Wednesday, August 17, 2011

Pangkah Undi Pos Tentera Sampai Lenguh Tangan

KL 17 Ogos 11: Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan. Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.

Beliau mengaku berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka. Katanya, beliau telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah." Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah dua orang lagi anggota dan seorang pegawai tentera. (IH)

7 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

Sejak akhir-akhir ini kita telah melihat kebobrokan pentadbiran di PPinang, Selangor, Kedah dan juga Kelantan.(perhimpunan Bersih, gereja-murtad, bacaan Al-Quraan-Azan dan sebagainya)
Kebobrokkan semakin tenat dengan sikap PAS yang hanya pentingkan undi dan pilihanraya(SPR?) tanpa mempertahankan akidah dan syiar Islam. Keadaan ini barangkalinya tidak akan terjadi sekiranya PAS tidak bersekongkol dengan DAP yang sememangnya anti-Islam....
Kembalilah PAS kepada perjuangan asal sebuah negara Islam bukannya negara kebajikan seperti yang direncanakan dan disukai oleh DAP....!
Jika PAS melihat UMNO jahil mentadbir negara...buktikanlah PAS adalah terbaik untuk seluruh rakyat di bumi Malaysia ini...bukannya sekadar berceramah dan bertazkirah sahaja!
Sesuatu yang manis dalam perjuangan adalah mengakui kesilapan sendiri dan tidak menyalahkan pihak lain.

Anonymous said...

Dah ketinggalan zaman, mengaku PAS lagi. PORRAH!Pecacai UMNO!

mat said...

Buktikan???Ambil satu saja contoh di kelantan.Di kelantan kami biasa beersolat berimamkan menteri besar dan sekalian wakil rakyat.Anda biasa berimamkan Menteri besar anda dan wakil rakyat anda???Tak Pernah???...kenapa ya???... Anda rasa ini perkara kecil dan remeh???...

Ahmad Irfan said...

Bukti, zakat kelantan lulus dalam 5 minit je. Zakt melaka macam mana? Kalau BN berani, siasat le.

Anonymous said...

buat laporan polislah senang cerita. masalahnya bila bawak pegi balai takde bukti nak buat mcm mane. fitnah dan tuduh menuduh memang PAS juara. fitnah nombor satu, buat kerja pulak memang malas. pedehal PAS. PARTI AJARAN SESAT.

Anonymous said...

Banyak dah buat lapuran polis. Banyak yang menang seperti felda bar8u-baru ini.

Yang bongoknya penulis2 upahan UMNO, asyik kacau blog orang. Upak tak seberapa, tapi mengkhianati agama. Termasuk Blog Mungkaran Hati..

Anonymous said...

ini pasal undi lah bongok bukan pasal felda. tau baca ke tidak ni. sekolah darjah berapa? tadika ke taski?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails