Friday, June 03, 2011

Muktamar: Agenda Blog Pecacai UMNO Fitnah Husam.

Datuk Husam Musa anakdidik Tok Guru Nik Aziz

KL, 2 Jun 11: Datuk Paduka Husam Musa membangkitkan agenda blog pencacai Umno. Katanya, blog-blog picisan yang hidup subur dengan menabur fitnah setiap masa, bukan sahaja ke atas pemimpin bawahan dalam PAS sepertinya, bahkan ke atas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dan ramai lagi kepimpinan tertinggi parti itu.

Menurut beliau lagi..

“Ahli-ahli Umno sendiri pun tidak pernah memberikan kepercayaan mereka kepada blog-blog picisan ini.

“Saya amat yakin, ahli-ahli PAS dan perwakilan PAS yang bakal menghadiri Muktamar PAS besok, dengan tarbiyah Islam yang mereka lalui selama ini, tidak sedikit pun akan terkesan dengan fitnah liar dan tiada tanggungjawab dari blog-blog murahan ini,” katanya lagi.

Datuk Paduka Husam Musa menafikan beliau ada membayar RM350,000 kepada pemblog Syed Azidi Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella – yang didakwa sebagai wang pampasan selepas berhenti kerja dari agensi negeri Kelantan akhir 2009. Malah beliau juga hairan dengan kenyataan Syed Azidi itu yang dikeluarkan hari ini iaitu sehari sebelum hari pengundian pemilihan pusat PAS.

“Mengenai dakwaan Syed Azidi, saya merasa hairan dakwaan ini dikeluarkan pada hari terakhir sebelum pemilihan PAS esok hari, di mana saya ikut bertanding,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam ini.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu (gambar) menambah, adakah kerana Syed Azidi tahu bahawa dakwaan palsu beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang dan bagi mengelakkan tindakan seperti itu ia dibangkitkan pada saat akhir seperti ini. Bahkan sehingga ke hari ini beliau tidak mempunyai wang sebanyak itu dalam akaunnya dan “adalah bodoh untuk saya menyedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat saya.”

Mengenai kononnya beliau ada berbual melalui telefon dengannya kebelakangan ini, Husam menambah, ia juga adalah palsu.

“Rekod telefon saya dan beliau boleh disemak. Namun saya akui beliau ada menghantar beberapa mesej seminggu dua yang lalu memaklumkan beliau menulis mengenai kenaikan harga minyak dan saya membalasnya sekali dengan berkata tahnia,” katanya.

Dalam kenyataan dikeluarkan petang tadi, Syed Azidi menegaskan, beliau tidak pernah bertemu dengan Husam sejak akhir 2009, lebih-lebih lagi di China sebagaimana didakwa blog-blog pro-Umno, malah tidak pernah menerima RM300,000 untuk berkempen membantu beliau pada pemilihan PAS kali ini.

“Dakwaan bahawa saya telah bertemu dan menerima wang sejumlah RM300,000 di Republik Rakyat China daripada YB Datuk Haji Husam baru-baru ini adalah tidak tepat,” kata beliau dalam penjelasan yang disiarkan menerusi blognya malam ini.

Syed Azidi yang turut dikenali sebagai Kickdefella berkata, semenjak 9 November 2009, Husam dan beliau tidak pernah bertemu, melainkan berbual menerusi telefon dan bertukar-tukar pesanan ringkas.

“Pada 10 Novermber 2009, kontrak saya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah ditamatkan dan semenjak itu saya tidak lagi berkhidmat secara rasmi dengan Datuk Husam,” katanya.

“Pada 10 Novermber 2009, kontrak saya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah ditamatkan dan semenjak itu saya tidak lagi berkhidmat secara rasmi dengan Datuk Husam,” katanya.

Katanya, pada 18 November 2009, beliau telah bertemu dengan seorang individu yang mewakili pihak Husam di mana persoalan pampasan untuk dirinya telah dibincangkan.

“Saya memohon pihak Datuk Husam menjelaskan berberapa kos tertunggak yang berjumlah RM50,000. Tengah hari tersebut, saya dimaklumkan oleh individu itu bahawa Datuk Husam bersetuju untuk menyelesaikan kos tertunggak itu.

“Saya juga ditanya sekiranya saya bersetuju dengan pampasan berjumlah RM300,000. Dengan rasa bersyukur saya bersetuju,” katanya lagi.

Kemudian, kata Syed Azidi, pada 15 Disember 2009 beliau telah berlepas ke Singapura dan terus ke China di atas urusan penggambaran.

“Saya pulang ke Singapura pada 22 Disember 2009. Itu adalah kunjungan terakhir saya ke China hingga ke hari ini,” katanya lagi. (IH)

E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011

1 comment:

Anda Sendiri Fikir said...

Elok sangat Husam saman blogger-blogger pencacai tahap celaka tu. Kalau Husam buat laporan polis, gua akan ikut jejak Husam untuk membuat laporan polis juga diatas ugutan bunuh terhadap gua. Semua maklumat sudah cukup dan hanya tunggu masa sahaja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails