Wednesday, August 17, 2011

Dr M Akui Kesan BERSIH. Najib Takut Rakyat?


PUTRAJAYA, 17 Ogos 11: Langkah Perdana Menteri Najib itu lebih bertujuan menangani persekitaran tidak senang hati di kalangan rakyat Malaysia ekoran perhimpunan Bersih 2.0 bulan lalu. Demikian jawab bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang hanya menggeleng kepala seketika apabila ditanya.

Beliau ditanya sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengambil pendekatan, Putrajaya mahu melaksanakan pembaharuan pilihan raya dengan membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen, bertujuan memperbaiki imej antarabangsa kerajaan kepimpinannya.

“Bukan disebabkan kesan antarabangsa... ia kesan tempatan,” kata Dr Mahathir (gambar) selepas melancarkan mjalis kutipan sumbangan bagi mangsa kebuluran Somalia di Yayasan Perdana Global Peace di sini.

Walaupun begitu, bekas Perdana Menteri paling lama di Malaysia itu berkata beliau amat menyokong pengumuman Najib tetapi berkata sistem pilihan raya di Malaysia kurang kepincangan berbanding negara-negara lain.

“Ya, ya. Saya sangat menyokong pembaharuan pilihan raya. Tetapi saya perlu menekankan bahawa bahawa ini bukan sesuatu yang berleluasa memandangkan anda dapat melihat di negara-negara tertentu di mana 99 peratus undi pergi kepada satu parti tertentu.

“Di Malaysia, dalam setiap pilihan raya, anda akan dapati pembangkang menang kerusi, malah menang beberapa negeri,” katanya.

Justeru kata beliau, kemungkinan ada kekurangan di sana sini tetapi pada umumnya pilihan raya di Malaysia adalah bersih.

“Tidak bersih secara mutlak, tetapi bersih,” kata Dr Mahathir.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah PM sudah mula tertekan dengan kehendak rakyat? Bersimpati atau takut, atau untuk menjaga imej di luar negara?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails