Tuesday, November 12, 2019

Calon PH/PPBM Hati Tisu, Tipu Lagi?

Hasil carian imej untuk kartun penipu
Hasil carian imej untuk kartun penipu
ApaMauTipuLagi : Menteri PH Penipu, Wak Karmaine, Calon PH/PPBM Hati Tisu 
Posted by SnapShot at 11/12/2019

Di satu kawasan Parlimen di Negeri Johor sedang diadakan kempen bagi satu pilihanraya kecil....

Menteri Pakatan selaku pemimpin kanan peringkat pusat parti yang bertanding, sedang melawat satu kampung yang terpencil dalam kawasan Parlimen tersebut...

Selepas berikan ceramah politik, Pak Menteri pun tanya penduduk apa lagi keperluan mereka dalam kampung itu yang mereka mahu?

Ketua kampung pun berkata :

"Pak Menteri, kami ada 2 keperluan penting masa ini, pertamanya, kami ada Klinik Kesihatan, tapi dah 3 tahun tak ada doktor"...

Sebaik saja mendengar masalah itu, Pak Menteri terus keluarkan handphonenya...

Dan selepas bercakap beberapa minit, dia beritahu orang kampung supaya jangan risau lagi kerana dia baru talipon Menteri Kesihatan...

Tambah Pak Menteri lagi, saya dah desak Menteri Kesihatan supaya menempatkan seorang doktor di sini dengan segera dan beliau telah berjanji seorang doktor akan ditempatkan di klinik kesihatan itu dengan segera...
                                                                          Seterusnya Menteri Pakatan Harapan pun bertanya lagi, apakah masaalah kedua?

Ketua Kampung memberitahu :

"Yang keduanya Pak Menteri, dalam semua kawasan kampung kami nie tak ada liputan rangkaian untuk henpon, pencawang baru nak di dirikan dekat jalan masuk ke kampung nie"...

Semua orang kampung ternganga berfikir...

HEBAT betul Pak Menteri nie, boleh buat panggilan tanpa signal...πŸ€”πŸ€”πŸ€”

Salah seorang dari yang hadir bangun, terus capai mikrofon dan bercakap :

"Apalah Ketua Kampung nie, tak baik buat Pak Menteri kita macam tu, langsung tak pandai nak 'cover line' Pak Menteri"...

Pak Menteri memandang pada orang kampung yang bercakap tu dengan senyum manis tapi sedikit kelat...


"Cuma saya nak tanya pada Pak Menteri, APA MAU TIPU LAGI, wahai Pak Menteri?"

Menteri : "¤¤¤¿¿¿¤¤¤"...

Pak Menteri Penipu, Calon Pula Berhati Tisu


Ingat lagi tak isu yang Wak Karmaine mainkan tu?

Laman blog nie ada siarkan kisah syahdu nie (BACA DI SINI)...


Ekoran dari 'keshasulan' Wak Karmaine, calon PH/PPBM PRK Tg. Piai tu telah ditegur oleh salah seorang jentera PH di PRK Tg. Piai...

Aloloooo...

Wak Karmaine yang 'diARWAHkan' oleh Menteri Tisu, rupa-rupanya berhati tisu...πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Sebaik saja ditegur, Wak Karmaine terus 'left' dari grup WhatsApp tu...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Aikksss...

Nie apa kes nie...

Belum apa-apa lagi Wak Karmaine dah angkat bendera putih...

Wah, kali nie bukan main-main punya merajuk nie...

Macam mana nak jadi pemimpin kalau macam nie Wak?


Wak Karmaine juga dikesan ada penyakit mudah lupa...


Baru beberapa hari jer, Wak Karmaine dah lupa apa yang Menteri Besar Perak, Peja cakap (BACA DI SINI)...

Mungkin faktor usia kot...


Alaaa, kira sama macam Atoq, pemimpin utama Pakatan tu ler...

Tapi penyakit pelupa nie lagi merbahaya terutamanya untuk pengundi Tg. Piai...

Buatnya Wak Karmaine menang, gerenti dia terlupa semua janji yang pernah dia buat masa kempen PRK Tg. Piai, tak ker haru nanti...

Pada pengundi PRK Tg. Piai, fahamkan maksud pantun popular nie :


Kalau tuan pergi memancing...
Jangan lupa membawa umpan...
Kalau tak mahu kena kencing...
Jangan undi Pakatan Harapan...

#ApaMauTipuLagi



Video



Hibur Hibur Sikit

M Bakri: Malaysia Baru



M Bakri: Sumbangsih


Lagu Warisan-Peringatan kepada orang Melayu Malaysia



1 comment:

orang muo said...

assalam tuan maaf mengganggu, mohon senaraikan blog saya dlm senarai blog list tuan terima kasih
https://orangmuo.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails