Monday, May 30, 2011

Tuan Ibrahim Pilihan Ketua Dewan Ulama?


KL, 30 Mei 11: “Saya ada pilihan sendiri, tapi saya tidak boleh beritahu sebab undi itu rahsia,” Kata Ketua Dewan Ulama PAS pusat Datuk Harun Taib (gambar), ketika ditanya sama ada Tuan Ibrahim adalah calon pilihan beliau untuk memenangi jawatan timbalan presiden,

Walaupun begitu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu. menegaskan kepimpinan ulama harus diteruskan dalam parti itu walaupun ia tidak termaktub dalam perlembagaan parti Islam itu. Beliau akan tetap memberi sokongan kepada mana-mana calon yang menang dalam saingan jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti minggu ini.

Menjelang hari pengundian 5 Jun ini, sebagaimana disaksikan tahun-tahun lalu, soal kepimpinan ulama dan profesional kembali muncul dalam menentukan penyandang jawatan nombor dua parti komponen Pakatan Rakyat itu. Calon yang akan bertanding untuk jawatan nombor dua parti adalah penyandangnya Nasharudin Mat Isa, yang dicabar Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja Mohamad Sabu.

“Itu terpulang kepada perwakilan untuk buat keputusan dan pilih, siapa-siapa menang pun tiada masalah sebab mereka ahli PAS juga. “Tapi kalau perwakilan faham, tradisi kepimpinan ulama itu harus diteruskan... ikut amalan sesiapa pun boleh tapi amalan biasa adalah kepimpinan ulama walaupun dalam perlembagaan parti tiada syarat begitu,” kata Harun kepada media.

Tambah beliau, mana-mana pemimpin akan dipilih untuk jawatan nombor dua parti itu harus patuh kepada perlembagaan parti selain memperjuangkan dasar-dasar yang telah ditetapkan.

“Bagi saya tidak kisah siapa yang akan menang, tapi saya harap mereka yang menang nanti tahu dasar parti, pertahankan dasar itu dan seterusnya memperjuangkan dasar parti ini kerana parti mahukan seorang pemimpin yang boleh buat kerja,” katanya.

Pada pemilihan kali ini Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden yang disandang sejak 2002. Sementara itu, bagi jawatan naib presiden, selain dua penyandang Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, empat pemimpin lain yang turut bertanding adalah ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Datuk Husam Musa dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ketua Penerangan Idris Ahmad dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah.(IH)

E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011

2 comments:

Anonymous said...

kat mana yang ust harun kata dia pilih Dato T?
saya dah jumpa ust harun 2 hari lepas...dan saya tahu siapa yg ust harun pilih....:)

Anonymous said...

blogger, biasalah. mana ada blogger tak ada agenda.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails