Oleh Sofi Wahab
SALAH   seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa    duit lebihan zakat digunakan untuk membina bangunan Majlis Agama  Islam  Melaka (MAIM). Menurut Pegawai itu fakta ini diperolehi dari  Mufti  Melaka sendiri.
Beliau berkata demikian semasa  perbincangan pihaknya dengan Pesuruhjaya  PAS Negeri Melaka, Haji Adly  Zahari di Ibu Pejabat SPRM Melaka di Alai  minggu lalu.
Persoalan yang timbul di sini ialah :-
1) Benarkan bangunan itu dibina dengan wang lebihan zakat?
2) Benarkan dakwaan bahawa Mufti menyatakan bangunan itu dibina dengan wang lebihan zakat?
3) Benarkan wang zakat negeri Melaka berlebih kerana tidak ada lagi   asnaf yang layak menerima zakat sedangkan bilangan orang miskin masih   ramai, anak-anak kita yang belajar di dalam dan di luar negara masih   ramai yang tiada bantuan, orang-orang yang berjuang Fi Sabilillah masih   ramai dan lain-lain.
4) Halalkan wang zakat digunakan untuk tujuan membina bangunan dan jika ianya dibenarkan ia tergolong asnaf yang mana satu?
Persoalan ini timbul ekoran 'follow up' yang dilakukan oleh Pesuruhjaya   PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari terhadap laporan yang dibuat oleh   PAS pada bulan Februari  lalu terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2010.
Kita sebagai rakyat mengharapkan SPRM menyiasat perkara ini, malangnya   SPRM meminta PAS pula menyiasatnya keraan menurut SPRM mereka tidak   menemui sebarang penyelewengan dan salah satu pihak terbabit.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rungutan rakyat seperti ini perlu ditangani segera, apalagi yang ada kaitan dengan ibadat orang Islam, seperti zakat dan tabung haji. Pemimpin BN kena sedar dan perlu buat siasatan. Bukan kes zakat di Melaka sahaja. (IH)
Lihat sebelum ini...

 
 

No comments:
Post a Comment