Saturday, November 16, 2019

Tahniah Calon BN! Kejayaan Muafakat Nasional. -Presiden PAS


PAS mengucapkan tahniah atas kemenangan calon BN yang mewakili suara pembangkang di PRK Tanjung Piai, dan menyifatkan keputusan ini sebagai kejayaan bersama Muafakat Nasional.


Kemenangan ini menunjukkan penerimaan rakyat bermasyarakat majmuk terhadap agenda penyatuan ummah, seterusnya mengorak langkah bagi mengukuhkan kerjasama dan integrasi yang lebih erat di peringkat nasional.
Kekalahan PH dalam pilihan raya kecil ini menjadi isyarat penolakan rakyat terhadap kegagalan PH membela kebajikan rakyat dan janji manifesto yang tidak tertunai, di samping petanda rakyat menolak budaya politik ekstrem dan fitnah melampau.
PAS merakamkan setinggi penghargaan kepada para ahli dan petugas PAS yang membantu dalam kempen PRK ini dengan penuh kepatuhan, dan juga menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada hari ini.
Kepada Dato’ Seri Dr Wee Jeck Seng, marilah kita bersama membela kebajikan rakyat dan mengukuhkan agenda perpaduan nasional dengan sebaiknya di Parlimen.
“Islam Memimpin Perpaduan”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS 
Bertarikh: 19 Rabiul Awwal 1441 / 16 November 2019 – HARAKAHDAILY 16/11/2019

Tg Piai: BN Menang Majoriti Besar 15,086 Undi.


Reaksi calon Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng yang memenangi kerusi Ahli Parlimen Tanjung Piai selepas pengumuman keputusan rasmi PRK Parlimen Tanjung Piai di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Jubli Intan, Pontian. - NSTP/Hairul Anuar Rahim


PONTIAN: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng muncul pemenang kerusi Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti lebih besar iaitu 15,086 undi.
Jeck Seng memperoleh 25,466 undi daripada 128 peti undi mengatasi lima pencabarnya.
Pesaing terdekatnya iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini mendapat 10,380 undi, manakala calon GERAKAN, Wendy Subramaniam dengan 1,707 undi.
Tiga lagi calon iaitu Presiden BERJASA, Dr Badhrulhisham Abdul Aziz memperoleh 850 dan dua calon bebas, Dr Ang Chuan Lock (380 undi) serta Faridah Aryani Abdul Ghaffar (32 undi).
Jumlah undi diperoleh itu bermakna calon GERAKAN, BERJASA dan dua calon Bebas hilang wang deposit.
 Keputusan rasmi PRK Tanjung Piai.
Peraturan menetapkan calon kehilangan wang deposit jika gagal memperoleh satu perlapan atau 12.5 peratus undi daripada keseluruhan undi dikira.
Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus PRK Parlimen Tanjung Piai, Zulkifly Mohd Tahir di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini pada jam 9.16 malam tadi.
Dewan itu dipenuhi penyokong BN dan barisan pimpinan termasuk Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin dan Ketua Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohamad.
Turut hadir Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak.
Ribuan penyokong BN turut membanjiri perkarangan luar pusat penjumlahan undi bagi meraikan kemenangan parti itu pada PRK berkenaan.
Suasana gamat bermula sejak jam 8 malam dengan penyokong mengibar bendera parti sambil bersorak.
Jeck Seng yang juga bekas Timbalan Menteri Beliau dan Sukan adalah Ahli Parlimen Tanjung Piai selama dua penggal bermula pada 2008 sebelum tewas kepada penyandang, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tahun lalu.
Kemenangan Parlimen Tanjung Piai menjadikan penguasaan keempat bagi BN selepas PRK Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari lalu, DUN Semenyih (2 Mac) dan DUN Rantau (13 April).
 Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng muncul pemenang kerusi PRK Parlimen Tanjung Piai. - NSTP/hairul Anuar Rahim
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 74.5 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK Parlimen Tanjung Piai.
PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Md Farid akibat komplikasi jantung 21 September lalu.
Pada PRU-14 Mei tahun lalu, Allahyarham Md Farid memenangi kerusi itu dengan majoriti 524 undi dalam pertandingan tiga penjuru.
PRK Parlimen Tanjung Piai adalah PRK kesembilan diadakan sejak PH memenangi PRU14, Mei tahun lalu.
Lapan PRK sebelum ini adalah di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos 2018, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September 2018), Parlimen Port Dickson (13 Oktober 2018), Parlimen Cameron Highlands (26 Januari 2019), DUN Semenyih (2 Mac 2019), DUN Rantau (13 April 2019) dan Parlimen Sandakan (11 Mei 2019). (BH)

Hurei!! PH Kalah, BN Dului 10,000..


BN Sekarang Dahului Hampir 10,000 Undi

Menurut keputusan tidak rasmi dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), calon BN Wee Jeck Seng mendahului hampir 10,000 undi.

BN menerima 15, 341 undi manakala calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini mendapat 5796 undi.

Sumber PH memberitahu bahawa gabungan itu mendapat keputusan kurang memberansangkan di pusat daerah mengundi Jalan Rimba Terjun dan Kampung Duku. 

Kedua-dua PDM itu memiliki majoriti pengundi Cina.

Jalan Rimba Terjun terdiri daripada 80.98 peratus pengundi Cina, 16.7 peratus pengundi Melayu dan 2.05 peratus pengundi India.

Kampung Duku pula terdiri daripada 61.35 peratus Cina, 36.65 peratus pengundi Melayu dan 1.26 peratus pengundi India.

Pada pilihan raya umum lepas, PH memenangi PDM Jalan Rimba Terjun dengan 78.77 peratus undi manakala di Kampung Duku, gabungan itu menang dengan 63.39 peratus undi.

Sumber PH berkata mereka bimbang gabungan itu tewas di kedua-dua daerah mengundi tersebut pada pilihan raya kecil ini.

Minda Rakyat :  Rakyat mula tola Pakatan HANCING 

Rokok Letrik, Rawatan Alternatif Alat Berhenti Merokok?

Hasil carian imej untuk vape

Tiada permohonan vape, rokok elektronik alat berhenti merokok
IPOH: Kementerian Kesihatan tidak menerima permohonan daripada mana-mana pihak, termasuk farmasi untuk menjadikan vape atau rokok elektronik sebagai alat untuk rawatan alternatif berhenti merokok.
Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye, berkata sehingga kini hanya dua perkara sahaja yang diluluskan di bawah farmasi iaitu gula-gula getah dan `patch’ (koyok) untuk dijadikan alat bantu program berhenti merokok.
“Nikotin hanya boleh dibuat melalui ubat sebagai merawat untuk berhenti rokok dalam formulasi tertentu yang sudah diluluskan di bahagian farmasi.
“Ia terus dikawal di bawah Akta Racun 1952, jadi peniaga yang menjual cecair vape yang ada kandungan nikotin adalah satu kesalahan yang boleh diambil tindakan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program ‘Walk the Talk Malaysia’: Pencegahan Bunuh Diri sempena Hari Mental Sedunia 2019 di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini, hari ini.
Boon Chye berkata, berdasarkan pengalaman pihak yang menggunakan vape dan kajian beberapa pihak, 90 peratus daripada cecair vape yang dijual mengandungi nikotin.
Katanya, ketika ini kajian dilakukan bagi menggubal undang-undang khusus mengawal tiga komponen berkaitan nikotin iaitu rokok, vape dan shisha.
“Kajian itu antara lain melihat sama ada kita mahu melarang sepenuhnya penggunaan vape, membenarkan penggunaan vape tanpa nikotin atau vape dalam kadar nikotin yang rendah.
“Jadi ini tiga pendekatan yang kita sedang kaji, masing-masing ada ‘pro and kontra’ jadi kita perlu meneliti bukti dan data saintifik yang sedia ada sebelum kita membuat keputusan muktamad,” katanya.
Beliau bagaimanapun menegaskan penggunaan vape adalah tidak selamat sepenuhnya dan terdapat juga masalah kesihatan.
“Walaupun fahaman (umum) vape itu kurang bahaya dibandingkan dengan rokok, tetapi setakat mana kurang bahayanya itu kita belum tahu,” katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana hukum dalam Islam? Bersambung insya Allah!

Video




Ustaz Azhar Idrus Official
YouTube - 25 Mei 2018


Yufid.TV - Pengajian ...
YouTube - 6 Apr 2019


KLXpress
YouTube - 9 Nov 2015


JEF'STEAMMEDIA tube
YouTube - 22 Jun 2015


Rakan Pusat Islam UiTMPP
YouTube - 3 Dis 2015


zhafran85
YouTube - 4 Ogo 2013


beritanasionalrtm rasmi
YouTube - 21 Dis 2015

Hasil carian web


Kecoh! Calon PH Minta Penyokongnya Sabar.


GELAGAT penyokong di pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Ming, Pekan Nanas. - Foto Mohd Azren Jamaludin


PONTIAN: Kekecohan di hadapan pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Ming, Pekan Nanas, di sini, reda apabila calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini, meminta penyokongnya bersabar dan tidak melayan provokasi pihak lawan.
Karmaine yang tiba untuk meninjau kawasan pusat mengundi itu kira-kira jam 10.15 pagi berkata, beliau berharap semua pihak, termasuk penyokong PH sendiri tidak melanggar sebarang peraturan pilihan raya.
“Tadi saya dimaklumkan ada sedikit kekecohan kecil, penyokong saling bersorak kerana penyokong lawan dikatakan membuat provokasi.
“Tapi tidak mengapa, saya sudah minta penyokong PH supaya tidak melayan provokasi dan menjalani proses pilihan raya ini dengan tenang,” katanya ketika ditemui di hadapan sekolah itu, pagi ini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pekan Nanas, Yeo Tung Siong daripada DAP, berkata mereka sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
“Beberapa sukarelawan kita sudah pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan polis.
“Kita tetap tempatkan sukarelawan di kawasan ini untuk membantu pengundi, justeru kita tidak mahu terbabit dengan insiden tidak diingini,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan kekecohan hanya berlaku di pusat mengundi berkenaan sahaja dan tidak membabitkan kawasan lain.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails