Monday, August 15, 2011

K'jaan Kaji Semula Tapisan Media Isu Economist



KL 15 )g0s 11: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan mengkaji semula kaedah penapisan media sedia ada. Katanya, perkara itu perlu dilakukan dengan mengambil kira perubahan era dan kemunculan lanskap baru.

"Ia (kaedah sekarang) dilihat tidak lagi efektif, relevan dan bermakna.

"Jadi cara lama perlu dikaji semula supaya kerajaan dilihat faham pada lanskap baru," katanya dalam majlis berbuka puasa dengan media di Wisma Bernama di ibu negara hari ini.

Najib berkata, tapisan terhadap The Economist sebelum ini "mencetuskan lebih banyak berita daripada laporan asal majalah itu sendiri". Kementerian Dalam Negeri (KDN) bulan lalu menghitamkan beberapa bahagian dalam laporan majalah antarabangsa yang berpangkalan di London itu pada edisi 16 Julai berhubung perhimpunan BERSIH 2.0.

Dalam laporan berjudul "Political affray in Malaysia: Taken to the cleaners", beberapa ayat dihitamkan dengan pen penanda berdakwat kekal. Kekuasaan mutlak bahaya. Berucap dalam majlis berbuka puasa bersama media di Wisma Bernama di ibu negara hari ini, Najib berkata penapisan melalui kaedah lama tidak diperlukan lagi pada masa ini.

"Kalau mereka hendak kritik, biarkan. Kalau kita hendak, kita engage dengan mereka, kita beri cerita daripada pihak kita.

"Kalau mereka langgar batasan, kita ambil tindakan lain... seperti tindakan undang-undang," katanya.

Beliau juga mengaitkan perkara itu dengan perasaan bimbangnya beliau pada kekuasaan mutlak, seperti kedudukan bapanya Tun Razak Hussein ketika mempengerusikan Majlis Gerakan Negara (Mageran). Katanya, sebagai pengerusi Mageran, bapanya mempunyai kuasa yang besar walaupun akhirnya bekas perdana menteri itu memulangkannya kembali kepada parlimen.

"Kekuasaaan yang mutlak itu bahaya," tambahnya lagi. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails