Saturday, August 14, 2010

Dinar K'tan: Najib Tolak Kepada BNM

PEKAN, 14 Ogos10: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata hanya Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja yang boleh mengeluarkan wang yang diiktiraf dan sah di negara ini. Mengulas mengenai pelancaran mata wang dinar dan dirham Kelantan, Perdana Menteri berkata BNM akan melihat perkara berkenaan dari segi percanggahan undang-undang.

“Ikut undang-undang negara kita, cuma Bank Negara sahaja boleh keluarkan wang yang boleh diiktiraf, yang sah dalam negara kita,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau Parlimen Pekan, di sini, hari ini.

Dua hari lepas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata mata wang itu boleh digunakan di kira-kira 1,000 buah kedai dan restoran sebagai transaksi perniagaan. Malah, beliau menyifatkan penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada Ringgit Malaysia tidak bertentangan dengan undang-undang dan ia dirangka mengikut peruntukan yang disediakan oleh BNM.

Diminta mengulas lanjut, Najib berkata: “Kita kena lihat sama ada ini bercanggah dengan undang-undang negara atau tidak, saya serah pada Bank Negara untuk mengkaji perkara ini. “Kita biar Bank Negara buat kenyataan,” kata Najib.

Mengikut laporan akhbar hari ini, BNM menegaskan hanya mata wang ringgit sah diperakukan bagi pembayaran barangan dan perkhidmatan di negara ini. Kenyataan itu menolak penggunaan dinar dan dirham yang diperkenalkan di Kelantan. Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata, di bawah undang-undang negara ini, BNM sahaja yang berhak untuk mengeluarkan mata wang di Malaysia. Demikian Laporan Bernama.

Sementara itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengingatkan kerajaan Kelantan tidak sewenang-wenangnya membuat peraturan baru seperti penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham tanpa merujuk kepada pusat dan tindakan itu juga disifatkan langkah politik PAS untuk meraih simpati.

Mustapa, Pengerusi Umno Kelantan dan juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kenyataan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa dinar emas dan dirham perak itu akan dijadikan sebagai mata wang alternatif adalah jelas melanggar peraturan Bank Negara. (AK)

6 comments:

mo said...

Najib tolak apa sahaja yg datang dari negeri yg bukan bn, semua tak boleh, sdang perkara yg betul salah royalti minyak tak di bagi dengan kelantan tak salah. ini lah pemimpin yg kita ada di malayssia. Sampai bila rakyat akan di perbdohkan olh kerajaan bn. Rakyat sudah bosan dan muak dgn semua ini. ge13 akan menentukan segalanya.

Anonymous said...

apa yang mai dari negeri kedah, selangor, kelantan dan pulau pinang semua bertentangan, tapi kalau ini mai dari negeri lain dari 4 negeri diatas semua ok....emas satu barang yg tidak akan susut nilainya....

Anonymous said...

najib , bila boleh aku tmpar muka hang?

Anonymous said...

setahu saya. yang paling membantah bab2 matawang dinar ni adalah yahudi.mereka tidak redha jika matawang seperti emas dipakai untuk jual beli.mereka mahu dunia pakai wang kertas supaya mereka dengan leluasa boleh memanipulasi nilai matawang tu.kalau matawang emas kan tidak boleh dimanipulasi.so dengan menggunakan matawang emas mereka cemas ekonomi umat islam akan meningkat.pastu bila najib tidak setuju dengan benda2 ni maksudnya ape tu? jangan2 dia ni agen yahudi.dahla dengan kes apco aritu.bangsat btol jadi tali barut yahudi.islam jenis ape tu?

Anonymous said...

Asalamualaikum,
Suatu perkara menarik dalam polemik UMNO. Najib ternganga!!!!
Memanglah BNM yang kelarkan wang kertas Malaysia dengan sandaran apa???
Mustapha Mohamed pula sekali lagi menambah paku pada keranda politiknya.
Sebelum ini kariernya telah hampir tamat bila dia menentang pembayaran royati minyak Kelantan. satu perkara pelik oleh seorang MP Kelantan yang lahir dan besar di Kelantan sendiri.
Yang kemudian diikuti oleh Awang Adek.
Kita juga mahu dengar komen Awang Adek pula. Ahli politik kalah di di kerusi Parlimen dan DUN Kelantan serentak. Sorang lagi bekas kebanggaan Kelate di Bank Negara Malaysia sendiri sebagai Penolng Gabenur selepas Arwah Tan Sri Jaafar Husin yang dipecat oleh Mahathir untuk menutup malu Mahathir yang menbangkrapkan Bank Negara dengan susut hampir RM15 bilion bila terlibat dalam FORES matawang asing semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan.
Mabruk kepada Nik Aziz, Hussam Musa dan PAS Kelantan.
PAS KEdah bila lagi???
Jangan malu untuk meniru apa yang baik. Bukan sunnah untuk mengikut amal perbuatan yang baik dan diredhai Allah Taala. Ayuh PAS Kedah jangan tunggu lama-lama.
Kepada PAS Selangor, jangan lupa utk mengingatkan MB semasa tazkirah ramadhan bersama MB tentang perkara ini.
Hassan Ali sebagai yang paling rapat dengan MB tentu sudah memberi penerangan yang jelas dan menyeluruh kepada MB agar Selangor juga tidak ketinggalan.
Ramadhan Kareem.

Anonymous said...

Salam lagi..
Di mana PEKASAM dan geng Songkok Tinggi???
Di mana Persatuan Kedaulatan Melayu?
Di mana Persatuan Seni Silat Lincah dan segalah macam Lintah yang selama ni menghisap darah orang Islam dengan nama perjuangan Melayu.
Pacat dan Lintah ini tentu gelisah...
Kita masih menunggu komen PEKASAM DAN Brahim Jongang
Kata pejuang orang Melayu.
Atau kerana kenyang duit judi vincen dah terlena kot???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails