Wednesday, August 11, 2010

6 Bulan Penjara Kerana Kahwin Secara Sah? Ikut Islam ke?

NONEKL OGOS 11 10: Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini bersetuju mengetepikan hukuman penjara sebulan ke ahli parlimen Kinabantangan, Datuk Bung Moktar Radin atasnya itu dan menggantikannya dengan denda RM1,000.

Ketua Hakim Syarie Selangor Mukhyuddin Ibrahim berkata denda maksimun dan bukannya hukuman penjara boleh dijatuhkan kerana kesalahan itu.
Bagaimanapun jika gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjara selama enam bulan.

Bung Mokhtar, ketika ditemui di luar mahkamah kemudian, berkata ia adalah hadiah Ramadan baginya. "Pengalaman itu telah mengajar saya. Saya akan terus berkhidmat kepada pengundi kawasan saya.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada media yang bersama saya dan memberikan liputan,” katanya. Zizie Izette pula berkata beliau bersyukur kerana kemelut itu sudah berakhir.

Pada 19 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhkan hukuman tersebut selepas Bung Moktar mengaku berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, dengan Zizie Izette di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Dis tahun lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali. Bung Moktar turut didenda RM1,000 kerana bersubahat dengan Zizie Izette berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk. Beliau membayar denda itu.

Komen Blog Ibnu Hasyim:Kalau pasangan miskin tidak mampu, akan didenda 6 bulan kerana berkahwin secara sah. Undang-undang Keluarga Islam ke?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails