Saturday, August 20, 2011

Bagaimana Kerukunan Beragama Dlm Kes Ambon?

Catatan Perjalanan bersama Dr Mujahid, Medan 5..

Sebuah masjid di Ambon semasa konflik..

SEMASA saya berada di atas kapal dalam Danau Toba, dalam perjalanan dari pinggiran Parapat menuju ke Pulau Samosir, walaupun bukan bersama Dr Mujahid, saya berkenalan dengan seorang pemimpin kaum Batak dari Ambarita, satu tempat dari banyak tempat-tempat di pulau tersebut seperti Tomok, Tuk-tuk, Onan Runggu dan lain-lain.

Apabila saya terangkan tujuan saya dalam rangka melawat acara memperingati 150 tahun kemasukan Kristian ke Tanah Batak, yang baru seminggu dua berlalu. Dia mennyambut baik dan menjemput saya ke tempatnya.

Saya jelaskan, "Tujuan saya datang ialah untuk melihat bagaimana kerukunan kehidupan umat beragama, di tempat yang penduduknya ramai orang Kristian. Saya pernah melawat Menado, Sulawesi Utara yang juga ramai penghuninya Orang Kristian... "

"Adakah anda pernah melawat Ambon?" Dia memotong cakap saya dan bertanya.. Terpaku, aku tidak dapat menjawab, sementara..

Teringat aku kira-kira belasan tahun lalu, ramai pemuda-pemuda Islam di Malaysia merasa simpati ke atas umat Islam di Ambon, apalagi berita-berita Indonesia sendiri menyiarkan..

"Pembantaian, penghancuran, pembakaran, penjarahan dan pengusiran secara besar-besaran di Ambon agaknya tak pernah terbayangkan masyarakat muslim Ambon. Ambon yang dulunya sejuk dan damai, kini berubah menjadi daerah yang paling mencekam dan menakutkan, khususnya bagi umat Islam Ambon.

"Menilik bentuk kerusuhan, sasaran penghancuran dan korban yang teraniaya, maka dapat dipastikan bahwa kerusuhan tersebut benar-benar karena masalah SARA, khususnya agama, meskipun bukan ini faktor satu-satunya.

"Bahkan, peristiwa yang memalukan itu bukan sekedar bernuansa SARA, tetapi merupakan potret sebuah kebiadaban yang keji terhadap umat Islam. Kejadian ini sekaligus menjadi pelajaran bagi bangsa Indonesia, bahwa di mana Islam minoritas di situ Islam selalu ditindas." Dikutip dari harian WASPADA, edisi Jum'at 12 Maret 1999.

Waktu itu di Malaysia, dalam PAS sendiri, sudah ada anak-anak muda yang tidak berapa selesa dengan pendekatan dakwah PAS. Mereka memilih jalan dekat menuju syahid. Ramai yang bercita-cita untuk pergi berjuang di Ambon, untuk menolong umat Islam di sana. Ramai yang sudah pergi ke Afghanistan dan lain-lain. Pernah semasa saya menjadi YDP PAS kawasan Balik Pulau, beberapa pemuda PAS berpakat berhimpun berlatih main senjata waktu malam di tepi pantai Tanjung Asam, Teluk Kumbar, atas nama pemuda PAS di luar pengetahuan saya.

Bila saya tahu di saat akhir, saya beritahu mereka, "Aku tidak benarkan, kerana ia akan mendatangkan fitnah kepada PAS. Kalau kamu buat juga, aku sendiri akan telefon dan beritahu polis..." Akhirnya tak jadi.

Waktu itu saya menerima amanah terus dari Presiden PAS Ke 6 Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor, supaya mengawasi perkembangan berbau militan menyerap masuk dalam PAS. Saya sentiasa berhubungan terus dengan beliau sepanjang masa.

Berbalik kepada kisah perjuangan di Ambon pada masa itu, sebenarnya dalam masyarakat Ambon tersimpan potensi konflik yang cukup besar, meskipun dikatakan di sana ada budaya 'pela gandong'. Potensi konflik tersebut terlihat pada komposisi Islam-Kristian yang berimbang. Dan selama ini terjadi musabaqah dalam ekonomi, politik dan agama. Potensi tersebut semakin memanas ketika arus reformasi bergulir dan kepemimpinan politik berada di tangan Presiden Habibie yang diisukan ingin lebih melancarkan Islamisasi, termasuk politik.

Secara psikologis, keterancaman orang-orang Maluku semakin terasa, dengan naiknya Habibie di panggung politik nasional yang dianggap sebagai representasi kekuatan Islam Sulawesi. Fakta membuktikan bahawa sasaran penghancuran dan pembantaian adalah umat Islam. Orang Islam didakwa sebagai pendatang dan Islam dipandang sebagai agama asing, bukan agama penduduk asli di situ.

Sila lihat video-video ini...
Fri, 12 Mar 1999 05:34:56 -0500

PERANG AGAMA KRISTEN DAN ISLAM DI AMBON TAHUN 2000,(BAGIAN 3)

Para korban yg telah tewas di perang ini sangat banyak sekali,khususx orang - orang muslim,video ini sebelumnya di larand di rilis,karna sudah ada ...

by TheNews2000 1 month ago 1,825 views

PERANG AGAMA KRISTEN DAN ISLAM DI AMBON TAHUN 2000,(BAGIAN 2)

Para korban yg telah tewas di perang ini sangat banyak sekali,khususx orang - orang muslim,video ini sebelumnya di larand di rilis,karna sudah ada ...

by TheNews2000 1 month ago 1,246 views

PERANG AGAMA KRISTEN DAN ISLAM DI AMBON TAHUN 2000,(BAGIAN1)

Para korban yg telah tewas di perang ini sangat banyak sekali,khususx orang - orang muslim,video ini sebelumnya di larang rilis,karna sudah ada ...

by TheNews2000 1 month ago 1,647 views

Bersmbung lagi..

Akan bersambung, insya Allah. Wassalam.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

KL 20 Ogos 11.

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

Wanita Dakwa Dicabul 11 Polis

Wong bee fong demonstrating how she was molested by policeKEMASKINI
Hari ini, malaysiakini mendedahkan kisah seorang pengurus akaun Wong Bee Fong mendakwa selepas tujuh tahun dicabul oleh 11 anggota polis, beliau sehingga kini masih menunggu tindakan terhadap kumpulan itu.

Bahkan, tambahnya, polis gagal memberi jawapan sama ada kertas siasatan dibuka selepas dia membuat laporan polis berhubung pengalaman pahit yang meninggalkan trauma hinggga ke hari ini.

Dalam sidang media bersama peguamnya hari ini, Wong, 39 mendakwa, polis sebaliknya menyiasatnya atas dakwaan menghalang polis menjalankan tugasnya.

Wong mendakwa, mimpi ngerinya bermula pada jam 1.55 pagi apabila kereta yang dipandunya ditahan dalam sekatan jalan raya dekat Taman Connaught pada tahun 2004 kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

"Saya minta lesen memandu saya kembali dan saman yang akan dikeluarkan tetapi pegawai itu, Johari Ismail, nombor lencana 88147, enggan memulangkan dan sebalinya meminta rasuah RM3,000.

"Saya menolaknya dan beliau biarkan saya menunggu kira-kira 15 minit. Saya curiga ada sesuatu yang tidak kena jadi saya memandu ke arah balai polis Batu 9, Cheras," katanya.

Tetapi, dakwanya, sebelum sampai ke destinasi, sebuah Proton Saga mengejar dan memaksanya membelok ke bangunan PGA di Batu 9...

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Wahab ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau akan berjumpa dengan Wong untuk cuba menyelesaikan masalah itu. Abdul Rahshid berharap Wong dapat menghubunginya segera kerana beliau memerlukan lebih makluma. Insiden itu berlaku sebelum Abdul Rashid menjawat jawatan itu.

Kita tunggu kes ini hingga ke penghujungnya.. Apakah jelas lagi polis Malaysia sudah hilang moral? (IH)

Kenyataan Tidak Berapa Cerdik PM -Nik Aziz

KL, 20 Ogos 11; “Sejauhmana kesungguhan Barisan Nasional untuk penambahbaikan pilihan raya jika kenyataan yang tidak berapa cerdik ini dikeluarkan?” Tanya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) merupakan salah seorang pemimpin yang terkilan dengan kenyataan Perdana Menteri semalam.

Pakatan Rakyat mula sangsi dengan keikhlasan dan kesungguhan kerajaan pusat diterajui Datuk Seri Najib Razak dalam membawa penambahbaikan sistem pilihan raya ekoran kenyataan semalam bahawa pilihan raya umum boleh diadakan bila-bila masa meskipun jawatankuasa pilihan khas bersidang.

Petang semalam, Najib berkata pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya. Jawatankuasa sembilan anggota itu akan dibentuk Oktober ini.

Bagaimanapun kata perdana menteri, oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran Parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu.

“Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa, tiada apa-apa kaitan dengan jawatankuasa pilihan khas Parlimen. Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Sementara mandat semasa Parlimen akan berakhir April 2013, sesetengah pihak berpandangan bahawa jawatankuasa itu memerlukan tempoh satu tahun untuk menyiapkan laporannya Turut melahirkan pendirian yang sama ialah Timbalan Presiden DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw yang meminta Najib menjelaskan sebab Kabinetnya mengesyorkan pembentukan jawatankuasa pilihan khas pada sesi Parlimen Oktober ini jika beliau berhasrat mahu memanggil pilihan raya umum bila-bila masa.

“Rakyat Malaysia tertanya-tanya dengan apa yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri apabila beliau mengatakan kerajaan akan berusaha untuk melaksanakan syor-syor dikemukakan oleh jawatankuasa sebelum pilihan raya.

“Sebaik sahaja jawatankuasa itu diluluskan oleh Parlimen pada sesi Oktober ini, ia akan mengambil masa, kemungkinan enam bulan atau lebih sebelum ia boleh memberi syor-syor dan undang-undang pilihan raya dipinda dan dilaksanakan,” kata Dr Tan yang juga Ahli Parlimen Kepong.

Oleh itu soal beliau, jika Najib mengisytiharkan pilihan raya umum awal bagaimana syor-syor jawatankuasa pilihan khas ini boleh dilaksanakan.

“Menterinya (Datuk Seri) Nazri Aziz bercakap mengenai meminda undang-undang pilihan raya sebelum pilihan raya umum akan datang. Kini, beliau bercakap yang ini tidak terikat dengan kerja-kerja yang akan dibuat oleh jawatankuasa (pilihan khas),” kata wakil rakyat veteran ini.

Rabu lalu, Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata jawatankuasa khas ini akan dianggotai oleh sembilan orang dengan pengerusinya merupakan seorang menteri.

Sambil berkata rakyat Malaysia tertanya-tanya apa hendak dibuat oleh Perdana Menteri dengan membentuk jawatankuasa pilihan khas, Dr Tan menambah: “Adakah beliau (Najib) benar-benar iklhas?”

Dr Tan juga berkata pada hari yang sama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula mengumumkan pihaknya bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Bersih 2.0, yang telah mengemukakan lapan tuntutan pilihan raya. Bersih 2.0 telah mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 9 Julai lalu kerana tujuan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

“Kerajaan telah mengambil tindakan ke atasnya. Mengapa Najib mahu mengadakan jawatankuasa pilihan khas sedangkan ia mahu mengadakan pilihan raya umum bila-bila masa,” katanya lagi. (IH)

Bencana Somalia Uji Nilai Moden -Erdogen

Jika tidak ada yang bertindak, maka Turki yang akan bertindak..
KL IH 20 Ogos 11: Dalam kunjungan ke Somalia Jumaat semalam, Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengatakan bahawa bencana yang sedang dialami Somalia merupakan ujian bagi nilai-nilai moden.

"Tragedi di Somalia menguji nilai-nilai moden. Apa yang ingin kami tekankan adalah bahawa dunia masakini perlu lulus ujian ini, bagi membuktikan bahawa nilai-nilai Barat bukanlah sekedar retorika kosong. Saya ingin menggugah kesedaran setiap orang, saya ingin menggugah para orangtua yang hidup di belahan dunia lain. Tolong jangan lupakan hak anak anda yang menghabiskan waktunya bersenang-senang di taman, seharusnya juga berlaku untuk anak-anak di sini. Para ibu dan bapak Somalia sangat berduka," kata Erdogan berupaya menggugah belas kasihan masyarakat dunia agar mahu membantu Somalia.

Erdogan juga menyinggung kritikan yang mengatakan mengapa harus mengurusi Somalia, sementara di Turki sendiri juga ada yang kelaparan.

"Saya menyarankan anda agar datang ke Somalia dan melihat sendiri situasinya di sini," kata Erdogan mencabar dan menegaskan bahawa Somalia sangat perlukan bantuan dengan segera.

"Saya paham, rakyat Somalia mengalami tidak hanya hari-hari yang sulit, tapi juga (kesulitan) selama berbulan-bulan dan bahkan mungkin bertahun-tahun. Negara ini dihadapkan dengan kekeringan dan kelaparan. Kami telah melihat sejumlah kem pengungsi dan juga akan segera mengunjugi kem pengungsi lainnya. Orang-orang di sini terancam penyakit. Kami sangat sedih melihat keaadaan ini, terutama anak-anak," kata Erdogan.

Erdogan mengunjungi Somalia untuk melihat sendiri bencana kelaparan yang sedang dialami negara itu, mengunjungi sebuah kem pengungsi yang dibangunkan oleh Bulan Sabit Merah Turki dan hospital lapangan yang didirikan oleh Kementerian Kesihatan Turki.

Dalam pertemuan dengan media bersama Presiden Somalia Syeikh Syarif Syeikh Ahmad, Erdogan menyapa rakyat Somalia. "Kami di sini untuk mendengar suara anda dengan lebih dekat. Kami datang ke sini bersama ahli Parlemen Turki, para pengusaha, artis dan LSM. Kami ingin menyuarakan tentang keadaan kamu kepada dunia dengan kunjungan ini. Ini bukan semata masalah Turki, tapi juga dunia. Jika tidak ada yang bertindak, maka Turki yang akan bertindak," tegas Erdogan membesarkan hati rakyat Somalia.* (IH)

Ahli Umno Kini 3.27 Juta. Makin Hebatkah?


KL 20 Ogos 11: Ahli Umno di seluruh negara kini telah berjumlah 3,270,444 juta dengan negeri Sabah, Johor dan Selangor mendahului jumlah tertinggi ahli di antara negeri-negeri yang lain, demikian menurut presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Sabah 483,013, Johor, 450,004, Selangor 428,525, negeri-negeri ini adalah tiga yang paling tinggi," katanya.

Bercakap kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, Najib turut mengumumkan penganjuran forum antarabangsa yang akan diadakan sekali lagi semasa Perhimpunan Agung Umno tahun ini dengan penyertaan lebih banyak peserta dari parti-parti luar negara.

"Majlis Tertinggi mengambil keputusan bahawa peserta yang dijemput dari parti-parti luar hendaklah dipelbagaikan untuk meliputi parti-parti yang berkuasa ataupun parti-parti yang mempunyai kedudukan di negara-negara tertentu.

"Jadi kita akan menjemput antaranya parti-parti politik di United Kingdom, Australia, Maldives, Madagascar, Amerika, Kesatuan Eropah dan juga ahli-ahli jawatankuasa bertindak ICAPP (Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia)dan ahli-ahli jawatankuasa Political Party of America and Caribbean," katanya.

Beliau berkata, penyertaan yang lebih menyeluruh pada kali ini diharapkan agar lebih memberi pemahaman kepada mereka mengenai hala tuju dan dasar-dasar yang diperjuangkan oleh Umno. (IH)

Friday, August 19, 2011

K'tan: Klinik Hukum Di Qariah Ramadhan,

KOTA BHARU, 19 Ogos 11: Perisytiharan ‘Kota Bharu Bandar Raya Islam’ diterima dengan baik oleh masyarakat Kelantan khasnya dan Malaysia amnya, demikian juga mereka boleh menerima gelaran Kelantan sebagai ‘Serambi Mekah’.

“Sesungguhnya Kota Bharu yang diisytiharkan sebagai Bandar Raya Islam, sehingga kini diterima masyarakat dengan baik tanpa persoalan.

“Ini kerana gelaran Kelantan sebagai Serambi Mekah dan Kota Bharu sebagai Bandar Raya Islam oleh kerana kedua-duanya mempunyai keutamaan iaitu ‘keilmuan’,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan pada Majlis Perasmian ‘Klinik Hukum’ di Qariah Ramadhan, Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV di sini, malam tadi.

Program dikendalikan Alumni Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir itu bertujuan menyediakan khidmat rundingan profesional dari aspek hukum hakam dalam pelbagai cabang kehidupan masyarakat.

Menyediakan khidmat kaunseling pelanggan serta menjadi rujukan kepada masyarakat dalam perkara yang membabitkan status hukum serta pertanyaan tentang fatwa di Malaysia di samping memberikan khidmatan bimbingan berlandaskan ketetapan syarak kepada semua lapisan masyarakat termasuk saudara baru.

Selain itu program tersebut bertujuan menonjolkan Alumni Mesir bukan saja sebagai sebuah persatuan mengumpulkan mahasiwa dan lepasan Mesir, bahkan turut menjadi institusi penyelidikan dalam bidang hukum syarie serta rujukan massa.

“Oleh itu program Klinik Hukum amat bertepatan dan penting wujud dalam masyarakat, bermula di Qariah Ramadhan mengambil berkat dari bulan Ramadhan ini,” kata Takiyuddin.

Selain itu, beliau memaklumkan Kelantan akan mewujudkan ‘pelancongan Islam’ di mana antara bentuknya ialah apabila para pelancong datang ke Kelantan dipromosikan program berbentuk keagamaan.

“Ini termasuk masjid-masjid tertentu di bandar Kota Bharu diisytiharkan sebagai ‘masjid yang ada solat Dhuha’ pada tiap-tiap minggu (seperti Jumaat dan Sabtu).

“Kini kita pilih Masjid Jam’iah di Jalan Putera Semerak, Kota Bharu dan Masjid Al-Baraah dekat Pasar Besar Siti Khadijah, diadakan program solat Dhuha.

“Dan di samping program itu, kita akan mempromosikan ‘Klinik Hukum’. Para pelancong mendapati tidak menemui program seperti itu di negeri lain kecuali Kelantan, dengan pakej pelancongan Islam.

“Inilah perbezaan Kelantan yang digelar Serambi Mekah yang mampu menyediakan persekitaran keislaman kepada seluruh manusia yang berkunjung ke negeri ini,” kata Takiyuddin yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS. (IH)

6 Ditangkap Malam Tadi


TAPAH, 19 Ogos: Seramai enam orang ditangkap malam tadi pada majlis ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Taman Tapah yang turut disertai ahli parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar.

Seramai 30 orang polis bersedia di tempat ceramah termasuk 10 orang Light Strike Force untuk mengawasi majlis itu.

Dua orang yang ditangkap dan digari di tempat ceramah ialah Naib Pengerusi dan Timbalan Setiausaha PKR Perak, Chang Lih Kang yang juga Adun Teja dan Tan Kar Hing.

Selepas itu, pembesar suara dan meja dirampas oleh polis.

S. Nagenteran a/l Sandrasigran daripada PSM dan 3 orang lagi, ahli DHPP, Appalasamy a/l Jetakiah, Patrick Vincent dan Chua Yee Ling ditangkap di luar IPD Tapah semasa memberi sokongan kepada Chang Lih Kang dan Tan Kar Hing.

Mereka dilepaskan pada kira-kira jam 12 tengah malam.


Terperangkap Di Tepi Tebing Tinggi

EMPAT orang remaja (dalam bulatan) terperangkap di tepi tebing tinggi di Teluk Dunraven, Wales baru-baru ini.

TELUK DUNRAVEN, Wales – Dua remaja lelaki an dua gadis terlepas daripada maut selepas mereka berjaya diselamatkan dari tebing setinggi 60.96 meter di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Semua remaja berusia 17 tahun itu pada mulanya pergi ke kawasan pantai di Teluk Dunraven dekat Southerndown untuk bersuka ria sempena cuti sekolah.

Mereka kemudian memanjat tebing batu untuk menyanyi. Malangnya, mereka terperangkap di tepi tebing kerana air laut mula pasang.

Mujurlah ada beberapa orang yang terlihat mereka dari arah pantai yang memberitahu pihak keselamatan menyebabkan sebuah helikopter dihantar untuk melakukan operasi menyelamat.

Keempat-empat remaja itu diangkat dengan menggunakan tali ke tempat yang lebih selamat.

Beberapa pegawai keselamatan yang menaiki bot gagal untuk mendekati lokasi tempat keempat-empat remaja berkenaan terperangkap kerana ombak kuat.

Keempat-empat remaja itu dihantar oleh helikopter berkenaan ke kawasan berhampiran. – Agensi

Thursday, August 18, 2011

Syabas Muslimah, Bongkar Penderitaan Rakyat

(Khasim menyampaikan sumbangan Harakah kepada suami Sofiah, warga emas yang lumpuh dan tidak mampu bercakap.)
AMPANG, 18 Ogos 11: Syabas Editorial Harakah bersama Dewan Muslimat PAS Pusat yang membongkar penderitaan rakyat melalui program jejak Ramadan, yang kali ini menyasarkan kepada golongan ibu tunggal dan warga emas yang terlantar sakit.

Menyelongkar di sebalik tirai kemegahan dan kegemilangan kota raya Kuala Lumpur, di Dun Lembah Jaya masih ramai lagi insan yang terpinggir dan amat memerlukan bantuan. Mereka memerlukan bantuan bukan sekadar sesuap nasi tetapi mahu mengubah nasib kehidupan anak-anak.

Ibu tunggal, Roziah Livis, 30-an, yang tinggal di pangsapuri Taman Kosas terpaksa menggunakan lilin selama tiga tahun kerana tidak mampu membayar tunggakan bil elektrik yang mencecah RM2,000. Beliau mempunyai tiga anak terpaksa berhenti daripada kerja membantu menjual ais kerana kuku dan kakinya rosak. Suaminya telah melafazkan cerai talak satu selepas beliau melahirkan anak ketiga.

Fauziah Ramli, 30-an, baru melahirkan anak kelima juga memerlukan bantuan kerana suaminya berada dalam penjara. Meringankan bebanan, Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz menghulurkan bantuan. Kesengsaraan dan penderitaan warga emas, Sofiah Abd Ghani yang lumpuh, tidak boleh bercakap dan tidak kenal sesiapa, turut memilukan.

Beliau terbaring di atas katil dan hanya mampu menggerakkan tangan sebelah kanan. Selama lima tahun beliau terbaring dan hanya minum susu melalui hidung. Jejak Ramadan akan terus menyalurkan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Tiga ibu tunggal, dua warga emas serta seorang pesakit kritikal turut mendapat sumbangan.

Mereka mendapat bantuan wang tunai serta barangan asas beras, tepung, gula dan teh. Dana Ramadan yang digerakkan Unit Editorial Harakah dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Pusat mendapat sambutan menggalakkan. Sumbangan yang diperolehi telah diagih-agihkan kepada golongan kurang bernasib baik.

Mereka yang bersimpati dan menyokong misi mulia ini boleh salurkan sumbangan atas nama DMPP ke akaun Maybank 564025400533

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Alangkah baiknya kalau program ini dilanjutkan hingga luar Ramadan dan luar Selangor.(IH)

Iklan Seksi: Kem Pem Wanita, & Jakim Buat Apa? -DPP



KL 18 Ogos 11: Dewan Pemuda PAS mahu pihak yang bertanggungjawab menerbit dan meluluskan iklan menjolok mata, seksi dan separa lucah menarik balik iklan mereka dan memohon maaf kepada ummat Islam segera mungkin.

Ketuanya, Nasrudin Hassan di Facebook berkata semua pihak perlu mengambil peranan, bermula dari pihak berkuasa negeri Pakatan Rakyat sebagai tauladan, kemudian pihak berkuasa kerajaan persekutuan turut mengambil langkah berkesan untuk memerangi gejala negatif yang kian menular.

Lebih malang, katanya ia diiklankan pada bulan Ramadan dengan memaparkan model yang juga beragama Islam.

“Tindakan ini dilihat keterlaluan dan memcabar kesucian agama Islam itu sendiri.

“Lebih malang, pihak berkuasa seperti tidak peka dengan apa yang berlaku. Bagaimana iklan seperti ini boleh lulus siar dan lulus terbit ? Ke mana perginya Kementerian Pembangunan Wanita yang selama ini bercakap soal maruah wanita.

“Apakah iklan seperti ini yang jelas memperaga dan memperalatkan wanita tidak mencarik maruah?” soal Nasrudin.

Ketua pemuda PAS itu juga membidas pihak berkuasa agama seperti JAKIM yang didakwa tidak peka dengan lambakan iklan menjolok mata sebegini yang dipasang pada billboard, banting dan banner pada laluan dan tempat awam. (IH)

Siasat 3 Wanita PSM Dibogelkan -Dew Muslimat



KL 18 Ogos 11:
Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mendesak Menteri Dalam Negeri mengarahkan Ketua Polis Negara menyiasat dakwaan tiga wanita parti Sosialis Malaysia (PSM) bahawa mereka diperlakukan tidak sopan sewaktu dalam tahanan polis di Pulau Pinang Jun lalu.

Ketua Penerangan, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, insiden sedemikian tidak seharusnya berlaku khususnya selepas Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Polis (IPCMC) menegaskan bahawa tindakan membogelkan orang kena tahan (OKT) adalah salah dan wajar dihentikan serta merta.

"Muslimat PAS mendesak Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn selaku Menteri yang bertanggungjawab segera mengarahkan Ketua Polis Negara menjalankan siasatan ke atas dakwaan ini dan wajib mengambil tindakan lebih tegas kepada semua anggota Polis yang terlibat dalam kejadian tidak bermoral, biadab, tidak menghormati martabat insan, membelakangi syor-syor IPCMC hatta sangat tidak Islamik ini," kata beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tiga wanita terbabit, G Packialetchumy, P Indra dan P Jody yang ditahan bersama lebih kurang 28 orang yang lain pada 25 Jun lalu di Balai Polis Kepala Batas, Pulau Pinang sewaktu menyertai program jelajah parti itu.

Sewaktu di dalam lokap, mereka dipaksa menanggalkan pakaian dan berbogel di hadapan anggota polis wanita dan juga anggota polis lelaki.

Aiman berkata, tindakan tersebut jelas menjatuhkan maruah manusia dan memburukkan imej serta mencemar kecantikan Islam di mata rakyat apatah lagi majoriti Menteri Kabinet, pimpinan-pimpinan tertinggi Polis dan anggota polis itu sendiri adalah beragama Islam.

"Hatta, pentadbiran BN sendiri telah dengan bangganya mengisytiharkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam namun budaya kerja anggota polis yang terbabit ini sangat jauh daripada ajaran Islam," katanya.

Justeru DMPP mendesak Hishammuddin dan Tan Sri Ismail Omar segera mengemukakan permohonan maaf kepada seluruh Wanita Malaysia atas kebiadapan anggota dan kakitangannya.

Sekiranya mereka tidak berbuat demikian , DMPP bersama badan bukan kerajaan (NGO) wanita tidak akan teragak-agak untuk menggerakkan satu Himpunan Wanita bagi menuntut agar kerajaan menghormati maruah seluruh kaum ibu yang ada di negara ini.

"Isu membogelkan tahanan dan menanggalkan pakaian tahanan secara paksa adalah kejadian yang sering berulang. Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara sewajarnya berasa malu kerana ternyata gagal memastikan kakitangan dan anggota mereka daripada melakukan tindakan terkutuk seperti ini.

"Ini termasuk juga tindakan kekerasan seperti memukul dan menendang tahanan. Apatah lagi yang terlibat ini ternyata bukan penjenayah, tetapi lebih bersifat ”tahanan politik”, lantaran mereka berbeza parti daripada pemerintah iaitu Barisan Nasional.

"Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara wajar menunjukkan kesungguhan yang tinggi dalam menyelesaikan masalah seperti ini dan seterusnya memastikan agar ianya sama sekali tidak akan berulang.

"Hukuman lebih berat wajar dipertimbangkan terhadap anggota-anggota polis yang terlibat melakukan kesalahan ini termasuk kemungkinan hukuman seperti ”Qisas” (balas balik – bogelkan pula anggota polis yang terlibat) agar mereka belajar memahami apakah maknanya menghormati martabat insan itu," tegasnya.

Semalam tiga wanita terbabit diiringi pimpinan parti menyerahkan memorandum ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengadu mengenai perkara tersebut. (IH)

Hina Islam, Masih Berleluasa Dalam Tv Di M'sia

Oleh: pemudadunsura
HALAMAN HIBURAN
Lawak Hina Islam : Pakaian Muslimah Jadi Bahan Gelak
?

"Rancangan Oh Yeah! yang ditayangkan di Astro, menayangkan lawak yang melampau. Artis Muslimah Melayu (Khairiah) berlakon hingga memberikan persepsi negatif kepada Islam (menghina Islam) dengan memberi intrepetasi pakaian Muslimah (dalam lakonannya) mengikut citarasa sendiri untuk dijadikan bahan gelak tawa.

Memang bila perkara begini berlaku, tidak ramai yang melenting. Malah tidak mengambil endah sedikitpun. Golongan berwajib hanya melenting apabila sesuatu perkara itu boleh dijadikan isu khususnya menyentuh mengenai politik melibatkan Pakatan Rakyat. Ataupun juga penghinaan oleh Non Muslim seperti video yang dibuat oleh Namawee (yang jelas bukan Islam). Namun bila melibatkan orang Islam sendiri, tidak kira individu berkepentingan atau badan tertentu Kerajaan, hanya mendiamkan diri sahaja.

Lihat video ini...

Artis hina nabi.mp4

by mspurplelavender91 7 months ago 59,771 views

Upin Ipin Terbit Album Raya

ALBUM Seronoknya Raya Bersama Upin & Ipin dijual pada harga RM14.90.

HALAMAN HIBURAN

SIRI kartun animasi Upin dan Ipin boleh dikatakan telah membuka satu dimensi baharu dalam bidang animasi tempatan. Bukan sekadar di Malaysia sahaja, bahkan karakter pasangan kembar tersebut telah mencetuskan fenomena di negara jiran iaitu Indonesia.

Dihasilkan oleh syarikat tempatan Les' Copaque Production Sdn. Bhd. pada tahun 2007, pada asalnya siri kartun berkenaan disiarkan bertujuan untuk mendidik kanak-kanak supaya menghayati bulan Ramadan.

Menariknya, setelah lima tahun rancangan kartun yang diminati ramai itu disiarkan di kaca televisyen, pada tahun ini kedua-dua karakter tersebut akan tampil pula dengan sebuah album raya berjudul Seronoknya Raya Bersama Upin & Ipin. (IH)

Wednesday, August 17, 2011

UMNO: Tukang Solek Huduhkan Islam -N/Aziz

Gambar Dr Mahathir & Nik Aziz semasa UMNO menolak 'hudud Islam' yang dibawa oleh PAS. Jelas UMNO tak mahu Islam
KL, 17 Ogos 11: "Saya menyeru kepada Umno, janganlah menjadi tukang solek yang menghodohkan wajah Islam.” Kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Islam tertegak di atas hujah, bukan di atas emosi, menurutnya lagi.

“Apa jua isu, perdebatkan dengan ilmiah bukan dengan provokasi. Sayangnya, saya lihat Umno sangat cenderung untuk menjadikan sesuatu isu sebagai kontoversi kerana dengan talian hayat inilah mereka bernyawa.

“Hakikatnya, isu perkauman dan pertembungan agama ini sengaja ditimbulkan untuk mengeruhkan suasana,” kata beliau sambil menambah, “Umno mengharapkan dengan kekeruhan ini, mereka mampu muncul sebagai juara.”

“Mereka lupa, hasil kerja tangan mereka ini bakal menjadikan suasana lebih tidak tenteram dan menjauhkan masyarakat daripada Islam.

“Ingatlah, dalam mengendalikan sebarang isu, ambillah pertimbangan kemuliaan bulan Ramadan yang sedang kita lalui sekarang,” katanya lagi.

Sebelum ini, beliau berkata Umno sewajarnya tidak memainkan isu larangan bacaan al-Quran melalui pembesar suara di Pulau Pinang kerana keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan negeri dipimpin Pakatan Rakyat. Pada pandangannya tidak munasabah Umno mahu ‘mencari balah’ dengan Mufti dalam isu yang tidak ada kepentingan politik.

“Tapi nampaknya, sangkaan saya agak tersasar. Umno yang saya lihat sudah sampai saat kejatuhannya barangkali akan cuba berpaut dengan apa jua dahan untuk mengelakkannya daripada jatuh terhempas dan patah tulang.

“Barangkali, jika tiba-tiba terjaga di tengah malam sekalipun, perkataan yang akan terpancul keluar ialah ‘DAP!’

“Dalam isu ini, saya bukan menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang, tetapi saya menyokong pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Buta maklumatkah golongan ini?

“Saya ingin bertanya kepada Umno, sejak bila mereka beria-ia mahu mempertahankan Islam ini?

“Sebelum tangan menggapai ke atas, lihat dahulu lantai berpijak. Dasar Umno sendiri ialah kebangsaan dan sekular.

“Justeru, apabila kerajaan Melaka melanjutkan tempoh pusat hiburan beberapa bulan lepas, tidak ada sebarang suara yang menentang daripada Umno.

“Ada pula yang sibuk mahu menggantikan PAS sebagai pembela Islam,” katanya lagi.

Nik Aziz berkata, ia sebenarnya satu pengiktirafan terhadap PAS yang telah berjuang sekian lama membela Islam. Katanya, barangkali pihak ini ‘tidak tergamak’ untuk menggantikan Umno untuk memperjuangkan Islam.

“Masakan tidak, bila pula pernah Umno berjuang untuk Islam?” katanya lagi.

Nik Aziz mengulangi bahawa bacaan al-Quran di pembesar suara sebelum solat Subuh bukanlah sesuatu yang diajar oleh Islam, jika ia terbukti menganggu dan ada aduan, maka sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Negeri mengeluarkan pandangan.

“Di Kelantan dengan kebanyakan masyarakatnya Muslim mungkin tidak mengira ini sebagai satu masalah, tetapi di Pulau Pinang mungkin keadaannya berbeza. Rasulullah s.a.w sendiri pernah melarang seorang sahabat yang mengangkat suara di dalam masjid untuk berzikir sehingga mengganggu orang lain,” katanya lagi. (IH)

PAS Terus Dialog Dengan Gereja -Dr Mujahid

Dr Mujahid di tengh-tengah, gambar semasa Forum Kerukunan Umat Beragama (FKUB), 2 Julai baru lalu di Hotel Garuda Plaza Medan
KEPALA BATAS, 17 Ogos — Lajnah Perpaduan Nasional PAS pusat akan meneruskan pendekatan berdialog dengan pihak gereja seluruh negara walaupun sekarang ini berlaku sedikit kekeliruan hasil mainan akhbar pro-Umno dan Barisan Nasional (BN).

PAS telah mengambil pendekatan sedemikian sejak isu berkaitan kalimah Allah dan vandalisme rumah ibadat muncul awal tahun lalu. Pengerusinya Dr Mujahid Yusuf Rawa menegaskan, Lajnah Perpaduan Nasional PAS tidak akan duduk diam dalam usaha mempromosikan parti ke tengah masyarakat agar lebih dikenali bukan untuk dimusuhi.

“Lajnah tetap berusaha merapatkan PAS dengan semua gereja di Malaysia supaya masyarakat Kristian tidak salah faham dengan PAS.

“Sejak pendekatan itu dimulakan sambutanya amat membanggakan sekaligus membimbangi Umno dan BN,” kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu gereja Methodist, Damansara Utama kononnya terdapat orang Islam dalam premis berkenaan, beliau berharap kedua-dua belah pihak tampil memberikan penjelasan supaya diatasi dengan baik.

Pertemuan antara PAS dan kepimpinan gereja semalam telah ditangguhkan buat sementara waktu. Jelas Mujahid, semua pertuduhan masih samar-samar dan memerlukan penelitian supaya PAS tidak terjerat dalam kancah ciptaaan musuh politik yang mahukan Pakatan Rakyat berpecah menjelang pilihan raya umum ke-13.

Pada sesi lalu tambah Mujahid, Lajnah Perpaduan Nasional PAS berjaya menjalin hubungan mesra dengan paderi dan gereja di mana sambutannya memberangsangkan.

“Hubungan yang baik dan harmoni menyeramkan pihak lain, maka ada sahaja usaha menimbulkan prasangka yang tidak enak,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar. (IH)

Pangkah Undi Pos Tentera Sampai Lenguh Tangan

KL 17 Ogos 11: Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan. Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.

Beliau mengaku berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka. Katanya, beliau telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah." Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah dua orang lagi anggota dan seorang pegawai tentera. (IH)

Dr M Akui Kesan BERSIH. Najib Takut Rakyat?


PUTRAJAYA, 17 Ogos 11: Langkah Perdana Menteri Najib itu lebih bertujuan menangani persekitaran tidak senang hati di kalangan rakyat Malaysia ekoran perhimpunan Bersih 2.0 bulan lalu. Demikian jawab bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang hanya menggeleng kepala seketika apabila ditanya.

Beliau ditanya sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengambil pendekatan, Putrajaya mahu melaksanakan pembaharuan pilihan raya dengan membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen, bertujuan memperbaiki imej antarabangsa kerajaan kepimpinannya.

“Bukan disebabkan kesan antarabangsa... ia kesan tempatan,” kata Dr Mahathir (gambar) selepas melancarkan mjalis kutipan sumbangan bagi mangsa kebuluran Somalia di Yayasan Perdana Global Peace di sini.

Walaupun begitu, bekas Perdana Menteri paling lama di Malaysia itu berkata beliau amat menyokong pengumuman Najib tetapi berkata sistem pilihan raya di Malaysia kurang kepincangan berbanding negara-negara lain.

“Ya, ya. Saya sangat menyokong pembaharuan pilihan raya. Tetapi saya perlu menekankan bahawa bahawa ini bukan sesuatu yang berleluasa memandangkan anda dapat melihat di negara-negara tertentu di mana 99 peratus undi pergi kepada satu parti tertentu.

“Di Malaysia, dalam setiap pilihan raya, anda akan dapati pembangkang menang kerusi, malah menang beberapa negeri,” katanya.

Justeru kata beliau, kemungkinan ada kekurangan di sana sini tetapi pada umumnya pilihan raya di Malaysia adalah bersih.

“Tidak bersih secara mutlak, tetapi bersih,” kata Dr Mahathir.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah PM sudah mula tertekan dengan kehendak rakyat? Bersimpati atau takut, atau untuk menjaga imej di luar negara?

Zakat K'tan: Lulus Bantuan Dalam 5 Minit -MAIK


KOTA BHARU: Tiada karenah birokrasi di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) selama ini kerana permohonan zakat mampu diluluskan tidak sampai lima minit, bergantung kepada jenis bantuan diperlukan.

Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Kamaruddin Mohd Zin (gambar) berkata, pihaknya sentiasa efisien dalam memproses setiap permohonan daripada mereka yang memerlukan zakat bagi memastikan hanya yang betul-betul layak menerimanya.

“Tidak wujud masalah birokrasi di majlis ini kerana kami akan segera memproses setiap permohonan. Ada yang mendapat kelulusan segera dalam tempoh tidak sampai lima minit kerana permohonannya lengkap dan kami dapati individu terbabit memang layak.

“Terdapat permohonan yang mengambil masa sehingga tiga bulan kerana ia bergantung kepada jenis bantuan yang dipohon. Jika bantuan untuk membesarkan perniagaan yang sedia ada memang tidak diberikan segera berbanding bantuan untuk kematian yang terus diberikan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, sebenarnya bantuan yang diberikan mengikut keperluan individu yang memohon kerana pihaknya ingin memastikan hanya golongan asnaf yang layak menerimanya.

Katanya, ini kerana pihaknya menerima laporan terdapat percubaan menipu oleh individu tidak bertanggungjawab semata-mata untuk mendapatkan bantuan zakat tetapi ia dapat dikesan.

Kamaruddin berkata, menjadi prosedur biasa setiap permohonan perlu mengisi borang, mendapat pengesahan dan sebagainya, tetapi ia tidak mengambil masa yang lama untuk mendapat kelulusan.

Sementara itu, zakat Maik meningkat lebih 56 peratus bagi tempoh Januari hingga semalam sebanyak RM41.6 juta berbanding RM26.6 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rakyat Malaysia, kalau nak mudah dapat bantuan zakat, kena beri PAS atau Kerajaan Kebajikan perintah Malaysia. UMNO dah sakit teruk lama dah.. tak mampu lagi perintah!

Lihat sebelum ini...

Lagi Kementerian Pelajaran Gagal. Lihat Berita Ini..

4 parah diserang pelajar guna besi
KL: LAGI, kementerian pelajaran dan pendidikan gagal. Jangan sampai rakyat takut nk hantar anak ke sekolah milik kerajaan. Lihat berita ini..

4 parah diserang pelajar guna besi

Empat pelajar sekolah menengah parah selepas diserang lebih 30 pelajar sebuah sekolah menengah lain yang sebahagiannya bersenjatakan besi, cota dan topi keledar, semalam.

Kejadian berlaku ketika waktu pulang sekolah kira-kira jam 1.15 tengah hari di pekarangan sebuah sekolah di Bukit Nanas, di sini.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa, berkata kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati antara dua kumpulan pelajar terbabit.

“Empat pelajar yang cedera itu berusia 17 tahun. Seorang cedera di kepala, seorang retak tangan kanan manakala dua lagi cedera di beberapa anggota badan.

“Mereka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan dan kini dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini..

Tonton Tv Pendek Umur, Kempen Tak Nak Tv?


LONDON: Menonton televisyen selama enam jam sehari boleh mengurangkan jangka hayat selama lima tahun.

Kajian yuang dilakukan di Australia dan disiarkan dalam Jurnal Perubatan Sukan di Britain menunjukkan, setiap satu jam masa dihabiskan untuk menonton televisyen selepas usia 25 tahun boleh mengurangkan jangka hayat selama 22 minit. Menurut seorang daripada penyelidik terbabit, Dr Lennert Veerman dari Universiti Queensland berkata:

“Kesan menonton televisyen untuk jangka masa lama adalah sama dengan kesan terhadap merokok dan obesiti.

“Ketika kadar merokok sudah berkurangan, menonton televisyen tidak menunjukkan perkembangan itu. Ia memberi kesan besar terhadap populasi,” katanya.

Tahun lalu, satu kajian yang dilakukan di Australia mendapati tempoh sejam yang dihabiskan untuk menonton televisyen membawa kepada 8 peratus peningkatan terhadap ancaman mati awal.

“Kami menggunakan kajian itu dan menterjemahkannya kepada kesan jangka hayat di Australia berdasarkan berapa lama kita menghabiskan masa menonton televisyen.

Penduduk Australia menghabiskan masa kira-kira dua jam untuk menonton televisyen. Kesannya, jangka hayat mereka berkurangan 1.8 tahun bagi lelaki dan 1.5 tahun untuk wanita, menurut kajian itu. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau betul, perlukah kerajaan buat kempen anti tonton tv atau 'Tak Nak Tv'?

AS Biadap, Campurtangan Soal Agama Indonesia

Presiden Indonesia

Susilo pertahan reputasi toleransi agama

JAKARTA: Presiden Susilo Bambang Yudhoyono semalam mempertahankan reputasi kepelbagaian agama di Indonesia selepas pentadbirannya dikritik kerana gagal menangani jenayah kebencian agama.

Dalam ucapan sempena Hari Kemerdekaan Indonesia, Susilo berkata, keharmonian beragama di negara berpenduduk majoriti Islam itu kini berdepan pelbagai ancaman. Beliau bagaimanapun tidak menawarkan sebarang jaminan kepada golongan minoriti yang kerap menjadi mangsa serangan ekstremis agama sejak beberapa bulan lalu.

"Walaupun timbul cabaran dan ancaman terhadap kepelbagaian agama, toleransi serta keharmonian sosial, kita tidak boleh berganjak daripada kepercayaan kita bahawa Indonesia adalah sebuah negara yang mampu untuk hidup dalam kepelbagaian agama," katanya dalam ucapannya itu.

Ucapan beliau disampaikan selepas beberapa kumpulan hak asasi manusia berang berhubung hukuman ringan yang dijatuhkan ke atas beberapa penduduk yang membunuh tiga pengikut mazhab minoriti pada Februari lalu.

Sebuah mahkamah memenjarakan 12 pengikut mazhab Sunah masing-masing di antara tiga hingga enam bulan walaupun mereka menyerang dengan ganas beberapa pengikut mazhab Ahmadiyah di depan polis.

Mahkamah sama kelmarin memenjarakan seorang mangsa pengikut Ahmadiyah yang selamat dalam serangan itu selama enam bulan kerana mempertahankan dirinya dan rakan-rakannya.

Keputusan mahkamah berkenaan yang dilihat berat sebelah dikritik oleh Amerika Syarikat- AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ahmadiyah adalah sebuah ajaran sesat, dan bukannya mazhab dalam Islam. Zaman pemerintahan Islam, selepas Nabi SAW wafat, Khalifah pertama Abu Bakar terus memerangi ajaran sesat yang mengancam agama Islam. Itu tugas utama beliau. Soalnya sekarang mengapa Amerika Syarikat (AS) begitu biadap mencampura hal ehwal agama Islam di negara orang lain, dengan tidak memperdulikan realiti masyarakat?

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

Paderi Gay: Islam Konservatif Menentang Gay?


Paderi gay pertama Malaysia kahwin di New York

KL: Paderi gay pertama di Malaysia, Ouyang Wen Feng (gambar) akan berkahwin pada sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini.

Paderi berusia 41 tahun itu menyatakan, dia mahu melihat lebih banyak toleransi wujud di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Wen Feng mengasaskan bersama sebuah gereja gay di ibu kota Malaysia, di sini pada 2007 yang dikecam oleh kumpulan-kumpulan Islam konservatif.

Hubungan homoseks bertentangan dengan undang-undang Malaysia dan pengamalnya boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta disebat.

Paderi itu berkata, dia akan berkahwin dengan kekasihnya dari Amerika Syarikat, Phineas Newborn III, 47, yang merupakan seorang penerbit pementasan Broadway dalam satu majlis di New York, Amerika Syarikat (AS).

Negeri New York merupakan negeri keenam di AS yang membenarkan perkahwinan gay pada bulan lalu.

"Kami merancang untuk mendaftarkan perkahwinan kami pada Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos ini, ia penuh bermakna buat saya," kata Wen Feng. - Reuters

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berita Reuters ini menyebutkan '...yang dikecam oleh kumpulan-kumpulan Islam konservatif' Ertinya umat Islam yang menentang budaya kaum Nabi Lut (homo seks) itu disebut konservatif? Kepala bapak dia! Dia patut dihukum bila pulang ke Malaysia..

Web Si Tua Kahwini Gadis, Sesuaikah Di M'sia?


SEORANG wartawan membaca laman web SeekingArrangement.com di Washington, DC pada 9 Ogos lalu.

JOM KREATIF

Laman web untuk lelaki tua cari gadis

WASHINGTON: Satu laman web, SeekingArrangement.com mengatur janji temu untuk golongan lelaki kaya mencari pasangan. Ia merupakan salah satu daripada laman web yang memaparkan golongan lelaki tua untuk mencari gadis yang lebih muda.

Laman itu mendedahkan akaun bank si lelaki tua dan elaun bulanan yang boleh diberikannya kepada seorang wanita. Lelaki yang berminat akan membuka akaun dengan bayaran AS$50 (RM149) dan tambahan sebanyak AS$1,000 (RM2,981) setahun.

"Orang ramai bertemu, mereka berunding dan berasa serasi. Jika kedua-dua mereka tidak menyukai di antara satu sama lain, tiada apa-apa perkara yang akan berlaku," kata pengasas laman itu, Brandon Wade. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitu pemaparan kreatif. Apa yang boleh dibuat kalau di Malaysia? Sesuaikah web tersebut diwujudkan di sini?

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'
E-Buku IH-10: \

Zakat: Rungutan Rakyat Perlu Tangani/Siasat Segera

Oleh Sofi Wahab
SALAH seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa duit lebihan zakat digunakan untuk membina bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Menurut Pegawai itu fakta ini diperolehi dari Mufti Melaka sendiri.

Beliau berkata demikian semasa perbincangan pihaknya dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari di Ibu Pejabat SPRM Melaka di Alai minggu lalu.

Persoalan yang timbul di sini ialah :-

1) Benarkan bangunan itu dibina dengan wang lebihan zakat?

2) Benarkan dakwaan bahawa Mufti menyatakan bangunan itu dibina dengan wang lebihan zakat?

3) Benarkan wang zakat negeri Melaka berlebih kerana tidak ada lagi asnaf yang layak menerima zakat sedangkan bilangan orang miskin masih ramai, anak-anak kita yang belajar di dalam dan di luar negara masih ramai yang tiada bantuan, orang-orang yang berjuang Fi Sabilillah masih ramai dan lain-lain.

4) Halalkan wang zakat digunakan untuk tujuan membina bangunan dan jika ianya dibenarkan ia tergolong asnaf yang mana satu?

Persoalan ini timbul ekoran 'follow up' yang dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari terhadap laporan yang dibuat oleh PAS pada bulan Februari lalu terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Kita sebagai rakyat mengharapkan SPRM menyiasat perkara ini, malangnya SPRM meminta PAS pula menyiasatnya keraan menurut SPRM mereka tidak menemui sebarang penyelewengan dan salah satu pihak terbabit.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rungutan rakyat seperti ini perlu ditangani segera, apalagi yang ada kaitan dengan ibadat orang Islam, seperti zakat dan tabung haji. Pemimpin BN kena sedar dan perlu buat siasatan. Bukan kes zakat di Melaka sahaja. (IH)

Lihat sebelum ini...

Satu Lagi Produk Islam Untuk Rakyat K'tan -Nik Aziz




Kota Bharu: Tok Guru Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan melancarkan satu lagi produk Islam untuk rakyat kelantan, Koperasi Rakyat Kelantan (KRK) Sabtu lalu, di Kelantan Trade Centre (KTC).

Dalam ucapannya,Datuk Nik Abdul Aziz menggesa wanita negeri ini yang suka membeli atau menyimpan barang kemas supaya menjualnya untuk dilaburkan dalam KRKB yang baru dilancarkan itu.

Ini kerana, katanya, ia akan memberi pulangan yang menguntungkan kesan kenaikan harga emas dunia yang menjadi bahan pelaburan urusniaga koperasi menerusi Permodalan Kelantan Berhad (PKB).

Semasa ditanya sama ada kebimbangan sesetengah rakyat Kelantan yang ingin melabur dalam koperasi itu kesan kegagalan Koperasi Kohilal yang kebanyakannya dianggotai PAS, Nik Abdul Aziz berkata kegagalan koperasi itu ekoran kejatuhan saham dan keadaan ekonomi merudum pada 1998.

Koperasi Rakyat Kelantan Berhad(KRKB) yang telah ditubuhkan pada 21 .Januari.2011 mensasarkan RM10juta akan berjaya dipungut buat permulaannya dari ahli bagi menggerakkan ekonomi koperasi tersebut. Demikian dijelaskan oleh Pengerusi KRKB Haji Sabri Abdullah, beberapa hari lepas.

Sabri berkata KRKB ini ditubuhkan untuk memberi peluang kepada rakyat Kelantan sama-sama melibatkan diri dalam bidang perniagaan terutamanya dalam perniagaan Ar.Rahn.
Menurut beliau lagi KRKB telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari Permodalan Kelantan Berhad(PKB) yang menguruskan Pajak Gadai Islam Ar-Rahn.

Beliau juga berkata walaupun KRKB baru ditubuhkan dan kini masih lagi membuka keahlian kepada rakyat Kelantan, namun yakin dengan prestasi memberangsangkan. Ar-Rahn kini sudah mempunyai 25 cawangan di seluruh negari dan ahlinya akan mendapat pulangan dividen yang tinggi.

“Kita akan menggunakan RM10juta yang kita dapat nanti untuk dilaburkan dalam perniagaan Ar-Rahn ini ..dan PKB telah memberi komitmen untuk menerima pelaburan dari koperasi ini.” Ujar beliau.

Ahli KRKB tidak perlu bimbang dalam urusan kewangan koperasi ini kerana KRKB telahpun mendapat kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) untuk membuat pelaburan dalam projek usahasama dan francais Ar-Rahn. Kerjasama antara kedua pihak ini akan memulakan pelaburan pertama di cawangan Ar-Rahn Rantau Panjang, Machang dan Wakaf Bharu.

“Antara kelebihan melabur dalam KRKB ini ialah pulangan dividen yang kompetitif serta saham minima sebanyak RM500 sahaja, serta ahli diberi peluang untuk menambah dengan tanpa had ..dan pelaburan juga berasaskan syariah”katanya lagi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan koperasi ini melalui talian 09-7414332 / 7432281 atau terus ke pejabat KRKB yang terletak di Pusat Pasar Borong Wakaf Che Yeh.(IH)

Tuesday, August 16, 2011

Keluhan Seorang Imam Dituduh Terlibat BERSIH

IMAM sebuah masjid di Gelang Patah yang digantung kerja selepas ditahan dalam perhimpunan BERSIH 2.0 kini "berpatah arang dan berkerat rotan" dengan Jabatan Agama Johor (JAJ) yang mengeluarkan arahan itu.

NONEImam kecewa itu - Hassan Md Said - membayangkan tidak mahu lagi berkhidmat dengan JAJ selepas tamat tempoh penggantungan tiga bulannya pada 2 November depan.

"Saya berdakwah cara lainlah pula. Saya amat kecewa mereka buat cara macam ini dengan saya.

"Saya sudah 14 tahun berkhidmat sebagai imam tetapi macam tidak dihargai. Jabatan agama (JAJ) ini tidak profesional langsung," kata imam bertauliah di Masjid Ladang itu.

Hassan, 40, mendakwa menerima surat makluman penggantungan tiga bulan dari Pengarah JAJ Elias Hasran bermula 2 Ogos kerana "melanggar beberapa arahan" majlis agama negeri, yang dikeluarkan melalui Pejabat Kadi Johor Bahru.

Walaupun tidak disebut secara jelas, Hassan percaya elaun bulanan RM750 yang diterimanya akan dibekukan, sekali gus menyebabkan pesakit "kencing manis serius" itu hilang mata pencarian.

Hassan percaya tindakan itu susulan beliau antara hampir 1,700 orang yang ditangkap polis pada 9 Julai lalu. Beliau menafikan menyertai itu sebaliknya hanya datang menziarahi saudara dan melawat ibu negara.

Dipandang serong penduduk kampung

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hassan menyifatkan tindakan JAJ menggantungnya tanpa alasan jelas sebagai tidak profesional dan tidak berbudi bahasa.

Menurutnya lagi, tindakan jelas itu menyebabnya dipandang serong oleh masyarakat sehingga ada yang menyangkanya terlibat dalam perbuatan jenayah.

"(Kesannya) sekarang orang datang belajar mengaji (dengan saya) pun sudah kurang," katanya bapa kepada empat orang anak - dua darinya berumur setahun dan dua tahun serta masih menyusu botol.

Ditanya keadaan kewangannya sekarang, Hassan berkata beliau dalam keadaan "defisit", tambahan lagi dengan keadaan di mana harga barang semuanya mahal.

"Kami berkeluarga di sini agak daif. Rumah pun tidak ada dan cuma menyewa dekat masjid... Susahlah lepas ini, sewa pun tak lepas," katanya.

Usaha Malaysiakini mendapatkan komen pengarah JAJ setakat ini belum berhasil.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan, Hassan turut disekat dari mendapat surat tauliah sebagai pegawai amil zakat fitrah bagi penduduk Kampung Ladang biarpun lulus ujian saringan.

"Difahamkan, sewaktu beliau ingin mengambil tauliah tersebut pada masa yang telah ditetapkan, pegawai JAJ yang bertugas menyatakan penangguhan pemberian tauliah kepada beliau dan terpapar dalam senarai nama penerima tauliah bahawa namanya telah ditandakan merah," laporan itu dipetik. (IH)

Syiling Baru Malaysia Di Bawah Lambang Israel

By .

DUIT SYILING BARU MALAYSIA EDISI KETIGA MEMPUNYAI PERSAMAAN DENGAN BENDERA ISRAEL

TAHUKAH anda tentang duit syiling baru edisi ketiga yang akan mula dikeluarkan pada tahun depan???tahukah anda bagaimana rupa bentuk duit syiling baru edisi ketiga tersebut??tahukah anda jika anda perhatikan duit syiling baru edisi ketiga tersebut dengan teliti???sebelum aku menceritakan lebih lanjut tentang persamaan tu…mari kita tengok ciri-ciri duit syiling baru Malaysia edisi ketiga nieh melalui sumber dari BNM

Bahagian Hadapan Duit Syiling

Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara.

Motif bagi setiap denominasi adalah seperti yang berikut:

Bahagian Belakang Duit Syiling

Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan ‘Bank Negara Malaysia ‘sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.

Kalau nak tau lebih lanjut tentang duit syiling baru ini boleh lah ke BNM Press Statements dan juga The Third Series of Malaysian Coins…jom tengok video duit syiling edisi ketiga nieh.

Klik video ini..

Berbalik pada cerita dan juga tajuk entry aku…aku dapat info nieh pun dari noktahhitam… mungkin gambar ini boleh menerangkan atau menunjukkan kat korang… korang cuba lihat dan teliti reka bentuk duit syiling baru edisi ketiga tu dengan lambang bendara Israel…

Apa pandangan anda??

Konspirasi Singkir Najib Rosmah?

Ai, nak tikam apa tu?

KL: Dakwaan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali mengenai ‘ada usaha menjatuhkan Najib Tun Abd Razak’ dari jawatannya sebagai Perdana Menteri memang benar wujud.

Satu sumber dari Umno memberitahu, lebih 100 Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian-bahagian sudah memulakan usaha ini kerana mereka kecewa dengan sikap Najib selaku Presiden Umno yang terkejarkejar sokongan dari pelbagai pihak tetapi tidak langsung memberi muka kepada Pergerakan Pemuda.

Pertemuan demi pertemuan sudah dibuat atas nama ketua-ketua Pemuda Umno bahagian yang kecewa dan terbaru, satu pertemuan diadakan di sebuah restoran makanan Arab di Kampung Pandan, 3 Ogos lalu.

Dalam pertemuan tersebut, beberapa pihak yang hadir mendak wa ada percanggahan pendapat mengenai usaha ini kerana mereka tidak mendapat restu dari Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin.

Malah, kata sumber itu, Khairy memberi amaran, manamana Exco pergerakan Pemuda Umno yang menawarkan diri untuk terlibat secara langsung, tidak menggunakan platform Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sebaliknya menggunakan platform jawatan masing- masing di peringkat bahagian.

Sejauh mana kebenaran dakwaan ini tidak diketahui tetapi beberapa pihak mendakwa, Khairy dan naibnya, Dato’ Razali Ibrahim memang dimaklumkan perkembangan ini.

Kumpulan ini mendakwa, mereka kecewa kerana Najib dikatakan mempunyai banyak masa untuk mengadakan pertemuan dengan rakan Facebook dan Tweeter tetapi bila Pergerakan Pemuda Umno meminta masa bertemu, tidak mendapat respon positif darinya.

Rata-rata anggota gerakan ini mengakui mereka menghadapi kesukaran untuk bergerak sebagai Ketua Pemuda di peringkat bahagian kerana masing-masing tidak mempunyai pendapatan tetap dan tidak diberikan peluang mendapat projek-projek runding terus.

Dalam perkembangan sama, seorang lagi Ketua Pergerakan Pemuda Umno dari Wilayah Persekutuan mendakwa, mereka lebih sukar bekerja di bawah kepimpinan Najib ekoran penglibatan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam banyak perkara mengenai pentadbiran.

“Kami susah nak men jawab serangan pembangkang untuk isu Rosmah ini tetapi pemimpin seperti Najib tidak pernah mahu mendengar masalah yang kami hadapi di bawah,” ujar seorang Ketua Pemuda dari Johor.

Katanya, tiada se orang pun dari kalangan Pemuda Umno yang d i b e r i k a n ja watan sebagai Pen g e r u s i GLC set e l a h Khairy sendiri dinafikan sebarang jawatan dalam kerajaan atas kedudukannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

Setakat ini, kumpulan ini tidak bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin kerana mendakwa Muhyiddin juga dilihat bersikap tidak serius membantu Pergerakan Pemuda.

“Mereka lebih cenderung berjumpa dengan NGO dan wakil-wakil dari luar negara ketika Pemuda Umno sendiri terkapai-kapai untuk meneruskan kerja-kerja yang diamanahkan,” kata seorang Ketua Pemuda dari Selangor.

Setakat ini, tidak pula diketahui adakah mana-mana Menteri Besar dan Ketua Menteri yang menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri-negeri mengetahui atau tidak gerakan ini.

Pada 4 Ogos lalu, PAS mendakwa wujud gelombang besar dalam Umno sendiri yang mahu menggulingkan Najib Razak ekoran kebimbangan Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah akan menjadi beban kepada BN dalam mengekalkan Putrajaya pada PRU-13.

Mustafa Ali berkata, itu sebabnya Umno sengaja mewujudkan khabar angin kononnya pemimpinpemimpin Pakatan Rakyat telah meng adakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Mustafa berkata, pemimpin-pemim pin Umno bimbang skandal melibatkan Najib dan Rosmah seperti pembelian kapal selam dan kaitannya dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu, akan memberi kesan ke atas sentimen pengundi terhadap BN. Dalam perkembangan yang sama, beberapa blog menulis Persatuan Bekasbekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) yang diperngerusikan Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin telah mengadakan mesyuarat dan dikatakan mendesak Najib supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Diangkat dari http://warta-utara.blogspot.com

David Arumugam, Twitter & Facebook

HALAMAN HIBURAN

Penyanyi dari kumpulan Alleycats, Datuk David Arumugam.

KL 16 11: Ketika kebanyakan artis galak menggunakan laman sosial Twitter dan Facebook untuk berkomunikasi dengan peminat, berbeza sekali dengan penyanyi dari kumpulan Alleycats, Datuk David Arumugam, 61. Dia akui dengan faktor usia dan kesusahan mengikuti arus kemodenan masa kini membuatkan dirinya tidak menggunakan dua medium komunikasi popular masa kini.

“Saya tidak perlukan Twitter dan Facebook untuk diri sendiri tetapi ada individu lain yang menguruskan laman sesawang rasmi Alleycats dan mengemas kini setiap aktiviti serta maklumat tentang kumpulan ini.

“Jika ada e-mel daripada peminat, dia akan maklumkan kepada saya seperti seorang peminat dari England yang baru sahaja menghubungi saya selepas kali terakhir kami berjumpa pada tahun 1986 semasa saya membuat persembahan di Pulau Pinang,” katanya dalam satu temu bual di Crossroads Lounge, Hotel Concorde, di sini, Isnin.

Biarpun tidak berinteraksi dengan peminat di alam maya, namun ke mana-mana sahaja dia pergi pasti ramai yang menegur dan mengambil peluang untuk merakamkan gambar tanpa mengira bangsa dan usia memandangkan kumpulan ini sudah ditubuhkan sejak 43 tahun lalu dan menghasilkan 30 buah album.

Tambahnya yang popular dengan lagu Sampaikan Salam dan Sekuntum Mawar Merah: “Saya akui seorang yang old school dan tidak pernah berasa teruja untuk belajar melayari Facebook dan Twitter yang menjadi kegemaran ramai.

“Sebaliknya, saya lebih selesa berjumpa dengan peminat dan mengalu-alukan mereka datang ke tempat saya selalu membuat persembahan seperti di Spark Club, Petaling Jaya atau di mana-mana acara korporat dan perkahwinan.

“Terbaru, saya akan membuat konsert berjudul “Sampaikan Salam” di Istana Budaya, pada 16 hingga 18 September ini dan mengharapkan ramai peminat yang datang nanti.”

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Alasan-alasan begini (mengenai Facebook dan Twitter) tidak sepatutnya ada kepada pendakwah-pendakwan kita, walaupun sudah berusia lanjut. Selagi berdakwah wajib, maka mempelajarinya pun wajib.

Bayangkan anda boleh berceramah dan menyatakan pandangan di seluruh dunia hanya dengan duduk di rumah? Teknologi maklumat sudah berkembang laju pesat, apa kita masih berkereta lembu sahaja? (IH)

Perantau K'tan, Facebook Ganti Surat -Dr Fadzli


KOTA BHARU, 16 Ogos:
Kerajaan Kelantan memanfaatkan kemudahan dunia siber bagi mengumpulkan anak-anak perantau yang pulang bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Kalau sebelum ini surat dan kad jemputan dihantar, namun mulai tahun ini facebook yang paling diminati anak muda dimanfaatkan sepenuhnya.

Anda boleh melayari facebook.com/rayaperantau atau rossem bagi mendapatkan maklumat mengenai Majlis Mesra Aidilfitri pemimpin kerajaan negeri bersama anak-anak perantau.

Program itu akan diadakan pada 2 Syawal ini bertempat di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa bermula jam 7 petang.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan (gambar) berkata, kerajaan negeri memanfaatkan kemudahan facebook yang mempunyai pengaruh besar dalam dunia ICT bagi memaklumkan program berkenaan.

“Kalau sebelum ini kita menghantar kad atau surat jemputan bagi memaklumkan program berkenaan, namun mulai tahun ini kita beralih kepada facebook.

“Facebook ternyata lebih berkesan kerana sudah menjadi trend sekarang ramai orang memiliki akaun facebook bagi mengetahui perkembangan semasa,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama media dan warga Urusetia Penerangan di sebuah restoran malam tadi.

Hadir sama wartawan-wartawan akhbar berbahasa Cina yang berpusat di Kota Bharu dan Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri, Drs Zainuddin Awang Hamat.

Majlis Mesra Aidilfitri tahun ini bermula dengan solat Maghrib, jamuan, persembahan kebudayaan dan ucapan pimpinan negeri.

Majlis berkenaan dianjurkan Urusetia Penerangan dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan).

Perakan semasa di bawah kepimpinan Allahyarham Mohamad Radzi Yusof berjaya didaftar sebagai sebuah pertubuhan sah. Selepas dilulus pendaftaran Perakan mengadakan mesyuarat agung pertama pada 1 Ogos 2010.

Perakan sebenarnya lahir hampir 20 tahun lalu pada peringkat awal diketuai Che Ariffin Mahmood, seorang ahli perniagaan.

Pada akhir Syaaban lalu kerajaan negeri dan Perakan juga menganjurkan program Himpunan Anak Kelantan di perantauan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya, Selangor.

Dr Fadzli juga berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama sebuah syarikat telekomunikasi akan memastikan hampir 70 peratus liputan internet di Kelantan dalam masa terdekat ini.

”Syarikat tersebut akan menyediakan kemudahan tersebut bagi membolehkan kawasan liputan internet lebih luas sehingga ke kawasan pedalaman,” ujarnya. (IH)

Cedera Serius, Pelajar Pukul Pelajar. Siasat Segera.

PRIHATIN...kakitangan Baitulmal Pejabat Agama Mersing menyerahkan sumbangan kepada bapa Amirul.
PRIHATIN...kakitangan Baitulmal Pejabat Agama Mersing menyerahkan sumbangan kepada bapa Amirul.

MERSING: Selepas sedar daripada koma selama dua bulan, baru ibu bapa seorang pelajar tingkatkan tiga sebuah sekolah menengah di Rompin, Pahang mengetahui anak mereka tidak sedarkan diri kerana urat saraf di lehernya terputus dipercayai akibat dipukul menggunakan objek keras oleh pelajar senior dan mangsa kini kemungkinan lumpuh.

Mohamad Amirul Abdul Rahim yang koma di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru sedar semula pada 8 Ogos lalu dan apabila ditanya ibu bapanya mengenai kejadian dia terjatuh dalam dewan ketika menduduki peperiksaan pada 23 Mei lalu, dia mendakwa dibuli enam pelajar senior yang memukulnya dengan objek keras sama ada kayu atau batu.

Ketika kejadian kira-kira jam 12 tengah hari pada 23 Mei lalu, Mohamad Amirul menduduki peperiksaan percubaan kertas Bahasa Melayu untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR) apabila tiba-tiba terjatuh di dalam dewan dan tidak sedarkan diri.

Warden Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Gemuk, Rompin, menghantarnya ke Klinik Tanjung Gemuk sebelum doktor mengesahkan dia demam panas. Bapa mangsa, Abdul Rahim Aris, 57, berkata sebelum itu, warden sekolah menghubunginya memaklumkan anak ketiga daripada enam beradik itu terjatuh mungkin kerana demam teruk.

“Saya tidak puas hati dengan penjelasan warden serta doktor, tetapi ketika itu Amirul koma lalu kami menghantarnya ke Hospital Mersing sebelum dirujuk ke HSI.

“Di HSI, Amirul dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lebih mengejutkan kami sekeluarga, pakar HSI mendapati urat saraf Amirul putus dan perlu menjalani pembedahan di lehernya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Wawasan di sini, semalam.

Ibu mangsa, Normah Jayapetri@Aziz, 42, berkata, dia dapat bercakap dengan anaknya itu selepas Amirul sedar daripada koma pada 8 Ogos lalu.

“Saya bertanyakan Amirul apa yang berlaku dan dia memberitahu dipukul seniornya dengan objek keras sama ada kayu atau batu.

“Kami kesal dengan kejadian yang menimpa Amirul dan lebih membimbangkan ialah masa depannya kerana berdasarkan penjelasan doktor, dia mungkin lumpuh kerana urat saraf berkenaan putus,” katanya.

Pada masa sama, Normah serta suami kesal dengan sikap kakitangan perubatan klinik yang mengatakan Amirul demam panas sedangkan pemeriksaan di HSI mendapati terdapat kesan dipukul di bahagian kanan dan kiri kepalanya.

Menurut Normah, suaminya membuat laporan di Balai Polis Majidee, Johor Bahru pada 9 Ogos lalu. Pada masa sama, menurut Normah, suaminya yang merujuk perkara terbabit kepada pengurusan sekolah Amirul dan dimaklumkan mereka menyiasat kes berkenaan.

“Kami harap Amirul mendapat pembelaan sewajarnya daripada pengurusan sekolah serta polis dan pelajar yang melakukan perkara terbabit perlu dikenakan hukuman setimpal,” katanya.

Sementara itu, sumber polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

“Kami masih menyiasat kes berkenaan dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitannya,” katanya enggan mengulas lanjut.

Buli bukan demam

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kementerian Pelajaran dan pihak sekolah perlu bertanggung-jawab, di samping kementerian-kementerian lain yang terlibat. Siatan perlu dilajsanakan segera supaya ianya tidak berulang lagi.. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails