Saturday, September 18, 2010

40 Sami Terima Duit Raya Dirham Dari Tok Guru Nik Aziz

Tok Guru Nik bdul Aziz dan Salahuddin bersama ketua kaum Sikh.

KOTA BHARU, 18 Sept10:
Majlis Rumah Terbuka PAS negeri Kelantan yang diadakan setiap tahun, hari ini menyaksikan kehadiran 40 sami dari seluruh negeri yang makan bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka telah menerima sumbangan duit raya dalam bentuk dirham yang disampaikan sendiri oleh Tuan Guru, pada majlis yang diadakan di Dataran Stadium Sultan Mohamad ke IV.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, membayangkan kejayaan PAS mentadbir Kelantan telah diraikan oleh setiap lapisan masyarakat, kini menyambut tahun ke-20 dengan sokongan rakyat yang semakin kukuh. Ini dibuktikan kehadiran rakyat ke majlis Sambutan Aidilfitri PAS Kelantan yang mencecah 15,000 orang pada tahun ini.

Ketika ditemui di majlis tersebut, beliau berkata, sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Kelantan terhadap pimpinan ulama di bawah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh dijadikan kayu pengukur. Justeru, katanya dakwaan Umno bahawa sokongan terhadap PAS semakin berkurangan amat tidak berasas.

“Pelbagai program yang dianjurkan oleh kerajaan dan parti di Kelantan kini, kita boleh lihat sambutannya yang begitu memberangsangkan dan dakwaan Umno yang mengatakan rakyat Kelantan sudah bosan dengan PAS tersasar sama sekali,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. (AK)

Dapatkan 4 buah buku e-buku IH percuma! Klik di sini..

Sosilawati: Tvs Tegur Polis, Angkat Suara Rakyat -Khalid Samad



SHAH ALAM 18 SEPT 10: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menganggap TV Selangor berani mengangkat suara rakyat apabila menyiarkan teguran terhadap kelemahan institusi polis dalam mengendalikan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Selangor, Shukor Idrus yang mencela TV Selangor kerana dianggap mengganggu siasatan kes itu, beliau percaya banyak pihak termasuk masyarakat umum yang turut mempersoal kecekapan polis dalam kes tertentu.

"Saya rasa apa yang dinyatakan oleh TV Selangor adalah perkara yang dipersoal oleh rakyat jelata, dan memang ada empat laporan orang hilang dibuat tetapi tiada tindakan berkesan. Ini yang menjadi tanda tanya," katanya.

Mengikut laporan Utusan Malaysia, Shukor meminta polis menyiasat TV Selangor berikutan laporan berita berdasarkan kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Akin, dianggapnya tidak wajar.

Shamsul sebelum ini mempertikai siasatan polis sebelumnya terhadap kes jenayah yang mempunyai hubung kait dengan suspek pembunuhan Sosilawati ketika polis masih dalam kepimpinan Tan Sri Musa Hassan.

Selain TV Selangor, New Straits Times (NST) turut memaparkan rasa tidak puas hati orang ramai terhadap kelewatan polis bertindak atas laporan polis terhadap suspek adik-beradik berkenaan yang dibuat sejak 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, NST tidak pula mendapat perhatian mahupun kritikan Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, media adalah jurucakap bagi rakyat secara umumnya dan media perlu membawa persoalan yang bermain di fikiran rakyat bagi mengharapkan jawapan bermakna.

Katanya, kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar untuk mengambil berat segala laporan khususnya kes orang hilang, menunjukkan pihak berkuasa itu kurang memberi perhatian serius terhadap aduan orang ramai sebelum ini.

"Kita perlu mengusahakan ke arah memperkasakan institusi kepolisan agar perkara sebegini tidak berlaku, dan kenyataan Shukor jelas tidak akan membantu mana-mana pihak memperbaiki diri," tegas beliau. (AK)

Dapatkan 4 buah buku e-buku IH percuma! Klik di sini..

Pembantu Rumah: Didera, Diperkosa-Paling Serius

GEORGETOWN: Dera, rogol dan campak. Itulah tiga tindakan kejam dipercayai dilakukan sepasang suami isteri terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia sebelum ditahan dalam serbuan di Jelutong, di sini, malam kelmarin.

NGERI...kesan kecederaan yang dialami pembantu rumah
Kesan kecederaan yang dialami pembantu rumah itu

BUKTI... antara barangan yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa.
Bukti... antara barangan yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa.

PULAU PINANG 18 SEPT 10: Sebuah kes dicatat sebagai kes dera paling serius membabitkan pekerja asing tahun ini.

Seorang pembantu rumah Indonesia disimbah dengan air panas, badannya ditekap sterika panas, dan dipukul serta diperkosa oleh majikan dan isterinya sebelum di halau keluar rumah di Pulau Pinang.

Polis menahan pasangan suami isteri yang mendiami sebuah pangsapuri di Jelutong dan merampas beberapa peralatan yang digunakan untuk menyeksa dan mendera mangsa berkenaan. Suspek adalah seorang kontraktor yang mempunyai rekod jenayah termasuk penyalahgunaan dadah.

Pembantu rumah itu kini dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan luka-luka kebakaran akibat di simbah air panas dan di pukul serta kecederaan di tempat kemaluan. Beliau dijumpai dalam keadaan mundar-mandir oleh seorang awam di Nibong Tebal setelah ditinggalkan oleh majikan kira-kira 40 kilometer daripada kediamannya Ahad lalu. Pembantu rumah itu mula bekerja dengan kontraktor berkenaan Febuari lalu tetapi penderaan terhadapnya bermula pada bulan Mei.

Polis menahan suspek dan isterinya semalam setelah mengesan tempat tinggal suspek. Ketua Polis Georgetown, ACP Gan Kong Meng berkata mangsa disimbah dengan air panas dan dadanya juga said disetrika selain diperkosa. (TVS/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Siapa bersalah dan bagaimana menyelesaikan supaya hal ni tidak berlaku lagi.

Lagi E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam


E-Buku IH-4: Bersama Datuk Husam Ke China.

Bab I
Bab II
Bab III
Akan bersambung.. Insya Allah.

Isu Sosilawati: Siasat Majlis Peguam -Pakida


AMPANG 18 SEPT 10: Kira-kira 120 anggota Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) hadir ke rumah Noorhisham Mohamad yang mati dibunuh bersama Datuk Sosilawati Lawiya pada 30 Ogos lalu bagi menyertai bacaan Yaasin dan tahlil kepada arwah. Majlis itu diadakan di rumah Noorhisham di Taman Seraya, Ampang pada jam 12.00 tengah hari diketuai oleh Pengerusi hal ehwal khas Pekida Shahril Abdul Aziz.

Noorhisham - seorang pegawai bank, Sosilawati, pemandu jutawan kosmetik itu Kamaruddin Shansuddin dan peguam peribadinya Ahmad Kamil Abdul Karim, dipercayai dipukul sampai mati dan dibakar di Ladang Gadong dan abunya dibuang di Sungai Panchau, Banting, Selangor. Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Shahril menyalahkan majlis peguam yang didakwanya "gagal membersihkan peguam-peguam yang bermasalah".

"Sepatutnya Majlis Peguam mengambil langkah-langkah yang lebih tepat dengan mengasingkan peguam-peguam bermasalah dengan membuat penyataan terbuka di dalam media ataupun memperkenalkan kad kuasa yang mesti diperbaharui setiap tahun sebelum peguam-peguam mahu menjalankan perniagaan mereka," katanya.

Justeru, Shahril mencadangkan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat majlis berkenaan. Sebelum ini, dilaporkan seorang peguam merupakan suspek utama kes pembunuhan kejam itu.

Turut hadir dalam majlis itu Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Roslan Dahaman dan Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (PERWARIS) Rahimuddin Md Harun.

Dapatkan 3 buah buku e-buku IH percuma! Klik di sini..

PRU 13: Nik Aziz Tidak Bertanding?


KOTA BARU, 18 Sept 10: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata keputusan sama ada akan menawarkan diri untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 ataupun sebaliknya terserah kepada kepada pucuk pimpinan parti.

“Saya tidak pernah menawarkan diri untuk bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecuali pertama kali ketika kerajaan campuran Barisan Nasional (BN)-PAS, pada 1974,” kata beliau berucap pada majlis dialog Menteri Besar Kelantan dengan wartawan anjuran Urusetia Penerangan Negeri, di sini, malam tadi.

Dipetik Bernama, Mursyidul Am PAS ini memberitahu keputusan sama ada bertanding atau tidak pada pilihan raya ke-13 nanti bergantung kepada kehendak pucuk pimpinan parti kerana beliau mengakui telah lama berkhidmat dalam parti dan semakin uzur.

Menteri Besar Kelantan ini, lahir pada 1931 menerajui kerajaan negeri pimpinan PAS sejak 1990 dan akan genap dua dekad akhir tahun ini. Menurut The Malaysian insider, ketika dalam pertemuan dengan Nik Aziz Jun lalu, beliau berkata Umno tidak harus memaksanya berundur daripada jawatan Menteri Besar Kelantan. Katanya, selagi Umno menekan selagi itu beliau akan terus memegang jawatan tersebut.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Terserah pada PAS sama ada Nik Aziz patut bertanding atau tidak?

Kerjaya politik beliau: Tuan Guru mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, kini beliau adalah Mursyidul Am PAS. Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau juga adalah seorang ADUN bagi kawasan N.06 Chempaka, Kelantan.

Pada pilihan raya ke-11, Nik Aziz menyandang kerusi tersebut setelah mengalahkan Ruhani Mamat (BN) dengan majoriti undi sebanyak 3,694. Pada Pilihan Raya Umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama.

Secara peraturannya, Nik Aziz sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

Wartawan Upahan Sama Dg Ulama Upahan -Nik Aziz


Nik Aziz Mahu Peranan Wartawan Dengan Ulama Seiring

KOTA BAHARU 18 Sept 10: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu wartawan dan ulama memainkan peranan yang seiring untuk menjamin keselamatan ummah di dunia dan akhirat.

Mursyidul Am PAS itu berkata tanggungjawab kedua-dua golongan ini adalah sama iaitu mengabdikan diri kepada Allah.

"Tinggal lagi, ulama menyampaikan dakwah melalui lisan manakala wartawan menyebarkan maklumat melalui mata pena.

"Oleh itu, mereka hendaklah bergerak seiring untuk kepentingan dan kesejahteraan ummah dunia dan akhirat," katanya berucap di majlis dialog Menteri Besar Kelantan dengan wartawan anjuran Urusetia Penerangan Negeri, di sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Abdul Rahman Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Ladang Rakyat Dr Azmi Razali Azmi.

Nik Abdul Aziz berkata beliau mahu golongan wartawan bertanggungjawab terhadap penulisannya kerana mereka juga akan turut dipersoalkan di akhirat kelak seperti ulama.

Beliau tidak menolak kemungkinan wujudnya ulama upahan seperti juga wartawan upahan kerana tidak menjalankan tugas berlandaskan etika kewartawanan dan sebagai ulama upahan, mereka tidak menyampaikan dakwah yang betul kepada umat Islam sebagaimana ajaran agama sebenarnya.

Ditanya sama ada beliau akan terus menawarkan diri untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, beliau berkata, ia terpulang kepada pucuk pimpinan parti.

"Saya tidak pernah menawarkan diri untuk bertanding dalam mana-mana pilihan raya, kecuali pertama kali ketika kerajaan campuran Barisan Nasional (BN)-PAS, pada 1974," katanya.

Menurutnya, keputusan sama ada bertanding atau tidak pada pilihan raya ke-13 nanti bergantung kepada kehendak pucuk pimpinan parti kerana beliau mengakui telah lama berkhidmat dalam parti dan semakin uzur. -BERNAMA

Sebelum ini...

Saspek Sosilawati Tidak Pernah Dapat 'Datuk'

KL 18 SEPT 10: Polis mengesahkan peguam K. Patmanaban tidak pernah dikurniakan gelaran Datuk. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, daripada semakan, Patmanaban didapati menggunakan gelaran Datuk palsu.

"Dia tidak pernah dianugerahkan gelaran Datuk oleh mana-mana negeri," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Difahamkan, Patmanaban sebelum ini pernah cuba membeli gelaran itu dari sebuah negeri, namun dia menjadi mangsa penipuan walaupun selepas menyerahkan sejumlah wang yang dianggarkan beratus ribu ringgit untuk tujuan mendapatkan anugerah itu.

Malah dia ketika itu dikatakan menerima surat penganugerahan daripada pihak istana, namun pada saat-saat akhir namanya tidak tersenarai. Dalam pada itu, Bakri berkata, aset Patmanaban yang ditahan untuk membantu siasatan kes pembunuhan Sosilawati telah dibekukan, namun buat masa ini berapa jumlah aset peguam itu yang dibekukan belum dapat diumumkan.

Bernama pula melaporkan pihak polis akan memohon lanjutan reman untuk tiga dari lapan suspek yang ditahan berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata permohonan itu akan dikemukakan esok dan tempoh lanjutan itu akan bergantung kepada keputusan Majistret.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Cuba siasat lagi, mungkin ramai lagi yang memakai nama gelaran tiruan tidak rasmi. Atau cubaan 'beli pangkat gelaran'. Dan salahkan kalau kita gunakan nama 'Datuk' seperti Datu Maharaja Lela, guna nama 'Tun' seperti Tun Seri Lanang, dan lain-lain?

Dapatkan 3 buah buku e-buku IH percuma! Klik di sini..

1 Call, Boleh Zina Haram. Kosmo! Bongkar Taktik Baru



Iklan zina, berselindung di balik penjagaan kesihatan..

KL 18 Sept 10: Hanya dengan satu panggilan sahaja, anda boleh membuat tempahan untuk mendapatkan khidmat seks atau perlakuan zina haram. Itu antara taktik terbaru yang digunakan oleh segelintir pengusaha rumah urut di sekitar Lembah Klang terutama yang beroperasi secara haram. Menurut Kosmi! Online hari ini.

Jika sebelum ini lelaki hidung belang yang ingin mendapatkan khidmat seks perlu mengunjungi rumah-rumah pelacuran, kini semakin banyak rumah urut yang turut menawarkan perkhidmatan tersebut. Apa yang lebih mengejutkan, dengan berselindung di sebalik nama pusat urut, rawatan kecantikan atau penjagaan kesihatan, pengusaha terbabit kini berani mengiklankan premis mereka di dalam media cetak.

Dengan memaparkan jenis perkhidmatan yang disediakan serta nombor telefon untuk dihubungi tanpa meletakkan nama lokasi yang lengkap, pasti ramai yang menyangka iklan itu hanya menawarkan perkhidmatan urutan sahaja. Wartawan Kosmo! yang cuba membuat siasatan dengan menghubungi tiga buah rumah urut di sekitar Lembah Klang yang mengiklankan perniagaan mereka di dalam akhbar mendapati kesemuanya menawarkan perkhidmatan seks.

Seorang pekerja rumah urut yang dikenali sebagai Farah ketika dihubungi berkata, premis tempatnya bekerja yang terletak di Jalan Ipoh kerap dikunjungi sejak diiklankan di dalam akhbar.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Syabas Kosmo!, teruskan pembongkaran. Tahniah dan alhamdulillah!

Demokrasi: Biar Mapus Gilah. Mana Lesen R/tv -Nik Aziz

KOTA BHARU, 18 Sept 10: 'Biar mapus gi lah.' Tidak patut wartawan sokong BN, kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Majlis Dialog Menteri Besar Bersama Wartawan di sebuah hotel di sini malam tadi. “Oleh itu tidak patut kaum wartawan menyokong Umno, tidak patut sokong barang salah!"

Beliau berkata, sepatutnya kaum wartawan menjalankan kempen terhadap Kerajaan Persekutuan supaya turut meluluskan lesen radio dan televisyen bagi memudahkan rakyat mememahami erti demokrasi. PAS, katanya memohon supaya diberikan lesen radio dan televisyen sejak lama dahulu tetapi hingga kini masih tidak ditunaikan.

“PAS tidak ada radio dan tv, sedangkan negara dikatakan mengamal demokrasi. Demokrasi apa macam itu.

“Tetapi kalau selagi wartawan menyokong perkara salah dilakukan Pusat itu, maka sampai bila pun rakyat dan negara tidak selamat, dan tidaklah pihak berkenaan sewenang-wenangnya menggunakan ISA terhadap pembangkang,” katanya lagi.

Beliau turut mengulas layanan diberikan kepada Utusan Malaysia.

“Akhbar harian Utusan Malaysia.. dianak tirikan kerajaan negeri ketika bertugas, macam mana tidak diketepikan sebab Utusan berat sebelah,” ujarnya.

Beliau menambah, terdapat pebezaan kandungan akhbar Sinar Harian berbanding Utusan di mana dalam Sinar menyiarkan berita orang PAS dan Umno. Ekoran itu, beliau melihat sebahagian besar orang kampung sekarang ini jarang membaca Utusan.

“Wartawan yang benar-benar ‘wartawan’ mereka tidak perlu berpihak kepada Pusat. Sepatutnya wartawan turut mengempen sama supaya Pusat memberikan lesen radio dan tetevisyen kepada negeri Kelantan,” katanya.

Sebelumnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, demokrasi di Malaysia berat sebelah dan tidak sepatutnya disokong pengamal media termasuk kaum wartawan. Bahkan, katanya demokrasi yang berlangsung di negara ini adalah ‘mengarut’ apabila teori demokrasi itu sendiri tidak sama dengan amalan.

Justeru beliau yang juga Mursyidul Am PAS menambah, kaum wartawan tidak wajar memberi sokongan kepada Umno Barisan Nasional.

“Demokrasi di Malaysia memang langsung berat sebelah.

“Perdana Menteri Malaysia tidak datang merasmikan jalan dan Jambatan Sultan Yahya Petra, mereka tidak mengundang Menteri Besar, tahu-tahu jalan dan jambatan itu sudah pun selesai dibuka.

“Semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri dahulu pun, dia tidak mengundang Menteri Besar pada majlis rasmi yang diadakan. Ini demokrasi apa seperti itu, demokrasi mengarut. Belajar di universiti lain, yang buat lain.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yussof dan Setiausaha Akbar, Ahmad Fadhli Shaari. (AK)

M Rajoli KembaliKe Rahmatullah


Rajoli ditemani Hashimah semasa terlantar di rumahnya di AU3 Keramat, Kuala Lumpur pada 23 Ogos lalu.

KL 18 SEPT 10: Selepas tiga tahun menderita akibat menghidap kanser kelenjar otak, pelakon veteran, M. Rajoli, 65, meninggal dunia pukul 10.45 malam di Hospital Ampang dekat sini semalam.

M. Rajoli atau nama sebenarnya Mohd. Rajoli @ Mohd. Rajab Mohamed yang hampir setahun terbaring di rumahnya di AU3, Keramat di sini, dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu selepas mengalami kesukaran bernafas.

Menurut adik iparnya, Mohlis Mohd. Din, 47, keadaan M. Rajoli kritikal sewaktu dimasukkan ke hospital sehingga diberi bantuan pernafasan oleh doktor.

"Pihak hospital memaklumkan dia berada dalam keadaan nazak dan hanya mampu menunjukkan pergerakan mata dan jari," katanya ketika ditemui di hospital.

M. Rajoli meninggal dunia di sisi isteri pertamanya, Hashimah Mohd. Din dan anak bongsu, Mohd. Ariff, 23.

Allahyarham meninggalkan dua orang isteri, Hashimah dan Wan Chik Othman. Bersama Hashimah, M. Rajoli mempunyai empat orang anak iaitu Siti Zaleha, 34; Nur Muhammad, 33; Siti Nazirah, 27, dan Mohd. Ariff.

Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan yang dilahirkan pada 7 April 1945 itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat pada pukul 11 pagi ini.

Friday, September 17, 2010

Kisah UMNO, Kura-kura & Perahu -YB Khalid Samad



SEPANJANG bulan Rejab, Shaaban dan Ramadhan kita telah dihidang dengan bermacam-macam berita berhubung kononnya berlaku penyalahgunaan Masjid dan Surau apabila Selangor berada di bawah pentadbiran PR.

Dengan bantuan pihak media yang telah bekerja keras di sepanjang bulan-bulan tersebut, rakyat Malaysia telah diberikan gambaran seolah-olah Islam tercemar dan terancam oleh kerana sikap ‘tunduk kepada DAP’ khususnya dan pengundi bukan Islam secara umumnya.

Menurut mereka lagi, ini dilakukan demi memperolehi undi, khususnya oleh pemimpin-pemimpin PAS dan parti PAS itu sendiri. Iaitu demi kuasa, kata mereka lagi, kesucian Islam sanggup digadai sehingga orang bukan Islam dibenarkan masuk kerana Surau dan Masjid. Kehormatan ummat Islam tercemar kerana terpaksa menerima sumbangan wang dari orang bukan Islam dan sebagainya.


Saya tidak berhajat untuk mengulas berkenaan isu bukan Islam memasuki ruang solat di Masjid atau surau, bagaimanapun kepada yang berminat bolehlah mengikuti keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Sehubungan dengan itu, bagi yang mengenali UMNO, segala bentuk dakwaan sedemikian rupa tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat. Bagi yang mengenali peranan Pengarah JAIS dan MAIS sebagai kesinambungan wadah kepuraan UMNO dalam bersandiwara, ianya turut tidak memberikan sebarang kesan. Tetapi bagi yang masih ‘kabur’, saya sajikan beberapa keping gambar yang menjelaskan sifat UMNO yang berkura-kura berpura-pura, pembohong dan memutar-belit fakta tanpa syak lagi.

Gambar 1 & 2 :- Wakil rakyat (ADUN) UMNO memberi tazkirah di Masjid Lama Hulu Bernam dan Masjid FELDA Gedangsa. Adakah beliau mempunyai tauliah? Tidak pula ditimbulkan persoalan penderhakaan kepada DYMM Sultan Selangor oleh Pengarah JAIS.


Gambar 3 :- Ahli Parlimen Hulu Selangor bersama ADUN UMNO menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sg. Tengi Selatan. Semua tersenyum lebar dan tiada pula mendakwa di hina atau Masjid tercemar. Ahli Parlimen berkopiah yang telah mengeluarkan fatwa ‘penghinaan’ terhadap ummat Islam kerana terpaksa menerima sumbangan dari orang kafir, pun mendiamkan diri - mungkin kerana sibuk menikmati juadah raya. Saya juga difahamkan oleh seorang sahabat bahawa ada yang berkopiah kerana hendak bersikap tawaddu’, tetapi ada yang berkopiah kerana hendak menyorok ‘bald spot’. WaLlahu 'Alam.


Gambar 4 :- Pengerusi MAIS bersama Ahli Parlimen Hulu Selangor, yang digelar ‘Ustadz Kamal’ oleh beberapa perayu undi UMNO semasa PR kecil Hulu Selangor, hadir bersama dalam majlis gotong royong di perkarangan Masjid FELDA Soeharto. ‘Ustadz’ berkenaan memakai baju berlambang dacing walaupun di dalam kawasan Masjid. Pengerusi MAIS tidak pula memarahi beliau kerana membawa politik ke Masjid atau menanyakan samaada beliau telah bermandi hadas dengan niat dan cara yang betul.



Gambar 5 :- Jika tidak nampak lambang Dacing dalam gambar 4, jelas sekali dalam gambar 5 ini. Lebih hebat, ‘Ustadz Kamal’ bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta. Ke mana perginya Ahli Parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya ummat Islam telah dihina?


Inilah yang dikatakan sebagai budaya pembohongan dan kepura-puraan mainan UMNO BN. Jika isu berhubung agama Islam pun mereka sanggup putar-belit demi menjaga kepentingan mereka, apatah lagi persoalan pengurusan kekayaan Negara. Ada yang memberitahu saya bahawa Khir Toyo sudah tidak beminat menjadi MB Selangor lagi. Hah! Sememangnyalah begitu! Setelah melihat pendekatan MB dan kerajaan negeri sekarang, pasti beliau menyedari jawatan MB tidak selumayan ketika UMNO bermaharajalela dahulu. Tugas dan kerja pula bertambah berat, pulangan pula hanya tinggal sedikit, tiada lagi ‘imbuhan’ sampingan dan yang dapat dikaut dari sisi kiri dan kanan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Diangkat dari blog beliau.
17Sept 10

Wang Jutawan Di India Lesap Bila Temui Saspek Di M'sia

Chennai 17 SEPT 10: Isteri kepada seorang jutawan India mendakwa akaun mendiang suaminya hanya tinggal Rupee 1,000 (RM67) sahaja selepas bertemu dengan suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya di Banting awal tahun ini.

Jutawan dari Chennai itu, A. Muthuraja dipercayai turut terlibat dalam urusan pembelian dan penjualan tanah dengan peguam dan adiknya yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Sosilawati.

Isteri jutawan berkenaan, Usharani, 24, ketika dihubungi di Chennai berkata, dia tidak tahu bagaimana wang suaminya yang sebegitu banyak boleh lesap dalam sekelip mata selepas bertemu dengan suspek berkenaan tetapi mengesyaki ada kemungkinan wang itu kini telah berada di Malaysia.

"Saya kini tidak memiliki apa-apa, seutas rantai emas pun saya tidak ada sekarang," katanya ketika dihubungi oleh The Star.

Bagaimanapun, adalah difahamkan, Usharani kini meneruskan kehidupannya hasil daripada kutipan wang sewa daripada rumah milik suaminya juga hasil daripada faedah pinjaman yang pernah dikeluarkan oleh suaminya kepada para peminjam.

Muthuraja terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan termasuklah perfileman dan hartanah dilaporkan hilang selepas mengadakan pertemuan dengan dua suspek bersaudara itu awal tahun ini.

Usharani datang ke Malaysia pada 8 September untuk membuar laporan polis di Balai Polis Banting. (mStar/AK)

Dapatkan 3 buah buku e-buku IH percuma! Klik di sini..


T/Menteri JPM Dikaitkan Dg Saspek Pembunuh Sosilawati


KL 17SEPT 10: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah pada Jumaat membuat laporan polis berhubung satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang beliau terima mengaitkannya dengan suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.

Beliau berkata laporan itu dibuat di Balai Polis Pekan Baru, Ipoh berikutan SMS yang dihantar melalui telefon bimbit yang berbaur fitnah.

"SMS tersebut merupakan fitnah terhadap saya yang sengaja mengaitkan saya dengan suspek utama pembunuhan kejam Sosilawati di mana SMS berkenaan tidak benar sama sekali," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata antara kandungan SMS itu berbunyi :"peguam yang kena tuduh dalam kes Sosilawati bercadang sertai MIC kata Murugiah yang merupakan kawan baik beliau.

Peguam ini juga adalah salah seorang penasihat Timbalan Menteri tersebut dalam kes ROS (Pendaftar Pertubuhan). Murugiah adalah rakan kongsi peguam dalam perniagaan di mana Murugiah dapat RM3 juta dalam urusan itu".

Murugiah berkata suspek tersebut bukan peguam yang mengendalikan kes ROS seperti yang dinyatakan dan SMS itu sengaja dihantar bagi menjejaskan imej dan kedudukannya dalam politik dan sebagai Timbalan Menteri.

"Saya yakin SMS berkenaan kemungkinan dihantar oleh orang yang mempunyai kepentingan politik dan mendapat manfaat sekiranya karier politik saya dibunuh.

"Perkara ini amat serius bukan sahaja ia SMS fitnah terhadap saya tetapi juga penyebarannya boleh menjejaskan penyiasatan kes Sosilawati yang merupakan kes berprofil tinggi," katanya.

Sebelum ini Murugiah ketika menziarahi keluarga Sosilawati mendedahkan pernah bertemu dengan suspek utama pembunuhan tersebut, iaitu peguam bergelar Datuk itu dalam satu majlis penyampaian sumbangan hari raya di Banting, Selangor pada 8 Sept lepas.

Pada majlis itu suspek turut menyatakan hasratnya kepada Murugiah untuk menyertai MIC.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Ibrahim Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima laporan berkenaan daripada Murugiah.

Beliau berkata setiausaha Timbalan Menteri berkenaan membuat laporan di Balai Polis Pekan Baru pada pukul 10 pagi tadi.

"SMS berkenaan diterima ketika Timbalan Menteri itu menghadiri satu program di Teluk Intan (Perak) semalam," katanya.

Selain itu, menurutnya satu laporan polis berkaitan perkara itu turut dibuat oleh setiausaha beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah Teluk Intan semalam. - BERNAMA

Dapatkan 3 buah buku e-buku IH percuma! Klik di sini..

DAP Hipokrit, Lambat Bidas Pembunuh Sosilawati?

Laporan Sosilawati Utusan memfitnah DAP

KL 17 SEPT 10
: P
ua: Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini membidas akhbar milik Umno - Utusan Malaysia kerana mengheret DAP dalam laporannya berhubung pembunuhan hartawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.

Sambil menyifatkan laporan berkenaan sebagai 'fitnah', ketua penerangan DAP itu berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seharusnya menegur tindakan akhbar tersebut dan menggesa mereka memohon maaf.

“Utusan Malaysia terus berkempen untuk memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya DAP dengan dakwaan yang tidak berasas serta sindiran dengan tujuan meracuni minda pembaca dan menyemai benih-benih kebencian perkauman,” katanya.

Katanya, parti itu sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia “demi menjaga nama baik mereka”.

Dalam laporannya Selasa lalu, akhbar itu memetik bekas naib presiden PKR, Mohd Zahid Md Arip yang melabelkan DAP sebagai “hiprokit” kerana lambat membidas pembunuh Sosilawati dan tiga yang lain.

Berikut petikan dua perenggan yang dipertikaikan Pua itu:

Mohd Zahid mempersoalkan kenapa DAP langsung tidak bersuara bagi mengutuk pembunuhan kejam tersebut, sedangkan sebelum ini parti berkenaan gah mendakwa organisasi mereka sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak semua pihak.

Mohd Zahid juga dilaporkan berkata: "Apakah tindakan membisu ini mempunyai kaitan dengan dakwaan yang mengatakan bahawa suspek utama adalah ahli seumur hidup parti tersebut. Jika benar (dakwaan itu), ternyata DAP sebuah parti hipokrit yang hanya memperjuangkan kepentingan kaum tertentu sahaja."

Mohd Zahid sekarang ini adalah ahli majlis tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Menurut Pua soal DAP membidas pembunuhan itu tidak timbul kerana pendirian parti itu adalah jelas iaitu tidak menyokong sebarang perbuatan jenayah, lebih-lebih lagi yang sekejam seperti pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain itu.

Sebaliknya, kata Pua, DAP sentiasa mengingatkan kerajaan persekutuan agar memastikan polis terus meningkatkan kecekapan dan keupayaan mereka membanteras jenayah di negara ini tetapi Umno dan BN pula seringkali bermegah dengan kejayaan dan kecekapan polis.

“Kerajaan BN begitu megah dengan situasi jenayah di negara ini yang didakwa suatu ketika begitu tinggi tetapi berjaya dikurangkan mengikut perangkaan yang mereka bekalkan,” katanya.

Pua juga menolak dakwaan bahawa dua peguam yang merupakan suspek utama pembunuhan itu adalah ahli parti DAP.

“Ia percubaan menjijikkan oleh akhbar milik Umno untuk memperli dan mendakwa dalam laporannya bahawa suspek pembunuh itu adalah ahli seumur hidup DAP tanpa merujuk atau menyiasat tuduhan itu terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, walaupun jika suspek berkenaan adalah ahli parti politik, sama ada BN mahupun dari DAP, ia tidak ada kaitan dengan jenayah yang didakwa dilakukan oleh mereka itu.

“Jenayah adalah tetap jenayah dan malah Umno juga pernah mempunyai pemimpin yang didapati bersalah kerana membunuh,” kata Pua.

Sambil menyifatkan laporan Utusan Malaysia itu sebagai “tidak beretika dan cubaan jahat bagi memfitnah DAP”, Pua berkata akhbar itu bertujuan meniupkan semangat kebencian perkauman di kalangan pembaca Melayu.

“Di sebalik itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak berulangkali mempertahankan Utusan Malaysia.

“Pada 18 September tahun lalu, beliau pada majlis berbuka puasa di Kompleks Percetakan Sri Utusan, memuji akhbar itu kerana laporannya yang 'beretika dan tidak berat sebelah',” kata Pua.

“Kegagalan Perdana Menteri untuk bertindak bukan sahaja bermakna kelulusan bagi Utusan untuk terus menyerang DAP dan Pakatan Rakyat, tetapi juga bercanggah dengan matlamat 1Malaysia yang diterajuinya,” katanya. (Malaysiakini/AK)

Dapatkan 3 buah buku e-buku IH percuma! Klik di sini..

E-Buku IH-3: Mencari Melayu/Islam Sri Lanka

















E-Buku IH-3: Mencari Melayu/Islam Sri Lanka

Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan..
Berjumpa di catatan perjalanan seterusnya..

Rahsia Ngeri Sungai Panchau

Polis menjumpai ratusan fragmen tulang manusia di dasar sungai

KUALA LANGAT 17SEPT 10: Sungai Panchau dekat sini kemungkinan memiliki lebih banyak rahsia mengerikan daripada yang dibayangkan. Di sebalik air sungai yang keruh itu mengandungi ratusan fragmen tulang manusia, dipercayai dijadikan sebagai ‘kubur berair’ bagi mangsa bunuh.

Difahamkan, polis menjumpai lebih 300 fragmen tulang manusia dari dasar sungai yang terletak hanya antara empat dan lima kilometer daripada ladang berlakunya pembunuhan empat individu. Menurut seorang pakar yang mengendalikan pembakaran mayat sejak 20 tahun, apabila badan manusia itu dibakar, ia akan meninggalkan kira-kira 20 sehingga 25 fragmen tulang yang dapat dilihat.

Setakat ini, polis sedang menyiasat pembunuhan ngeri jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dan mengesahkan sekurang-kuranya lapan laporan mengenai individu hilang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek utama ke berkenaan. Selain Sosilawati, tiga individu lain adalah pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu dan seminggu selepas itu cebisan mayat mereka dijumpai dalam Sungai Panchau dan beberapa sungai lain berhampiran Ladang Gadong. Jumlah fragmen tulang yang banyak menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai mereka yang lain mungkin dibunuh di ladang terbabit sebelum Sosilawati bersama tiga individu.

Sumber yang mempunyai kaitan dalam penyiasatan itu berkata, fragmen tulang dianalisis oleh pasukan khas forensik dan jabatan kimia bagi mengenal pasti latar belakang mereka. Pasukan polis forensik memulakan pencarian di sungai berkenaan sejak Ahad lalu dan menjumpai dua pisau, beberapa jam tangan dan barangan kemas.

Polis telah melantik dua pasukan khas manakala penyiasat melakukan tugas mereka sepanjang masa di lokasi kejadian. Polis turut meneliti laporan kehilangan beberapa individu yang tidak diselesaikan sejak beberapa tahun lalu bagi mengenal pasti terdapat kaitan dengan suspek utama yang merupakan adik-beradik peguam. “Diharapkan, kita dapat menyelesaikan beberapa kes yang dibuka semula dengan petunjuk-petunjuk baru ini,” menurut satu sumber.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, satu pasukan khas kini menyiasat semua laporan kehilangan individu yang mempunyai kaitan dengan suspek. “Tiada satu pun akan terkecuali dan semua laporan orang hilang akan disiasat,” katanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata pada Ahad, terdapat empat kes orang hilang yang disiasat semula berdasarkan laporan polis dibuat oleh keluarga yang mempunyai kaitan dengan adik-beradik peguam.

Satu sumber berkata, antara mereka yang hilang dipercayai ‘dihapuskan’ adalah seorang warga India, seorang wanita tempatan dan dua lelaki. Difahamkan polis di bahagian pemalsuan wang akan memohon Majlis Peguam supaya aset dua peguam terbabit dibekukan. (AK)

Dapatkan 2 buah buku e-buku IH percuma!

Dedahkan Statistik Bunuh Berprofil Tinggi -Karpal Singh


GEORGETOWN, 17 Sept: Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh meminta Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan stastik sebenar kes pembunuhan berprofil tinggi sejak 1974 hingga kini.

Menurutnya, pendedahan statistik tersebut yang merekodkan kes pembunuhan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak haruslah diserahkan sebelum pembentangan Bajet dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak pada 15 Oktober nanti.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu amat mengharapkan statistik yang akan diberikan nanti mempunyai maklumat terperinci merangkumi bilangan laporan polis yang diterima, jumlah kes yang telah dibawa ke mahkamah, angka sebenar kes yang berjaya diselesaikan serta kes mereka yang dituduh tetapi telah dibebaskan.

"Statistik ini amat penting untuk makluman umum. Ia juga menjadi satu perkara penting untuk dibahaskan dalam persidangan Dewan Rakyat yang akan datang.

"Dalam pada itu, bagi kes yang melibatkan jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, yang menjadi mangsa kepada pembunuhan kejam dan tidak berperikemanusiaan itu, ianya harus diadili dengan sebaik mungkin oleh mereka yang berpengalaman," katanya dalam sidang media semalam. (AK)

Dapatkan 2 buah buku e-buku IH percuma!

Apungkan $, Ranapkan Ekonomi M'sia -Azan Ismail


SHAH ALAM 15 Sept 10: Ahli Parlimen Indera mahkota, Azan Ismail memberi amaran rancangan kerajaan Umno-Barisan Nasional untuk mengapungkan semula matawang Ringgit di pasaran antarabangsa akan menyebabkan kemasukan semula gerombalan spekulator matawang yang akan meranapkan ekonomi negara.

Malah beliau berpendapat Pendana Menteri, Datuk Seri Najib razak telah diberi salah nasihat sekali lagi oleh firma komunikasi antarabangsa pro Zionis-Israel, Apco Worldwide yang juga menasihati Perbendaharaan Amerika Syarikat (Federal Reserve).

Mengulas mengenai rancangan kerajaan mahu mengapungkan semula matawang Ringgit dengan alasan nilainya telah meningkat berbanding Dollar Amerika Syarikat menunjukkan Ringgit hanya mengukuh dengan dollar AS tetapi bukan dengan matawang yang lain.

Azan berkata nilai Ringgit berbanding matawang yang lain seperti Dollar Singapura, Euro dan Paun Sterling masih tidak berubah.

"Ini akan menyebabkan risiko tinggi apabila Najib membuat pengumuman akan mengapungkan semula Ringgit di peringkat antarabangsa.

"Saya bimbang Perdana Menteri telah diberi salah nasihat oleh syarikat perunding, Apco Worldwide yang bakal mengakibatkan negara kehilangan puluhan bilion ringgit disebabkan kemasukkan semula spekulator matawang," kata beliau kepada Suara Kedilan.

Apco juga dikatakan memberi pendapat kepada Perbendaharaan Amerika Syarikat (Federal Reserve) yang dikuasai golongan Yahudi supaya menurunkan sedikit nilai matawang Dollar bagi mengambil kesempatan mengaut laba yang besar hasil daripada tindakan tersebut.

Beliau berpendapat dalam usaha mengekalkan daya saing negara dan mendapat keuntungan cepat, Umno-Barisan Nasional mengunakan kaedah mudah dengan mengapungkan semula Ringgit.

"Saya risau kita akan mengalami kerugian yang amat besar dengan kenaikkan harga barang serta kejatuhan nilai matawang kita akibat kegiatan spekulator ini nanti.

"Kerajaan Umno-BN tidak habis-habis dengan sikap suka berjudi, selepas tidak berjaya menghalalkan judi sukan, sekarang ini cuba untuk membuka semula jalan bagi spekulator matawang ini masuk bagi memperjudikan ringgit pula," ujar Azan.

Apa yang dikesalkan langkah pengapungan semula Ringgit akan memberikan keuntungan besar kepada segelintir golongan Umnoputra iaitu kroni Umno-BN tetapi yang terpaksa menanggung segala kerugian adalah rakyat terbanyak.

"Saya bimbang negara kita terperangkap dengan nasihat Apco terhadap pemimpin Umno-BN yang akan menyebabkan negara kerugian berpuluh kali ganda.

"Ini adalah satu percaturan ekonomi yang ketinggalan zaman seperti yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyebabkan negara kerugian berpuluh bilion ringgit," tegasnya lagi.

Kata Azan lagi pengumuman Perdana Menteri berhubung dasar liberalisasi 27 subsektor kewangan dan perbankan serta dasar pendidikan sepatutnya telah membantu meningkatkan daya saing negara tetapi sebaliknya berlaku apabila daya kompetitif negara jatuh dua anak tangga ke-26.

Beliau menegaskan adalah amat pelik kerana selepas dasar-dasar tersebut diumumkan Najib, ianya tidak membantu memulihkan ekonomi negara tetapi kedudukan semakin jatuh merudum berbanding dengan negara-negara rantau Asia yang lain.

Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi 2009 menyatakan daya saing Malaysia peringkat global jatuh dua anak tangga ke kedudukan ke-26 berbanding 2008 apabila indeks tersebut jatuh tiga anak tangga kepada kedudukan 24. (AK)

Dapatkan 2 buah buku e-buku IH percuma!

E-Buku IH-2: Wang Syariah: Tugas Kita Belum Selesai.



UNTUK memudahkan pelayar weblog ini mengenai matawang syariah, maka pihak kami terus mengumpulkan maklumat mengenainya. Sila klik tujuk-tajuk di bawah ini.


E-Buku IH-2:
Matawang Syariah, Tugas Kita belum Selesai..


Bab I

Bab II
Bab III
Bersambung dari semasa ke semasa... Kerana tugas kita kepada agama kita dan masyarakat dunia sejahtera dalam hal ini, masih belum selesai..

Polis Perlu Bertindak Tegas -Majlis Peguam.


KL 17SEPT 10: Majlis Peguam Malaysia meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap peguam menyeleweng dan terlibat dalam sebarang kes pecah amanah atau penggubahan wang haram.

Presidennya, K Ragunath berkata setiap tahun, kira-kira 30 hingga 40 peguam dipecat oleh Majlis Peguam dan laporan polis terhadap mereka juga telah dibuat, namun tiada sebarang tindakan lanjut diambil.

"Dalam Majlis Peguam, kita memiliki sebuah lembaga disiplin yang tegas dan berdikari bagi menangani peguam menyeleweng, namun, hanya itulah kuasa yang kami ada, kami tidak berkuasa menghantar mereka ke penjara.

"Isu kami di sini ialah polis lambat bertindak dalam kes sedemikian. Kami bersedia membantu polis jika mereka ingin mengambil tindakan rasmi terhadap peguam menyeleweng," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Fasa Keenam: Badan Kehakiman dan sambutan Festival Jalanan Hari Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam yang menyarankan supaya Majlis Peguam mengaudit anggotanya bagi memastikan mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. Saranan itu dibuat berikutan pembunuhann kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, yang dilaporkan didalangi dua adik-beradik peguam. Selain itu, Ragunath menggesa pihak media dan rakyat di negara ini agar memberi ruang kepada polis melengkapkan siasatan dan menyelesaikan isu berkenaan, tanpa melemparkan sebarang tuduhan sehingga mereka yang ditahan berhubung kes itu didapati bersalah.

"Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah isu serta dakwaan yang disiarkan pihak media mengenai kes ini mungkin boleh menyebabkan keadaan menjadi bahaya dan prejudis.



"Jika anda inginkan sabitan (dalam kes pembunuhan ini), anda mesti memberikan polis sedikit ruang bagi mereka melengkapkan siasatan. Jika terdapat sebarang kekaburan (dalam kes ini), kita tidak mahu berlaku situasi di mana seseorang itu telah didakwa di mahkamah dan kemudian terpaksa dibebaskan atas sebab-sebab teknikal.

"Jadi, tolonglah, saya mohon kepada pihak media dan orang ramai agar memberikan polis sedikit ruang, mereka telah melakukan tugas yang cemerlang apabila mampu menyelesaikan kes berkenaan, namun, mereka yang ditahan adalah dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya," katanya.

Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Karim, 32, sebelum ini dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Siasatan kemudiannya mendedahkan keempat-empat mereka dibunuh di sebuah ladang ayam di Sungai Gadong dekat Tanjung Sepat, Selangor sebelum mayat mangsa dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebatang sungai di kawasan berhampiran ladang milik peguam bergelar Datuk itu. - Bernama

Untuk maklumat lanjut mengenai kes ini sila dapatkan E-Buku IH-1: Misteri Hilangnya Jutawan Datuk Sosilawati Lawiya, sila klik...

Kes Sosilawati: K/AMK Nak Saman K/Polis S'ngor?


KL 16 Sept 10: Ketua Angakatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar) menimbang untuk menyaman Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kerana menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin politik berhubung dakwaan dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini yang mengatakan beliau mengaitkan pasukan keselamatan dengan pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

"Saya harap Datuk Khalid tolong fikir dululah sebelum bercakap seperti ini yang pada saya merupakan satu perkara yang cukup memalukan.

"Saya akan merujuk perkara ini dengan rakan-rakan saya yang juga peguam, kalau ada kes saya tidak teragak untuk mengambil tindakan saman kerana ini mencabar kredibiliti saya," kata Shamsul pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman petang tadi.

Laporan akhbar itu menyatakan pihak polis akan memanggil Shamsul berkaitan kenyataan beliau tersebut.

"Saya ingin nyatakan di sini tidak tahu menahu kes ini tetapi saya sedia bekerjasama.

"Polis mahu membuka kertas siasatan terhadap saya kononnya saya bercakap ikut sedap mulut dan inilah kenyataan paling merepek yang pernah saya dengar. Saya tidak boleh terima kenyataan seorang Ketua Polis Selangor bercakap seperti ini.

"Tugas menjaga keselamatan bukan hanya semata-mata tanggungjawab pasukan keselamatan. Keselamatan di negara ini sudah menjadi tanggungjawab rakyat," katanya.

Shamsul menafikan beliau membuat kenyataan menuduh pihak polis mempunyai hubunhgan dengan kes pembunuhan jutawan koslmetik tersebut.

"Saya rakamkan ucapan takziah di atas pembunuhan kejam seorang wanita dan tiga orang rakannya dan yang kedua saya mengambil sikap memuji tindakan polis kerana bertindak cepat.

"Ketiga saya minta pasukan polis tumpu kerja untuk bantu kurangkan kadar jenayah bukan jaga ahli politik. Polis harus periksa twitter saya.

"Saya katakan sebelum kes Datuk Sosilawati terdapat empat kes lain yang dilaporkan media yang serupa dengan pembunuhan Datuk Sosilawati. Persoalan yang saya bangkitkan mengapa kes itu tidak disiasat dengan begitu mendalam sebelum daripada kes ini dan saya baca juga laporan media mengenai kejadian jenayah disekitar kawasan pembunuhan Datuk Sosilawati," jelas beliau lagi.

Shamsul berkata beliau hanya menimbulkan persoalan sekiranya pasukan polis telah mengambil tindakan positif menyiasat dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kes dan kejadian yang berlaku sebelum sudah tentu pembunuhan Sosilawati tidak akan berlaku.

"Itulah jawapan kepada soalan wartawan yang bertanya kepada saya dan tidak ada kena mengena dengan tuduhan terhadap mana-mana anggota polis

"Saya mahu satu pasukan polis yang bekerja dengan sepenuh hati mereka untuk mereda atau merendahkan kadar jenayah di Malaysia.

"Saya ingin tegas saya tidak akan berhenti bercakap mengenai kebenaran, ini adalah berkaitan keadilan untuk Datuk sosilawati dan tiga yang lain dan kita tidak mahu kes seperti ini berlaku lagi di negara kita," ujar beliau. Laporan Suara Keadilan.com

Sementara itu di Kuala Langat, sebanyak sembilan kes jenayah dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain dilaporkan, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, peguam yang bergelar Datuk itu dikatakan terbabit dengan tujuh kes jenayah komersial membabitkan penipuan dan pecah amanah berjumlah RM7.1 juta di daerah ini.

"Ini termasuk dua laporan polis melibatkan kehilangan dua orang iaitu seorang warga India dan seorang warga tempatan berbangsa Cina.

"Kes ini dibuka semula untuk siasatan. Sedia maklum, kes jenayah komersial bukan cepat untuk diselesaikan maka perlu diteliti banyak dokumen dan menyoal siasat ramai saksi," katanya kepada pemberita di sini, Khamis. Laporan mStar Online.

PAS pula mahu tindakan sewajarnya diambil terhadap segelintir anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didakwa cuai dan tidak serius dalam menyiasat beberapa laporan kes kehilangan. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar sebelah) berkata parti itu memandang berat kenyataan yang mengatakan ada laporan kehilangan tidak disiasat dengan serius.

"PAS mengharapkan supaya pegawai yang cuai terhadap laporan yang dibuat terhadap beberapa kes pembunuhan dan menghilangkan mangsa oleh kumpulan mafia ini mesti disiasat sama. Apa makna laporan dibuat jika siasatan tidak dibuat dengan cara yang serius," katanya.

Ujarnya lagi, PAS meletakkan kepercayaan terhadap jaminan yang diberikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar untuk mengambil tindakan terhadap pegawai polis yang cuai apabila laporan kehilangan yang tidak siasat dengan serius.

"Ini adalah merupakan ujian awal ke atas Ketua Polis Negara yang baru," katanya lagi sambil menyifatkan sangat malang jika perkara tersebut benar-banar berlaku. Lapuran Harakahdaily.net (Pelbagai sumber/AK)

Untuk maklumat lanjut mengenai kes ini sila dapatkan E-Buku IH-1: Misteri Hilangnya Jutawan Datuk Sosilawati Lawiya, sila klik...

Thursday, September 16, 2010

Sosilawati: Kes Sebelum Ini Tak Tahu? -Haniza Talha


GOMBAK 16 Sept 10: Pihak polis digesa memberi perhatian dan bertindak segera terhadap mana-mana laporan jenayah oleh orang awam dan tidak hanya dilihat bertindak pantas apabila melibatkan kes jenayah berprofil tinggi sahaja

Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan, Haniza Talha merujuk kepada kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain baru-baru yang dikaitkan dengan seorang peguam bergelar 'Datuk' dan adiknya seorang doktor.

"Apabila disiasat didapati dalang kepada pembunuhan sudah ada empat kes terdahuku yang cara jenayah mereka hampir sama tetapi persoalan saya mengapa kes sebelum ini tidak langsung diketahui orang ramai sehinggalah kes pembunuhan Datuk Sosialwati 'meletup'.

"Saya berpendapat sekiranya pihak polis hanya bertindak pantas dan dilihat memberi fokus kepada kes-kes berprofil tinggi maka ia akan menghantar mesej yang salah.

"Sebelum saya difahamkan terdapat beberapa laporan orang ramai mengenai kegiatan jenayah dan aktiviti yang berlaku di dalam ladang tersebut namun apa terjadi dengan semua laporan itu.

"Kita seolah-olah membiarkan penjenayah berfikir bahawa mereka boleh bermaharajalela melakukan jenayah tanpa risau tindakan oleh pihak berkuasa," kata Haniza ketika ditemui media selepas mengadakan majlis tahlil dab bacaan yasin bersama-sama anggota Wanita KEADILAN dan Dewan Muslimat Gombak.

Turut bersama pada majlis itu Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh dan Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan.

Sosilawati bersama pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat.

Jutawan wanita berusia 47 tahun itu dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke kawasan tersebut untuk urusan pembelian tanah.

Haniza yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor menyeru rakyat supaya bersama-sama berganding bahu mencegah jenayah.

"Kita melihat di kaca televisyen jenayah-jeneyah yang berlaku di Amerika Syarikat, Europa tetapi kita tidak sangka jenayah kejam seperti yang berlaku kepada datuk Sosilawati boleh berlaku di negara ini.

"Apa sudah jadi dengan negara ini dan masyarakat sehingga penjenayah boleh melakukan kekejaman sewenang-wenang.

"Saya menyeru rakyat Malaysia sudah kembali berpegang kepada nilai-nilai kemanusiaan dan jangan terlalu materialistik sehingga manusia akan sanggup berbuat apa sahaja demi wang ringgit dan kekayaan," nasihat beliau.

Beliau juga berharap pihak polis meningkatkan keupayaan mereka untuk menyiasat dan menyelesaikan kes-kes jenayah dengan efisien. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Syabas Haniza Talha.

Lihat keseluruhan isu Datuk Sosilawati...

Bahagian IV

Bahagian III (10 artikel), Bahagian II (10 artikel) & Bahagian I (10 artikal)

Isu Sosilawati: Tertuduh Telah Membeli Polis..

Khalid Abu Bakar memaklumkan suspek utama turut disiasat berhubung kematian warga India dan wanita tempatan. — Gambar oleh Choo Choy May

BANTING, 16 Sept 10: Suspek utama, seorang peguam bergelar “Datuk” kes pembunuhan jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain turut mempunyai kaitan dengan kes orang hilang dan pembunuhan termasuk seorang wanita serta tujuh kes jenayah komersil di daerah Kuala Langat.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata berkata suspek utama itu yang merupakan seorang peguam turut disiasat berkaitan kes kehilangan seorang lelaki warga India di sini yang didakwa hilang sejak awal tahun ini.

Bagaimanapun, Khalid berkata laporan polis mengenai ahli perniagaan warga India itu baru dibuat pada 8 September lepas.

“Jadi macam mana kita tahu jika tidak ada laporan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Polis Bersama Masyarakat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat yang dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan timbalannya Datuk Hussin Ismail, di sini hari ini.

Dipetik Bernama, Khalid berkata peguam tersebut juga didapati mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang wanita di Banting tahun lepas.

Laporan akhbar menyatakan bahawa wanita itu T. Selvi, 44 isteri kepada seorang pemilik bengkel kenderaaan dipercayai dibunuh kerana perselisihan faham mengenai urus niaga pinjaman wang yang melibatkan peguam itu.

“Walaupun suami mangsa ada membuat pelbagai ulasan mengenai kes itu, saya tidak bercadang beri apa-apa komen kerana kes itu sedang disiasat,” kata Khalid.

Beliau berkata polis mendapat petunjuk-petunjuk baru mengenai kes pembunuhan wanita itu selepas siasatan dijalankan ke atas pembunuhan Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohamad, 38.

“Kes ini tidak pernah ditutup dan kita akan lakukan risikan bagi mendapatkan lagi maklumat,” kata Khalid.

Beliau berkata pihaknya ada menerima tujuh laporan jenayah komersial terhadap peguam itu antaranya kes pecah amanah dan penipuan jual beli tanah sejak tahun 2005 yang melibatkan kerugian RM7.1 juta.

Ditanya sama ada peguam itu telah “membeli” polis-polis di Kuala Langat, katanya, jika sesiapa mempunyai maklumat sedemikian mereka boleh melaporkan terus kepada beliau, Bukit Aman mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita tidak akan lindungi orang kita yang menyeleweng,” tegas Khalid.

Lihat keseluruhan isu Datuk Sosilawati...

Bahagian IV

Bahagian III (10 artikel), Bahagian II (10 artikel) & Bahagian I (10 artikal)

K/AMK Tanding N/Presiden PKR



KL,16 Sept 10: Kerusi Angkatan Muda Keadilan juga menyaksikan kekosongan dengan penyandangnya mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan kali ini.

Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata penawaran dirinya untuk bertanding naib presiden adalah bagi mengamalkan sistem demokratik yang lebih terbuka.

“Demi meraikan peranan dan suara generasi muda yang kian aktif tahun ini, Keadilan mengorak langkah yang berbeza dan unik melalui pelaksanaan sistem pengundian demokratik yang julung kali berlaku dalan sejarah parti politik Malaysia bagaimana suara setiap anggota didengar dan diperinci sehalusnya,” katanya pada satu sidang media khas di Kelab Sulaiman petang ini.

Beliau berkata AMK mengalu-alukab perubahan ini yang menyaksikan AMK bangkit dengan kematangan yang berbeza. (AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails