Saturday, July 07, 2018

Merudum, Rizab Terus Jatuh, Kali Ini RM12 Bilion


Hasil carian imej untuk Rizab Terus Jatuh, Kali Ini RM12 Bilion

MERUDUM… Ketika Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sibuk cari kesalahan pentadbiran Barisan Nasional (BN) era lalu, masalah ekonomi negara terus kucar-kacir akibat tidak diurus dengan baik.

Terkini, rizab asing Bank Negara Malaysia (BNM) cuma tinggal AS$104.7 bilion (RM422.9 bilion) setakat 29 Jun berbanding AS$107.9 bilion (RM435.9 bilion) pada 14 Jun iaitu kehilangan sebanyak AS$3.2 bilion (RM12.9 bilion).
Jumlah terbaharu direkodkan itu jauh lebih besar daripada RM2.6 bilion yang ditohmah PH kononnya dicuri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada akaun 1MDB walhal ia merupakan dana sumbangan oleh kerabat diraja Arab Saudi.
Media melaporkan rizab antarabangsa BNM itu turut ambil kira pelarasan akaun suku tahunan untuk perubahan penilaian semula pertukaran mata wang asing susulan pengukuhan ringgit terhadap dolar Amerika Syarikat (AS).
Ini juga berbanding pelbagai aset rizab wang asing yang dipegang BNM. Dalam kenyataan bank pusat itu berkata kedudukan rizab hanya memadai biayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$98.3 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$0.9 bilion), Peruntukan Hak Pengeluaran Khas (SDR AS$1.2 bilion) dan emas (AS$1.5 bilion).
Juga aset rizab lain sebanyak AS$2.8 bilion yang meliputi emas dan pertukaran asing, SDR (RM423.38 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM4.39 bilion) dan deposit dengan institusi kewangan (RM202.27 juta).
Tidak ketinggalan ialah pinjaman dan pendahuluan sebanyak RM7.25 bilion, tanah dan bangunan pula (RM4.17 bilion) serta aset-aset lain (RM9.95 bilion). – Mynewshub.TV
MORE C

'J/Agama Jangan Ganggu Ahmadiah' Ijtihad Berubah Kerana Sokong Mahathir?

Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk ajaran ahmadiyah di malaysia

SHAH ALAM: Perjuangan 4 tahun komuniti kecil pengikut fahaman Ahmadiah untuk mendapatkan hak menjalankan ibadat tanpa diganggu pihak berkuasa agama Islam Selangor mendapat kejayaan hari ni.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Vazeer Alam Mydin Meera, memberikan keputusan yang menyebelahi permohonan semakan oleh 39 pengikut fahaman itu, atas dasar pihak berkuasa agama Islam di Selangor tidak mengiktiraf Ahmadiah sebagai orang Islam.

Mahkamah merujuk kepada fatwa yang diwartakan di Selangor pada 2001 yang mengisytiharkan pengikut ajaran itu sebagai sesat, oleh itu Jabatan Agama Islam Selangor tiada bidang kuasa untuk menyiasat dan mendakwa mereka atas kesalahan bawah Enakmen Jenayah Islam Negeri.

“Segala perintah untuk tampil di Mahkamah Syariah untuk menghadapi pendakwaan juga dibatalkan,” kata Vazeer ketika membaca keputusan mahkamah.

Vazeer juga memerintahkan ketua pendakwa raya syariah dan pejabat penguatkuasa agama untuk menghentikan pendakwaan dan siasatan terhadap 39 pemohon tersebut. Lima defenden iaitu ketua pegawai penguatkuasa agama, pegawai penyiasat, Jais, ketua pendakwa syariah negeri dan kerajaan Selangor juga diarah membayar kos semua pemohon sebanyak RM25,000.

Empat tahun yang lalu, 39 orang pengikut fahaman Ahmadiah memfailkan semakan kehakiman selepas Jais menangkap ahli-ahli komuniti itu. Mereka yang ditangkap termasuk 8 pemohon suaka dari Pakistan, 2 orang warga India, 1 warga Indonesia dan 3 anak kecil pada 11 April 2014 kerana bersembahyang Jumaat di rumah ibadah kelolaan mereka di Batu Caves, Selangor.

Kumpulan itu dimaklumkan mereka tidak mendapat kebenaran bertulis untuk menggunakan premis itu bagi tujuan yang hanya boleh dijalankan di dalam atau oleh masjid, lalu menyalahi Seksyen 97 Pentadbiran Enakmen Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan kebenaran untuk memfailkan semakan kehakiman terhadap penahanan mereka pada Ogos 14, 2014, sebelum perbicaraan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada September 15, 2015.

Bukan kes murtad

Sementara itu, peguam 39 pemohon berkenaan, Aston Paiva berkata, intipati keputusan mahkamah hari ini ialah pengikut fahaman Ahmadiah dapat menjalankan urusan keagamaan mereka tanpa gangguan pihak berkuasa agama Islam. 

Aston berkata komuniti Ahmadiah harus dibenarkan mengamalkan kepercayaan mereka kerana kerajaan Selangor tidak menganggap mereka sebagai orang Islam. Beliau menambah Jais juga tidak boleh mendakwa ahli-ahli komuniti itu dengan kesalahan syariah kerana ia menganggap pengikut fahaman Ahmadiah tidak menganut agama Islam.

“Ini bukan kes murtad di mana mereka mengatakan bahawa mereka meninggalkan Islam,” katanya.

“Itu tidak boleh berlaku terhadap seseorang pengikut Ahmadiah. Seorang pengikut Ahmadiah tidak akan mengatakan bahawa mereka bukan lagi Islam.”

Pengikut Ahmadiah, atau juga digelar Qadiani, berbeza dalam beberapa perkara dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah, antaranya mempercayai pengasas fahaman itu, Ghulam Ahmad adalah Imam Mahdi.

“Dengan erti kata lain, kerajaan memperlakukan mereka sebagai orang bukan Islam, jadi mereka hanya perlu diperlakukan sebagaimana mereka mahu.
“Di satu pihak, anda mengatakan mereka bukan orang Islam; Sebaliknya, anda menangkap mereka dan membawa mereka ke Mahkamah Syariah untuk menghadapi pertuduhan,” tambah Aston, merujuk kepada pihak berkuasa agama Selangor.

Pemangku Presiden Jemaah Ahmadiah, Saripudin Bujing, ketika ditemui lega dengan keputusan mahkamah hari ini.

“Sepanjang tempoh empat tahun ini, kami terpaksa menyewa satu ruangan di tempat lain untuk menunaikan sembahyang Jumaat. Kerana itu kewajipan kita sebagai umat Islam. Jadi kita menjalankan ibadat kita di tempat yang kita sewa itu.

“Kita juga berharap kerajaan baru ini akan mengendalikan kami dengan adil sesuai dengan prinsip di bawah Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kebebasan beragama,” beliau berkata. 

Saya ingin tanya pengikut parti AMANAH  dan juga pertubuhan IKRAM adakah Qardiani (Ahmadiah) ni Islam ke? Atau kamu dah berubah ijtihad setelah kamu sokong Mahathir?

MR : Mujahid ni kalau bercakap hebat, ni tugas kamu nak tahu juga kamu jenis "lalang" atau tidak dalam faham agama, kerana ramai orang jual agama untuk dapat jawatan dan pangkat.... 




T'ganu Beli Bas 2 Alam, 3 Juta Sudah Bayar, Bas Belum Dapat.


Keunikan bas dua alam Mampu bergerak dalam air dan daratan, itulah keunikan bas dikenali sebagai Amphicoach yang bakal menjadi tarikan pelancong terbaharu di Terengganu.

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri yang lalu telah membayar RM3 juta bagi kos pembelian bas dua alam amfibia (Amphicoach) tetapi masih belum menerima serahan kenderaan itu. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, keseluruhan kos satu unit amfibia itu berharga RM3.3 juta.

Namun menurutnya, Kerajaan Negeri masih belum menerima serahan rasmi bagi kenderaan itu walaupun telah dibayar sebanyak RM3 juta. Terangnya, dengan kelewatan serahan itu, pihak pembekal terbabit dikenakan caj denda sebanyak RM1,100 sehari kepada kerajaan negeri.


"Kos keseluruhannya RM3.3 juta dan kerajaan telah bayar RM3 juta dan bakinya lagi RM300,000 yang belum dibayar kepada pembekal. Kerajaan Negeri masih belum menerimanya dan sudah terlewat.

"Pembekal tadi dikenakan denda sebanyak RM1,100 sehari. Sekarang ini, syarikat berkenaan dikenakan dengan RM200,000 lebih dan saya yakin, kerajaan negeri tidak akan bayar satu sen pun sehingga bas itu diserahkan kepada kita nanti daripada baki itu," jelasnya kepada wakil media.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ke-14, di Wisma Darul Iman, di sini kelmarin. Katanya, masalah dihadapi oleh kenderaan amfibia itu berkait dengan masalah enjin hidraulik bas yang rosak dan terpaksa diimport daripada Jerman.

"Masalahnya, beberapa minggu lepas peralatan enjin (hidraulik) bas yang itu rosak telah sampai diimport daripada Jerman. Sekarang sedang diperbaiki dan setelah siap dia (pembekal) akan serah kepada kerajaan negeri," jelasnya.

Ketika Kerajaan BN memerintah Terengganu, bekas Menteri Besarnya, Dato' Seri Ahmad Said berjanji membeli dua bas amphicoach daripada Malta. Namun, hanya sebuah sahaja yang dibeli dan dihantar ke Terengganu dengan harga RM3.3 juta melalui Syarikat Alam Perkasa Technology Sdn Bhd.

Harakah dimaklumkan, kontrak beli ditandatangani pada 2014 dan syarikat terbabit sepatutnya membekalkan dua unit bas amfibia AmphiCoach GTS-1.

Manakala, Menteri Besar selepas itu, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pula pernah berjanji bas berkenaan akan mula beroperasi Mei 2015.

Malah, berjanji sekali lagi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu bahawa bas itu dijangka sampai Jun 2017.
Kenderaan bas amfibi buatan Malta itu tiba di negara ini Februari lalu dan kini telah berada di Terengganu.

Namun, setelah dua kali dipandu-uji bas dua alam itu di Sungai Terengganu telah berlaku kerosakan taknikalnya, hingga menjadi tular di laman sosial serta mendapat cemuhan masyarakat umum.

Sehubungan itu, Ahmad Razif terpaksa membuat pengakuannya apabila video tular di laman sosial Facebook mengenai kerosakan bas amfibia dua alam itu.

"Itu cuma masalah kecil saja. Saya sendiri yang pandu uji bas berkenaan dan mungkin akibat kesilapan saya yang memandu kenderaan itu dengan laju secara mendadak menyebabkan peniup udara tercabut.
"Memandangkan ketika ini ia masih dalam tempoh ujian dan percubaan, saya sudah minta supaya kenderaan itu diuji lagi selepas ini.
"Ini penting kerana kita mahu pastikan bas ini boleh berfungsi sebaik-baiknya di dalam air dan atas darat sebelum ia mula beroperasi, ujarnya bagi meredakan kritikan netizen tersebut.

Hos peniup udara ( blower hose ) kenderaan amphicoach itu tercabut ketika bekas Menteri Besar itu memandu ujinya di Sungai Terengganu. -HARAKAHDAILY 6/7/2018

Video: Bas 2 alam di Kuala Terengganu, bas Amfibia

Komen UAI Pasal Bas 2 Alam di Terengganu 

- Ustaz Azhar Idrus

M'sia Baru: Masa Depan &Harapan Kepada Pembangkang.

Hasil carian imej untuk pas  & malaysia
MUKADIMAH
PAS tidak ada pilihan lain. Ia mesti berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif dengan lebih berkesan dalam 'Malaysia Baru'. Walaupun berperanan sebagai pembangkang pasca PRU14, adalah sangat kurang 'trending' di dalam media-media sosial, tidak lagi seperti sebelum ini. Namun ia adalah sangat penting dalam struktur sistem demokrasi.
Kita dapati ruang 'check and balance' kepada Kerajaan 'Malaysia Baru' tidak sepopular pada zaman Kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu. Bahkan pada sesetengah pihak, ia tidak lagi perlu. Kerana Kerajaan baru ini adalah manifestasi yang tepat kepada Kerajaan yang bersih, cekap dan amanah. Tidak perlu lagi kritikan atau bangkangan. Hanya perlukan sokongan, kesabaran dan pemahaman daripada rakyat.
Di antara menyokong atau membangkang secara langsung begitu, ramai yang cenderung untuk menjadi pihak ketiga yang masih di peringkat 'tunggu dan lihat' serta 'memberi masa dan peluang' kepada Kerajaan baru di peringkat Persekutuan.

Pembangkang di Malaysia Baru  

Majoriti pihak yang lantang mengkritik Kerajaan sebelum 9 Mei baru-baru ini telah pun bersekutu membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru. Mereka terdiri daripada anggota parti politik dalam komponen PH, tokoh-tokoh NGO yang mendukung PH, tokoh-tokoh dan nama-nama besar dalam pelbagai bidang ekonomi, sosial, bisnes, perundangan, pendidikan, agama dan aktivis masyarakat.
Pada ketika ini, mereka telah pun menjadi sebahagian daripada ahli Kabinet, ahli Parlimen penyokong Kerajaan, pegawai-pegawai lantikan politik di Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan, kepimpinan baru dalam syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), anggota jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh Kerajaan dan paling kurang pun telah menjadi jentera siber pendukung tegar Kerajaan baru.
Umno pula pada ketika ini masih dalam period cuba belajar untuk menjadi pembangkang. Antaranya, dengan menuntut supaya layanan yang adil diberikan kepada mereka oleh pihak Kerajaan. Sesuatu yang tidak diberikan kepada 'pembangkang' pada saat Umno berada di puncak kuasa.
Sebetulnya Umno sedang tidak ketahuan arah tujunya. Rakyat masih marah kepada mereka. Masih marah kepada legasi DS Najib dan 1MDB. Masih ingat zaman dibelenggu GST. Masih ragu dengan kepimpinan baru mereka. Umno juga sedang kehilangan ramai pemimpinnya, wakil-wakil rakyatnya dan ahli-ahlinya. Malaysia Baru ketandusan 'pembangkang' dalam erti kata yang sebenarnya. Yang tinggal hanyalah PAS.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) 

Kerajaan PH bukanlah kerajaan BN yang dahulu. Ia bermula daripada halaman kosong yang putih bersih. Ia tidak ada 'beban silam', tidak seperti BN. Ia hanya ada sederet janji 100 harinya. Menyelamatkan negara daripada kleptokrasi, penyalahgunaan kuasa, kesilapan pengurusan ekonomi, institusi-institusi demokrasi yang gagal berfungsi dan kerakusan DS Najib.
Ia bermula dengan baik. Menjanjikan Kerajaan yang adil untuk semua, tidak membalas dendam, mengalu-alukan pelaburan dan komuniti perniagaan, menghormati hubungan dengan Kerajaan-kerajaan Negeri, menyalurkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak, memberikan juga sebahagian peruntukan Kerajaan Pusat kepada wakil-wakil rakyat bukan PH, memberikan kebebasan media yang tidak diberikan oleh BN dan lain-lain.
Pada peringkat ini, semua pihak teruja dan menaruh harapan yang tinggi kepada YAB Tun Mahathir untuk memacu Malaysia Baru ke tahap yang lebih tinggi.

Perdebatan era baru 

Namun perdebatan tentang langkah, dasar dan Manifesto Kerajaan PH mula timbul di kalangan netizen, ahli politik, ahli agama, ahli perundangan, komuniti perniagaan dan kedai-kedai kopi tidak lama selepas itu. Untuk lebih tepat, kira-kira sebulan selepas PH membentuk Kerajaan.
Perdebatan bersifat sama ada menyokong atau tidak menyokong beberapa isu-isu tertentu. Perdebatan agak hangat, tetapi sangat berbeza jika dibandingkan sebelum PRU ke-14. Di mana penyokong Kerajaan PH yang dahulunya pembangkang tegar telah bertukar menjadi pendukung tegar Kerajaan. Tiada lagi perbincangan rasional, yang penting mesti menjadi pendukung Kerajaan.
Pihak yang mengkritik Kerajaan akan dituduh sebagai saki-baki machaiUmno yang perlu dihapuskan. PAS pula menjadi 'punching beg' baru untuk mereka. Semuanya salah PAS. Kata-kata kesat, menghina dan mengecam digunakan sebagai hujah untuk menjawab pelbagai kritikan terhadap Kerajaan PH.
Penggunaan berita fitnah atau berita yang sengaja di'spin' bagi memburukkan pembangkang era Malaysia Baru telah membangun dengan begitu pesat sekali. Tajuk-tajuk utama portal berita juga turut di'spin' agar menjadi lebih sensasi dan lebih berperisa untuk menjatuhkan kredibiliti pembangkang.

Isu-isu utama yang diperdebatkan 

Kerajaan PH bermula dengan pelantikan PM dan diikuti dengan pelantikan 4 Menteri kanan beberapa ketika setelah itu. Beberapa dasar baru Kerajaan telah dibuat dan beberapa dasar lama telah dihapuskan.

Beberapa isu yang mendapat reaksi berbeza rakyat Malaysia adalah seperti berikut:

  • Pelantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Pada awalnya, perdebatan mengenai pelantikan bukan Melayu Islam sebagai Menteri Kewangan turut didebatkan. Perdebatan itu hampir ditamatkan dengan gesaan mengutamakan prestasi dan bukannya keturunan dan agama. Namun akhir-akhir ini, perdebatan adalah mengenai prestasi Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan yang sangat tidak menyerlah, bahkan menjadi punca kepada kehilangan pelaburan di Bursa Malaysia dengan nilai kerugian berbillion-billion Ringgit.
  • Propaganda Hutang Negara 1 trillion Ringgit dan Tabung Harapan. Dibahaskan oleh komuniti ekonomi, komuniti bisnes dan ahli akademik tanpa kepentingan politik.
  • Kegagalan menunaikan sebahagian daripada janji-janji utama 100 hari PH dalam mengurang beban sara hidup rakyat seperti penghapusan tol, penurunan harga petrol dan pengecualian bayaran pinjaman PTPTN.
  • Pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara. Perdebatan seputar Peguam Negara bukan Islam, tidak mampu Berbahasa Melayu dengan baik dan kurang berkemahiran dalam pendakwaan jenayah.
  • Menolak gesaan SPB Yang DiPertuan Agong agar melantik Peguam Negara daripada kalangan orang Islam. Bahkan, DS Anwar Ibrahim sendiri telah diterima menghadap dan memberikan jaminan kepada SPB Yang DiPertuan Agong bahawa Tommy Thomas adalah calon terbaik untuk menjadi Peguam Negara, tanpa perlu bimbang terhadap penghakisan hak orang Melayu dan agama Islam.
  • Pemberian lesen judi sukan yang pertama di Malaysia kepada Ascort Sports yang dimiliki oleh TS Vincent Tan. Perdebatan tentang judi halal dan kemunculan kembali kroni lama.
  • TS Vincent Tan membeli saham T7 Global yang mendapat kontrak ECRL, kemudian menjualnya kembali dengan untung lumayan. Perdebatan tentang pendedahan maklumat ECRL yang dibatalkan, namun tidak jadi dibatalkan tidak lama setelah itu dan akan diteruskan. Semalam projek diumumkan akan digantung pula serta merta oleh Kementerian Kewangan.
  • Pendakwaan DS Najib yang penuh 'hanky panky' 'tidak kemas'. Perdebatan tentang kertas pertuduhan, pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan, perkaitan dengan bukti-bukti yang dirampas dan lain-lain. Termasuk Peguam Negara yang tidak boleh Berbahasa Melayu.
  • Dasar pentadbiran agama Islam dalam menangani cabaran kefahaman Islam Liberal, Syiah, Kristianisasi dan lain-lain. Di mana beberapa kumpulan yang difatwakan sebagai sesat menuntut hak untuk mengamalkan dan menyebarkan ajaran mereka secara terbuka. Lebih malang lagi, ada yang sengaja membuat tarian seksi berlatar-belakangkan masjid hanya didenda RM 25 dan masih ada pihak yang cuba menjadikannya sebagai trend Malaysia Baru.
  • Prestasi Menteri-menteri yang baru dilantik. Ada yang membuat kenyataan rasmi di dalam Bahasa Mandarin dan Tamil. Ada yang mengatakan harga barang telah turun hingga 30 peratus pasca GST. Ada yang membuat ketetapan hari ini dan menjadikannya sebagai cadangan sahaja pada besoknya. Ada jabatan dan projek pada zaman pentadbiran DS Najib yang hanya ditukarkan namanya. Ada yang meminta penjawat awam yang tidak boleh menerima dasar Kerajaan agar berhenti kerja dan pelbagai ragam lagi.
  • Isu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi dalam urusan berkaitan Kerajaan. Pendukung PH jelas sekali tidak merasakan ini sebagai satu isu. "Isu bahasa tak sepenting kandungannya", kata mereka.
PAS mesti lebih bersedia untuk mengetuai suara pembangkang di dalam politik negara  

Oleh itu, PAS perlu memposisikan dirinya agar menjadi medium utama membawa suara rakyat yang terpinggir. Apatah lagi yang terpinggir ialah golongan majoriti.
Ketidakpuasan hati kepada dasar-dasar Kerajaan PH akan mendorong lebih ramai tokoh-tokoh masyarakat dan pemimpin parti politik yang tersisih untuk mendekati PAS. Untuk itu PAS mestilah mempunyai suatu mekanisme yang lebih teratur dalam menerima kemasukan besar-besaran golongan ini.
Terutamanya daripada golongan yang masih di peringkat 'tunggu dan lihat' serta 'memberi masa dan peluang' kepada Kerajaan Baru.

Beberapa langkah segera  

Dasar 'engagement' perlu terus diperkasakan. Mesti ada peranan dan tugas yang khusus untuk tokoh-tokoh baru yang diterima masuk. Tidak wajar untuk hanya memastikan mereka menyertai PAS, tanpa apa-apa peranan yang signifikan dalam membantu mengukuhkan kehadiran parti di dalam masyarakat. Jika begitu, mereka tidak akan bertahan lama. Atau keberadaan mereka di dalam parti telah tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Mesti ada usaha untuk memahamkan mereka tentang visi dan misi perjuangan PAS secara serius. Dalam masa yang sama, berilah peluang untuk mereka mengenali budaya dan jentera PAS secara memberikan pengalaman praktikal, iaitu dengan sama-sama turun membuat kerja kemasyarakatan bersama jentera PAS di peringkat akar umbi.
Memujuk ahli PAS di peringkat akar umbi untuk bekerjasama dengan mereka juga memerlukan usaha yang tidak sedikit. Pengalaman bertembung dengan golongan yang hanya mementingkan keuntungan politik semata-mata, menjadikan ahli PAS di peringkat akar umbi lebih bersifat defensif dalam menerima kemasukan mengejut tokoh-tokoh baru ke dalam parti. Ini juga perlu ditangani.
Mungkin satu jawatankuasa khas boleh diwujudkan untuk menangani fenomena baru ini. Fenomena ini adalah baik kepada PAS tetapi perlulah ditangani dengan bijaksana.
Mungkin jawatankuasa khas di bawah salah seorang Naib Presiden atau terus di bawah Timbalan Presiden. Lajnah Politik akan mendapati jawatankuasa ini sangat membantu meningkatkan pengaruh parti dalam masyarakat yang lebih besar. Terutamanya segmen masyarakat yang agak berjauhan dengan PAS.

Penutup

PAS memang sangat berpengalaman sebagai pembangkang dan juga sebagai Kerajaan Negeri. Ini adalah satu fakta.
Namun, kredibiliti PAS sengaja dipertikaikan oleh musuh-musuh politiknya agar PAS dan kepimpinannya hanya dilihat sebagai parti agama yang ekstrem, memakai jubah dan serban tetapi tidak pandai berpolitik dan mentadbir Negara Malaysia yang berbilang kaum dan berdaya maju.
Oleh itu PAS perlu terus berusaha keras untuk mengukuhkan kehadiran jenamanya di dalam politik negara. Tumbangnya BN, memberikan peluang yang sangat signifikan kepada PAS untuk menjadi parti politik utama umat Islam di negara kita. Peluang ini perlu segera direbut dengan bijak. Jika tidak, PAS setakat mengekalkan pengaruh sedia ada.
Akhir sekali, PAS mestilah menjadi harapan kepada rakyat Malaysia yang merasa tersisih. Janganlah sampai rakyat tetap menaruh harapan kepada Umno untuk membawa suara terpinggir mereka. Jika begitu, pastilah harapan mereka akan lunyai di tangan PH. 
ZAKARIA ISMAIL
AJK PAS Kawasan Marang
Jumaat, 6 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 6/7/2018

Terbongkar! PH Buat Akaun Palsu ‘Bebas Najib' Pula..



BONGNGKAR… Sudahlah bertindak zalim sengaja beku akaun bank anggota keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk cucunya, jentera kerajaan Pakatan Harapan (PH) pula bertindak lebih biadab.

Terbaharu, setelah mereka menyedari sentimen rakyat Malaysia mulai menyokong bekas perdana menteri itu, askar siber PH melancarkan akaun palsu yang konon sebagai tabung bagi membayar ikat jamin Najib pada Isnin depan.


Namun taktik jahat mereka ‘kantoi’ setelah beberapa penyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) terkejut apabila mendapati nombor akaun dinyatakan itu sebenarnya Tabung Harapan Malaysia yang dikendalikan kerajaan PH.

Walhal ia sepatutnya tertera nama Tabung #FreeNajib (SolidarityNAJIB) yang diuruskan secara sukarela oleh Kelab Belia Berkhidmat dan ia baru sahaja dilancarkan badan bukan kerajaan tersebut di ibu negara sejak semalam.

Inisiatif berkenaan dilakukan kerana semua akaun Najib dan ahli keluarganya telah dibekukan kerajaan PH konon ada kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad selain akaun UMNO dan ramai individu dalam parti itu.
Justeru Pengerusi Sekretariat Solidariti DS Najib Razak, Datuk Mohd. Razlan Rafii meminta orang ramai agar lebih berwaspada kerana pihak kelab berkenaan hanya menggunakan CIMB Bank dengan nombor akaun 8601952060.

Setakat ini, tabung khas untuk bayar ikat jamin tokoh UMNO tersebut sudah lebih RM100,000 dan setelah cukup RM500,000, wang itu akan dibawa terus ke Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin depan. – Mynewshub.TV

Friday, July 06, 2018

PM Bergaya Kereta Mewah RM1.6Juta, Buktikan Kewangan Hebat..



ELEGAN… Bagi mereka yang membesar ketika zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri keempat dahulu, tentu biasa dengar Wawasan 2020 diilhamkan beliau pada tahun 1990 lalu.

Visi jangka panjang itu pernah dikutuk pemimpin dan penyokong pembangkang (kini Pakatan Harapan – PH yang menjadi kerajaan baharu Malaysia), sebagai wawasan bodoh dan tidak beri faedah kepada rakyat miskin sendiri. Hari ini, Mahathir yang amat berbangga diiktiraf sebagai ketua kerajaan dengan usia paling tua di dunia itu apabila kembali semula sebagai perdana menteri ketujuh, tetap fanatik terhadap angka 2020 kerana kononnya ia seimbang.

Dengan beri contoh lambang Barisan Nasional (BN) iaitu dacing tidak berat sebelah, Mahathir ketika melancarkan Wawasan 2020 sebagai pengerusi parti komponen tersebut, kini mengetuai pula blok PH yang logo entah apa-apa! Namun cinta Mahathir terhadap nombor 2020 tetap utuh waima pernah memberitahu media baru-baru ini bahawa wawasan dirancang beliau itu mungkin lewat menjadi kenyataan konon akibat hutang negara sebanyak RM1 trilion.


Ini termasuk menerusi koleksi pelbagai kereta beliau sama ada rasmi atau peribadi yang sering memaparkan plat dengan angka 2020 sehingga menjadi sinonim kepada imej Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

Terbaharu tular menerusi media sosial Mahathir menaiki kereta mewah warna gelap jenama Bufori model Geneva plat Patriot 2020 yang bernilai kira-kira RM1.6 juta dengan ansuran bulanannya sahaja pun cecah lebih RM19,000

Nombor plat istimewa diluluskan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu hanya dibeli pada harga serendah RM250 tanpa perlu bidaan secara terbuka serta bebas daripada unsur Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). 

Menurut laporan media, plat Patriot ditawarkan Yayasan Patriot Negara Malaysia, sebuah badan bukan kerajaan ditubuhkan secara rasmi pada 12 April 2013 dan dipengerusikan Brigadier Jeneral Bersara Datuk Husainay Hashim.

Ternyata, gaya eksklusif Mahathir dengan kereta itu membuktikan kedudukan kewangan beliau cukup hebat jauh beza daripada pemimpin terdahulu yang agak miskin tanpa kroni menaja projek mega tertentu. – Mynewshub.tv/HAA

Elaun Nelayan: Dr M Kata Batal, Menteri Kata Kekal. Makin Celaru.


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya masih tidak senang dengan bantuan bulanan kepada nelayan, walaupun menteri kabinetnya memberi jaminan elaun sara hidup berkenaan tidak akan dimansuhkan.

Mahathir sekali lagi mengulas mengenai elaun nelayan dalam wawancara dengan laman web perniagaan Investvine yang diterbitkan hari ini.

"(Kerajaan terdahulu) memberi duit kepada nelayan, sama ada mereka menangkap ikan atau tidak, itu bukan soalnya, mereka mendapat (RM) 300 sebulan seperti gaji.
"Sekarang kita tidak mampu berbuat demikian kerana wang yang diberikan kepada mereka telah diambil daripada kerajaan atau daripada sumber haram," katanya.

Dua minggu lalu Mahathir dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub memberikan kenyataan bertentangan mengenai bantuan elaun sara hidup nelayan antara RM200 dan RM300 setiap bulan.

PM kata batal, menteri kata kekal

Mahathir dalam temu bual dengan Malay Mail, berkata bantuan itu akan dibatalkan, tetapi Salahuddin dalam satu sidang akhbar berkata ia akan dikekalkan.

Salahuddin kemudian mengeluarkan satu lagi kenyataan berkata Mahathir bermaksud menghapuskan insentif tunai satu kali oleh kerajaan BN kepada nelayan dan bukannya elaun sara hidup bulanan.

Terdahulu dalam wawancara Investvine itu, Mahathir menjelaskan pemberian wang tunai secara umumnya dapat menjejaskan daya saing mereka dan mewujudkan pergantungan kepada bantuan kerajaan.

"Ini melemahkan etika kerja mereka, mereka tidak lagi bekerja untuk mendapatkan nafkah. Mereka merasakan bahawa walaupun kamu tidak bekerja, kerajaan mempunyai amanah untuk membantu mereka dan ini tentunya sangat buruk kerana ini bermakna mereka tidak berdaya saing.

"Akhirnya bilangan orang yang memiliki daya saing akan berkurangan dan mereka tidak akan dapat membayar cukai yang diperlukan oleh kerajaan untuk menyokong gaya pentadbiran (BN) yang sangat boros ini yang memberikan hadiah percuma kepada rakyatnya.

"Jadi, kita perlu mengubahnya dan sudah tentu ada kosnya," katanya.

Komen  weblog Ibnu Hasyim: PM PH makin bercelaru. Balaci-balacinya kena betulkan bosnya segera!

MR : Mahathir patutnya semak kena harga ikan lebih mahal daripada ayam, sedangkan ayam, kena ternak ikan pergi tangkap aje. Nelayan makin miskin orang tengah makin kaya itu kerja PM yang perlu selesaikan.... 


MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Video: OST Mutiara Dari Malaya 1955 - Ikan Oh Ikan.


OST Sumpah Wanita 1960 - Ikan Kekek

Majlis Petroleam T'ganu, Kenal Pasti Projek RM5 Bilion.



KUALA TERENGGANU: Majlis Petroleum Terengganu (TPC) telah mengenalpasti beberapa projek melibatkan kerja-kerja dan operasi di perairan negeri itu yang mampu dilaksanakan syarikat negeri dengan anggaran projek bernilai sekitar RM5 bilion.
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, melalui rundingan juga sebuah anak syarikat kerajaan negeri telah dianugerahkan projek oleh Petronas sekitar harga RM30 juta.
"Ianya sebagai permulaan untuk kerja-kerja berkaitan yang lebih besar nilainya. TPC juga sedang berbincang dengan Petronas tentang minat kerajaan negeri untuk bidang penerokaan dan pengeluaran dengan keutamaan diberi kepada Brown Field atau Marginal Field.
"Brown Field Oil atau Gas Field yang sudah matang dan mungkin ada tanda-tanda pengurangan pengeluaran. Marginal Field Oil atau Gas Field yang berkemungkinan menghasilkan production yang sedikit (perlaburan berisiko tinggi)," ujarnya kepada ahli dewan.
Beliau berkata demikian ketika melakukan penggulungan Mensyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ke-14, di Wisma Darul Iman, di sini kelmarin.
Mengenai isu Telaga Minyak Bertam (PM 307), terang beliau, Jawatankuasa Bersama Teknikal (JBT) yang akan dipengerusikan Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Pahang dan Terengganu akan bersidang bagi mendapatkan persetujuan bersama berkaitan perkara tersebut.
"Pertama, mengkaji titik akhir sempadan darat negeri Terengganu dan Pahang. Kedua, Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Negeri Pahang boleh memulakan rundingan sempadan maritim antara kedua-dua negeri.
"Dan ketiga, menjalankan kerja-kerja penandaan dan pengukuran baki sempadan darat negeri Terengganu dan Pahang ke titik akhir sempadan darat," jelasnya lagi.
Menurut beliau, setelah persetujuan bersama tersebut, pihak kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan dan Petronas berkaitan tuntutan royalti minyak Telaga Bertam itu.
Dalam isu hak royalti petroleum pula, jelas Menteri Besar itu, Kerajaan Negeri masih berpegang kepada komitmen Perdana Menteri pada pertemuan pertamanya.
"Sebagaimana yang semua maklum, kita (Terengganu) berpegang kepada komitmen yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Secara prinsipnya, royalti petroleum akan diberikan secara terus kepada kerajaan negeri tanpa melalui jabatan atau agensi yang lain," ujarnya.
Namun terangnya, Kerajaan Terengganu juga mencari mekanisma lain bagi menjana hasil negeri selain dari kebergantungan dengan royalti minyak.
"Sebagai tambahan, Jawatankuasa Hasil Negeri ditubuhkan juga boleh mengkaji mekanisma telah digunapakai di negeri-negeri lain untuk dilaksanakan mengikut kesesuaian, ke arah meningkatkan hasil negeri di samping melaksanakan dasar berbelanja secara berhemat," katanya. -HARAKAHDAILY 6/7/2018


Untuk pembersihan aqidah ku hadiahkan 2 syarahan ini..
Video: Lebih Baik Pemimpin KAFIR tapi JUJUR...!!!! 
Hati-hati pendakalan Aqidah

Video: Pemimpin Kafir Yang Adil vs Pemimpin Islam Yang Zalim - Ustaz Azhar Idrus
Dari Ibnu Hasyim..

Tangguh Kenaikan Tarif Elektrik. -Pemuda PAS.

Ir. Khairil Nizam Khirudin

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas mengulangi sekali lagi cadangannya agar kerajaan baharu Pakatan Harapan lebih prihatin dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menilai semula kenaikan tarif elektrik.
Timbalan Ketuanya, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga perlu menarik semula kenaikan tarif itu yang disebabkan oleh pelepasan surcaj Kos Perlepasan Tidak Seimbang (ICPT) kepada semua pengguna bukan domestik di Semenanjung Malaysia.
Katanya, kos peningkatan penjanaan yang berjumlah RM698.19 juta iaitu RM1.35/kWj hendaklah diserap bagi mengelakkan kesan kepada tekanan inflasi yang akan dibebankan ke atas rakyat secara keseluruhan.
Beliau turut memberi cadangan, untuk menyerapkan peningkatan kos penjanaan elektrik yang berjumlah RM698.19 juta itu, ialah dengan kerajaan menangguhkan sebarang kenaikan tarif elektrik kepada pengguna domestik dan bukan domestik selagi isu ketelusan Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA) antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Penjana Tenaga Bebas (IPP belum diselesaikan.
“Adakah TNB terpaksa lagi membeli kuasa daripada IPP meskipun ‘reserve margin’ yang dianggarkan sekitar 25 peratus telah mencukupi? Berapakah jumlah keseluruhan pembelian yang dibayar oleh TNB kepada semua IPP pada tahun 2017 dan sepanjang tahun 2018?” soal beliau.
Ir. Khairil nizam turut mempersoalkan berapa kos pembelian arang batu oleh TNB Fuel Sdn Bhd (TNBF) dari negara pengeksport seperti Indonesia, Australia, Afrika Selatan dan Rusia serta margin keuntungan diperolehi TNBF hasil penjualan arang batu kepada pelanggan IPP.
Pelanggan IPP ialah Kapar Energy Ventures Sdn Bhd (40 peratus pemilikan Malakoff), Tanjung Bin Power Sdn Bhd (90 peratus pemilikan Malakoff), Jimah Energy Ventures Sdn Bhd (CGN Group-China) dan TNB Janamanjung Sdn Bhd.
“Adakah semua syarikat ini mengalami kerugian akibat kenaikan kos arang batu? Kita menggesa kerajaan untuk memanfaatkan dana dari Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) yang ditubuhkan melalui Akta Bekalan Elektrik (Pindaan 2015) bagi menampung kesan kenaikan tarif elektrik terhadap pengguna.
“Dana ini terdiri daripada apa-apa jumlah yang dibayar oleh pemegang lesen, diperuntukkan oleh Parlimen dari semasa ke semasa, dividen pelaburan KWIE dan hasil yang diperolehi daripada penjimatan rundingan dengan IPP boleh digunakan untuk menyerap kenaikan tarif elektrik yang dikenakan terhadap pengguna sekurang-kurangnya sehingga tahun 2020,” katanya. – MalaysiaGazette

MGF24052018_JMM-SPRM_04-681x454
Azwanddin Hamzah (kanan) bersama bekas Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam (kiri) menunjukkan dokumen ketika hadir bagi membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad di Pejabat SPRM, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 24 MEI 2018

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails