Saturday, June 04, 2011

Tahniah Kabinet PRU 13. Jom Terus Gempur!

Kepimpinan kanan baru PAS (dari kiri) Mahfuz Omar, Hadi Awang, Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan Husam Musa. – Foto oleh Choo Choy May

KL, 4 Jun 11: Kepimpinan baru yang terpilih dalam muktamar PAS ke 57 hari ini adalah 'sebagai kabinet pilihan raya'. Kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Beliau yakin kepimpinan baru ini mampu membawa PAS lebih diterima masyarakat sekaligus relevan menggantikan Umno.

"Ahli-ahli memilih saf hadapan untuk pilihan raya. Sebab itu kabinet saya kali ini kabinet pilihan raya," katanya.

Sebelum itu menurut beliau, tiada masalah timbalan dan naib-naib presiden bukan dari golongan ulamak. Beliau sebaliknya gembira dengan keputusan yang dibuat perwakilan dalam pemilihan kali ini bagi sesi 2011-2013.

"Saya bersyukur dengan perpaduan yang wujud. Walaupun berbeza pandangan dari segi menentukan calon, tapi kita mendapat keputusan yang penuh kemesraan.

"Semua pihak menghormati keputusan perwakilan dan menerima siapa sahaja yang dipilih menjadi pemimpin khususnya untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13," kata beliau pada sidang media di muktamar PAS kali ke-57 di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad hari ini.

Beliau menambah, PAS memang pernah memilih bekas Yang Dipertua parti yang kedua bukan dari golongan ulamak.

"Ini bukan perkara baru. PAS pernah pilih Haji Abas Alias yang bukan daripada ulamak sebagai yang dipertua PAS yang kedua.

"Tengok kepada AJK PAS Pusat, lapan di kalangan ulamak, dua doktor, dan selebihnya jurutera dan pemimpin masyarakat," katanya yang ditemani timbalan presiden yang baru, Mohammad Sabu dan tiga Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Sementara itu, Mohammad Sabu menyatakan komitmennya untuk membantu Ustaz Hadi melebarkan pengaruh PAS di kalangan NGO dan parti-parti lain. Tegasnya juga, beliau tetap mementingkan kepimpinan ulamak dalam PAS.

"Saya akan cuba bantu Presiden untuk bidang melebar luaskan pengaruh PAS kepada bukan Melayu, bukan PAS dan NGO.

"Kepimpinan ulamak tetap dipertegaskan, bukan macam Umno yang letak Ulamak dalam bentuk biro.Dalam PAS ulamak adalah satu majlis syura dan ada dewan yang akan mengawal dasar parti," katanya.

Tahniah kepada Kabinet Pilihan Raya, PRU 13. Jom terus gempur! (IH)

Janji T/Preiden Baru, Perluaskan DHPP.



KL, 4 Jun 11:
PAS perlu mengukuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sekiranya ingin menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi.

Bercakap pada perbahasan sidang Muktamar PAS kali ke-57 Khairul Faizi Ahmad Kamil menjelaskan PAS perlu merapatkan hubungan dengan masyarakat bukan Islam yang menjuruskan kepada perwakilan daripada DHPP.

Beliau juga perwakilan kawasan Kluang, Johor mempersoalkan peranan Dewan Himpunan yang dipinggirkan dalam persidangan tersebut.Show All

"Kita lihat semua perwakilan berucap dan berbahas di sini, tetapi kita tidak mendengar lagi suara daripada Dewan Himpunan," kata beliau sewaktu perbahasan sebentar tadi.

Beliau juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, mengharapkan PAS pusat supaya memberikan peruntukan khas kepada Dewan Himpunan yang lebih 20,000 keahlian itu agar dapat lagi memperkasakan dewan tersebut dalam jentera parti.

Ketua Dewan Pemuda PAS Johor itu, turut menegaskan bahawa Dewan Himpunan perlu dan berhak dipanggil dalam mesyuarat PAS pusat selepas ini bagi mengelak dewan tersebut dipinggirkan.

Selain itu, beliau turut menyampaikan cadangan kepada pimpinan PAS pusat supaya ada satu pengukuhan lajnah diperingkat negeri dan fungsi dan pergerakan lajnah tersebut dapatlah diperkasakan sekiranya dipimpin oleh salah seorang daripada naib presiden yang diumumkan menang bertanding sebentar tadi.

Dalam kemeriahan persidangan PAS kali ini, beliau juga sebagai wakil PAS negeri Johor mencubit hadirin perwakilan yang hadir dengan isu fitnah dan tomahan yang terlalu banyak dilemparkan oleh musuh-musuh PAS sewaktu muktamar kali ini dan isu fitnah sebelum serta mungkin selepas muktamar ini.

Wakil PAS Johor itu menegaskan PAS pusat perlu mengadakan satu langkah untuk menangani isu ini.

"Kita perlu mempergiatkan langkah untuk masyarakat tahu pekara yang sebenarnya.

"Kita tidak mahu diri kita difitnah sedangkan kita mahu masyarakat tahu yang pihak Umno itu sendiri adalah pemfitnah," jelas beliau mendapat sorakan gemuruh hadirin.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Antara yang disebutkan dalam muktamar ialah..
  • Johor mempersoalkan peranan Dewan Himpunan yang dipinggirkan dalam persidangan tersebut.
  • berikan peruntukan khas kepada Dewan Himpunan yang lebih 20,000 keahlian itu agar dapat lagi memperkasakan dewan tersebut.
Maka perlu dibuat kajian mengapa tiba-tiba suara DHPP tenggelam tidak seperti sebelumnya dan bagaimana menggerakkan semula. Hal ini juga termasuk dalam 3 perkara perancangan Mat Sabu, Timbalan Presiden yang baru, iaitu,

“Saya boleh memainkan peranan ini untuk tarik orang bukan Melayu kepada PAS, Kelab Penyokong PAS juga perlu diperluaskan lagi ... saya boleh bergerak lebih agresif dalam perkara ini." Kata beliau (rujuk: Ulama: Mat Sabu Terpengaruh Revolusi Syiah Iran? ) (IH)

Mat Sabu: Tahniah Kepada Yang di-Pertuan Agong



KUALA LUMPUR, 4 Jun: PAS mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena hari keputeraan baginda melalui satu usul tergempar yang dibentangkan oleh Timbalan Presidennya yang baru terpilih, Haji Mohamad Sabu.

Doa untuk baginda pula dibacakan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dengan diaminkan oleh semua para perwakilan dan pemerhati.

Hari ini, 4 Jun 2011 adalah sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Mohamad Sabu ketika membentangkan usul ucapan tahniah dan junjung kasih itu berkata, Baginda adalah ketua agama Islam dan pelindung kepada Islam. (IH)

Mohamad Sabu, Salahudin, Husam, Mahfuz Menang.

KL 4 Jun 11: Pemimpin akar umbi dan popular PAS Mohamad Sabu sebenatr tadi diumumkan sebagai pemenang jawatan timbalan presiden parti yang sengit dipertandingkan itu.

Mohamad meraih 420 undi bagi mengalahkan dua calon ulama - iaitu penyandangnya, Nasharudin Mat Isa (224 Undi) dan seorang lagi ulama disegani, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 Undi).

Pemilihan Mohamad (kanan) dikatakan yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Pakatan Rakyat dijangka akan membolehkan parti itu lebih diterima di kalangan pengundi bukan Melayu dan memperbaiki peluang PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Ini kali kedua Mohamad Sabu yang popular dan cekap terutama dalam menganjurkan demonstrasi jalanan bertanding jawatan timbalan presiden PAS. Sebelum ini, golongan bukan ulama seringkali gagal dilantik ke jawatan berkenaan. Bagi barisan naib presidennya pula, perwakilan parti itu membuat keputusan untuk mengekalkan dua ahli parlimen penyandangnya di jawatan itu -- Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Salahuddin meraih 753 undi manakala Mahfuz pula mendapat 616undi. Bagi melengkapkan pasukan pilihan raya ini, para perwakilan turut memilih tokoh profesional, Datuk Husam Musa (660 Undi) ke jawatan naib presiden. Tiga calon lagi kecundang dalam pemilihan sengit untuk jawatan berkenaan -- menteri besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin, exco kerajaan Kelantan Nik Mohamad Amar dan ketua penerangannya, Idris Ahmad. Nizar mendapat 217 Undi manakala Nik Mohamad Amar meraih 321 Undi, diikuti Idris yang menerima 491 Undi. (IH)

Rogol Teman Wanita Depan Ibu, Salah Siapa?


KL 4 Jun 11: Luluh hati seorang ibu apabila terpaksa menyaksikan kerakusan anak lelakinya berusia awal 20-an merogol teman wanita di rumah mereka di Wangsa Maju, di sini, kelmarin.

Lebih menyedihkan apabila usaha ibu tunggal berusia 40-an itu supaya anaknya menghentikan perbuatan terkutuk terbabit tidak diendahkan walaupun berulang kali dia merayu sambil menangis.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, lelaki terbabit dipercayai di bawah pengaruh dadah kerana langsung tidak mempedulikan ibunya sebaliknya lebih rakus dengan menodai kekasihnya yang menjerit meminta bantuan.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian mangsa berusia 20-an dipelawa suspek yang dikenalinya sejak empat bulan lalu ke rumahnya dengan alasan mahu memperkenalkan gadis itu kepada ibunya.

“Sebaik sampai di rumah, mangsa diperkenalkan kepada ibu suspek sebelum si ibu pergi ke dapur untuk menyediakan minuman. (my Metro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Salah Siapa? Sudah tentu salah pemerintah! Pemerintah bertanggung jawab setelah 30 tahun mentadbir dengan membina persekitaran berikut! Itulah kerja UMNO yang menolak pendidikan dan perundangan Islam!! Sekarang hasil tuaian' ladang lalang' yang dtaanam.

1,600 Diserang, 17 Terbunuh E.coli, Bekteria Baru Melalui Makanan.

E. coli bakteria paling bahaya


GAMBAR menunjukkan bakteria E.coli baharu yang dilihat menerusi mikroskop di Institut Penyelidikan Jangkitan di Brunswick, Jerman.

KESiHATAN
BERLIN/LONDON - Dilaporkan lebih 1,600 orang mangsa telah dijangkiti oleh bakteria E. coli yang telah membunuh sekurang-kurangnya 17 orang dan mungkin menjadi wabak paling bahaya setakat ini dalam sejarah manusia.

Jerman dikatakan menjadi pusat kepada wabak tersebut. Dengan punca sebenar masih kekal misteri, para pengguna di seluruh dunia kini berada dalam kebimbangan. Dianggarkan seramai 1,624 orang di negara Eropah seperti Austria, Denmark, Perancis, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Britain dan Amerika Syarikat (AS) dikatakan sudah jatuh sakit, kemungkinan selepas memakan salad dan sayur-sayuran yang tercemar dari Jerman.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan ia merupakan bakteria E. coli yang baharu. Angka kematian juga dijangka meningkat apabila Jerman mengemaskini jumlah pesakit. Bakteria E. coli normal yang menjadi punca kepada masalah keracunan makanan sebenarnya tidak terlalu berbahaya.

Namun, bakteria jenis E. coli yang menyerang di Eropah mempunyai kemampuan untuk kekal pada dinding usus manusia dan mengeluarkan toksin yang dikenali sebagai Shiga (STEC). Ia kemudian akan mengakibatkan cirit-birit berdarah yang teruk, komplikasi lain seperti kerosakan ginjal dan boleh membawa maut.

Seorang pakar, Robert Tauxe dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS yang telah bekerjasama dengan pegawai kesihatan Jerman sejak minggu lalu mengakui E. coli itu sebagai jenis yang paling berbahaya jika dinilai daripada jumlah kematian.

Di Berlin, Canselor Jerman, Angela Markel telah mengarahkan satu satu pasukan khas untuk mengesan punca E. coli ditubuhkan. Para saintis juga bertungkus-lumus mengenal pasti punca pencemaran, sama ada tahap kebersihan yang teruk di ladang, transit atau di kedai di Jerman sebagai punca kewujudan bakteria baharu itu.

Mengulangi amaran supaya rakyatnya tidak memakan sayur-sayuran mentah, para pegawai kesihatan Jerman menyatakan mereka telah merekodkan 199 kes terbaharu wabak tersebut dalam tempoh dua hari. Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dijangkiti kepada 1,733 orang.

Wabak itu juga membuatkan hubungan perdagangan antara negara Eropah menjadi tegang. Rusia mengundang kritikan daripada Kesatuan Eropah (EU) selepas mengharamkan import sayur-sayuran mentah dari Eropah dengan mendakwa Belgium gagal menangani krisis tersebut.

Sebelum ini terdapat dakwaan bahawa bakteria itu berpunca daripada timun yang tercemar dari Sepanyol sebelum puncanya yang sebenar dari Jerman diketahui. - Agensi

Mat Sabu, Husam, Menang...Tapi Belum Resmi


KL, 4 Jun 11: Keputusan tidak rasmi menunjukkan Mohamad Sabu menang jawatan timbalan presiden PAS, dan jika disahkan, ia akan mengejutkan banyak pihak dalam parti Islam itu dan pemerhati politik negara. Keputusan rasmi akan diumumkan sekitar 10 pagi ini. Proses mengira undi selesai tengah malam tadi.

Di peringkat naib presiden, Datuk Paduka Husam Musa kembali memperoleh kedudukan itu, yang dikosongkan dua tahun lalu ketika memutuskan untuk bertanding timbalan presiden.

Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar kekalkan kerusi nasib presiden. “Berdasarkan maklumat tak rasmi, Mat Sabu (gambar) dapat sekitar lebih 450 undi kali ini, mengatasi dua calon lain,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Mohamad yang lazimnya dirujuk sebagai “Mat Sabu” bertanding kali kedua berturut-turut jawatan timbalan presiden. Beliau bersaing dengan penyandang Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man — yang dikategorikan sebagai pemimpin daripada kalangan ulama.

“Bagaimana kita kena tunggu pengumuman rasmi, sebab kita tidak mahu apa yang berlaku dua tahun lalu, keputusan terbalik ketika pengumuman rasmi dibuat,” katanya.

Kali ini PAS mengadakan proses kira undi dengan menyediakan ejen calon. Jawatan naib presiden turut disaingi oleh bekas menteri besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Idris Ahmad iaitu Ketua Penerangan PAS dan seorang lagi Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah. (Sumber The Malaysian Insider)

Ucapan Bernas Ke Arah Kukuh Dasar -NGO



KL 3 Jun 11: Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sememangnya layak diberikan pujian kerana berjaya mengenengahkan fakta-fakta yang bernas bagi kemantapan PAS dan kepentingan negara, menerusi ucapan dasarnya.

Dalam ucapan dasarnya pada Muktamar PAS Ke-57 di Kolej Univeriti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar, di sini, hari ini, beliau antara lain telah menyentuh pelbagai perkara bagi pengukuhan dasar PAS yang tidak boleh lari dari perjuangan Islam.

Timbalan Pengerusi 1 Sekretariat Misi Cakna Pallestin, Wan Mohd Sharafi berkata, menerusi ucapannya itu, Presiden PAS telah meletakkan harapan yang tinggi kepada ahli-ahli parti agar istiqamah dengan perjuangan walaupun menghadapi tekanan hebat.

Menurut beliau, serentak dengan itu, Presiden PAS telah mengingatkan ahli-ahli parti agar terus mempertahankan nilai-nilai murni yang tetdapat dalam perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Katanya, konsep syura', konsep ukhwah islamiah perlu dijaga oleh setiap pemimpin dan ahli-ahli parti walaupun ketika berhadapan dengan pemilihan jawatan dalam parti.

"Sebaliknya, pertandingan untuk jawatan dalam parti bukanlah untuk merebut jawatan, tetapi untuk sama-sama menyumbang bagi kepentingan parti demi meneruskan perjuangan untuk Islam.

"Dalam masa yang sama, ikatan ikhwan pada semua peringkat perlulah dijaga. Itulah mesej awal Presiden yang disampaikan untuk renungan para perwakilan khasnya dan seluruh umat Islam di tanah air amnya," katanya ketika ditemui di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, di sini, hari ini.

Selepas itu, menurut beliau, ucapan Abdul Hadi dikembangkan pula dengan menjurus kepada kerangka kerja menerusi rangka yang jelas menerusi lajnah-lajnah dan saluran-saluran parti di semua peringkat supaya bergerak lebih efektif menerusi dasar utama menegakkan Islam.

"Ucapan itu memberikan garis panduan yang jelas ke arah pengukuhan parti yang sekali gus boleh mendidik kefahaman awam yang ingin mendapatkan penjelasan yang jelas tentang kedudukan dan perjuangan PAS yang kini turut berada dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Walaupun berada dalam Pakatan Rakyat, katanya, PAS tetap meneruskan parti yang konsisten dengan nilai-nilai perjuangannya.

"Itulah dasar, identiti dan jati diri PAS yang diharapkan berlaku secara berterusan oleh orang ramai yang ditegaskan sendiri oleh Presiden PAS menerusi ucapan dasarnya itu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi 11 Sekretariat Misi Cakna Palestin, Ausaini Ibrahim ketika ditemui berkata, sebagai pemimpin NGO yang turut komited dengan perjuangan Islam, beliau menyokong penuh ucapan Abdul Hadi itu.

Menurut beliau, ucapan Abdul Hadi antara lain jelas ke arah memperkuatkan PAS bersama Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tidak lama lagi.

Katanya, dalam mentadbir negara, Kerajaan BN ternyata gagal dalam pelbagai perkara termasuk dalam mengurus ekonomi negara.

"Selain kenaikan harga petrol dan barangan keperluan utama yang cukup membebankan rakyat, pentadbirtan BN juga penuh dengan rasuah.

"Perkara itu berbeza sama sekali dengan PAS yang bukan sekadar bersih dengan rasuah, tetapi juga sentiasa menjaga kebajikan rakyat.

"Itulah konsep dan pendekatan PAS jika diberikan amanah memerintah negara bersama Pakatan Rakyat," katanya.

Untuk melihat kebenaran dan perubahan itu, katanya, rakyat negara ini yang meliputi pelbagai kaum dan agama perlu memberikan undi kepada PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 nanti.

"Dengan itu, rakyat sendiri bolehlah menilainya. Semua pemimpin dan ahli-ahli PAS pula perlulah bersedia ke arah itu. Itulah antara mesej ucapan Abdul Hadi menerusi ucapannya itu," ujar beliau.

Friday, June 03, 2011

Ini Penyebab UMNO Khianati Melayu -Abd Hadi


KL
, 3 Jun 11: Ajaran sesat mengatakan politik tidak ada hubungan dengan ajaran Islam menyebabkan berlakunya khianat dalam pentadbiran negara, kata Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

“Ajaran sesat ini telah melahirkan pemimpin Melayu yang tidak ada perhitungan agama dalam amalan politik mentadbir negara, seterusnya berlaku khianat dalam memimpin rakyat dan mengurus sumber negara yang melimpah ruah,” kata Abdul Hadi dalam ucaptamanya di Mukmatar PAS ke 57 di Taman Melewar pagi ini.

Hadi berkata walaupun kini ramai di kalangan orang Melayu Islam telah menerima politik sebahagian dari agama, namun tindakan politik mutakhir ini telah dibejati oleh amalan-amalan yang tidak mengikut batas agama dan syariat.

“Kemurnian politik telah dicemari oleh tindakan jijik menerusi rasuah politik wang, fitnah, sikap perkauman sempit, pembohongan, dan segala macam perkara kotor yang memalukan anak-anak yang menjadi penonton di sekeliling kita,” kata Abdul Hadi sambil menegaskan bahawa Umno Barisan Nasional tidak boleh diharap untuk membersihkan budaya politik yang dikotorkan oleh tangan mereka sendiri.

Akibat dijangkiti keruntuhan moral dan zalim, rasuah dan penyalahgunaan kuasa sehingga tidak menunaikan amanah besar yang diwajibkan oleh Islam kepada penganutnya, kata Abdul Hadi pemimpin Melayu Islam telah membebalkan majoriti rakyat beragama Islam telah gagal menjadi model Islam yang sebenar kepada rakyat bukan Islam.

Umno, kata beliau walaupun merupakan parti majoriti Melayu dan Bumiputera yang telah diberi amanah pemerintahan sejak keluarnya penjajah asing, masih dibarahi penyakit warisan penjajah yang memisahkan amanah ini daripada perhitungan agama.

“Akibatnya amanah yang besar ini dijadikan peluang kebendaan yang menyuburkan perbuatan rasuah dan khianat. Akhirnya, harta negara menjadi milikan peribadi pemimpin mereka, meninggalkan rakyat berhempas pulas untuk melangsungkan kehidupan di dunia ini,” selar beliau.

Tambah beliau lagi, perkara ini akan berterusan selagi urus tadbir dan tata-kelola pengurusan sumber dan khazanah kekayaan negara tidak mengambil dan merujuk kepada falsafah dan jauh sekali menghayati tuntutan Islam.

“Cita-cita murni untuk membina sebuah negara yang sejahtera dan aman telah digagalkan oleh sebuah pemerintahan yang terus memimpin secara tidak bertanggungjawab,” kata Abdul Hadi.

Menurut Abdul Hadi, umat Melayu Islam sebagai teras politik dalam negara kita ini, semakin hari semakin lemah jati diri kerana lemah kefahaman Islamnya, apabila kerajaan hari ini tidak menjadikan Islam agama yang memerintah dan tidak mampu menunjukkan model Islam kepada masyarakat majmuk.

“PAS wajib menyelamat negara dan penganut Islam yang hilang punca dan membetulkan fahaman yang salah ini,” tambah beliau.

Mengenai perjuangan Umno, Abdul Hadi berkata mereka hanya sekadar berminat untuk mengekalkan kuasa mereka dan bukannya untuk memartabatkan Melayu dengan Islam.

“Ini kerana Melayu Umno tetap menyokong BN walaupun di kawasan PAS bertanding menentang calon MCA dan MIC, sebaliknya sudah ramai bukan Melayu dan bukan Islam yang komited mengundi calon PAS yang menentang calon MCA dan MIC dari Barisan Nasional. Hakikatnya, Umno telah menjadikan penyokong Melayu Islam buta dan pekak dengan politik wang, media dan hiburan yang melalai dan membodohkan mereka,” terang beliau.

Adalah menjadi tanggungjawab besar bagi PAS, kata Hadi untuk terus menerus memperkenalkan ajaran Islam secara ilmu kepada seluruh rakyat dengan mengembalikan umat Islam yang jahil kepada Islam, supaya membebaskan diri daripada khurafat politik Umno bahawa mereka sahaja boleh memerintah.

“PAS wajib menyelamatkan negara dan rakyat daripada belenggu kejahilan dan kezaliman politik dengan peringatan Allah SWT,” tegas beliau. (IH)

AJK Dewan Ulama -Wajib Daftar Mengundi

KL, 2 Jun 11: Setiap umat Islam di negara ini diingatkan agar tidak memandang mudah dengan pendaftaran menjadi pengundi kerana perkara itu wajib hukumnya dalam Islam.

Tanpa pendaftaran menjadi pengundi, seseorang itu tidak dapat membuang undi pada pilihanraya, sedangkan setiap umat Islam wajib menyokong perjuangan Islam dan menolak kemungkaran dalam hidup.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib sehubungan itu menyeru para pemimpin Dewan Ulama menyampaikan perkara itu dengan jelas kepada orang ramai agar setiap umat Islam faham dengan peranan masing-masing dalam pilihanraya.

Menurut beliau, selain itu, para pemimpin Dewan Ulama di semua peringkat perlu berusaha menambah ilmu masing-masing bagi mempersiapkan diri dengan tugas lebih mencabar dalam menyampaikan dakwah.

Katanya, ahli-ahli Dewan Ulama sepatutnya bukan hanya boleh menguasai ilmu agama, tetapi juga ekonomi, undang-undang dan cabang-cabang ilmu lain.

"Namun untuk mentarbiyah seseorang menjadi Muslim sejati bukanlah perkara yang mudah dan pasti memakan masa. Jadi ahli-ahli Dewan Ulama tidak sepatutnya gopoh dalam usahanya ke arah itu," katanya ketika berucap pada sessi ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat Ke-50 di Taman Melewar, di sini, hari ini.

Dalam melaksanakan tanggungjawab, menurut beliau, ahli-ahli Dewan Ulama tidak seharusnya terpengaruh dengan isu pertembungan golongan ulama dan profesional dalam PAS yang dimainkan oleh pihak tertentu, sebaliknya rahsia kekuatan PAS sejak dulu hingga kini sebenarnya adalah atas gabung jalin ulama dan profesional itu sendiri.

Sebelum itu, Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamad ketika berucap pada sessi penggulungan berkata, PAS bukan sahaja parti politik yang turut mengambil bahagian dalam pilihanraya, tetapi juga sebuah badan dakwah.

"Oleh itu, sama ada kalah atau menang dalam pilihanraya, PAS mestilah meneruskan perjuangannya untuk menyampaikan dakwah kepada orang ramai demi mencari keredhaan Allah, di samping menitikberatkan soal pentarbiyahan dalam PAS sendiri bermula dari atas ke bawah," tegasnya.

Manakala Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh ketika berucap sebelum itu berkata, PAS tidak boleh mengurangkan menyebut soal negara Islam dalam menyampaikan risalah perjuangannya kepada orang ramai kerana perkara itu sememangnya merupakan perjuangan PAS sendiri sejak ditubuhkan dulu.

Dalam menangani isu-isu yang dimainkan oleh Umno BN pula, katanya, PAS amat perlu berhati-hati agar tidak terjerat dengan jerat yang sengaja dipasang oleh Umno BN.

Menurutnya, ada kalanya, isu-isu yang dibangkitkan itu tidak perlu dilayan kerana ia sengaja diciptakan oleh Umno BN untuk menutup isu-isu lain yang cukup banyak berkaitan dengan kelemahan Umno BN itu sendiri.

"Contohnya termasuklah isu mengenai dakwaan kewujudan golongan paderi untuk menjadikan Kristian agama rasmi di negara kita yang kalau dilayan akan menyebabkan kita berbalah dengan orang bukan Islam atau menyerang agama lain.

"Jadi, kita amat perlu berwaspada dengan isu-isu yang dibangkitkan itu. Manakala jika isu-isu yang dibangkitkan itu pula adalah isu-isu yang memang perlu dilayan, kita bukan sekadar perlu menjawabnya dengan lembut, tetapi dengan menyerang bagi mematahkannya," katanya.

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Husain Awang pula ketika berucap sebelum itu berkata, ahli-ahli Dewan Ulama amat perlu melakukan perubahan dengan turut memainkan peranan aktif bagi menjelaskan isu-isu penting yang berlaku dalam negara.

Menurutnya, antaranya termasuklah menjawab isu mengenai video lucah, kenaikan harga petrol, kenaikan harga barangan dan sebagainya, di samping aktif mengadakan ceramah berkelompok.

Sebelum itu, beliau memuji barisan kepimpinan Dewan Ulama PAS Pusat sessi 2009-2011 yang telah menunjukkan prestasi baik, sehingga laporan kewangan dan laporan tahunan tahun-tahun lalu yang dibentangkan pada Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat Ke-50 hari ini, tidak langsung dibahas oleh para perwakilan.

"Selain itu, pencapaian itu juga boleh diukur dari wang terkumpul dalam tabung Dewan Ulama PAS Pusat hari ini yang berjumlah sehingga RM200,000, berbanding sebelum ini yang tidak pernah mencapai angka sebesar itu.

"Barangkali, inilah antara punca yang menyebabkan kesemua jawatan dalam Dewan Ulama PAS Pusat tidak ditandingi pada muktamar tahun ini, dengan dikekalkan barisan kepimpinan sessi 2009-2011 yang lalu," katanya dengan nada bergurau.

Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama PAS Pusat Sessi 2009-2011 lalu yang terus dikekalkan dengan menang tanpa bertanding pada Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat Ke-50 hari ini, untuk terus memikul tugas bagi sessi 2011-2013:

Pengerusi Tetap
Ustaz Hamdan bin Mohamad

Timbalan Pengerusi Tetap
Ustaz Abdul Manaf bin Othman

Ketua
Ustaz Harun bin Taib (Datuk/YB)

Timbalan Ketua
Ustaz Ahmad bin Yakob (Datuk)

Naib Ketua
Mahfodz bin Mohamad (Dr/Datuk)

Setiausaha: Ustaz Muhammad Zain bin Abdul Rahman

Penolong Setiausaha 1: Ustaz Badruzzaman bin Yusof (Dr)
Penolong Setiausaha 2: Ustaz Azahari bin Aripin (Dr)
Penolong Setiausaha 3: Ustaz Shahbudin bin Ngah (Dr)

Bendahari: Ustaz Khairuddin bin Razali

Ketua Penerangan: Ustaz Nik Muhammad Zawawi bin Salleh

Ketua Pengarah Pilihanraya: Ustaz Husain bin Awang (Datuk)

Ahli Jawatankuasa Kerja:
Ustaz Mohamed bin Daud Al-lraqi (Datuk)
Ustaz Hassan bin Mohamad (Datuk)
Ustaz Mohamad bin Mustaffa (YB)
Ustaz Salleh Sani bin Harun Al-Hafiz
Ustaz Abdullah bin Abdul Razak
Ustaz Abu Bakar bin Abdullah
Ustaz Abdul Ghani bin Shamsuddin
Ustaz Ismail bin Noh
Ustaz Abdullah bin Husain
Ustaz Jaliluddin bin Abdul Wahid
Ustaz Soid bin Md. Amin
Ustaz Wan Abdul Halim bin Wan Chik
Ustaz Khirul Muntanazar bin Ismail
Ustaz Mokhtar bin Senik
Ustaz Mustafa bin Shaari
Ustaz Zolkharnain bin Abidin Al-Hafiz
Ustaz Nor Najhan bin Mohd Salleh
Ustaz Mohd. Khairi bin Zainuddin

Pemeriksa Kira-kira 1: Ustaz Ibrahim bin Omar
Pemeriksa Kira-kira 2: Ustaz Mohd Noor bin Din

PAS-UMNO Boleh Kerjasama.. -Abdul Hadi


KL, 3 Jun 11: PAS sedia bekerjasama dengan Umno untuk hal-hal tertentu tetapi sama sekali tidak akan berpakat dengan parti nasionalis itu.

"Dengan Umno, kerjasama boleh tetapi untuk pakat tak ada. Bincang untuk pilihan raya adil dan lebih demokratik, kita bersedia," kata Abdul Hadi dalam sidang medianya tengahari tadi.

Abdul Hadi berkata, pelbagai kerjasama yang telah PAS buat dengan Umno termasuk dalam isu nukleur, Palestine dan juga berusaha sama-sama untuk menghadapi masalah ekonomi melalui Majlis Perunding Ekonomi Negara (Mapen). Beliau menjawab soalan wartawan ekoran sikap Umno yang terus-terusan mengajak PAS bersama dengannya.

Untuk menjawab sikap Umno yang terus-terusan membuat kenyataan meminta PAS meninggalkan Pakatan Rakyat, Abdul Hadi berkata, "Itu kena tanya Umno, kenapa tawar PAS sampai begitu sekali, susah sangat ke hingga tawar PAS."

Dalam sidang media yang disertai oleh timbalannya, Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali itu, Abdul Hadi mengucapkan terima kasih kepada semua petugas muktamar yang telah memastikan muktamar berjalan dengan baik.

"Terima kasih khasnnya ditujukan kepada Jawatankuasa Pemilih pimpinan Datuk Halim yang telah berjaya menjalankan tugas dengan baik dan berjalan lancar," katanya.

Pemilihan peringkat pusat berjalan hari ini manakala keputusannya akan dimaklumkan pagi esok. Abdul Hadi juga berpuashati dengan kerjasama yang baik antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Saya turun ke bawah, ke negeri-negeri dan kawasan, saya lihat kerjasama yang baik di kalangan petugas kita dari pelbagai parti Pakatan, kaum dan agama," kata beliau.

Beliau mengaku, PAS, PKR dan DAP boleh berbeza idealogi, agama pendekatan "tetapi kita boleh kerjasama dalam titik persamamaan." Ketiga-tiga parti juga mencapai kata sepakat dalam perkara asas iaitu menerima Islam sebagai agama persekutuan, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan raja-raja Melayu.

"Masalah yang berbeza agama itu hak masing-masing dan tidak perlu kita perbetulkan," katanya.

Ketika ditanya tentang isu negara berkebajikan yang menjadi tema muktamar kali ini berbanding negara Islam, Abdul Hadi menjelaskan PAS sekarang mementingkan isinya.

"Tema kita negara berkebajikan, ia sememangnya dah ada dalam Islam. Dalam al Quran tak sebut negara Islam, dia sebut negara kebajikan, jadi kita laksanakan iaitu kita dahulukan yang ada persamaan," kata Abdul Hadi.

Beliau mengaku antara parti-parti ini ada beza antara satu sama lain.

"Kita berikan hak mereka yang benarkan minum arak tetapi kita tidaklah turut sama minum arak dengan mereka sebagaimana sesetengah pihak," katanya.

Berhubung dengan perbezaan latar belakang pemimpin dalam PAS pula, Abdul Hadi berkata, ia wujud sejak awal PAS lagi jadi tidak berbangkit soal PAS berpecah.

"Perpecahan dalam PAS tidak berlaku kerana wujudnya kumpulan ini sejak ditubuhkan lagi, Dr Haji Abas adalah Yang Dipertua PAS, Aminudin Baki dan juga Datuk Asri Muda semuanya bukan ulamak namun PAS kukuh kerana kepimpinannya secara kolektif untuk laksakan Islam yangluas bukan fahaman barat yang sempit," jelas Abdul Hadi. (IH)

Wanita Ini Dirantai, Wajarkah? Apa Pandangan Islam?

Malaysiakini: Wanita dirantai dan ditanda: NGO hak asasi berang

Operasi mencegah maksiat di Pulau Pinang malam semalam menimbulkan kontroversi apabila beberapa kumpulan hak asasi mempertikaikan cara pihak polis menggari kira-kira 30 wanita asing dengan rantai dan membuat contengan di muka, dada dan tangan mereka.

penang gro raid 030611 chainWanita asing itu ditahan di sebuah kelab malam di sebuah pusat membeli-belah di Pulau Tikus kerana disyaki melacurkan diri.

Dalam serbuan itu, lapan rakyat tempatan dan 30 wanita asing - 29 dari China dan seorang dari Vietnam ditangkap oleh 19 anggota polis dari Bukit Aman.

Menurut akhbar berbahasa Cina, serbuan dijalankan selepas pihak polis mengintip dan memerhatikan kegiatan kumpulan itu selama seminggu di kelab berkenaan yang dikatakan amat popular di kalangan penduduk tempatan.

Akhbar Cina juga memaparkan gambar-gambar wanita yang dirantai dalam kumpulan itu dan kemudiannya mereka ditandakan dengan pelbagai simbol, termasuk X di dahi seorang daripada wanita itu.

penang gro raid 030611 news clippingPengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Andrew Khoo membidas polis kerana tidak mematuhi piawaian prosedur operasi polis (SOP) dan pada masa yang sama mencabuli hak asasi manusia.

“Kita tidak boleh menandakan mereka secara fizikal... kita boleh tahan mereka tetapi mereka tidak boleh ditanda seperti itu,” katanya ketika dihubungi.

Pengarah Tenaganita Irene Fernandez pula melahirkan rasa terkejut berhubung gambar wanita dirantai dan ditanda.

penang gro raid 030611 marks on chestKatanya tidak adil bagi mengandaikan semua mereka itu bersalah.

“Saya sangsi ini prosedur yang biasa dan jika ia adalah prosedurnya maka polis mesti mendedahkannya. Mesti dijalankan siasatan berhubung perkara ini dan polis mesti jelaskan mengapa mereka bertindak sedemikian.

“Mereka mungkin mangsa pemerdagangan manusia... jika ini benar mereka adalah mangsa,” katanya.

Peguam bagi 'Lawyers for Liberty's Faidah Nadwa Fikri berkata tindakan merantai dan menanda wanita itu sebagai 'luarbiasa dan tidak berperi-kemanusiaan'.

Tegasnya wanita itu cuma adalah suspek dan belum didapati bersalah atas sebarang jenayah lagi.

penang gro raid 030611 chain“Ini masalah budaya kita, masalah kerana kita tidak memahami apa itu peraturan undang-undang.

“Saya lihat apabila seseorang ditangkap dan dibawa ke mahkamah, sesetengah mereka juga tidak memakai selipar... ini menunjukkan betapa buruk pihak berkuasa melayan mereka dan ini adalah isu kemanusiaan,” katanya.

Negara Kebajikan Siap Hadap PRU 13

Abdul Hadi Awang mendapatkan autograf Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas pelancaran buku “Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat” di Gombak hari ini. – Foto oleh Choo Choy May
GOMBAK, 3 Jun — Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13, Presiden PAS membentangkan secara terperinci dasar pihaknya bersama komponen Pakatan Rakyat mahu mewujudkan asas negara berkebajikan — pengurusan yang menurutunya tidak akan membebankan rakyat sama sekali.

Ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini, yang bertemakan “Membangun Negara Berkebajikan”, dilihat kali pertama meletakkan komponen pengurusan dan pentadbiran ekonomi secara menyeluruh lagi terperinci. Ucapan-ucapan lalu lebih berkisar pada soal agama dan sosial.

Hadi menegaskan, dalam negara berkebajikan, kerajaan mengambil tanggungjawab dalam perkara yang menjadi rukun hidup, keperluan asasi kemudahan asas, makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan lain-lain.

Oleh itu katanya, PAS wajib menghapuskan budaya mendapat hasil secara membebankan rakyat yang menjadi amalan kerajaan Umno-BN sehingga mengambil kesempatan mendapat hasil melalui rukun hidup rakyat.

Pemimpin yang berlatarbelakangkan pendidikan agama ini juga memberitahu, rakyat yang berniaga pula terpaksa berdepan dengan kerajaan yang berniaga.

“Kerajaan yang berniaga menerusi GLC pula, mengagihkan keuntungan kepada pemegang saham kroni tertentu manakala kerugian perniagaan pula ditanggung oleh kerajaan, yang akhirnya dibebankan kepada rakyat menerusi sistem cukai yang menekan mata pencarian hidup rakyat jelata.

“Akhirnya GLC ini akan hilang daya saingnya kerana sentiasa menerima bantuan dari kerajaan,” kata beliau.

Dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan Ke-57, Ahli Parlimen Marang ini berkata, Islam menjadikan kerajaan tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan.

“Contohnya dengan mewajibkan bayaran zakat kepada orang Islam, dan cukai kepada bukan Islam dengan kadar kemampuan dan galakan yang meningkatkan produktiviti pendapatan mereka.

“Kerajaan juga tidak boleh menyekat kekayaan yang halal, tidak menipu, tidak menindas dan tidak rasuah,” katanya.

Hadi menjelaskan, PAS percaya bahawa perolehan pendapatan negara bukannya dengan cara membebankan rakyat dengan kaedah menaikkan cukai atau menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan.

“PAS yakin bahawa keadilan sosial yang berteraskan kebajikan kepada rakyat dan amalan yang adil membawa berkat yang mengembangkan hasil negara,” kata beliau lagi.

Bekas menteri besar Terengganu ini berkata, PAS telah melaksanakan sebahagian daripada konsep negara berkebajikan di negeri yang diperintahnya, mengikut kemampuan dan bidang kuasa yang ada di Kelantan dan Kedah, pernah di Terengganu dan Perak dan memperkenalkan di negeri PAS menyertai kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.

Katanya, PAS bersama Pakatan Rakyat telah memperkenalkan konsep negara berkebajikan melalui Buku Jingga yang dilancarkan.

“Sebenarnya sebahagian daripada Buku Jingga pernah dilaksanakan di negeri yang kita perintah, seperti pembatalan tol, pembatalan cukai yang membebankan rakyat dan memudahkan perkhidmatan asas yang menyentuh rukun hidup rakyat,” katanya.

“Kita telah membuktikan kemampuan memerintah selama dua puluh tahun di Kelantan dan di negeri lain, dengan kadar hasil yang tidak boleh difikir mampu oleh mereka yang berfahaman kebendaan.

“Apatah lagi kini kita tentunya lebih yakin berkemampuan kerana hasil dan sumber negara tidak bocor dengan rasuah, membazir dan mewah,” kata beliau lagi.

Kata Hadi, negara berkebajikan yang ingin dicapai bukan hanya hebat pencapaian ekonominya semata-mata kerana “kita juga tidak mahu melahirkan masyarakat yang hanya melihat pembangunan material yang bertaburan” di sana sini tetapi jiwa mereka kosong sehingga melahirkan berbagai penyakit kemanusiaan dalam masyarakat.

Oleh itu katanya, negara yang diinginkan ialah yang juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani, yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat.

“Indeks kesejahteraan yang ingin kita capai juga perlu mengambil kira persekitaran masyarakat beragama berbagai kaum dan fahaman yang wujud dalam negara kita ini, apatah lagi ia mungkin berbeza dengan pentafsiran kesejahteraan di negara-negara lain.

“Kita inginkan kerukunan sebuah keluarga, yang mampu untuk berdepan dengan krisis moral dan akhlak yang semakin berleluasa di zaman yang serba moden ini,” katanya lagi.

Malah kata beliau, negara berkebajikan juga melaksanakan undang-undang yang mendidik rakyat, bukannya menakutkan rakyat dengan wajib menjatuhkan hukuman.

“Apa yang lebih parah lagi, BN telah menjadikan undang-undang sebagai satu cara untuk merompak harta rakyat, contohnya di atas nama saman ekor yang sama sekali tidak mendidik rakyat,” katanya lagi.

Jelas beliau, kaedah perundangan Islam menjadikan orang yang dituduh belum bersalah dengan wajib melindungi dan membelanya. 
“Sesorang hakim mencari jalan bagaimana membebaskan orang yang dituduh, bukan mencari jalan untuk menjatuhkan hukuman.

“Islam menggalakkan orang yang bersalah bertaubat dan memebuat penyelesaian di luar mahkamah kerana balasan bukan sahaja di dunia, bahkan ada lagi balasan dalam kubur dan selepasnya, kalau terlepas di dunia tanpa taubat,” kata beliau sambil menambah, Islam membuktikan wujudnya keamanan dengan kehebatan undang-undang yang adil, bukan menakutkan rakyat dengan undang-undang zalim.

“Islam menggalakkan wujudnya masyarakat berkebajikan dengan sifat persaudaraan kemanusiaan dan kejiranan untuk melakukan kerja kebajikan, sehingga mendahului kerajaan untuk berlumba-berlumba mendapat pahala.

“Umno-BN telah melemah dan mematikan sifat tersebut, amalan wakaf bagi mendirikan masjid, sekolah rakyat, rumah kebajikan dan sebagainya, semata-mata bagi melaksanakan peluang rasuah politik terhadap rakyat,” katanya lagi.

Bagi melaksanakan tujuan tema itu, kata beliau, maka PAS ingin melaksanakan langkah yang menjadi intipati utama iaitu membetulkan fahaman salah, membetulkan salah urus-tadbir ekonomi, dan seterusnya memimpin rakyat melakukan perubahan ke arah kebaikan.

“Semuanya ini tidak akan mampu kita capai tanpa mempunyai organisasi dan petugas parti yang mantap, perancangan yang bersifat semasa dan ke hadapan, pemantauan dan penambahbaikan dari masa ke semasa,” katanya lagi. (The Malaysian Insider)

Pertahan Negeri Pakatan -Ikrar PAS

PAS ikrar pertahan negeri Pakatan sepenuh kudrat

KL Jun 3, 11: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengajak semua anggota PAS mempertahankan kempat-empat negeri Pakatan Rakyat yang dimenang pada pilihan raya umum lalu dengan sepenuh hati.

"Pada hari ini juga, marilah kita sama-sama berikrar untuk mempertahankan negeri Kelantan dan Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang telah kita tadbir bersama dengan sepenuh kudrat yang kita ada.

"Biarlah keringat kita membahasai bumi tempat berpijak, biarlah tenaga kita bergelora dengan semangat yang tinggi. Kita akan pertahankan kemenangan yang telah kita kecapi selama ini dengan izin Allah SWT," katanya.

Ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam muktamar parti itu ke-57 di Gombak, Abdul Hadi juga dilihat cuba menyuntik semangat kepada anggota PAS bersedia menghadapi pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi. Beliau juga mengarahkan seluruh jentera parti itu bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 itu mulai sekarang. pas muktamar 030611 audience

Paling penting katanya, jentera PAS pelu membuka bilik gerakan dan memenuhkannya dengan aktiviti ke arah mendekatkan parti kepada pengundi.

"Walau bila pun tarikhnya, saya dengan ini mengarahkan seluruh jentera PAS untuk bersiap sedia sebaik sahaja muktamar kita selesai, dengan membuka bilik gerakan dan aktivitinya dengan penuh taktikal, seterusnya menyiapkan gerak kerja secara berstrategi," katanya.

Perubahaan drastik

Abdul Hadi juga mengerahkan supaya 70 peratus aktiviti PAS di peringkat dewan dan akar umbi ditumpukan kepada usaha mendekati pengundi, terutamanya golongan atas pagar yang belum membuat keputusan. Dalam masa yang sama, menurut Abdul Hadi, jentera di peti-peti undi wajar mengalami perubahan drastik dengan kebolehan mengenalpasti pengundi dalam lingkungan mereka. NONE

Mengambil tema "Membangun Negara Berkebajikan", ucapan Abdul Hadi juga berkisar menegaskan komitmen PAS merealisasikan bentuk pemerintahan itu yang didakwanya telah diperkenalkan di negeri-negeri Pakatan, termasuk Perak dan Terengganu yang pernah dimenangi mereka.

"Islam menjadikan kerajaan tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan. Contohnya dengan mewajibkan bayaran zakat kepada orang Islam, dan cukai kepada bukan Islam dengan kadar kemampuan dan galakan yang meningkatkan produktiviti pendapatan mereka.

“Kerajaan juga tidak boleh menyekat kekayaan yang halal, tidak menipu, tidak menindas dan tidak rasuah,” katanya. Menurut Abdul Hadi, PAS percaya bahawa perolehan pendapatan negara bukannya dengan cara membebankan rakyat dengan kaedah menaikkan cukai atau menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan.

pas muktamar 030611 hall"PAS yakin bahawa keadilan sosial yang berteraskan kebajikan kepada rakyat dan amalan yang adil membawa berkat yang mengembangkan hasil negara," katanya.

Namun menurut Abdul Hadi pemerintahan BN sebaliknya adalah "kerajaan yang berniaga" dengan rakyatnya" melalui agensi berkaitan kerajaan (GLC) yang didakwa mendapat hasil melalui hidup rukun hidup rakyat.

Negara berkebajikan

"Rakyat yang berniaga pula terpaksa berdepan dengan kerajaan yang berniaga. Kerajaan yang berniaga menerusi GLC pula, mengagihkan keuntungan kepada pemegang saham kroni tertentu, manakala kerugian perniagaan pula ditanggung oleh kerajaan, yang akhirnya dibebankan kepada rakyat menerusi sistem cukai yang menekan mata pencarian hidup rakyat jelata," katanya. Di akhirnya, menurut Abdul Hadi, GLC sedia ada akan hilang daya saingnya kerana sentiasa menerima bantuan dari kerajaan.

pas muktamar 030611 hadi awangKatanya lagi, negara berkebajikan yang ingin dicapai Pakatan bukan hanya hebat pencapaian ekonominya semata-mata kerana menerusi Buku Jingga, Pakatan tidak mahu melahirkan masyarakat yang hanya melihat pembangunan material yang bertaburan di sana-sini tetapi jiwa mereka kosong.

“Negara yang kita mahu ialah yang juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani, yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat di bawah jagaan kita.

“Indeks kesejahteraan yang ingin kita capai juga perlu mengambil kira persekitaran masyarakat beragama berbagai kaum dan fahaman yang wujud dalam negara kita ini, apatah lagi ianya mungkin berbeza dengan pentafsiran kesejahteraan di negara-negara lain.

“Kita inginkan kerukunan sebuah keluarga, yang mampu untuk berdepan dengan krisis moral dan akhlak yang semakin berleluasa di zaman yang serba moden ini,” katanya. (Malaysiakini)

Ghazali Hasbdullah Meninggal. Takziah Dr P/Kaset

Catatan Perjalanan KL-Hatyai 2.

MALAM tadi saya berada disebuah daerah Selatan Thai. Saya diberi tahu, sahabat dan guru saya pendakwah terkenal dengan kegigihannya, Ustaz Ghazali Hasbullah meninggal dunia jam 10 malam di Hospital Selayang akibat sakit tua.

Mencungkil zaman silamnya, allahyarham semasa hayatnya bertugas sebagai guru agama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) lebih 20 tahun. Dikatakan akibat kelantangan beliau menegur ketidak-adilan, beliau pernah ditahan ISA pada 1980an.

Menurut cucu sulungnya, Abdullah Omar, datuknya berusia lebih 70 berasal dari Bagan Datoh, Perak berdakwah sehingga akhir hayatnya kerana dua hari sebelum jatuh sakit, beliau berceramah akhir di Johor.

Allahyarham meninggalkan dua isteri; Puan Asiah Johari, 60an, dan Puan Norhafizah, 40an, anak-anak, cucu dan cicit. Jenazah disolatkan di Perkampungan Islam Darul Atiq yang didirikan sendiri pada jam 10 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Rasa.

Saya pernah terlibat membantu usaha dakwah beliau menerbitkan ceramah-ceramah beliau melalui kaset, di tahun-tahun 80an dulu. Waktu itu ceramah beliau laris macam gorang pisang. Saya guna nama 'Penerbitan Ad-dakwah', seterusnya Gedung Gua dan GG Edar. Hampir puluhan ribu keping tiap bulan, yang hasilnya disumbangkan kepada kegiatan dakwah Darul Atiq beliau.

Teringat, sewaktu beliau ditahan, di penjara, dan dibuang daerah, bagaimana beliau berceramah di kaset dari dalam penjara, diseludup keluar dan dicetak perbanyakkan. Beliau pernah memberi kepercayaan kepada saya untuk mengedit tiap kaset ceramah beliau yang akan diterbitkkan, supaya selaras dengan keigiatan jamaah-jamaah Islam yang lain, terutama PAS.

Kaset yang paling laris ialah ceramah bertajuk 'Ubat Hati', 'Aurat', Adap Berjiran', 'Musafir' dan lain-lain. Saya juga diberi kepercayaan untuk memilih tajuk kaset-kaset ceramah beliau.

Saya merakamkan ucapan takziah atas pemergian tokoh ulamak ini dan mendoakan rohnya sentiasa dicucuri rahmat-Nya. AlFatihah.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

Padang Besar - KL
3 Jun 11.

Muslimat Bukan Langsir Hiasi Jendela.... -Nik Aziz

Shah ALAM, 2 Jun: Muslimat bukanlah langsir yang menghiasi jendela semata-mata dan ditukar ganti apabila selesai digunakan. Kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, dengan perkembangan semasa hari ini, muslimat juga harus melengkapkan diri untuk bersaing di peringkat nasional.

"Muslimat tidak boleh lagi menganggap diri mereka hanya sebagai pelengkap kepada golongan lelaki di dalam medan juang, tetapi mereka juga perlu berperanan sebagai tiang seri yang menongkat istana perjuangan.

"Muslimat bukanlah langsir yang menghiasi jendela semata-mata dan ditukar ganti apabila selesai digunakan.

"Hari ini, pada saat dunia berkembang pesat dengan segala arus kemodenan, muslimat perlu dilihat berketrampilan menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa agar dilihat mampu bersaing dengan pergerakan wanita dari parti-parti lain," katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat ke-51 di Dewan Banquet, Bangunan SUK, dekat sini hari ini.

Disamping itu juga beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Muslimat juga perlu mempersiapkan diri selengkapnya untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU-13). Katanya, Muslimat PAS mempunyai kelebihan tersendiri yang boleh memainkan peranan untuk menjatuhkan Umno BN pada pilihan raya akan datang.

"Disiplin, thiqah, dan keteguhan pimpinan dan ahli-ahli PAS adalah syarat yang perlu dipatuhi.

"Atas syarat inilah, kerajaan PAS di Kelantan mampu bertahan walaupun dengan majoriti satu kerusi sahaja. Prestasi ini dipandang tinggi oleh rakan-rakan kita di dalam Pakatan Rakyat," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan muslimat agar menyediakan genarasi pelapis yang berpotensi besar untuk berkecimpung dalam arena politik tanah air.

"Saya melihat Dewan Muslimat PAS pada hari ini semakin menarik minat pelbagai latar belakang untuk turut bersama dengan perjuangan ini. Tidak dilupakan, muslimat perlu kepada generasi pelapis.

Tambahnya, beliau sendiri menyaksikan ada perbezaan berikutan kehadiran pelbagai latar belakang dan bakat baru. Justeru beliau berharap agar golongan senior di dalam Dewan Muslimat dapat membimbing bakat-bakat baru agar memahami perjuangan PAS dan terus istiqomah membantu bahtera PAS sampai ke pantai destinasinya.

"Kepelbagaian ini saya ibaratkan sebagai sejambang bunga yang menampilkan pelbagai jenis bunga dan wangian yang berbeza. Ia sama sekali tidak mencacatkan jambangan bunga bahkan ia menambahkan seri dan menaikkan perhatian orang yang memerhati. Muslimah ibarat bunga yang sedang berkembang mekar di jambangan yang namanya jihad, insya-allah jika dibajai dan dijaga bunga ini, wangiannya akan terus kekal semerbak sepanjang zaman," katanya. (IH)

Jom MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN -Presiden PAS

Presiden PAS di muktamar hari ini..
KL, 3 Jun: PAS mengajak semua rakyat negara ini untuk menjaga kepentingan mereka dengan menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat bagi Membangun Negara Berkebajikan di negara ini.

Perkara ini dizahirkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar Muktamar PAS ke 57 di Dewan Datuk Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhamad (KUIZM) hari ini. Ia berlangsung di dewan yang penuh sesak dengan perwakilan, pemerhati dan para tetamu yang datang untuk melihat muktamar yang dijangka mempersiapkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke 13.

Turut bersama mereka adalah para pemimpin dari parti rakan Pakatan Rakyat termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

"Muktamar ini berlangsung di ambang pilihanraya umum ketiga belas yang akan diadakan pada bila-bila masa. Medan pilihanraya itu nanti akan menjadi medan juang yang sangat sengit kepada kita," kata Abdul hadi dalam ucapannya.

Maka di atas komitmen ini, kata beliau, tibalah masanya pula PAS memperkukuhkan konsep dan objektif kebajikan secara menyeluruh dalam urustadbir yang PAS bawa sebagai asas komitmennya, untuk mentadbir negara masyarakat majmuk ini secara bersama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat.

"Mauduk yang begitu besar ini, menuntut kita untuk membawa tema MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN, sebagai tema muktamar pada tahun ini," katanya.

Ini bertepatan dengan perjuangan PAS yang berkonsepkan amal kebajikan, di mana seluruh kegiatan kita selama ini adalah kebajikan, apabila Allah SWT memberi kemenangan dengan pertolongannya maka wajib diisi dengan kebajikan, tambahnya.

"Tema ini berpaksikan kepada pegangan kita, bahawa Islam yang difahami oleh kita adalah sempurna yang merangkumi seluruh cara hidup manusia, roh dan jasad, individu, keluarga dan masyarakat, hubungan dengan Allah, diri manusia dan makhluk yang lain. Islam yang terkandung di dalamnya seluruh cara hidup manusia dalam aspek politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan dan sebagainya," kata Abdul Hadi.

Abdul Hadi yakin, walaupun mungkin adanya perbezaan dasar dan konsep dengan rakan-rakan yang lain, tetapi banyak titik persamaan dalam pelaksanaan dan objektifnya dalam aspek pentadbiran dan penglibatannya ke dalam masyarakat majmuk.

"Walau pun berbeza dalam perkara halal dan haram, tetapi kita tentunya bersama dalam menegakkan adil untuk semua dan menentang kemungkaran, kezaliman dan penyelewengan seperti rasuah dan sebagainya. Inilah kerjasama yang menuntut kita untuk bersama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat bagi membawa agenda perubahan ini," tegasnya.

Ucapan dasar ini, kata beliau, adalah menggariskan dasar umum serta falsafahnya yang berpihak dan menepati Islam.

Maka pemahaman konsep kebajikan dan objektifnya adalah sangat penting kepada PAS supaya apa yang dirancangkan sebagai agenda parti sepanjang sesi ini dapat dilaksanakan, yang akan terus menerus diperincikan oleh seluruh jentera parti di berbagai peringkat dari masa ke semasa.

"Dalam kita mengungkap konsep kebajikan menyeluruh ini, maka kepimpinan yang menerajui negara berkebajikan adalah di kalangan yang berilmu dan bertakwa. Maka Islam menegaskan bahawa berpolitik adalah tugas para nabi dan pengikutnya yang setia," kata Abdul Hadi. (IH)

PAS Jangan Hilang Jatidiri -Ketua Dewan Ulama



KL 3 Mei 11: Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengingatkan kepimpinan PAS supaya tidak terlalu mengikut "rentak" pihak tertentu, termasuk dalam Pakatan Rakyat dalam usaha memelihara parti Islam itu.

Katanya, beliau bimbang PAS akan kehilangan identiti dan jatidiri Islam yang menjadi dasar parti itu, katanya semalam.

"Kepimpinan PAS tidak boleh membiarkan PAS kehilangan identiti dan jati diri Islam semata-mata kerana terlalu meraikan kehendak pihak-pihak lain termasuk rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

"PAS dinamik dalam menangani perubahan tanpa mengorbankan al-thawabit (pendirian).

"Tidak ada kompromi dalam soal hukum halal dan haram yang telah dinyatakan secara sarih (jelas) dan nyata dalam Al-Quran dan al-Sunnah," kata Harun.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama, sebagai sebuah gerakan Islam, beliau menyeru agar PAS meraikan perubahan dalam arena politik negara ini. Harun berkata perubahan perlu diraikan selagi tidak bercanggah dengan prinsip dalam usaha mencapaikan kemenangan.

"Tahalluf Siyasi dengan parti bukan Islam sebagai contoh adalah strategi terbaik masa kini untuk mencapai kemenangan," katanya sambil menambah ia tidak menggadaikan prisip parti sebagai sebuah gerakan Islam.

Teks ucapan Harun bertajuk "Ulama Haraki Teraju Kemenangan" dibacakan timbalannya Datuk Ahmad Yaakob di muktamar dewan itu di Gombak pagi tadi.

'Orang kanan mesti Ulama Haraki'
Dalam ucapannya, Harun turut mengingatkan PAS agar tidak menjadi seperti Umno yang didakwa menggunakan alasan tadarruj (berperingkat-peringkat) untuk menafikan pelaksanaan hukum sedangkan mereka tidak ada matlamat ke arah itu.

"Tadarruj perlu berpaksikan kepada tempoh tertentu yang berakhir dengan pelaksanaan sepenuhnya hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT," katanya. Dalam ucapan itu juga, Harun turut mempertegaskan bahawa bahawa gerakan Islam seperti PAS akan sentiasa didokong oleh 'Ulama Haraki'. Harun mentakrifkannya sebagai

"golongan yang memiliki ilmu agama, melaksanakan amanah perjuangan, sabar dan tidak sekali-kali berhenti daripada melaksanakan jihad dalam harakah Islam.

"Parti Islam Semalaysia (PAS) yang berdiri di atas paksi kepimpinan ulama, perlulah memiliki tenaga alim ulama yang setia dan bergerak cergas sama ada di peringkat atasan seperti Syura, ahli jawatankuasa harian, ahli jawatankuasa kerja, mahupun para pengurusan ulama di peringkat negeri atau kawasan," katanya.

Sehubungan itu, dari sudut organisasi, Harun berkata pucuk tertinggi parti perlulah disokong oleh para pembantu atau 'orang kanan' yang turut memiliki kualiti sebagai 'ulama haraki'. "Golongan inilah yang akan menjaga dasar-dasar Islam sepanjang parti melaksanakan amanah kepemimpinan, meneraju umat ke arah kemenangan yang diimpikan, di dunia dan di akhirat, -Insya-Allah," katanya. (Malaysiakini/IH)

Pemuda Kempen Video Untuk Tuan Ibrahim?

azlan
KL 3 Mei 11: Setiausaha Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil tampil mengemukakan penjelasan berhubung penayangan montaj video pada malam tadi yang didakwa sebagai bahan kempen untuk calon timbalan presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Khairil Faizi dalam pengumumannya hari ini berkata, montaj berkenaan sebenarnya disediakan lebih awal, malah sebelum Tuan Ibrahim mengumumkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

"Sebab ada orang bercakap (kata video sebagai kempen), jadi kita terpaksa jelaskanlah.

"Kita beritahu, video itu tak ada kaitan dengan pemilihan," katanya ketika ditemui di Dewan MBSA, Shah Alam hari ini.

Jelasnya, montaj video yang menampilkan ucapan Tuan Ibrahim itu merupakan sedutan daripada rakaman program Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kedah pada 19 Februari lalu.

"Datuk Tuan Ibrahim yang datang rasmikan perhimpunan itu," katanya.

Menurut Khairil Faizi lagi, montaj berkenaan juga disediakan pada saat akhir sebelum muktamar dewan Pemuda diadakan.

Tayangan video pendek berhubung program Pemuda PAS dalam muktamarnya pada Selasa malam menimbulkan cakap-cakap di kalangan perwakilan memandangkan ia dilihat hanya memaparkan sedutan rakaman acara melibatkan beberapa pemimpinnya sahaja. (IH)

Tegas Tentang Fahaman Sekular UMNO -Nik Aziz


KL 3 Mei 11: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadikan penegasan menentang fahaman sekularisme sebagai inti penting dalam ucapan pemulanya dalam muktamar parti itu yang sedang berlangsung.

"Saya menyatakan perkara ini sebagai satu penegasan agar PAS mampu berdepan dengan penjajahan pemikiran dan gelombang sekular yang datang dengan pelbagai warna, ada yang biru dan ada yang merah.

"Walau apa jua warna sekalipun, ia tetap merupakan gelombang jahiliah yang mesti ditolak," katanya ketika merasmikan pembukaan Dewan Muslimat di Shah Alam hari ini.

Dalam konteks Pakatan Rakyat, PAS walaupun sebuah parti Islam tetap bergabung bersama PKR dan DAP yang mempunyai perlembagaan parti yang sekular. Gabungan itu bagaimanapun mengakui mengakui Islam sebagai agama persekutuan seperti termaktub dalam perlembagaan.

Dalam ucapannya, Nik Aziz berkata, perjuangan PAS berdasarkan kepercayaan bahawa semua perkara dalam dunia ini milik Allah dan ekoran itu perintah-Nya dalam Al-Quran dan Hadis mesti dituruti. Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau mendakwa, Umno antara pihak yang menentang perkara tersebut. Katanya, parti itu hanya "menentang orang Melayu yang menolak Islam" dengan nama Umno. (IH)

Ulama: Mat Sabu Terpengaruh Revolusi Syiah Iran?

Mohamad Sabu berpendapat barisan kepimpinan PAS perlu berubah dengan bersikap lebih agresif dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13. — Foto oleh Choo Choy May

KL, 3 Jun 11: Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan panggilan 'Mat Sabu' yang dikatakan ramai penyokong Syiah dalam PAS menyokong beliau, mengakui beliau adalah antara anak muda yang menyokong revolusi Islam dipimpin oleh kaum Syiah di Iran pada tahun 1979 lalu.

Beliau mengatakan demikian ketika di interbiau oleh media pagi ini ketika mengemukan pandangan beliau mengenai kepimpinan ulama. Beliau yang bertanding jawatan timbalan presiden buat kali kedua menegaskan, konsep kepimpinan ulama sepatutnya ditekankan dalam Majlis Syura, bukannya diterjemahkan ke atas jawatan-jawatan eksekutif parti Islam itu.

Mohamad, 56, berpendapat bahawa konsep kepimpinan ulama telah menjadi kekeliruan di kalangan ahli menyebabkan golongan profesional sukar mendapat tempat dalam jawatan tertinggi parti itu.

“Bagi saya presiden dan ke bawah boleh sesiapa sahaja yang layak untuk memimpin tiada masalah baik ulama atau profesional.

“Majlis Ulama ini yang perlu ditekankan bukan jawatan eksekutif, ia perlu dipertingkatkan dalam organisasi ini.

“Sebab itu, kalau kita lihat banyak ahli yang salah erti konsep kepimpinan ulama ini dan ia menimbulkan sedikit kekeliruan,” katanya yang terkenal di kalangan akar umbi ahli-ahli PAS dan parti pesaingnya.

“Namun saya pasti perubahan sudah mula berlaku dalam PAS,” kata beliau kepada media menjelang muktamar kali ke-57 yang bermula hari ini.

Mohamad Sabu yakin perwakilan PAS akan memberikannya peluang dalam percubaan kali kedua beliau bertanding jawatan timbalan presiden. Beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat bagaimanapun berkata akan terus menyokong konsep kepimpinan ulama dalam Majlis Syura.

“Soal kepimpinan ulama ini diperkenalkan pada zaman kami masih Pemuda PAS pada 1982 yang mana ketika itu ketuanya adalah Datuk Mustafa Ali ... memang tidak dapat dinafikan ketika itu anak muda terpengaruh dengan revolusi Islam yang berlaku di Iran yang dipimpin golongan ulama,” katanya.

Mohamad menambah beliau akan terus mendokong konsep kepimpinan ulama dan Majlis Syura perlu diperkukuhkan agar PAS tidak terkeluar daripada dasar perjuangan Islam. Selain Mohamad, turut bertanding jawatan itu adalah penyandangnya Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Minggu lalu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan wujudnya soal kepimpinan ulama atau profesional dalam parti itu. Malah Ketua Dewan Ulama PAS pusat Datuk Harun Taib menegaskan kepimpinan ulama harus diteruskan dalam parti itu walaupun ia tidak termaktub dalam perlembagaan parti Islam itu.

Jika Mat Sabu Terpilih..

Ditanya apa matlamat utama yang akan dilakukan sekiranya terpilih untuk jawatan nombor dua itu, Mohamad berkata..

“Tiga perkara yang akan saya lakukan (Perkara pertama) adalah menangkis propaganda Umno-BN mengenai masalah Melayu kononnya orang Melayu tidak akan terjamin sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, ini persepsi yang salah dan propaganda ini harus ditangkis, PAS perlu bertindak segera untuk membalas serangan yang dibuat Umno-BN ini,” kata beliau.

Perkara kedua, menggerakkan usaha bagi PAS mendapatkan sokongan orang bukan Melayu secara berterusan kerana jika tidak berterusan hasrat Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya akan terbengkalai. Mohamad Sabu berpendapat barisan kepimpinan PAS perlu berubah dengan bersikap lebih agresif dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Ini yang perlu ditekankan selain sokongan orang Melayu juga,” katanya lagi.

“Dan, yang ketiga pelan tindakan lebih agresif untuk PAS menggantikan Umno, yang mana kita mahu menggantikan Umno sebagai sebuah parti bukan gantikan perangai dan sifat Umno yang mengamalkan banyak perkara yang tidak betul,” katanya.

Jelas ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini, sekiranya PAS benar-benar serius mahu menawan Putrajaya, satu perubahan besar perlu dilakukan termasuk berusaha mendapatkan sokongan orang bukan Melayu secara berterusan.

“Sekiranya PAS boleh memberikan tumpuan kepada ketiga-tiga aspek ini sudah tentu kita boleh menjadi yang lebih baik daripada Umno dan saya sebagai calon timbalan presiden dan sekiranya terpilih akan memainkan peranan untuk mencapai matlamat itu bersama-sama presiden dan barisan kepimpinan,” katanya.

Justeru, kata Mohamad, beliau berharap dengan pengalaman yang ada perwakilan boleh memberi peluang kepadanya membantu parti selepas tewas kali pertama pada pemilihan 2009.

“Saya mungkin boleh menyumbang kepada parti dalam bidang-bidang yang boleh saya mainkan peranan seperti menarik sokongan orang bukan Melayu.

“Saya boleh memainkan peranan ini untuk tarik orang bukan Melayu kepada PAS, Kelab Penyokong PAS juga perlu diperluaskan lagi ... saya boleh bergerak lebih agresif dalam perkara ini.

Saya Tawarkan Khidmat..

“Oleh itu, saya tawarkan khidmat dan saya serahkan kepada perwakilan untuk buat keputusan,” katanya.

Tambah beliau, barisan kepimpinan PAS perlu berubah dengan bersikap lebih agresif dan bukan mengambil pendekatan “sambil lewa” yang akhirnya akan melemahkan parti.

Tidak Puas Hati Presasi Parti...

“Saya tidak berpuas hati dengan prestasi parti, kepimpinan PAS yang mana ia masih berada di tahap yang rendah dan ia perlu dikembangkan sebagai contoh dalam beberapa siri pilihan raya kecil kita lihat wakil rakyat DAP lebih menonjol tapi wakil rakyat kita tidak.

“Ada yang datang sambil lewa, ini tidak boleh ... sepatutnya wakil rakyat perlu menyumbang kepada parti dan membantu mendapatkan sokongan ini yang perlu dipertingkatkan,” katanya. (IH/Sumber The Malaysian Insider)

Muktamar: Agenda Blog Pecacai UMNO Fitnah Husam.

Datuk Husam Musa anakdidik Tok Guru Nik Aziz

KL, 2 Jun 11: Datuk Paduka Husam Musa membangkitkan agenda blog pencacai Umno. Katanya, blog-blog picisan yang hidup subur dengan menabur fitnah setiap masa, bukan sahaja ke atas pemimpin bawahan dalam PAS sepertinya, bahkan ke atas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dan ramai lagi kepimpinan tertinggi parti itu.

Menurut beliau lagi..

“Ahli-ahli Umno sendiri pun tidak pernah memberikan kepercayaan mereka kepada blog-blog picisan ini.

“Saya amat yakin, ahli-ahli PAS dan perwakilan PAS yang bakal menghadiri Muktamar PAS besok, dengan tarbiyah Islam yang mereka lalui selama ini, tidak sedikit pun akan terkesan dengan fitnah liar dan tiada tanggungjawab dari blog-blog murahan ini,” katanya lagi.

Datuk Paduka Husam Musa menafikan beliau ada membayar RM350,000 kepada pemblog Syed Azidi Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella – yang didakwa sebagai wang pampasan selepas berhenti kerja dari agensi negeri Kelantan akhir 2009. Malah beliau juga hairan dengan kenyataan Syed Azidi itu yang dikeluarkan hari ini iaitu sehari sebelum hari pengundian pemilihan pusat PAS.

“Mengenai dakwaan Syed Azidi, saya merasa hairan dakwaan ini dikeluarkan pada hari terakhir sebelum pemilihan PAS esok hari, di mana saya ikut bertanding,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam ini.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu (gambar) menambah, adakah kerana Syed Azidi tahu bahawa dakwaan palsu beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang dan bagi mengelakkan tindakan seperti itu ia dibangkitkan pada saat akhir seperti ini. Bahkan sehingga ke hari ini beliau tidak mempunyai wang sebanyak itu dalam akaunnya dan “adalah bodoh untuk saya menyedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat saya.”

Mengenai kononnya beliau ada berbual melalui telefon dengannya kebelakangan ini, Husam menambah, ia juga adalah palsu.

“Rekod telefon saya dan beliau boleh disemak. Namun saya akui beliau ada menghantar beberapa mesej seminggu dua yang lalu memaklumkan beliau menulis mengenai kenaikan harga minyak dan saya membalasnya sekali dengan berkata tahnia,” katanya.

Dalam kenyataan dikeluarkan petang tadi, Syed Azidi menegaskan, beliau tidak pernah bertemu dengan Husam sejak akhir 2009, lebih-lebih lagi di China sebagaimana didakwa blog-blog pro-Umno, malah tidak pernah menerima RM300,000 untuk berkempen membantu beliau pada pemilihan PAS kali ini.

“Dakwaan bahawa saya telah bertemu dan menerima wang sejumlah RM300,000 di Republik Rakyat China daripada YB Datuk Haji Husam baru-baru ini adalah tidak tepat,” kata beliau dalam penjelasan yang disiarkan menerusi blognya malam ini.

Syed Azidi yang turut dikenali sebagai Kickdefella berkata, semenjak 9 November 2009, Husam dan beliau tidak pernah bertemu, melainkan berbual menerusi telefon dan bertukar-tukar pesanan ringkas.

“Pada 10 Novermber 2009, kontrak saya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah ditamatkan dan semenjak itu saya tidak lagi berkhidmat secara rasmi dengan Datuk Husam,” katanya.

“Pada 10 Novermber 2009, kontrak saya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah ditamatkan dan semenjak itu saya tidak lagi berkhidmat secara rasmi dengan Datuk Husam,” katanya.

Katanya, pada 18 November 2009, beliau telah bertemu dengan seorang individu yang mewakili pihak Husam di mana persoalan pampasan untuk dirinya telah dibincangkan.

“Saya memohon pihak Datuk Husam menjelaskan berberapa kos tertunggak yang berjumlah RM50,000. Tengah hari tersebut, saya dimaklumkan oleh individu itu bahawa Datuk Husam bersetuju untuk menyelesaikan kos tertunggak itu.

“Saya juga ditanya sekiranya saya bersetuju dengan pampasan berjumlah RM300,000. Dengan rasa bersyukur saya bersetuju,” katanya lagi.

Kemudian, kata Syed Azidi, pada 15 Disember 2009 beliau telah berlepas ke Singapura dan terus ke China di atas urusan penggambaran.

“Saya pulang ke Singapura pada 22 Disember 2009. Itu adalah kunjungan terakhir saya ke China hingga ke hari ini,” katanya lagi. (IH)

E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011

Muslimat: 1 Parlimen, 1 Dun Tiap Negeri, Wajar Pun.


SHAH ALAM, 2 Jun: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) sedang mensasarkan satu negeri satu Dewan Undangan Negeri (Dun) dan satu Parlimen bagi calon wanita.

Pengarah pilihan raya DMPP, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, cabaran bagi mereka adalah memadankan calon wanita dengan kerusi Dun atau Parlimen yang sesuai.

Menurutnya, PAS tidak mempunyai masalah kekurangan calon tetapi perlu melihat beberapa faktor sebelum diletakkan di sesuatu kerusi terutamanya dari segi anak tempatan atau tidak.

"Kita minta setiap negeri menyediakan dan mengemukakan calon wanita untuk Dun dan Parlimen.

"Cabaran sekarang ini untuk mencari calon yang boleh menang untuk diletakkan di Dun atau Parlimen. Dalam perkiraan politik tak guna kita letak calon wanita tapi tak boleh menang.

"Kena ada kerusi dan calon yang sesuai dan sokongan yang jitu daripada jentera juga," katanya pada sidang media tengahari tadi.

PAS bagaimanapun katanya tidak meletakkan kuota 30 peratus untuk calon wanita.

"Kita tak letak kuota 30 peratus. Kalau ada ramai muslimat dan banyak tempatnya kita akan letak ramai. Kita tak mahu terlalu mendadak.

"2004 kita letak 13 calon muslimat hanya seorang sahaja yang menang iaitu di Tanjung Mas," katanya.

Menyentuh mengenai kriteria calon wanita yang akan dipilih pula, Timbalan DMPP, Siti Zailah Mohd Yusuf dengan mengambil contoh di Kelantan berkata, calon anak tempatan lebih diutamakan.

"Saya ambil contoh di Kelantan, sebelum menjadi calon, seseorang itu perlu mendapat keizinan suami atau ibu bapa bagi yang belum berkahwin dan mempunyai kemampuan bukan sahaja dari segi akademik tapi juga dari segi berhadapan dengan masyarakat dan mengemukakan masalah mereka di Dun atau Parlimen.

"Biasanya calon tempatan lebih diterima. Contoh di Kelantan anak tempatan lebih diterima dan bilangan ahli keluarga yang ramai menjadi keutamaan kerana ia akan mempengaruhi undi," katanya yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang.

Faktor umur pula tidak menjadi masalah samaada golongan muda ataupun muka-muka lama.

Untuk rekod, PAS mempunyai seorang senator, tiga ahli Dewan Rakyat dan tiga Adun ketika ini.

Turut bersama dalam sidang media tersebut Ketua DMPP, Nuridah Salleh, naib ketua, Senator Mumtaz Md Nawi dan ketua penerangan Salbiah Wahab sebelum pemilihan baru hari ini.

Komen weblog Ibnu Hasyim: Memang wajar pun. (IH)

Jihad Gulingkan BN -Dewan Ulama PAS



GOMBAK, 2 Jun – Perlu jihad gulingkan Barisan Nasional... Dewan Ulama PAS Pusat tidak dikejutkan dengan saingan pemilihan hari ini, tetapi tetap menarik perhatian kerana memutuskan untuk membawa usul video seks yang didedahkan trio “Datuk T” Mac lalu ke Muktamar Tahunan PAS Ke-57 yang bermula esok. Keputusan itu diluluskan sebulat suara hari ini.

Di bawah usul itu, Dewan Ulama PAS Pusat menolak pendedahan video seks, yang si pelakunya dikaitkan mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut usul itu, video tersebut disifatkan sebagai satu fitnah jahat yang dibuat pihak tertentu untuk tujuan politik.

Usul itu akan dikemukakan anggota Dewan Ulama PAS Kelantan Nik Razi Nik Mat iaitu adik bongsu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menurut Nik Razi, usul itu dibentang bagi membolehkan para perwakilan membahaskan motif sebenar ia disebarkan dan kaitannya dengan rancangan pihak tertentu untuk melemahkan pengaruh Pakatan Rakyat.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap Dewan Ulama Hamdan Mohamad selepas mendapat persetujuan perwakilan dalam Muktamar Dewan Ulama yang berlangsung di Taman Melewar dekat sini. Nik Razi yang mencadangkan usul tersebut berkata, beliau mengutuk kerajaan pusat kerana membenarkan pengeluaran dan menyebarkan video lucah secara bebas dan meluas.

“Kerajaan hanya berdiam diri berkenaan pendedahan video lucah tanpa beri sebarang pandangan mengikut perspektif Islam,” katanya sambil meminta ulama agar berjihad untuk menggulingkan Barisan Nasional (BN).

“Jihad bukan dengan darah tetapi niat dalam hati, gulingkan BN. Selagi Umno memerintah negara, timbul bermacam-macam masalah.

“Masalah tidak akan selesai kecuali kita tumbangkan mereka dari Putrajaya.,” ujar beliau.

Wakil Dewan Ulama PAS pusat Kubang Pasu ketika menyatakan sokongan penuh terhadap usul tersebut berkata, beliau menggelar ulama-ulama Umno sebagai ‘syaitan bisu’ kerana beranggapan pendedahan video tersebut akan mencetuskan huru-hara.

“Saya setuju usul yang dikemukan wakil DUPP Kelantan. Mereka (ulama-ulama Umno) adalah syaitan bisu. Tindakan mendedahkan video lucah dikatakan cuba menyesatkan masyarakat Islam,” kata wakil itu.

Beliau yang menyifatkan ulama Umno sebagai ‘syaitan bisu’ ekoran tindakan mereka yang mendedahkan video seks dengan mendakwa Anwar. Tambah wakil Kedah itu, BN sudah ketandusan cara untuk menghalang Pakatan Rakyat memiliki Putrajaya pada pilihan raya ke-13. Katanya, BN sengaja membiarkan penyebaran dan pendedahan video tersebut semata-mata ingin memecahbelahkan PAS dari Pakatan Rakyat.

“Mereka mahu kita hilang kepercayaan kepada pimpinan Anuar Ibrahim. Bila PAS keluar dari Pakatan, Umno akan bermaharajalela,” ujarnya.

Atas hasutan ini, beliau turut berkata, PAS terpaksa hadapi risiko kehilangan pengundi.

“Ini disebabkan kebanyakannya orang Melayu mempercayai pelaku video lucah itu.

“Justeru, PAS kehilangan undi memandangkan majoriti pengundi PAS, 65 peratus terdiri daripada orang Melayu,” katanya lagi. (IH)

E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011

AJK Baru Muslimat, Tukar Ketua & Timbalan


SHAH ALAM, 2 Jun: Pemilihan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) bagi sesi 2011/2013 menyaksikan Siti Zailah Mohd Yusof (gambar) menang jawatan Ketua DMPP menewaskan penyandang sebelumnya, Nuridah Salleh.

Perkara tersebut diumumkan timbalan pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS Pusat, Datuk Wan Mutalib Embong sebentar tadi. Bagi jawatan timbalan ketua pula dimenangi Dr. Siti Mariah Mahmud menewaskan pencabarnya Wan Hasrina Wan Hassan. Manakala jawatan naib ketua kekal dengan Mumtaz Md Nawi menewaskan tiga pencabar lain iaitu Mastura Mohamad, Normala Sudirman dan Dr. Najihatussalehah Ahmad.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap
Nor Hashimah Deraman
Timbalan Pengerusi Tetap
Fatimah Ismail

KETUA
Siti Zailah Mohd Yusof, YB
TIMBALAN KETUA
Siti Mariah Mahmud, Dr
NAIB KETUA
Mumtaz Mohd Nawi

JAWATANKUASA KERJA
1. Aiman Athirah Al-Jundi
2. Halimah Ali, Dr. YB
3. Asiah Ali, Dr.
4. Aida @ Nurul Huda Yusof Rawa
5. Wan Ubaidah Omar, YB
6. Kartini Ahmad
7. Mastura Mohamad
8. Normala Sudirman
9. Azizah Khatib Mat
10. Rosni Adam
11. Najihatussolehan Ahmad, Dr.
12. Siti Aisyah Ghazali, YB

Pemeriksa kira-kira
1. Basmatul 'Uyun Yusof
2. Normilan Mamat.
(IH)

AJK Baru Pemuda, Ramai Ulama. N'Abduh N/Ketua,

Nik Abduh

SHAH ALAM, 2 Jun: Nik Abduh Nik Abdul Aziz dipilih menjadi timbalan ketua Dewan Pemuda PAS selepas beliau mengalahkan tiga lagi calon untuk jawatan itu.

Naib ketua pula dimenangi oleh Raja Al Hiss Raja Yaakob, iaitu bekas Setiausaha Politik Datuk Mahfuz Omar ketika beliau menjadi Ketua Pemuda PAS sebelum ini.

Yang menarik juga, 13 dari 17 pemimpin Pemuda PAS yang terpilih sessi ini adalah berpendidikan agama. Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

  • Pengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki
  • Timbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari
  • Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
  • Timbalan Ketua: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz
  • Naib Ketua: Raja Al Hiss Raja Yaakob
  • Ahli Jawatankuasa:
  • 1) Ustaz Riduan Mohd Noor
  • 2) Khairul Faizi Ahmad Kamil
  • 3) Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah
  • 4) Adram Musa
  • 5) Ustaz Kamaruzzaman Mohamad
  • 6) Ustaz Ahmad Fadley Shaari
  • 7) Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi
  • 8) Ustaz Nazri Chik
  • 9) Ustaz Yusni Mat Piah
  • 10) Mohd Sany Hamzan
  • 11) Ustaz Syed Abdul Qadir Al Jufri
  • 12) Ustaz Mohd Noor Hamzah
(IH)

Wednesday, June 01, 2011

20 Artis Diperalatkan Skim Cepat Kaya.

Artis terpalit tarik pelabur
HALAMAN HIBURAN

KL 1 Jun 11: Lebih 20 artis diperalatkan dan penganjuran konsert membabitkan artis popular tanah air antara taktik licik Harun Mat Saat yang menyemar sebagai 'Ustaz Harun', untuk menarik orang ramai melabur dalam skim cepat kaya dianjurkan syarikatnya, Dina Group Sdn Bhd (Dina Group).

Akibatnya, artis turut menjadi mangsa lelaki berusia 45 tahun itu yang kini menduduki senarai teratas individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) membabitkan penyelewengan wang kira-kira RM200 juta.

Bekas penyampai radio popular, Isma Halil Hamzah, berkata selainnya lebih 20 artis mendaftar sebagai ahli dan menjayakan Konsert Malam Seribu Karya Rock Rohani di Stadium Malawati Shah Alam pada pertengahan April 2009.

Menurut Isma Halil yang bertindak sebagai pengacara pada konsert itu, antara artis yang membuat persembahan ialah Amy Search, Jamal Abdillah, Ramli Sarip, Mawi, Yantzen, Rahmat (Mega) dan Nazrey (bekas vokalis Raihan).

“Kami tidak menyangka konsert itu mempunyai agenda tersembunyi dan lebih mengecewakan artis yang membuat persembahan langsung tidak menerima bayaran seperti dijanjikan. (IH)

Lihat sebelum ini.

Ratu Cantik Ukraine Mati Direjam. Wajarkah?


KATYA...dapat tempat ketujuh dalam pertandingan ratu cantik yang diadakan baru-baru ini.

SIMFEROPOL (Ukraine): Seorang remaja perempuan dilaporkan direjam hingga mati mengikut undang-undang syariah selepas dia mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik di Ukraine.

Media melaporkan, mayat Katya Koren, 19, ditemui di sebuah kampung tidak jauh dari rumahnya di wilayah autonomi Crimea. Rakan Kayta berkata, remaja itu memang gemar mengenakan pakaian mengikut fesyen semasa dan menyertai pertandingan ratu cantik berkenaan baru-baru ini. Kata mereka, Katya mendapat tempat ketujuh dalam pertandingan itu.

Media melaporkan, mayat remaja itu yang cedera teruk ditemui ditinggalkan dalam kawasan hutan. Mayat itu ditemui seminggu selepas Katya dilaporkan hilang. Media melaporkan, polis kini memulakan siasatan terhadap kes pembunuhan itu dan sedang menyiasat tiga pemuda Islam yang dikaitkan dengan kejadian berkenaan.

Sumber berkata, pemuda terbabit menganggap kematian Katya itu dibenarkan mengikut hukum Islam. Katanya, seorang daripada suspek dikenali sebagai Bihal Gaziev, 16, menganggap Katya melanggar undang-undang syariah.

“Bihal berkata, dia tidak kesal merejam Katya hingga mati,” katanya. - DM

Weblog Ibnu Hasyim: Wajarkah? Sila komen..

Wacana S/Harian Temukan K/Pemuda UMNO & PAS

Shah Alam 1 Jun 11: Wacana Sinar Harian siri 4 yang diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (KMK), dekat sini, petang semalan disifatkan amat menarik dan berjaya mempertemukan 2 Ketua pemuda parti politik yang bertentangan, juga berlainan pendirian.

Mereka yang hadir, panelis Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan pensyarah UIAM, Dr Maszlee Malik sebagai moderator.

Hadirin yang kebanyakannya penyokong kedua-dua belah pihak memenuhi dewan namun tahap kebisingan mereka tidak seteruk suasana wacana bulan lalu yang tidak dikawal dengan sebaiknya.

"Saya mempunyai nekad ingin membawa anggota PAS khasnya pemuda agar mengamalkan dasar dan sistem politik berakhlak, hemah, bermaruah dan tidak tidak mahu politik jijik, keji apatah lagi menjatuhkan dan membina jatidiri di atas sikap kesengsaraan dan penderitaan orang lain," Kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi, ketika berucap di majlis tersebut.

Dalam sesi sama, beliau mempertahankan akhbar Harakah yang disifatkan oleh Khairy sesat dan enggan menarik balik tuduhan itu, lantas Nasrudin mempersoalkan tindakan akhbar pro-Umno, Utusan Malaysia, lebih teruk dengan menyiarkan gambar lucah dan menjolok mata pembaca.

Sebelum itu di awal wacana, Nasrudin menyebutkan tentang perjuangan PAS yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangannya dan yakin dengan peranan agama Islam itulah menjadi pembimbing dan pendorong kepada ahli-ahlinya ke arah terbaik.

"Namun di sana, tidak bermakna semua anggotanya maksum tetapi sekurang-kurangnya dapat memagar, membantu dan membina agar tidak terlalu terdedah kepada maksiat dan mungkar.

"Dengan dasar itu, mereka dapat menjadi insan, pejuang dan ahli politik yang baik namun di sana seperti agama Islam sendiri di mana ada yang masih tidak mentaati Islam, secara umumnya ini keluar dari dasar," tegasnya lagi

Menyentuh tentang tajuk wacana, beliau berkata fitnah bersifat umum, ia boleh berlaku sama ada dalam dan luar parti politik dan di dalam masyarakat dan individu. Mereka yang melakukan fitnah memang dimurkai Allah SWT kerana di sana sudah hilang peranan dosa pahala, syurga neraka dalam tindakan mereka terbabit.

Beliau menambah, politik negara ini kini menjadi terlalu ganas melepasi syurga neraka, dosa pahala, sebagai contoh, bila menuduh, mereka hendaklah membawa empat saksi, bukannya empat klip video. Katanya, walaupun kini senjata sudah moden dan sangat canggih namun mereka yang ketandusan idea politik akan tetap menggunakan senjata fitnah untuk membunuh musuh politik mereka.

Ustas Nasrudin melahirkan rasa simpati kepada Khairy dan rakan-rakan yang sering menerima fitnah sesama mereka dalam usaha mendapat tempat dalam kedudukan politik mereka. Tegasnya, rakyat negara sudah ingin kepada sistem politik berasaskan hujah, berhikmah, telus dan tulus serta pandangan berasas serta bernas dan bukan berhasrat menjatuhkan lawan begitu sahaja dengan fitnah.

Sekitar 10 soalan dikemukakan hadirin dan dijawab dengan baik kecuali satu soalan yang dibuat oleh seorang Muslimat mengenai 'sampai bila Umno ingin berhenti dari terus melakukan fitnah' yang gagal dijawab oleh Khairy dengan baik. (IH)

T/Presiden, Mohamad Sabu Akan Menang?

KL 1 Jun 11: Untuk petandingan jawatan Timbalan Presiden PAS, dikatakan Mohamad Sabu akan menang kerana undi golongan pro-ulama akan terpecah dua. Benarkah? Lihat analisis Malaysiakini ini...

Pemilihan jawatan tertinggi PAS semakin hampir membahang apabila wujudnya cakap-cakap di kalangan akar umbi mengenai regu atau 'chai' yang berpontensi menang. Malah, ia dilihat mula diedarkan di laman maya, khususnya di Facebook beberapa hari kebelakangan ini. azlan

Bagi jawatan timbalan presiden, umum melihat wujudnya tiga 'chai'. Kumpulan ulama kali ini dilihat berpecah dua manakala kumpulan profesional teguh di belakang calon timbalan mereka Mohamad Sabu. Menariknya Nasharudin Mat Isa (penyandang) dan Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat percubaan pertamanya ke jawatan itu masing-masing berkongsi chai yang sama.

Sumber-sumber memberitahu, dalam senarai chai yang disebut-sebut, Mohamad Sabu -- yang dilihat keseorangan -- kali ini disokong kuat golongan profesional dari (bekas) kumpulan Erdogan. Mohamad digandingkan dengan exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan penyandang naib presiden Datuk Mahfuz Omar.

"Jika perwakilan tidak mahu (memilih) kumpulan ulama, mereka akan memilih tiga tokoh ini," kata mereka kepada Malaysiakini.

Ulama berkongsi chai
Bagi 'chai' Nasharudin dan Tuan Ibrahim pula, sumber-sumber berkata, mereka bergandingan dengan dua tokoh ulama -- ketua penerangan Idris Ahmad, exco kerajaan Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah -- bersama-sama penyandangnya Salahudin Ayub. azlan

Menurut sumber-sumber, Salahudin yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan Erdogan digandingkan pula dengan kumpulan itu ekoran pendekatan kempennya yang dilihat 'play safe' dan cuba meraih sokongan kedua-dua pihak.

Pemimpin yang mendokong kepimpinan ulama antaranya anak murysidul am Nik Abduh Nik Aziz, exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hassan Ali dan beberapa pesuruhjaya negeri -- Salleh Man (Pulau Pinang), Zulkefly Mohamad Omar (Negeri Sembilan) dan Dr Mahfodz Mohamed (Johor).

Sehubungan itu, pemerhati politik berpendapat, peluang Nasharudin untuk menang dilihat "luntur" susulan kemasukan Tuan Ibrahim bertanding jawatan nombor dua parti. Apatah lagi, Tuan Ibrahim yang selebriti agama dan tokoh ulama yang dikatakan sesuai untuk menggantikan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang di masa depan.

Sementara untuk jawatan naib presiden, walaupun pertembungan dijangka sengit, tetapi Mohammad Nizar dan Idris dilihat agak kedepan buat masa ini. Mohammad Nizar yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Perak berpeluang besar menang kerana cukup populariti dan dianggap 'selebriti' PAS. Manakala "kerajinan" Idris mengeluarkan kenyataan media sejajar tugasnya amat membantu. (IH)

E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails