Saturday, October 16, 2021

Lombong emas haram terbongkar, ini lakarannya..

 

KEADAAN satu lubang lombong emas haram yang masih aktif turut ditemui. - NSTP/Hazsyah Abdul Rahman

Lombong emas haram lebih 30 tahun terbongkar

LAHAD DATU: Aktiviti melombong emas secara haram sejak 90-an berjaya dibongkar berikutan penemuan ratusan lubang lombong di Sungai Bole dalam Hutan Simpan Ulu Segama Malua di Lembah Danum, dekat sini.

Ia dibongkar pasukan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang terdiri daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah (JPS), Jabatan Hidupan Liar (JHL) dan WWF serta agensi lain, pada 21 Ogos lalu.

Timbalan Komander PGA Briged Sabah, Asisten Komisioner Toipi Lamat, berkata kegiatan itu dikesan dalam OBK yang dilancarkan sejak Ogos lalu oleh Komander PGA Briged Sabah.

"Dalam operasi ini, ia memfokuskan seluruh Sabah. Ia bukan setakat di dalam hutan sahaja tetapi juga di perairan.

"Antara penemuan yang sangat penting dalam operasi ini adalah aktiviti melombong emas haram," katanya.

Toipi berkata, lokasi kegiatan mencuri khazanah negara itu berjaya dikesan hasil risikan dan maklumat awam sebelum ini.

LAKARAN kaedah melombong emas di Sungai Bole dalam Hutan Simpan Ulu Segama Malua, Lembah Danum. - NSTP/Hazsyah Abdul Rahman

Beliau berkata, bukan mudah untuk petugas operasi sampai dan menemui lokasi berkenaan.

"Lokasi pelombongan ini ditemui selepas pasukan menempuh lapan hari perjalanan.

"Petugas operasi terpaksa meredah hutan tebal, jeram, mendaki dan menuruni bukit serta sungai berbatu untuk ke lokasi berkenaan," katanya.

Toipi berkata, hasil pemeriksaan di lokasi itu pihaknya menemui ratusan lubang atau lombong emas di sepanjang lapan kilometer (km) Sungai Bole.

Katanya, sebanyak 103 lubang lombong ditemui pada satu km di sepanjang tebing sungai berkenaan.

"Pelombong dipercayai menggunakan kaedah tradisional bagi melombong emas di kawasan ini berikutan penemuan dulang, alat penimbang digital, baldi dan penyodok tanah.

"Makanan seperti beras, gula, mi segera, minuman segera dan peralatan memasak, selain senjata api jenis bakakuk serta senapang guli turut ditemui di lokasi terbabit," katanya.

Turut ditemui, enam penempatan yang mempunyai 14 pondok dibina dengan kanvas termasuk rumah atas pokok. (BH)

Raih RM4.1 bilion hasil levi sawit. Rakyat perlu cerdik..

 

Kerajaan raih RM4.1 bilion hasil levi kelapa sawit

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM 4.1 bilion levi ke atas kelapa sawit memberikan hasil tambahan kepada kerajaan sejak diperkenalkan sehingga September tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah, berkata kerajaan menguatkuasakan Akta Levi Keuntungan Luar Biasa (Akta 592) sejak tahun 1999.

“Levi dikenakan ke atas untung yang melebihi paras nilai ambang harga pasaran minyak sawit mentah, iaitu RM2,500 satu tan bagi Semenanjung Malaysia dan RM3,000 satu tan bagi Sabah dan Sarawak,” katanya menjawab soalan Balasubramaniam a/l Nachiappan pada sesi jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.

Mohd Shahar berkata, kerajaan mengambil maklum pandangan pelbagai pihak supaya levi keuntungan biasa dikenakan kepada perniagaan tertentu yang menjana keuntungan berlipat ganda semasa krisis pandemik Covid-19.

Bagaimanapun setakat ini, katanya kerajaan belum melaksanakan Cukai Keuntungan Modal (CGT) sepenuhnya, namun inisiatif dan kajian yang berterusan sedang dijalankan oleh kerajaan untuk menstruktur semula sistem percukaian yang lebih seimbang dan adil supaya dapat menyokong dan meningkatkan hasil negara.

“Kerajaan perlu berhati-hati dalam memastikan langkah-langkah cukai yang dilaksanakan agar tidak membebankan rakyat, tidak menjejaskan kedudukan ekonomi negara dan dapat meningkatkan daya saing negara, selaras dengan pemulihan negara,” katanya.

Menjawab soalan tambahan, sama ada kerajaan akan mengenakan levi keuntungan luar biasa terhadap syarikat pengeluar sarung tangan Top Glove, katanya ia agak sukar untuk dilaksanakan terhadap syarikat pengeluar produk akhir.

“Paling penting kita mesti melihat satu ekosistem yang lebih luas, bukan hanya melihat kepada levi keuntungan luar biasa kerana hasil negara terbahagi kepada tiga komponen utama, iaitu cukai langsung, cukai bukan langsung dan hasil bukan cukai. Levi (Top Glove) ini berada di bawah hasil bukan cukai.

“Cukai korporat yang dibayar oleh syarikat-syarikat setiap tahun berjumlah hampir 25 peratus daripada jumlah hasil negara. Jadi perkara ini telah dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan, terutama melihat langkah yang terbaik untuk memberi keadilan kepada ekosistem pelaburan negara,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/10/21

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nasib baik 'kerajaan sawit ganti buluh' tumbang dan bertukar, kalau tidak kerajaan tidak dapat raih RM4.1 bilion, hasil levi kelapa sawit. Rakyat perlulah 'cerdik-cerdik' pilih pemimpin yang cerdik, tidak yang tidak cerdik...

M'sia berjaya duduki Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Tahniah! Siapa 'setan bisu' ?

 

Malaysia berjaya duduki kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB

KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya meraih 183 undi untuk mengisi satu daripada 18 kerusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi penggal 2022-2024.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam hantaran di laman Facebooknya malam tadi berkongsi berita gembira itu.

“Kejayaan Malaysia menduduki kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB merupakan pencapaian yang hebat dan pengiktirafan kepada status hak asasi manusia,” katanya yang turut mengucapkan tahniah atas pencapaian itu.

Beliau berkata Malaysia sedia memainkan peranan aktif seperti menjadi pemudah cara bagi rundingan damai, pemboleh kerjasama dan pembina konsensus.

“Malaysia akan bekerjasama rapat dengan negara anggota PBB untuk memajukan agenda hak asasi manusia di peringkat global sebagaimana yang termaktub dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia.

“Ketika semua negara merangka kerja-kerja asas bagi pemulihan yang mampan dan inklusif pasca #COVID19, hak asasi manusia perlu menjadi keutamaan dalam semua usaha kita. Dalam kesatuan, demi kemanusiaan,” katanya. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dilaporkan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang mengambil tindakan perundangan untuk membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan kepada bekas pegawainya berkaitan dakwaan kesatuan sekerja terhadap PetroDar Operating Company (PDOC) di Sudan yang syarikat minyak negara mempunyai kepentingan.

Komen PAS:PAS mencadangkan kerajaan menggunakan saluran diplomasi sebagai medium alternatif bagi menyelesaikan kemelut antara kerajaan baharu Sudan dan syarikat minyak Petronas.

Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, berkata kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) perlu berhubung dengan negara mempunyai kerjasama baik dengan kerajaan Sudan khususnya negara-negara Islam, sebagai pihak ketiga mengharmonikan isu antara kedua-dua negara.

Komen Rakyat dalam Blog ini: Anonymous said...  Peristiwa Petronas di Sudan yang ni walaun barua DAP@PAP PKR PAN yamg berkiblatkan Singapura USA dan Isreal akan duduk diam bisu senyap sunyi... jangan kan bab hukum agama malah bab hak asasi pun semua barua barua Isreal ini akan jadi pe kak bisu..... Bang Non Mat Sabun dan Tokong besar Bang Non dan Mat Sabun akan kekal macam setan bisu...  #haahtepokkkk.  October 15, 2021 at 7:34 AM 

Sekian.

Masjid Kampung Laut berusia lebih 300 tahun akan jadi muzium hidup..

 

ECERDC mencalonkan Masjid Kampung Laut sebagai objek warisan dunia.

Masjid Kampung Laut dicalon warisan dunia

TUMPAT: Masjid Kampung Laut berusia lebih 300 tahun dan pembangunan Kampung Laut sebagai kampung warisan dekat sini, dicalonkan sebagai objek dan tapak warisan kebangsaan.

Ia seterusnya bakal diiktiraf sebagai tapak warisan dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berkata, pencalonan itu satu perancangan jangka panjang bertujuan menjadikan Kampung Laut sebagai pusat pelancongan warisan ikonik dan destinasi 'mesti lawat' di Kelantan.

Katanya, projek pembangunan semula kampung berkenaan dilaksanakan di bawah ECERDC bertujuan menjana ekonomi menerusi aktiviti pelancongan, membantu penduduk tempatan meneruskan aktiviti ekonomi lain yang terjejas akibat pandemik COVID-19, sekali gus menjana semula pertumbuhan sosioekonomi di kawasan sekitar.

Pengurus Besar Pejabat ECERDC Kelantan, Datuk Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata, keistimewaan projek itu adalah pembangunan mampan yang turut meraikan dan memelihara budaya, warisan dan tradisi kampung tempatan.

"Kampung Laut bakal menjadi muzium hidup bagi masyarakat setempat berpeluang menjana pendapatan melalui aktiviti kebudayaan seperti persembahan wayang kulit dan permainan wau.

"Usaha ini akan menyuburkan kembali minat generasi muda menghidupkan kembali aktiviti kebudayaan seumpama ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, projek pembangunan semula Kampung Laut turut merangkumi Laman Warisan Seni yang dijangka siap awal tahun depan dan akan menyediakan ruang menjual produk tempatan seperti batik, wau dan kraftangan kepada 12 pengusaha.

Sementara itu, ECERDC dalam kenyataan sama memaklumkan Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah mengetuai delegasi ke Kelantan sebagai sebahagian daripada Program Jelajah Belanjawan 2022 hari ini.

Program jelajah itu melawat Laman Warisan Serunding Kampung Laut yang juga sebahagian daripada projek pembangunan semula kampung itu.

"Penyiapan Laman Warisan Serunding Kampung Laut ini bertepatan masanya dengan kebenaran merentas negeri yang diumumkan baru-baru ini, setelah hampir setahun sempadan negeri ditutup dan menjejaskan sektor pelancongan.

"Saya berbangga kerana ECERDC berpandangan jauh dan meneruskan projek seperti dirancang walaupun sewaktu pandemik kerana ia akan memastikan momentum pembangunan ekonomi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) tidak terjejas dan mewujudkan peluang pekerjaan serta keusahawanan baharu kepada masyarakat setempat," kata Mohd Shahar. – BERNAMA

Friday, October 15, 2021

PRN Melaka (12): Pertahan kelangsungan MN, PN -Mohd Nassuruddin Daud.

 

PASIR MAS: Meskipun tiga parti teras Melayu-Islam iaitu PAS, Umno dan Bersatu berbeza ideologi perjuangan, namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak sekata.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, Islam memberi panduan dalam al Quran supaya umat Islam bersatu padu antara satu sama dan tidak berpecah-belah.

Katanya umat Islam kena berpandu kepada ajaran Islam dan wajib bersatu dalam menghadapi apa juga keadaan.

“Kalau kita berpecah pastinya orang lain akan kuasai negara, ini semua orang tahu. Apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum 14 perlu menjadi pengajaran dan sepatutnya tidak berlaku lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program ‘Go Green’ kitar semula minyak masak terpakai peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Meranti di sini hari ini.

Program yang dianjurkan Kelab Komuniti Tani-Ternak Pasir Mas (Kitabina) dengan kerjasama Kelantan Utilities Mubaarakan (KUM) Holdings Sdn Bhd itu turut dihadiri Pengurus Besarnya Mahadi Mokhtar.

Pada majlis KUM mengadakan pembelian, taklimat serta demostrasi mengenai manfaat kitar semula minyak masak terpakai kepada penduduk tempatan untuk dijadikan sabun dan bunga.

Mohd Nassuruddin yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkata,
PRU 14 perlu dijadikan pengajaran kepada pimpinan parti Melayu dan Islam yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya pernah menyuarakan mengenai penyatuan Melayu dan Islam di Dewan Undangan Negeri apabila semua wakil rakyat PAS dan Umno menyatakan sokongan kepada kerajaan,” katanya.

Menurutnya juga bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka kerjasama antara parti Melayu diperlukan bagi memastikan kelangsungan pakatan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) dapat dipertahankan. – HARAKAHDAILY 14/10/2021

Sila lihat siri PRN Melaka:

Batal waran tangkap Petronas di Sudan . Perlukah selidiki ejennya di sini?

 


Petronas ambil tindakan untuk batalkan waran tangkap di Sudan

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang mengambil tindakan perundangan untuk membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan kepada bekas pegawainya berkaitan dakwaan kesatuan sekerja terhadap PetroDar Operating Company (PDOC) di Sudan yang syarikat minyak negara mempunyai kepentingan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata peguam luar PDOC sedang dalam proses membatalkan waran tangkap itu.

Menurut satu laporan berita, kerajaan peralihan Sudan telah mengeluarkan waran tangkap terhadap pengurus cawangan Petronas selain daripada pelabur asing lain dengan dakwaan terlibat dalam rasuah yang boleh menjejaskan hubungan dua hala di masa hadapan.

Petronas berkata tindakan perundangan itu tidak berkaitan dengan prosiding undang-undang untuk menuntut kembali hak ke atas tanah dan Kompleks Petronas di Khartoum, yang ia telah memfailkan permohonan untuk timbang tara di Pusat Antarabangsa bagi Penyelesaian Pertikaian Pelaburan (ICSID).

“Memandangkan proses perundangan sudah bermula, Petronas tidak boleh memberikan maklumat lanjut mengenai kedua-dua isu,” katanya. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya ejen penghasut Petronas antarabangsa di sini (Malaysia/Singapura) perlu dibongkar?

PAS tak bela nasib Adib, setelah pegang k'jaan?

 


Ditohmah tak bela nasib Adib: PAS selar pihak berkenaan

KUALA LUMPUR: PAS menyelar dakwaan segelintir pihak bahawa kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim tidak terbela setelah parti Islam tersebut memegang tampuk kepimpinan kerajaan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin, berkata, dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana pihaknya mengikuti rapat perkembangan kes Allahyarham Muhammad Adib, dan pelbagai tindakan telah dilakukan bagi memelihara kebajikan keluarganya.  

Menurutnya, pertikaian demi pertikaian berbangkit berkaitan kes kematian Allahyarham Muhammad Adib perlu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. 

“Mereka yang cakap PAS senyap mengenai isu Adib tak mengikuti perkembangan kami secara dekat.  Boleh rujuk tindakan yang kami lakukan melalui laman web dan Instagram Pemuda PAS. 

“Kita tak boleh masuk campur dalam siasatan yang dilakukan pihak berkuasa. Jadi apabila kerajaan bercadang untuk melakukan tindakan balas seperti yang dilakukan sekarang ini, kita amat menyokong keputusan kerajaan tersebut, kerana ia selari dengan apa yang kita mahu. 

“Bezanya, kita menjaga kebajikan keluarga  Allahyarham. Pemuda PAS telah membuat beberapa tindakan menjaga kebajikan keluarga Adib, manakala dari sudut keadilan, kita serahkan kepada pihak berwajib,” katanya ketika dihubungi HarakahDaily, di sini, hari ini. 

Menurut Khairil lagi, Malaysia mempunyai peraturan perundangan (rule of law) yang tidak wajar dicampuri kuasa politik kerana kedua-duanya mempunyai pemisahan kuasa (separation of power) berlainan. 

“Apa pasal PAS nak masuk campur dalam hal rule of law, ia di bawah tanggungjawab pihak berkuasa. 

“Kita ada separation of power. Bila kita dah jadi kerajaan, kita nak masuk campur, mana boleh, tak adil. Bila masa kita senyap. Cuma kita bukan polis,” tambahnya yang juga merupakan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, ditanya mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes kematian Muhammad Adib, Khairil Nizam menegaskan, pihaknya menyambut baik perkembangan tersebut agar dapat dipastikan supaya siasatan secara menyeluruh dan telus, serta pembelaan sewajarnya terhadap kematian Allahyarham Muhammad Adib bakal terlaksana.

Katanya lagi, penubuhan jawatankuasa itu sejajar hasrat dan cadangan diutarakan pihaknya supaya kekusutan serta pertikaian berbangkit kes Allahyarham Muhammad Adib dirungkai dengan penuh iltizam serta bertanggungjawab. 

Untuk rekod, kabinet telah menubuhkan jawatankuasa khas yang akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. 

Jawatankuasa itu turut dianggotai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun. 

Pada 27 November 2018, Muhammad Adib cedera parah ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya dan meninggal dunia pada 17 Disember 2018. 

Allahyarham dikatakan diserang serta dipukul hingga parah dan jentera bomba dirosakkan, selain dua kenderaan lain dibakar dalam rusuhan yang berlaku berikutan perselisihan antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil berusia lebih 100 tahun itu. 

Prosiding inkues bagi menyiasat kematian Muhammad Adib di Mahkamah Koroner Shah Alam di hadapan Koroner Rofiah Mohamad berlangsung selama 41 hari dan berakhir 24 Julai 2019. 

Seramai 30 saksi dipanggil dan 137 bahan bukti dikemuka. Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib akibat perbuatan jenayah dilakukan lebih dua individu tidak dikenali. – HARAKAHDAILY 16/10/2021

Projek sungai tiruan pula, RM300 juta dibiayai K/Persekutuan.

 

Sungai Kemaman.

Projek sungai tiruan di Kemaman bermula Januari depan

KUALA TERENGGANU: Fasa pertama pembinaan sungai tiruan sepanjang lapan kilometer di daerah Kemaman akan dimulakan awal Januari depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat.

Beliau berkata projek dari kawasan Paman ke Tasik Bungkus dekat Ibok itu dijangka mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.

“Lebar sungai tiruan itu ialah 250 meter dan berketinggian dua meter. Jabatan Alam Sekitar telah memberi kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) projek ini.

“Keseluruhan projek bernilai RM300 juta itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan dan dijangka siap dalam tempoh enam tahun lagi. Apabila siap kelak, masalah banjir di sekitar pekan Chukai akan dapat diminimumkan,” katanya.

Hanafiah berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau proses penghantaran barangan keperluan banjir sebanyak empat tan ke Pulau Redang di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini hari ini.

Ketika ini, pertembungan air dari Sungai Air Putih dan Sungai Cerul yang terletak di Hulu Kemaman menyebabkan kawasan sekitar Chukai mengalami banjir setiap kali hujan lebat berterusan dalam tempoh yang lama dan keadaan lebih buruk jika berlaku fenomena air pasang besar.

Antara kawasan yang sering dilanda banjir di sekitar Chukai ialah Bandar Baru Bukit Mentok, Kampung Pengkalan Pandan dan Kampung Tempurung.

Ditanya mengenai kelewatan projek pembinaan itu, Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Chukai berkata ia disebabkan proses pengambilan tanah milik penduduk. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apabila kerajaan Persekutuan berlaku adil, tiada negeri 'anak tiri', tiada rasuah maka pembangunan negara akan berjalan lancar, insya Allah.

SIS Cabar JAIS, Mahkamah tangguh.

 

Mahkamah tangguh keputusan SIS Forum cabar Enakmen Agama Islam Selangor

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menangguhkan keputusan berhubung tindakan undang-undang oleh Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) untuk mencabar peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi Syariah negeri untuk mengkaji semula fatwa yang dikeluarkan pihak berkuasa agama negeri.

Panel sembilan hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menangguhkan keputusan itu selepas mendengar hujah daripada peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili SIS selaku pempetisyen dan Penasihat Undang-Undang Selangor Datuk Salim Soib@Hamid yang mewakili kerajaan negeri Selangor selaku responden.

Peguam Zainur Zakaria dan Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang bertindak bagi pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) selaku pencelah juga berhujah pada prosiding yang dijalankan secara maya itu.

“Kami akan CAV (curia advisari vult) perkara ini. Kami tangguhkan kes ini,” kata Hakim Tengku Maimun.

Panel itu turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf; Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed; Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Zaleha Yusof, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Rhodzariah Bujang.

Pada 22 Sept tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran kepada SIS untuk meneruskan tindakan perundangannya di Mahkamah Persekutuan menerusi Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan.

SIS memohon kebenaran itu untuk mendapatkan satu deklarasi bahawa Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah tidak sah.

Seksyen 66A menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah, boleh, demi kepentingan keadilan, atas permohonan mana-mana orang, menggunakan bidang kuasanya untuk mendengar dan membenarkan permohonan bagi semakan kehakiman terhadap keputusan yang dibuat oleh Majlis atau jawatankuasa dalam menjalankan tugas di bawah Enakmen ini.

Terdahulu, Malik Imtiaz berhujah kuasa semakan kehakiman adalah intrinsik dan wujud dalam kuasa kehakiman mahkamah sivil.

“Kuasa ini diberikan secara eksklusif  di mahkamah sivil. Kuasa tersebut hanya boleh dilaksanakan oleh mahkamah yang ditubuhkan di bawah Bahagian XI Perlembagaan Persekutuan. Seperti yang dinyatakan dalam kes Indira Gandhi, Mahkamah Syariah bukanlah mahkamah seperti itu dan oleh itu tidak boleh menggunakan kuasa semakan kehakiman,” kata peguam itu.

SIS memfailkan permohonan itu pada Januari lepas dan menamakan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.

Pada 27 Ogos tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman SIS untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Datuk Nordin Hassan (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkaitan hukum syarak dalam Undang-Undang Syariah sambil menambah bahawa isu fatwa mempunyai kaitan dengan Undang-Undang Syariah dan terletak di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.

Beliau berkata Seksyen 66A adalah ruang untuk memohon semakan kehakiman terhadap jawatankuasa fatwa di Mahkamah Tinggi Syariah.

Bagaimanapun,  rayuan SIS terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman pertubuhan itu belum selesai di Mahkamah Rayuan. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah nasib agama di negara umat Islam, yang hukum tertingginya bukan sistem perundangan Islam.

Sila lihat siri PRN Melaka:

PRN Melaka (11): Ulangi kegemilangan. -Roslan SMS

 

'Kalau dilihat berdasarkan keputusan PRU ke-14 lalu dan mengambil kira trend khasnya di kalangan pengundi-pengundi Melayu yang solid menolak PH dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil pasca PRU14, Umno, PAS dan BERSATU mampu mencetuskan ‘upset’ besar dalam PRN kali ini dan sekali gus mencorak keputusan PRU ke-15 akan datang.'

ATAS nasihat Ketua Menteri Melaka, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri telah bersetuju membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka ke-14 pada 4 Oktober baru-baru ini. Ini bermakna satu Pilihan Raya Negeri perlu diadakan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dalam tempoh 60 hari.

Rakyat masih menunggu pengumuman dari pihak SPR apakah PRN akan diadakan atau akan ditangguhkan sebagaimana Pilihan Raya Negeri Sarawak ekoran pandemik COVID-

Sekiranya PRN diadakan dalam tempoh 60 hari ini sudah pasti ia sangat kritikal kerana ia membuka peluang buat rakyat khasnya di Negeri Melaka untuk membuat pilihan dan pilihan ini nanti dijangka akan mempengaruhi keputusan PRU ke-15 nanti.

Dalam suasana kemelut politik semasa, di bawah Perdana Menteri yang baru dan Melaka pun dengan Ketua Menteri yang baru iaitu yang kedua selepas PRU ke-14, bagaimana reaksi rakyat, adakah berpuas hati mengesahkan kepimpinan yang ada atau adakah rakyat akan kembali menaikkan Pakatan Harapan yang sebelum ini memerintah Melaka selepas PRU14.

Yang lebih menarik perhatian sebenarnya adalah bahawa PRN ini akan memaksa parti-parti membuat keputusan bagaimana mereka akan terlibat dan menyertai PRN ini nanti.

PH sudah pasti mahu menebus kembali kuasa yang mereka hilang lantaran perubahan di peringkat Pusat tempoh hari. Apabila BERSATU memilih keluar dari PH dan bersama BN selain seorang wakil DAP yang keluar menjadi Bebas. Mampukah mereka mengulangi kemenangan PRU ke-14? Cabaran terbesar sesungguhnya terletak pada BN-Umno, PAS dan BERSATU, atau antara Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

Kalau dilihat berdasarkan keputusan PRU ke-14 lalu dan mengambil kira trend khasnya di kalangan pengundi-pengundi Melayu yang solid menolak PH dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil pasca PRU14, Umno, PAS dan BERSATU mampu mencetuskan ‘upset’ besar dalam PRN kali ini dan sekali gus mencorak keputusan PRU ke-15 akan datang.

Ini ditambah pula dengan kelebihan Perdana Menteri ke-9 dari Umno, dan kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ hari ini dilihat berjaya meyakinkan rakyat akan kemampuan mereka khasnya dalam menangani pandemik COVID-19 ini apabila Malaysia melepasi kadar vaksinasi 90 peratus dan berjaya mencecah status imuniti kelompok.

Berjaya ataupun tidak gelombang ini tercetus adalah tertakluk pada kesepakatan dan permuafakatan antara ketiga-tiga parti ini. Melaka dilihat memaksa kepimpinan ketiga-tiga parti ini untuk bertindak rasional, kemenangan pada hakikatnya hanya dapat tercapai kiranya mereka dapat bersetuju untuk mencipta pertandingan satu lawan satu menentang PH. Jika gagal, maka bersedialah untuk melihat keputusan PRU ke-14 dahulu berulang dan PH dijangka menang kembali.

Malanglah kiranya kepentingan dan agenda peribadi menggerhanai kepentingan untuk menundukkan PH dan mendominasi Kerajaan Negeri Melaka dengan lebih kukuh. 

Kenyataan Pengerusi Umno Melaka Dato’ Seri Ab Rauf Yusoh, bahawa Umno Melaka terbuka pada kerjasama dengan mana-mana pihak, adalah sesuatu yang melegakan dan diharapkan dapat menjadi titik permulaan ke arah pembentukan suatu kerjasama dan persefahaman besar antara ketiga-tiga parti bagi menghadapi PRN ini.

DUN Melaka punya 28 kerusi. Dalam PRU ke-14 lalu Umno menang 13 kerusi dan BERSATU pula 2, manakala di pihak PH, DAP menang 8, PKR 3 dan PAN 2. Seorang wakil DAP iaitu ADUN Pengkalan Batu telah meninggalkan DAP dan menjadi Bebas yang mesra kerajaan. 

Kiranya Umno, PAS dan BERSATU boleh bertolak ansur dan bekerjasama bagi menghadapi PRN Melaka kali ini berdasarkan keputusan PRU ke-14 lalu, kita boleh menjangkakan beberapa kerusi PH pun boleh dikalahkan. 

Berdasarkan analisa Dr Kamarul Zaman Yusoff, apabila dicampurkan undi BN dan PAS, PH malah boleh kalah di 5 kerusi miliknya iaitu di DUN Gadek, Durian Tunggal, Kelebang, Duyong dan Bemban. 

Menariknya dari 5 kerusi itu, 3 milik DAP dan tiap-tiap satu milik PKR dan PAN. Ini akan meningkatkan jumlah kerusi ‘dalam tangan’ buat ketiga-tiga parti sebanyak 20 kerusi iaitu lebih dari cukup untuk memerintah Melaka.

Ini tidak termasuk 4 lagi kerusi yang kombinasi undi BN dan PAS cuma kurang 1,000 undi iaitu antaranya Pengkalan Batu (526), Machap Jaya (561), Rembia (614) dan Bukit Katil (912)

Jika lantaran lonjakkan sokongan kuat dari umat Melayu khasnya di empat kerusi tambahan ini tidak mustahil ‘swing’ akan berlaku juga mengakibatkan kombinasi 3 parti tadi boleh menang sekurang-kurangnya 24 dari 28 kerusi. Walau bagaimanapun ia hanya boleh berlaku jika BN, PAS dan BERSATU berkompromi dan bermuafakat bagi menghadapi PRN ini. 

Formula terbaik sudah pastilah memastikan kesemua kerusi menang atau ‘incumbent’ kekal di tangan pemiliknya, ini bermakna BN kekal di 13 kerusi manakala BERSATU di 2. Baki 13 kerusi yang dimenangi DAP, PKR dan PAN bolehlah dirunding dan dibahagi-bahagi antara ketiga-tiga parti.

Jika ini berlaku PH akan goyang dan cuma mampu bertahan di kerusi-kerusi majoriti bukan-Melayu sahaja. Inilah sesungguhnya peluang terbaik buat ketiga-tiga parti untuk membuktikan kepada rakyat bahawa demi agama, bangsa dan negara Umno, PAS dan BERSATU boleh bermuafakat dan Melaka dapat diselamatkan. 

Model Melaka ini yang dijangka mencatatkan kejayaan luar biasa nanti bolehlah diikuti di peringkat yang lebih besar khususnya dalam menghadapi PRU ke-15 nanti.

Semua pihak perlu bermuhasabah dan segera mengambil inisiatif untuk menuju ke arah satu lawan satu. Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob perlu diberi peranan untuk menyatukan ketiga-tiga parti, kerana dewasa ini kemenangan akan bertenggek pada populariti dan penerimaan besar rakyat pada kepimpinan Perdana Menteri. Melaka pernah menjadi pusat kegemilangan Kerajaan Melayu dirantau ini, bersama kita mengulangi kegemilangannya.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 13/10/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100009880363600/posts/1617646141908049/

Sila lihat siri PRN Melaka:

Kenapa Sudan tangkap dan rampas aset Petronas?

 

..jasa Malaysia dan Petronas yang mengubah mereka daripada negara miskin dibuli kepada negara pengeluar minyak sejak 20 tahun lalu?' 

KITA dikejutkan hari ini dengan tindakan melampau Sudan yang keluarkan waran tangkap kepada pengurus Petronas di Sudan, beberapa hari selepas merampas aset Petronas di sana. Kenapa Sudan bertindak begini? 

Sudah lupakah mereka kepada segala jasa Malaysia dan Petronas yang mengubah mereka daripada negara miskin dibuli kepada negara pengeluar minyak sejak 20 tahun lalu? Sudah lupakah mereka kepada segala jasa Petronas memberi biasiswa mendidik rakyat mereka membangunkan industri petroleum mereka? Sudah lupakah mereka dengan jasa Malaysia membantu mereka di saat kuasa-kuasa besar dunia mengenakan sekatan antarabangsa kepada mereka?

Jawapannya kerana politik dan geopolitik: kerajaan Sudan hari ini bukan lagi kerajaan Sudan yang dulu, di mana Presiden Omar al-Bashir yang berkuasa ketika Malaysia menghulur tangan bantuan kepada Sudan lebih 20 tahun lalu telah dijatuhkan melalui rampasan kuasa pada April 2019.

Kerajaan Sudan hari ini juga bertindak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel sebagai balasan janji pelaburan besar-besaran dari Barat yang dibuat Amerika Syarikat di bawah Presiden Trump sebelum ini.  

Gelap mata dengan janji-janji pelaburan Barat itu, kerajaan Sudan yang baru ini telah bertindak kurang bijak dengan merampas aset-aset milik Petronas (Malaysia), Pakistan, Qatar, dan Turki kononnya dengan alasan aset-aset tersebut diperoleh secara tidak sah di bawah pentadbiran Omar al-Bashir dulu.

Sejarah membuktikan betapa kita Malaysia adalah antara negara pertama yang sanggup melabur membangunkan telaga minyak Sudan sejak tahun 1990-an lagi. Petronas mengorak langkah dengan projek GNPOC (30 peratus) pada 6 Disember 1996, dan di Lundin’s Block 5A pada 6 February 1997 (28.5 peratus).

Malah, pada tahun 2003 Petronas menyelamatkan industri petroleum Sudan dengan membayar tunai US$142.5 juta untuk membeli 40.375 peratus ‘working interest’ daripada konsortium Lundin Petroleum dan OMV yang terpaksa menjual pegangan mereka di Block 5A akibat tekanan berkaitan penglibatan mereka dalam perang minyak di Sudan. Ketika Sudan dibadai krisis kemanusiaan Darfur dulu pun Malaysia teguh berdiri di samping Sudan, siap menyumbang melalui kempen ‘Dapur untuk Darfur’.

Bukan sekadar membangunkan sumber petroleum, Petronas turut berjasa besar dalam pembangunan sumber manusia Sudan. Contohnya seperti Khartoum Vocational Training Centre 2005 yang ditubuhkan Petronas dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Negeri Khartoum, Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) dan GIATMARA, Malaysia dengan latihan dalam bidang Automotive Maintenance Technology, Electrical Maintenance Technology, Air conditioning & Refrigeration Maintenance, Plumbing Technology, Building Technology, hinggalah ke Training of Trainers program.  Pusat ini telah diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Negeri Khartoum pada tahun 2012.

Tidak cukup dengan beratus biasiswa prasiswazah dan pascasiswazah di Universiti Teknologi Petronas (UTP) kepada anak muda Sudan, Petronas bahkan turut menyumbang perpustakaan bergerak untuk kemudahan anak-anak sekolah di Sudan sejak tahun 2005 hingga 2011.

Bahkan pada tahun 2019 Menteri Minyak dan Gas Sudan sendiri Yagoub Adam Bashir Gamaa mengiktiraf jasa Petronas secara khusus. Namun begitu, beberapa hari kemudian iaitu pada 11 April 2019 rampasan kuasa tentera telah menjatuhkan kerajaan Presiden Omar al-Bashir.

Tindakan Petronas mempertahankan hak kita bahawa Kompleks Petronas di Khartoum diperoleh dengan cara yang sah hingga memfailkan kes ke International Centre for Settlement of Dispute (ICSID) di bawah Bank Dunia membuktikan segala-galanya.

Malah, langkah ini diambil Petronas hanya selepas jalan diplomatik melalui Kementerian Luar Negeri tidak membuahkan sebarang hasil sebaliknya Sudan terus merampas aset kita di sana dan kemuncaknya hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas pengurus Petronas di Sudan.

Hakikatnya, tindakan kurang bijak kerajaan Sudan hari ini merampas aset Petronas (Malaysia), Pakistan, Qatar, dan Turki semata-mata kerana terlalu yakin dengan janji kemasukan pelabur Barat selepas mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel bakal mengundang rasa tidak percaya dan tidak yakin para pelabur antarabangsa untuk jangka masa panjang.

Hilang kawan, hilang hormat, semata-mata kerana rasa tamak dan dendam, pengajaran ini akan memberi impak negatif kepada rakyat Sudan sendiri. Perancangan Petronas untuk membantu Sudan membangunkan rantau Laut Merah mereka juga sama sekali sudah pasti terbatal dengan tindakan Sudan hari ini.

Sama-sama kita doakan semoga semua rakyat Malaysia di Sudan dipelihara dan kepentingan Petronas dapat dipertahankan di International Centre for Settlement of Dispute (ICSID).

ABDUL MUEIN ABADI
Penyelidik PhD Faculty of Governance and Global Affairs,
Leiden University, Belanda – HARAKAHDAILY 13/10/2021

Thursday, October 14, 2021

Mengapa eng guan selalu memburuk burukkan pas.

 

Komen Rakyat dalam blog ini..

3 commen

Anonymous said...

Tak perlu samakan pas dgn parti2 lain. Telah terbukti di kelantan, bila adun pas pegang jawatan tidak berlaku pertambahan harta melalui salah guna kuasa. Tgna tinggal di rumah yg sama sepanjang hayat w/pun jadi mb. Tghh pun sama. Tapi ahli politik lain, makin kaya makin rakus. Ada beza bila patuh syariah dgn yg lain.

Anonymous said...

Mengapa eng guan selalu memburuk burukkan pas. Mesti dia punya agenda yg besar, tapi terganggu oleh sebab adanya pas. Sebab pas tidak beri dan terima rasuah. Dap dapat projek dgn rasuah. Beri rasuah dpt projek. Kerana itu dap terus burukkan pas sebab pas bawa kebaikan, tidak sama dgn dap yg suka kejahatan dan ajak rakyat mabok dan judi. Terima rasuah boleh kaya di dunia, tapi muflis di alam satu lagi.

Anonymous said...

Kehilangan Pulau Batu Puteh DAP salah Dr M, kata pemimpin DAP Pulau Pinang.

Dulu Tun kata DAP okey ajar dan walaun serta barua Tun pun ikut sekali terkinja kinja. Ada yang mendakwa masa tu Tun adalah 'pemuda' yang ditunggu kibar panji dari timur. Ni haah link nye baca smpi abis..!!

http://tangisanmelayu.blogspot.com/2014/08/apakah-tun-m-bapa-kepada-shuib-bin.html?m=1

Akhirnya umpama habis madu sepah dibuang..!! Apa lah sangat madu bunga yang masih tersisa jika pokok bunga itu berusia 96 tahun. Parti DAP sedia maklum madu dari pokok berusia 96 bukan helok sangat pun cuma Parti DSP amat tahu ia berguna untuk pecah belah orang Melayu. Mungkin itu lah makna tersirat bila DAP mengkudakan Tun hanya selama 22 bulan sahaja.

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/04/417403/tun-m-hanya-untungkan-dap

Dr Mahathir Mohamad lah orang yang mesti di pertanggungjawabkan ke atas kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, mungkin ada benarnya, kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy. Betul betul kena sebijik kat muka Tun balik.. padan la muko walaun semua..!!

https://klse.i3investor.com/m/blog/savemalaysia/2021-10-14-story-h1592705470-Ramasamy_s_confession_exposes_Pakatan_s_inadequacy_and_inability_to_def.jsp

"Terpulang pada Mahathir untuk memutuskan sama ada permohonan semakan boleh dimenangi atau tidak", kata Tim Ketua Menteri Pulau Pinang

“Tun Mahathir sepatutnya membiarkan ICJ atau Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengenai rayuan itu. Mana tahu, Malaysia mungkin menang,” katanya.

Ramasamy berkata, mengapa hal ini dirujuk kepada ICJ dari awal masih menjadi misteri.

“Mahathir mesti menjawab persoalan mengapa perkara ini dirujuk bersama kepada ICJ sedangkan ada jalan diplomatik lain yang boleh diambil" kata P Ramasamy

“Memandangkan Singapura mendapat banyak manfaat daripada hubungan jangka panjangnya dengan Malaysia, ini dapat digunakan secara diplomatik untuk mendapatkan pulau tersebut.

“Saya diberitahu, walaupun Malaysia mempunyai kes yang kuat dan mungkin dapat menang, fakta yang dibentangkan tidak kukuh dan tidak kompeten.

“Mahathir harus jawab kegagalan besar ini,” katanya Tim Ketua Menteri Pulau Pinang

#macamsialsumanya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails