanti kalau terhidang segunung emas di Putrajaya?? Apakah bentuk keyakinan yang mereka boleh buktikan kepada rakyat bahawa mereka boleh "beraksi" lebih baik daripada kepimpinan sedia ada?? Silap-silap PAN sesama sendiri bergaduh kerana masing-masing terbukti mempunyai spesis gila kuasa yang sama.

Kepimpinan seperti PAN ini boleh dijamin 99% akan gagal menarik hati penyokong Umno. Penyokong Umno memanglah mengetahui kelemahan Umno hari ini. Tapi mereka juga tidak akan sewenang-wenangnya berubah sokongan jika persepsi yang ditunjukkan oleh blok pembangkang ini sama sahaja kualiti rakusnya. Malah mungkin lebih teruk daripada Umno sendiri dengan sikap PAN yang sanggup menghianati rakan setaman hanya kerana kalah merebut jawatan. Daripada sudut sepakat, memang diakui BN meninggalkan jauh pembangkang. Jadi kesimpulannya, kalau penyokong Umno gagal dipetik hatinya, maka pengorbanan TSMY akan menjadi sia-sia jika PAN itu wujud dalam blok mereka.

Itu belum lagi cerita tentang DAP yang telah mula menunjukkan taring anti-Islam. Blok pembangkang akan hilang kekuatannya. Tidak mustahil jika sebahagian besar kaum Cina sendiri akan hilang keyakinan mereka kepada DAP. Kaum Cina sudah pastinya tidak akan setuju sentimen anti-agama tercetus dinegara ini, tidak kiralah daripada mana2 parti pun cetusan itu bermula. Sebab semua orang tahu kesannya ialah "CHAOS!!".

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails