Tuesday, December 13, 2016

Lagi Premis Urut Dagang 2 Wanita. Tak Selesai Selagi Tiada Undang Isla..

Imej yang berkaitan

KUALA LUMPUR – Seorang penjaga premis urut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan masing-masing seorang wanita warga Thailand dan Vietnam.

Goon Ji Chun, 26, didakwa memperdagangkan wanita berusia 32 dan 18 tahun itu bagi maksud eksploitasi seks di Taipei Nami Massage, Tingkat 2, Jalan 10/116B Kuchai Entreprenuer Park, di sini pada 7.30 malam, 23 November lepas.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh juga didenda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Najwa Bistamam tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan kes yang membabitkan pemerdagangan dan eksploitasi manusia itu merupakan kes yang tidak boleh dijamin.
Najwa bagaimanapun berkata sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, pendakwaan memohon jumlah yang tinggi beserta syarat tambahan, mengambil kira kes itu melibatkan kepentingan awam selain bagi menjamin kehadiran tertuduh ke mahkamah.
Tertuduh yang diwakili peguam Vincent Chew memohon mahkamah membenarkan jaminan atas alasan tertuduh merupakan anak sulong dan perlu menyara keluarga termasuk seorang ibu yang sudah uzur.
Hakim Madihah Harullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada minggu pertama setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 4 Januari untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sistem perundangan Islam mampu menyelesaikan masalah sosial negara. Bila lagi kerajaan Malaysia nak 'bercita-cita' melaksanakan? Cita-cita pun belum, apa lagi nak buat.

2 comments:

Anonymous said...

Negeri yg konon2 islam pun merompak balak apa cerita....

Anonymous said...

k'tan belum laksanakan Islam sepenuhnya, kerana kuasa melaksanakan ada pada kerajaan Pust. Jangan buta perlembagaan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails